You are on page 1of 163

PERKEMBANGAN.

KESIHATAN BURUH INDIA


Dl ESTET-ESTET DI NEGERI KEDAH, 1910-1945

oleh

VANAJA SATHIVEL

Disertasi yang disediakan untuk memenuhi keperluan bagi


Ijazah Sarjana Sastera

JUN 2008
PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya

saya dapat menyiapkan disertasi ini dalam masa yang ditetapkan walaupun menghadapi

pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang penulisan disertasi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Penyelia Utama dan pensyarah saya, Profesor Madya Dr. Mahani Musa atas segala

tunjuk ajar, panduan dan bimbingan yang diberikan sepanjang penyelidikan dan penulisan

disertasi ini. Beliau memberikan cadangan dan bimbingan yang bemas dalam merancang,

menyusun serta menghasilkan draf-draf disertasi ini. Pada masa yang sama, beliau juga

sanggup meluangkan masa untuk: memberi nasihat serta motivasi bagi menghadapi segala

cabaran yang dilalui semasa menghasilkan disertasi ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr. K.

Anbalakan sebagai penyelaras kursus Sejarah Asia Tenggara (Mod Campuran) dan

kesemua pensyarah yang memberi panduan dan tunjuk ajar tentang kursus ini.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada suami, En. Seetha Raman yang telah

memberi semangat dan motivasi pada waktu-waktu yang agak genting serta anak-anak

tersayang Jeevita, Jeevan Rajh, Maanasa Dhewi, Thevaness dan Tenesh.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan Arkib



Negara Malaysia, Arkib Cawangan Perlis dan Kedah, Perpustakaan Universiti Sains

Malaysia, Universiti Malaya (PerptlStakaan Utama, Sahagian Pengajian India dan

Bahagian Za'ba), Perpustakaan Daerah Sungai Petani, Muzium Negara dan Muzium
Negeri Kedah atas segala kerjasama yang telah diberikan semasa menjalankan

penyelidikan disertasi ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang

secara langsung dan tidak langsung memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan

penghasilan disertasi ini.

VANAJA SATHIVEL
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Univesiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Jun2008

111
JADUAL KANDUNGAN
Mukasurat

Penghargaan 11

JadualJCandungan IV

Senarai Jadual Vl

SenanliKependekan Vll

Abstrak IX

Abstract X

BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Latar belakang kajian 1
1.2 Sorotan Literatur 8
1.3 ObjektifKajian 12
1.4 Skop Kajian 13
1.5 Metodologi JCajian 17
1.6 Signiftkan kajian 18

BAB 2 : SISTEM KANGANY DAN KEMISKINAN DI ESTET


2.1 Penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu 20
2.2 Faktor-faktor Penghijrahan Buruh India 24
2.3 Proses Penghijrahan Buruh India ke Tanah Meiayu 26
2.4 Penempatan Buruh India di Estet di negeri Kedah 33
2.5 Keadaan Kemiskinan di Estet di negeri Kedah 36

BAB 3 : MASALAH UTAMA KESIHATAN DI ESTET DI NEGERI


KEDAH

3.1 Kemudahan Kesihatan di Estet 46


3.2 Kaitan Masalah Kesihatan dengan Isu Kemiskinan 53
3.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan di Estet 55
3.4 Penyakit-penyakit Utarna di Estet 64
3.5 Masalah Kesihatan Semasa Kemelesetan Ekonomi dan 70
PendudukanJepun

iv
BAB 4 : KESIHA TAN IBU DAN KANAK-KANAK DI ESTET

4.1 Perkembangan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak 80


4.2 Kadar Kematian Ibu, Bayi dan Kanak-kanak India di Estet di Kedah 86
4.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak 91
di Estet di Kedah
4.4 Buruh Wanita dan Aspek Kesihatan 102

BAB 5: ANTARA MATLAMAT KEUNTUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB:


LANGKAH KERAJAAN KOLONIAL MEMPERTINGKATKAN TAHAP
KESIHATAN BURUH INDIA DI ESTET DI NEGERI KEDAH

5.1 Usaha Kerajaan Kolonial Dalam Mempertingkatkan Tahap 106


Kesihatan Buruh India di Estet
5.2 Lembaga Kesihatan (Health Board) dan Peranannya Dalam Ill
• Mempertingkatkan Tahap Kesihatan di Estet
I 5.3 Halangan dan Cabaran dalam Mempertingkatkan Tahap Kesihatan 116
Buruh India di Estet di Kedah

BAB 6 : KESIMPULAN 129

BIBLIOGRAFI 136

LAMP IRAN 147

v
SENARAI JADUAL

Mukasurat

2a Populasi di estet Kedah bagi tahun 1939/1940 33

3a Kematian Mengikut Kewarganegaraan di Estet Eropah, 1928 53

3b Kes-kes Malaria di Estet di negeri Kedah, 1930-1934 67

VI
SENARAI KEPENDEKAN

ClAM Central Indian Association of Malaya

FMS Federated Malay States

FTU Federation of Trade Union

GLU Kesatuan Sekerja Umum

HCO High Commissioner's Office

IJHS International Journal of Health Service

IlL Indian Independence League

IMR Institute of Medical Research

INA Indian National Army

JMBRAS Journal ofMalayan Branch Royal Asiatic Society

KPJ Koperasi Pekeija Jaya

LCE Lower Certificate of Education

MAPA Malaysian Agricultural Producers Association

MCE Malaysian Certificate of Education

MIC Malayan Indian Congress

I MMA Malaysian Medical Association

MTUC Malayan Trade Union Congress

NEP National Economic Policy

NLFC National Land Finance Cooperative

NUPW National Union of Plantation Workers

PAM Planters Association of Malaya

PMFTU Pan Malayan Federation of Trade Union

PWU Plantation Worker Union

8-ERU Sosio-Economic Research Unit

vii
SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SUKIK Setiausaha Kerajaan Kedah

UFMS Unfederated Malay States

UPAM United Planters Association of Malaya

WHO World Health Organization

MAPA Malaysian Agricultural Producers Association

Vlll
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau perkembangan kesihatan buruh India di estet di

negeri Kedah antara tahun 1910-1945. Hasil kajian menunjukkan bahawa pennasalahan

kesihatan buruh India di estet berpunca daripada sistem pengeluaran kapitalis yang

berorientasikan keuntungan maksima. Untuk mencapai matlamat itu buruh India yang

murah dari India Selatan telah dimanipulasi dengan bayaran upah yang rendah. Keadaan

ini telah memiskinkan golongan buruh tersebut. Dalam hal ini, pengenalan Sistem

Kangany serta amalan minum todi di kalangan buruh India di estet telah memburukk:an

lagi keadaan kemiskinan di estet.

Permasalahan kemiskinan ini telah menyukarkan perjuangan kehidupan buruh India

di estet sehingga keperluan asas seperti makanan seimbang tidak dapat dipenuhi. Masalah

malnutrisi di kalangan penduduk estet kemudiannya telah membuka ruang kepada

permasalahan kesihatan di estet dan seterusnya mempengaruhi kadar kematian buruh,

I wanita dan kanak-kanak di estet. Di sini, pennasalahan buruh seperti keadaan fizikal yang

I lemah semasa ketibaan, sistem perumahan yang sesak, tahap sanitasi yang rendah dan
I perkhidmatan perubatan yang serba kekurangan turut berperanan dalam mempengaruhi

kadar kematian di estet.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa sungguhpun kerajaan kolonial memainkan

peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan di estet, namun dalam kebanyakan keadaan

pihak majikan lebih mengharapkan kerajaan untuk menguruskan pennasalahan kesihatan

huruh di estet.

lX
Health Development of the Indian Labourers in the Kedah Estates, 1910-1945

ABSTRACT

The research aims to study the development of health among Indian labourers in

the Kedah estates, between the years 1910 and 1945. The results of the study revealed that

health problems among estate workers of Indian origin started with the Capitalist System

of Production, which was oriented towards maximising profits. With this objective in

mind, cheap Indian labour from South India was manipulated with the payment of low

wages. This act of manipulation resulted in the emergence of a group of poor labourers.

Subsequently, the introduction of the 'Kangany' System and the habit of drinking toddy

among these labourers in the estates further aggravated the conditions of poverty in estates.

This problem of poverty made life difficult for the estate workers of Indian origin

to the extent that basic amenities and needs such as balanced meals could not be met.

Consequently the problem of malnutrition among the residents in the estates opened up

avenues for related health problems in the estates and subsequently affected the death rates

of labourers, women and children in estates. Under such conditions, labour problems such

as physical weakness on arrival, crowded living conditions, poor sanitation and health

facilities which were seriously inadequate, all worked together in affecting the death rate in

estates.

This study also reveals that despite the fact that the Colonial Powers played a part

in upgrading the health conditions in estates, in many instances the employers were

dependent on the government to oversee the health problems of estate workers.

X
BABl

PENGENALAN

1.1. Latar belakang Kajian

Dari sudut sejarah ekonomi, buruh India mencatat sejarah sebagai antara penyumbang

utama kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu sejak zaman kolonial. Kemasukan

kelompok ini ke Tanah Melayu berlaku secara serius berikutan pengenalan tanaman getah

pada awal abad ke-20. Hal kedatangan buruh India ini telahpWl diulas dalam banyak

kajian. 1 Paling penting, dari sudut British, usaha membawa masuk buruh-buruh ini berkait

rapat dengan matlamat mereka memaksimakan keuntllilgan dengan kos pengeluaran yang

paling minimum. Hal ini kerana buruh India dianggap sebagai buruh yang murah dan upah

yang dibayar pula lebih rendah daripada buruh Cina 2 Apabila berlaku ledakan getah,

faedah yang dinikmati oleh buruh India sangat sedikit. 3 'Cheap Labour Policy' yang

dian1alkan oleh kerajaan kolonial menjadi pllilca kepada kemiskinan di estet dan

perladangan. 4

1
Penulisan-penulisan yang umum mengenai masyarakat India telahpun dihasilkan oleh penulis-penulis
seperti Sinnappah Arasaratnam (Indian in Malaysia and Singapore), 1970; K. S. Sandhu (Indians in Malaya:
Some Aspects of Their Immigration and Settlements 1786-1957), 1969; C. Kondapi (Indian Overseas 1838-
1949) 1951; Mahajani Usha (The Role ofindian Minorities in Burma and Malaya), 1960; Neelakanda Aiyer
(The Role of Indian Minorities in Burma and Malaya), 1938; R. N. Jackson (Immigrant Labour and the
Development of Malaya /786-1920), 1961; Hugh Tinker (A New System of Slavery: The Export of Indian
Labour Overseas 1830-1920), 1974; K. G. Tregonning (Malaysia and Singapore), 1962; dan George Netto
~ In~ian in Malaya), 1961; M. N. Nair (Indians in Malaya), 1937.
Lt Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. Kuala Lumpur: INSAN (Institute for Social
Analysis), hlm. 144. Menurut beliau., perbezaan dalam upah disebabkan buruh Cina lebih mahir daripada
buruh India. Di samping itu, buruh Cina juga dapat bekelja lebih keras untuk tempoh masa yang lebih lama
dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak jika dibandingkan dengan buruh India. Lihat juga, J. N. Parmer.
1960. Colonial Labour Policy and Adminstration: A History of Labour in the Rubber PlantaJion lndustri in
f!alaya 1910-1941. New York: J. J. Augustin, him. 221. .
OJ!icial Verbatim Report ofa Meeting of the Indian Immigration Committee. 1930. Federated Malay States,
~dtan Immigration Committee (held in Kuala Lumpur on 16th July, 1930), hlm. 39.
Sucked Oranges: The Indian Poor in Malaysia. 1989. Kuala Lumpur: INSAN, hlm. 15.

1
Namun matlamat mencapai keuntungan maksimum dengan kos- pengeluaran yang

paling minimum ini bukanlah satu yang mudah dicapai. Dalam konteks buruh India yang

ditempatkan di estet-estet masalah utama yang dihadapi oleh para majikan (peladang) dan

kerajaan ialah masalah sosial seperti masalah kesihatan. Bagi sesetengah pengkaji

kolonialisme dikatakan meningkatkan tahap nutrisi penduduk tempatan dan meningkatkan

daya tahan terhadap penyakit. 5 Namun sebagaimana yang diulas oleh Macleod dalam

bukunya Disease, Medicine and Empire, perubatan barat, baik dari segi simbolik atau

praktis, sebenamya merupakan "alat perluasan kuasa dan penjajahan". 6 Perubatan barat

II cuba membawa imej komitmen yang diberi oleh bangsa Eropah yang seterusnya membawa

kepada kelangsungan untuk menjajah. Dalam konteks Tanah Melayu, pengkaji-pengkaji

sejarah kesihatan dan perubatan seperti Manderson dan Chee Heng Leng menegaskan

~ perkara yang sama. Dengan tujuan mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka

adalah pelindung yang unggul, perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang dibawa oleh

penjajah British mula mengambil rentak tertentu di Tanah Melayu, umpamanya,

mengutamakan golongan expatriate dan elit, serta bertumpu di kawasan bandar. 7

Dalam konteks inilah sejarah kesihatan dan perubatan di kalangan buruh India di

estet bermula. Matlamat utama majikan untuk mencapai keuntungan maksima serta sedikit

perasaan bertanggungjawab yang terpaksa dipikul di pihak kerajaan seringkali

menyebabkan berlaku percanggahan di kedua-dua pihak ini tentang siapakah yang lebih

perlu bertanggungjawab terhadap buruh-buruh di estet. Keadaan lebih mendesak sejak

5
Nonnan G. Owen (editor). 1987. Death and Desease in South East Asia: Exploration in Social, Medical
~nd Demographic History. Singapore: Oxford University Press, hlm. 11.
Roy Macleod dan Milton Lewis. 1988. Disease, Medicine and Empire: Perspectives on Western Medicine
~nd &perience ofEuropean Expansion. London and New York: Routledge, hlm. X.
Untuk maklumat lanjut mengenai idea perubatan barat, lihat, Lenore Manderson. 1996. Sickness and the
State. New York: Cambridge University Press, hlm. 66-95 dan Chee Heng Leng. 1982. "Health Status and
the Development of Health Services in Colonial State: The Case of British Malaya". International Journal
ofHealthServices, Vol. 12, hlm. 397-416.

2
1920-an apabila laporan tahunan seringkali menunjukkan angka kematian yang besar di

kalangan kaum buruh di estet. Lantas usaha menjadikan aspek perubatan moden sebagai

alat mencengkam masyarakat tidaklah betjalan sebegitu mudah. Apa yang berlaku ialah

ramai daripada imigran dari India (terutamayang dibawa masuk melalui Sistem Kangany)

dan China membawa penyakit berjangkit semasa tiba di Tanah Melayu. Perjalanan jauh

dan keadaan penuh sesak dan kurang bersih dalam kapal menyebabkan menularnya

penyakit tropika. Pada tahun 1910, misalnya, kira-kira 60% hingga 90% daripada buruh

mati dalam tempoh setahun ketibaan mereka di estet. 8 Keadaan-keadaan lain seperti

penerokaan tanah baru untuk tujuan penanaman getah juga dikatakan sebagai punca

penyebaran wabak penyakit seperti malaria. Keadaan menjadi lebih teruk apabila, demi

mencapai keuntungan maksima, para majikan memeras tenaga pekeija mereka dengan

meminta buruh-buruh ini bekerja lebih masa dengan upah yang rendah. Pada tahun 1932,

misalnya, upah yang dibayar di tiga per empat estet yang terdapat di Tanah Melayu adalah

sangat rendah iaitu di kebanyakan estet upah yang dibayar kepada buruh India adalah

antara 35-40 sen bagi lelaki dan 28-32 sen bagi perempuan. Di sesetengah estet Asia yang

bersaiz kecil upah yang dibayar adakalanya jauh lebih rendah. 9 Dalam hal ini, keadaan

buruh wanita di estet adalah lebih teruk. Selain upah yang lebih rendah daripada kaum

lelaki, buruh wanitajuga tidak menerima sebarang faedah selepas bersalin. Masalah hutang

yang tidak berkesudahan di bawah Sistem Kangany dan upah yang rendah menyukarkan

buruh-buruh India termasuk buruh wanita di estet memenuhi keperluan paling asas seperti

mendapatkan makanan berkhasiat. Pengambilan makanan yang tidak seimbang ini

8
K. S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settelments 1786-/957.
London: Cambridge University Press, hlm. 171; Chee Heng Len g. 1982. "Health Status and the Development
of Health Services in Colonial State: The Case of British Malaya". International Journal ofHealth Services,
Vol. 12, hlm. 404. Lihatjuga, J.N. Parmer. Kertas kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and
Economic History 1985" telah dibentangkan dalam Kolokium tentang Sejarah Sosioekonomi Malaysia pada
8 Jun hingga 10 Jun, 1985 di Canberra, hlm. 15. Menurut beliau, pemeriksaan ke atas buruh India yang tiba
di Pulau Pinang dan Port Swettenham telah menunjukkan bahawa 40% hingga 50% dijangkiti kuman.
~lepas setahun berada di Tanah Melayu, kadar jangkitan ini meningkat kepada 75% hingga 85%.
Annual Report of Labour Deparment dalam SUKIK 413111354; SUKIK 3221/357; SUKIK 65311369;
SUK!K 540/1355. Lihat juga, Lenore Manderson. Sickness and The State, him. 163.

3
melemahkan daya tahan diri serta memudahkan jangkitan penyakit._ Hal ini menjadi

masalah sosial utama di kalangan buruh India di estet malah menjadi punca utama

kematian di kalangan mereka sebagaimana diulas oleh Chee Heng Leng:

" The diet of Indian labourer was ill balanced and lacking in protein,
especially animal protein. Diarrhoea, dysentery, and anaemia were
common causes of death in colonial times. " 10

Bagi menangani masalah kesihatan di estet, pihak majikan dan kerajaan saling

i berselisih pendapat antara satu sama lain. Di pihak majikan, misalnya, mengharapkan

kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja estet kerana

menganggap urusan tersebut adalah urusan dan tanggungjawab kerajaan. Manakala di

pihak kerajaan pula mengharapkan para majikan untuk berbuat demikian. Hal ini kerana

kerajaan beranggapan soal penyediaan perkhidmatan di estet adalah menjadi

tanggungjawab majikan terhadap pekerja mereka. Oleh hal yang demikian, soal penjagaan

dan perkhidmatan kesihatan kepada buruh di estet menjadi kontroversi yang berterusan

antara kerajaan dan majikan. Namun satu perkara yang menarik, kerajaan dan majikan

masih berkongsi kepercayaan yang sama yakni penyediaan kemudahan kesihatan menelan

belanja yang banyak lantas hal ini dianggap bertentangan dengan matlamat mengaut

keuntungan. Dengan prinsip sebegini, perkhidmatan kesihatan yang disediakan di estet-

estet milik peladang Eropah dan Asia (tempatan) temyata hanyalah pada tahap yang paling

minima yakni setakat pemeriksaan biasa, pemberian vaksin dan inokulasi. Meskipun pihak

majikan sememangnya berhasrat untuk mewujudkan tenaga kerja yang sihat namun ia

sekadar bermaksud bebas daripada penyakit dan boleh bekerja dalam tempoh masa kerja

yang lebih lama. Dengan perkataan lain, kemampuan bekerja seseorang buruh kurang

10
Lenore Manderson Sickness and The State, him. 163.

4
diberi keutamaan kerana yang lebih penting bagi pihak majikan ialah estet-estet mereka

mendapat keuntungan berlipatganda.

Namun ini tidak bermakna kerajaan tidak langsung mengambil berat tentang

keadaan kesihatan buruh di estet. Sebenarnya sejak 1910 beberapa akta turut diperkenalkan

sebagai langkah menambah baik aspek kesihatan buruh-buruh di estet. Pada tahun 1910,

misalnya, Akta Perlindungan Kesihatan telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu diikuti dengan Ordinan Buruh 1920 yang memberi kuasa dan tanggungjawab

i kepada pegawai kesihatan untuk memastikan wujudnya kemudahan asas yang mencukupi,

bekalan air bersih, kehadiran pegawai perubatan, kemudahan hospital, pemakanan pesakit,

peralatan dan ubat-ubatan di estet. Apabila kes malaria semakin meningkat pada tahun

1920-an sebuah suruhanjaya siasatan ke atas tahap kesihatan di estet telah dibentuk pada

tahun 1924 untuk meneliti masalah utama yang menyebabkan serangan penyakit malaria

yang teruk di kebanyakan estet di Tanah Melayu. 11

I
Pegangan kerajaan kolonial juga kelihatan semakin berubah apabila kerajaan India

menyekat kemasuk:an buruh India ke Tanah Melayu pada tahun 1938. 12 Sejak itu

pandangan kerajaan kolonial terhadap aspek kesihatan buruh-buruh estet turut berubah.

Aspek kesihatan kini, sebagaimana diulas oleh Manderson, dilihat mempunyai dan

membawa kesan ekonomi dan juga politik. Bukan setakat kerajaan kolonial merasa lebih

bertanggungjawab untuk mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada agar lebih sihat dan

produktif malah kesukaran mendapatkan buruh menyebabkan kerajaan memberi tumpuan

kepada pembangunan kehidupan dan keadaan kerja yang lebih baik. Malah aspek

kesihatan kaum ibu dan kanak-kanak kini turut diberi perhatian kerana majikan dan

kerajaan kolonial kini melihat dalam keadaan yang berubah ini, mereka perlu

11
Lenore Manderson, Sickness and The State, hlm. 134.
12
J. N. Panner. 1960. Colonial Labour Policy and Administration., him. 127.

5
memaksimakan segala punca gunatenaga yang ada di kawasan est~t untuk memastik:an

kelangsungan ekonomi estet di Tanah Melayu. 13 Justeru itu, langkah pengawalan penyakit

dan meningkatkan tahap kesihatan di estet dijalankan dengan lebih kerap termasuk

menubuhkan hospital-hospital di estet.

Meskipun langkah-langkah yang diambil oleh majikan dan kerajaan semakin

menjadikan tahap kesihatan penduduk estet semakin bertambah baik secara umumnya,

• namun masalah dan cabaran di setiap negeri adalah berlainan. Di Kedah, misalnya,

sehingga 192 7 tidak terdapat sebarang rancangan khas bagi melindungi kepentingan

kesihatan buruh estet di negeri tersebut. 14 Di samping masalah kekurangan penyeliaan

kesihatan dan perubatan di negeri itu, Kedah turut mengalami masalah kekurangan

pegawai perubatan sehingga sesetengah estet di negeri itu mengambil inisiatif mengupah

doktor swasta meskipun kerapkali pula berlaku keadaan di mana estet enggan membayar

gaji doktor yang diupah dan ada pula sesetengah doktor tersebut yang tidak berkelayakan.


Dalam memperkatakan aspek kesihatan buruh di estet, selain daripada masalah

kemiskinan akibat hutang yang mengekang kehidupan buruh serta upah yang rendah yang

akhirnya mempengaruhi tahap pemakanan dan kesihatan buruh, beberapa perkara lain turut

mempengaruhi tahap kesihatan buruh India di estet. Amalan adat resam yang

mempengaruhi cara pemakanan, amalan meminum todi, serta sikap acuh tidak acuh

terhadap kesihatan turut mempengaruhi tahap kesihatan buruh di estet. Buruh-buruh India

di estet, misalnya, enggan membelanjakan wang untuk membeli makanan yang berkhasiat.

Malah dikatakan mereka hanya membelanjakan hanya 5% daripada jumlah yang

dibelanjakan oleh orang Cina. Dalam hal ini, buruh Cina didapati lebih sihat dan bertenaga
13
Ibit:L, him. 138.
14
/bid. him. 151. Sehingga 1927, tiada sebarang seksyen dalam Kod Buruh berhubung dengan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan.

6
serta mampu melakukan ketja berat kerana mereka lebih menitikberatkan soal pe~an

seimbang. Buruh Cina juga tidak menghadapi banyak masalah berbanding buruh India.

Hal ini kerana peniaga-peniaga Cina yang kaya raya telah mendirikan hospital untuk

masyarakat Cina termasuk untuk kegunaan kaum buruh. Antara hospital yang dibiaya dan

diuruskan oleh orang Cina ialah Hospital Lok Yew di Bentong, Pahang dan Hospital Tung

Shin di Selangor pada tahun 1895. 15

• Sebaliknya di kalangan buruh India, pemakanan yang tidak seimbang ini

mendedahkan mereka kepada ancaman penyakit cacing, dan anaemia. Keadaan 1m

diburukkan lagi oleh pengambilan alkohol dan todi yang sangat berleluasa di kalangan

buruh India. Manakala keadaan persekitaran estet yang tidak bersih dan penuh sesak turut

menyumbang kepada penyebaran penyakit betjangkit seperti kolera dan disentri. Malah

sikap majikan juga turut menyumbang kepada keadaan kesihatan yang tidak memuaskan di

estet. Pesakit, misalnya, hanya dihantar ke hospital setelah berada dalam keadaan kritikal -
t
dari segi fizikal mereka tidak lagi mampu bekerja dan mengalami kekurangan zat. Di

samping itu keengganan pihak majikan melaporkan kejadian penyakit dan kematian di

estet juga merupakan suatu halangan dalam meningkatkan taraf kesihatan di estet. Tahap

kesihatan di estet menjadi lebih buruk semasa zaman kemelesetan (1928-1932) dan semasa

pendudukan Jepun. Pada zaman kemelesetan ekonomi, kes pembuangan kerja dan

pemotongan gaji adalah paling tinggi di kalangan buruh India. Masalah kemiskinan ini

bertambah teruk akibat daripada pengangguran, kehilangan pekerjaan, inflasi dan kos
16
saraan hidup yang tinggi. Antara tahun 1930 dan 1933, seramai 199,000 buruh India

telah dipecat di Tanah Melayu. Kadar upah buruh India di sektor perladangan getah juga

telah merosot pada awal tahun 1930 dan pertengahan tahun 1933 sebanyak 50 hingga 60

15
Chee Heng Leng. "Health Status and the Development of Health Services in Colonial State", hlm. 414.
16
Sucked Oranges: The Indian Poor in Malaysia . 1989. Kuala Lumpur: lnsan, him. 22.

7
peratus. Kadar upah ini lebih rendah (25-30 peratus) daripada upah yang dibayar pada

1914. 17 Upah ini tidak mencukupi untuk menyara keluarga buruh. Mengikut Sinnappah

Arasaratnam,

"The denial ofvarious social amenities they had enjoyed in the estate,
and the general food shortage in the country, had long term effects on
the health and fertility rate of the Indians." 18

Tambahan pula, berlakunya inflasi serta peningkatan harga barangan makanan

' menyukarkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah seperti buruh di estet.

Keadaan ini lebih teruk lagi semasa pendudukan Jepun. Dalam tempoh tersebut buruh

India dipaksa menjadi tenaga kerja dalam projek pembinaan 'Jalan Keretapi Maut' yang

menelan lebih daripada 60,000 nyawa orang India. 19 Umumnya, buruh di estet menjalani

kehidupan yang amat menyedihkan. Keadaan hidup yang tertekan, upah rendah,

kekurangan makanan serta tempat tinggal yang serba kekurangan telah menjadi ciri utama

pada zaman tersebut. 20

1.2. Sorotan Literatur

Meskipun soal buruh India di Tanah Melayu sama ada sejarah kedatangan, dan

permasalahan sosial telahpun diperkatakan namun aspek kesihatan buruh di estet belum

dikupas sepenuhnya Satu-satunya kajian yang terperinci tentang buruh India di estet di

Tanah Melayu ialah tulisan Lenore Manderson, Sickness and the State : Health and Illness

in Colonial Malaya, 1870-1940. Kajian ini memberi satu gambaran menyeluruh tentang

masalah kejadian penyakit serta idea perubatan barat dalam konteks sosial. Kajian ini amat

17
Tai Yuen. 1973. Labour Unrest in Malaya, 1934-1941. Universiti Hongkong, him. 39-40.
18
Sinappah Arasaratnam. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford Universiti
Press, him. 30.
19
Ibid. Lihat juga, C. Gamba. 1962. The National Union of Plantation Workers. Singapore: Eastern
Universities Press, him. 13.
20
George Netto. 1961. Indian in Malaya: Historical Facts and Figures. Singapore, him. 33.

8
membantu para pengkaji untuk memahami matlamat perubatan barat sebagai alat untuk

mencapai tujuan ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, kajian Manderson ini masih

mempunyai kekurangan, misalnya keadaan kesihatan di estet hanya diulas dalam satu bab

dan ini tidak memadai untuk menjelaskan situasi sebenar di estet-estet di Tanah Melayu.

Setiap estet dikendalikan secara berasingan oleh para peladang jadi masalah dan cabaran

tentu berlainan antara satu estet dengan estet yang lain.

t Kajian lain yang juga membincangkan tentang pekelja di estet ialah penulisan

Selvakumaran Ramachandran yang bertajuk Indian Plantation Labour in Malaysia. Kajian

ini memberi satu gambaran terperinci tentang hampir semua aspek perburuhan Tamil di

sektor perladangan. Ini tennasuklah pennulaan perladangan getah, cara-cara kemasukan

buruh India di Tanah Melayu, keadaan kelja di estet, status kehidupan, pengenalan protes

awal, penubuhan National Union of Plantation Workers (N.U.P. W) serta penglibatan buruh

dalam politik kebangsaan. Kajian ini amat membantu para pengkaji yang ingin mendalami

• kehidupan buruh di estet. Akan tetapi, kajian ini lebih bersifat umum dan permasalahan

kesihatan buruh India seperti tahap kesihatan, perkhidmatan kesihatan di estet hanya diulas

secara ringkas dalam satu bah sahaja.

Satu lagi kajian terpenting yang meninjau kehidupan buruh India di estet ialah

kajian P. Ramasamy yang bertajuk Totta Tolylalargalin Valvum Porattangga/um

(Kehidupan serta Perjuangan Buruh India di Estel). Penulisan beliau merangkumi sejarah

kedatangan, penempatan di estet, akta-akta yang berhubung dengan buruh serta peljuangan

menentang majikan yang menindas. Namun begitu, penulisan beliau tidak memfokus

kepada aspek kesihatan yang menjadi asas kepada kemajuan sektor perladangan.

9
J. Norman Parmer dalam bukunya bertajuk Colonial Labour Policy and

Administration telah membincangkan tentang polisi penjajah terhadap buruh. Namun,

dalam penulisan ini aspek kesihatan tidak diberi liputan yang wajar. Walau bagaimanapun,

dalam kertas kajian berjudul "Health and Medicine in British Empire in the 1920's: The
21
Case of Estate Workers in Malaya" yang telah dibentangkan pada tahun 1985 Parmer

telah membincangkan tentang aspek ini. Sungguhpun perbincangan ini berfokus kepada

kesihatan tetapi lebih berupa tinjauan umum tentang perubatan dan kesihatan pada

peringkat awal, iaitu pada tahun 1920-an. Tinjauan ini juga tidak merangkumi

perkembangan kesihatan di zaman kemelesetan ekonomi, mahupun zaman Jepun. Justeru

itu, ia tidak memberi satu gambaran yang menyeluruh mengenai kesihatan buruh India di

estet.

Selain itu, kajian sosioekonomi orang India di estet adalah kajian Nisha Bhatt yang

bertajuk "Sejarah Sosioekonomi Pekerja Estel Wanita India di Tanah J.1elayu". Latihan

ilmiah ini merangkumi sejarah kedatangan wanita India, kedudukan ekonomi,

permasalahan sosial serta penglibatan mereka dalam protes terhadap majikan. Sungguhpun

kajian ini dapat mencenninkan kehidupan buruh India di estet secara umum, namun ia

lebih berfokus kepada permasalahan sosial wanita India di estet. Persoalan kesihatan

misalnya, hanya disentuh dalam dua perenggan:

"Sehingga akhir tahun 1929, kadar kematian di kalangan orang-orang


India adalah lebih daripada kadar kelahiran dalam masa satu tahun ... taraf
kesihatan adalah rendah. Penyakit-penyakit seperti malaria,
ankylostomiasis dan influenza sering dihidapi oleh pekerja-pekerja estet
dan ramai yang mati akibatnya"22

21
Kertas kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and Economic History 1985".
22
Nisha Bhatt. 2000. "Sejarah Sosioekonomi Pekerja Estet Wanita India di Tanah Melayu, 1900-1957."
Tesis M.A., Universiti Sains Malaysia, hlm. 37.

10
Ulasan dalam dua perenggan itu tentulah tidak mencukupi untuk meJ1jelaskan

keadaan kesihatan di estet secara menyeluruh.

Begitu juga dengan penulisan K. S. Omjitham dalam majalah Ilmu Masyarakat

(Julai- September, 1987) yang bertajuk" Problems of Women Workers in the Plantation

Sector in Peninsular Malaysia". Dalam penulisan ini beliau telah mengupas pennasalahan

sosioekonomi wanita India di kawasan perladangan. Sungguhpun begitu, kajian ini tidak

• memberi tumpuan kepada pennasalahan kesihatan di estet.

Sarna seperti Nisha Bhatt dan K. S. Oorjitham, kajian Sarojini Devi Appathurai

juga lebih bersifat kajian sosioekonomi wanita di kawasan perladangan, khususnya di

kawasan Ladang Tengah. Kajian ini juga tidak memfokus kepada pennasalahan kesihatan

buruh di estet. Umumnya, kajian-kajian gender yang sedemikian rupa tidak · dapat

mengupas permasalahan masyarakat India di estet dalam ruang lingkup yang luas .


Di samping itu, beberapa penulisan lain yang berbentuk kajian sosioekonomi telah

dihasilkan oleh penulis seperti Paul D. Weihe dan S. Mariappan (Indian Malaysia: The

View From Plantation), 1978; R. K. Jain (South Indian on Plantation Frontier in Malaya),

1970; Gunawan (Plight of Indian Labour in West Malaysia, with Special Reference to

Indian Labour); M. Stenson (Class, Race and Colonialism in West Malaysia: The Indian

Case) 1980.

Manakala, kajian terkini tentang masyarakat India di Malaysia ialah karya Janakey

Raman yang bertajuk Malaysia lndiyargalin lkkattana Nilai (The Malaysian Indian

Dilema), 2006. Dalam kajian ini, beliau menyentuh hampir semua aspek ekonomi, sosial

11
• dan politik. Perbincangannya telah dibahagikan kepada Iapan bahagian. Dalam bahagian

pertama, beliau telah membuat satu tinjauan umum tentang Malaysia; bahagian kedua

menceritakan tentang kesan peninggalan masyarakat India; bahagian ketiga mengenai

perjuangan awal masyarakat India (1786-1957); bahagian keempat tentang keadaan selepas

kemerdekaan (1957-1970); bahagian lima pula mengenai kedudukan masyarakat India

dalam Dasar Ekonomi Baru (1970-1990); bahagian enam meliputi Dasar Pembangunan

dan Masyarakat India; bahagian tujuh mengenai "Wawasan Negara" dan masyarakat India,

t dan bahagian kelapan pula membincangkan tentang cabaran masa depan bagi masyarakat

India. Walaupun penulisan ini berbentuk satu analisis masyarakat yang bo1eh dibanggakan,

namun aspek kesihatan yang merupakan tunjang kepada kemajuan ekonomi tidak diberi

keutamaan. lsu ini hanya disebut sepintas lalu dalam kajian berkenaan.

Walaupun kajian-kajian. yang disebut di atas membincangkan masalah

sosioekonomi orang India secara umum, akan tetapi tidak memberi tumpuan khusus

kepada kesihatan buruh. Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa kajian tentang kesihatan

buruh India di estet, adalah merupakan suatu bidang yang masih belum diterokai secara

menyeluruh. Kajian ini perlu dilaksanakan demi untuk mengisi kekosongan serta

melengkapi pensejarahan sosial buruh India di estet.

1.3. Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau perkembangan aspek kesihatan di

estet-estet di negeri Kedah antara tahun 1910 hingga pendudukan Jepun pada tahun 1945.

