You are on page 1of 4

Dasar Luar Malaysia(Tahap-tahap pemimpin negara daripada merdeka hingga ke kini)

Tunku Abdul Rahman (1957-1970) Tun Abdul Razak (1970-1976) Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Dr. Mahathir (1981-2003)


Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Dato Seri Najib Tun Razak (2009- kini)

Melaksanakan pro-Barat kerana Tanah Melayu ketika itu baru mencapai kemerdekaan dan masih belum mempunyai kekuatan dan kestabilan sepenuhnya. Dasar ini telah membawa kepada bantuan dan kemasukan tentera dari negara Komanwel. Dalam soal ekonomi pula, Malaysia menyertai Blok Sterling. Ekonomi Malaysia bergantung kepada getah dan bijih timah. Malaysia memulakan perdagangan dengan negara-negara asing. Tunku Abdul Rahman telah memulihkan hubungannya dengan negara-negara jiran. MAPHILINDO 1962 dan ASEAN 1967 telah ditubuhkan

Tahap 1: Tunku Abdul Rahman(1957-1970)

PemimpinPemimpin

Tahap 2 : Tunku Abdul Razak(1970-1976)

Dasar luar Malaysia menjadi lebih terbuka dan berkecuali. Penyertaan Malaysia ke dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1967. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada tahun 1969. Tun Abdul Razak bekerjasama dengan negara China dalam bidang kejuruteraan serta bidang ekonomi iaitu membeli getah dan kelapa sawit daripada Malaysia.

Dasar berkecuali Malaysia diteruskan oleh beliau. Tun Hussein Onn menentang sebarang bentuk campur tangan kuasa dunia ke atas negara-negara di Asia Tenggara bagi menghormati prinsip ZOPFAN. Tun Hussein Onn telah menandatangani Pengisytiharaan Kuantan 1980. Tun Hussein Onn membenarkan kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia.

Tahap 3: Tun Hussein Onn(1976-1981)

PemimpinPemimpin

Tahap 4: Tun Dr. Mahathir(1981-2003)

Dasar luar Malaysia menjadi lebih ke hadapan dalam memainkan peranan aktif dalam pertubuhan dunia yang disertainya seperti Isu Antartika. Malaysia memainkan peranan dalam membela nasib rakyat Palestin dan mengkritik rejim apharteid Afrika Selatan secara terbuka dalam persidangan PBB. Tun Dr Mahathir telah memulakan Kerjasama Selatan-Selatan untuk politik, pendidikan dan ekonomi di antara negara-negara. Dalam OIC, Malaysia telah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk memajukan pendidikan umat Islam. Dalam aspek ekonomi, Dasar Pandang Ke Timur diperluaskan. Malaysia telah menjalinkan perdagangan yang aktif dengan negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan melalui pengimportan barangan siap dan pemindahan teknologi. Malaysia mengecam tindakan pencerobohan Tentera Bersekutu. Tun Dr Mahathir membantu Bosnia-Herzegovina yang menghadapi ancaman Serbia.

Beliau telah memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada. Malaysia meningkatkan kerjasama dengan negara OIC dan NAM (bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan). Islam adalah agama kedamaian yang menentang keganasan. Malaysia menjadi tempat yang selamat untuk melabur dan melancong. Malaysia telah melaksanakan beberapa dasar luar negara seperti Dasar Pandang Ke Timur , Pelaburan Keluar Negara Makmurkan Jiran Anda, Penswastaan Malaysia, Kerjasama Selatan-Selatan, Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), dan Dialog Antarabangsa Langkawi.

Tahap 5 : Tun Abdullah Badawi(2003-2009)

PemimpinPemimpin

Tahap 6 : Dato Seri Najib Tun Razak(2009-kini)

Beliau telah memperkenalkan 1 Malaysia dan program Transformasi Ekonomi dan Politik melalui inisiatif-inisiatif dasar baru Beliau telah merapatkan hubungan diplomatik yang bertemakan prinsip 1Malaysia. Najib menjalinkan hubungan yang mesra dengan negara-negara barat di dalam aspirasinya untuk menjamin program transformasinya.

You might also like