You are on page 1of 10

2.2.

2 Negara Kesatuan

2.2.2 Negara Kesatuan Perancis

Soalan 51: Huraikan Pelaksanaan negara kesatuan di perancis

Pendahuluan

§ Secara umumnya terdapat dua bentuk kerajaan yang boleh di pilih untuk melaksanakan
pemerintahan dalam sesebuah Negara, kuasa dalam sesebuah kerajaan perlu di pegang oleh pihak
atau institusi tertentu Sekiranya sesebuah Negara berhasrat memberikan kuasa yang luas kepada
kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan tempatan (Local Government), maka
kerajaan kesatuan mungkin menjadi pilihan

§ Sekiranya sesebuah negara ingin membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri atau kerajaan tempatan, maka Negara itu boleh memilih kerajaan persekutuan. Pengamalan
mana-mana bentuk kerajaan ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan
wilayah di Negara masing-masing

Isi-isi Penting:

Pelaksanaan Negara kesatuan di perancis

1. Perancis melaksanakan sistem negara kesatuan berdasarkan ciri-ciri yang berikut; Kesemua
urusan Negara adalah dipusatkan; Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau
cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat
pemerintahan dan kuasa ini boleh di tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau
cawangan ini diberi boleh dipindah, atau ditarik balik, maka wilayah atau bahagian merupakan agen
kepada pemerintahan pusat

2. Sistem kesatuan dilaksanakan di Negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan


geografinya. Jika saiz sesebuah Negara kecil dan sedarhana serta jumlah penduduknya tidak terlalu
ramai, sistem kesatuan sesuai dilaksanakan. Geografi perancis tidak seperti amerika syarikat atau
India. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas, lebih memudahkan komunikasi dua hala dan
sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

3. Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di perancis, pentadbiran baharu telah di


lantik. Perancis telah dibahagikan kepada 83 departmen t(kawasan), dan setiap department
dibahagikan kepada cantons(daerah) dan yang akhir sekali ialah commune. Setiap department
diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan general council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah
peringkat pusat. Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan
penduduk tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.
4. Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan Bandar. Institusi ini diketuai oleh datuk Bandar
(mayor) sebagai ketua eksekutif. Antara tugas commune termasuklah mengendalikan perkara-
perkara yang menyentuh pentadbiran di Bandar seperti meluluskan permit bangunan,menjaga
keselamatan penduduk,dan menguruskan pentadbiran perkahwinan. Commune merupakan institusi
yang di bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat
pendaftaran,mahkamah jabatan kerja raya,polis tempatan dan sebagainya.

Penutup

§ Sistem kesatuan mempunyai beberapa kelemahan namun kelemahan tersebut mudah diselaras
dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat mempunyai lebih kuasa untuk menyesuaikan
pentadbiran dengan keperluan semasa.

Soalan 52: Bincangkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap struktur parlimen di Perancis

Pendahuluan

§ Kelemahan struktur parlimen perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya pengaruh
pemerintahan beraja mutlak di Negara berkenaan

§ Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada
keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir ke-18

Isi-isi Penting:

1. Kelemahan struktur Parlimen Perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya
pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara tersebut. Tindakan raja yang menyebelahi
golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan pemerintahan beraja
mutlak di perancis pada akhir abad ke-18. Ahli-ahli parlimen dibahagikan kepada 3 estet atau 3 blok.
Mereka dibahagikan berdasarkan golongan masing-masing. Estet pertama terdiri daripada golongan
paderi. Estet kedua pula terdiri daripada golongan bangsawan dan seterusnya estet ketiga pula
terdiri daripada golongan Bourjois dan petani. Mengikut tradisi, ahli-ahli parlimen diminta untuk
mengemukakan senarai rungutan atau dikenali juga sebagai ‘Cahiers’ oleh pihak kerajaan. Setelah
mengetahui Cahiers itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan
tersebut. Cahiers daripada estet pertama dan kedua mengandungi tuntutan yang tidak selaras. Estet
pertama menuntut pengurangan hak istemewa golongan bangsawan manakala estet kedua pula
berusaha untuk mengurangkan hak istimewa golongan paderi. Seterusnya , peraturan mengundi di
parlimen adalah dengan mengikut estet , bukannya secara undian individu. Sekiranya estet pertama
yang terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan
meluluskan sesuatu usul , bermakna estet ketiga yang terdiri daripada rakyat biasa tiada kuasa untuk
membantah usul tersebut.

