You are on page 1of 29

Sejarah Asia Tenggara

Pengaruh Perang Dingin Terhadap


Dekolonisasi Vietnam

Pensyarah:
 Dr. Mohd. Khairul Anuar
Disediakan oleh:
 Manimaran Subramaniam
01 PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
 Berakhirnya Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) merupakan permulaan bagi Perang
Dingin (1945 – 1991) di Eropah. Perang Dingin berbeza dengan Perang Dunia kerana
peperangan ini tidak melibatkan konfrontasi secara langsung sebaliknya hanya melibatkan
tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi
ketenteraan tahap rendah dan perang proksi. Pengaruh Perang Dingin yang berlaku di Eropah
turut menular ke Asia Tenggara terutamanya di Vietnam kerana telah memberi impak
kepada proses dekolonisasi negara tersebut.

 Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet merupakan dua kuasa besar yang terlibat dalam
Perang Dingin selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Kedua-dua kuasa ini mempunyai
agenda yang sama iaitu untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka dengan cara memberi
bantuan dalam pembangunan ekonomi kepada negara-negara yang baru merdeka selepas
berakhirnya Perang Dunia Kedua, termasuklah negara Vietnam dan Indonesia.
02 DEFINISI
 Dekolonisasi
 Perang Dingin
DEFINISI DEKOLONISASI
• DEKOLONISASI bermaksud membebaskan wilayah ataupun negara
daripada unsur kuasa luar. Ianya bertentangan dengan konsep kolonisasi
(penjajahan).
• Faktor dominan berlakunya proses dekolonisasi ialah semangat nasionalisme
dalam diri masyarakat yang dijajah bagi mendapatkan kebebasan dan
kemerdekaan.
• Menurut Wan Abdul Rahman (2001), dekolonisasi memberikan ciri-ciri seperti
berikut:
i) terdapat peningkatan kesedaran dalam wilayah-wilayah yang tertindas.
ii) memahami bahawa rakyat dan negara berkongsi satu warisan.
iii) membangkitkan semula perasaan kewarganegaraan dan menghargai
unsur-unsur warisan peribumi.
iv) menduduki semula wilayah peribumi.
DEFINISI PERANG DINGIN
 Istilah PERANG DINGIN menurut Bernard dan Walter Lippman (1947) adalah
satu sebutan bagi sebuah jangka waktu yang menggambarkan hubungan
tegang, konflik dan persaingan yang terjadi di antara dua blok iaitu Amerika
Syarikat (dan sekutunya disebut blok barat) dan Kesatuan Soviet (dan
sekutunya disebut blok timur).
 Kedua-dua blok ini mempunyai perbezaan ideologi dan falsafah. Persaingan
kedua-dua blok ini terjadi dari segi ketenteraan, ideologi, psikologi, ekonomi,
industri, perkembangan teknologi pertahanan, perlumbaan senjata nuklear dan
banyak lagi.
 Pertikaian yang berlaku di negara-negara lain memberi peluang kepada kedua-
dua blok ini untuk mengembangkan pengaruh mereka, baik menggunakan cara
damai mahupun kekerasan yakni dengan cara membantu salah satu pihak
dengan memberi bantuan persenjataan, tenaga ahli mahupun informasi.
Pembahagian Blok
BLOK TIMUR BLOK BARAT
(Komunis) (Kapitalis)
Kesatuan Soviet Amerika Syarikat
Jerman Timur Jerman Barat
Romania Britain
Poland Perancis
03 SEJARAH
PERANG
DINGIN
SEJARAH PERANG DINGIN
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dahulunya pernah berkerjasama dalam Perang
Dunia Kedua. Akibat perbezaan ideologi dan sikap prasangka, kedua-dua blok kuasa
besar ini bersaing secara halus.

1945: Negara-negara di Asia Tenggara yang anti-komunis telah dihubungkan dengan


Amerika Syarikat melalui Perjanjian Perikatan Asia Tenggara (SEATO) yang bertujuan
untuk menyekat pengaruh komunis di negara-negara Asia Tenggara.

