You are on page 1of 2

Bincangkan kesan-kesan Perang Dingin

Perang Dingin merupakan konflik yang dihadapi antara blok kapitalis Amerika Syarikat dan blok
komunis selepas Perang Dunia Kedua. Perang dingin bermula apabila Presiden Harry Truman
mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun 1947 perang dingin telah meninggalkan beberapa
kesan-kesan yang amat mendalam. Perang Dingin merujuk hubungan tegang yang berlaku antara
kedua-dua buah kuasa besar tanpa melibatkan pertempuran bersenjata. Berikut merupakan
kesan akibat daripada berlakunya Perang Dingin.

Kesan-kesan Perang Dingin termasuklah, kemunculan perikatan tentera. Perang Dingin telah
menjadikan Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang terkuat dan paling digeruni di Benua
Eropah. Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan mengancam keselamatan negara-
negara Eropah khususnya di Eropah Barat. Hal ini menyebabkan negara-negara Eropah Barat
mewujudkan Perikatan Tentera. Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan
Dunkirk dan Perjanjian Brusells. Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama
dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.

Selain itu, kesan-kesan Perang Dingin termasuklah, penubuhan Perjanjian Asia Tenggara
(SEATO). Perang Dingin telah menyebabkan tersebarnya pengaruh komunis di seluruh dunia. Di
Asia, fahaman komunis telah disebarkan oleh Soviet Union ke negara China dan mulai tersebar ke
beberapa negara di Asia Tenggara. Perang Dingin telah menyebabkan pakatan tentera
antikomunis yang dikenali sebagai SEATO ditubuhkan. South-East Asia Treaty Organisation
(SEATO) disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand.
Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik
Barat dan Asia Tenggara.

Seterusnya, kesan-kesan Perang Dingin termasuklah, penubuhan Perjanjian Atlantik Utara


(NATO). Pada Februari 1948, panglima tentera Soviet Union iaitu Sokolovsky mendakwa seluruh
kota Berlin merupakan sebahagian daripada wilayah Rusia. Kejayaan Soviet Union menyebarkan
ideologi komunis di Jerman Timur mencetuskan kebimbangan negara-negara Eropah Barat.
Selepas peristiwa pengepungan Berlin, negara-negara Eropah Barat mula mencurigai tindak-
tanduk Soviet Union di Benua Eropah. Oleh itu, Amerika Syarikat (US) membentuk pakatan
tentera yang digelar sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO). NATO disertai oleh
negara-negara yang mengalami ancaman daripada komunis.

Di samping itu, kesan-kesan Perang Dingin termasuklah, pembentukan blok dunia. Selepas
Perang Dingin ,dunia terbahagi kepada dua blok iaitu blok kapitalis dan blok komunis. Kewujudan
dua blok dunia ini akibat daripada perbezaan ideologi politik, ekonomi dan kedudukan geografi.
Jerman telah berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat di mana ini
melambangkan bagaimana blok-blok ini wujud. Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat
manakala tentera Rusia berpihak di Jerman Timur. Sistem demokrasi diamalkan oleh Jerman
Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan sistem komunis. Tembok Berlin telah dibina bagi
memisahkan dua negara Jerman, dimana Ibu kota lama Jerman dibahagikan dua kepada Kuasa
Berikat dan Tentera Rusia . 
Tambahan pula, kesan-kesan Perang Dingin termasuklah, kemunculan negara-negara berkecuali.
Terdapat negara-negara yang mengamalkan prinsip berkecuali. Negara-negara berkenaan tidak
mahu memihak kepada mana-mana negara sama ada negara-negara daripada blok komunis
ataupun blok kapitalis. Negara-negara tersebut enggan melibatkan diri dalam sebarang bentuk
persengketaan yang melibatkan dua blok dunia berkenaan kerana bimbang akan menjejaskan
kestabilan politik di negara masing- masing. Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan
dunia tanpa menyokong blok kapitalis ataupun blok komunis.

Kesimpulannya, perang dingin yang tercetus antara Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba
meluaskan pengaruhnya masing-masing, iaitu prodemokrasi dan prokomunis. Kedua-dua pihak
melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan ekonomi dan pertahanan kepada
negara-negara yang berpihak kepada mereka untuk meluaskan pengaruh. Kesannya dunia
terbahagi kepada dua blok dunia dan Perang Dingin juga tersebar di Asia.

You might also like