Hal ini penting dalam menjelaskan letak duduk buruh-buruh India di estet dalam sejarah

sosioekonomi Tanah Melayu. Meskipun kerajaan kolonial memperkenalkan perubatan

moden untuk menonjolkan imej sebagai pelindung, serta bermatlamat mempergunakan

12
secara sepenuhnya tenaga buruh ini untuk keuntungan maksima, namun keadaan yang

berlaku adalah sebaliknya. Kadar kematian yang sentiasa merungkat di estet sejak awal

abad ke-20 dan khususnya pada 1920-an dengan berleluasanya masalah penyakit di estet

menyebabkan matlamat itu tercabar dan menjadi sebaliknya. Kerajaan terpaksa mengubah

paradigma tersebut dengan mengambil kira hakikat bahawa buruh yang sihat akan

meningkatkan lagi pengeluaran. Meskipun tugas ini berat dengan kekangan seperti

masalah tenaga pegawai perubatan yang terhad, sikap majikan yang seringkali melihat

• tugas mempertingkatkan tahap kesihatan di estet adalah tugas kerajaan, namun ianya satu

hal yang terpaksa dipikul bersama oleh kerajaan dan majikan.

Justeru dalam mencapai objektif di atas kajian ini akan meninjau dari dua aspek

iaitu masalah yang dihadapi oleh buruh India di estet yang dilihat mempengaruhi tahap

kesihatan di estet serta hubungkait masalah-masalah ini dengan kadar kematian buruh, ibu

dan kanak-kanak di estet yang menjadi faktor pendesak kepada perubahan paradigma di

pihak majikan dan kerajaan. Manakala satu aspek lagi akan menyentuh sikap rnajikan

(peladang) dan kerajaan terhadap aspek kesihatan buruh di estet dan sejauhmanaka.h

langkah-langkah yang diambil itu melambangkan rasa tanggungjawab rnajikan dan

kerajaan atau sekadar tindakan perlu sewaktu terdesak sahaja, misalnya, sewaktu wabak

penyakit menyerang estet-estet mereka.

1.4. Skop Kajian

Kajian ini berfokus kepada perkembangan kesihatan di estet-estet di negeri Kedah

antara tahun 1910 hingga 1945. Negeri Kedah dijadikan fokus kajian ini kerana Kedah

merupakan antara negeri yang memiliki banyak estet. Sebelum masuknya pemerintahan

Inggeris di Kedah ekoran Perjanjian Inggeris-Siam 1909, getah telahpun ditanam di Kedah.

13
• Tanahnya yang subur menyebabkan kerajaan sejak 1905 lagi telah memberikan I 0 konsesi

untuk penanaman getah termasuk kepada peladang-peladang berbangsa Eropah dan juga

Asia (termasuk orang tempatan). Peladang Eropah merupakan pemilik terbesar dari segi

keluasan tanah getah dan buruh-buruh India berbanding peladang Asia dan tempatan. 23 J.

G. Pascual, misalnya, memiliki Estet Victoria seluas 12,746 ekar manakala Sandilands,

Buttery & Company di Kulim memiliki estet seluas 8,379 ekar. 24

• Pemilihan tahun 1910 sehingga tahun 1945 sebagai tempoh kajian pula berkait

rapat dengan beberapa perkembangan. Tahun 1910 menyaksikan Kedah menerima kesan

daripada "ledakan getah"25 W. E. Maxwell, dalam laporannya pada tahun 1909 menyebut

Iedakan getah ini membawa hasil yang amat besar kepada urusan di estet-estet getah dan

juga dalam permohonan ke atas tanah-tanah milik kerajaan Kedah untuk tujuan penanaman

getah. Menurut Maxwell lagi, lebih separuh estet di Kedah bertukar tangan dan syarikat-

syarikat ditubuhkan di London, Shanghai, Singapura dan Pulau Pinang untuk memohon

membuka estet di negeri itu. Betapa seriusnya pengusahaan estet di kalangan orang Eropah

di Kedah terbukti dengan terbentuknya Persatuan Penanam Kedah pada tahun 1910 dengan

E. A. Watson sebagai Pengerusinya. Persatuan ini sering mengadakan mesyuarat

terutamanya bagi membincangkan kemasukan buruh dari India. 26 Menjelang tahun 1921,

23
Lihat CO 71614 Report of the Medical Department of Kedah and Per/is 1936 (by: J. Portelly), hlm. 14.
Menurut beliau, estet-estet milik orang Eropah lebih gemar mengupah buruh India (85%) sedangkan estet
milik orang Asia atau tempatan mengupah lebih ramai buruh Melayu (50%) dan buruh Cina (30%).
24
Lihat, James F. Augustine 1996. Kedah Zaman Si/am, Alor Setar: Muzium Negeri Kedah Darul Aman,
him. 125-127
25
Andaya, Barbara Watson dan Leonard. Y. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers
(M) Sdn. Bhd, him. 248-249. Ledakan getah pertama berlaku pada tahun 1905-1908 dengan berkembangnya
industri motokar dan dalam tempoh ini jumlah kawasan yang ditanami dengan getah bertambah lima kali
ganda. Ledakan Getah pada kali kedua berlaku di antara tahun 1909 hingga 1912. Pada tempoh ini kawasan
yang ditanami getah secara ladang telah bertambah 110%, bilangan ladang getah meningkat sehingga
219,000 hektar. Ledakan ini lebih ketara di negeri-negeri pantai barat disebabkan kemudahan infrastruktur
~ang terdapat di situ.
6
James F. Augustine, Kedah Zaman Si/am, hlm. 125-127.

14
terdapat 117 buah estet getah di Kedah dengan jumlah penduduk estet seramai 38, 363

orang iaitu satu jumlah yang agak tinggi selepas negeri Johor. 27

Dengan perkembangan sebegini, keperluan kepada buruh-buruh India semakin

mendesak dan tahun 1910 merupakan tahun pengenalan Sistem Kangany di Tanah Melayu.

Di bawah sistem inilah buruh India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk memulakan

kehidupan sebagai buruh di estet dan juga bermakna sebagai penghutang28 kepada orang-

' orang tengah atau kangany. Di samping wang pendahuluan yang telah dibelanjakan untuk

makanan dan peijalanan buruh, kangany juga menuntut hutang yang tidak sepatutnya

(illegal debtsi 9 daripada buruh. Kedudukan kangany sebagai orang tengah di antara buruh

dengan majikan membolehkannya memanipulasi keadaan demi kepentingan diri sendiri.

Keadaan ini secara tidak langsung mengheret buruh India ke kancah kemiskinan. Di

samping upah yang rendah, Sistem Kangany juga menjadi salah satu punca utama yang

menyumbang kepada taraf kesihatan yang rendah di kalangan buruh di estet di negeri

Kedah.

Manakala, tahun 1945 pula memperlihatkan satu lagi keadaan, di mana taraf

kesihatan buruh India merosot dengan teruk setelah pulih seketika selepas berakhimya

zaman kemelesetan ekonomi akibat daripada kehilangan pekeijaan dan kekurangan

makanan. Semasa pendudukan Jepun Iadang-ladang getah menghentikan operasinya akibat

27
Lihat J. E. Nathan. 1922. The Census of British Malaya 1921. London: Waterloo & Sons Ltd., hlm. 134.
Johor pada tahun 1921 mempunyai 163 estet dengan penduduk seramai 44,663 orang.
28
C. Kondapi. 1951./ndian Overseas 1838-1949. New Delhi: Indian Council of World Affairs, him. 34. Di
bawah Sistem Kangany, kebajikan buruh tidak diberi keutamaan. Sebaliknya, buruh dilihat sebagai alat untuk
memaksimumkan keuntungan. Buruh dikenakan hutang yang keterlaluan supaya mereka tetap bekerja
dengan majikan yang sama sehingga hutangnya selesai. Justeru itu, sistem ini lebih rnenguntungkan majikan
sedangkan buruh terpaksa memulakan kehidupan dengan hutang. Di sini, baki upah yang diperoleh (setelah
selesai membuat potongan hutangnya bpada majikan) hanya cukup untuk meneruskan nyawa dalam badan.
Ini menyukarkan mereka untuk memperolehi makanan yang seimbang, yang mana merupakan salah satu
keperluan utama untuk hidup dengan sihat.
29
Ibid, hlm. 32.

15
ketiadaan pennintaan. Justeru itu, ramai buruh di ladang getah ke}tilangan pekerjaan.

Mereka terpaksa meneruskan hidup dengan memakan makanan seperti ubi kayu. Ketiadaan

makanan seimbang telah membawa kepada jangkitan penyakit yang merbahaya dan

seterusnya meningkatkan k~dar kematian. Dalam tempoh ini, buruh India, terutamanya di

estet mengalami kesan yang lebih teruk berbanding dengan kawn-kaum lain di Tanah

Melayu. Berlakunya inflasi serta kekurangan bekalan makanan menyukarkan kehidupan

golongan buruh yang berpendapatan rendah, terutamanya buruh di estet, sehingga tidak

dapat memenuhi keperluan-keperluan yang asas seperti makanan dan pakaian.

Kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama merupakan bab pengenalan.

Bab dua merupakan perbincangan umum tentang Sistem Kangany dan keadaan kemiskinan

di estet. Dalam bab ini Jatar belakang penghijrahan buruh India ke Tanah Melayu pada

awal abad ke-20 dan khususnya Kedah tennasuk faktor penghijrahan, pengenalan Sistem

Kangany, penempatan buruh India di estet serta keadaan kemiskinan di Kedah

dibincangkan secara terperinci. Perbincangan ini merupakan asas kepada masalah

kesihatan yang menjadi fokus utama kajian ini. Seterusnya, bab tiga pula menyentuh

tentang permasalahan kesihatan di estet di negeri Kedah. Ini termasuklah jenis-jenis

penyakit yang menjadi ancaman kepada penduduk estet serta faktor-faktor yang

mempengaruhi taraf kesihatan penduduk India di estet. Bab ini juga akan menjawab

persoalan seperti kenapakah kadar kematian orang India di estet di Kedah jauh lebih tinggi

daripada kawn-kaum lain.

Bab empat pula, meneliti perkembangan kesihatan ibu dan kanak-kanak di estet.

Dalam bab ini kesihatan ibu dan kanak-kanak akan tinjau dengan terperinci. Perbincangan

ini sekaligus akan menerangkan kesan kemiskinan ke atas taraf kesihatan ibu dan kanak-

16
kanak. Tinjauan ini juga penting untuk menerangkan sejauhmanakah. masalah-masalah

kesihatan sepertimana yang telah dibincangkan dalam bah tiga itu mempengaruhi kesihatan

ibu, mahupun kesihatan bayi dalam kandungan. Manakala, bab lima pula akan

membincangkan tentang keberkesanan usaha kerajaan kolonial dalam meningkatkan tahap

kesihatan buruh di estet. Dalam bah ini langkah-langkah kerajaan kolonial ke arah

meningkatkan taraf kesihatan penduduk di estet akan ditinjau. Di sini, tumpuan akan diberi

ke arah menilai keberkesanan langkah-langkah tersebut dalam meningkatkan tahap

~ kesihatan penduduk di estet di Kedah. Ketika yang sama, cabaran-cabaran ke arah

meningkatkan taraf kesihatan buruh juga akan ditinjau. Bah enam pula merupakan bah

penutup kajian ini.

1.5. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melibatkan sepenuhnya kajian

sumber asli di arkib dan kajian kepustakaan. Sumber-sumber pertama diperoleh daripada

laporan kesihatan dan perubatan negeri Kedah sejak tahun 1910 hingga 1945, laporan

tahunan pentadbiran Kedah, fail Setiausaha Kerajaan Kedah, laporan Jabatan Buruh, banci

penduduk dan sebagainya. Sebahagian besar sumber ini terdapat di Arkib Negara

Malaysia, Kuala Lumpur dan cawangannya di Kedah dan juga disalin dalam bentuk

mikrofilem dalam simpanan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia.

Laporan tahunan kerajaan serta laporan tahunan perubatan dan kesihatan Kedah sejak 1910

hingga sebelum Pendudukan Jepun, misalnya, mengandungi laporan perkembangan tahun

demi tahun tentang keadaan kesihatan dan perubatan di Kedah tennasuk di estet-estet. Hal

ini dapat memberi gambaran tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh buruh-buruh

India di estet Kedah, sikap mereka dan majikan serta kerajaan sendiri dalam menangani isu

tersebut. Manakala laporan penyelidikan oleh pihak yang dilantik oleh British untuk

17
mengkaji masalah tahap kesihatan buruh di negeri Kedah juga dikaji secara terperinci bagi

mendapatkan gambaran sebenar tentang masalah dan tahap kesihatan di estet. Kajian oleh

Vickers dan Strahan pada tahun 1932, misalnya, penting bagi mengesan masalah penyakit

dan peratusan pemakanan berkhasiat yang diambil oleh penduduk di negeri Kedah

termasuk: di estet-estet. Hal ini menjadi penting kerana inilah kali pertama aspek

malnutrisi dikaitkan dengan punca kematian di estet. 30

• Kajian ke atas sumber kedua banyak dilakuk:an di Perpustakaan Hamzah Sendut,

Universiti Sains Malaysia, dan perpustakaan Muzium Negeri Kedah Darul Aman, dan juga

Perpustakaan Awam Sungai Petani.

1.6. Signifikan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang masalah tahap kesihatan

buruh India di estet, satu aspek yang sehingga kini jarang diberi perhatian dalam kajian

sejarah sosial negara ini. Buruh di estet seringkali dikaji dari sudut sumbangannya dari

sudut ekonomi sedangkan kehidupan sebenar yang mereka lalui dipinggirkan dalam kajian

sejarah. Isu dan masalah kesihatan di kalangan buruh India di estet ini sebenarnya masih

berterusan sehingga kini sekalipun berlaku fragmentasi estet-estet di negara ini sejak 1950-

an. 31 Fragmentasi estet-estet telah menyebabkan usaha mengawal penyakit merbahaya

seperti malaria terhenti. Ini menyebabkan kadar jangkitan serta kematian akibat malaria

30
Report of Health Survey of Kedah 1938 by: W. J. Wickers and J. H. Strahan, him. 3. Menurut laporan ini
kekurangan makanan berkhasiat agak ketara dan menjadi halangan kepada perkembangan fizikal dan
kesihatan secara umum. Di sini, sistem tahanan badan yang rendah akibat daripada kekurangan makanan
berkhasiat menjadi punca kepada serangan penyakit merbahaya.
31
Lihat Alex Josey. 1958. Trade Unionism in Malaya. Singapore: Donald Moore, hlm.7. Lihatjuga, Ungku
Aziz. 1963. Report of the Subdivision of Estate of Estates Committee. Kuala Lumpur: Government Press;
Abdul Aziz Abdul Rahman. 1994. "The Plantation Sector: Structural Issues and Long Term Prospects." Dlm.
Malaysia Economic Outlook. Vol. 6. No.2, him. 36; P. Ramasamy. 1994. Plantation Labour, Unions,
Capital, and the State in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press, him. 107;
Bathumavaty Suppiah. 1996. "Kesan Pemindahan Hak Milik Estet Getah ke atas Buruh-buruh Estet". Latihan
Ilmiah, Sahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia, him. 24.

18
meningkat. Keadaan ini bertambah teruk lagi apabila hospital-hospital ditutup. Manakala

ketiadaan bekalan ubatan yang berkualiti, peralatan yang lengkap serta pemeriksaan di

hospital turut menjejaskan tahap kesihatan penduduk estet. 32 Hal ini turut mempengaruhi

kadar kematian penduduk estet di Kedah selepas tahun 1950-an.

32
Malay Mail, November 20, 1959.

19
BAB2

SISTEM KANGANY DAN KEMISKINAN DI ESTET

2.1. Penghijrahan Kaum India ke Tanah Melayu

Hubungan antara India dengan Tanah Melayu telah tetjalin sejak abad pertama

masihi. Hubungan awal ini berkait rapat dengan perdagangan, di samping usaha

penyebaran agama Hindu dan Buddha di rantau Asia Tenggara. 1 Bahan Peninggalan

sejarah seperti manuskrip yang bersifat Hindu-Buddha telah membuktikan bahawa

masyarakat India telahpun wujud di selatan Kedah dan Seberang Perai pada abad ke-4 dan

ke-5 Masihi. 2 Pusat perdagangan dan penempatan yang pertama juga wujud di Kedah.

Bahan-bahan arkeologi serta batu bersurat yang ditemui di Kedah membuktikan bahawa

wujudnya petempatan orang India yang terawal di kawasan Lembah Bujang, Kedah. 3

Seterusnya, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat hukti-bukti tentang

penempatan orang India yang bergelar 'Chitti Melaka' (Malacca Chitty) 4 iaitu sekitar abad

ke-14. 5 Hasil hubungan rapat dengan pihak pemerintah sesetengah daripada mereka pemah

1
Janakey Raman Manickam. 2006. Malaysia lndiyargalin Ikkattana Nilai (The Malaysian Indian Dilemma).
Selangor: Ashwin Trading, him. 32.
2
S. Arasaratnam. 1970.Jndians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press, him. 3.
Lihat juga, Zakiah Hanum. 1989. Asal-usul Negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times Books
International, him. 15. Terdapat rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sanskrit yang menyebut
Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebut Kedah sebagai "Kadaram"
atau "Kalagam"; Mohd. Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 133. Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke Lembah Bujang disebabkan oleh
kegiatan perdagangan. Lembah Bujang juga dikenali oleh penyelidik sebagai Kedah Tua, Kedah Selatan.
Kedah Tenggara atau Kedah Tengah terletak di bahagian utara selatan Melaka amat strategik untuk para
pedagang maritim singgah sebelum meneruskan perjalanan.
G. Netto. l96I.lndians in Malaya: Historical Facts and Figures. Singapore, him 10-11.
4
Semasa di Melaka, mereka berkahwin dengan wanita tempatan, sama ada Melayu atau Cina, kemudiannya
tinggal tetap. Mereka tinggal tetap kerana takut kepada sistem kasta yang tidak menerima 'orang luar' dalam
rumah di samping tekanan daripada kerajaan kolonial Portugis, Belanda, dan British.
5
B. S. Naiker. Sejarah Kaum Chilli Me/aka. Melaka, him. 1; Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia.
Selangor: Penerbit Flijar Bakti, him. 329-330; Khoo Kay Kim. I 998. "Malaysian Immigration". Dim.
JMBRAS. Part I, him. 4; K. Narinasamy. 1983. "The Melaka Chitties". Dim. K. S. Sandhu & Paul Wheatly
(edt.) Me/aka: The Transformation of the Malay Capital c.U00-/980. Vol. 2. Kuala Lumpur. Khoo Kay
Kim. 1982. "Masyarakat Peranakan: Baba, Ceti dan Serani". Dim. Khoo Kay Kim (edt.) Me/aka Dahulu dan
Sekarang. Kuala Lumpur; Usha Mahajani. 1973. The Role of Indian Minorities in Burma and Malaya.
Westport: Greenwood Press Publishers, hlm. 101-102. Golongan Chettiar di Melaka telah mengahwini

20
memegang jawatan seperti 'Dato Bendahara' dan jawatan-jawatan lain semasa

pemerintahan Sultan Iskandar. Misalnya, Tun Ali yang berasal dari keturunan India-

Muslim pemah menjadi Bendahara Melaka dari tahun 1446-1456. Mereka merupakan

orang Tamil dari Kalinga Patnam dan bahagian lain di Selatan India. Mereka menjalankan

perniagaan di Kampung Kling dan Kampung Belanda. 6

Selain Melaka, orang India-Muslim juga pemah membuat petempatan di beberapa

• tempat lain di Tanah Melayu sebelum abad ke-19. Di Kedah, orang India-Muslim telah

menetap sejak abad ke-18. Mereka digelar sebagai 'Chulia', iaitu nama sebuah tempat di

India Selatan. Kemudiannya, mereka berpindah ke Pulau Pinang. Sempena pendudukan

mereka di situ, sebuahjalan di Pulau Pinang dikenali sebagai 'Chulia Street'. 7

Petempatan-petempatan yang ada membuktikan bahawa orang India sudah lama

menetap di Tanah Melayu. Namun begitu, kehadiran mereka hanya semakin jelas semasa

penjajahan British. Kedatangan orang India secara beramai-ramai hanya bermula selepas

pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786. 8 Mengikut K. S. Shandu,

"Modern Indian immigration into Malaya dates from the foundation


of Penang in 1786, but it become a significant feature in Malayan
demography only in the later half ofnineteen century."9

Kebanyakan mereka datang ke Kedah melalui Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Selepas Perjanjian lnggeris-Belanda 1824, banduan keturunan India yang sebelumnya

dihantar ke Bangkahulu telah dipindahkan ke Negeri-negeri Selat. Mereka dikerah untuk

wanita Melayu dan mengalami perubahan dalam rupa paras. Lagipun, mereka selalu memakai pakaian
Melayu sehinggakan disalah anggap sebagai orang Melayu.
6
/bid
7
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 330.
8
K. S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlements 1786-1957.
London: Cambridge University Press, hlm.3 1.
9
Ibid

21
bekerja sebagai buruh bagi pembinaan jalan raya, landasan kereta. api, jambatan dan

bangunan kerajaan. 10 Seterusnya, British telah membawa masuk buruh-buruh India

melalui Sistem Kontrak bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di ladang tebu dan kopi di

Seberang PeraiY Selepas 1905, keperluan tenaga kerja yang ramai serta murah untuk

sektor perladangan getah telah mendorong kemasukan buruh India secara beramai-ramai.

Hal ini kerana,

"Indian labour become an essential ingredient o~ the high-profit,


• low-wages plantation policy ofBritish in Malaya." 2

Pada pandangan British orang India mudah untuk diurus, mengikut kata, jarang

mendatangkan masalah, 13 tiada kemahiran keija dan hanya perlu dibayar upah yang

rendah. 14 Lagipun, sesetengah daripada peladang telah biasa menguruskan mereka di Sri

Lanka. 15 Pada masa yang sama, buruh Melayu dan Cina pula didapati kurang sesuai bagi

tujuan tersebut. Menurut Mary Turnbull,

10
Mohamad lsa Othman. 2001. Penga/aman Kedah dan Per/is: Zaman Penjajahan British. Kuala Lumpur:
Utusan Publication, hlm. 176.
11
Donald R. Snodgrass. 1980. Inequality and &anomy Development in Malaysia. London: Oxford
University Press. him. 17-18. Lihatjuga, Chai Hon-Chan. 1964. him. 127-129; G. Netto. 1961. him 22; C.
Kondapi. 1951. hlm. 41; Graham Saunders. 1977. hlm. 23; S. Arasaratnam 1970. him. 14. R.N. Jackson.
1961. hlm. 57.
12
Sucked Oranges: The Indian Poor in Malaysia. 1989. Kuala Lumpur: INSAN, hlm. 23. Lihatjuga, Donald
Nonini.l992. British Colonial Rule and Resistence of the Malay Peasantry I900-1957. Connecticut:Yale
Universiti Southeast Asia Studies. hlm. 69.
13
J. N. Parmer. 1960. Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the Rubber
Plantation Industry in Malaya 1910- 1941. New York: J. J. Augustin, hlm. 9. Lihatjuga, K. S. Sandhu.1969;
R. K. Jain. 1970; S. Arasaratnam. 1970.
14
R. N. Jackson. 1961. Immigrant Labour and the Development of Malaya 1786-1920. Kuala Lumpur,
hlm. I 08. Lihat juga, M. R. Stenson. 1980. Class, Race and Colonialism in West Malaysia: The Indian Case.
Queensland: University of Queensland Press, hlm. 21. Bayaran upah yang rendah pada dasarnya memenuhi
keperluan asas individu dan sangat sedikit simpanan yang boleh digunakan untuk membayar tambang batik
ke India atau dikirim balik ke kampung.
15
Donald R. Snodgrass. Inequality and Economic Development in Malaysia, hlm. 18.

22
"Malays preferred to remain on their smallholdings, and (ake up
• rubber cultivation as an adjunct to traditional farming, while Chinese
immigrant chose to work on their own account or for their country-
men on Chinese-own estates, tin mines or in the towns. European
rubber estates came to rely on Tamil immigrants." 16

Selain itu, British juga mendapati bahawa buruh India mudah untuk dibawa masuk

ke Tanah Melayu. Hal ini kerana pada ketika itu India berada di bawah pentadbiran

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Oleh yang demikian, kerajaan British tidak

• menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan persetujuan dan kerjasama daripada

pemerintah British di India.

Buruh yang diambil untuk sektor perladangan getah datang daripada Selatan India,

iaitu Madras dan sebahagian besamya terdiri daripada kasta 17 rendah yang tidak

mempunyai kemahiran kerja. 18 Mereka dianggap lebih bertanggungjawab, rajin dan kurang

berkemampuan untuk menuntut upah yang tinggi. 19

16
C. Mary Turnbull. 1989. A History ofMalaysia, Singapore and Brunei. London: Allen & Unwin. hlm. 176;
Zawawi Ibrahim. 1998. The Malay Labourer: By the Window ofCapitalism. Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies, hlm. 36.
17
Kasta merupakan satu institusi sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada amalan hidup orang Tamil di
India. Wujud pembahagian manusia kepada empat golongan, iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaishya, dan Shudra.
Dalam susun lapis ini go Iongan Shudra diletak di tempat yang paling rendah dan dianggap sebagai 'Adi
Dravida' (untouchable). Pada umumnya, 'Adi Dravida'merujuk kepada tiga golongan, yakni Pal/an,
Paraiyan dan Chakkiliyan. Lihatjuga, Raja Krishnan Ramasamy. 1984. "Caste Conciousness Among Indian
Tamils in Malaysia." Kuala Lumpur: Pelanduk Publication, him. 95-101; R. Ampalavanar. 1972. Class,
Caste and Ethnicism among Urban Indians in Malaya, 192()..1941. Vol. 2, hlm. 209-236; M. Schwartz. 1967.
Caste in Overseas Indian Communities. San Francisco: Chanter Publishing Company.
18
Radhakrishnan Poroor.1974. The Role of Rubber in the West Malaysia Economy. Tesis Ph.D.Universiti
Malaya, hlm. 42.
19
M. R. Stenson. 1980. Class, Race and Colonialism in West Malaysia The Indian Case. Queensland :
University of Queensland Press, hlm. 17. Menurut beliau, buruh Cina menuntut upah yang tinggi apabila
harga getah meningkat. Sebaliknya, mereka juga kerap beralih ke pekerjaan lain apabila harga getah di
pasaran merosot. Keadaan yang sama juga berlaku dalam hal buruh Melayu, walaupun kadarnya tidak
setinggi buruh Cina. Lihat juga, Colin Barlow. 1990. "Changes in the Economic Position of Workers on
Rubber Estates and Smallholdings in Peninsular Malaysia, 1910-1985." Dim. Peter J. Rimmer & Lisa Allen.
The Underside of Malaysian History: Pullers, Prostitutes, Plantation Workers. Singapore: Singapore
Universiti Press, him. 33; W. L. Blythe. 1953. " Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya." JMBRAS.
Vol. 20. Part I, him. 1-38.

23
2.2. Faktor-faktor Penghijrahan Buruh India

Pada umumnya, faktor-faktor penghijrahan buruh India ke Tanah Melayu dapat

dilihat dari dua sudut, yakni 'faktor tarikan' dan 'faktor tolakan'. Faktor tarikan yang

dimaksudkan adalah peluang pekeljaan yang tinggi di Tanah Melayu. Revolusi

Perindustrian yang berlaku di Eropah pada penghujung kurun ke-19 telah menyebabkan

permintaan untuk getah meningkat secara mendadak. Mengikut K.S. Shandu,

"The Industrial Revolution and the development of large scale


• production in Britain led to the exploitation of colonies as sources of
supply of raw materials for production and the markets for
consumption of manufactured goods ." 20

Ledakan harga getah yang pertama telah berlaku pada tahun-tahun 1905-1908.

Akibatnya, jumlah kawasan yang ditanam dengan getah berlipat ganda. Menjelang 1908,

getah ditanam di setiap negeri di Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190,000 hektar.

Jumlah ini melebihi kawasan yang ditanam dengan tanaman lain. 21 Daripada jumlah 1.4

juta ekar berbentuk estet pada tahun 1922, telah meningkat kepada 1.9 juta ekar pada

tahun 1930 clan 2 juta ekar pada tahun 1940?2 Keadaan ini telah menyediakan peluang

pekeijaan yang banyak kepada buruh India, terutamanya di sektor perladangan getah.

Peluang pekerjaan yang tinggi menjadi daya tarikan kepada orang India untuk berhijrah ke

Tanah Melayu. Akibatnya, bilangan penduduk India di Tanah Melayu meningkat daripada

270,000 pada tahun 1911 kepada 470,000 tahun 1921 dan 625,000 pada tahun 1931. 23

20
K. S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some Aspects of their Immigration and Settlements 1786-1957.
London: Cambridge University Press, him. 48.
21
Barbara Watson dan Leonard. Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers,
him. 248.
22
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Administration, him. 8.
23
S. Arasaratnam. Indians in Malaysia and Singapore, hlm. 29.

24
Pada masa yang sama, keadaan pergolakan di India juga te~ah memaksa orang

India berhijrah ke Tanah Melayu demi mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

Pada tahun 1840-an Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan telah dilanda kemarau yang

menjejaskan tanaman-tanaman dan kemudiannya menimbulkan kebuluran yang

berpanjangan. Petani yang telah kehilangan tanah dalam bencana alam itu terpaksa

menyewa tanah dengan kadar upah yang tinggi, malah ada di antara mereka dikenakan

sewa sehingga 80%. Bayaran sewa yang tinggi menyebabkan mereka terpaksa meminjam

• wang dan terikat dengan bebanan hutang. Kehidupan mereka kekal di paras kemiskinan.

Kesengsaraan hidup yang berpanjangan ini telah mendorong mereka untuk berhijrah.

Selain itu, krisis pertanian yang berlaku di Madras telah menyukarkan kehidupan

para petani. Keadaan ini bertambah serius apabila berlaku pertambahan dalam bilangan

penduduk pada pertengahan abad ke-19, iaitu daripada 130 juta pada tahun 1845

meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai

masalah kepada para petani. Tanah untuk pertanian semakin terhad sedangkan bilangan

petani yang ingin mengusahakan tanah pula semakin bertambah. Akibat daripada tekanan

hidup, sesetengah petani terpaksa menjual tanah mereka untuk membayar hutang. 24

Di sampmg itu, amalan sistem kasta di kalangan masyarakat di India yang

membataskan mobiliti sosial dan ekonomi golongan kasta rendah turut menjadi 'faktor

penolak' bagi penghijrahan orang India ke Tanah Melayu. Di bawah sistem kasta,

seseorang yang berasal daripada kasta rendah tidak diberi peluang untuk meningkatkan

taraf hidup. Mereka dipandang hina dan tidak diberi peluang untuk menikmati hak yang

sama seperti orang yang berasal daripada kasta tinggi. Jurang di antara orang
24
Selvakumaran Ramachandran. 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala Lwnpur: Abdul Majid
Publication, him. 53.

25
berpendidikan tinggi dengan mereka yang tidak berpendidikan atau buta huruf sangat

ketara. Justeru itu, peluang pekerjaan juga agak terbatas bagi golongan kasta rendah. 25

Keadaan ini telah memaksa mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu demi memperbaiki

taraf ekonomi di samping melepaskan diri daripada kongkongan sistem kasta.

2.3. Proses Penghijrahan Buruh India ke Tanah Melayu

Sistem Kontrak

Pada mulanya, pekerja India dibawa ke Tanah Melayu melalui Sistem Kontrak

(Indentured System) yang diperkenalkan pada taun 1824 untuk menampung keperluan

tenaga kerja, terutamanya dalam ladang-ladang tebu dan kopi, serta kerja-kerja pembinaan

jalan raya dan keretapi.26 Kebanyakan daripada buruh yang terlibat dibawa dari Madras,

Kuddalore, Karica, Nagore dan Nagapatam. 27 Semua urusan pengambilan buruh akan

dikendalikan oleh ejen pengambilan swasta yang berpusat di Madras dan Nagapatam? 8

Ejen-ejen yang terlibat dalam pengambilan buruh pula didapati lebih mementingkan

• keuntungan semata-mata. Mereka dibayar 10 rupiah bagi setiap pekerja yang diperolehi?9

Untuk itu, pelbagai cara telah digunakan untuk memperdayakan pekerja. Ada di antara

mereka menaburkan janji-janji manis bahawa mereka akan menjadi kaya jika bekerja di

Tanah Melayu. Di bawah Sistem Kontrak ini, satu perjanjian bertulis diadakan30 antara

majikan dengan pekerja, di mana pekerja itu dikehendaki bekerja dengan majikan yang

sama selama tiga hingga lima tahun. Majikan itu akan membiayai kos tambangnya datang

25
Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, him. 332.
26
N. E. Ma.tjoribanks and A. K. G. Ahmad Tambi Marakkayar. 1917. Report on Indian Labour Emigrating
to Ceylon and Malaya, Madras: Superintendent Government Press, hlm. 28.
27
R.N. Jackson. Immigrant Labour and the Development ofMalaya 1786-1920. Kuala Lumpur, him. 57.
28
V. S. Srinivasa Sastri. 1937. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in Malaya. Kuala
Lumpw-: Government Press, him. 22.
29
Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, him. 333.
30
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Administration, him. 17

26
ke Tanah Melayu dan membayar upah mengikut apa yang terkandung dalam kontrak

tersebut, iaitu sebanyak 12 sen sehari. 31

Selagi hutangnya dengan m~ikan itu belum selesai, pekerja itu tidak boleh

berpindah ke majikan yang lain. 32 Di bawah sistem ini, jika buruh melakukan sebarang

kesalahan, upahnya akan dipotong mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Menurut R.

N. Jackson,

• "Severe punishment or iron discipline was meted out for the


slightest infringement of law. Labourers resented the conditions
and many fell sick and died or deserted their place of
employment. "33

Soal kebajikan pekerja tidak: dihiraukan dan mereka dilayan seperti hamba. Oleh

itu, Hugh Tinker menyifatkan sistem ini sebagai satu bentuk perhambaan. 34 Wujudnya kes-

kes buruh dipukul dan dibuang dari estet atas sebab enggan bekerja kerana m~ikan lambat

membayar gaji 35 jelas membuktikan hal ini. Penderaan ke atas pekerja seperti,

" ... systematic flogging and whipping were part and parcel of the
ways in which indentured Indians were treated by their
employers. " 36

31
P. Ramasamy. 1999. Malaysia Totta Tolilargalin Valvum Porattangalum (Kehidupan dan Perjuangan
Pekerja Estet). Kuala Lumpur: Sembaruthi Publicationns Sdn.Bhd. him. 29.
32
Selvakumaran Ramachandran, 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala Lumpur: S. Abdul
Majeed & Co. him. 55.
33
R.N. Jackson. Immigrant Labour and the Development of Malaya I786-I920, him. 66-67. Lihatjuga, P.
Ramasamy. Malaysia Totta Tolila/argalin Valvum Porattangalum, him. 24.
34
Hugh Tinker. 1974. A New System ofSlavery: The Export ofIndian Labour Overseas I830- 1920. London:
Oxford University Press, him. 19. Lihatjuga, P. Ramasamy. 1994. Plantation Labour, Unions, Capital and
The State in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. him. 26
35
CO 717 FMS, Report of the Indian Immigration and Emigration 1907, him. 4; L. Ainsworth. 1933.
Conffessions ofPlanter in Malaya. London: British Library, him. 69-70. Lihatjuga, Tai Yuen. 1973. "Labour
Unrest in Malaya 1934-1941." Tesis. University of Hong Kong, him. 44. Upah yang rendah, butang, denda,
ketiadaan pembayaran upah, hukuman-hukuman yang berat serta ketiadaan kemudahan perubatan membawa
kepada kes-kes buruh melarikan diri.
36
CO 717 Report of the Commission Appointed to Enquire in to the conditions of Indentured Labour in the
Federated Malay States 1910, hlm. 108.

27
Akibat daripada penindasan dan layanan yang teruk, ada di kal~gan mereka yang

melarikan diri. Tambahan pula, dalam petjalanan ke Tanah Melayu, keadaan dalam kapal

semasa pelayaran didapati penuh sesak dan sesetengah daripada buruh jatuh sakit. Keadaan

sedemikian juga telah membawa kepada pelbagai penyakit. Justeru itu, apabila sampai ke

Tanah Melayu, ramai daripada mereka didapati tidak sesuai untuk bekerja. Sungguhpun

begitu, masih terdapat majikan yang menuntut mereka supaya bekerja keras. Mereka

dikehendaki bekerja antara 9 hingga 10 jam sehari. 37 Di samping itu, upah yang dibayar

• pula lebih rendah daripada apa yang ditetapkan dalam kontrak. Sekiranya jatuh sakit,

buruh-buruh ini tidak dibayar sebarang upah dan akhimya mereka terpaksa meminjam

wang daripada majikan. 38 Keadaan ini menambahkan lagi bebanan hutang yang sedia ada.

