You are on page 1of 11

4.

4 Perhubungan Luar

4.4 Perhubungan Luar (PBB, Komanwel dan NATO)

4.4.1 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Soalan 125: Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Pendahuluan:

§ Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara


perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan
Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ; iaitu Perhimpunan Agung ,
Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.

§ Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia ,
Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah
menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.

Isi-isi penting:

1. Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat
matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan
berbaik-baik antara Negara-negara anggota. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB
boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.

2. Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB
didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya. Setiap negara
anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.

3. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan


dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan
sejagat.

4. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan
atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.
5. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil
oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan
tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini
mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan
antarabangsa.

6. PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan
dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk
menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Penutup:

§ PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan


antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan
antarabangsa.

Soalan 126: Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB)

Pendahuluan:

§ PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan.
PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis
keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, dan
Sekretariat.

Isi-isi penting:

Majlis Perhimpunan Agung

§ Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis
Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik hakim Mahkamah
Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh
semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas Perhimpunan
Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha
memelihara keamanan dan keselamatan dunia.Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi
menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik. Menggalakkan kesedaran terhadap hak
dan kebebasan asasi manusia. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan
amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai. Menimbang dan
meluluskan perbelanjaan PBB.

Majlis Keselamatan

§ Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan
keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli dan enam ahli biasa yang
dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan
sebarang pertelingkahan. Meminta semua Negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik
dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api,
laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi. Meminta
semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan Negara tersebut dan
mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara tersebut sama ada melalui sekatan darat, laut
atau udara.

Majlis Ekonomi

§ Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam
bidang ekonomi, sosial, kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua
kali setahun dan bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah
membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran,
kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and
Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation
(UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations Conference on Trade and
Development(UNCTAD), International Bank for Reconstruction and Development( IBRD) dan
International Monetary Fund (IMF).

Majlis Amanah

§ Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah


pentadbiran PBB.wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah sehingga
wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri. Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah
amanah yang diambil alih dari Jerman,itali, dan Jepun. Contoh kawasan-kawasan yang pernah
diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon Barat ditadbir
oleh New Zealand Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain akhirnya mencapai
kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

§ Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15


hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Terdiri daripada
warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak untuk dilantik semula.
Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan mengendalikan
sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang
dibuatnya.

Sekretariat PBB

§ Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB
atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan. Sekretariat ini beribu pejabat di New York.
Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada
kewibawaan. Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya bertanggungjawab memimpin dan
mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan.

Penutup:
§ PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan
dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting dalam isu-isu sejagat.

§ PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa diselubungi
oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China yang
mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan dalam menjalankan peranannya.

Soalan 127: Huraikan pencapaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Pendahuluan

§ Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Matlamat utama
penubuhan PPB adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PPB juga memainkan
peranan menyelesaikan knoflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan.

§ Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB telah memberikan sumbangan amat besar dalam
memelihara keamanana dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi Penting

a) Kemerdekaan wilayah jajahan

§ PPB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Piagam PPB,
Negara-negara anggoto PPB diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan memastikan penduduk
wilayah mendapat layanan saksama, mendapat perlindungan daripada keganasan, menggalakkan
pemerintahan sendiri.

§ Pada tahun 1960 , PPB meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk
negara yang dijajah.

b) Masalah pelarian

§ PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah menubuhkan
International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan semula, mengahantar pulang dan
memberi perlindungan kepada 1 000 000 pelarian.

§ Bagi menangani masalah pelarian, PPB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan
pelarian dinegara-negara tertentu.

§ Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR) ditubuhkan untuk menengani
masalah pelarian dengan lebih berkesan.

c) Dasar apartheid

§ Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa khas bagi
menangani masalah apartheid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit
putih.
§ PPB menyarankan semua negara anggota PPB menutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika
Selatan. Pada tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala
Bentuk Diskriminasi Ras.

d) Hak asasi sejagat

§ Pada tahun 1948, PPB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.

§ Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan PPB meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait
dengan hak asasi sejagat iaitu, Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik malah
Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi,Sosial Dan kebudayaan.

e) Menangani konflik antarabangsa

§ Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. Pada
tahun 1946, Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet union dari utara iran. Pada
tahun 1956, Majlis keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.

§ Pada tahun 1960 – 1962, PPb mengantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada tahun 1964
– 1974, PPB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.

f) Membantu negara mangsa perang

§ PBB turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas perang
dunia kedua. Pada peringkat awal, uasah PPB hanya tertumpu kepada negara-negara sekutu blok
barat.

§ PBB juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin, dan
Afrika. PBB juga memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan
adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB juga memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada
mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.

g) Pembangunan negara mundur

§ PBB juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negar-negara mundur.


PBB menubuhkan International Development Association (IDA). Sebagai badan gabungan Bank
Dunia.

§ Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial
dan ekonomi antarabangsa.

h) Perebutan pulau

§ PBB juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara yang terlibat
dapat dikurangakn. PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulaunan spratly oleh China,
Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei, dan Malaysia.

§ PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan
oleh majlis perhimpunan agung pada November 1994.
i) Perlumbaan senjata

§ PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia.
PBB mengambil langkah untuk menykat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia yang
meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.

§ Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah, mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat
mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan yang kedua yang
dicapai oleh PPB ialah mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk
mencapai gencatan senjatah.

Kesimpulan

§ Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu Berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan


masyarakat dunia dengan berkesan.

§ PPB mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-
negara anggota.

4.4.2 Pertubuhan Komanwel

Soalan 128: Huraikan sejarah perkembangan Komanwel serta peranan Negara United Kingdom
dan India.

PENDAHULUAN:

§ Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 (melalui Statue of West Minister) dan
anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yg telah merdeka. Kini, negara anggota
Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula terdiri daripada pelbagai bangsa, agama,
bahasa dan budaya. Komanwel pada abad ke 21 meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi
dan penduduknya yang di anggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun 2005.

§ Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip Komanwel sebagai asas hubungan dalam
kalangan negara Komanwel.

Isi- isi penting

1. Sejarah perkembangan Komanwel

§ Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British , sebenarnya
terkandung dalam laporan Lord Durham (1839) yang diperkenalkan di kanada pada tahun 1847.
Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan
sendiri . Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910).
Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai wilayah ini
masih terhad . Parlimen Britian mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung
dengan hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya .

§ Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan bahawa Negara
dominan bebas dari ikatan Britain dari sudut undang-undang setelah statutue of
Westminsterdiluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah menghapuskan penguasaan parlimen
Britain tehadap hal ehwal Negara-negara dominan.

2. Peranan Negara United Kingdom

a) Unitd Kingdom (UK)

§ UK boleh dianggap sebagi pengasas dan ketua Komanwel .. Jika UK tidak bijak menjaga dan
mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahanya
akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak
British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi
kemerdekaan. Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya dipraktikan
cita-cita untuk membimbing tanah jajahan. Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas –
bekas Negara yang dijajah mempunyai mekanisme sendiri.

§ Bekas tanah jajahan tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya bebas untuk
menarik diri pada bila-bila masa. Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan
tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang diamanhakna kepadanya yang ketinggalan dari segi
ekonomi.

§ Penubuhan Komanwel adalha langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang
ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahanya akan mengukuhkan ekonomi Negara –negara
berkenan. Walau bagaimanapun , tidak dinafikan pada tahun 1950-an Britain menggunakan
pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara
Komanwelmengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah , jut , getah , minyak sawit ,dan
koko dunia . Negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.

§ Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di Negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain
mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang-barang
utama itu dilakukan oleh Britain. Dari sudut Negara-negara Komanwel , mereka sedar bahawa
hubungan sedia ada dengan Britain dan negara–negara Komanwel yang lain serta penglibatan
perdagangan dan sterling Area akan member faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran ,
perkhidmatan perkataandan sebagainya.

§ Disamping itu, Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun
1950, iaitu jawatankuasa perhubungan pelajaran Komanwel. jawatankuasa ini dibentuk bagi
membantu Negara–negara menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Penubuhan Komanwel
juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial , ekonomi, dan
politik berdasarkan model barat.penerapan sistem undang-undang, biroraksi, ekonomi dan lain-lain
menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.

§ Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan Negara anggota Komanwel ialah Dasar
Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan . Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar Apartheid
antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti Negara- Negara anggota Komanwel mahukan dasar ini
dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain. Sama ada disedari
atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan Negara-negara
anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang
ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-lain menyebabkan Negara-negara anggota terasa berat untuk
meniggalkan Komanwel

B) INDIA

§ India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota “ bukan berkulit
putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .

§ Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan India telah digubal .sistem diarchy telah diperkenal di
India . Melalui sistem ini ,pentadbiran wilayah –wilayah di India dibahagikan kepada bahagikan, iaitu
perkara-perkara yang tertentu yang ditadbir oleh gabenor wilayah dan India .

§ Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau


Parlimen British . Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan
sendiri di India .Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Sir John Simon.

Penutup

§ Apa-apa yang bersesuaian

Soalan 129 : Huraikan pencapaian Pertubuhan negara-negara Komanwel

Pendahuluan

§ Komanwel merupakan salah satu organisasi politik yang penting dan merujuk kepada pertubuhan
negara-negara bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel
ditubuhkan pada tahun 1931. Malah, Raja British dianggap sebagai Ketua Komanwel.

Isi-isi Penting:

1. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)

§ Mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel diadakan dua tahun sekali. Mesyuarat ini
menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerjaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan
bersama. Tujuan mesyuarat diadakan adalah membincang masalah-masalah yang dihadapi, hal
ehwal dalam sebuah Negara dan persengketaan dalam kalangan negara anggota dengan mendapat
keizinan daripada negara-negara tersebut.

§ CHOGM diadakan di tempat-tempat berikut New Delhi, India (1983), Nassau, Bahamas (1985),
United Kingdom, London (1986), Vancouver, Kanada (1987), Kuala Lumpur, Malaysia (1989), Harare,
Zimbabwe (1991), Limassol, Cyprus (1993), Auckland, New Zealand (1995), Edinburgh, United
Kingdom (1997), Durban, Afrika Selatan (1999), Coolum, Queensland [Australia] (2002), Abuja,
Nigeria (2003), Valletta, Malta (2005), Kampala, Uganda (2007), Sepanyol, Trinidad dan Tobago
(2009), Perth, Australia (2011).

