You are on page 1of 6

FAKTOR-FAKTOR PERANG DINGIN DI EROPAH (1945-1955)

PENDAHULUAN

Istilah Perang Dingin dipelopori oleh Bernard Baruchd dalam ucapannya kepada Jawatankuasa
Penyelidik Senat pada tahun 1948. Ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika
Syarikat dengan Soviet Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini berlaku tanpa
sebarang pertempuran bersenjata. Negara-negara komunis diketuai oleh Soviet Union dengan
negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Apabila tercetus Perang Dingin, kedua-dua pihak menjalinkan kegiatan subversif, propaganda,
pengintipan dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka. Menurut sejarawan, perang
dingin bermula pada tahun 1947, apabila Presiden Harry Truman, mengistiharkan dasar antikomunis
yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’. Perang ini berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an.

ISI-ISI PENTING

1.Doktrin Truman

 Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala
bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan. Pada bulan Oktober 1945, beliau
menegaskan Amerika Syarikat tidak mengiktirafkan mana-mana kerajaan yang ditubuhkan
tanpa persetujuan penduduknya. Pada tahun 1946, Presiden Harry Truman menekankan
dasar Amerika Syarikat yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung
pengaruh komunisme. Kenyataan Truman ini menjadi asas kepada pembentukan Perang
Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala bantuan yang
diberikan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat menentang
peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunis ke seluruh dunia.

 Berpandukan kepada doktrin ini, Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan
kewangan kepada Turki dan Greece untuk mrnghadapi ancaman komunis. Doktrin ini
menjadi asas kepada dasar luar Amerika Syarikat bagi tempoh tiga dekad berikutnya.

2.Tirai Besi

 Pada bulan Mac 1946, Perdana Menteri Britain Winston Churchill memberitahu bahawa
terdapat tirai besi yang memisahkan Eropah kepada dua blok yang bermusuhan, iaitu blok
komunis dan bukan komunis. Pandangan yang dikemukan oleh Churchill jelas menunjukkan
bahawa wujud perpecahan antara Timur dengan Barat. Kewujudan tirai besi menyebabkan
hubungan perdagangan antara blok-blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara
perseorangan hamper tidak wujud.

3.Rancangan Marshall

 Pada tahun 1947, Amerika Syarikat melancarkan Rancangan Marshall (Marshall Plan) untuk
membantu negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan
demokratikd di negara tersebut. Walaupun Soviet Union menyertai perbincangan awal
mengenai rancangan ini, tetapi akhirnya menolak Rancangan Marshall. Soviet Union
menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam
hal ehwal negara lain. Soviet Union enggan menerima bantuan Marshall dan memaksa
negara-negara Eropah Timur lain untuk berbuat demikian.

 Di bawah Rancangan Marshall, Amerika Syarikat membekalkan bahan-bahan mentah,


jentera, minyak, dan baja bernilai $3 000 juta dolar Amerika antara tahun 1948 hingga
1952.Perkembangan ini merenggangkan hubungan antara Timur dengan Barat dan
mencetuskan Perang Dingin.

4.Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC)

 Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) untuk menguruskan Rancangan


Marsahall menambahkan ketegangan antara Timur dan Barat. Pertubuhan ini dianggotai
oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan Kanada.

 Melalui pertubuhan ini, Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi
menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah. Ekoran daripada
bantuan tersebut, Eropah Barat mengalami pemulihan ekonomi yang amat ketara.
Pembangunan ekonomi dan kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk menyebabkan
perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat.

5.Comecon

 Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall, Soviet Union mula mengawal negara-
negara Eropah Timur di bawah pengaruh komunis. Stalin menubuhkan Biro Penerangn
Komunis Cominform untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah. Penubuhan
ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara Eropah Timur dalam
COMECOM. Perkembangan ini melebarkan jurang antara Timur dengan Barat Eropah.

6.Perkembangan Pengaruh Komunis di Eropah Timur

 Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di
Eropah Timur. Soviet Union mula menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania,
Bulgaria, Czechoslovakia, bahagian timur Jerman, dan Austria. Soviet Union menggunakan
kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan komunis di negara-negara tersebut. Malah
Soviet Union juga menggunakan kuasanya untuk mengendalikan dasar dalam dan luar
negra-negara tersebut .

 Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintahan komunis jelas di Poland, Czechoslovakia,


dan Yugoslavia. Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik di Eropah.

 Pengaruh Komunis Di Poland

 Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan


pengaruh komunis di Poland. Parti-parti bukan komunis seperti Parti
Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja
Poland yang merupakan parti politik komunis.

 Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75 000 anggota


komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta
panduan yang ditetapkan oleh Soviet Union. Pada tahun 1948,
Setiausaha Parti Komunis, Gomulka dipaksa meletakkan jawatan
kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslavia.Perkembangan
di Poland jelas menunjukkan peranan Soviet Union dalam
mengukuhkan kedudukan serta pengaruh komunis di Eropah Timur.

 Pengaruh Komunis di Czechoslovakia

 Sebelum Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia merupakan negara


yang paling maju dalam bidang perindustrian di Eropah Timur.
Malah Chechoslovakia juga mempunyai pengalaman dalm
pemerintahan demokrasi. Selepas Perang Dunia Kedua, Parti
Komunis mendapat sokongan meluas daripada golongan pekerja
dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi
Jerman. Parti komunis telah menyertai kerajaan campuran yang
terdiri daripada golongan liberal dan parti-parti berhaluan kiri di
campuran berlaku ekoran ketegangan antara golongan komunis dan
bukan komunis.

 Pada bulan Febuari 1948, kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti


Komunis dan Perti Demokrat. Seterusnya berlaku gerakan untuk
menyingkirkan golongan antikomunis daripada jawatan-jawatan
kerajaan. Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovia diteruskan
dengan gerakan pembersihan dalam parti itu. Pemimpin- pemimpin
yang menunjukkan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.
Perkembangan di Czechoslovakia turut membimbangkan
pemimpim-pemimpin di Eropah Barat.

 Pengaruh Komunis di Yugoslavia

 Parti Komunis Yugoslavia di bawah pempinan Tito tidak


mempunyai hubungan mesra dengan Soviet Union. Menjelang
tahun 1948, berlaku perselisihan faham antara Tito dengan
Stalin. Soviet Union menuduh Yugoslavia memberi layanan
buruk tehadap rakyat Serviet Union yang menetap di negara
tersebut. Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi
semakin tegang apabila Tito enggang menerima rancangan
ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin.
 Dalam pada itu, Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan
satu pakatan dalam kalangan negara-negara Balkan. Rancangan
Tito amat bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga
beliau dituduh sebagai tali barut Amerika Syarikat.
Perkembangan ini , menyebabkan Yugoslavia disingkirkan
daripada Gerakan Komunis Antarabangsa.

 Yugoalavia juga bertindak menolak segala dasar yang bercorak


Stalin dalam sistem pentadbiran negara. Dalam pada itu, kuasa-
kuasa Barat pula bersedia untuk menghulurkan bantuan
ekonomi kepada Yugoslavia. Komunisme nasional bebas yang
diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripada
negara komunis lain.

 Jelaslah bahawa ekoran perkembangan ini, Soviet Union mula


menjalankan gerakan pembersihan dalam kalangan pemimpim-
pemimpin komunis tempatan di Hungary, Poland, Romania,
Bulgaria, dan Czechosloviakia.

 Pengaruh Komunis di Greek

 Semasa Perang Dunia Kedua, Parti Komunis Greek memainkan


peranan dalam penentangan terhadap Jerman. Pada tahun
1944, Parti Komunis turut menyertai kerajaan campuran yang
ditubuhkan. Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan
kerajaan agar gerrila komunis meletakkan senjata.

 Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya


dalam pilihan raya umum. Kejayaan ini disusuli dengan tindakan
menindas penykong-penyokong komunis. Golongan komunis
mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk
bertindakbalas. Komunis turut mendapat bantuan dan
sokongan daripada Yugoslavia. Parti Monarkis pula mendapat
sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat selepas tahun
1947. Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat
ditewaskan.

7.Perkembangan Politik di Eropah Barat

 Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negra Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk
membangunkan semula ekonomi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku masalah
inflasi, pengangguran dan kebuluran. Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan
komunis mula mendapat sokongan rakyat di Perancis dan Itali. Umpamanya kerajaan
campuran pertama yang diwujudkan di Perancis bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai
oleh ahli-ahli Parti Komunis Perancis. Menjelang tahun 1947, Parti Komunis menjadi
pembangkang di Perancis.