2. Peranan ketiga-tiga estet itu menyerupai sebuah parlimen yang yang membenarkan
perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-masing. Parlimen yang pertama kalinya bersidang
pada 5 Mei 1789 masih mengikuti peraturan cara lama. Semua upacara lama dikekalkan dan
peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada estet pertama dan estet kedua. Cara persidangan
di parlimen juga digunakan menggunakan cara lama , iaitu selepas membincangkan sesuatu usul ,
ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada untuk menyokong atau membangkang usul tersebut.
Keadaan ini tidak akan menyebelahi estet ketiga , kerana jika estet pertama dan estet kedua tidak
menyokong , ini bermakna undian akan menjadi satu melawan dua. Oleh itu , estet ketiga menuntut
supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan undi adalah berdasarkan undi individu yang terdiri
daripada seluruh anggota parlimen. Raja Louis XVI membuat keputusan agar peraturan lama mesti
diguna pakai. Namun , estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput ahli anggota
estet pertama dan kedua untuk berunding dengan mereka. Setelah perundingan dijalankan lebih
kurang dua minggu , kebanyakkan anggota estet pertama dan kedua menolak cadangan untuk
menggabungkan ketiga-tiga estet tersebut.

3. Seterusnya , pada 12 Jun 1789 , estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai
Perhimpunan Kebangsaan atau dikenali juga sebagai Parlimen Negara. Revolusi Perancis bermula
dengan pengisytiharan estet ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan. Bagaimanapun , apabila ahli-
ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan , mereka
mendapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera. Ahli-ahli Perhimpunan
Kebangsaan melarikan diri ke bangunan lain apabila khabar angin menyatakan Raja Louis XVI hendak
menggunakan tentera untuk menentang ahli Perhimpunan Kebangsaan. Implikasinya ialah mereka
telah berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai
sehingga mereka menggubal Perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Sumpah Padang
Tenis’. Prinsip perjuangan golongan estate ketiga yang terdiri daripada kelas menengah menjadi
semakin ketara kerana mereka mahu konsep persamaan dan keadilan di praktikkan bukannya di beri
sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka
menginginkan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakti, khasnya agar kelas
pertengahan di beri perhatian yang sewajarnya. Namun, walaupun golongan bangsawan istana dan
ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan
tentera dibawah pimpinan Marshall de Broglie, tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak
rakyat menghapuskan sistem monarki, malah sebahagian tentera de Broglie turut menyertai
Perhimpunan Kebangsaan.

4. Pada 14 Julai 1789, bangunan bestille telah jatuh ke tangan pemberontak. Bangunan tersebut
menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi kepada
golongan revolusi dikawasan bandar dan desa. Kejatuhan bestille tidak dilupakan oleh orang
Perancis sehingga kini , malah , Hari Kebangsaan Perancis dirayakan ada 14 Julai setiap tahun
sempena mengingati peristiwa ini. Dengan ini, Perhimpunan Kebangsaan berjaya menghapuskan
sistem feudal, penghambaan dan golongan istemewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan
tanpa pampasan , seterusnya cukai yang diberi adalah sama untuk semua golongan , menghapuskan
buruh paksa dan semua hak istimewa gereja di tarik balik. Selepas itu, berlaku hari Ogos yang
mengesahkan penghapusan masyarakat feudal di Perancis yang diamalakan sejak turun-temurun.
Ahli Parlimen dengan sendirinya memansuhkan sendiri hak-hak istimewa feudal mereka. Golongan
feudal yang lain juga berlumba-lumba menyerahkan hak-hak lama mereka dan pada masa yang
sama , golongan paderi memberi kutipan cukai gereja dan hak-hak gereja. Satu dikri telah
dikeluarkan yang menandakan bahawa seluruh pemerintahan feudal telah dimusnahkan. Maka
seterusnya ialah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda , perlindungan dan menentang
penindasan. Oleh itu , pada 26 Ogos 1789 , Parlimen telah meluluskan perisytiharan hak-hak
manusia dan warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan kekal bebas dan
mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh diwujudkan berdasarkan kemanfaatan
umum.

5. Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan. Melalui Perlembagaan ini ,
golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberikan gaji. Golongan paderi dikehendaki
mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791 , majlis
perhimpunan kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja
Louis XVI. Berdasarkan idea ‘MOSTESTQUIE’ melalui teori pengasingan kuasa, kerajaan dibahagikan
kepada Badan Legislatif, Badan Eksekutif, dan Badan Judisiari. Pemerintahan raja berpelembagaan
berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi
republik. Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dipancung menggunakan gilotin oleh puak-
puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah zaman
pemerintahan ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon
Bonaparte yang mengambil alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.

Penutup

§ Penindasan yang dialami sekian lama oleh golongan rakyat menyebabkan mereka bangkit
menentang ketidakadilan yang wujud disebabkan suara mereka tidak didengar di Parlimen.

§ Pembahagian Parlimen mengikut blok akhirnya dimansuhkan dan hanya tinggal satu blok sahaja
yang mewakili semua golongan masyarakat Perancis.

