You are on page 1of 11

DASAR LUAR NEGARA

 Menurut Law Hee Men at el. (2005), dasar luar bermaksud, berbaik-baik dengan
semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”.
 Rusdi Omar (2005:1) menyatakan, dasar luar adalah kesinambungan kepada dasar
dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan,
keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.
 M. Ghazali Shafie (1982), dasar luar berkait rapat dengan kepentingan serta
keperluan dalam menjaga serta mempertahankan kepentingan nasional
 Oleh itu, dasar luar ini boleh dirumuskan sebagai satu dasar yang dirangka bertujuan
untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi mengekalkan
keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial
dan lain-lain isu yang melibatkan kepentingan bersama.
 2 bentuk dasar luar :
i. Hubungan Bilateral – hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.
ii. Hubungan Multilateral – hubungan dalam bentuk kumpulan atau pertubuhan.
i. FAKTOR DALAMAN
a) Faktor Keselamatan – mengelakkan ancaman atau serangan dari negara-negara
luar, sekali gus menjaga kepentingan nasional.
b) Faktor Ekonomi – Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan bergantung
kepada negara lain melalui perdagangan eksport dan import.
c) Faktor Geo Strategik – Kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan berjiran
dengan kebanyakan negara di rantau ini seperti Thailand, Singapura dan
Indonesia. Perairan Malaysia (terletak di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik)
menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan.
d) Faktor Politik – Malaysia mengamalkan dasar yang bebas dan berkecuali. Di
samping mengutamakan prinsip rundingan atau diplomasi dan menghormati
kedaulatan negara-negara luar.
e) Faktor Sejarah – Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi sudah terjalin
hubungan dengan negara-negara luar. Hubungan ini lebih berbentuk hubungan
perdagangan.
f) Faktor Demografi – Faktor kepelbagaian kaum dan agama diambil kira dalam
pembentukan dasar luar.
ii. Faktor Luaran

a) Prinsip-prinsip PBB – Malaysia adalah


pendokong kuat piagam PBB bagi
memelihara keamanan, melindungi hak asasi
dan menggalakkan perkembangan ekonomi.

b) Dasar Berkecuali - Malaysia mengadakan


hubungan baik dengan mana-mana negara
tanpa mengira ideologi mereka.
 Hasrat Malaysia untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran tetap
diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yangdibentuk sebelum ini, iaitu ASA
dan MAPHILINDO gagal.
 ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos
1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh
perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
 Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu
Deklarasi Bangkok.
 Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan
Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S.
Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand)
dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
 Keanggotaan ASEAN telah bertambah menjadi 10 negara – Malaysia, Indonesia,
Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kemboja.
 Antara matlamat ASEAN - Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan
sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan
komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur
 Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931, hasil idea Lord Rosebury.
 Pertubuhan ini merupakan pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah
oleh Britain.
 Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka,
persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain.
 Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.
 Matlamat penubuhan:
✓ Mengeratkan hubungan dan perpaduan dengan negara anggota.
✓ Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain
terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
✓ Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan
lagi kepakaran negara anggota.
✓ Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui
Rancangan Pelajaran Komanwel.
 Malaysia berperanan dalam menyuarakan rasa tidak puas
hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika
Selatan.
 Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak
asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi.
 Memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain, New
Zealand dan Australia – Britain akan membantu Malaysia
jika diserang musuh.
Contoh : Konfrantasi Malaysia-Indonesia 1963.
 Rancangan Colombo – pelajar Malaysia mendapat biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New
Zealand.
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan
antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945
selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia.
 Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB,
adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi
manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa,
serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
 PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang
telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II.
 PBB mempunyai beberapa Majlis sebagaimana berikut:
1) Majlis Perhimpunan Agung
2) Majlis Keselamatan
3) Majlis Amanah
4) Majlis Ekonomi dan Sosial
5) Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
6) Sekretariat (Jabatan Urus setia)
 PBB bertindak untuk menjaga keamanan dunia menerusi cara
pendamaian iaitu mengurangkan
ledakan peperangan.
 Cara-cara sekatan ekonomi dan rundingan diplomatik digunakan
untuk menyelesaikan konflik sesama negara.
 PBB juga menghantar pasukan pengaman ke negara-negara
berperang bagi menyelamat mangsa-mangsa peperangan.
Contoh : Perang Teluk yang berlaku pada Ogos 1990 - Majlis
Keselamatan PBB telah meletakkan sekatan mandatori dan
mengadakan langkah diplomatik untuk mengelakkan perang.
 Namun begitu, kelemahan PBB yang paling ketara adalah kuasa
Veto yang diberikan menyebabkan sikap talam dua muka Amerika
sering berlaku apabila melibatkan negara Israel.
 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) merupakan sebuah
gugusan organisasi yang disertai oleh 114 buah negara dari seluruh dunia
yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa Perang Dingin.
 Ditubuhkan pada 1961 datas cadangan Presiden Yugoslavia, Josip Broz
Tito.
 Pada awal penubuhan NAM, hanya terdapat empat buah negara yang
menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat Cina.
 Namun, NAM telah ditubuhkan secara rasminya sebaik sahaja 25 buah
negara-negara berkecuali dengan 11 ahli datang dari Asia dan Afrika
bersama 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama
yang dikenali sebagai Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan
Negara-negara Berkecuali di Belgrade,Yugoslavia pada tahun 1961.
 Pada persidangan pertama ini, misi pergerakan ini adalah untuk
menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
 Penubuhan NAM yang diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979

You might also like