 Sementara itu, Parti Komunis mula mendapat tempat di Itali pada tahun 1948. Parti Komunis
Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkn oleh de Gasperi yang merupakan
pemimpin Parti Kristian Demokrat. Malah, pengaruh komunis berkembang pesat dalam
kalangan petani di bahagian selatan Itali. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan
Amerika Syarikat yang telah bertindak untuk memberi sokongan ekonomi dan ketenteraan
untuk mempertahankan demokrasi di Eropah Barat.

8.Masalah Perpecahan Jerman

 Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua
adalah pembinaan semula ekonomi dan politik Jerman. Negara Jerman telah dibahagikan
kepada empat Kawasan yang ditadbiroleh Soviet Union, Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis. Manakala ibu negara Jerman, Berlin dibahagikan kepada empat sektor.
Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang
akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman.

 Menjelang tahun 1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industri dan Jerman
Timur. Di samping itu, Soviet Union juga bertindak merampas dan mengagihkan ladang
melebihi keluasan 250 ekar. Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu
yang merupakan gabungan Parti Komunis dan Parti Sosial Demokrat. Sebenarnya, system
pentadbiran komunis telah diperkenalkan oleh Soviet Union dan Jerman Timur. Pada tahun
1947, Amerika Syarikat dan Britain telah menyatukan kawasan-kawasan yng berada di
bawah penguasaan mereka untuk tuuan ekonomi.

 Pada tahun 1947, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah membuat keputusan untuk
mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian London. Perkembangan ini
telah menyebabkan muncul dua buah parti politik, iaitu Parti Kristian Demokratdi bawah
pimpinan Konrad Adenauer dan Parti Sosial Demokrat di bawah pimpinan Kurt Schunacher
di Jerman Barat. Perkembangan ini juga menyebabkan wujud perpecahan yang agak ketara
antara Jerman Barat dengan Jerman Timur. Sekaligus menyebabkan hubungan antara Soviet
Union dengan Amerika Syarikat semakin longgar. Menjelang tahun 1949, harapan untuk
menyatukan Jerman semakin pudar.

9.Pengepungan Berlin

 Pada tahun 1948, timbul beberapa isu yang telah menyebabkan hubungan antara Jerman
Barat dengan Jerman Timur bertambah buruk. Pada bulan Februari 1948, panglima tentera,
Sokolovsky mendakwa seluruh kota Berlin adalah sebahagian daripada Soviet Union.

 Sementara itu, pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat yang
mengadakan pertemuan di London bersetuju untuk mewujudkan sebuah Kerajaan Pusat di
Jerman Barat. Perkembangan ini menambahkan lagi ketegangan antara Soviet Union dengan
Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya.
 Konfrontasi secara terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat
keputusan untuk menilain semula mata wang Jerman. Tujuan penilaian semula mata wang
ini dilakukan adalah untuk membantu pemulihan ekonomi dan menentang pasaran gelap.

 Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang bertentangan dengan Perjanjian
Potsdam. Malah Soviet Union berpendapat tindakan tersebut akan menyebabkan nilai mata
wang Jerman Timur merosot dan ini menghalang hubungan ekonomi antara Jerman Timur
dan Jerman Barat. Seterusnya, Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang
penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin.

 Pada bulan Jun 1948, Soviet Union menutup semua haluan darat ke bahagian Barat Berlin.
Sekatan yang dilakukan oleh Soviet Union menyebabkan bahagian udara yang dikuasai oleh
Barat dapat berkekalan melalui pengangkutan kuda. Hubungan antara pihak berkuasa
Jerman Barat dan Jerman Timur bertambah runcing dan hamper terjebak ke dalam kancah
peperangan. Perjanjian tersebut membawa kepada penubuhan dua buah negara, iaitu
Republik Persekutuan Jerman, Jerman Barat dan Republik Demokratik Jerman (Jerman
Timur)

KESIMPULAN

 Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan untuk membendung


pencerobohan komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika
Syarikat. Apabila Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang
komunis berkembang.

 Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan Pakatan Ketenteraan seperti
NATO, SEATO dan Pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar
berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang
Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali
menerusi NAM.

You might also like