2.2.2 Negara Persekutuan Amerika Syarikat

Soalan 53 : Huraikan ciri-ciri dan perlaksanaan negara Persekutuan di Amerika Syarikat.

Pendahuluan

§ Persekutuan berasal daripada perkataan iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian yang
merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas namun kemudian
menjadi Negara bersekutu dibawah satu perlembagaan pusat . Terdpat beberapa faktor yang
menyebabkan pembentukan Negara persekutuan iaitu pertahanan sesebuah negeriitu lemah untuk
menghadapi ancaman kuasa luar, kedudukan akan lemah jika menjalankan aktivti ekonomi secara
bersendirian dan sukarela menyertai persekutuan kerana sesebuah negeri atau wilayah akan
bertambah kuat dan maju.
§ Sistem persekutuan ditakrifkan sebagai sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan
iaitu pusat dan negeri . Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai kuasa masing-masing dalam
perkara-perkara tertentu. Apabila wilayah-wilayah tersebut bergabung kedalam sebuah persekutuan
dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan wilayah dan ketaatan rakyat
tertumpu kerajaan persekutuan .

Isi-isi penting :

Ciri-ciri Negara Persekutuan

§ Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak

§ Merupakan liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat

§ Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan

§ Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan negeri

§ Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain

Perubahan kedudukan kerajaan selepas abad ke 18 konvensyen Philadelphia

§ Had kuasa persekutuan

§ Memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri

§ Pindaan dibuat dalam bidang mata wang.

§ mengistiharkan peperangan

§ Mengenakan cukai

§ Mengubal undang-undang berkaitan kehakiman

§ Menguasai bidang perdagangan

Kuasa presiden dan kongres

§ Membatalkan undang-undang mengunakan kuasa veto


§ Mengawal kongres

§ 2/3 undi di dewan senat dan perwakilan boleh mengatasi kuasa veto

§ Apabila mengubal undang-undang , satu pihak boleh mengawasi pihak lain

Pelaksanaan negara Persekutuan

1. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap memberi kebebasan negeri-


negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana
setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah berlainan. Keadaan geografi dan saiz sesebuah
Negara tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan kemajuan Negara. Di Amerika Syarikat
mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun
perpaduan rakyat masih utuh.

2. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberi beberapa kesan. Pertama, kerajaan


baharu tidak dapat melaksanakan banyak projek pembagunan kerana tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk memungut cukai . Kedudukan
kewangan kerajaan persekutuan bergantung daripada sumbangan kerajaan negeri.

3. Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan
antara negeri mahupun Negara lain. Oleh yang demikian, kelemahan kerajaan persekutuan tersebut
perlu diperbaiki dan mempunyai persetujuan negeri-negeri yang diperlukan bagi menambah bidang
kuasa kerajaan persekutuan.

4. Persidangan Konvensyen Philadelphia 1787 telah membawa kepada pembentukan


Pelembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam 13 buah negeri. Mejelang tahun 1788,
Sembilan buah negeri mengesahkan perlembagaan tersebut kerana pihak anti
federal mempunyai pengaruh kuat terutama di kawasan luar bandar. Dalam pada itu , beberapa
pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison cuba mempengaruhi penduduk
awan supaya menyokong perlembagaan baharu itu dengan menerbitkan buku yang dikenali
sebagai The Federalist dan akhirnya New York .

5. Kejayaan golongan federalis ini merupakan kejayaan peringkat awal. Kejayaan persekutuan
perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat kebangsaan seperti had kuasa persekutuan dalam
masa yang sama memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri. Beberapa pindahan telah
dibuat .antaranya member kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam
hal mat wang, pengistiharan peperangan,mengenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan
kehakiman, dan menguasai perdagangan.

Penutup

§ Persekutuan merupakan bagungan beberapa wilayah atau negeri yang dahulunya bebas namun
kemudiannya menjadi Negara bersekutu dibawah satu perlembagaan pusat. Perlembagaan Amerika
Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yag memerintah Amerika Syarikat.
Keadaan ini dilakukan supaya satu sistem timbang tara sebagai perlindungan unsur-
unsur authoritatian dan radikal.

§ Oleh kerana kerajaan persekutuan diberi kuasa yang lebih luas maka rakyatnya tidakmenentang
kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik an kuasa berkaitan dasar luar, dan
perdagangan yang diberikan kepada kerajaan persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah
Negara yang Berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.

Soalan 54: Huraikan Faktor-Faktor Tercetusnya Perang Kemerdekaan Di Amerika Syarikat .

Pendahuluan

§ Pada bulan September 1774, pemimpin pemimpin daripada 13 buah koloni mengadakan
pertemuan di Phildephia . Dalam pertemuan tersebut, mereka mengambil keputusan untuk
menubuhkan Kongres (Parlimen Bersatu).

§ Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat Keputusan Untuk mengisytiharkan peperangan terhadap
Britain. Pada 4 Julai 1776, Kongres dalam persidangan yang diadakan di Phildelphia meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan .

Isi-isi Penting :

1. Perang Tujuh Tahun (1756-1763)

§ Pada tahun 1756 , tercetusnya peperangan antara Perancis dengan Britain di Eropah. Peperangan
ini menelan perbelanjaan yang besar bagi kerajaan Britain. Britain menuntut koloni-koloni di
Amerika membayar sebahagian daripada perbelanjaan peperangan tersebut .

§ Namun demikian, penduduk penduduk di 13 buah koloni tidak bersetuju dengan tindakan Britain .

2. Dasar Campur Tangan England


§ Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni .

§ Penduduk di koloni tidak berpuas hati dengan dasar campur tangan kerajaan England .

3. Pengenalan Akta-Akta Baharu

§ Penduduk koloni membantah akta akta baharu yang diluluskan oleh Parlimen di London. Antara
akta akta yang diluluskan ialah Akta Gula , Akta Setem , dan Akta Teh .

§ Akta akta ini bertujuan untuk memungut cukai daripada penduduk di koloni.
Penduduk koloni membantah akta ini kerana mereka berpendapat Parlimen di London tidak berhak
mengenakan cukai

4. Peristiwa Pembuangan Teh Boston

§ Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh. Akta ini membenarkan SHTI menjual teh
kepada penduduk di koloni tanpa membayar cukai.

§ Penduduk koloni dipaksa membeli teh daripada Britain melalui SHTI. Perkembangan ini
menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap kerajaan Britain. Mereka bertindak
membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut dan peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa
Pembuangan Teh Boston.

Penutup

§ Peristiwa peristiwa tersebut menyebabkan penduduk koloni mengambil keputusan untuk


memperjuangkan kemerdekaan negara mereka daripada Britain.

§ Pada 6 Julai 1775 , kongres membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan terhadap
Britain.

Soalan 55: Huraikan faktor-faktor Tercetus Perang Saudara Di Amerika Syarikat 1861-1865

Pendahuluan

§ Perang saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan Amerika Syarikat.
Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan 11 buah negeri di selatan
Amerika Syarikat.
§ Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika Syarikat manakala negeri-
negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-negeri Amerika. Perang saudara ini berlanjutan selama
empat tahun, iaitu dari tahun 1861-1865

Isi-Isi Penting:

1. Masalah Hamba Abdi

§ Amalan penghambaan ini bermula sejak orang Inggeris Mengasaskan petempatan di Amerika.
Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau memerlukan hamba abdi untuk bekerja di ladang.
Pada tahun 1859, John Brown memimpin pemberontakan hamba di bahagian selatan Amerika.

§ Parti republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan penghambaan di Amerika


Syarikat. Abraham Lincoln mengetuai Parti Republik sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-16 pada
tahun 1861,tindakan itu mencetuskan Perang Saudagar.

2. Negeri-Negeri Selatan Menarik Diri Daripada Kesatuan Amerika Syarikat

§ Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan


menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat. Tujuh buah negeri selatan membuat keutusan
untuk berpisah daripada kesatuan Amerika Syarikat pada tahun 1861. Caroline Selatan merupakan
negeri paling awal yang berpisah dengan kesatuan Amerika Syarikat kemudian negeri–negeri seperti
Virginia, Georgia, Caroline Utara, Florida, Albama, Missippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan
Texas.

§ Negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baharu yang dipanggil Gabungan Negeri-Negeri


Amerika pada 4 Februari 1861 dan telah melantik Jefferson Davis sebagai Presiden Gabungan
Negeri-Negeri Amerika.

3. Perbezaan Antara Negeri-Negeri Utara Dan Negeri-Negeri Selatan

§ Perbezaan tersebut dapat dikesan dalam aspek Kekayan, Agama, Kehidupan dan Bahasa.

§ Di negeri-negeri selatan penduduknya melibatkan diri dalam aspek pertanian manakala negeri
utara pula penduduknya melibatkan diri dalam perusahaan.

4. Tidak Berpuas Hati Terhadap Undang-Undang Kerajaan Pusat


§ Negeri selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Negeri-negeri selatan berpendapat bahawa undang-undang digubal untuk melindungi kepentingan
penduduk di negeri-negeri utara. Mereka membantah tindakan tersebut boleh meningkatkan harga
barang-barang import.

§ Langkah ini turut menjejaskan kedudukan negeri-negeri selatan yang bergantung kepada barang-
barang import.

Penutup

§ Perang ini menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah dua.

§ Perang ini juga menyebakan negeri-negeri utara dan negeri-negeri selatan bersatu semula.

You might also like