Mereka tepaksa bekerja keras untuk menyelesaikan hutangnya dengan majikan.

Kelemahan-kelemahan dalam sistem kontrak telah menyebabkan ia dihentikan pada tahun

1910. 39 Sistem ini digantikan dengan Sistem Kangany dari 1910 hingga 1938.

Sistem Kangany

Sistem Kangany membekalkan sebahagian besar buruh di estet-estet di Tanah

Melayu. 40 Di bawah sistem ini, seorang kangany (atau mandor) akan dihantar bagi pihak

majikan yang ingin mengupah buruh dari India. Beliau akan memujuk saudara-mara dan

kawan-kawannya di kampung halaman untuk bekerja di Tanah Melayu. 41 Bayaran kepada

kangany pula berdasarkan bilangan pekerja yang dibawa dari India. Untuk menanggung

37
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaya, him. 56.
38
Ibid. him. 57.
39
CO 71 7 Report of the Commission Appointed to Enquire into the Condition ofIndentured Labour in FMS,
October 1910, him. 104. Kelemahan yang paling teruk adalah kadar kematian buruh yang tinggi antara 1902
hingga 1911. Lihatjuga, Report Of the Committee on Emigration .from India 1910, him. 103-106. Laporan
ini menuntut pembaharuan dalam sistem kontrak selaras dengan idea penghapusan sistem perhambaan.
40
N. E. Matjoribanks and A. K. G. Ahmad Tambi Marakkayar. Report on Indian Labour Emigrating to
Ceylon and Malaya, him. 28. Buruh yang dibawa melalui Sistem Kontrak pula kebanyakannya bekerja di
estet tebu, jabatan kerajaan, sektor pembinaan jalan raya dan jalan keretapi dan sebahagian kecil bekerja di
estet getah. Lihatjuga, Malay Weekly Mail, August 29,1935, him 8.
41
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Administration, him. 152.

28
kos perbelanjaan, setiap majikan dikenakan levi sebanyak $5.00 bagi_ setiap buruh yang

diupah. 42 Selalunya, kangany akan menggunakan wang yang diberi oleh majikannya untuk

membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga buruh tiba di ladang majikan

masing-masing. Di sini, cara yang digunakan oleh kangany untuk membawa masuk buruh

ke Tanah Melayu selalunya mendapat kritikan. Misalnya, M. R. Stenson mengatakan

bahawa,

"The system was mainly criticized for such abuses as bribing workers
• to migrate, using unhealthy recruiting practices, forging signatures of
village headmen, exploiting family quarrels, as well as the gross
misrepresentation ofwage levels and living condition in Malaya. ,,43

Buruh-buruh yang dibawa selalunya beketja di bawah jagaan kangany berkenaan.

Ini membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah. Namun begitu, dalam

kebanyakan keadaan kangany menggunakan kuasanya secara berlebihan. Peranannya

sebagai 'orang tengah' di antara majikan dengan pekerja membolehkan beliau

memanipulasi keadaan demi kepentingan diri. Kangany biasanya menggunakan kuasa



secara berlebihan bagi memastikan peketjanya bekerja di estet yang sama. Di sini, faktor

kekangan bahasa (tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris) telah menjadi

halangan kepada buruh untuk menyampaikan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada

pengurus estet. Sekiranya wujud sebarang pertelingahan antara kangany dan buruh, pihak

kangany selalunya mendapat sokongan daripada pengurus estet. 44 Menurut Khan Bahadur

dan Ahmad Tambi Marakkayar, dalam laporannya tentang buruh India yang berhijrah ke

Tanah Melayu dan Sri Lanka,

42
Annual Report ofthe Planters Association ofMalaya, 1916, him. 6.
43
M. R. Stenson. Class, Race and Colonialism in West Malaysia, him. 27.
44
K.S. Sandhu. Indian in Malaya, him. 100.

29
" .. .inability of a manager to speak directly with the labourers
allows the gang of headman or and other subordinates (kangany
and mandors) getting too much influence over the labourers. " 45

Di sampmg itu, keperluan buruh yang ramai telah mendesak majikan untuk

mengeluarkan sejumlah besar komisen kepada kangany dengan harapan mendapat bekalan

buruh yang ramai dalam masa yang singkat. Demi mengaut komisen yang banyak kangany

membeli sekumpulan buruh yang tidak mahir dalam pertanian daripada ejen yang

• profesional. Buruh yang dibawa dengan cara ini selalunya kurang memuaskan dari segi

fizikal. Oleh itu, apabila sampai ke Tanah Melayu mereka tidak dapat menjalankan kerja-

kerja yang diharapkan oleh majikan. Selain itu, buruh India juga dikenakan hutang secara

berlebihan sehingga menghadapi bebanan hutang yang teruk. Akibatnya, buruh India di

estet-estet terpaksa memulakan kehidupan dengan hutang, iaitu pada mulanya berhutang

kepada kangany, kemudiannya berhutang kepada estet. Di kebanyakan estet, "labourer at

the mercy ofthe kanganies in the matter of their indebtedness.'..46

Secara langsung, hal ini menjadi punca kepada kemiskinan orang India di estet.

Upah yang diterima hanya setakat dapat meneruskan nyawa dalam badan. Keadaan

kemiskinan ini menyukarkan mereka memperolehi makanan yang berkhasiat. Hal ini

kemudiannya membuka ruang kepada masalah kesihatan di kalangan peketja-pekerja India

45
Khan Bahadur dan Ahmad Tambi Marakkayar. Report on the India Labour Emigrating to Ceylon and
Malaya, hlm.33.
46
Ibid, him. 9; CO 273/405/14619, 25 March 1913. Menurut laporan ini, Kangany mempengaruhi buruh-
buruh di estet bagi mengumpulkan wang dan cepat pulang ke India. Akibatnya, kemudahan menyimpan
wang di Pejabat Pos yang diperkenalkan oleh kerajaan kolonial terjejas. Ada kalanya buruh yang ingin
melawat saudara-maranya di estet yang berhampiran tidak dibenarkan berbuat demikian. Keadaan yang
sama juga berlaku di India, di mana 'Mirasdar' berperanan seperti kangany. Beberapa orang pengawal
ditugaskan untuk mengawal di sekitar ladang. Sekiranya, buruh ingin ke Pejabat Pos, mereka harus
mendapatkan pas dan seorang pengawal akan dihantar bersama sehingga ia pulang ke ladang itu.

30
di estet. Justeru iu, keadaan buruh di bawah Sistem Kangany tidak banyak berbeza

daripada Sistem Kontrak. 47

Ekoran daripada tekanan dan penindasan di bawah sistem kangany, wujud kes-kes

di mana buruh India meninggalkan estet berkenaan dan bekeija dengan estet lain yang

menawarkan gaji yang lebih tinggi. 48 Hal ini kerana di bawah Sistem Kangany buruh India

tidak terikat kepada sebarang perjanjian bertulis sepertimana yang terdapat dalam sistem

• kontrak. Keadaan ini menimbulkan ketegangan di kalangan majikan. Usaha untuk

mengawal keadaan ini pula agak sukar memandangkan permintaan untuk buruh agak

tinggi berikutan pembukaan meluas kawasan penanaman getah. Walau bagaimanapun,

tindakan kerajaan India yang menyekat kemasukan buruh yang tidak mahir ekoran

daripada kemelesetan ekonomi pada 1930-an, telah membawa kepada penamatan Sistem

Kangany pada tahun 1938.49

Imigrasi Dibantu (Assisted Immigration)

Sebagai langkah untuk mengatasi kelemahan50 dalam Sistem Kangany, kerajaan

India telah mencadangkan supaya undang-undang yang dapat melindungi kepentingan

pekeija diperkenalkan. 51 Seterusnya Indian Immigration Commitee telah ditubuhkan bagi

mengkaji permasalahan buruh. Sebagai langkah untuk mengurangkan bebanan hutang

47
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Adminstration, him. 24. Untuk penjelasan lanjut lihat, J.S.
Furnivall. 1956. Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New
York: University of New York Press.
48
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, him. 62.
49
K. S. Sandhu. Indian in Malaya, him. 103. Sungguhpun penghijrahan buruh India ke k.awasan perladangan
bennula sejak 1833, oamun sebahagian besar daripada buruh-buruh Tamil dibawa ke Tanah Melayu melalui
Sistem Kontrak dan Sistem Kangany. Jumlah peoghijrahan yang terbesar dicatatkan berlaku dari tahun 1911
hiogga 1930, di mana lebih daripada 90,000 orang berhijrah masuk dalam setahun. Daripadajumlah tersebut,
85.2% terdiri daripada Tamil, 6.8% terdiri daripada Telugu dan 6.4% terdiri daripada Malayalee.
so P. Ramasamy. Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular Malaysia, hlm. 27.
Mengikut beliau, sistem ioi dikritik disebabkan beberapa kelemahan seperti memberi rasuah, memalsu
tandatangan ketua kampong, amalan membawa masuk buruh secara tidak sihat, mempergunak.an pergaduhan
rumahtangga serta memberi gambaran palsu tentang kadar upah dan keadaan kerja serta kehidupan di Tanah
Melayu.
51
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Adminstration, him. 49.

31
pekerja, 'imigrasi dibantu' (assisted immigrationi2 dan 'tidak dibanw' diperkenalkan

sebagai langkah menyusun semula kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Imigrasi

dengan cara ini amat popular pada 1920-an. Di bawah sistem imigrasi dibantu ini, semua

majikan yang ingin mengupah buruh India, dikehendaki memberi sumbangan wajib kepada

Indian Immigration Fund. 53 Wang tersebut akan digunakan untuk menanggung segala

perbelanjaan perjalanan dan pemakanan. Dengan itu, buruh tidak lagi dibebani dengan

masalah hutang. Pada masa yang sama, majikan juga tidak perlu membayar kos

• pengambilan yang tinggi seperti dalam Sistem Kangany. Imigrasi dengan cara ini telah

membawa masuk buruh yang ramai, iaitu sebanyak 120,796 orang pada tahun 1926.54

Walau bagaimanapun, pada zaman kemelesetan 1930-an, bantuan kerajaan tidak

digunakan untuk membawa masuk buruh, tetapi digunakan untuk menghantar pulang

pekerja-pekerja yang sudah uzur dan tidak produktiflagi. Mulai tahun 1935, kerajaan India

memperkenalkan kuota, iaitu sebanyak 20,000 orang India sahaja boleh dibawa masuk

dengan cara imigrasi dibantu kerana dijangkakan majikan tidak dapat membayar upah

yang berpatutan. Situasi ini telah membawa kepada imigrasi secara persendirian

(independent immigration). 55

52
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in Malaya, hbn. 22.
Mengikut beliau, "imigrasi dibantu" terdiri daripada dua jenis; yang direkrut dan tanpa-rekrut. Buruh yang
direkrut diperoleh daripada khidmat kangany yang juga merupakan buruh tani yang bekerja di estet-estet di
Tanah Melayu. Lihat juga, R. N. Jackson. Immigrant Labour and the Development of Malaya 1786-I920,
hbn. 124.
53
'Indian Immigration Fund' merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membawa masuk buruh dari
India secara sistematik. Untuk mengetahui tentang sejarah penubuhan serta operasi badan ini, sila rujuk, L.
H. Clayton. "The Indian Immigration Fund and it's Working". Dim. Selangor Secretariat Files (No.
3656/I9/4). Lihat juga, Annual Report of the Labour Department 1937, him. 6 dan 20. Dana Imigrasi India
beroperasi secara berterusan dan dikanunkan pada tahun 1937.
54
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, him. 67.
55
Ibid

32
2.4. Penempatan Buruh India di Estet di Negeri Kedah

Estet getah merupakan tempat peketjaan yang utama bagi buruh India di Kedah.

Perangkaan membuktikan bahawa sebahagian besar daripada buruh di estet adalah terdiri

daripada buruh India dari Madras. Misalnya, pada tahun 1939, daripada 34,363 orang

buruh estet di Kedah, sebanyak 24,933 orang buruh adalah terdiri daripada kaum India.

Namun begitu, terdapatjuga kaum-kaum lain56 seperti dalamjadual yang berikut:

Jadual2a
• Populasi Di Estet Kedah Bagi Tahun 193911940

Kaum Bilangan

India 24,933

Melayu 7,297

Cina 2,297

Lain-lain 50

JUMLAH 34,363

Sumber: SUKIK 158211358 Annual Report ofthe Labour


Department Kedah for the year 1939.

Peratusan penduduk estet kepada keseluruhan penduduk Kedah adalah sebanyak

10%. Daripada jumlah terse but, 66% penduduk estet adalah terdiri daripada orang India 57

Di antara tahun 1909 hingga 1910, getah telah ditanam dengan meluas di Kedah. 58

Keadaan ini telah membawa kepada pengaliran masuk buruh India dengan ketara ke

56
SUK!K 1582/1358 Annual Report ofthe Labour Department Kedahfor the year 1939.
57
CO 717114151662 Annual Medical Report /934, Kedah and Per/is. Lihatjuga, CO 716 Report ofthe
Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year /935, him 5. Menurut Laporan ini, hanya
6% daripada orang Cina dan 4% daripada orang Melayu ditempatkan di estet getah.
58
CO 716 Medical and Health Departments, Kedah & Per/is for the year 1929 by: Dr. J. l Baeza, him. 2.
Menurut Baeza, kebanyakan estet getah bertumpu di Kedah Tengah dan Kedah Selatan. Oleh itu, sebilangan
besar daripada populasi India bertumpu di situ.

33
t negeri itu. Misalnya, pada tahun 1912 seramai 106,928 buruh India telah dibawa masuk.

Bilangan ini telah bertambah menjadi 118,583 orang bagi tahun 1913, iaitu bilangan yang

tertinggi bagi tempoh 1911 hingga 1920. Walau bagaimnapun, bilangan ini merosot pada

tahun 1914 kerana Perang Dunia Pertama. Akibatnya usaha pembangunan ladang terhenti

buat sementara waktu di negeri Kedah. Keadaan ini pulih semula selepas tahun 1916.59

Pada umumnya, kebanyakan buruh India yang dibawa masuk ke negeri Kedah

terdiri daripada orang Tamil60 di samping Telugu, dan Malayalam. Misalnya, pada tahun

1911, jumlah penduduk India di Kedah adalah seramai 50,824 orang ( 32,210 orang lelaki

dan 18,614 orang perempuan). Daripada jumlah tersebut, 43,607 orang terdiri daripada

orang Tamil, 4,733 orang terdiri daripada orang Telugu dan 1,639 orang terdiri daripada

orang Malayalam. 61 Kebanyakan daripada penduduk India di estet bertumpu di daerah

Kuala Muda ( 12,332 orang) dan daerah Kulim (11,8390 orang). 62

• Seterusnya, didapati bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak

berpendidikan63 atau berpendidikan setakat sekolah rendah sahaja. Mengikut banci yang

telah dibuat oleh C. A. Vlieland pada tahun 1931 di Kedah, daripada 50,824 orang India di

negeri itu, hanya 9,962 orang dikategorikan berpendidikan. Manakala 40,862 orang India

tidak berpendidikan. Seterusnya, mereka yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris

59
J. E. Nathan. 1922. The Census ofBritish Malaya 1921. London: Waterlow & Sons Limited. him. 21.
60
C. A. Vlieland. The Census of British Malaya 1931. Lihat juga, Gunawan, Basuki and Rabeendra
Raghavan. 1977. Amsterdam: University Van Amsterdam. Plight of the Plantation Workers in West
Malaysia, With Special Reference to Indian Labour, hhn. 3 danK. S. Sandhu. Indian in Malaya, hlm 237.
Menurut beliau, kebanyakan daripada buruh dari India Selatan adalah terdiri daripada Tamil. Di samping itu,
terdapat juga Malayalee, Telugu dan lain-lain kumpulan. Manakala, orang India dari India Utara pula terdiri
daripada Sikh, dan kumpulan-kumpulan lain seperti Punjabi, Bengali, Sindhi, Gujerat, Parsi, Rajput dan lain-
lain.
61
A.M. Pountney.l9ll. The Census of the Federated Malay States 19JJ. London: Darling & Sons, him.
375.
62
Ibid
63
Report of the Executive or the General Labour Committee, British Malaya on Indian Labour and
Labourers. 1920. Kuala Lumpur, hlm. 5. Kebanyakan buruh India yang berhijrah ke Tanah Melayu tidak
berpendidikan. Mereka tidak dapat memahami kiraan yang mudah. Keadaan ini membolehkan pihak-pihak
seperti pekedai runcit dan peminjam wang mengenakan bayaran secara berlebihan.

34
t hanyalah 1,093 orang berbanding dengan 49,731 orang lagi tidak mampu bertutur dalam

bahasa tersebut. 64

Perkembangan penduduk India di negeri Kedah amat berkait rapat dengan tanaman

getah dan kelapa sawit. Misalnya, peningkatan bilangan penduduk India di antara tahun

1911 hingga 1921 adalah ekoran daripada perluasan tanah yang ditanam dengan getah,

iaitu daripada 50,000 ekar pada tahun 1900 kepada 543,000 ekar pada tahun 1911;

t kemudiannya meningkat kepada 3,272,000 ekar pada tahun 1938. Dari segi nisbahjantina

pula, orang Tamil di estet terdiri daripada 3 lelaki kepada 1 wanita. Sedangkan, pekerja

Telugu terdiri daripada 2 lelaki kepada 1 wanita. Didapati juga sebilangan kecil wanita

Malayali mengikuti suami untuk bekerja di estet. 65 Ketidakseimbangan jantina ini

membuka ruang kepada pelbagai masalah sosial seperti isteri mengikut lelaki lain.

Keadaan seperti ini menjadi salah satu punca pergaduhan di estet. Ketiadaan sistem

pendaftaran perkahwinan mengikut undang-undang memudahkan lagi kejadian yang

sedemikian.

"Marriages contracted in Malaya amongst Indian labours are not


registered in any way, and in many instance are regarded as irregular.
This frequently leads to disputes, and controller of Labour reports that
is not uncommon for husbands to complain that their wife have gone
away with some other man, and for the wife when sent for to tear off her
"thali'' or marriage thread, and swear that she was never the wife but
merely the "kept" women ofthe complainant, and there being no proper
evidence of the marriage nothing can be done in such cases. " 66

64
A.M. Pountney. The Census ofthe Federated Malay States 1911, hlrn. 375.
65
Ibid., him. 78.
66
Report of the Executive of General Labour Committee British Malaya on Indian Labour and Laboures
1920, him. II. Lihat juga, S. Srinivasa Sastri. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in
Malaya. hlrn. 22.

35
Justeru itu, kerajaan India mula mengorak langkah untuk mengatasi masalah
I

ketidakseimbangan jantina ini. Salah satu langkah ke arah itu ialah penggubalan Akta

Imigrasi India, 1923. Menurut undang-undang ini, bagi setiap lima orang yang dibantu

berimigrasi, dua orang daripadanya mestilah terdiri daripada kaum wanita. 67 Di samping

itu, langkah seterusnya yang juga dapat mengurangkan ketidakseimbangan dari segi jantina

di estet ialah seperti pemberian elaun tambahan kepada ejen yang berjaya membawa masuk

buruh secara berpasangan (married couples), bayaran bonus kepada setiap kanak-kanak

• imigran yang datang secara persendirian, peruntukan sekolah, elaun bersalin, pusat asuhan

kanak-kanak (creaches), dan sebagainya.

2.5. Keadaan Kemiskinan di Estet di negeri Kedah

Dalam organisasi estet, kebanyakan daripada populasi India bekerja sebagai buruh.

Pada masa yang sama~ ada juga yang membuat pekerjaan 'kolar putih' yang bergaji

rendah. Di sini,

"Tappers, weeders, kanganies, carpenters, drivers, cleaners


comprise the estate-worker category. A storekeeper, a gatekeeper,
an office boy, a telephone operator, and dressers assistant belong
to white-collar category. There is a third category of retired
workers who receive pensions from the estate."68

Manakala, pekerja bukan estet pula terdiri daripada mereka yang menawarkan

barangan dan perkhidmatan kepada pekerja estet. Di antara mereka ialah bidan, pekedai

runci4 tukang gunting ram but, penjual, dan sebagainya. 69

61
/bid., him. 21; S. Najundan. 1950. Indians in Malayan Economy. New Delhi: Office of the Economic
Adviser to the Government of India, him. 33 ; Tufo. The Census of Population, hlm. 57-61. Menurut beliau,
nisbah jantina populasi India di Tanah Melayu meningkat daripada 482 orang wanita bagi seribu orang lelaki
pada tahun 1931 kepada 637 orang wanita bagi seribu orang Ielaki pada tahun 1947. Bagi tempoh tersebut
~ratusan Ielaki dengan isteri di Tanah Melayu telah meningkat.
R. K. Jain. 1970. South Indians on the Plantation Frontier in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University
Press, hlm. 89.
69
Ibid

36
Kebanyakan peketja India di estet, terutamanya golongan b~ seperti 'weeder' 70

dan penoreh getah menerima upah yang rendah, iaitu antara 35-40 sen bagi lelaki dan 28-

32 sen bagi perempuan. 71 Di sesetengah daripada estet Asia yang bersaiz kecil buruh

adakalanya dibayar upah yang lebih rendah. 72 Hal ini telah menjejaskan kuasa rnembeli

dan seterusnya mernpengaruhi pemakanan dan kesihatan. Pendapatan rnernpunyai kesan

langsung ke atas kuasa membeli, perbelanjaan, simpanan dan hutang. Kadar upah yang

rendah juga merupakan salah satu punca utama kepada kerniskinan di estet. Dalarn

• sesetengah keadaan kesempitan kewangan ini memaksa buruh-buruh di estet untuk

rnenggadai barangan berharga untuk menampung perbelanjaan keluarga. 73 Dengan upah

yang rendah, pekerja estet mempunyai peluang yang agak tipis untuk memperbaiki taraf

kehidupan mereka. Kenaikan harga getah pada tahun 1926 telah membawa kepada

... kenaikan duti eksport hampir 300% sedangkan, upah pekerja di estet hanya dinaikkan 5-

10 sen, iaitu kenaikan sebanyak 25% sahaja. Begitu juga pada tahun 1934-1937, duti

eksport telah meningkat dengan banyak, tetapi upah masih kekal pada tahap yang rendah

walaupun kos hidup telah melambung tinggi. Misalnya, kos hidup pada tahun 1936 ialah

58.8 sen hingga 63.6 sen sehari manakala upah buruh lelaki India hanya 35-40 sen sehari

sedangkan upah buruh wanita adalah sebanyak 28-32 sen sehari. Manakala, upah buruh

Cina ialah sebanyak 80 sen hingga 1.20 sen pada tahun 193 7. Di sini, upah tertinggi bagi

buruh India hanya 45 sen (lelaki) dan 36 sen (wanita) sehari. 74 Hal ini adalah selaras

dengan matlamat kerajaan kolonial untuk memaksimakan keuntungan dengan kos

pengeluaran yang paling minimum. Kenaikan kos hidup tanpa disertai dengan kenaikan

upah telah menimbulkan banyak aduan buruh. Misalnya, pada tahun 1919 sebanyak 66

10
/bid., him. 92. Istilah 'weeder' merangkumi pelbagai kerja padang di estet yang memerlukan kemahiran
yang lebih rendah daripada penoreh getah. Selepas penoreh getah, 'weeders' mewakili bilangan yang ramai.
Dari segi pembayaran upah pula, mereka dibayar secara kontrak, iaitu mengikut hari bekerja.
71
SUK/K 7301/355 Annual Report ofthe Kedah Health Boardfor the year /936.
72
SUK/K 5401/355 Diary ofthe Protector of Labour Kedahfor the year I936.
73
C. Kondapi. Indian Overseas I838-/949, him. 78.
74
CO 716 Annual Report on the State of Kedah for the year I 93 I, hlm. 29.

37
aduan telah dikemukakan. Bilangan ini meningkat kepada 389 aduan pada tahun 1929 dan

seterusnya meningkat kepada 933 aduan pada tahun 1939. Di antara aduannya ialah

majikan tidak membayar gaji atau lewat membayar gaji, pertikaian rumah-tangga, dan

pelanggaran Undang-undang Buruh (dapat diselesaikan di peringkat Jabatan). 75 Di

samping upah, faktor lain seperti kekurangan peluang pendidikan serta amalan minum todi

di estet turut menjadi punca kepada mobiliti sosial yang rendah di kalangan pekerja estet.

• Mengikut perangkaan, peketja estet mencatat kadar kemiskinan76 yang tertinggi

berbanding dengan luar bandar (24. 7% ), dan kemiskinan di bandar pula mencatat 8.2

peratus. 77 Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Selvakumaran Ramachandran,

adalah didapati penduduk India di estet membelanjakan sebahagian besar (sebanyak 68%)

daripada pendapatan mereka untuk membeli bahan makanan seperti nasi dan bijirin yang

menjadi makanan harian. Manakala, sumber protein seperti seperti daging, susu, telur dan

hasil tenusu merangkumi 28.6% daripada jumlah pendapatan kerana harganya agak mahal

dan hanya dimakan sekali atau dua, iaitu pada hari g~i. 78 Masalah kewangan ini menjadi

punca utama pengambilan makanan yang tidak seimbang dan seterusnya membawa kepada

masalah kesihatan para peketja di estet. Dalam kebanyakan keadaan, perbelanjaan peketja

estet melebihi pendapatan yang diperolehi. 79 Keadaan ini juga mendorong mereka untuk

berhutang dengan pekedai runcit, peminjam wang, mahupun saudara mara. Kekurangan

15
CO 716 Annual Report on the State of Kedah, for the year 1918.
76
Sucked Oranges: The Indian Poor in Malaysia, hlm. 26. Menurutnya, di antara faktor yang menyumbang
kepada kemiskinan di estet ialah perancangan perbelanjaan yang daif (poor budgeting) dan minum alkohol
secara berlebihan. Kedua-dua faktor ini memudaratkan lagi pendapatan yang rendah serta ketiadaan
simpanan. Malah kemiskinan ini bertambah teruk. lagi akibat daripada ketiadaan pekerjaan, inflasi dan
~eningkatan kos hidup.
7
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, hlm. 207. Lihat juga, Rancangan
Malaysia Kelima. 1989, hlm. 86.
78
R. K. Jain. South Indians on the Plantation Frontier in Malaya, hlm. 108.
79
Untuk maklumat laojut, Iihat, Lim Ah Bee. 1978/1979. "Income and Expenditure Patterns of Malaysian
Indian Rubber Tapper Households." Academic Exercise, Faculty of Economics and Administration,
University of Malaya.

38
wang ini menjadi lebih ketara teruta.manya apabila diadakan upacara perayaan,

perkahwinan, dan lain-lain upacara adat.

Oleh yang demikian, simpanan wang menjadi satu perkara yang agak sukar dalam

kehidupan pekerja estet. Sebilangan kecil daripada populasi estet membuat simpanan di

bank dan ada juga di antara yang membuat simpanan melalui 'kootus ', yang mana

merupakan kaedah simpanan yang popular di kalangan masyarakat estet. 80 Selain daripada

'kootus', mereka juga menyimpan wang dengan cara mengambil polisi insurans. Selain

itu, ada juga yang membeli saham dalam badan-badan seperti, N.L.F. C., KP.J. Nesa, dan

N U.P. W Cooperative. 81

Kemiskinan turut rnenjejaskan aspek pendidikan kanak-kanak di estet. Usaha untuk

mendirikan sekolah-sekolah Tamil hanya dibuat selepas tahun 1923. Atas permintaan

kerajaan India, Kod Buruh 1923 telah mensyaratkan bahawa estet yang memiliki 10 orang

kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 hingga 14 tahun hendaklah menyediakan sebuah

sekolah. 82 Selaras dengan itu, kebanyakan sekolah Tamil ditempatkan di kawasan

perladangan getah. 83 Walau bagaimanapun, keadaan sekolah didapati kurang memuaskan

dari segi peralatan, guru-guru, mahupun dari segi pencapaian. Kebanyakan guru pula tidak

80
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, him. 217; R. K. Jain. 1970, him.
165; Weihe and Mariappan. 1978, him. 120; Dennis Earl Supernor. 1983, him. 113.
81
Ibid. him. 218.
82
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in Malaya, him. II;
Arasaratnam 1970, hlm. 179; Selvakunaran Ramachandran. 1994, hlm.181.
83
T. Marimuthu. 1990. The NEP: A Briefing and Conclusion on Human Resource Development (fhird
Malaysian Indian Economic Congress). Kuala Lumpur: MIC Headquarters, him. II. Lihat juga, H. R.
Cheesman. Education in Malaya 1900-1941, him. 131. Menurut laporan ini, dua per tiga daripada sekolah
Tamil dengan bilangan murid melebihi 75% adalah sekolah estet. Didapati keadaan sekolah-sekolah Tamil di
estet kurang memuaskan di samping guru-guru kurang berkualiti dari India. Keseluruhannya, keadaan
sekolah Tamil jauh lebih mundur daripada sekolah-sekolah Cina. Untuk mengetahui perkembangan lanjut
rnengenai sekolah Tamil di estet lihat juga, SUKIK I /51/946 Malayan Education (by: H. R Cheesman), 1946
(Lampiran 8); SUKIK 349711354 Republication of all Malaya Annual Reports on Education; SUKIK
33511946 Tamil Estate School Grant (Lampiran 4); SUKIK 159/1946 (Lampiran I/).

39
terlatih dan adakalanya kerani, kangany mahupun buruh yang berpendidikan berperanan

sebagai guru tambahan. 84 Dari segi peralatan,

"Any vacant building was used as school, and masters employed


could do little more than tell the children stories and keep them
amused. Any books that were available in local book-shop were so
expensive that manager refused to buy them." 85

Di samping itu, kehadiran Sekolah Vemakular Tamil di estet juga kurang

memuaskan. Dalam banyak keadaan ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai tidak
• dapat memberi pendidikan yang tinggi dan makanan yang seimbang kepada anak-anak

mereka. Sebaliknya, ibu bapa di estet hanya dapat memenuhi keperluan asas seperti

makanan, dan pakaian yang paling minimum. 86 Malahan, anak-anak mereka juga dilihat

sebagai penyumbang pendapatan tambahan kepada keluarga. Adakalanya, bagi memenuhi

kekurangan pekerja di estet di Tanah Melayu, majikan turut menggesa kanak-kanak untuk

membuat keija-keija ringan di estet. Sekiranya ibu bapa kanak-kanak berkenaan enggan

menurut perintah, mereka diugut akan diusir dari estet dan terpaksa mencari pekerjaan di

tempat lain. 87 Di sini, sesetengah pengurus estet rela mengupah buruh kanak-kanak

memandangkan upah yang dibayar agak rendah berbanding dengan orang dewasa. Justeru

itu, mereka terpaksa meninggalkan alam persekolahan dan menjadi buruh pada usia yang

84
SUKIK I 24811369. Kelayakan yang dituntut sangat minimum, iaitu mereka yang lulus darjah enam
dibenark.an memegang jawatan guru. Bilangan guru terlatih pula amat sedikit dan kebanyakan mereka telah
menghadiri Kelas-kelas latihan yang diadakan di Kulim dan Sungai Petani. Misalnya, di negeri Kedah hanya
terdapat 4 orang guru terlatih dan I 03 orang guru tidak terlatih.
85
SUKIK 3361 1946. Annual Report of State Kedah for the year 1946, him. 42. Mengikut perangkaan ini,
jumlah Sekolah Tamil Estet yang berbantuan adalah 73 buah, sekolah estet tidak berbantuan sebanyak 7 buah
dan sekolah swasta tidak berbantuan pula adalah sebanyak 3 buah. Pada tahun 1946, semua sekolah Tamil
yang berbantuan mempunyai bangunan yang sesuai, peralatan dan kemudahan yang asas. Lihat juga, SUKIK
81511357. Dalam kebanyakan keadaan, ibu bapa menggunakan sekolah Tamil sebagai pusat asuhan kanak-
kanak. Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah sekolah yang berbantuan, tidak berbantuan dan sekolah
swasta, lihat, Cheesman. SUKIK 1511966 Malayan Education 1946 (Lampiran 8).
86
Sarojini Devi Appathurai. 1971. "Socio-economic Aspect of Women Plantation Workers: A Case Study of
Indian Women Workers of Ladang Tengah (Kelang)." Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, him. 56. Untuk
maklumat lanjut mengenai pennasalahan sekolah Tamil, lihat, Malaysian Indian Congress Submission to the
Cabinet on Education (Part One), him. 52-63.
87
SUKIK 41311947 Annual Report of the Labour Department Kedahfor the year 1946. Untuk maklumat
lanjut, lihat K. S. Jomo. 1984. Early Labour: Children at Work on Malaysian Plantation. Kuala Lumpur: The
Institute for Social Analysis (INSAN).

40
awal. Secara tidak langsung, keadaan ini menyumbang kepada keciciran yang tinggi di

sekolah Tamil berbanding dengan sekolah-sekolah lain. 88

Masalah keciciran ini bukan disebabkan oleh masalah kewangan semata-mata,

malahan juga disebabkan oleh sikap negatif ibu bapa terhadap pendidikan. Misalnya,

sesetengah ibu bapa beranggapan bahawa anak perempuan tidak perlu berpendidikan

tinggi. Keadaan ini menghadkan peluang pendidikan bagi anak perempuan. Justeru itu, di

kebanyakan estet, anak perempuan kurang berpendidikan berbanding dengan anak lelaki.

Dalam kebanyakan keadaan, setelah tamat sekolah rendah, anak-anak perempuan diminta

supaya menjaga adik beradik yang masih kecil dan membantu ibunya dalam menyiapkan

kelja rumah. 89 Dari segi kualiti dan isi kandungan Pendidikan Tamil Sinnappah

Arasaratnam mengatakan bahawa,

" .. .for both by the quality and the content of the education they
received they were isolated from the rest ofsociety and ill equipped to
play any role in the country's development." 90

Umumnya, sekolah Tamil yang ditubuhkan di estet-estet lebih berupa alat pihak

penjajah91 untuk mengekalkan penduduk India di estet dan bukannya sebagai institusi

pembelajaran. Sepertimana yang dikatakan oleh R. Santhiram, pencapaian akademik yang

88
Selvakumaran Ramachandran, Indian Plantation Labour in Malaysia, him. 184. Kajian yang telah
dijalankan oleh SERU di 28 buah estet telah membuktikan bahawa, 20% daripada pekerja estet tidak
mempunyai pendidikan fonnal, dan hanya 20% daripada anak pekerja estet memperoloehi pendidikan
sehingga LCEISRP. Daripada jumlah itu, hanya hanya separuh lulus. Di samping itu, Kajian tersebut juga
mendapati, hanya 5.5% daripada anak pekerja belajar sehingga MCEISPM dan hanya satu per empat lulus.
Seterusnya, hanya 0.3% daripada anak pekerja ladang memperolehi pendidikan sehingga tahap Universiti.
Lihatjuga, Paul D. Weihe dan Mariappan. 1973, him. 163.
89
N.J. Colletta. 1980. The Ecologi of Child Development on a Malaysian Rubber Plantation. New York,
hlm.l9.
90
Sinnappah Arasaratnam. Indians in Malaysia and Singapore, him. 180.
91
Yayasan Pelajaran, Kebajikan dan Penyelidikan Malaysia. 1987. Sekolah-seko/ah Tamil: Masa/ah dan
Prospek, him. l. Lihat juga, J. Rabindra Daniel. 1981. "A General Survey on Education Amongst the
Malaysian Indian Plantation Community". Dim. Malaysia in History. No. 24, him. 80.