2. Rancangan Colombo

§ Rancangan Colombo diperkenalkan pada tahun 1950 bertujuan memberi bantuan kewangan,
teknikal, dan biasiswa kepada Negara-negara yang kurang maju.

§ Malaysia turut menerima bantuan daripada Rancangan Colombo. Antara projek-projek yang
menerima pembiayaan rancangan ini ialah projek pembinaan lebuh raya timur barat, pembinaan
jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak dalam bidang infrastruktur. Malah, dalam bidang
pendidikan pula ialah pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak dan dalam bidang
pertanian pula ialah bantuan pembangunan tanah dan pertanian dan juga pengenalan kaedah
pertanian moden.

3. Bantuan Ketenteraan

§ Komanwel memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota. Tentera
negara Komanwel (Britain dan Australia) mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun
semasa Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera Komanwel membantu Tanah Melayu menghadapi
ancaman komunis pada Zaman Darurat (1948-1960). Tentera yang terlibat ialah Britain, New Zealand
dan Kanada.

§ Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1957. Askar-askar dari
negara Komanwel dihantar untuk menghadapi ancaman komunis. Malah, Malaysia mendapat
bantuan ketenteraan semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.

4. Perjuangan menentang Aparteid

§ Dijadikan sebagai sebuah platform oleh negara-negara anggota untuk menentang dasar aparteid
yang diamalkan oleh Afrika Selatan dan Malaysia menentang dasar apartied sejak awal tahun 1960-
an. Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan
negara anggota Komanwel kecuali Britain.

§ Komitmen Malaysia dalam penentangan dasar aparteid terserlah dalam pengisytiharaan Deklarasi
Kuala Lumpur tentang Afrika Selatan semasa Mesyuarat ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
pada tahun 1989. Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap rejim perkauman itu
di Afrika Selatan.

5. Bantuan Ekonomi

§ Negara-negara anggota Komanwel menikmati keistimewaan apabila menjalankan urusan


perdagangan dengan negara-negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel
terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
§ Namun demikian, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel sekitar 1970-an dan
1980-an memihak kepada negara-negara maju. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara
mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di peringkat antarabangsa.

6. Isu Senjata Nuklear

§ Komanwel memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata nuclear. Pada tahun 1996,
Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati Perjanjian Pengurangan Senjata Nuklear
(NPT). Pada tahun tersebut juga, Perancis telah menjalankan ujian nuklear di Pasifik Selatan.

§ Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear pada tahun
1998. Malah, isu mengehadkan penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia turut dibincangkan.

Penutup

§ Komanwel turut memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan dalam
kalangan negara anggota. Umpamanya, Komanwel membantu memulihkan keamanan di negara
Uganda yang meengalami kehancuran akibat Perang Saudara. Komanwel juga turut membantu
Zimbabwe dalam usaha mencapai kemerdekaan.

4.4.3 Pertubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO)

Soalan 130: Bincangkan faktor-faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta
United Kingdom dalam NATO

Pengenalan

§ NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara sahaja menganggotai
pertubuhan ini. Ibupejabat NATO ialah di paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai
kuasa besar dan keselamatan di Eropah barat.

§ Pada peringkat awal, Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat, United Kingdom ,
Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland, dan Luxembang. Kini
keanggotaan dalam NATO telah meningkat kepada 28 anggota.

Isi –isi penting

1. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.

§ Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua Negara
anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap Negara anggota. Pada dasarnya , NATO
bertujuan membendung semula pengaruh komunis yan diterajui Soviet Union.

§ Tambahan pula, Negara eropah timuryang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera
bagi menandingi negara jiran mereka di eropah barat . Jadi , rancangan pihak Rusia dan sekutunya
perlu kawal di peringkat awal lagi.
2. Melibatkan Amerika dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah

§ NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945 di Eropah
terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari moscom dapat disekat dengan
keberkesanan.

§ Tambahan pula, pada tahun 1949, Soviat union telah meletupkan bom atomnya yang pertama.

3. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

§ Soviet union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak
asasi manusia, dan tindakan menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan di
Eropah. Soviet union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik
yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. menyebabkan Britian dan Amerika syarikat
mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.

§ Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika syarikat dan Amerika
syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika syarikat berbanding Negara-
negara lain.

4. Mengatasi ketidakupayaan Eropah terhadap kemampuan PBB

§ Dari sudut ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau
mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan. Dalam
PBB kelemahan yang dipersoalkan ialah pihak atau Negara mana yang akan mengetuai misi
ketenteraan PBB dan Negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi
ketenteraan PBB.

§ Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis keselamatan PBB yang
memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam
menangani man-mana konflik antarabangsa.

Penutup

§ Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan,
keutuhan, dan kestabilan NATO.

§ Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union, kini
selepas peristiwa 9/11 fokusnya juga berubah kepada menangani bahaya pengganas dan serangan
siber.

You might also like