1947: Presiden Truman membuat pengisytiharan bahawa Amerika Syarikat menyokong


setiap bangsa merdeka yang berdepan dengan komunis.

Amerika Syarikat mengubah dasarnya terhadap kolonialisme dengan memberi


sumbangan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk mempertahankan tanah jajahan mereka
serta menggalakkan para penjajah mempercepatkan proses kemerdekaan dengan
memberi kuasa kepada elit tempatan yang anti-komunis.
04
• PROSES
DEKOLONISASI

Vietnam
Indonesia
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Pada abad ke-19 Vietnam jatuh ke tangan Perancis. Perjanjian Protectorate


pada tahun 1884 telah menyebabkan kuasa raja Vietnam dalam hal ehwal
pertahanan dan hubungan luar negeri Vietnam diambil alih oleh pihak
Perancis.
 Perluasan kuasa Perancis ini adalah berkaitan dengan hasrat mereka untuk
menyaingi kebangkitan Inggeris serta keperluan mereka untuk mendapatkan
bahan mentah.
 Kepimpinan Vietnam berpecah kepada dua kumpulan iaitu:

• mereka yang sebenarnya anti-Perancis, sedia/terpaksa bekerjasama dengan


penjajah Perancis atas sebab anti-komunis.
• golongan yang menentang dasar kerjasama tersebut yang merupakan parti
politik berhaluan kiri berfahaman komunis.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Semasa Perang Dunia Kedua, golongan komunis telah menjalankan


beberapa langkah untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat Vietnam
antaranya ialah:
i) menghapuskan cukai
ii) merampas harta Jepun dan Perancis untuk diberikan kepada golongan
miskin.
iii) pasukan ketenteraan komunis ditubuhkan bagi mempertahankan
kemerdekaan. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera komunis tersebut
telah ditukarkan kepada tentera pembebasan.
 Pada bulan September 1941, Nguyen AI Duoc menubuhkan Viet Minh yang
merupakan hasil gabungan beberapa parti politik komunis di Vietnam.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Nguyen Ai Duoc (menukar nama kepada Ho Chi Minh) dan rakan-rakannya


berjuang berdasarkan prinsip pembebasan negara serta melupakan sementara
perjuangan kelas.
 Pada 13 Ogos 1945, Ho Chi Minh telah mengarahkan Jepun untuk menyerah
kalah kepada Viet Minh (Barisan Pembebasan Vietnam).
 Bao Dai yang berasa bimbang dengan kemaraan China ke selatan terpaksa
menjemput Viet Minh untuk menyokongnya. Viet Minh meminta Bao Dai
supaya melepaskan jawatan terlebih dahulu.
 Maka, pada 25 Ogos 1945, Bao Dai telah turun takhta untuk menyerahkan
kuasa kepada Ho Chi Minh manakala Bao Dai menjadi Penasihat Agung.
 2 September 1945, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan penubuhan Republik
Demokratik Vietnam.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Pada 6 Mac 1946, Perancis mengakui Vietnam sebagai free state dalam Persekutuan
Indochina dan Kesatuan Perancis.

 Persefahaman ini telah membawa pengiktirafan kepada Viet Minh sebagai badan utama di
Perancis. Namun, persefahaman tersebut tidak kekal lama. Hal ini demikian kerana objektif
Perancis yang utama adalah:
i) untuk membina sebuah Kesatuan Indochina di dalam Kesatuan Perancis.
ii) mengekalkan penguasaan wilayah ke atas Vietnam.

 Perlantikan Pesuruhjaya d’Agenliau di mana beliau telah mempengaruhi kerajaan Perancis


di Saigon untuk mengisytiharkan free republic di selatan dan menidakkan persefahaman
tentang pungutan suara menyebabkan kegagalan kerjasama dan perdamaian tersebut.
DEKOLONISASI DI VIETNAM
 Kemerdekaan Vietnam terus dipermainkan oleh Perancis apabila Perancis
memungut cukai ke atas rakyat Vietnam, seterusnya menimbulkan tentangan di
antara Perancis dan Viet Minh. Tentera Perancis melancarkan serangan di
bandar Haipong dan telah megakibatkan 20,000 orang terkorban.
 Serangan tersebut telah melenyapkan semua proses damai yang dibuat serta
memperlihatkan gerakan Viet Minh mula mendapat sokongan rakyat Vietnam.
 16 Disember 1946, Perancis telah mengharamkan kumpulan Viet Minh dan ini
telah menyebabkan orang Vietnam menyerang Perancis di Hanoi.
 Matlamat perjuangan Viet Minh adalah untuk memaksa Perancis keluar
daripada Indochina dan menggabungkan Vietnam menjadi satu negara yang
merdeka.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Perancis memujuk Amerika Syarikat dalam membantu menakluki Indochina.