41
rendah merupakan salah satu punca utama bagi kebelakangan taraf sosio-ekonomi kaum

India berbanding dengan kaum-kaum lain di Tanah Melayu. 92

93
Di samping itu, amalan minum alkohol, iaitu todi juga merupakan salah satu

sebab yang menyumbang kepada keadaan kemiskinan di estet. Sarna seperti Sekolah

Tamil, penubuhan kedai todi di estet juga bertujuan untuk mengekalkan buruh India di

estet. Tabiat minum todi di kalangan buruh India telah digunakan sebagai alat untuk

.. mencapai matlamat ekonomi British. Amalan ini merupakan suatu tabiat harian dalam

kehidupan buruh di estet. Kedai todi yang beroperasi di estet-estet, dikehendaki membayar

dua per lima daripada keuntungan penjualan sebagai cukai kepada kerajaan. Manakala

bakinya, selepas dipotong kos operasi, dimasukkan dalam tabung kebajikan pekerja

ladang. 94

Selepas bekerja sepanjang hari dalam cuaca panas, mereka meminum todi untuk

menyejukkan badan. Di samping m€myejukkan badan, buruh juga meminum todi supaya

dapat melupakan segala masalah kehidupan, ketagihan, serta memulihkan tenaga mereka.

Kedai todi juga dianggap sebagai satu-satunya tempat untuk merehatkan diri serta beramah

mesra dengan kawan-kawan mereka. Upah yang rendah menyukarkan mereka untuk

membeli alkohol yang lebih mahal seperti 'beer', 'brandy' atau 'whisky'. Jenama ini hanya

dapat dibeli pada hari gaji. Sebaliknya, harga todi yang sangat murah, iaitu 10 sen segelas

merupakan suatu nikmat bagi mereka. Di sini, tanpa disedari, sebahagian besar daripada

92
R. Santhiram. 1999. Education ofMinorities: The Case ofIndian in Malaysia. Selangor: CHILD
(Child Information, Learning and Development Centre), him. xi.
93
A. Paramasivam. 1979. Toddy Drinking in Malaysia. Dim. Seminar on Health, Food and Nutrition 15th-
2(/h September 1979, him. 3. "Toddy is a sugary juice obtained from the flower sheaths ofvarious palms,
which after fermentation become a popular robust 'beer'. In Malaysia toddy tapped from coconut palm
which is found in almost every part of the country. The juice is extracted by removing the lower leaves and
the sheaths and cutting a notch in the pith of the tree near the top; from these the juice exudes. Due to the
fermentation process, the juice develops up to 8% alcohol and is sold as alcohol within 12 to 24 hours."
94
K. Nadaraja. 2002. Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1933, Kesan Sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu
berselcutu. Tesis Ph. D., Universiti Sains Malaysia.

42
pendapatan mereka digunakan untuk membeli todi. Di kalangan buruh. Tamil, terutamanya

mereka yang merupakan 'kaki minum', dianggarkan kira-kira 30% hingga 50% daripada

pendapatan orang lelaki digunakan untuk membeli todi. 95 Dalam peruntukan perbelanjaan

keluarga 'kaki minum', arak (beer, brandy, dan samsu) mewakili tempat kedua, selepas

beras dan gula. 96 Justeru itu, pembaziran melalui pembelian alkoholjuga dianggap sebagai

satu faktor yang menyumbang ke arah kemiskinan di estet. 97 Amalan negatif ini bukan

sekadar mengaut sebahagian daripada perbelanjaan keluarga, malahan menjadi punca

., kepada keretakan rumahtangga sepertimana yang dikatakan oleh K. Nadaraja,

"Toddy drinking had led to indebtedJJess, quarrels, broken families etc.


Above all it was the main factor which siphoned away much of
labourers earning .. .left them in a state of backwardness,
impoverishment and indignity. " 98

Di samping itu, amalan minum todi juga menjejaskan pelajaran anak-anak mereka.

Ini kerana, mereka juga tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran anak-anak

mereka. 99 Ketiadaan motivasi secara psikologi mendorong perkembangan yang negatif di

kalangan anak-anak mereka.

95
Report of the Executive of the General Labour Committee, British Malaya on Indian Labour and
Labourers. Lihat juga, Dennis E. Supemor. 1983. "Tamils in Malaysia: Problem of Socio-economic
Development for an Immigrant Minority Group." Tesis Ph. D. Houston, Texas, hlm. Ill; S. Najundan.
Indians in Malayan Economy. New Delhi: Office of the Economic Adviser to the Government of India, him.
32; N. Kandiah and Lim Ju Boo. 1977. "Nutritional Status in a Rural Estate Community." Medical Jurnal
Malaysia. Vol. 31. No.4, hlm. 270-276.
96
R. K. Jain. South Indian on the Plantation Frontier, hlm. 110.
97
Untuk: maklumat lanjut mengenai kemiskinan di estet, lihat, Rabindra, D. J. 1983. " Poverty among the
Malaysian Indian Plantation Community." Jurna/ Pengajian India, Vol. I; hlm. 125-142.
98
K. Nadaraja. "The Thondar Padai Movement of Kedah, 1945-1947".Dlm. Malaysia in History. No. 24,
hlm. 98. Lihat juga, K. S. Oorjitham. "Problem of Women Workers in the Plantation Sector in Peninsular
Malaysia." Ilmu Masyarakat (Julai-September); S. Najundan. Indians in Malayan &onomy, him. 31.
Menurut beliau, tabiat berhutang dan minurn todi amat biasa di kalangan buruh India. Buruh India selalunya
berhutang dengan Chettiar, peruncit dan kedai emas. Justeru itu, pengurus estet dan Jabatan Buruh telah
berusaha untuk: memujuk mereka supaya menyimpan wang dan mengikis amalan minum todi.
99
Paramananthan Kayarnbu. 1973/1974. "Report on the Drop-out Problem in Estates." Rancangan Latihan
Penuntut. National Union of Plantation Workers. Petaling Jaya, hlm. 6. Di samping, kemiskinan, dan
ketiadaan motivasi, faktor-faktor lain membawa kepada keciciran pelajar India di estet adalah seperti sikap
negatif ibu bapa terhadap pendidikan, tahap penguasaan Bahasa Melayu yang lemah, tempat tinggal yang
sesak dan tiada peredaran udara serta pemakanan yang tidak seimbang juga menjejaskan tumpuan terhadap
pelajaran dan seterusnya hilang minat untuk menyambung pengajian. Lihatjuga, J. Rabindra Daniel.l98l. "A

43
Oleh kerana amalan minum todi ini metijadi ancaman· kepada mobiliti

sosioekonomi masyarakat India, maka 'Pergerakan Thondar Padai' (Volunteer Corps) 100

yang bermatlamat untuk memperbaiki sosioekonomi, kebudayaan, dan akhlak butuh di

estet telah bangkit menentang amalan yang tidak sihat ini. 101 Pergerakan ini telah mendapat

inspirasi daripada organisasi India dan organisasi tempatan. Generasi muda, khususnya

yang berpendidikan Tamil telah terpengaruh 'Pergerakan Pemulihan Tamil' seperti

Dravida Kazagham di Madras. Di samping itu, organisasi tempatan seperti ClAM,

• Pertubuhan Belia India, INA dan 'Ghadhian Youth Corps' turut memberi inspirasi.

Seterusnya, lawatan pejuang-pejuang kebangsaan India seperti Nehru ke negeri Kedah

pada tahun 1937 dan 1946, Subhas Chandra Bose pada tahun 1943 menyemarakkan lagi

kesedaran di kalangan belia di estet. 'Pergerakan Thondar Padai' yang bermula di Estet

Harvard, berhampiran dengan Bedong, kemudiannya tersebar ke estet-estet lain di Kedah.

Antara tahun 1945 dan 1947, pergerakan ini mendapat sokongan kuat di kalangan pekeija

estet Tamil serta membawa perubahan yang positif dalam kehidupan mereka. Kesedaran

tentang kelemahan mereka ini telah membawa kepada perjuangan dalam bentuk Kesatuan-

kesatuan Sekerja. Usaha ini diikuti oleh badan politik seperti MIC.

" The MIC launched a campaign for the abolition of toddy shops on
the estates, and the provision for samsu and vigorious action against
distillers of illicit samsu. They had also organized picketing of the
liquor shop." 102

General Survey on Education amongst the Malaysian Indian Plantation Community." Dim. Malaysia in
History. No. 24, him. 77-91.
100
K. Nadaraja. "The Thondar Padai Movement of Kedah", him. 97-102; Leong Yee Pong. 1999. Labour
and Trade Unionism in Colonial Malaya: A Study ofthe Socio-&onomic and Political Bases ofthe Malayan
Labour Movement, /930-1957. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, him. 164-167.
101
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in Malaya, hlm. 32. Laponm
beliau telah meneadangkan penentangan terhadap amalan minum todi. Pada masa yang sama, beliau juga
telah menunjukkan kebimbangan bahawa, pengharaman ini mungkin juga membuka ruang kepada
kemasukan 'samsu' yang merupakan alkobol yang murah tetapi lebih menbahayakan peminum.
102
C. Kondapi. Indian Overseas 1838-1949, him. 143.

44
Secara keseluruhannya, keadaan kemiskinan di estet merupakan punca utama

kepada masalah kesihatan yang akan dibincangkan dalam bab tiga nanti. Kebergantungan

kepada upah yang sedikit tanpa sebarang pendapatan tambahan, menyukarkan mereka

untuk menjalani fungsi-fungsi sosial dengan lancar. Faktor kemiskinan buruh di estet

bukan sahaja dilihat dari segi taraf pemakanan, malahan juga meliputi aspek seperti

perumahan, perubatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain. Pemakanan yang

kurang berkhasiat bukan sahaja melemahkan imunisasi dan membuka ruang kepada

jangkitan penyakit, malahan menjejaskan keupayaan bekerja buruh di estet. Keadaan ini

seterusnya mengurangkan produktiviti. 103

103
Paul Kratoska. 1988. "The Post 1945 Food Shortage in British Malaya". Dim. JSEAH. Vol. XIX, hlm. 27;
Peter J. Rimmer dan Lisa M. Allen (edt.). 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore: Singapore
University Press, hlm. 4; Mohamad Isa Othman. 2001. Pengalaman Kedah dan Per/is Zaman Penjajahan
British. Kuala Lumpur: Utusan Publication, him. 79.

45
BAB3
••
MASALAH UTAMA KESIHATAN DI ESTET DI NEGERIKEDAH

3.1. Kemudahan Kesihatan di Estet

Pengenalan tanaman getah pada awal abad ke-20 telah membawa kepada

penebasan hutan untuk membuka ladang-ladang getah. Keadaan ini telah mengganggu

sistem ekologi dan seterusnya membuka ruang kepada masalah kesihatan terutamanya di

kalangan kaum imigran seperti orang India dan Cina. Penyakit seperti malaria telah

menjadi ancaman kepada buruh dan keadaan ini bertambah teruk lagi apabila sebahagian

besar daripada buruh India yang datang ke Tanah Melayu didapati mempunyai daya

imuniti yang rendah disebabkan kekurangan makanan berkhasiat dan ada di antara mereka

yang telahpun menghidapi penyakit seperti taun, cacar, malaria, beri-beri, dan disentri

semasa perjalanan dari India ke Tanah Melayu. 1 Ramai juga meninggal di depot-depot di

Pulau Pinang dan Port Swettenham sebelum sempat memulakan kehidupan di Tanah

Melayu. 2 Sungguhpun buruh-buruh yang akan berangkat ke Tanah Melayu disyaratkan

menjalani pemeriksaan perubatan dan harus lulus pemeriksaan tersebut, namun masih ada

di antara mereka yang tidak berbuat demikian. Hal ini lebih ketara di kalangan buruh-

buruh India yang datang dengan sendiri (free immigrants).3 Situasi ini bertambah teruk lagi

apabila mereka ditempatkan di kawasan perumahan yang sesak dan kurang bersih. 4

Suasana kehidupan dan keadaan kerja yang daif meningkatkan lagi kadar penyakit

1
J. N. Parmer. 1989. "Health Services in British Malaya in the 1920's". Modern Asian Studies, Vol. 23(1),
him. 50. Lihat juga, Peter J. Rimmer dan Lisa M. Allen (edt.). 1990. The Underside of Malaysian History.
Singapore: Singapore University Press, him. 179. Menurut beliau, kerajaan kolonial yang menawarkan
perkhidmatan perubatan masih kurang berpengetahuan dan berpengalaman. lmplikasinya, ribuan buruh
meninggal dunia.
2
S. Arasaratnam. 1970. Indian In Malaysia and Singapore. London: Oxford University Press, him. 53.
3
Lenore Manderson. 1996. Siclcness and The State: Health and Illness in Colonial Malaya, /870- 1940. New
York: Cambridge University Press, him. 129.
4
Selvakumaran Ramachandran. 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala Lumpur: Abdul Majid
Publication, him. 168.

46
beljangkit seperti kolera, disentri, tuberculosis, beri-beri, tetanus, ankylostomiasis.5 Dalam
••
kajian P. Weihe danS. Mariappan di Pudthukuchi estet6 misalnya,

"Most labourers are anaemic by normal standards and many suffer from
intestinal worm infestations. This may also leads to poor resistance to
other diseases, resulting in prolonged illness and hospitalization. There
is also feeling of lethargy and lack of interests in their work. Hence
there is a reduction in the efficiency of these workers apart from the
increase in the cost ofpayment ofsick leave and hospitalization.''1

Walaupun pada peringkat awal kerajaan kolonial tidak memberi perhatian kepada
\t
soal penyediaan kemudahan kesihatan namun apabila kadar kematian masyarakat India di

estet meningkat dengan cepat pada 1930-an, iaitu ekoran berlakunya wabak penyakit

malaria terutamanya di bahagian tengah dan selatan negeri Kedah, 8 maka kerajaan

kolonial terpaksa mengubah pendirian mereka. Hal ini kerana peningkatan dalam kadar

kematian orang India telah menyebabkan kerajaan India menyekat kemasukan buruh India

ke Tanah Melayu. Ini diikuti pula dengan peljuangan pergerakan sosial dan politik di India

yang mula mendesak kerajaan kolonial supaya menjaga kebajikan pekelja-pekelja India di

Tanah Melayu. Implikasinya, kerajaan kolonial terpaksa mengorak langkah yang lebih

drastik ke arah memantapkan kemudahan kesihatan di estet-estet. Hal ini adalah penting

bagi memastikan tenaga kelja yang mencukupi untuk ladang-ladang getah di samping

menjamin kelangsungan ekonomi British di Tanah Melayu. Selain penyediaan kemudahan

hospital, kerajaan kolonial juga memperkenalkan enakmen-enakmen buruh. Misalnya,

Enakmen Buruh pada tahun 1908 dan Kod-kod Buruh pada tahun 1912, 1918, dan 1923.

5
Ibid
6
Pudthukuchi estet merupakan salah sebuah estet di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.
7
P. Weihe danS. Mariappan. 1978./ndian Malaysian: The View From The Plantation. New Delhi: Manohar
Publication, him. 42.
8
Lenore Manderson. Sickness and the State, him. 153. Lihat juga, J. E. Nathan. The Census of British
Malaya 1921. London: Waterlow & Sons Limited, him. 136. Mengikut laporan beliau, daerah Kuala Muda
dan Kulim adalah merupakan daerah utama bagi penanaman getah dengan jumlah populasi estet seramai
17,555 dan 12,025 masing-masing. Terdapat sebanyak 8 buah estet dengan populasi melebihi 1,000 orang.
Lima daripadanya terdapat di daerah Kuala Muda, dua di Kulim dan sebuah lagi estet di Bandar Bharu. Di
sini, estet Scarboro mencatat populasi tertinggi, iaitu seramai 3,581 orang.

47
Walau bagaimanapun, di negeri Kedah sukar untuk memperkenalkan seksyen dalam Kod
'·*
Buruh yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan dan perubatan memandangkan

kekurangan pegawai perubatan yang berkelayakan. Di sini, walaupun terdapat estet-estet

yang mengupah doktor swasta, namun masih ada estet yang tidak sanggup membayar upah

bagi doktor. Lembaga Kesihatan (Health Board) di Kedah hanya ditubuhkan pada tahun

1927. 9 Bagi memastikan kebajikan buruh-buruh dilindungi, Kod-kod Buruh ini telah

menggariskan beberapa perkara penting yang harus dipatuhi oleh seseorang majikan. Di

antara perkara penting adalah seperti berikut 10 :

i) Perumahan yang mencukupi, kemudahan sanitasi dan pengekalan keadaan


perumahan dan sanitasi.

ii) Kawalan penyakit yang boleh berjangkit

iii) Kehadiran petugas perubatan dan rawatan, termasuk kawalan pemakanan di


hospital

iv) Bekalan ubat yang berkualiti dengan kadar mencukupi, dan

v) Penubuhan Pusat Asuhan Bayi dan Kanak-kanak

Sungguhpun begitu, masih ada majikan yang enggan mematuhi peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan. Selalunya, estet-estet besar menawarkan kemudahan

hospital dan perkhidmatan kesihatan yang serba lengkap kepada pekerja-pekerja. Ada

kalanya, hospital ini dikendalikan sebagai Hospital Berkelompok (Group Hospital) yang

memberi perkhidmatan kepada lebih daripada satu estet. Sedangkan, estet-estet yang kecil

pula tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini sungguhpun mereka dilindungi

oleh undang-undang buruh. Kalaupun ada, hanya terdapat gedung ubat yang dikawal oleh

seorang dresar yang selalunya tidak berkelayakan. Dalam kebanyakan keadaan beliau

9
Lenore Manderson. Sickness and the State, him. 151.
10
N. E. Marjoribanks and A. K. G. Ahmad Tambi Marakkayar. 1917. Report on Indian Labour Emigrating
to Ceylon and Malaya. Madras: Superintendent Government Press, him. 36. Lihat juga, Selvakumaran
Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, hlm. 169.

48
menguruskan hospital daerah 11 dan menangani kes-kes ringan serta kecederaan yang kecil.

Manakala, bagi kes-kes yang berat terpaksa merujuk kepada hospital kerajaan yang

terdekat. 12

Sungguhpun terdapat kemudahan kesihatan dan perubatan yang serba kekurangan,

pihak estet selalunya tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Di sini, pegawai-pegawai

kerajaan mendapati agak sukar tmtuk memperkenalkan kemudahan yang bertaraftinggi di

• estet-estet yang besar. Mengikut Lenore Manderson, kelemahan yang wujud di dalam

pelaksanaan Undang-undang Buruh ialah ketiadaan kerjasama. Hal ini kerana, dalam

kebanyakan keadaan pegawai-pegawai kerajaan kolonial tidak dilantik dengan cennat. 13

Kelemahan dalam undang-undang yang sedia ada ini telah membawa kepada pengenalan

satu lagi Kod Buruh yang dikenali sebagai 'The Rump Labour Code' pada tahun 1933.

"The code relates to labour on estates. It contains provisions for


accommodation, sanitary, and health requirements and hospitals.
Under this provisions, the health of workers and their dependants is
the responsibility of employers. " 14

Sungguhpun Kod Buruh ini memulakan peraturan-peraturan berhubung dengan

kesihatan di kawasan perladangan serta memperkenalkan fasal baru bagi

mempertingkatkan taraf kesihatan pekerja, namun dari segi amalannya ia tidak membawa

hasil yang boleh dibanggakan. Keadaan ini bertambah teruk lagi pada zaman pendudukan

Jepun di Tanah Melayu (1942-1945). Pada tempoh masa ini, pengeluaran getah terhenti

11
PISP 2 Kedah Annual Report for the year 1337/7, October 1918-25 September 1919, hlrn. 6.
12
V. S. Srinivasa Sastri. 1937. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in Malaya. Kuala
Lumpur: Federated Malay States Government Press, hlrn. l 0.
13
Lenore Manderson. Sickness and The State, hlm. 151.
14
Muhinuddin Khan (edt.). 1989. Labour Administration: Profile On Malaysia. Bangkok: International
Labour Organization, hlm. 18. The Rump Labour Code 1933 ini diikuti dengan Employment Act /955
(menetapkan taraf minimum manfaat dan keadaan kelja di sektor swasta), The Workers Minimum Standard
ofHousing Act 1966 dan The Privite Hospital Act /973.

49
dan ramai pekerja estet dibiarkan menyara kehidupan mereka sendiri. 15 -Berlakunya inflasi

serta kekurangan dalam bekalan makanan telah menyebabkan penduduk terpaksa

bergantung kepada makanan seperti ubi kayu. Kekurangan makanan berkhasiat telah

melemahkan daya imunisasi serta membuka ruang kepada pelbagai penyakit berjangkit.

Keadaan ini lebih ketara lagi apabila ramai buruh India dipaksa menyertai projek

pembinaan 'Jalan Keretapi Maut'. Setelah British kembali ke Tanah Melayu usaha telah

dibuat untuk memulihkan taraf kesihatan penduduk namun, usaha ini tidak membuahkan

"* hasil disebabkan berlakunya fragmentasi estet-estet pada 1950-an. 16

Secara umumnya, perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Kedah bennula dalam

keadaan yang tidak tersusun dan serba kekurangan seperti keadaan hospital yang tidak

memuaskan, ubat-ubatan dan kakitangan yang tidak mencukupi serta kerap bertukar,

peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan sangat longgar serta berlakunya penyelewengan

dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. 17 Masalah kekurangan kakitangan ini

berterusan sehingga sebelum Perang Dunia Kedua, di mana kekurangan ini semakin terasa

terutamanya apabila berlakunya wabak-wabak penyakit seperti Taun dan Malaria pada

tahun 1914 dan ifluenza 1919. 18 Justeru itu, kerajaan Kedah disyorkan oleh kerajaan pusat

supaya mengambil calon-calon tempatan untuk perkhidmatan sementara sekiranya

keperluan mendesak. 19 Menurut Dr. A. G. H. Smart sehingga 1925, tiada sebarang skim

yang khusus di negeri Kedah bagi menampung kekurangan pemerhatian perubatan dan

keselamatan buruh estet. 20 Di antara perkhidmatan kesihatan di estet yang disediakan oleh

15
S. Arasaratnam. Indians in Malaysia and Singapore, him. I 03.
16
Fragmentasi adalah pemecahan estet kepada unit-unit yang kecil. Di sini, wujud ramai pemilik bagi
sesebuah ladang. Akibatnya, usaha-usaha pemulihan kesihatan terjejas. Lihat perbincangan di bab 5.
17
CO 716 Kedah Annual Report, September 1905- August 1906.
18
Mahani Musa. 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu 1881-1940. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, hlm. 207.
19
Ibid
°
2
CO 716 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments, Kedahfor the year 1925( by: Dr. D.
Bridges). Penang: Criterion Press, him. 7.

50
pihak pengurus estet di Kedah termasuklah perkhidmatan klinik, Hospital Berkelompok

(Group Hospital) dan lawatan pegawai perubatan. 21 Mengikut G. D. Selvadurai,

" The nature ofservices provided is curative in nature and the preventive
aspects like maternal and child care, immunization and health education
are neglected " 22

Sehingga akhir tahun 1929, kadar kematian di kalangan orang India di Kedah

adalah lebih daripada kadar kelahiran dalam masa satu tahun. 23 Di samping itu, wanita

India juga didapati kurang subur berbanding dengan wanita lain. Taraf kesihatan yang

rendah di kalangan buruh estet telah memudahkan serangan penyakit-penyakit seperti

malaria, jangkitan cacing dan selsema. Selain itu, penyakit seperti pneumonia dan disentri

juga didapati agak ketara di kalangan buruh India yang muda di sektor perladangan. Lebih

daripada setengah atau hampir satu pertiga daripada kes disentri terdapat di Sungai Petani

yang merupakan pusat utama bagi kawasan perladangan di negeri Kedah. Didapati bahawa

kadar kematian buruh India di Kedah sangat tinggi dan hampir 50% daripada kematian

adalah disebabkan oleh kemasukan pada tahap yang kronik. Misalnya, jumlah buruh estet

di Kedah yang dirawat di hospital kerajaan bagi tahun 1928 adalah 8650 orang. Daripada

jumlah tersebut, 993 atau 11.36% berakhir dengan kematian. Kebanyakan kes kematian ini

berlaku sebelum 48 jam dari tempoh kemasukan di wad. Ini menunjukkan bahawa buruh

estet dihantar ke hospital agak lewat dan hanya dihantar setelah keadaannya agak teruk.

Lagipun, didapati bahawa bilangan buruh India yang dihantar ke hospital meningkat dari

tahun ke tahun. Ini disebabkan peningkatan dalam kemasukan buruh India ke Kedah. Pada

21
Menjelang tabun 1920-an, negeri Kedah sudah mempunyai Iapan buab hospital, dan tujuh klinik luar.
Hospital dan klinik ini terdiri daripada Hospital Besar Alor Setar, Hospital Daerab Sungai Petani, Hospital
Daerah Kulim, Hospital Daerab Kuala Ketil, Hospital Daerah Serdang, Hospital Daerah Bandar Babaru,
Hospital Daerah Baling dan Hospital Daerah Langkawi. Klinik Luar pula terdapat di bandar Alor Setar dan
Changlun (Kedab Utara), Yan, Sik dan Kuala Muda (Kedab Tengab) dan Padang Serai dan Mabang (Kedab
Selatan).
22
G. D. Selvadurai. 1968. A Review of the Health Status of Indians In Malaysia. University of Malaya:
Department of Social and Preventive Medicine, him. 23.
23
Annual Report of Agent ofGovernment ofIndia in British Malaya, 1929, hlm. 24.

51
masa yang sama, didapati bahawa tahap kesihatan buruh India tidak meningkat.24 Laporan

Perubatan Dr. D. Bridges menunjukk:an bahawa antara tahun 1925 hingga 1926, terdapat

peningkatan dalam bilangan buruh estet. Ak:an tetapi, antara tahun 1926 hingga 1928 pula

terdapat penurunan dalam bilangan buruh, Hal ini berlaku ekoran daripada sekatan

terhadap tanaman getah. Akibatnya, ramai pekerja estet terutama sekali buruh yang sakit

dibuang kerja. 25

Dari segi penyakit, menurut laporan perubatan negeri Kedah bagi tahun 1928,

terdapat peningkatan yang ketara dalam bilangan kemasukan bagi penyakit malaria,

pneumonia dan ankylostomiasis. Sungguhpun peningkatan bagi kemasukan kes malaria

berlaku lebih awal, namun ia berlanjutan agak lama untuk tahun 1928 dan menyebabkan

lebih ramai dimasukkan ke hospital. Sarna seperti wabak malaria, berlaku juga wabak

penyakit pneumonia secara kecil-kecilan di Kedah Tengah dan Kedah Selatan. Dalam hal

ini, kebanyakan kes berhubung dengan paru-paru mewakili tempat kedua, iaitu selepas

malaria. 26 Sebagai contoh, bilangan kematian di estet milik orang Eropah bagi tahun 1928

adalah seperti yang berikut:

24
CO 716 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments, Kedah and Per/is for the year /928
rbv: Dr. D. Bridges), hlm. 10.
15 JMJ.
26
Ibid

52
Jadual3a

Kematian Mengikut Kewarganegaraan di Estet Eropah, 1928

Kewarganeraan Buruh Kebergantungan Bayi


(dependents)

Melayu 5 15 12

India 332 603 239

Cina --- 2 1

Jumlah 337 620 252


• Sumber: CO 716 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments,
Kedah and Perlisfor the year 1928 (by: Dr. D. Bridges), hlmlO.

3.2. Kaitan Masalah Kesihatan dengan Isu Kemiskinan

Kemiskinan merupakan antara penyumbang utama kepada masalah kesihatan di

estet. Hal ini telah terbukti melalui beberapa kajian dan salah satu daripadanya ialah kajian

John Kosa, 1969. Keperluan taraf hidup yang minimum adalah mustahak untuk

mendapatkan kesihatan yang baik. Apabila keperluan taraf hidup yang minimum ini tidak

dapat dipenuhi, maka ia akan membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental.27

Secara tradisional, kemiskinan di definisikan sebagai,

" A situation of inadequacy of income necessary to command that


assortment of good and services- food, clothing, shelter, education and
medical care, required for decent living."28

Pendapatan yang rendah bersama-sama dengan kejahilan tentang kepentingan

makanan yang berkhasiat untuk kesihatan menyumbang kepada masalah kesihatan,

terutamanya di kawasan pedalaman dan estet. Manakala, defmisi WHO bagi kesihatan

adalah seperti berikut:

27
P. Muniappan. 1979. "Social Factors in Health Care". Dim. Seminar on Health, Food and Nutrition 15'h-
2dh September 1979. Consumer's Association ofPenang, him. 2.
28
Ibid

53
"Health is a state of complete physical, mental and social well-being
and not merely the absence ofdisease or infirmity.',z9

Kemiskinan merupak:an faktor utama bagi tahap kesihatan yang rendah.

Kemiskinan juga tidak dapat dipisahkan daripada malnutrisi dan nutrisi rendah

(undernutrition), perumahan yang penuh sesak, bekalan air yang tidak selamat,

pendedahan kepada parasit yang membawa penyakit serta keadaan kerja yang tidak

selamat. Golongan miskin selalunya tidak memperolehi mak:anan dan zat yang mencukupi
• untuk kehidupan. Pendapatan yang tidak mencukupi, bersama-sama dengan kejahilan

tentang keperluan pemakanan seimbang selalunya mengak:ibatkan keadaan malnutrisi yang

teruk, JrJmsusnya di kawasan pendalaman. Laporan Bank Dunia pada tahun 1975 pula,

merumuskan bahawa malnutrisi sebagai permasalahan utama bagi golongan miskin di

negara-negara membangun. 30 Malnutrisi merupakan penyumbang utama kepada kesakitan

serta meningkatkan peluang untuk diserang penyakit. Dengan kata lain, taraf kesihatan

seseorang amat berkait rapat dengan pendapatan per kapita. Semakin tinggi pendapatan per

kapita, maka semakin baik keadaan kesihatan seseorang itu. Hal ini telah terbukti melalui

kajian yang telah dilak:ukan oleh Khairuddin Yusuf dan T. A. Sanathurai, di mana keadaan

kesihatan di kawasan bandar jauh lebih baik daripada keadaan di estet dan kawasan

pedalaman. Perbezaan dalam taraf sosioekonomi ini turut mempengaruhi kadar kematian

penduduk. 31

29
M. K. Rajakumar. 1979. "Health of the People, Health for the People". Dim. Seminar on Health, Food and
Nutrition, Penang JS'h-2{/h September 1979, him. 2.
30
World Bank. 1975. Health Sector Policy Paper. Washington.
31
P. Muniappan . 1979. "Social Factors in Health Care", him. 2.

54
3.3. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan di Estet

Perumahan Di Estet

Secara umum, estet dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu; yang pertama

estet yang dikawal di bawah pengurusan orang Eropah dan yang kedua pula estet yang

dikawal di bawah pengurusan orang Asia (Asiatic Controlled Estates). Laporan J. Gray

pada tahun 1935 mengatakan bahawa, daripada 85 buah estet milik Eropah yang telah

dilawati,

"Healty labour force living at 1, 000 feet above sea level under rather
unusual condition both of housing and sanitation. The site is on the
tattered to£ of a ridge in jungle and is inclined to be badly over
crowded" 2

Penyediaan perumahan, terutamanya di ladang-ladang Eropah, adalah merupakan

salah satu perkara yang paling asas bagi menarik serta mengekalkan buruh-buruh di estet.

Walau bagaimanapun, perumahan ini hanya mempunyai taraf yang paling minimum.

Biasanya,

" ... a long barrack-like structure of wood, roofed either with 'attap ', a
local palm, or with tiles or corrugated iron. The Line is devided down its
length by partition which does not reach the roof and single rooms
provided back-to-back so that each line is in effoct a double line facing
both ways. Usually, though not always, the lines are liftet above the
ground on piles, and a room is provided underneath the main building
for kitchen and for storing belongings; in fact in such lines labourers
live more on the ground space than in the rooms above. Sometimes a
verandah is provided; sometimes not."33

32
CO 716 Report of the Medical and Health Department, Kedah and Per/is for the year 1935, hlm. 15;
SUKJK 413/1947 Annual Report of the Labour Department Kedah for the year 1946, hlm. 2; SUKIK
165411369 Annual Report on Housing for the year 1949.
33
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint ofReport on the Conditions ofIndian Labour in Malaya, hlm. 9. Lihat juga,
R N. Jackson.I961. Immigrant Labour and the Development of Malaya !786-1920. Kuala Lumpur, him.
136.

55
Dalam sesetengah keadaan, dua atau tiga pasangan suami isteri terpaksa tinggal

dalam sebuah bilik. 34 Adakalanya, keluarga yang mempunyai bilangan seramai 10 orang

terpaksa tidur dalam ruangan bilik yang agak terhad (keluasan kira-kira 20 kaki persegi

kepada 10 kaki persegi). Keadaan ini menyekat peluang untuk bersendirian bagi orang

perempuan dan lelaki, mahupun antara ibu bapa dengan dengan anak-anak dewasa. 35

Kesesakan serta ketiadaan peraliran udara telah menjadi ciri utama perumahan di estet.

Keadaan yang sedemikian bukan sah~a menghadkan kebebasan sesebuah keluarga

• malahan mengganggu pelajaran anak-anak serta memudahkan penyebaran penyakit

berjangkit seperti tibi, malaria dan sebagainya.

Mengikut laporan perubatan negeri Kedah bagi tahun 1926, kadar penyakit

berjangkit di kalangan populasi estet adalah agak tinggi. Di antara penyakit berjangkit

yang direkodkan adalah seperti Measles (159), Chicken-pox (26), Typhoid Fever (7),

Cerebra Spinal Meningitis (3), Mumps (9), Enteric Fever (1), Para Typhoid (2) dan

Whooping Cough (8). 36 Mengikut kajian Selvakumaran Ramachandran, keadaan yang

sesak serta ketiadaan kemudahan-kemudahan yang asas meningkatkan lagi peluang

penyebaran penyakit-penyakit berjangkit. Di antara penyakit berjangkit yang paling biasa

ditemui di kalangan kanak-kanak ialah seperti gastro-intestinal, penyakit kulit (bisul dan

jangkitan kulat) serta penyakit yang berkaitan dengan sistem pemafasan. Manakala sistem

perparitan yang lemah serta persekitaran hidup yang kurang bersih telah membawa kepada

peningkatan kes malaria, denggi danfilariasis. Keadaan hidup yang serba kekurangan ini

juga menjadi punca kepada tekanan, kemurungan dan pertelingkahan di kalangan ahli

34
Lenore Manderson. Sickness and The State, him. 130.
35
Gunawan, Basuki and Rabeendra Raghavan. Plight of the Plantation Workers in West Malaysia, With
Special Reference to Indian Labour, him. 25; Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in
Malaysia, him. 164.
36
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments, Kedahfor the year 1926, Penang:
Criterion Press, him. 35.

56
keluarga dan jiran tetangga. Adakalanya, pertelingahan sedemikian . membawa kepada

keganasan fizikal. Tekanan hidup juga turut membawa kepada amalan minum alkohol,

penyalagunaan dadah, penderaan kanak-kanak, perpecahan dalam rumahtangga serta

bunuh diri. 37

Pemakanan dan malnutrisi

Selain daripada keadaan perumahan yang serba kekurangan, kesihatan masyarakat

--. India di estet juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Mengikut kajian N. Kandiah, 38

didapati bahawa masyarakat India di estet mengalami kekurangan pelbagai zat pemakanan,

terutamanya zat protein dan Vitamin A amat ketara di kalangan kanak-kanak pra-sekolah

mahupun yang bersekolah. Kekurangan Vitamin A telah lama dikenalpasti sebagai salah

satu punca kepada masalah kehilangan penglihatan (blindness). Kekurangan Vitamin A ini

selalunya diikuti dengan protein-kalori malnutrisi dan memudahkan jangkitan kuman.

Keadaan ini lebih ketara di kalangan pekerja India di estet getah dan pekerja yang terlibat

dalam pembinaan jalan raya dan keretapi. Mereka didapati mengalami kekurangan darah

akibat mengambil makanan yang tidak seimbang.

Hal ini berpunca daripada amalan pemakanan masyarakat estet yang lebih gemar

memakan dahl berbanding dengan sayur-sayuran. Mereka juga jarang memakan makanan

tenusu, ikan, hati dan sebagainya. 39 Memandangkan harga bahan makanan seperti a yam,

susu, telur dan lain-lain di luar kemampuan mereka, terutamanya bagi keluarga yang

berpendapatan rendah dengan ahli keluarga yang ramai, maka golongan ini lebih terdedah

37
Ibid., hlm. 164-165.
38
Kajian ini telah dijalankan ke atas masyarakat India estet di Selangor, di mana kebanyakan terdiri daripada
orang dewasa yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sebanyak RM53 sebulan. Secara purata
setiap keluarga mempunyai 5 orang anak.
39
Untuk maklumat lanjut mengenai pendapatan, perbelanjaan dan amalan pemakanan masyarakat India di
estet lihat, R. K. Jain,. 1970. South Indian on the Plantation Frontier in Malaya. Kuala Lumpur: University
ofMalaya Press, hlm 108-120.

57
kepada masalah kekurangan riboflavine dan thiamine. Di samping itu, kajian Kandiah

menunjukkan bahawa kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayuran hijau sebagai

punca kepada kekurangan Vitamin C di kalangan masyarakat India di estet. Ekoran

daripada itu, mereka sering terdedah kepada masalah pergigian, seperti kehilangan gigi

atau kerosakan gigi. Selain itu, anaemia juga sangat tinggi di kalangan kanak-kanak pra-

sekolah dan kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan. Dalam kesemua kes

anaemia pula wujud jangkitan cacing. 40 Buruh di estet jarang dibenarkan, walaupun tanah

l yang kecil, untuk menghasilkan tanaman makanan. Tambahan kos pemakanan,

terutamanya nasi mewakili sebahagian besar daripada pendapatan pekerja estet. Misalnya,

pada tahun 1925, pembelian beras mewakili hampir 37.7 peratus daripada peruntukan

perbelanjaan keluarga pekerja. 41 Lagipun,

" ... little skilled in cooking and is careless as to the quality and variety
of his foodstuffs, he often drinks to excess and uses no mosquito
curtain ... he goes to his long day's work on a handful of cold and sour
rice which has been left over from previous day, a rapid deterioration
in health results, and death from malaria of intercurrent disease of the
bowels is a common end. "42

Mengikut Manderson, buruh India makan makanan yang berkhasiat rendah

disebabkan peraturan pemakanan masyarakat India yang agak ketat, dan kegemarannya

untuk minum todi. Manakala, mereka yang bujang pula enggan mengupah seorang tukang

masak. 43 Manakala P. Sinappan pula mengatakan bahawa faktor yang menyumbang

kepada pemakanan yang berkhasiat rendah di kalangan buruh India di estet adalah

disebabkan tiga faktor. Pertama, ia disebabkan oleh keinginan mereka untuk menghantar

40
N. Kandiah and Lim Ju Boo. 1977. "Nutritional Status in a Rural Estate Community." Medical Jurnal
Malaysia. Vol. 31 ( 4), him. 270-276
41
B. Sinniah. 1995. "Health of Children in Plantations". Estate Health and Vision 2020. Malaysian Medical
Association, him. 19-25.
42
R.N. Jackson. Immigrant Labour and the Development ofMalaya 1786-1920, him. 134.
43
Lenore Manderson. Sickness and The State, hlm. 129.

58
wang yang sebanyak mungkin ke kampung halaman membawa . kepada penjimatan

perbelanjaan untuk pemakanan. Kedua, ia juga disebabkan oleh kesuntukan masa untuk

membeli-belah dan memasak setelah pulang kerja. Manakala sebab yang ketiga adalah

kerana mereka tidak biasa dengan makanan tempatan. Kualiti pemakanan yang rendah ini

melemahkan daya imunisasi serta mendedahkan mereka kepada jangkitan penyakit

membahaya terutamanya di kawasan perumahan yang sesak dan kurang bersih. Menurut

beliau, keadaan yang sesak dan kurang bersih ini memudahkan lagi jangkitan kuman dan

menyumbang kepada peningkatan penyakit yang berhubung dengan pernafasan dan

penyakit kulit. 44

Dalam hal ini malnutrisi selalunya menggambarkan status sosioekonomi yang

rendah, perumahan yang serba kekurangan, keluarga dengan bilangan ahli yang ramai serta

taraf pendidikan yang rendah. Faktor kemiskinan didapati agak ketara di kalangan

masyarakat India dan ia merupakan faktor tunggal yang menyebabkan malnutrisi di

• kalangan masyarakat India. Kajian tentang pemakanan, telah membuktikan bahawa

kebanyakan pekerja estet getah berada dalam keadaan termiskin, berbadan kurus, kurang

berat badan serta terdapat tanda-tanda 'Oedema' dan 'Tropical Ulcers'. Dalam kebanyakan

keadaan kekurangan zat pemakanan membawa kepada daya tahan yang lemah, serangan

penyakit dan kematian. Tinjauan perubatan yang telah dijalankan oleh Dr. R. D. Fitzgerald

di Kedah menunjukkan bahawa malnutrisi agak ketara di kalangan penduduk yang

berpendapatan rendah terutamanya golongan buruh di estet. Hal ini amat dipengaruhi oleh

kadar upah dan status sosioekonomi berbanding dengan kehendak naluri. Di sini,

44
CO 717 133151901 Health Survey of the State ofKedah (With Special Reference to the Rice Field Malaria,
Nutrition and Water Supply) by: W.J. Vickers and J. H Strahan, hlm. 31; N.J. Colletta. 1980. The Ecologi of
Child Development on Malaysian Rubber Plantation, him. 8. Lihat juga, P. Sinappan. 1995. "The Health
Problems of Foreingn Workers Employed on Plantation". Dlm. Estate Health and Vision 2020. Malaysian
Medical Association, him. 37-38.

59
keperluan ekonomi membentuk tabiat pemakanan. 45 Pada masa yang sama, permasalahan

malnutrisi ini juga agak ketara di kalangan bayi dan kanak-kanak India di estet. Di antara

petanda kekurangan zat di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah berlakunya kematian,

dan kelahiran dengan berat yang rendah. Dalam keadaan lain, "it causes ill health, physical

retardation, impained mental performance, loss in productivity and decline in quality of

live." 46

BekalanAir

Mengikut Paul Kratoska bekalan air di Kedah merupakan antara bekalan air yang

paling tidak selamat untuk pengguna. Hal ini kerana bekalan air tersebut tidak melalui

sebarang proses kimia akibat daripada ketiadaan peralatan dan kemudahan tertentu. 47

Kajian Vickers and Strahan pada tahun 1935-1936 pula menunjukkan bahawa hampir 75%

daripada populasi Kedah tidak dibekalkan dengan air paip oleh kerajaan mahupun

pengusaha swasta. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada sungai, telaga

yang cetek dan air hujan bagi memenuhi keperluan air untuk kehidupan seharian. Dalam

kebanyakan keadaan air daripada sumber-sumber tersebut didapati tercemar dan

membahayakan pengguna. Hal ini me~adi punca kepada jangkitan penyakit yang

berkaitan dengan usus (intestinal disease) seperti kolera dan enteritis, disentri, cirit-birit,

radang perut dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing parasit

45
CO 717 133/51901 Report of Health Survey of the state of Kedah by: Dr. R D. Fitzgerald Laporan ini
turut menekankan kepentingan makanan seimbang dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu.
Lihat, Lenore Manderson. 1996. Sickness and the State. New York: Cambridge Universiti Press, hlm. 241.
Masalah malnutrisi berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Permasalahan hanya akan berakhir apabila
berlaku peningkatan dalam kadar upah sebenar. Lihatjuga, Mohd. Amir Othman dan Nurizan Yahaya (edt.).
2004. Golongan Berpendapatan rendah: Realiti dan Cabaran. Serdang: Penerbit Universiti Putra, him. 112;
Rajakrishnan Ramasam;. 1979. "Sub culture of Poverty.Among Indian in Malaysia". Seminar on Health,
Food and Nutrition. 15 -20th September, 1979, hlm. I.
46
G. D. Selvadurai. A Review ofthe Health Status ofIndians in Malaysia, him. 2.
47
Paul H. Kratoska 1998. The Japanese Occupation ofMalaya 1941-1945. Australia: Allen & Unwin,
Wm. 323.

60
(helminthic irifestation) serta penyakit kulit. 48 Kajian mereka juga menunjukkan bahawa

kes kolera dan enteritis di Kedah pada tahun 1936 didapati berpunca daripada penjaja

makanan dan air sungai yang tercemar (dipercayai menjadi punca kepada dua kes).49

Kebanyakan daripada bekalan air yang digunakan didapati tercemar, kes-kes penyakit

mengikut kaum bagi tahun tersebut adalah:- Orang India sebanyak 18 kes dengan 3

kematian; orang Melayu 12 kes dengan 9 kematian, manakala orang Cina sebanyak 8 kes

dengan 3 kematian. Sungguhpun penyakit kolera telah berleluasa sejak sepuluh tahun

yang lalu, namun bilangan kes meningkat lagi apabila buruh-buruh India dari India Selatan

yang berpenyakit datang ke Kedah secara kerap. 50 Dalam hal ini, walaupun kerajaan Kedah

menjalankan usaha pemulihan dengan menyediakan bekalan air paip di Alor Setar, namun

keberkesanannya masih boleh dipersoalkan.

Selain itu, bekalan air yang tercemar juga membawa kepada kematian bayi yang

tinggi di Kedah. Di sini, cirit-birit serta radang perut dan usus didapati berpunca daripada

air dan tanah yang tercemar. Bagi tahun 1936 misalnya, hampir 20% daripada kes disentri,

diarrhoea dan penyakit yang berpunca daripada jangkitan cacing parasit (helminthic

infestation) dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah 1 tahun. Bekalan air dan

tanah yang tercemar didapati sebagai punca utama. Manakala, penyakit goiter pula didapati
51
berpunca daripada kekurangan iodin dalam bekalan air tempatan.

48
CO 717 133151901 Health Survey of the State of Kedah by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him 52-55.
Menurut laporan ini anak cacing tanah dan telur Ascaris Lumbricoides memasuki badan manusia melalui
melalui air yang tercemar. Di antara penyakit kulit termasuklah "tinia imbricate, scabies, acne, psoriasia,
leucoderma dan cheloid." Hasil daripada pemeriksaan yang telah dibuat di daerah Kuala Muda yang mana
menjadi tumpuan buruh Tamil didapati bahawa hampir 25% daripada penduduknya mengalami ssekurang-
kurangnya satu bentuk penyakit kulit. Untuk maklumat lanjut mengenai isu air di estet lihat, Manokaran
Mottain. 1988. "Kekurangan Buruh, Kemiskinan dan Status Sosioekonomi Buruh Estet di Malaysia". Dim.
Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei (edt.). lsu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana
Tentang Kemiskinan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 305; Goh Kim Chuan. "Water
Supply and Rural Health Problem in Malaysia," Dibentangkan dalam. Second Malaysian Indian Economy
Seminar., 13 Julai 1980, Regent Hotel, hlm. 6.
49
CO 717133/5190/ Health Survey ofthe State ofKedah by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him. 54.
50
Ibid., him. 92.
51
Ibid Lihatjuga, G. D. Selvadurai. A Review of the Health Status of Indians in Malaysia, him. 2.

61

Dalam sesetengah keadaan, kekurangan bekalan alf menyukarkan penduduk

terutamanya pada musim kemarau. Ketiadaan alatan yang sesuai seperti tangki air yang

bertutup memudahkanjangkitan penyakit bawaan air. Bekalan air yang kurang bersih atau

tercemar membawa kepada penyakit seperti gastroenteritis, kolera dan disentri. Dalam

kebanyakan keadaan tong besi yang digunakan untuk menyimpan air (kerana bekalan air

tidak tetap) didapati berkarat dan tidak mempunyai penutup yang sesuai. Keadaan ini

memudahkan jangkitan cacing parasit, debu-debu (terutamanya di kawasan yang

berhampiran jalan raya) serta pembiakan nyamuk lalu membahayakan pengguna

khususnya penduduk di kawasan estet yang mempunyai tabiat minum air tanpa dimasak. 52

Sedangkan, masyarakat Cina yang memasak air terlebih dahulu kurang terdedah penyakit-

penyakit tersebut. Keadaan ini lebih ketara lagi apabila lokasi penyimpanan air terletak

berdekatan dengan tandas yang menggunakan sistem baldi (bucket latrines). 53 Dalam

kebanyakan keadaan baldi yang digunakan itu dikongsi oleh penduduk ya..'lg tinggal

berhampiran dengan tandas tersebut. Kajian Meera Koay di salah sebuah estet di Kedah

menunjukkan bahawa secara keseluruhan hanya terdapat 80 baldi di 17 pusat bagi

penduduk estet yang terdiri daripada 277 penghuni. Setiap baldi pula dikongsi oleh 24

orang. Ekoran daripada itu, 13% daripada penghuni pernah melaporkan bahawa ada di

kalangan ahli keluarga yang menghidap penyakit. Manakala, 78 daripada penghuni

mengatakan bahawa anak-anak mereka menggunakan parit di sekitar rumah mereka untuk

tujuan pembuangan najis. Di samping itu, 53% daripada kawasan persekitaran rumah di

estet sangat mundur dan tidak bersih, di mana dipenuhi dengan najis binatang dan manusia.

52
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, hlm. 164.
53
CO 716 Kedah Annual Report for tire year 1933 by: J. D. Hall. Usaha untuk memulihkan telaga dan tandas
di estet telah dibuat. Lihat juga, Meera Koay. 1981. "The Mobidity Patterns of Indian Children in an Estate
and its Relation to Cultural Practices and Environmental Sanitation." Dissertation University of Malaya,
him. 4 I ; Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, hlm. 93.

62
t Keadaan ini membawa kepadajangkitan cacing di kalangan kanak-kanak. 54 Mengikut N.J.

Colletta,

"spreading infectious diseases is increased by unclean and inadequate


water supply and the absence of an effective system for disposal of excreta
and rubbish ... children often seen defocating in the open drains near their
houses. Unsanitary condition is compounded by goats and cows which
wander through the live-sites and sleep close to the houses if not shooed
o.ff."55

Manakala kajian yang telah dilakukan oleh Kandiah dan Lim pula mendapati
• bahawa jangkitan cacing yang tinggi di kalangan penduduk estet adalah disebabkan oleh

pembuangan sisa yang tidak teratur dan ketiadaan amalan kebersihan diri serta tidak

memakai kasut. 56 Kebanyakan daripada penduduk membuang sampah di belakang rumah

atau di kawasan pembuangan sampah terbuka dan ianya dibakar hanya sekali atau dua kali

seminggu. 57 Keadaan tanah yang tercemar ini telah menjadi punca kepada jangkitan

penyakit yang berkaitan dengan jangkitan cacing parasit seperti ankylostomiasis, dan

dysentri. Kadar jangkitan bagi kedua-dua penyakit ini didapati agak tinggi di kalangan

penduduk estet. Pada tahun 1923 misalnya, kematian akibat penyakit ini agak tinggi di

kawasan Kulim dan Bandar Bahru, iaitu masing-masing 20% dan 26%. 58 Pada masa yang

sama, hasil pemeriksaan yang telah dijalankan di hospital Aior Setar pula menunjukkan

bahawa lebih daripada 50% menghidapi penyakit ankylostomiasis. 59 Manakala, penyakit

disentri dilaporkan hampir di semua hospital daerah di negeri Kedah.

54
Meera Koay. "The Mobidity Patterns of Indian Children in an Estate and its Relation to Cultural Practices
and Environmental Sanitation", him. 41.
55
CO 717 135151901. Health Survey of the State Kedah (With special Referenc-e to the Rice Field Malaria,
Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers, and J. H. Strahan, hlm. 31; N. J. Colletta. 1987. The
Ecology ofChild Development on Rubber Plantation. New York: Cayuga Height Ithaca, him. 8
56
Kandiah and J. B. Lim. 1977. "Nutritional Status in a Rural Estate Community." The Medical Journal of
Malaysia. 31 (4), him. 270-276.
57
Meera Koay. "The Mobidity Patterns of Indian Children in an Estate and its Relation to Cultural Practices
and Environmental Sanitation, hlm. 41.
58
CO 717 35131966 Annual Health and Medical Report, Kedah for the year A. H. 1341 by: A. G. H. Smart.
59
Ibid

63
"Natives who live in close contact with the soil, who go bare-footed and
have dirty habits of defaecation, and who are careless with regard to
cleanliness offood and person, run grave risks of becoming infected; and,
in fact, the infection is practically universal in Tamil and Malays of the
labouring classes. "60

Dalam menangani pennasalahan sanitasi di estet pula kekurangan kakitangan di

Bahagian Perubatan untuk memeriksa keadaan di estet serta kesukaran memperolehi

kakitangan untuk kerja-kerja pembersihan masih merupakan halangan terbesarY

3.4. Penyakit-penyakit Utama di Estet

Malaria

Memandangkan industri getah meluaskan cabang-cabangnya, maka lebih banyak

kawasan hutan dibersihkan untuk dijadikan ladang-ladang getah. Hal ini mengganggu

keseimbangan ekologi dan seterusnya membawa peningkatan dalam kadar jangkitan

malaria di samping penyakit lain di kalangan buruh estet. 62 Sungguhpun wabak penyakit

malaria sering menjadi ancaman sejak sebelum kedatangan British, namun hal ini lebih

ketara selepas kedatangan British dan mencatat sejarah tersendiri dalam pennasalahan

kesihatan buruh di estet. Mengikut Laporan Kesihatan dan Perubatan negeri Kedah bagi

tahun 1925, sebanyak 1,841 kes daripada estet telah dimasukkan ke hospital (sebagai

pesakit dalam). Daripadajumlah tersebut, 180 kes (9.77) telah meninggal dunia. Jumlah ini

terdiri daripada 55 kes malaria, 54 kes disentri, 15 kes ankylostomiasis, 15 kes daripada

pneumonia, dan 41 kes daripada sebab-sebab lain. Mengikut Dr. Baeza, berlakunya

Pneumonia dan penyakit-penyakit lain yang mengorbankan banyak nyawa kerana mereka

60
SUKIK 2606/1343 Hookworm Disease or Ankylostomiasis. 1925. Issued by the Committee for Public
Health Education F.M.S., him. I.
61
CO 7111181 Memorandum ofLabour Conditions for Indian in Malaya, hhn. 27.
62
Chee Heng Leng. 1982. "Health Status and the Development of Health Services in Colonial State: The
Case of British Malaya". International Journal ofHealth Services, Vol. 12, hlm. 402.

64
:t
mempunyai daya tahanan yang rendah terhadap malaria. 63 Di sini, jumlah kematian yang

berlaku dalam masa 48 jam selepas kemasukan ke hospital adalah sangat tinggi. 64

Berdasarkan perangkaan ini, malaria merupakan salah satu penyakit merbahaya (main

killing disease) di kebanyakan negeri di Semenanjung Tanah Melayu. 65 Pada masa yang

sama, malaria masih merupakan salah satu punca bagi kemerosotan ekonomi di estet

Kedah. Penyakit Malaria menyebabkan satu kematian bagi setiap 10 kes dan dianggarkan

320 kes kesakitan bagi 1000 penduduk dalam satu tahun. Seterusnya, didapati bahawa

hanya satu per tiga daripada kes malaria dimasukkan ke hospital. Dalam hal ini, pemilik

ladang Eropah menghantar pesakit ke hospital lebih awal daripada peladang Asia. Di sini,

buruh di estet milik orang tempatan kurang berpeluang untuk mendapat rawatan di

hospital. 66 Hal ini kerana kebanyakan daripada estet ini (hampir 435 estet) bersaiz kecil

dan mempunyai populasi yang rendah dan tidak berdisiplin. Lagipun, hampir 50%

daripada buruh di estet milik orang tempatan tidak tinggal di estet. Selepas tamat waktu

pekeJ.jaan, mereka pulang ke kampung masing-masing yang terletak di luar estet bagi hal-

hal yang berhubung dengan kelahiran, kematian dan kesakitan. 67 Keadaan yang sedemikian

rupa tidak memungkinkan penyediaan kemudahan perubatan sepertimana yang terdapat

63
SUK/K 267411350 Minutes of Monthly Meetings of the Central Committee of the Kedah Planter's
Association during 1932.
64
CO 717 50115554 Annual Report of Health and Medical Department, for Kedah and Per/is for the year
1925, him. 9.
65
CO 717 135151901 Health Survey of the State Kedah (With special Reference to the Rice Field Malaria,
Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers, and J. H. Strahan, him I. Menurut beliau, di antara
permasalahan utama yang dihadapi oleh masyarakat serantau adalah seperti kekurangan makanan berkhasiat
(nutrition), malaria dan kekurangan bekalan air.
66
C0716 Kedah Annual Report 1934, him. 10. Ladang milik orang Asia hanya memiliki separuh daripada
populasi ladang Eropah dan tidak mengadakan langkah pencegahan malaria dan rawatan yang disediakan
juga tidak mencukupi. Memandangkan populasinya kecil, maka langkah yang sedemikian dianggap tidak
menguntungkan. Mengikut perangkaan, daripada I 00 kes yang dimasukkan ke hospital, 4 meninggal
berbanding dengao seorang bagi ladang Eropah. Didapati juga, sebilangao besar penduduk di ladang milik
orang Asia mengalami malaria yang teruk dan tidak dilaperkan. Mereta yang sakit terus mengalami
kesakitan dan meninggal. Manakala, kes yang dihantar ke hospital pula hanyalah kes yang sangat serius.
67
CO 717 /33151901 Health Survey of the State of Kedah by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him. 46.
Menurut laporan ini, estet-estet milik tempatan selalunya diuruskan oleh orang yang berpendidikan rendah.

65
dalam estet milik Eropah. 68 Di sini, buruh yang sakit selalunya mendapatkan rawatan
••
perubatan di luar estet. Mengikut laporan Bahagian Perubatan dan Kesihatan Kedah,

"The death rate for Kulim and Serdang Hospitals were unduly high.
This may reflect the malaria incidence and type in this districts, but it
is likely that cases are being sent in for admission too late to these
hospitals. At Kulim district Hospital 29 of the total deaths occurring
from all causes (192) died within 24 hours of admission." 69

Langkah pencegahan Malaria dijalankan di estet getah yang berada di bawah

J pemerhatian Badan Kesihatan (Health Board) yang bertumpu di kawasan bandar dan

separuh-bandar. Pada tahun 1933, kerja-kerja penghapusan tempat pembiakan nyamuk di

beberapa kawasan diteruskan dengan lebih giat. Kempen kesihatan telah dijalankan

melalui tayangan filem di kampung dan sekolah-sekolah bagi meningkatkan tahap

kesihatan kanak-kanak. Di samping itu, tumpuan juga diberikan kepada bekalan air bersih.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini dihentikan buat sementara kerana masalah

kemelesetan ekonomi. 70 Seterusnya, bahagian penyelidikan kesihatan telah menjalankan

satu tinjauan khusus tentang penyakit malaria pada tahun 1936 di Alor Star. Persiapan rapi

ke arah tinjauan itu telah dibuat dan kajian telah dijalankan secara sistematik. Di sini,

negeri Kedah merupakan negeri yang ulung kali membuat tinjauan sedemikian. Tinjauan

tersebut dianggap penting memandangkan hampir 85% daripada populasi diklasiflkasikan

sebagai masyarakat luar bandar dan kurang berpengetahuan tentang keadaan kesihatan

mereka. 71 Kes-kes Malaria dari estet dari tahun 1930-1934 adalah seperti dalam jadual

yang berikut:

68
CO 716 Kedah Annual Report 1934, him. 10. Usaha penyediaan kemudahan kesihatan di estet-estet Asia
dianggap kurang menguntungkan.
69
CO 717 30/27824 The Annual Report ofThe Medical Department Kedahfor the year 1922.
7
°CO 717 33402 Report ofthe Medical and Health, Kedah and Per/is for the year 1933, him. 3-14;
CO 717133151901 Health Survey ofthe State ofKedah by: W. J. Vickers andJ. H. Strahan, him. 46
71
CO 716 Report ofthe Medical and Health Department Kedah and Perlisfor the year 1935 (25 Ramadan
1353 to 5 Shawal 1354), him. 4.

66
Jadual3b

Kes-kes Malaria di Estet di negeri Kedah, 1930-1934

Dilaporkan Berlaku di

Tahun Hospital Estet Jumlah

1930 3,442 16,495 19,937

1931 3,229 9,600 12,829

1932 2,917 7,891 10,808

1933 4,894 9,484 14,378

1934 4,846 9,199 14,045

Sumber: CO 717114151662 Annual Medical Report 1934, Kedah & Per/is, hlm. 19.

Laporan perubatan negeri Kedah bagi tahun 1934 menunjukkan penurunan dalam

kejadian kes malaria ekoran daripada pengenalan langkah-langkah pencegahan malaria,

terutamanya di estet-estet besar. Umumnya,

"Sanitation on estates, considerable improvements were affected,


especially in Central Kedah, a number of protected wells and new
latrines with open drain and septic tank system provided''12

Anemia yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang

Walaupun anaemia73 pemakanan tidak membawa kematian secara langsung, tetapi

ia menjadi punca utama kepada ketahanan badan yang lemah, kehilangan tenaga untuk

bekeija serta menyumbang kepada kematian. Di samping itu, masalah ini turut menjadi

punca kepada penyakit-penyakit lain yang juga berlaku akibat kekurangan zat pemakanan

72
CO 716 Report on the Medical & Health Departments, Kedah & Perlis 1930 (by: Dr. D. Bridges), him. 5.
Lihatjuga, CO 716 Report on the Medical & Health Departments, Kedah & Per/is 1935, hlm.4.
73
Mengikut Kamus Dewan, anaemia ialah penyakit yang diakibatkan oleh kekurangan sel darah merah atau
haemoglobin dalam sel darah merah, ataupun pendarahan yang berlebihan.

67
seperti kecacatan dalam tumbesaran kanak-kanak, serta meningkatkan kadar kematian bayi

dalam kandungan. Anaemia akibat kekurangan zat pemakanan lebih ketara terutamanya di

kalangan kanak-kanak dan ibu mengandung. Kekurangan zat besi dan 'megaloblastic' juga

didapati amat ketara di kalangan orang India berbanding dengan orang Melayu dan Cina.

Keadaan ini didapati berpunca daripada amalan pemakanan orang India yang jarang
74
memakan makanan yang dapat meningkatkan pembinaan sel-sel darah. Seterusnya,

kajian itu menunjukkan bahawa 48% daripada ibu mengandung mengalami anaemia dan

t majoriti daripada nutritional anaemia berlaku akibat daripada kekurangan zat besi dengan

acid folic. Keadaan ini berpunca daripada kemiskinan di samping faktor-faktor lain.

Jangkitan Cacing (Worm Infestation) atau Ankylostomiasis

Jangkitan cacing yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan darah dan tahap

haemoglobin dan albumin yang rendah. Jangkitan trichuris yang teruk akan mengakibatkan

pendarahan usus. Kajian Mahesh C. Gupta telah membuktikan bahawa jangkitan kuman

boleh mengakibatkan kekurangan tenaga protein. 75 Penyakit ini disebabkan oleh cacing

yang hidup dalam tanah (selalunya tanah yang lembap) yang telah dicemari oleh najis

manusia. Cacing memasuki badan manusia melalui kulit ataupun semasa menelan

makanan yang tercemar. Di sini, penduduk estet yang mempunyai amalan berjalan kaki

tanpa kasut, membuang najis di kawasan persekitaran kediaman, penyediaan serta

penyimpanan makanan yang kurang bersih menyebabkan penduduk estet sering menjadi

mangsa jangkitan cacing. Pada dasarnya, ia lebih universal di kalangan buruh India dan

Melayu. 76 Sungguhpun jangkitan cacing ini tidak semestinya mengakibatkan anaemia

kerana penduduk tempatan telahpun mempunyai daya tahanan terhadap cacing, tetapi ia

boleh menyebabkan kehilangan darah. Oleh itu, buruh India yang mengambil makanan

74
G. D. Selvadurai. A Review ofthe Health Status ofIndians in Malaysia, hlm. 6-7.
75
Ibid., him. 12.
76
SUKIK 57511946 Malayan Union Secretariat 1946 (Nutritional Survey).

68
yang kurang berkhasiat mengalami kesukaran untuk memulihkan darah yang hilang akibat

daripada jangkitan cacing. Keadaan ini selanjutnya, membuka ruang kepada jangkitan

penyakit seperti malaria, disentri dan tuberculosis serta menjadikan mereka tidak sesuai

untuk membuat kerja-kerja keras. 77

Laporan kesihatan negeri Kedah bagi tahun 1923 pula menunjukkan bahawa

pencemaran tanah, khususnya di estet telah menjadi punca kepada kadar kematian

sebanyak 8.3% bagi kes Ankylostomiasis yang dimasukkan ke hospital. Kadar kematian

tersebut didapati agak tinggi di daerah Kulim dan Bandar Bahru, iaitu sebanyak 20% dan

26%. Manakala, daripada 2457 kes yang telah diuji di hospital kerajaan Alor Star,

sebanyak 1269 menunjukkan jangkitan ankylostomiasis, iaitu lebih daripada 50%.

Seterusnya, kadar jangkitan cacing menunjukkan peningkatan daripada 34 kes dengan

tiada kematian pada tahun 1926 kepada 83 kes dengan lima kematian pada tahun 1927.

Pada tahun ini, tiga orang wanita India meninggal dunia setelah melahirkan anak yang

tidak cukup bulan dan mereka didapati menghidapi ankylostomiasis dengan tahap

haemoglobin kurang daripada 10% semasa dimasukkan ke hospital. 78 Laporan ini juga

menegaskan keperluan pegawai kesihatan yang terlatih bagi meningkatkan tahap

kebersihan di estet. 79

77
Ibid
78
CO 717 Annual Report ofthe Medical and Health Departments Kedah and Per/is 1346 A.H (1' 1 July 1927
hingga 151' Jun 1928, hlm. 2.
79
CO 717 35131966 Annual Health and Medical Report, Kedahfor the year 1923.

69
3.5. Masalah Kesihatan Semasa Kemelesetan Ekonomi dan Pendudukan
Jepun

Kemelesetan Dunia 1928-1932 telah membawa kesan langsung terhadap sosioekonomi

penduduk imigran. 80 Antara tahun 1930 dan 1933, beribu-ribu buruh India, kangany,

konduktor, dresar, dan pekerja lain di estet diberhentikan kerja dan dihantar pulang ke
81
India ekoran daripada kejatuhan dalam harga getah. Manakala, buruh-buruh yang masih

bekerja pula mengalami potongan gaji secara mendadak, di mana dalam kebanyakan kes

mereka menerima separuh daripada gaji asal. Manak:ala bagi mereka yang masih beketja

pula mengalami penderitaan yang tidak dapat dihuraikan dengan perkataan dan ramai juga

yang mengalami kebuluran dan kematian. 82 Masalah buruh yang ketara di zaman

kemelesetan ini telah membawa kepada kemunculan badan-badan buruh serta kesatuan

seketja pada tahun-tahun selepas kemelesetan.

"It was not until well in to 1940 that the Indian rubber tappers began to
show analogous symptoms. Strike which started among Chinese
labourers, than spread out of sympathy or through intimidation to
Indian co-workers. " 83

°
8
CO 717 135151901 Health Survey of the State Kedah by: W. J. Vickers, and J. H. Strahan, hlm. 33.
Menurut laporan ini, Kemelesetan Ekonomi hanya meninggalkan kesan yang sedikit ke atas masyarakat
Melayu di Kedah. Sedangkan, masyarakat kaum imigran di estet seperti India dan Cina mengalami kesan
~ang lebih ketara.
1
CO 716 Report ofthe Medical and Health Department Kedah and Per/is 1931 (by: Dr. J. Gray). Alor
Setar: Kedah Government Press. Khoo Kay Kim. "A Social and Economic Survey, 1900-1940. Dim. Zainal
Abidin Wahid (edt.). 1970. Glimpses ofMalaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him.
91; M. N. Nair. 1937, Indians in Malaya. The Koduvayor Printing Works, hlm 41; Nadaraja Kannan. 2002.
Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1933: Kesan Sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu." Tesis
Ph. D., Universiti Sains Malaysia, him. 317. Ladang-ladang getah kepunyaan orang Eropah mengurangkan
hampir 50% bilangan pekerja mereka. Manakala, industri timah pula mengurangkan hampir 45% daripada
buruh. Dianggarkan lebih kurang 200 ribu buruh India di ladang dan 50 ribu daripada buruh di lombong
dihantar pulang sebagai langkah meringankan bebanan pengangguran di Tanah Melayu antara tahun 1929-
1933.
82
S. Arasaratnam. Indians in Malaysia and Singapore, hlm. 48.
83
Virginia Thompson. 1943. Post Morterm on Malaya. Macmillan Reference, hlm. 160.

70
Pemulihan ekonomi tanpa diikuti oleh kenaikan gaji dan pemulihan keadaan kerja

telah membangkitkan mogok-mogok pekerja di sektor perlombongan dan perladangan

getah. Mogok-mogok ini walaupun bermula dalam skala yang terhad kemudiannya

bertukar dimensi dan melibatkan pekerja dari sektor-sektor lain pada tahun 1936. 84

Sarna seperti zaman kemelesetan ekonomi, kehilangan pekerjaan juga merupakan

kesan langsung daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pasaran luar turut terputus

f' lalu membawa pengurangan pengeluaran di estet getah dan lombong. Hasil pengeluaran

getah dan timah tidak mencapai separuh daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.

Ekoran daripada itu, ramai pekerja dalam industri ini dibuang kerja lalu mengalami

kemiskinan yang teruk.

"In the first postwar year, there was an absolute fall of 55,067 in the
total number of labourers employed, as compared to 1940. This was
mainly as a result of unemployment in the rubber estates during the
Japanese occupation and the consequent disposal of Indian force. The
number of Indian employed decreased further in 1947."85

Di samping itu, kekurangan bekalan makanan pula menyebabkan harga barang

makanan melambung tinggi. Oleh itu, penduduk digalakkan untuk menanam bahan-bahan

makanan bagi meneruskan kehidupan. Walau bagaimanapun, usaha penghasilan makanan

masih gagal memenuhi keperluan makanan penduduk Tanah Melayu, terutamanya di estet-

estet. Kekurangan makanan yang berkhasiat pada tempoh ini mengakibatkan kehilangan

84
CO 717 Labour Department Annual Report/938, hlm. 37.
85
S. Najundan. 1950. Indians in Malayan Economy. New Delhi: Office of the Economic Adviser to the
Government of India, hlm. 16. Untuk maklumat lanjut mengenai masalah pembuangan kerja serta mogok
pekerja estet, lihat S. K. Chettur. 1948. Malayan Adventure. Mangalore: Basel Mission.

71
86
banyak nyawa. Dengan kata lain, kekurangan bekalan makanan, amalan pemakanan tidak

seimbang dan taraf kesihatan yang rendah merupakan tiga keadaan yang amat sinonim

dengan pendudukan Jepun di negeri Kedah, mahupun di Tanah Melayu. Keadaan ini telah

mendedahkan mereka kepada wabak-wabak penyakit berbahaya. 87 Kekurangan makanan

misalnya, menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi kayu

dan ubi keledek yang hanya boleh mengenyangkan, tetapi tidak mengandungi zat. Hal ini

membuka ruang kepada penyakit seperti beri-beri dan bengkak (sembab) kerana terlalu

banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. 88 Mengikut Paul H. K.ratoska, "Semi-

starvation and deficiency disease were also prevalent among Tamils on rubber estates, and

people living in isolated villages. " 89 Peningkatan dalam penyakit akibat kekurangan zat

pemakanan turut meningkatkan jumlah kematian di kalangan penduduk estet.