Kekuatan ketenteraan Perancis semakin kuat apabila mereka telah menawan
Delta Tonking dan mengarahkan Veit Minh menyerah tanpa syarat.
 Viet Minh enggan menyerah kalah dan berpindah ke kawasan pergunungan.
Viet Minh merancang taktik dan strategi serangan gerila terhadap Perancis.
 Dalam serangan gerila ini, Viet Minh dibantu oleh China dan mereka
dibekalkan dengan senjata serta secara tidak langsung Viet Minh menukarkan
pasukan gerila mereka menjadi satu pasukan rasmi.
 Serangan gerila ini membawa kepada berlakunya Perang Indochina 1 iaitu
diantara Viet Minh dengan Perancis.
DEKOLONISASI DI VIETNAM
 Pengganti d’Agenlieu iaitu M. Bollaert cuba meminta diadakan rundingan dan
genjatan senjata, namun rundingan gagal. September 1947, M. Bollaert
mengesyorkan bahawa Perancis telah bersetuju memberi taraf kerajaan sendiri
kepada Vietnam dalam lingkungan Kesatuan peranci, namunsyor tersebut ditolak
oleh Ho Chi Minh.
 Golongan nasionalis (VNQDD, Liga Vietnam, Cao Dai dan Hoa Hao) telah
membentuk satu pakatan yang mempunyai matlamat membentuk kerajaan
merdeka.
 Matlamat golongan nasionalis dan Viet Minh adalah sama namun apa yang
membezakan mereka adalah idelogi yang dipegang oleh kedua-dua pihak.
 Syor M. Bollaert telah menarik minat golongan sosialis. Bao Dai telah dipilih
sebagai pemimpin untuk mengadakan rundingan dengan Perancis dan hasilnya
Perancis telah meberi Vietnam kemerdekaan terhad dalam Kesatuan Perancis.
DEKOLONISASI DI VIETNAM
 Walaupun negara baru ini belum mendapat status merdeka sepenuhnya,
tetapi mereka telah mendapat pengiktirafan dari Great Britain, Amerika
Syarikat dan 30 negara bukan komunis yang lain.
 Sebagai tindak balas, Ho Chi Minh mengambil jalan untuk mendapatkan
pengiktirafan antarabangsa berkenaan Republik Demokratik Vietnam
pada tahun 1950. China merupakan negara pertama mengakui Republik
Demokratik Vietnam sebagai satu-satunya kerajaan Vietnam yang sah
dan diikuti oleh Kesatuan Soviet dan negara-negara Komunis yang lain.
 Dalam masa yang sama, China dan Kesatuan Soviet memberi bantuan
latihan, nasihat dan teknikal kepada Viet Minh serta memberi bantuan
ketenteraan kepada pejuang Vietnam untuk menghadapi Perancis.
 Perancis masih tidak mahu memberikan kemerdekaan kepada Vietnam
dan meminta Amerika memberi bantuan kepada Perancis selaras
dengan rancangan Marshall yang telah dilancarkan pada tahun 1948.
DEKOLONISASI DI VIETNAM