86
Cheah Boon Kheng. 1983. Red Star Over Malaya: Resistence and Social Conflict During and After
Japanese Occupation of Malaya, 1941-46. Singapore University Press, him. 36. Lihat juga, Ooi Jin Bee.
1969. Land People and Economy in Malaya. London: Longmans, hlm. 227. Menurut beliau, pada tempoh
penghujung perang, berhentinya import beras bersama-sama dengan kemerosotan dalam pengeluaran
barangan keperluan isi rumah menjejaskan lagi taraf pengambilan zat pemakanan penduduk sehingga ke
tahap yang membahayakan.
87
Donald M. Nonini. 1992. British Colonial Rule and the Resistance of the Malay Peasantry, 1900-1957.
Connecticut: Yale University Southeast Asia Studies, hlm. 105. Kekurangan bekalan makanan, kekurangan
zat pemakanan, penyakit serta bekalan ubatan Barat yang terhad telah membawa kepada kadar mortaliti yang
tinggi.
88
Lihat SUKIK 15512602 Perolehan banyak yang dimakan dan banyak habuan dihantar Ice luar negeri.
Menurut laporan ini, kekurangan bekalan makanan adalah satu fenomena yang amat ketara semasa
pendudukan Jepun sehingga negeri Kedah yang merupakan 'Jelapang Padi Negara' turut mengalami
kekurangan bekalan bahan mentah dan terpaksa bergantung kepada 'starchy roots' seperti ubi kayu dan ubi
keledek sebagai makanan gantian. Akibat daripada kekurangan makanan yang berkhasiat penduduk Tanah
Melayu telah mengalami masalah kesihatan yang kronik. Hal ini lebih ketara di kalangan orang India di
kawasan perladangan getah di negeri Kedah. Kedah yang merupakan pengeluar lebihan padi dan beras yang
terkemuka di Tanah Melayu sebelum, semasa, dan selepas Perang Dunia Kedua turut mengalami kekurangan
bekalan bahan mentah semasa pendudukan Jepun. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu
mengeluarkan satu pertiga daripada keperluan ini. Misalnya, dalam musirn padi 1940-1941, iaitu musim
terakhir sebelum serangan Jepun, pengeluaran padi yang paling tinggi pemah tercapai ialah sebanyak I 0 I Y2
juta gantang (241,666 tan). Berdasarkan pengeluaran ini, Kedah mengeksport 21,707 tan beras dan padi
dalam tahun 1941. Lihat juga, Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti,
hlm.52
89
Paul H. Kratoska. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945. London: Allen and Unwin, hlm.
319.

72
Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi dihantar kepada

klinik-klinik kerajaan, tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun. Manakala doktor

dan jururawat pula diternpatkan di kern-kern tentera. Kekurangan ubat-ubatan seperti

Quinine dan atebrin90 ( digunakan untuk rnerawat malaria) rnenyebabkan penduduk di

Kedah beralih kepada ubat-ubatan tradisional. 91 Di sini, setiap penyakit diubati oleh bomoh

dan ubat-ubat tradisional seperti akar kayu dan lain-lain ramuan serta jampi serapah bagi

• rnenggantikan ubat-ubatan irnport. 92

"Malaria and other common diseases are prevalent on the estates in


south Kedah. The stock of medicines on the estates is very little. In
most of the estates this is either looted or stolen away. The medicine
from estates was removed to Kulim Government Hospital soon after
the war. The labourers are suffering too much on account of
sickness ... as the number ofsick people is steadily increasing on estates
without medicines."93

Undang-undang ketat terhadap eksport ubat-ubatan di Pulau Pinang rnisalnya, telah

rnenyebabkan pernbelian ubatan sangat sukar. Harga ubatan yang sernakin tinggi dan

ubatan dalam sirnpanan pula semakin berkurangan sehingga ubatan yang sepatutnya dibeli

tidak dapat beli kerana masalah kewangan, 94 iaitu sepertirnana yang dikatakan oleh Paul

H. Kratoska, "After the Japanese invasions, medicines and hospital supplies quickly

become scarce commodities. " 95 Kadar kernatian penduduk juga semakin meningkat akibat

90
SUKJK 79/2602 Perkara kesusahan tiada boleh dapat ubat dengan secukupnya bagi lculi-kuli kebun yang
sakit di Selatan Kedah. Menurut laporan ini, bekalan ubatan dalam simpanan kerajaan agak terhad dan ia
mesti digunakan wttuk faedah bersama dan bukannya wttuk mana-mana bahagian tertentu dalam populasi.
91
Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation ofMalaya 1941-1945, him. 191.
92
SUKJK 7912602 Perkara kesusahan tiada boleh dapat ubat dengan secukupnya bagi kuli-lcu/i lcebun yang
sakit di Selatan Kedah.
93
Ibid
94
SUKJK 30512602 Pinta diadakan perbelanjaan habuan membeli ubat-ubat dan perkakas-perkakas bagi
kegunaan di hospital. Lihat juga, Malayan Union Secretariat 1946. him. 68.
95
Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945, hlm.l89.

73
I
kekurangan bekalan ubat. Laporan perubatan menunjukkan bahawa, -jumlah kematian

meningkat daripada 92,491 pada tahun 1941 kepada 146,476 pada tahun 1944. 96

Dalam rnenggambarkan keadaan daif orang India di estet, George Netto

berpendapat bahawa, di samping kekurangan bekalan rnakanan dan gaji yang rendah

rnereka juga tidak dapat rnenikrnati kemudahan awarn seperti hospital, terutarnanya di

estet yang kecil. Ini menyebabkan para pesakit yang berada dalarn keadaan kritikal tidak

tt dapat dibawa ke hospital kerajaan yang agakjauh (lebih daripada 50 batu). Di mana, dalam

banyak keadaan mereka meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 97 Selain itu,

keadaan kerja yang sangat teruk menyebabkan ramai pekerja mati akibat kekurangan

makanan berkhasiat dan penyakit. Manakala, mereka yang pulang ke Tanah Melayu pula

memerlukan rawatan untuk penyakit seperti malaria, malnutrisi dan ulser kulit. Penyakit

menjadi-jadi sedangkan ubat pula sukar didapati. 98

Dari segi bekalan makanan, permintaan yang bertarnbah berbanding dengan

barangan yang ada telah rnernbawa kepada kenaikan harga barangan di pasaran. Misalnya,

harga beras pada bulan Disember 1941 ialah enarn sen sekati dan gula putih Iapan sen

sekati. Manakala, pada bulan Disember 1943, harga beras dan gula putih meningkat

menjadi $2.50 dan $3.80 sekati menjelang bulan Ogos 1945 rnenjadi $75.00 dan $120.00

sekati. 99 Hal ini rnernburukkan lagi keadaan kewangan penduduk sehingga ada juga di

antara rnereka yang rneninggalkan pekerjaan di bandar dan pergi berkebun atau bersawah

di luar bandar bagi menampung kekurangan bekalan makanan. Sedangkan para peniaga

~uslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, him. 526.


97
George Netto. 1961./ndians in Malaya: Historical Facts and Figures. Singapore, him. 46.
98
SUKIK 7912602 Perkara kesusahan tiada boleh dapat ubat dengan secukupfT)'a bagi kuli-lculi lcebun yang
sa/cit di Selatan Kedah.
99
Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, him. 525.

74
pula semata-mata memikirkan keuntungan tanpa mengambil kira penderitaan yang dialami

oleh rakyat.

Di samping dasar-dasar Jepun yang bersifat menekan penduduk, kekurangan

bekalan makanan juga disebabkan oleh bencana alam seperti banjir. Misalnya pada tahun

1942, kerosakan sawah-sawah yang ditanam dengan padi di daerah Kota Setar sahaja

sebanyak 1,750 relong. Manakala di daerah Yan, 1,669 relong sawah. Daripada jumlah

tersebut sebanyak 691 relong telah musnah sama sekali. Sementara di Kubang Pasu,

sebanyak 5,294 relong sawah telah ditenggelami air dan musnah sama sekali. Sedangkan

di Baling pula, daerah Kuala Ketil telah mengalami banjir selama 3 hari dari 11 hingga 13

September merosakkan 90 relung sawah padi." 100 Akibatnya, kawasan yang ditanam

dengan padi telah turut terjejas, iaitu daripada jumlah kawasan seluas 270,000 ekar dalam

tahun 1940 hingga 1941, ianya telah menurun kepada 214,000 dalam tahun 1944. 101

Kebuluran menjadi perkara lumrah dan ramai penduduk menghidapi wabak penyakit. 102

Penduduk menderita kerana barang makanan kurang dan untuk mendapatkan makanan

pula terpaksa mengeluarkan wang yang banyak.

Di samping kekurangan bekalan makanan, pakaian yang kurang pula menyebabkan

ramai yang terpaksa memakai guni. 103 Secara umum boleh dikatakan bahawa malnutrisi ini

telah membawa kesan buruk kepada kesihatan penduduk. Diet pemakanan penduduk yang

lebih bergantung kepada ubi kayu dan kurang memakan makanan yang berprotein seperti

100
SUKIK 48012602 Daripada air bah merosakkan bendang-bendang dan harta-harta orang di dalam
jajahan.
101
Annual Report ofthe State Kedah 1946. Government Printing Press, hlm. 8.
102
Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation ofMalaya 1941-1945, hlm. 263.
103
Khoo Kay Kim. I 983. Beberapa Aspek Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm.
33.

75
daging, ikan dan telur, buah-buahan dan sayuran telah menyebabkan ramai penduduk

miskin, terutamanya orang India di kawasan perladangan getah menghidapi penyakit-

penyakit seperti sembab (basai), lobar pneumonia, enteritis, ankylostomiasis, typhoid,

malaria dan sebagainya. 104 Mengikut Sinappah Arasaratnam,

" They were among the worst affected by general scarcity of food and
breakdown of health and sanitation services in the country ... as well as the
disappearance ofa secure monthly income for their daily sustenance. " 105

Justeru itu, masyarak:at India di estet terpaksa bennati-matian untuk memastikan

bekalan makanan harian, sehingga ada di antara mereka menjual barang-barang emas

untuk membeli makanan. Hal ini lebih terserlah dalam kajian demografi yang merekodkan

kemerosotan masyarakat India daripada 14% dalam tahun 1940 kepada 10% sahaja

menjelang 1947. Menurut Arasaratnam lagi, orang India di kawasan estet berada dalam,

"most inhuman and unhealthy condition." 106 Pada masa yang sama, kajian ke atas

perladangan telah membuktikan bahawa terdapatnya 'nutritional deficiencies' yang ketara

di kalangan buruh estet. Hasil daripada 518 kes yang dikaji, didapati bahawa 18% daripada

peke.Ija dewasa menunjukkan kekurangan Vitamin A. Manakala, 25% menghidapi

kekurangan reboflabin dan lebih daripada satu per empat wanita mempunyai tahap

serumthiamine yang rendah serta 2/3 pula mengalami anaemia. 107 Ramai yang berpenyakit,

104
SUKIK 37811947 Annual Report ofState Kedah,for the year 1946. Ringkasan kematian mengikut kaum di
Kedah bagi tahun 1940-1946 dapat dilihat dalam jadual yang terdapat di bahagian Lampiran (Lampiran 7)
dalam tesis in i.
105
Sinappah Arasaratnam. Indian in Malaysia and Singapore, hlm.l03.
106
Ibid, him. 110.
107
Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation ofMalaya I 94 I -1945, him. 173.

76
terutamanya penyakit kudis. Penyakit ini merebak di kalangan peq.duduk yang kurang

mendapat zat makanan. Bagi kes bersalin pula, tidak ada sebarang 'community maternity'

hospital untuk wanita di negeri Kedah. 108 Lagipun,

"There is no method known to medical science whereby it is possible to


foretell with any degree of certainty when the baby is going to be born; and
in a hospital where there may several lying-in cases awaiting delivery." 109

Keadaan hospital di Bedong misalnya, didapati sangat sibuk dan hanya mempunyai

seorang bidan (midwife) yang bertugas sepanjang 24 jam. Terdapat sebanyak 539 kes

bersalin di bawah pengawasan bidan kampong. Hospital kerajaan pula, hanya mempunyai

64 katil. Jumlah kes bersalin adalah sebanyak 1,480 dan II kematian semasa bersalin.

Manakala, di bahagian penjagaan bayi pula didapati tiada bekalan susu. 110

Secara umum, keadaan kesihatan buruh India merosot dengan teruk lagi apabila

sebilangan besar daripada buruh diarahkan menyertai projek 'Jalan Keretapi Maut'. Estet-

estet di Selatan Kedah membekalkan sebilangan besar pekelja. Hal ini terbukti dalam surat

pegawai daerah Kulim kepada kerajaan Kedah pada bulan Disember 1943,

"Estates in southern Kedah also provided large number of workers, and


district officer for Kulim wrote the Government in Dicember 1943 to say
that dependents of 3, 000 Indians who had left for Thailand six months
earlier had yet to receive a letter or news of any kind, and not a single
person had returned, although workers had been promised leave to visit
their families every fifty days. The allowance for dependents also seems
not to have been paid regularly." 111

108
Ibid., him. 17.
109
SUK/K 13912602 Perkara hendak tambah bidan bagi Hospital Bedong dan lain-lain hospital.
110
SUK/K 30411947 Annual Report ofthe State Kedah and Per/is for the year 1946.
111
Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation ofMalaya 1941-1945, him. 185.

77
Sehingga bulan Jun 1943, lebih daripada 80, 000 buruh terlibat dan hanya 50%
ti

112
daripada mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Ramai terkorban

dalam keadaan yang amat kejam akibat daripada kekurangan bekalan perubatan, penyakit

dan penganiayaian tentera Jepun. Manakala, mereka yang pulang ke Tanah Melayu pula

didapati menghidapi pelbagai penyakit seperti ulser, beri-beri dan sebagainya. Keadaan

ekonomi semasa pendudukan Jepun agak tenat, bekalan beras tidak mencukupi di samping
t
kekurangan yang ketara dalam barangan pengguna serta keperluan perubatan yang sangat

mendesak. 113 Tambahan pula,

"Diseases like cholera, small-pox, tropical typhus and beri-beri which


had been under controlled in prewar years became uncontrollable
during the Japanese occupation due to neglect as well as poor nutrition
together with undernourishment." 114

Dalam hal ini, sepertimana yang diperkatakan oleh Yoji Akashi hasrat Jepun untuk

menjadikan penduduk Tanah Melayu berdikari dari segi bekalan makananhanya tinggal

sebagai ilusi semata-mata, terutamanya selepas Jepun menyerahkan hak ke atas negeri

Kedah, Pedis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand pada bulan oktober 1943.

112
Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1941-1945) dan Asia Tenggara. Siri Syarahan Umum JOhb. Feb.
2006. Pulau Pinang: P.P.l.K.,Universiti Sains Malaysia, hlm. 12. Lihat juga, Nisha Bhatt. 2000. "Sejarah
Sosio-Ekonomi Pekerja Estet Wanita India di Tanah Melayu, 1900-1957." Tesis M. A. Universiti Sains
Malaysia, hlm. 186. Menurut beliau keadaan ini menyebabkan bilangan lelaki India telah berkurangan
daripada 421,028 orang pada tahun 1931 kepada 336,343 orang pada tahun 1947 manakala bilangan wanita
telah bertambah daripada 202,981 orang pada tahun 1931 kepada 233,273 orang pada tahun 1947. Manakala,
ramai daripada buruh yang terlibat meninggal akibat daripada minum air tercemar, pneumonia dan dihukum
dengan kejam kerana enggan bekeJja (R. K. Jain. 1970, hlm. 302) dan seramai 5,730 wanita menjadijanda
serta 9,341 kanak-kanak menjadi yatim piatu (Gamba. 1962, hlm. 13).
113
G. Netto. Indians in Malaya: Historical Facts and Figures, hlm. 72.
114
Abdul Wahab Hashim. 1990. "Kedah During The Japanese Occupation (1942-1945)". Dim. Malaysia dari
segi Sejarah. Bil. 18, hlm. 45. Menurut beliau, penyakit lain yang menjadi ancaman ketika itu ialah penyakit
kelamin. Penyakit ini kebanyakannya disebarkan oleh askar-askar Jepun yang mengganas pada peringkat
awal. Mangsa-mangsa rogol kemudiannya menyebarkan penyakit ini di kalangan penduduk tempatan. Hal ini
telah menjadi satu cabaran besar kepada British setelah kembali ke Tanah Melayu.

78
" this plan was visionary and, as it turned out, illusory. The food situation turned
from bad to worse, particularly after Jepun ceded Per/is, Kedah, Kelantan and
Terengganu to Thailand in October 1943, since three of this state were Malay's
mam . rzce
. producers. " 115

115
Yoji Akashi. "The Japanese Occupation of Malaya: Interruption or Transfonnation?". Dlm. W. A. Me.
Coy (edt.). 1980. Southeast Asia Under Japanese Occupation. New Heaven: Yale University Press, hlm. 60.

79
BAB4

KESIHAT AN IBU DAN KANAK-KANAK DI ESTET

4.1. Perkembangan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak

Bagi tiga dekad yang pertama sebahagian besar daripada buruh di ladang getah di

Tanah Melayu terdiri daripada kaum lelaki. 1 Ketidakseimbangan dalam nisbah jantina di

estet pada peringkat awal telah menimbulkan pelbagai masalah sosial di estet. Di antaranya

ialah masalah kesihatan (peningkatan dalam kadar penyakit kelamin seperti sifilis dan
2
gonorea}, masalah rumahtangga seperti isteri ikut lelaki lain, masalah ketagihan serta

pembaziran wang ke atas todi (kerana tiada hiburan lain di estet) dan sebagainya. Justeru

itu, kerajaan India mula memberi tumpuan ke atas usaha pemulihan nisbah jantina di estet

pada penghujung 1920-an. Di antaranya ialah penguatkuasaan 'Indian Immigration Act

1922' di Tanah Melayu. 3 Selain itu, ker~aan kolonial juga menambahkan pembayaran

komisen kepada kangany yang berjaya membawa masuk kaum wanita serta lelaki

berkahwin bersama dengan keluarga masing-masing. Seterusnya, 'Indian Emigration Rules

1923' telah mensyaratkan bahawa bagi setiap tiga orang lelaki yang berhijrah, dua orang

wanita hendaklah dibantu untuk berhijrah. 4 Ekoran daripada perkembangan ini,

penglibatan wanita dalam sektor perladangan getah lebih ketara pada penghujung abad ke-

1
J. E. Nathan. 1922. The Census ofBritish Malaya 1921. London: Waterlow & Sons Limited, him. 349. Pada
tahun 1921, daripada keseluruhan populasi India di estet yang berjumlah 22,207 orang, 14,497 orang terdiri
daripada kaum lelaki. Manakala, kaum wanita berjumlah 7,710 orang, iaitu lebih daripada satu per tiga.
2
J. N. Parmer. 1990. "Estate Workers Health in the Federated Malay States in the 1920s". Dim. Peter J.
Rimmer and Lisa M. Allen. The Underside of Malaysian History. Singapore: Singapore University Press,
him. 188.
3
Mengikut akta ini mesti mempunyai seorang imigran wanita bagi setiap 1.5 lelaki imigran yang dibantu
untuk berhijrah sebagai buruh.
4
Noeleen Heyzer. 1986. Southeast Asia: Development, Subordination and Emancipation. Open Universiti,
him. 70; K. S. Sandhu. 1969./ndians in Malaya: Some Aspects of their Immigration and Settlements 1786-
1957. London: Cambridge University Press, him. 97-98. Usaha ini dibuat sebagai langkah untuk
menggalakkan kehidupan berkeluarga di kalangan buruh di estet. Untuk itu, rumah deret yang berkualiti
rendah (barrack-/ike houses) disediakan di estet.

80
5
19, di mana wanita mewakili 20-25% daripada jumlah buruh di sektor perladangan.

Sebanyak 92.7% daripada buruh wanita di sektor ini pula bertumpu di estet getah dan

kelapa sawit. Peratusan penglibatan buruh wanita di sektor perladangan meningk:at

sehingga 35% pada 1931 dan seterusnya kepada 43% pada tahun 1947. 6

"In 1947, out of the 50,068 women workers in the rubber industry, 40,524
or 81 percent were tappers and the rest, weeders and factory workers on
the estates." 7

Di pihak pengurus estet dan majikan pula, buruh wanita dan kanak-kanak dianggap

Iebih menguntungkan kerana dibayar upah yang lebih rendah daripada buruh Ielaki.

Peluang pekerjaan untuk wanita di sektor perladangan terbuka luas semasa berlakunya

'ledakan getah'. 8 Sebaliknya, apabila berlaku kemelesetan ekonomi mereka menjadi

mangsa pembuangan kerja yang pertama. 9 Walau bagaimanapun, apabila kerajaan India

mengenakan sekatan ke atas kemasukan buruh India ke Tanah Melayu pada tahun 1938,

maka wujud keperluan untuk mengekalkan serta memaksimakan tenaga kerja yang sedia

ada di estet. Ketika itu, pihak pengurus estet mula memberi tumpuan kepada tenaga kerja

wanita India yang terdapat di estet. Hal ini kerana, wanita merupakan tenaga kerja yang

sedia ada serta sumber tenaga buruh yang murah serta mudah diperolehi di perladangan itu

5
K. S. Susan Oorjitham. 1987. "Problem of Women Workers in the Plantation Sector in Peninsular
Malaysia." Ilmu Masyarakat (Julai-September), him. 46.
6
Selvakumaran Ramachandran. 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala Lumpur: Abdul Majid
Publication, him. 133.
7
M. V. Del Tufo. 1949. Malaya: A Report on the 1947 ofPopulation Census. London: Crown Agents for the
Colonies. hlrn. 442-445. Sahagian pengurusan di estet, bermula dari kangany sehingga pengurus hanya
diwakili oleh kaum lelaki.
8
Ledakan getah yang berlaku pada 1909-1910 menyebabkan getah ditanam secara besar-besaran di Tanah
Melayu. Seterusnya, dekad 1910-1920 merupakan tempoh pembukaan tanah secara besar-besaran bagi
penanaman getah. Pada tahun 1922, 1.4 juta ekar berada dalam bentuk estet. Peluasan tanaman getah
selanjutnya telah menyebabkan 1.9 juta ekar pada tahun 1930 dan 2.1 juta ekar pada tahun 1940 berada
dalam bentuk estet. Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu
lihat, J. N. Parmer. 1960. Colonial Labour Policy and Adminstration: A History of Labour in the Rubber
Plantation Industry in Malaya 1910-1941. New York: J. J. Augustin, him. 8-15.
9
Noeleen Heyzer. Southeast Asia: Development, Subordination and Emancipation, him. 73; K. S. Sandhu.
1969./ndian in Malaya: Some Aspects of their Immigration and Settlements 1786-1957. London: Cambridge
University Press, him. 97-98.

81
sendiri. Pada masa yang sama, buruh wanita mudah untuk dipaksa menerima pekerjaan

yang tidak memerlukan kemahiran, dibayar lebih rendah serta mudah dibuang ke.tja tanpa

kebimbangan akan berlakunya protes terhadap majikan.

" The social roles of being a wife, mother and daughter among others were
utilized by plantation machinery to ensure an even cheaper and more
malleable supply of labour than men. Most of these subordinate social roles of
women were adapted to suit the interest of plantation capital. As a result of
this women workers in the plantation sector were exploited to a much greater
extent than male workers. " 10

• Faktor utama yang mendorong penglibatan wanita India dalam sektor perladangan

getah ialah kemiskinan. Kesempitan hidup akibat kadar upah yang rendah serta saiz

keluarga yang besar (secara purata setiap keluarga India di estet mempunyai seramai enam

orang) 11 telah memaksa wanita turut terlibat dalam sektor perladangan getah. Keperluan

untuk menambah pendapatan keluarga bagi menampung keperluan-keperluan asas seperti

makanan dan pakaian telah mendorong wanita India di estet keluar beke.tja.

Di pihak kerajaan pula, golongan wanita merupakan sumber tenaga untuk

'reproduction', maka kerajaan kolonial memandang wanita sebagai aset yang paling

berharga bagi membolehkan mengaut keuntungan ekonomi. 12 Hal ini kerana, " ... women

provide the labour necessary to reproduce and maintain a steady supply of labour for

plantations. " 13

10 K. s. Susan Oorjitham. "Problem of Women Workers in the Plantation Sector in Peninsular Malaysia",
him. 49.
11 Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, him. 134.
12
Lenore Manderson. 1996. Sickness and the State: Health and Illness in Colonial Malaya, 1870-1940. New
York: Cambridge University Press, him. 223.
13 K. s. Susan Oorjitham. Problems of Women Workers in the Plantation Sector in Peninsular Malaysia, him.

49.

82
Memandangkan, kematian ibu dan bayi merupakan petanda kehilangan tenaga

buruh untuk masa akan datang, maka kerajaan kolonial memberi tumpuan kepada tenaga

kerja wanita Melayu yang merupakan pengusaha padi yang terbesar di Kedah mahupun

wanita India di sektor perladangan getah. Kadar mortaliti 14 bayi yang tinggi berbanding

dengan peringkat umur yang lain bukan setakat menUJtiukkan tahap kesihatan sesuatu

masyarakat, malahan membayangkan beijaya atau gagalnya sesebuah kerajaan yang


15
memerintah. Justeru itu, kerajaan Kedah mula memberi tumpuan terhadap kesihatan

r:. wanita dan bayi khususnya daripada masyarakat Melayu di negeri itu. Di Kedah, soal

kesihatan ibu dan bayi mula diberi tumpuan buat pertama kalinya pada tahun 1913 apabila

kerajaan membuat keputusan untuk menempatkan seorang bidan terlatih di Hospital Alor

Setar. Tugas bidan ini ialah mengendalikan kes-kes kelahiran di rumah pesakit dan juga

mengajar bidan-bidan kampung prinsip asas tentang ilmu perbidanan. 16 Malangnya,

sepanjang tahun berkenaan jawatan tersebut tidak diisi kerana ketiadaan calon yang layak.

Jawatan ini hanya diisi pada tahun 1915 oleh seorang bidan Melayu. 17

14
Mortaliti bayi merujuk kepada kematian yang berlaku kepada bayi sebelum sempat menyambut hari jadi
pertama (umur di bawah setahun). Dari sudut pe.rubatan, ada Y:mg mengaitkan kadar mortaliti bayi ada!ah
Iebih tinggi berbanding kematian mana-mana permgkat umur lam tnasa kanak-kanak dan dewasa. Kematian
pada umur 5 tahun mengakibatkan kehilangan tahun hidup .Yang sedikit sahaja tetapi kehilangan akibat
mortaliti mengakibatkan kehilangan hidup 60 tah.un atau lebih. Kadar mortaliti bayi berkait rapat dengan
keadaan sosioekonomi. Untuk maklumat lanjut, lihat Usman Haji 'Yaakob. 1995. "Pengaruh Faktor-faktor
Sosio-Budaya ke atas Mortaliti Bayi: Satu I_<.aji~ .Ke~ Mortaliti ~ayi Melayu di Negeri Kedah Darul Aman.,"
Tesis Ph. D., Pusat Penyelidikan Dasar, Umversttl Sams Malaysia.
15
Mahani Musa. 2005. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, him. 191.
16
Nasihat pelawat kesihatan tidak banyak mendatangkan hasH tnemandangkan terdapat kes-kes di luar
hospital ditangani oleh bidan yang tidak berkelay~. 'Yalaupun terdapat sebilangan bidan yang
berkelayakan namun tidak ada sistem pend~ftaran. yang sts~em.at~ bagi mengawal kegiatan mereka di bandar.
Sebagai usaha untuk meningkatkan taraf b1da~ d1 Kedah, Mulwtwives Enactment' diperkenalkan. Enakmen
ini mengawal amalan bidan yang tidak profesiOnal. deng31_1 mengadakan pendaftaran yang wajib terutamanya
di daerah-daerah penting seperti Alor Star, Sungat Petani, dan Kulim. Lihat, CO 716 Annual Report of the
Medical Department of Kedah and Per/is for the year 1937 by: J. Portelly.
17
PISP 2 Kedah Annual Report 1333, 19 November 1914-8 November 1915, him. 8.

83
Buat pertama kali dalam sejarah kesihatan dan perubatan Kedah, wad khusus untuk

kaum wanita yang boleh memuatkan 20 orang pesakit dibina. 18 Di samping itu, sebuah

Klinik Luar (Town Dispensary) dibina di bandar Alor Setar bagi mengendalikan kes-kes

rawatan kecil, termasuk pemeriksaan dan rawatan ibu dan bayi. Namun demikian, sehingga

tahun 1907 tiada seorangpun petugas wanita yang berkhidmat di bahagian perubatan

tersebut. Wad dan Klinik wanita kemudiannya dibuka secara beransur-ansur di Serdang, di

Yan, Padang Terap dan Sungai Petani antara tahun 1915 hingga 1919. 19

Tahun 1920-an menyaksikan banyak program kesihatan di Kedah tergendala

disebabkan ketiadaan pegawai kesihatan yang berkelayakan. Jawatan pegawai perubatan

wanita diwujudkan di negeri Kedah pada tahun 1925 dengan tumpuan utama

mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi khususnya di kalangan masyarakat Melayu_2°

Pegawai Perubatan wanita yang pertama ialah Dr. H. M. Garlick yang mula bertugas pada

5 September 1925 di Utara Kedah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1929 jawatan

Pegawai Perubatan silih berganti. Apabila Dr. K. M. Isaac berhenti keija pada 1 Ogos

1929, jawatan tersebut tidak diisi sehinggalah Dr. M. E. Hopkins dilantik sebagai petugas

sementara pada 15 September 1929. Dr. Hopkins kemudiannya digantikan oleh Dr. M.G.

Brodie pada 24 November 1929. Pertukaran pegawai wanita secara kerap menyebabkan

banyak kes kelahiran di hospital tergendala. Sehingga tahun 1929 masih belum ada

sebarang skim yangjelas tentang penjagaan kesihatan kaum ibu dan kanak-kanak di negeri
21
itu. Oleh yang demikian, bidan hospital dan bidan yang khusus untuk keija Iuar terus

18
CO 717 Kedah Annual Report September /906- February 1908, him. 2.
19
Mahani Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah /88/-/940, him. 208.
2
°
21
CO 7/6 Kedah Annual Report /34312 August-2/ July /925, him. 25
CO 716 Medical and Health Departments, Kedah & Per/is for the year /929, him. 5. Lihat juga, Nisha
Bhatt. 2000. "Sejarah Sosioekonomi Pekerja Estet Wanita India Di Tanah Melayu, 1900-1957." Tesis M.A.
Universiti Sains Malaysia, him. 175. Menurut beliau, ketiadaan kemudahan kesihatan yang baik untuk
pesakit wanita telah menjadi salah satu punca kepada mogok di estet Escot di Tanjung Malim (Perak) pada
•ahun 1912.

84
n. menjadi nukleus kepada ketja-kerja antenatal di Alor Setar termasuk juga memberi

rawatan kepada wanita-wanita dari estet yang berdekatan. 22

Apabila tugas menyelia ibu dan kanak-kanak semakin meningkat di negeri Kedah,

Dr. Brodie telah mencadangkan supaya ditubuhkan lebih banyak pusat kesihatan di luar

bandar dan bandar di samping menambah bilangan Pegawai Perubatan Wanita.

Sungguhpun begitu, cadangan beliau tidak dipenuhi kerana kesukaran mendapatkan calon

~ yang layak. Malah sehingga sebelum meletus Perang Dunia Kedua, Dr. Brodie masih

merupakan satu-satunya Pegawai Perubatan Wanita di negeri itu.23 Manakala, bilangan

wad perempuan juga didapati terlalu sesak. Keadaan ini menyebabkan kes-kes seperti

phthysis, penyakit kelamin, disentri dan kes bersalin terpaksa berkongsi wad yang sama.

Ada kalanya, satu katil dikongsi oleh tiga orang pesakit. Justeru itu, T. W. H. Kingston

(pegawai kesihatan) yang melawat Hospital Sungai Petani mencadangkan wad perempuan

yang sedia ada diperluaskan dan wad bersalin pula perlu mengambil bidan yang terlatih. Di

samping itu, beliau juga mencadangkan agar kemudahan serta bilangan wad perempuan

ditambah bagi menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat. 24

Pada tahun 1930-an, projek-projek kesihatan dijalankan di Kedah untuk

membanteras penyakit malaria termasuk di estet. Ini termasuklah ketja-kerja penghapusan

tempat pembiakan nyamuk di beberapa kawasan serta mengadakan kempen-kempen

membasmi malaria. 25 Hal ini kerana, malaria dianggap sebagai punca utama kematian

22
Mahani Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Me/ayu Kedah 1881-1940, him. 212-213.
23
Ibid., him. 225.
24
SUKIK I 157/1342 Reports of Board Visitors on Sungai Petani Hospital, for the year 1923.
25
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1928
by: Dr. Bridges, hlm. 5. Pada tahun 1924, Lembaga Pencegahan Malaria (Anti-Malarial Board) telah
ditubuhkan. Hampir semua estet Eropah telah menjalankan ketja-kerja anti-malaria seperti penyemburan ubat
nyamuk (oiling work), kerja-kerja perparitan (sub-soil drainage work), serta kajian terhadap jentik-jentik.
Lihatjuga, CO 716 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments ofKedahyear 1926 by: Dr.
Bridges. Penang: Criterian Press, him. 5.

85
penduduk termasuk kaum ibu dan bayi di kawasan estet. Selain itu,. tumpuan juga

diberikan kepada pembekalan air bersih dan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak

melalui pertunjukan wayang di kampung dan sekolah-sekolah. 26 Walau bagaimanapun,

kempen-kempen ini terpaksa dihentikan kerana masalah kemelesetan ekonomi.27

4.2. Kadar Kematian lbu, Bayi dan Kanak-kanak India di Estet di Kedah

Sekitar tahun 1920-an kadar kematian ibu di estet di negeri Kedah berpunca

daripada penyakit-penyakit kelamin. Ketidakseimbangan jantina pada peringkat awal

kedatangan buruh India telah menyumbang kepada peningkatan kes-kes penyakit kelamin

di kalangan buruh di estet. Misalnya, pada tahun 1925, kejadian penyakit kelamin seperti

gonorea dan sifilis agak tinggi di kalangan populasi India di estet. 28 Penyakit seperti

disentri, jangkitan cacing (ankylostomiasis), pneumonia juga turut meningkat.

Selain itu, kejadian penyakit-penyakit bezjangkit seperti campak (measles), cacar

air (chicken-pox), beguk (mumps), dernam kepialu (typhoid fever) dan batuk kering

(tuberculosis) 29 agak tinggi di kalangan buruh India di estet. Pada tahun 1922, bilangan

tertinggi bagi pesakit yang dirawat berhubung dengan penyalcit tersebut adalah diwakili

oleh orang India iaitu sebanyak 2748 orang. Manakala, orang Cina dan Melayu masing-

masing bezjumlah 913 dan 118 orang. 30 Perurnahan yang sesak serta kotor mernudahkan

26
CO 716 Report ofthe Medical and Health Departments, Kedah & Perlisfortheyear 1931, him. 5.
27
CO 717 107133402 Report ofthe Medical and Health Departments, Kedah & Per/is for the year 1933,
him. 3-14.
28
CO 717 50120041 Annual Report ofMedical and Health Department for the year 1925, him. 4.
29
SUKIK 331140 Annual Report on Medical Department for the year 1921, him. 4. Hampir 50% daripada
kematian akibat batuk kering (tuberculosis) adalah disebabkan kelewatan kemasukan. Pesakit hanya dirujuk
ke hospital pada tahap yang kronik dan hampir tidak ada harapan untuk pulih. Umumnya, pesakit yang
rnengalami penyakit ini hanya ada harapan untuk hidup jika mereka dibawa ke hospital pada peringkat awal.
Manakala, bilik khas untuk rnerawat pesakit ini hanya siap dibina di hospital Alor Setar pada tahun 1925.
Lihat, SUK!K 1167/1352 Annual Report ofthe Kedah Health Boardfor the year 1350, him. 6.
3
° CO 717 301127824 The Annual Report of Medical Department ofKedahfor the year 1922 by: A. G. H.
Smart.