 Pada 20 November 1953, Perancis telah membina pangkalan tentera Dien Bien Phu iaitu
lembah terbesar di kawasan pergunungan untuk menyekat gerakan Viet Minh.
 Mac 1954, Jeneral Vo Nguyen Giap menyerang Dien Bien Phu. Viet Nimh juga dapat
mengalahkan kuasa Peranis di Dien Bein Phu pada 7 Mei 1954. Justeru itu, Perancis
telah menyerah kalah dan peperangan ini merupakan kekalahan terbesar bagi Perancis di
Vietnam.
 Kekalahan Perancis ini membawa kedua-dua pihak ke meja perundingan untuk
membincangkan tentang penamatan perang dan masa depan Vietnam.
 Rundingan diadakan di Geneva pada 20 Julai 1954. Dalam rundingan ini, Viet Minh dan
Perancis bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada dua bahagian iaitu, Vietnam
Utara (Republik Demoratik Vietnam)di bawah Viet Minh dan Vietnam Selatan
(Republik Vietnam)di bawah golongan nasionalis yang diketui oleh Maharaja Bao Dai
(tidak lama kemudian, digulingkan oleh Ngo Dien Minh).
DEKOLONISASI DI VIETNAM
 Dengan termaktubnya Perjanjian Geneva ini, maka dengan rasminya berakhirlah
pemerintahan Perancis di Vietnam.
 Namun, Perjanjian Geneva itu secara hakikatnya tidak membawa keamanan
terus kepada Vietnam.
 Viet Minh mengadakan satu kempen memusnahkan anti-revolusi di Vietnam
Utara pada tahun 1955. Golongan yang menjadi sasaran ditahan dan dibunuh
dengan kejam oleh Viet Mint.
 Melihat kepada dasar kerajaan Viet Minh di Vietnam Utara, Ngo Dinh Diem
enggan untuk mengadakan pilihanraya seperti mana yang telah dipersetujui di
antara Viet Minh dengan Ngo Dinh Diem.
 Keputusan ini telah disokong oleh Amerika Syarikat kerana mereka bimbang
kemenangan akan berpihak kepada Viet Minh dan Vietnam Utara.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Sebagai tindak balas, Ngo Dinh Diem telah melancarkan kempen mengecam
komunis, membunuh serta menahan sesiapa sahaja yang anti kerajaan dan pro-
komunis.
 Apabila penentangan semakin terbuka, Viet Minh bertindak mencetuskan satu
pemberontakan di Vietnam Selatan. Maka, dengan ini bermulalah Perang
Indochina kedua.
 Peperangan ini melibatkan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan serta secara tidak
langsung memperlihatkan penglibatan campur tangan kuasa-kuasa besar luar.
 Pada tahun 1968, terdapat hampir setengah juta tentera Amerika Syarikat di
Vietnam Selatan dan ini telah menimbulkan kesan sosio ekonomi yang buruk
terhadap masyarakat Vietnam Selatan.
DEKOLONISASI DI VIETNAM