86
lagi penyebaran penyakit ini dikalangan buruh di estet. 31 Pada masa yMg sama lebih

daripada separuh kes jangkitan cacing (ankylostomiasis) dan hampir satu per tiga daripada

kes disentri direkodkan di hospital Sungai Petani, iaitu di bahagian Kedah Tengah yang

merupakan kawasan penanamam getah yang utama. 32 Begitu juga dengan jumlah pesakit

yang dirawat di hospital Kuala Ketil pada tahun 1922, bilangan tertinggi masih diwakili

orang India (1265 orang) berbanding dengan orang Melayu dan Cina, masing-masing 39

dan 229 orang pesakit. Secara keseluruhannya, daripada 1559 pesakit, sebanyak 1265

~ pesakit terdiri daripada orang India. Manakala, orang Cina dan Melayu masing-masing

mempunyai 229 dan 39 orang pesakit. 33

Berhubung dengan kematian bayi di estet, di samping malaria34 , penyakit sawan

bayi dan penyakit yang diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sesuai terns menjadi punca

utama kepada kematian bayi India di estet pada tahun 1930-an. 35 Misalnya, pada tahun

1930 sawan bayi merupakan punca kematian yang tinggi di Kedah, iaitu sebanyak 2,707

kes. Jumlah ini menurun kepada I ,805 kes bagi tahun 1932. Ini disebabkan oleh langkah

yang diambil oleh Lembaga Kesihatan melalui doktor berkelompok dan Hospital

Berkelompok. 36

31
CO 717 50/20041 Annual Report of Medical and Health Department ofKedahfor the year 1925, him. 18.
32
SUK!K 331140 Annual Report on Medical Department for the year 1921, hlm. 4.
33
CO 717 301127824 The Annual Report of Medical Department of Kedahfor the year 1922 by: A. G. H.
Smart.
34
Ibid. Antara spesies nyamuk yang ditemui di Kedah adalah seperti Anopheles Maculatus; A. Kawari; A.
Sinensis; A. Aitkoni; A. Barbirostris; A Rossi (lndefmatus); A. Rossi(Giles); A. Fuliginous; A. Kochi; A.
Umbrosus; A. Albotaeniatus.
35
CO 716 Report of the KedahMedica/ and Health Departments, Kedah and Per/is 1348 (9 June to 31
Disember 1929) by: J. /. Baeza, him. 5. Lihat juga, G. D. Selvadurai. A Review of the Health Status of
Indians in Malaysia. University of Malaya: Department ofSoeial and Preventive Medicine, hlm. 29. Menurut
beliau, kematian bayi merujuk kepada kematian yang berlaku kepada bayi sebelum sempat menyambut
harijadi yang pertama (umur di bawah setahun).
36
SUK!K 2966/1350 Returns ofBirths and deaths in Kedahfor the year 1932.

87
Bayi dalam tahun pertama kelahiran, sangat sensitif terhadap perubahan di

sekitarnya serta mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh kekurangan daya tahan atau

imunisasi terhadap penyakit. Umumnya, kematian bayi juga menggambarkan keadaan

sosioekonomi masyarakat India. Di Kedah, faktor utama kematian bayi dalam kandungan

adalah disebabkan oleh keadaan seperti ketidaknormalan (' abnormalies '), keracunan darah

('septicaemia') yang berpunca daripada mikro organisma penyebab penyakit dan toksin

dalam darah, serta radang paru-paru ('pneumonia'). 37 Kematian dalam kandungan38 juga

agak tinggi di kalangan masyarakat India di estet berbanding dengan kaum-kaum lain.

Mengikut laporan perubatan negeri Kedah bagi tahun 1935, "The Tamil infant mortality is

very bad, 107. 7 per mille ... nearly three times that for Malay and Chinese. " 39

Kadar kematian bayi tertinggi juga diwakili oleh orang Tamil, iaitu sebanyak

252.09 peratus bagi seribu kelahiran pada tahun 1930 dan kadar ini adalah lebih rendah

berbanding dengan tahun 1928 yang betjumlah 262.96 peratus. Hal ini kemungkinan besar

berpunca daripada langkah-langkah pencegahan dan pemulihan di estet. Manakala, kadar

kematian bayi bagi orang Melayu dan Cina adalah sebanyak 124.33 dan 144.24 peratus

bagi tahun 1930 berbanding dengan 111.95 dan 136.72 peratus pada tahun1928.

Kebanyakan daripada kematian bayi bagi tahun-tahun tersebut adalah berpunca daripada

cara penyusuan yang tidak sihat, Ascaris dan malaria. 40

37
CO 716 Report of the Medical and Health Depatment, Kedah and Per/is for the year 1935 (25 Ramadan
1353
38
to 5 Shawal 1354), hlm. 5.
Kematian bayi yang berlaku dalam beberapa jam selepas kelahiran dianggap sebagai "born dead'.
Manakala ibu yang meninggal dalam tempoh berpantang dilaporkan sebagai kematian ekoran daripada
melahirkan anak. Lihat, CO 716 Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the
fiar 1930 by: Dr. D. Bridges. Alor Star: Kedah Government Press, him. 8.
CO 716 Report ofthe Medical and Health Department, Kedah and Per/is for the year 1935 ( 25 Ramadan
1353 to 5 Shawa1 1354), him. 5. Kadar kematian bayi {bilangan kematian di bawah umur satu tahun bagi
lOOO kelahiran) bagi tempoh lima tahun adalah seperti dalam Iampiran (sila rujuk Iampiran).
CO 716 Report ofthe Medical and Health Departments Kedah and Perlisfor the year 1930 by: Dr. D.
Bridges. Alor Star: Kedah Government Press.

88
Pada tahun 1932 pula, kadar jangkitan malaria agak tinggi di k~angan masyarakat

India di estet, iaitu daripada 177.34 peratus bagi 1000 kelahiran pada tahun 1932,

meningkat kepada 192.96 peratus pada tahun 1933. Namun, kadar ini lebih rendah

daripada tahun 1931 yang berjumlah 237.82 peratus. Manakala, kaum Melayu pula

mencatat kadar terendah. Namun, kadar jangkitan malaria bagi orang Melayu

menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 1932, iaitu daripada 109.87 peratus

pada tahun 1932 kepada 135.58 peratus pada tahun 1933.41 Pada tahun 1933, kadar

kematian untuk semua bangsa meningkat semula, iaitu 140.79 berbanding dengan 119.88

bagi 1000 kelahiran dalam tahun 1932. Hal ini sebenamya disebabkan oleh pemerolehan

data-data yang lebih tepat berikutan pengenalan Enakmen Pendaftaran Kelahiran dan

Kematian dalam tahun 1932. Sebelum pengenalan Enakmen ini, pendaftaran kelahiran

biasanya tidak dilaporkan dengan kadar segera, malah kematian bayi dalam beberapa jam

atau beberapa hari selepas dilahirkan tidak didaftarkan. 42

Kematian bayi (kematian di bawah umur satu tahun) bagi seribu kelahiran bagi

tahun 1934.adalah sebanyak 148 berbanding denganl41 bagi tahun 1933. Kadar kematian

yang tertinggi diwakili oleh masyarakat India (188) dan terendah adalah di kalangan

masyarakat Melayu (143) dan Cina (148). Tiga sebab utama kematian bayi adalah penyakit

sawan (hampir 50%), kelahiran pramatang (lebih 45%) dan demam yang tidak dapat

dikenalpasti (lebih 4%). 43

41 CO 7/6 Report of Medical and Health Department Kedah and Per/is for the year /933 by: Dr. J. Gray.
Alor Star: Kedah Government Press, him. 3-14.
42 CO 717 /07/33402 Report ofthe Medical and Health Departments, Kedah and Perlisfor the year /933,

him. 3-14.
43 CO 717 I 14151662 Annual Medical Report /934, Kedah and Per/is, him. 8.

89
Mengikut Laporan Perubatan dan Kesihatan negeri Kedah bagi tahun 1935 pula,

lebih 25% daripada kematian bayi berlaku dalam minggu pertama kelahiran dan hampir

50% daripada kematian berlaku dalam bulan pertama kelahiran. Ini menunjukkan bahawa,

penjagaan ibu mengandung memerlukan lebih perhatian. Di sini, kadar kematian tertinggi

diwakili oleh orang India (226) dan diikuti kaum Cina (148) dan kaum Melayu (136). 44 Di

sini, kadar kematian bagi orang Cina masih kekal. Hal ini disebabkan pemilik-pemilik

ladang yang mengupah orang Cina hampir di semua kawasan tidak memanfaatk:an

kemudahan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh Organisasi Pertubuhan

Kesihatan (Health Board Organisation). Secara umum, didapati bahawa kadar kematian

bayi adalah tinggi di kalangan orang India berbanding dengan orang Melayu dan Cina. 45

Manakala, antara tahun 1935 dan 1936 pula, walaupun kadar kematian bayi

mengalami penurunan, iaitu daripada 240 kematian kepada 191 kematian, namun jumlah

ini merupakan satu angka yang tinggi jika dibandingkan dengan kadar kematian bayi bagi

peringkat negeri. Di samping itu, kadar kelahiran bagi buruh di estet juga mencatatk:an

peningkatan, iaitu daripada 39.6 peratus pada tahun 1935 kepada 43.2 peratus pada tahun

1936.46

Menurut laporan Perubatan negeri Kedah bagi tahun 1936, kadar kematian tertinggi

masih diwakili oleh masyarakat India (170 kes), sedangkan yang yang terendah diwakili

oleh masyarakat Cina (135 kes) dan masyarakat Melayu (148 kes). Jika merujuk kepada

44
CO 716 Laporan Bahagian Perubatan dan Kesihatan Kedah dan Per/is bagi tahun 1935(25 Ramadan
1353 hingga 5 Shawal 1354), him. 6. Mengikut Laporan ini, kematian awal ini mengambil tempat di antara
umur 0 hingga 20 tahun. Manakala, 45% daripada keseluruhan kematian berlaku 15 tahun pertama dalam
kehidupan. Kebanyakan daripada penyakit yang menjadi punca kepada kematian ini juga telah meninggalkan
kesan negatifke atas kesihatan bagi mereka yang telah dewasa.
45
CO 716 Kedah and Per/is Annual Report ofthe Medical Department for /938 (by: J. C. Carson), him. 14.
46
CO 71614 Report of Medical Department of Kedah and Per/is 1936 (by: J. Portel/y), hlm 14. Mengikut
laporan J. Portelly, "Reference the Indian rate 335 of405 deaths recorded occurred amongst estate labour in
which the infantile mortality death rate decreased from 260 to 206 during the last twelve months."

90
masyarak:at India, 261 daripada 328 kematian dilaporkan berlak:u di kalangan buruh estet.

Manak:ala, kadar kematian bayi menurun dari 242 pada tahun 1935 kepada 192 bagi tahun

1936. Di antara sebab utama yang dikenalpasti sebagai punca kematian di estet adalah

seperti kelahiran tidak: cukup bulan (115 kes), sawan (75 kes), demam yang tidak: dapat

dikenalpasti (37 kes), radang paru-paru (pneumonia) dan bronkitis (30 kes), dan malaria
47
(18 kes). Manak:ala, seramai 219 orang wanita dilaporkan meninggal akibat daripada

penyakit yang berhubung dengan kelahiran di seluruh negeri Kedah. Kadar ini

) menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya yang

beijumlah 145 kes. Pada masa yang sama, sebanyak: 79 kes mengandung telah dirawat di

hospital dengan 5 kematian. Di sini,

"The most commonly used measure of maternal mortality is the


maternal mortality rate, which measures the risk of dying from causes
related to childbirth."48

4.3. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak di Estet di


Kedah

Kebanyak:an wanita mengandung di estet tidak: mendapat mak:anan berkhasiat serta

penjagaan yang rapi semasa mengandung mahupun selepas bersalin. Keadaan ini bukan

sahaja menjejaskan kesihatan diri mereka, malahan memberi kesan negatif kepada

perkembangan mental anak yang dikandung. 49 Ketiadaan makanan berkhasiat untuk

tempoh masa yang lama di peringkat bayi bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan fizikal

mereka, tetapi juga mengurangkan saiz otak: serta mempengaruhi potensi intelektual anak:

yang bakal dilahirkan. Kajian S. T. Chen misalnya, menunjukkan bahawa kanak:-kanak

dari estet dan kawasan pendalaman mempunyai kecerdasan minda yang rendah berbanding

47
Ibid, him. 6.
48
G. D. Selvadurai. A Review ofthe Health Status ofIndians in Malaysia, him. 33.
49
N.J. Colletta. 1987. The Ecology of Child Development on Rubber Plantation. New York: Cayuga Height
Ithaca, him. 23.

91
dengan tahap kecerdasan minda di peringkat nasional. 50 Jadi, kemajuan dalam kesihatan

secara tidak langsung mempunyai kesan ke atas prestasi akademik kanak-kanak.

Umumnya, masyarakat India di estet kurang mengambil makanan berprotein seperti

ik~ dan daging kerana harganya mahal. Keadaan ini menjejaskan tumbesaran bayi dan

kanak-kanak. Ini kerana, keperluan protein untuk bayi yang membesar adalah tiga kali

ganda daripada keperluan protein orang dewasa. Aspek ini tidak disedari oleh ibu bapa

' yang tidak berpendidikan. Pengabaian pengambilan makanan berkhasiat semasa

mengandung dan selepas bersalin jelas meninggalkan kesan yang mendalam terhadap

pertumbuhan bayi dan kanak-kanak dan seterusnya mempengaruhi kadar kematian bayi

dan kanak-kanak. Malahan,

"Venereal disease amongst indigenous and other 'native' (non-European)


women, congenital syphilis, and anaemia due both to the demands of
pregnancy and malaria, were all factors that affected foetal development
and subsequent survival chances of infant. "51

Manakala penyak.it beri-beri pula, dipercayai boleh menjejaskan kemampuan ibu

untuk menyusu serta menjangk.iti bayi melalui susu ibu. Peraturan pemakanan yang ketat

dalam tempoh berpantang turut mempengaruhi kesihatan bayi. Larangan untuk mengambil

makanan seperti sayur-sayuran (kerana dipercayai sejuk) misalnya, menyebabkan

berlakunya kekurangan vitamin dan mineral bagi ibu serta bayi. Di sini, masalah

kekurangan zat pemakanan sukar diatasi memandangkan ia melibatkan faktor kemampuan

sesebuah keluarga untuk membeli makanan dan juga amalan biasa sesebuah keluarga. 52

so Estate Health and Vision 2020. 1995. Malaysian Medical Association, him. 2.
51
Nonnan G. Owen (edt.). 1987. Death and Disease in Southeast Asia: Explorations in Social, Medical and
Demographic History. Singapore: Oxford University Press, him. 262.
52
Dr. Ismail Mohd. Salleh and Paul Chan. "Nutrition, Poverty and Food Crop Policy in Malaysia". Dim.
Chandra De Fonseka. 1980. Seminar on Socioeconomic aspects of Food and Nutrition Problems in
Developing Countries. Bangkok. Kegagalan seseorang ibu untuk memenuhi nutrisi yang secukupnya
bennaksud beliau mengambil risiko terhadap kesihatan diri dan potensi bayi dalam kandungan. Kemiskinan
yang teruk membawa kepada malnutrisi dan meningkatkan kadar kematian ibu dan bayi. Malnutrisi juga

92
Dari segi amalan, nasi mewakili sebahagian besar daripada diet _harian masyarakat

India. Tabiat membasuh beras terlalu lama turut menjadi punca kepada kehilangan banyak

khasiat pemakanan seperti protein (29%), lemak (79%), kalsium (84%), zat besi (64%) dan
53
garam mineral (50%). Dalam soal pemakanan keutamaan diberi kepada 'rasa' makanan

dan bukannya kandungan khasiat pemakanan tersebut. 54 Lagipun, kebanyakan daripada

mereka kurang menyedari tentang kepentingan makanan seimbang bagi tumbesaran yang

sihat. Umumnya, ketiadaan pendidikan, kejahilan tentang keperluan kanak-kanak,

) kemiskinan, persekitaran yang kurang bersih dan perubatan yang terlalu ringkas menjadi

ciri-ciri umum masyarakat India di estet. 55

Mengikut Dr. Mabel Brodie (Pegawai Perubatan Wanita di Kedah sejak 1929),

wanita India di estet mempunyai ketahanan fizikal yang lemah. Mereka terpaksa membuat

keija-keija berat di estet sebagai penoreh dan sebagainya. Tahap anaemia yang tinggi di

kalangan wanita mengandung telah menjadi punca kepada jangkitan penyakit seperti

malaria, dan sifilis (penyakit kelamin yang kronik). Mengenai kes-kes bersalin di hospital

pula, Dr. Brodie mendapati kebanyakan kes wanita yang dirawat di hospital mengalami

anaemia yang teruk dengan peratusan haemoglobin yang rendah. lni bermaksud wanita

terbabit berada dalam keadaan yang tidak sihat untuk melalui tempoh berpantang. Selain

itu, jangkitan cacing (ankylostomiasis) dan daya tahan fizikal yang lemah dianggap sebagai
56
sebab utama bagi kadar kematian bayi yang tinggi di kalangan wanita India di estet.

boleh membawa kepada komplikasi seperti 'toxaemia', 'anaemia' dan 'excessive' ke atas ibu yang
mempunyai berat badan yang sangat rendah. Hal ini merupakan perkara biasa di kalangan wanita India di
estet.
53
N. 1. Colletta. The Ecologi of Child Development on Rubber Plantation, him. 42; Mahani Musa. Sejarah
dan Sosioelconomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, him. 199.
54
Mahani Musa. Sejarah dan Sosioelconomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, him. 199.
55
N.J. Colletta. The Ecologi ofChild Development on Rubber Plantation, him. 27.
56
CO 716Annual Report ofthe Medical and Health Departments Kedah and Per/is 1346 A. H. (1' 1 July 1927
hingga 1~h Jun 1928, him. 3. Lihat juga, Fatimah Arshard. 1980. "Nutrition During Pregnancy". Dim.
Second Malaysian Economic Seminar. 13 July 1980. Kuala Lumpur: Regent Hotel, him. 3. Anaemia berlaku
apabila tahap haemoglobin dalam darah kurang daripada 1Og. Kejadian anaemia di kalangan ibu mengandung

93
Tanda-tanda kekurangan Vitamin B, anaemia (selain berpunca daripada malaria, tidak

kurang pula disebabkan pemakanan yang tidak seimbang), menderita penyakit kelamin57

yang dijangkiti melalui suami dan masalah 'uterine displacement' akibat mengambil

perkhidmatan bidan kampung yang tidak berpengetahuan tentang ilmu perbidanan dan
58
amalan bertungku. Kebanyakan penyakit kelamin seperti gonorea dan sifilis memerlukan

rawatan yang berpanjangan. Akan tetapi, dalam kebanyakan kes rawatan lanjutan didapati

sukar kerana pesakit enggan memberi kerjasama. Usaha untuk memujuk suami mereka

J menghadirkan diri ke rawatan juga didapati sukar. 59 Bagi mengatasi masalah yang

sedemikian rupa, T.W.H. Kingston (Pegawai Perubatan bagi tahun 1938) telah

mencadangkan supaya lebih banyak pusat kesihatan ditubuhkan di kawasan luar bandar

supaya pesakit mudah mendapat rawatan. Selain itu, beliau juga turut mencadangkan

supaya kerajaan memberi lebih tumpuan kepada Pendidikan Sains Rumah Tangga dan

kebersihan kepada kanak-kanak perempuan di sekolah. 60

di Malaysia adalah hampir 40% . Ini disebabkan permintaan zat besi yang semakin bertambah semasa
mengandung. Ibu yang mengalami kekurangan makanan berkhasiat didapati tidak dapat menyusu bayi
mereka dengan berkesan. Hal ini juga mempunyai kesan ke atas kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan.
Keperluan zat pemakanan bagi ibu perlu ditambah ketika mengandung bagi memenuhi keperluan zat yang
semakin bertambah.
57
J. Norman Parmer. 1985. "Health and Medicine in the British Empire in the 1920s: The Case of Estate
Workers in Malaya". Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Kolokium tentang Sejarah Sosioekonomi
Malaysia pada 8hb. Jun hingga 10hb. Jun, 1985 di Canberra. Menurut beliau, penyakit kelamin dianggap
sebagai masalah yang serius sekitar 1920-an. Penyakit kelamin ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan
wanita dan lelaki yang terbabit, malahan ia juga menjejaskan kesihatan anak yang dikandung. Lihat juga,
Norman G. Owen (edt.). 1987. Death and Disease in Southeast Asia: Explorations in Social, Medical and
Demographic History. Singapore: Oxford University Press, him. 262.
58
CO 7/614 Kedah and Per/is Annual Report ofMedical Department for 1938 by: J. C. Carson, him. 6. Lihat
juga, Mahani Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, him. 225. Amalan
bertungku merupakan amalan biasa dalam masyarakat Melayu bagi memulihkan kesihatan wanita yang baru
bersalin. Namun, terdapat juga wanita India yang mengikuti amalan tersebut.
59
SUK/K 124411353 Statistical Report on the Work Amongst Women and Children in A/or Star during 1353
~the Lady Medical Officer, Kedahfor the year 1934.
CO 716 Annual Report ofthe Medical and Health Department, Kedah and Per/is for the year 1938, him. 7.

94
Menurut laporan perubatan dan kesihatan negeri Kedah bagi tahun 1930,

sebilangan besar daripada wanita mengandung yang menerima rawatan sebagai pesakit
61
luar mengalami anaemia. Kebanyakannya merupakan anaemia akibat daripada

kekurangan zat pemakanan terutamanya kekurangan zat besi dan asid folic. 62 Peratus

haemoglobin jarang melebihi 50 dan banyak kes berada di bawah 35. Ini menunjukkan

mereka tidak sihat untuk melalui tempoh berpantang. 63 Golongan wanita yang mengalami

anaemia didapati mengalami kesan seperti kedatangan haid yang tidak teratur, kelesuan

serta keguguran. Manakala, bayi yang dilahirkan oleh mereka pula didapati bersaiz kecil

dan lemah. 64 Bagi tahun 1930, sebanyak 243 kematian telah direkodkan berhubung dengan

kelahiran anak. Manakala ibu yang meninggal dalam tempoh berpantang dilaporkan

sebagai kematian ekoran daripada melahirkan anak. 65 Keadaan ini lebih ketara di kalangan

wanita India di estet kerana mereka mempunyai daya imuniti yang rendah. 66 Selain itu,

malaria juga me~adi punca kematian sebagaimana diulas oleh Lenore Manderson,

"Malaria in pregnancy increases miscarriages, stillbirths, pre-term


deliveries and low birth-weight babies, whose health outcome also is
poorer consequently. " 67

Hal ini disebabkan, ibu mengandung tidak mengambil makanan yang seimbang

serta tiada penjagaan yang rapi semasa mengandung. Statistik kelahiran di negeri Kedah

menunjukkan bahawa, kelahiran dengan berat badan yang rendah (di bawah garis
61
CO 716 Report ofthe Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1930 by: J. C.
Carson. Alor Star: Kedah Government Press, him. 6.
62
N. Chandrasekharan dan T. Marimuthu. 1980. "Inquiry in to the State of Food Nutrition and Health in
Plantations". Medical Jurna/ ofMalaysia, 3: 226-229.
63
SUKIK 124411353 Statistical Report on the Work Amongst Women and Children in A/or Star during 1353
by Lady Medical Officer, Kedah. 1934. Laporan ini menegaskan kepentingan wanita mengandung mengikuti
~emeriksaan secara teratur agar tidak mengalami kesukaran semasa tempoh berpantang.
Pengklasifikasian untuk kelahiran dengan berat badan yang rendah adalah kelahiran, di mana berat
badannya rendah daripada 2.5 kilogram (WHO reference value).
65
CO 716 Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1930 by: Dr. D.
Bridges. Alor Star: Kedah Government Press, him. 8. Kematian bayi yang berlaku dalam beberapa jam
selepas kelahiran dianggap sebagai "born dead".
66
CO 716 Kedah and Per/is Annual Report ofthe Medical and Health Department for 1938 by: J. C. Carson.
67
Lenore Manderson. Sickness and the State, him. 220.

95
minimum) lebih ketara di kalangan bayi India berbanding bayi Melayu dan Cina. Jarak

kelahiran yang dekat, kesukaran untuk mendapatkan rawatan perubatan serta pendapatan

yang sangat rendah telah dikenalpasti sebagai punca kepada keadaan yang sedemikian.

Lazimnya, ibu berkenaan jarang mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan

kesihatan badan sebelum melahirkan anak yang berikutnya.

Berhubung dengan kadar kematian bayi yang tinggi di estet, Dr. Brodie yang

·~ merupakan Penasihat Perkhidmatan Perubatan dalam lawatannya ke Kedah pada tahun

1935, mendapati bahawa persekitaran estet yang kurang bersih merupakan salah satu

sebab kematian bayi. 68 Laporan Perubatan Negeri Kedah bagi tahun 1938 misalnya

menunjukkan bahawa hampir 80% kanak-kanak di estet yang mendapatkan rawatan

sebagai pesakit luar mengalami jangkitan cacing (intestinal parasites) ekoran daripada cara

pemakanan dan persekitaran yang kurang bersih. 69 Pada masa yang sama, kejahilan dan

kecuaian ibu di estet merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kematian bayi

India di estet. 7 ° Kajian kependudukan, ekonomi, antropologi dan sosiologi telah

menyimpulkan bahawa kesihatan dan kematian bayi berhubungkait dengan tahap

pendidikan ibu. Mengikut kajian T. Paul Schultz/ 1 ibu yang berpendidikan selalunya lebih

peka terhadap faktor-faktor seperti kepentingan pengambilan pemakanan seimbang

sebelum dan selepas kelahiran, serta amalan kebersihan bagi tumbesaran anak-anak

mereka. Lagipun, ibu yang berpendidikan lebih menyedari tentang kepentingan

menjarakkan kelahiran anak demi mengurangkan risiko terhadap anak yang bakal

dilahirkan. Dalam hal ini, mereka mahukan bilangan anak yang kecil supaya dapat

68
SUK/K 248811351 Consulting-room and Dispensary for Child Welfare Work, Alor Star. 1935.
69
CO 716 Kedah and Per/is Annual Report of the Medical and Health Department for 1938 by: J. C. Carson.
70
HCO 1621I 1914 Report on the Conference on Infant Mortality by: Dr. Clarke Kinta, Ipoh for the year
1914.
71
T. Paul Schultz. 1989. Investment in Women, Economic Development, and Improvements in Health in Low
Income Countries. Connecticut: Economic Growth Center, Yale Univesity, him. 13-19.

96
memberi tumpuan yang lebih kepada tumbesaran serta pendidikan anak-anak mereka.

Sebaliknya, kajian beliau juga mendapati bahawa kebanyakan ibu yang tidak

berpendidikan pula jarang menunjukkan minat terhadap kaedah-kaedah perancangan

keluarga dan selalunya mempunyai bilangan anak yang ramai. Beliau merumuskan bahawa

tahap pendidikan ibu sebagai faktor penentu bagi kesihatan dan kebahagian sesebuah
72
keluarga. Malangnya, masyarakat India di estet kurang menyedari kepentingan memberi

pendidikan kepada anak-anak perempuan lalu tidak memberi penekanan pendidikan

mereka. Justeru itu, mereka kurang berpengetahuan tentang kepentingan pemakanan

seimbang, amalan kebersihan diri dan persekitaran, cara-cara penjagaan bayi yang betul

serta faedah perancangan keluarga. 73 Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita yang

berkahwin dalam usia yang muda. Dari satu segi, hal ini juga disebabkan oleh kehidupan

masyarakat India di estet yang agak terpinggir dari dunia luar. 74

Laporan kesihatan sekolah pada 1929 menunjukkan 87% mengalami jangkitan

cacing. Manakala, kanak-kanak di prasekolah dan sekolah rendah mengalami kerosakan

gigi. Usaha menempatkan seorang doktor gigi walaupun dalam pemerhatian kerajaan,

namun tiada seorang doktor gigi yang berkelayakan di Kedah. 75 Masalah lain yang

dikenalpasti di kalangan kanak-kanak ialah postur badan yang tidak sihat. Untuk itu,

mereka diberi latihan fizikal yang ringan, senaman kecergasan, pelajaran mengenai

kebersihan dan postur badan yang sihat, demonstrasi atau ceramah, pertunjukan filem yang

berkaitan serta memberi galakan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dalam kebanyakan keadaan, masalah yang

72
Ibid.
73
Sarojini Devi Appathurai. 1971. "Socio-economic Aspect of Women Plantation Workers: A Case Study of
Indian Women Workers ofLadang Tengah (Kelang)." Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, him. 56.
74
N. J. Colletta. 1978. "Malaysia's Forgotten People: Education, Cultural Identity and Socio-economic
Mobility Among South Indian Plantation Workers". Contributions to Asian Studies. Vol. 7, him. 3.
1
s CO 716 Medical and Health Departments, Kedah and Per/is for the year 1929, him. 7.

97
dikenalpasti adalah persekitaran yang kurang bersih, kemiskinan serta perkhidmatan

kesihatan yang serba kekurangan serta pengetahuan tentang kesihatan yang tidak

mencukupi.

Statistik perubatan negeri Kedah 1929 menunjukkan bahawa, kekurangan zat

protein, anaemia dan vitamin A telah menjadi perkara biasa di kalangan kanak-kanak

prasekolah. Lawatan dari sekolah ke sekolah dilakukan oleh 'Travelling Dispensaries'. Di

;, sini, walaupun langkah telah dibuat untuk meningkatkan pemeriksaan di sekolah pada awal

tahun 1929, namun usaha ini tergendala disebabkan oleh kekurangan pegawai kesihatan

yang bersesuaian. 76 Kekurangan yang ketara dalam pemakanan ibu dan kanak-kanak di

estet adalah kekurangan zat protein. Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini,

kekurangan protein dalam diet masyarakat India amat mempengaruhi pertumbuhan anak-

anak di zaman dewasa kelak. Dalam tumbesaran bayi terutamanya, enam minggu sebelum

keJahiran dan enam bulan selepas kelahiran merupakan tempoh yang agak kritikal. Pada

tempoh ini, sel-sel otak mengalami pertumbuhan yang maksimum. Kekurangan zat protein
77
didapati menjejaskan pertumbuhan 'sistem saraf pusat'.

Dalam kebanyakan kes di estet, faktor kahwin awal juga telah dikenalpasti sebagai

punca utama kepada kematian ibu dan bayi. 78 Pada pertengahan tahun 1928 hingga 1929

misalnya, sebanyak 332 kes telah dirawat di hospital dengan 51 kematian berhubung

dengan wanita mengandung. Dalam kebanyakan keadaan wanita India di estet terpaksa
79
kerja semula selepas melahirkan anak. Oleh kerana kebanyakan pekeijaan di estet

76
Ibid., him. 4.
77
N.J. Colletta. 1987. The Ecology ofChild Development on Rubber Plantation, hlm. 23.
78
CO 717 The Annual Report of Medical and Health DepaFtment Kedah and Per/is 1347,20 June 1928- Jun
1929, hlm. 12. Lihatjuga, Lenore Manderson. Sickness and The State, him. 219.
79
Tan Poo Chang. 1988. "A Study of Indian Women in the Estates in Peninsular Malaysia: Social Mixing,
Marriage and the Family", A Report Submitted to National Population and Family Development Board

98
melibatkan kerja-keJ.ja berat, maka keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan

wanita, terutamanya mereka yang baru bersalin. Dalam kebanyakan keadaan,

"Beginning too young to bear children, such mother repeat child


bearing too often and continue it too long, through pregnancies in
which their health is often suboptimal, their medical care frequently
nonexistent. " 80

Perkahwinan wanita dalam usia yang muda menyebabkan anak gadis tidak mendapat

pengetahuan tentang penjagaan kesihatan semasa dan selepas bersalin.

Selain itu, kejahilan bidan kampung81 tentang kebersihan, terutamanya dalam

menangani bayi juga menpengaruhi kadar kematian ibu dan bayi di estet. Mengenai

peranan bidan kampung, pegawai British melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak

menghiraukan kebersihan. Akan tetapi, memandangkan mereka sudah lama me~alankan

tugas itu, maka tidaklah mudah bagi kerajaan untuk mengawal kegiatan mereka. 82

Sepertimana yang dikatakan oleh Norman G. Oven,

"The majority of them were illiterate, superstitious, filthy and


unintentionally cruel. Filthy scissors dirty pocket knives, pieces of
bamboo, broken crockery and at times even finger nails were used for
cutting the baby's cord Black powder and ashes were applied to the
cord which was covered with a leaf The bodies were then bound
firmly like mummies from head to foot in yards of cloth. They were
given black co.!foe, rice and bananas to eat from birth and were bathed
in cold water straight from the well." 83

(NDFDB) and United Nations Fund for Population Activists. Kuala Lumpur, hlm 93. Kajian beliau
merangkumi 2400 keluarga di estet dan melibatkan soalan-soalan yang berhubung dengan status
sosioekonomi, kesuburan dan perancangan keluarga. Kajian beliau menunjukkan bahawa kebanyakan wanita
bekerja di estet berada dalam lingkungan umur antara 30 hingga 39 tahun. Seterusnya, didapati bahawa
wanita yang berpendidikan selalunya berkahwin lewat. Dalam kebanyakan keadaan, umur perkahwinan
roertama bagi wanita ialah 17 tahun.
0
N. J. Colletta. The Ecology of Child Development on Rubber Plantation, him. 22. Lihat juga, Mahani
Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, hlm. 197. Menurut beliau, keadaan ini
menyebabkan mereka kurang terdedah kepada pengetahuan tentang perubatan moden. Di samping itu,
mereka juga kurang menyedari tentang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat semasa mengandung
dan selepas bersalin. Di sini, kegagalan mendapatkan rawatan juga mungkin berpunca daripada keengganan
mereka sendiri untuk mendapatkan rawatan.
81
Sepertimana dalam masyarakat Melayu, wanita India terutamanya di estet turut menggunakan
t;erkhidmatan bidan kampung.
2
SUK/K 331/1340Annual Reportofthe Medical and Health Department, Kedahfor the year 1339/1921.
83
Norman G. Owen (edt.). Death and Disease in Southeast Asia, him. 264.

99
Dalam menangani hal ini, pegawai kesihatan yang mengadakan lawatan dari rumah

ke rumah serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara-cara

penjagaan yang baik.

Kadar kematian yang tinggi di kalangan ibu India juga disebabkan oleh sikap

negatif mereka terhadap perubatan Barat. Sarna seperti masyarakat Melayu di kawasan

pendalaman, masyarakat India di estet juga lebih rela untuk bersalin di rumah dengan

bantuan bidan kampung daripada pergi ke hospital. Hal ini kerana, jarak peljalanan ke

hospital kerajaan agak jauh dan menelan belanja yang banyak. Wanita dari estet yang

berdekatan dengan hospital dan bercadang untuk bersalin di hospital, selalunya

menghadirkan diri untuk pemeriksaan kesihatan semasa mengandung. Sebaliknya, wanita

dari estet yang terletak di kawasan pendalaman enggan hadir untuk mel\ialani pemeriksaan

awal. Justeru itu, mereka yang dimasukkan ke hospital didapati mengalami masalah

kesihatan kronik seperti sembelit yang teruk, dan jangkitan cacing yang memberi kesan

kepada bayi yang dikandung. 84 Sebilangan besar daripada mereka pula, hanya datang ke

hospital apabila keadaannya agak tenat atau terdesak.

Hal 1m menyebabkan pegawai perubatan menghadapi kesukaran untuk

menyelamatkan nyawa pesakit mahupun bayi dalam kandungan. Pegawai Perubatan yang

terlibat jelas mengakui bahawa usaha menyedarkan wanita tempatan mengenai


85
kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan awal bukanlah sesuatu yang mudah.

Mengikut Dr. J. I. Baeza, sikap malu dan segan di kalangan wanita tempatan untuk
84
CO 716 Report of the Medical and Health Department Kedah and Per/is for the year 1929 by: Dr. 1. I.
Baeza. Alor Setar: Kedah Government Printers. Lihatjuga, SUKIK 115711342 Report ofBoard of Visitors on
Sungai Petani Hospital for the year 1923. Menurut laporan ini, wanita India dari estet sukar dipujuk untuk.
datang ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Keadaan ini hanya dapat diatasi apabila kemudahan
yang sedia ada ditambah. Ini termasuklah peluasan wad wanita serta penyediaan wad bersalin dengan bidan-
bidan yang terlatih. Bidan-bidan terlatih ini dapat melatih bidan untuk estet.
85
CO 716 Report of Medical and Health Department Kedah and Perlisfor the year 1930 by: Dr. Bridges.
1931. Alor Setar: Kedah Government Press.

100
melaporkan masalah kesihatan, terutamanya masalah sakit puan kepada doktor sebagai

salah satu halangan dalam mengurangkan kadar kematian ibu di negeri Kedah. Walau

bagaimanapun, usaha telah dibuat untuk memujuk wanita tempatan mengenai kepentingan

mencegah sesuatu penyakit. Kempen-kempen turut diadakan di rumah bagi memupuk cara

hidup yang sihat. Seterusnya, pada tahun 1930, Child Welfare Association telah ditubuhkan
86
di utara Kedah. Di samping masalah kewangan dan jarak perjalanan yang jauh, wanita

India selalunya mengelakkan rawatan hospital kerana,

"Few husband can look after themselves; there not always a reliable
relative to look after children; and some are even stolen when they get
home; domestic animals go astray, and many women return home
poorer than when they left. " 87

Manakala, kajian W. J. Vickers dan J. H. Strahan pula melaporkan bahawa bekalan

air yang tercemar sebagai salah satu punca utama kematian bayi di negeri Kedah.