 Perang Vietnam ini juga melibatkan negara-negara jiran seperti Laos,


Kemboja dan Thailand.

 Akibat korban nyawa yang begitu tinggi dalam kangan tenteranya dan
berikutan kempen anti-perang dalam kalangan rakyat dan media Amerika
Utara, Washigton telah memulakan usaha mencari perdamaian politik dan
ketenteraan pada akhir tahun 1960-an. Satu Perjanjian Paris telah
ditandatangani pada tahun 1973.

 Dengan perjanjian ini, Amerika Syarkat bersetuju untuk keluar dari Vietnam
Selatan secara terhormat setelah tewas teruk di tangan sebuah negara kecil
iaitu Vietnam Utara.
05
IMPAK PERANG
DINGIN TERHADAP
DEKOLONISASI
04
VIETNAM
PENILAIAN
 Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, bilangan kuasa dunia
semakin berkurangan.
 Hitler (Jerman - Itali) telah dikalahkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan
Kesatuan Soviet (KS). Jepun juga dikalahkan oleh AS. Manakala, Britain dan
Perancis menjadi lemah dari segi ketenteraan dan ekonomi. Keempat-empat negara
ini memerlukan bantuan besar-besaran daripada AS untuk membangun ekonomi
negara masing-masing.
 AS dan KS pula muncul sebagai kuasa dunia dominan yang mempunyai perbezaan
ideologi dan falsafah. Kedua-dua kuasa ini berlumba-lumba untuk menyebarkan
pengaruh dan ideologi mereka ke tempat-tempat yang telah ditinggalkan oleh
Jerman dan Jepun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Lantaran situasi ini,
bermulalah episod Perang Dingin antara kuasa dominan AS dan KS.
IMPAK PERANG DINGIN TERHADAP DEKOLONISASI VIETNAM
 Proses Dekolonisasi Vietnam memakan masa amat panjang. Pada mulanya AS membantu
Viet Minh dalam menghalau kependudukan Jepun keluar dari Vietnam. Akibat perbezaan
ideologi, AS beralih arah memberi bantuan kepada Perancis dalam melawan Viet Minh
kerana tidak mahu ideologi Komunis Viet Minh menular dengan hebat di Vietnam.
 Siri peperangan yang besar iaitu Perang Indochina dimenangi oleh Ho Chi Minh (Viet
Minh) dan Jenaral Giap dalam menentang ketenteraan yang disalurkan oleh AS kepada
pihak penjajah Perancis dalam Perang Indochina Pertama dan kepada Vietnam Selatan
dalam Perang Indochina kedua. Gerakan Viet Minh dibantu kuat oleh Kesatuan Soviet
dan China dalam membekalkan tentera dan kelengkapan perang.
 Sikap tidak ambil kisah dan memandang ringan akan keupayaan gerakan komunis ini
telah menjadi factor kekalahan teruk Perancis di Vietnam dan pembabitan AS di Vietnam
Selatan yang telah memaksa mereka keluar terus dari Vietnam.
06
04
KESIMPULAN
KESIMPULAN
 Perang Dingin tercetus di Eropah iaitu di antara blok Barat dan Blok Timur telah
mempengaruhi proses dekolonisasi di Asia Tenggara. Impak Perang Dingin tersebut telah
bertukar menjadi ‘Perang Panas’ terutamanya di Indonesia dan Vietnam.
 Dekolonisasi Indonesia dan Vietnam dipengaruhi oleh;
1. impak Perang Dingin di Eropah (campur tangan AS dan KS)
2. peranan tokoh pemimpin kedua-dua negara atas semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat yang dijajah.
 Namun, terdapat perbezaan ketara dalam proses dekolonisasi di Indonesia dan Vietnam
impak daripada Perang Dingin iaitu;
1. Dekolonisasi Indonesia berlaku apabila AS memberi bantuan kepada tokoh
pemimpin (Sukarno) yang anti-komunis, dengan memaksa keluar Belanda dari
Indonesia.
2. Manakala, dekolonisasi Vietnam berlaku atas keteguhan ideologi komunis tokoh
pemimpinnya (Ho Chi Minh) sehingga akhirnya berjaya memaksa AS
meninggalkan Vietnam.
07
04
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
Abdulgani, Roeslan. (1978). Asia Tenggara di Tengah Raksasa Dunia. Jakarta: Lembaga Studi Pembangunan.
 
Abdullah Zakaria Ghazali. & Zulkanain Abdul Rahman. (2008). Konflik Dunia Abad Ke- 20. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.
 
Donn, A. S. (2014). Mounted Combat In Vietnam. United States: Pickle Partners Publishing.
 
Encyclopaedia Britannica. (2009). Encyclopaedia Britannica Almanac 2010. United States: Encyclopaedia Britannica Inc.
 
Gregory, G. S. (2005). The Tunnels of Cu Chi: A Remarkable Story of War. New York: Littlebear Production.
 
Ian Jeffries. (2006). Vietnam: A Guide to Economic and Political Developments. New York:Routledge.
 
James, E. W. (2007). The Vietnam War.United State: Greenwood Press.
 
Liow, J. C.Y. (2015). Dictionary of the Modern Politics of Southeast Asia. New York: Florence Production Ltd.

Maurice, I. & Michael, K. (2000). Divided: The Civil War of the 1960s. New York: Oxford University Press.

Nguyeh, A.T. (2009). America Coming To Terms The Vietnam Legacy. United States: Xlibris Corporation.

Sardiman, A.N. (1983). Kemenangan Komunis Vietnam dan Pengaruhnya Terhadap Ketahanan Politik. Yogakarta: Liberty.
  

You might also like