Misalnya, masalah infantile diarrhoea dan gastro-intestinal sangat berkait rapat dengan

bekalan air yang tercemar. Selain itu, air yang tercemar juga memungkink:an jangkitan

cacing (hookworm larvae) dan telur Ascaris Lumbricoides. 88 Mengikut kajian tersebut, di

samping penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai, hampir I 0% daripada penduduk di

Kedah bergantung kepada bekalan air sungai. Manakala, hampir 35% daripada penduduk

yang tidak disediakan bekalan air terpaksa bergantung kepada sumber seperti telaga dan air

sungai sebagai jalan penyelesaian. Secara keseluruhannya, hampir 25% daripada penduduk
89
menerima bekalan air yang tercemar untuk kegunaan harian.

86
CO 716 Report of the Medical and Health Department Kedah and Per/is for the year 1929 by: Dr. J. I.
Baeza.
87
Mable Brodie. 193 7. "The Health of Women and Children in Malaya". Journal of the Sanitary Institute.
Vol. LVIII. No.5, him. 310.
88
CO 71 7 13315/90 I Health Survey ofthe State ofKedah (With Special Reference to the Rice
Field Malaria, Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him. 92.
89
Ibid., him. 93-94.

101
4.4. Buruh Wanita dan Aspek Kesihatan

Secara umumnya keadaan ekonomi amat mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan

kanak-kanak. Kemelesetan ekonomi misalnya, menyebabkan ramai buruh kehilangan

pekerjaan serta mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan.

Kesempitan kewangan ini seterusnya mempengaruhi pemakanan ibu dan kanak-kanak. Di

sini, pengambilan makanan yang kurang berkhasiat (kerana tidak mampu untuk membeli

makanan yang berprotein seperti daging dan sebagainya) mempengaruhi tahap kesihatan

serta kematian buruh wanita dan kanak-kanak di estet. Dalam kebanyakan keadaan,

keadaan kewangan yang meleset ini juga menyukarkan usaha pemulihan taraf hidup buruh

di estet. 90

Bebanan kewangan ekoran daripada kelahiran anak memaksa ibu yang baru

bersalin untuk kembali kerja secepat mungkin. 91 Akibatnya, mereka terpaksa berhenti

menyusu bayi yang baru lahir. Keadaan ini mengurangkan peluang kehidupan untuk bayi.

Wanita yang bekerja juga didapati tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap

pemakanan anak-anak mereka. Hal ini lebih ketara semasa pertumbuhan ekonomi, di mana

peluang pekerjaan lebih banyak dan memungkinkan wanita untuk keluar bekerja. Mereka

terpaksa meninggalkan bayi mereka di bawah jagaan orang lain. Secara tidak langsung,

kemampuan bekerja seseorang wanita juga meningkatkan kuasa membeli serta membawa

kepada pemberian susu botol. Hal ini lebih ketara lagi apabila media, industri dan klinik

kesihatan ibu dan bayi banyak mempromosikan susu botol berbanding dengan susu ibu. Di

samping itu, promosi hebat oleh syarikat pengeluar dan pengedar susu lemak manis di

Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19 turut menyumbang kepada penyusuan botol. Dalam

90
CO 716 Report ofthe Medical and Health Department for the year 1930 by: Dr. Bridges. 1931.
Alor Setar: Kedah Government Press.
91
Peranan wanita India yang bekerja di estet merupakan satu isu yang amat signiflkan, yang mana menuntut
mereka memainkan peranan yang berlipat ganda, iaitu sebagai ibu, isteri dan pencari natkah keluarga
sekaligus. Kesan utama penambahan peranan ke atas wanita di estet ialah berhubung dengan perlindungan
kesihatan serta permasalahan ibu mengandung. Untuk maklumat lanjut, lihat, Sarojini Devi Appathurai.
"Socio-economic Aspect of Women Plantation Workers".

102
hal ini, tabiat menyusu dengan susu botol di kalangan wanita Eropah dan wanita golongan

elit menjadi contoh kepada wanita yang kurang mampu walaupun harga susu tin lebih
92
mahal. Ada sesetengah daripada ibu beketja pula menganggap penyusuan ibu adalah

cara tradisional dan penyusuan botollebih canggih.

"All 'Dummies' are seized and destroyed an the spot. A considerable


number of women still use flour and 'sujee ' to augment the feeds in the
hope ofproducing large fat babies. " 93

Manakala bayi yang diberi susu manis (condensed milk) sahaja tanpa vitamin tambahan

menghadapi masalah yang berhubung dengan sistem pernafasan dan cirit-birit. 94

Di samping itu, kejahilan tentang konsep kebersihan serta cara menyuap bayi turut

mempengaruhi kadar kematian bayi. Sebilangan besar daripada orang India di estet

didapati tidak berpendidikan dan mengamalkan amalan yang karut khususnya dalam

pemakanan dan penjagaan bayi. Dalam kebanyakan keadaan, adalah didapati bahawa

mereka mula menyuap nasi, ubi kentang dan makanan berkanji sejak sebulan dari

kelahiran. Pengabaian pemberian susu ibu yang mempunyai nilai khasiat yang tinggi bagi

tumbesaran bayi telah membawa kepada peningkatan dalam kadar kematian bayi. Justeru

itu, peningkatan dalam kadar kematian bayi dan kanak-kanak bagi tempoh 1920-an dan

1930-an sering dikaitkan dengan wanita bekerja serta bentuk penjagaan kanak-kanak. 95

Kajian N. J. Colletta di Pulau Estet96 menunjukkan bahawa upah rendah yang dibayar

92
Mahani Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, him. 200.
93
CO 716 Kedah dan Per/is Annual Report ofthe Medical Department for 1938 by: J. C. Carson, him. 6.
94
Sebilangan besar daripada bayi juga mengalami jangkitan parasit dan cara penyusuan yang tidak betul
menyebabkan hampir 800At daripada pesakit luar mengalami jangkitan cacing. Amalan kebersihan diri dan
rumah. Penurunan dalam penyusuan botol membawa kepada penurunan dalam kadar kematian bayi di bawah
umur empat minggu. Sebilangan besar bayi mati dalam bulan pertama. Lihat, CO 7I 6 Kedah and Per/is
Annual Report ofthe Medical Department/or 1938 by: J. C. Carson, him. 7.
95
Norman G. Owen (edt.). Death and Disease in Southeast Asia, hlm. 263.
96
Kajian N. J. Colletta telah dijalankan di Pulau Estet yang terletak di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu. Matlamat kajian beliau ialah untuk meninjau hubungkait di antara status sosioekonomi dengan
tumbesaran dan perkembangan optimum kanak-kanak serta tahap pengambilan nutrian kanak-kanak di estet.

103
kepada golongan buruh di estet memaksa hampir 80% daripada keluarga_ di estet tersebut

terpaksa bergantung kepada dua pendapatan. Ada kalanya, kanak-kanak dalam umur

persekolahan terpaksa menjadi buruh bagi menambah pendapatan keluarga.

"Owing to the shortage of labourers and to the necessity offamilies


earning as much as possible to be able to buy enough food on most
estates there were gangs ofchildren out on the light work. " 91

Di Kedah, wanita hanya diberi cuti bergaji untuk tempoh sebulan sebelum dan

; sebulan selepas bersalin. Situasi ini membebankan wanita dan mendorong wanita yang

barn bersalin untuk keluar bekerja lebih awal. Mereka terpaksa bekerja untuk tempoh masa

yang agak lama, sedangkan pada tempoh ini mereka memerlukan rehat yang mencukupi. 98

lmplikasinya, ibu bekerja terpaksa bergantung kepada Pusat Penjagaan Anak di estet

ataupun anak-anak yang lebih dewasa di rumah untuk membesarkan anak mereka.

Keadaan pusat asuhan ini didapati sangat sesak dan kotor, di mana sesetengah

daripada pusat ini penuh dengan tikus, lipas dan nyamuk. Situasi ini mendedahkan kanak-

kanak kepada jangkitan penyakit cirit-birit, denggi, dan malaria. Malahan, ketiadaan

stimulasi intelektual seperti alat permainan juga telah menjejaskan perkembangan fizikal

dan mental kanak-kanak. Di samping itu, makanan yang disediakan di pusat-pusat ini pula,

didapati kurang berkhasiat dan tidak bersih. Keadaan ini telah membawa kepada

pembiakan cacing di dalam perut kanak-kanak. 99 Justeru itu, sesetengah wanita bekerja

lebih rela meninggalkan anak-anak mereka di rumah di bawah pengawasan anak-anak

yang lebih dewasa. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan kadar keciciran di

97
SUKJK 413/1947 Annual Report ofthe Labour Department Kedahfor the year 1946, him. 2. Lihatjuga,
N. J.Colletta. The Ecology ofChild Development on Rubber Plantation, him. II.
98
Ibid
99
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, 181.

104
kalangan kanak-kanak India di estet. 100 Hal ini kerana, hampir 32 peratus. daripada kanak-

kanak di estet terpaksa memikul tugas seperti mengasuh adik-beradik serta menjalankan

ketja-ketja rumah semasa ketiadaan ibu mereka di rumah. 101

Memandangkan ketja-ketja di estet bermula awal pagi, ibu bapa tidak dapat

meluangkan masa yang mencukupi untuk menyediakan sarapan pagi. Justeru itu,

kebanyakan kanak-kanak di estetjuga didapati datang ke sekolah tanpa bersarapan ataupun

; mengambil makanan yang tidak mencukupi. Ini menyebabkan mereka hilang tumpuan

terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Status nutrisi yang rendah di

kalangan kanak-kanak di estet mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

"Both malnutrition and subnutrition are serious threats to the ultimate


academic performance of a child, thus mediating force in his ultimate
social status ... Victim of malnutrition or subnutrition is usually sleepy,
inattentive, spiritless, sickly, and lacks initiative in class." 102

Masalah-masalah ini terus berlanjutan sehingga zaman selepas Perang.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak mengalami

kemajuan selepas kemerdekaan. Di antara program yang diperkenalkan adalah seperti,

"Applied Food and Nutrition Project (1969)" dan "National Family Planning Programmes

(1966)". Program Perancangan Keluarga misalnya, diadakan untuk me~aga kebajikan ibu

dan bayi melalui peningkatan kelahiran yang berjarak. Selain itu, langkah-langkah telah

diambil bagi meningkatkan taraf pendidikan wanita, memulihkan taraf sosioekonomi di

samping menawarkan perkhidmatan 'obstetric' ke arah pemulihan kesihatan ibu dan

kanak-kanak.

100
Ibid
101
Suclced Oranges: The Indian Poor in Malaysia. 1989. Kuala Lumpur: INSAN, him. 13.
102
N.J. Colletta. Malaysia's Forgotten People, hlm. 47.

105
BABS

ANTARA MATLAMAT KEUNTUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB:


LANGKAH KERAJAAN KOLONIAL MEMPERTINGKATKAN TAHAP
KESIHATAN BURUH INDIA DI ESTETDINEGERI KEDAR.

5.1. Usaha Kerajaan Kolonial dalam Mempertingkatkan Tahap Kesihatan Buruh


India di Estet

Perkhidmatan kesihatan buruh di estet terbahagi kepada dua kategori. Pertama,

mengadakan pengawalan terhadap sanitasi dan percegahan penyakit. Kedua, wujudnya

" pemerhatian terhadap buruh yang sakit. Umumnya, perkhidmatan kesihatan yang

disediakan di Tanah Melayu semasa pendudukan British dipengaruhi oleh matlamat

ekonomi kapitalis, iaitu keperluan mewujudkan tenaga kerja yang sihat serta mendapatkan

sokongan penduduk bagi memastikan kelangsungan pemerintahan mereka di Tanah

Melayu. Dengan kata lain, perkhidmatan kesihatan telah digunakan sebagai alat ekonomi

dan politik penjajah. Dalam usaha untuk memaksimakan keuntungan, British telah

memeras tenaga mereka dengan bayaran upah yang rendah. Sedangkan, soal kebajikan

mereka kurang diberi tumpuan. Perumahan, kemudahan kesihatan serta kemudahan lain

yang disediakan di estet hanyalah sekadar wujud dan jauh daripada mencukupi. 1 'The

Immigration Enactment 1904' telah menetapkan bahawa penyediaan kemudahan hospital

dan perkhidmatan perubatan kepada buruh di estet adalah tanggungjawab majikan? Ini

diikuti dengan Enakmen Buruh 1908, dan seterusnya Kod Buruh tahun 1912, 1918 dan

1923 serta 'Rump Labour Code 1933'. Di bawah Kod Buruh ini seseorang majikan

dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan yang berikut:

1
Chee Heng Leng. 1982. "Health Status and the Development of Health Services in Colonial State: The
Case of British Malaya ".International Journal ofHealth Services, Vol. 12, hlm. 404.
2
R. N. Jackson. 1961. Immigrant Labour and the Development of Malaya 1786-1920. Kuala Lumpur:
Government Printer, hlm. 132.

106
i) perumahan yang mencukupi dengan keadaan kebersihan yang memuaskan

ii) pengawalan penyakit yang dapat diubati

iii) kehadiran perubatan dan rawatan (termasuklah pengawalan pemakanan di


hospital)

iv) pembekalan ubat-ubatan yang mencukupi

v) pengasuhan bayi dan kanak-kanak

Sungguhpun Kod Buruh seperti Rump Labour Code 1933 mengenalpasti

;; perkhidmatan kesihatan yang teratur, namun ini tidak dapat memastikan kewujudan sistem

penjagaan kesihatan yang sistematik di estet. Sebaliknya, tahun 1930-an memperlihatkan

kemerosotan dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di estet. Hal ini

bertambah teruk lagi semasa pendudukan Jepun. Kehidupan serta keadaan ketja yang daif

ini kemudiannya membuka ruang kepada masalah malnutrisi (daya tahan yang rendah) dan

jangkitan penyakit. Hal ini mempengaruhi kadar kematian populasi di estet. 3

Pada umumnya, Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan semasa pemerintahan

British di Tanah Melayu agak berpecah-pecah. Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan

Negeri-negeri Selat masing-masing mempunyai Jabatan Perubatan (Medical Department)

sedangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu hanya mempunyai Pegawai Perubatan

Negeri (State Medical Officers). Manakala agensi-agensi kerajaan seperti IMR (Institute of

Medical Research) mengupah kakitangan perubatan sendiri. Di sini, mereka yang

mempunyai kepakaran dibayar lebih tinggi. 4 Penubuhan 'Estates Health Commission' pada

tahun 1924 oleh Pesuruhjaya Tinggi (High Commisioner) adalah bertujuan memberi

maklumat tentang kesihatan dan keadaan ketja di estet. Beliau mendapati bahawa tahap

3
Chee Heng Leng. "Health Status and the Development of Health Services in Colonial State", him. 414-
415; R.N. Jackson. Immigrant Labour and the Development of Malaya 1786-1920, hlm. 132.
4
Ibid., hlm. 19.

107
kesihatan buruh India di estet Eropah telah mengalami kemajuan sejak beberapa tahun

dahulu lagi. Ini disebabkan oleh:

i) Pemeriksaan ke atas penyakit, terutamanya penyakit malaria

ii) Tekanan daripada pegawai kerajaan ke atas sesetengah majikan

iii) Pengurangan hutang secara beransur-ansur

Mengikut Joseph Chamberlain (Setiausaha Tanah-tanah Jajahan dari tahun 1895

-; hingga 1903), kuasa imperial mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan tanah-

tanah jajahan. Pada tahun 1920-an misalnya, British telah mengadakan aktiviti-aktiviti

eksplosif (meledak) dalam hal kesihatan. Apabila ancaman penyakit malaria berleluasa

pada 1920-an sebuah Suruhanjaya Siasatan ke atas kejadian penyakit malaria telah

dibentuk pada tahun 1924. Di bawah Suruhanjaya ini, sebuah Badan Pencegahan Malaria

(Anti-Malarial Board) telah ditubuhkan pada tahun yang sama bagi mengurangkan kadar

kematian akibat malaria. 5 Pertubuhan ini telah mengadakan kajian ke atas larva,

penyemburan ubat nyamuk serta sistem perparitan yang teratur telah dilakukan di Hospital

Alor Star, Sungai Petani dan Kulim. Selain itu, pemeriksaan kesihatan telah dilakukan oleh

kakitangan Jabatan Kesihatan dan Sanitasi di estet-estet yang merekodkan kejadian malaria

yang tinggi. Di sini, bimbingan turut diberikan ke arah mengurangkan kadar pembiakan

nyamuk di kawasan perumahan. 6 Sedangkan di estet milik orang tempatan, usaha-usaha

5
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments of Kedahyear 1926 by: Dr. Bridges.
Penang: Criterian Press, him. 5. Untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan malaria di estet dengan
terperinci, lihat, CO 716 Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1930
by: Dr. D. Bridges. Alor Star: Kedah Government Press, him. 7.
6
Ibid. Walau bagaimanapun, kerja-kerja anti-malaria yang tetap tidak dapat dijalankan disebabkan
kekurangan pegawai yang benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja yang sedemikian.

108
sedemikian tidak dijalankan. 7 Namun begitu, dalam kebanyakan kes keadaan kewangan

yang merosot menjadi kekangan kepada usaha-usaha pemulihan. 8

Seterusnya, kempen-kempen diadakan untuk melawan penyakit-penyakit

merbahaya seperti malaria, tibi (tuberculosis), penyakit kelamin dan puru. Badan

Kebajikan Kanak-kanak (Child Welfare Centres) serta Pendidikan Kesihatan diadakan bagi

masyarakat umum sebagai langkah untuk memulihkan tahap kesihatan di estet. Di samping

.~ itu, pertunjukkan filem-filem mengenai kesihatan awam dan pendedahan tentang penyakit

malaria, ankylostomiasis, tuberculosis dan kebajikan kanak-kanak turut diadakan.

Propaganda sedemikian bukan sahaja dibuat kepada masyarakat awam, malahan diadakan

di sekolah-sekolah. 9 Selain itu, usaha-usaha telah dijalankan untuk memperbaiki tahap

sanitasi umum, perumahan, bekalan air dan sistem perparitan. 10 Walau bagaimanapun,

Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1929 telah mengurangkan program dan aktiviti

kesihatan. II

Dalam hal ini, estet-estet yang besar telahpun membina hospital-hospital yang

besar dengan kelengkapan yang terkini. Selalunya hospital yang sedemikian berfungsi

sebagai Hospital Berkelompok yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada sebuah

estet. Sedangkan estet yang kecil pula tidak mempunyai hospital dan hanya mempunyai

7
CO 716 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1928 by:
Dr. Bridges, him. 5.
8
CO 716 Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1930 by: Dr. D.
Bridges. Alor Star: Kedah Government Press, him. 7.
9
CO 716 Report of the Medical and Health Departments Kedah and Per/is for the year 1932 by: J. Gray,
hlm.8.
10
Mable Brodie. 1937. "The Health of Women and Children in Malaya". Journal ofthe Sanitary Institute.
Vol. LVIII. No.5, him. 305-324.
11
CO 717 13315190 I Health Survey ofthe State of Kedah (With Special Reference to the Rice Field Malaria,
Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him. 47. Lihat juga, J. N. Parmer. Kertas
kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and Economic History 1985" telah dibentangkan
dalam Kolokiurn tentang Sejarah Sosioekonomi Malaysia pada 8 Jun hingga 10 Jun, 1985 di Canberra,
him. 1-2.

109
gedung ubat di bawah pengawasan seorang dresar yang tidak berkelayak_an. 12 Bagi tahun

1926 misalnya, daripada 11 orang dresar dari estet, hanya 2 orang lulus ujian dengan
13
mendapat gred ketiga. Beliau hanya dapat melayan aduan-aduan yang kecil dan

kecederaan yang ringan. Di sini, kes-kes yang serius terpaksa dihantar ke hospital-hospital
14
kerajaan yang terdekat. Dalam kebanyakan keadaan kemudahan yang disediakan tidak

selaras dengan keperluan masyarakat estet. Lagipun, kemudahan-kemudahan itu lebih

berbentuk merawat penyakit dan tidaklah berbentuk mencegah atau promotif. Selain itu,

bilangan kakitangan perubatanjuga tidak mencukupi. 15

Selain itu, perkhidmatan perbidanan turut disediakan di estet-estet. Hal ini lebih

ketara selepas tahun 1930-an, iaitu ekoran daripada sekatan yang dikenakan oleh kerajaan

India ke atas kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Justeru itu, kerajaan kolonial

terpaksa memaksimakan tenaga kerja yang sedia ada di estet. Peningkatan dalam kes

kematian (kerana jangkitan semasa kehamilan dan selepas bersalin) telah menyebabkan

kerajaan mempertingkatkan lagi usaha untuk mencegah risiko kematian di kalangan ibu

dan bayi dengan menyediakan perkhidmatan perbidanan. Sebagaimana yang ditegaskan

dalam laporan perubatan tahun 1936, perkhidmatan perbidanan di Kedah jauh ketinggalan

daripada negeri-negeri Melayu lain. Kebanyakan bidan kampong didapati tidak bertauliah.

Manakala, bidan-bidan yang bertauliah pula bebas menawarkan perkhidmatan persendirian

12
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments of Kedah year 1926 by: Dr. Bridges.
Penang: Criterian Press, hlm. 2; V. S. Srinivasa Sastri. 1937. Reprint of Report on the Conditions of Indian
Labour in Malaya. Kuala Lumpur: Federated Malay States Government Press, hlm. 10.
13
Ibid. Justeru itu usaha telah dibuat untuk memberi lebih ceramah kepada dresar. Di kebanyakan estet dresar
dikehendaki mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pegawai perubatan di hospital. Hal ini hanya dapat
dilaksanakan pada bulan September tahun 1926 dan laporannya dihantar kepada Persatuan Peladang Kedah.
Sebanyak sepuluh orang dresar mengikuti kursus dan lima orang daripadanya melalui Ujian Penentuan Taraf
(Dresser's Examination Grade) yang diadakan.
14
Ibid Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Malaysian Medical Association (MMA), ke atas 67 estet
(21 estet yang bersaiz besar, I 0 estet yang bersaiz sederhana dan 36 estet yang bersaiz kecil) di Semenanjung
Malaysia didapati bahawa kemudahan kesihatan di estet yang bersaiz besar lebih baik berbanding dengan
estet yang bersaiz sederhana dan estet yang bersaiz kecil.
15
Untuk mengetahui senarai kakitangan perubatan di Kedah dan Perlis, lihat, SUKJK 267311350 Senarai
Pegawai Eropahyang berkhidmat di Kedah dan Per/is (seperti pada Ihb. Januari 1932).

110
sehingga menguasai aspek perbidanan di negeri itu kerana tiada sebarang kawalan undang-

undang. Sebagai langkah kawalan yang awal, pada tahun 1936 jawatan bidan pelatih

kerajaan diwujudkan dengan tujuan menempatkan lebih ramai bidan kerajaan di kawasan

luar bandar. Selain itu, bidan-bidan pelatih turut diberi latihan di klinik bersalin di Hospital

Besar, Alor Setar. Mereka diajar secara praktikal aspek perbidanan moden yang meliputi

konsep kelahiran yang selamat, penggunaan antiseptik, dan penjagaan sebelum dan selepas

bersalin. 16

Selain itu, penyediaan perkhidmatan Dispensari Bergerak (Travelling Dispensary)

dan Perkhidmatan Dispensari Ambulan Bergerak (Travelling Ambulance Dispensary)

dilancarkan pada tahun 1924 ke arah meningkatkan tahap kesihatan di estet. Seterusnya,

Jawatankuasa Hospital Estet (Estate Hospital Committee) dibentuk bagi membincangkan

serta memberi nasihat tentang hal-hal yang berhubung dengan kesihatan di estet. 17

5.2. Lembaga Kesihatan (Health Board) dan Peranannya dalam Mempertingkatkan


Tahap Kesihatan di Estet

Dalam usaha memelihara serta memantapkan tahap kesihatan di estet kerajaan

kolonial membentuk Lembaga Kesihatan di Kedah pada tahun 1928. 18 Di bawah Skim

Lembaga Kesihatan (Health Board Schemes) kawasan estet yang luasnya melebihi 70

relong termasuk dalam Skim Lembaga Kesihatan bagi lawatan perubatan dan

perkhidmatan hospital. Jumlah kawasan di bawah Skim Jabatan Kesihatan pada

penghujung tahun 1932 adalah sebanyak 285, 975 relong. 19 Di negeri Kedah, peruntukan

16
Mahani Musa. 2005. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, him. 222.
17
CO 71611499 The Annual Report ofthe Adviser to the Kedah Government 1342 A.H. (141h. August 1923-1
August 1924) by: W. Peel, him. 8.
18
J. N. Parmer. 1990. "Estate Workers Health in the Federated Malay States in the 1920s". Dim. Peter J.
Rimmer and Lisa M. Allen. The Underside of Malaysian History. Singapore: Singapore University Press,
him. 192.
19
SUKIK 2933/1349 Health Board's Duties and Powers,for the year 1931.

111
bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah sepertimana yang tertera dalam perkara

nombor 48 dalam Enakmen Kedah. 20 Skim Lembaga Kesihatan ini mensyaratkan bahawa

buruh yang bekerja di estet yang melebihi 70 relong (atau 50 ekar) mesti disediakan

dengan kemudahan hospital dan perkhidmatan kesihatan. 21 Keutamaan kepada Rancangan

ini dimulakan oleh Persatuan Berkelompok (Group Association) yang ditubuhkan untuk

tujuan tersebut. Akan tetapi, masih terdapat estet-estet yang tidak menyediakan

perkhidmatan perubatan yang paling asas seperti perkhidmatan dresar. 22 Di antara tugas

dan tanggungjawab Lembaga Kesihatan adalah seperti yang berikut:

1. Menyediakan kemudahan kesihatan dan pegawai perubatan yang mencukupi.

u. Mengatur lawatan perubatan dengan kerap ke estet-estet dan tempat kerja.

111. Mengadakan langkah pencegahan penyakit dan bertanggungjawab penuh terhadap


kawasan di bawah lingkungan operasi.

tv. Memastikan wujud kemudahan hospital yang mencukupi, peralatan, kakitangan


serta seorang pegawai perubatan yang berkelayakan untuk melawat hospital dan
estet-estet. Dalam hal ini, Lembaga Kesihatan bertanggungjawab untuk
memastikan buruh yang sakit dihantar ke hospital dengan kadar segera serta
mengendalikan langkah-langkah pencegahan malaria dengan berkesan.

v. Doktor yang ditugaskan oleh Lembaga Kesihatan pula dikehendaki melaporkan


kejadian-kejadian di mana majikan melanggar undang-undang yang ditetapkan
serta memastikan mereka diadili mengikut undang-undang. 23

Laporan yang dibuat oleh Lembaga Kesihatan pula dapat menunjukkan tahap

kesihatan buruh dan keadaan sanitasi di estet-estet. Di samping itu, laporan tersebut juga

mengandungi cadangan-cadangan yang dibuat oleh doktor bagi memperbaiki tahap

kesihatan di estet. Dalam banyak keadaan, cadangan-cadangan ini membantu Jabatan

Kesihatan dan Jabatan Buruh untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah. Pada

penghujung tahun 1932, wujud kecenderungan di kalangan pemilik-pemilik estet untuk

20
SUKIK 20411947 Annual Report ofKedahfor the year 1947.
21
SUKJK 42611356 Annual Report ofthe Labour Department Kedahfor the year 1934.
22
SUKJK 98911368 Annual Report ofthe Labour Department Kedahfor the year 1948.
23
SUKJK 86211350 Minutes Meetings ofthe Kedah Health Board during 1931.

112
menyertai Persatuan Berkelompok (Group Associations) supaya dapat memanfaatkan

Hospital Berkelompok bagi merawat buruh-buruh mereka. Secara tidak langsung,

penubuhan Lembaga Kesihatan menyedarkan pemilik-pemilik estet tentang tanggungjawab

mereka terhadap kesihatan buruh serta kepentingan menghantar buruh-buruh yang

memerlukan rawatan ke hospital dengan kadar segera. 24

Pada masa yang sama, Lembaga Kesihatan juga memberi kelonggaran kepada

sesetengah estet untuk mengupah doktor yang mereka sukai dan bukannya doktor daripada

Lembaga Kesihatan. Ak:an tetapi, sama ada doktor persendirian itu dipilih oleh Lembaga

Kesihatan ataupun estet itu sendiri, namun bayaran upah kepada doktor tersebut hendaklah

dibuat oleh estet berkeilaan. Walau bagaimanapun, Lembaga Kesihatan masih dapat

bertindak tegas dalam memastikan bahawa majikan estet mematuhi setiap undang-undang

yang ditetapkan dan membuat laporan terhadap majikan yang enggan mematuhi peraturan.

Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap undang-undang yang ditetapkan,

Lembaga Kesihatan akan memastikan pihak majikan diadili mengikut undang-undang. 25

Secara umumnya, Lembaga Kesihatan di negeri Kedah berbeza daripada Lembaga

Kesihatan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, di mana Lembaga Kesihatan di Kedah

dirangka tanpa merujuk kepada Enakmen Lembaga Kesihatan Pusat. 26 Lembaga Kesihatan

ini bertanggungjawab penuh terhadap tahap kesihatan penduduk di kawasan yang terletak

dalam lingkungan pengaruhnya. Untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki pula,

Lembaga Kesihatan mengupah pakar rujuk perubatan dan mereka dibayar oleh Lembaga

Kesihatan itu sendiri. Di sini, kerajaan Kedah memberi kuasa kepada Lembaga Kesihatan

24
SUKJK 116711351 Annual Report ofthe Kedah Health Boardfor the year 1932, him. 5.
25
Ibid, him. 7.
26
SUK/K 86211350 Minutes ofMeetings ofthe Kedah Health Board during 1931, him. 2.

113
untuk memastikan tahap kesihatan di semua estet. Hal ini kerana terdapat kesukaran untuk

mendapatkan pegawai atau doktor untuk berkhidmat.

Selain itu, Lembaga Kesihatan (Health Board) juga mempunyai hak untuk

menuntut kemudahan yang mencukupi di setiap estet. Taraf perkhidmatan perubatan yang

diterima oleh masyarakat estet pula bergantung kepada doktor yang bertugas. Untuk itu,

doktor yang ditugaskan mestilah membebaskan diri daripada kepentingan ekonomi. Beliau

,i seharusnya mengikut kecenderungan semulajadi untuk memberi perkhidmatan terbaik

kepada pesakit mahupun majikan. Mengikut Dr. Bruce-Cross, skim tersebut hanya dapat

berfungsi dengan berkesan sekiranya terdapat persefahaman antara Lembaga Kesihatan,

Jawatankuasa Hospital Estet dan doktor yang terlibat. 27 Sehingga 1910, keadaan ke.rja serta

kehidupan di estet adalah tanggungjawab Jabatan Buruh (Labour Department) sungguhpun

pegawai perubatan mengawasi keadaan di estet bersama dengan pegawai pelindung buruh

(Protector of Labour) dan Indian Immigration Agent bagi memastikan kewujudan langkah-
)
langkah kesihatan dan kebersihan di estet. 28

Berhubung dengan kes kematian di estet, Pengerusi Persatuan Peladang Kedah

telah mencadangkan supaya kesemua kematian di estet hendaklah dilaporkan kepada polis.

Seterusnya, dengan bantuan pegawai perubatan yang berkenaan polis hendaklah

bertanggungjawab ke atas mayat serta memastikan pegawai tersebut mengeluarkan surat

kematian setelah menjalankan pemeriksaan yang teliti?9 Di bawah seksyen 57 dalam Kod

buruh, setiap pengurus estet dikehendaki bertanggungjawab penuh untuk melaporkan

setiap kematian buruh serta kepergantungan mereka di estet masing-masing. Di sini,

27
/bid, him. 1-3.
28
Ibid.
29
SUKJK 267411350 Minutes Meeetings ofthe Central Committee ofKedah Planters Association during
1932, him. 4.

114
Pegawai Perubatan yang berdaftar di bawah Persatuan Perubatan British seharusnya

menandatangani surat kematian buruh apabila beliau dikehendaki berbuat sedemikian.

Sebaliknya, bagi kes-kes tertentu yang mana beliau tidak dapat menurunkan tandatangan,

beliau hendaklah melaporkan kepada polis bagi tindakan lanjut. 30

Manakala, Doktor Berkelompok (Group Doctor) yang ditugaskan oleh Lembaga

Kesihatan pula bertanggungjawab untuk: memastikan perjalanan kerja-kerja yang

.; berhubung dengan pencegahan dan rawatan bagi buruh yang sakit dari estet. Seterusnya,

memastikan buruh yang sakit dihantar ke hospital dengan segera. Pegawai perubatan yang

ditugaskan mewakili para pekeija estet dalam melaporkan segala kelemahan serta

ketidakpuasan terhadap majikan. Di bawah Enakmen Lembaga Kesihatan, seseorang

pegawai kesihatan dikehendaki mendapatkan laporan kesihatan daripada estet dan

mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memelihara kesihatan serta

keselamatan di estet. Beliau juga menyediakan rancangan-rancangan untuk memperbaiki

tahap kesihatan di mana-mana bahagian dalam kawasan yang mempunyai Lembaga

Kesihatan. 31 Langkah-langkah yang sedemikian turut diperluaskan ke kawasan

pendalaman.

Di samping Lembaga Kesihatan, Jabatan Buruh turut merangka Kod Buruh 1923

yang mempunyai sebelas bahagian dengan 28 bab. Bahagian VIII dalam Kod Buruh adalah

mengenai kepentingan buruh di estet, iaitu enakmen tentang Perlindungan Kesihatan

(Protection of Health). Enakmen ini sangat penting kerana ia memberi mandat kepada

kerajaan dari segi menetapkan taraf perumahan, kemudahan hospital, kesihatan, bekalan

30
Ibid
31
SUKJK 2933/1349 Health Board's Duties and Powers.for the year 1931.

115
air dan sanitasi yang perlu disediakan di tempat pekerjaan khususnya di estet. 32 Di sini,

fungsi utama Jabatan Buruh adalah mengawasi dan menyelia imigrasi buruh, keadaan

kerja, keadaan kesihatan, penempatan serta perbalahan antara majikan dengan pekerja,

pengumpulan data yang berkaitan dengan kedatangan serta kepulangan, bilangan buruh

yang berkerja di estet, kelahiran dan kematian dan maklumat lain yang berkaitan dan

bukan sekadar menangani perhubungan antara kerajaan dan majikan di perladangan. 33

Umumnya, Jabatan Buruh di Tanah Melayu ditubuhkan sebagai langkah untuk mengawal

tindak-tanduk majikan, khususnya di estet dan Iuar bandar bagi melindungi kepentingan

buruh serta memastikan mereka mendapat layanan serta perkhidmatan yang cekap.

Dalam hal ini, bidang kuasa Jabatan Buruh diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu

Tidak Bersekutu pada awal 1925. Pegawai Buruh sepenuh masa di negeri Kedah, Pedis

dan Johor serta Pegawai Pentadbir separuh masa di Kelantan dan Terengganu

bertanggungjawab secara langsung kepada Pengawal Buruh di Kuala Lumpur. 34 Pada

tahun 1938, Jabatan Buruh telah mempunyai sembilan orang pegawai British sepenuh

masa di seluruh Tanah Melayu. 35

5.3. Halangan dan Cabaran dalam Mempertingkatkan Tahap Kesihatan Buruh India
di Estet di Kedah

Sungguhpun pihak kolonial menyedari kepentingan mewujudkan tenaga kerja yang

sihat di estet bagi memaksimakan keuntungan ekonomi dan mengambil langkah-Iangkah

ke arah meningkatkan tahap kesihatan di estet sepertimana yang telah dibincangkan

sebelum ini, namun masih terdapat halangan dan cabaran dalam menangani soal kesihatan

32
J. N. Parmer. 1960. Colonial Labour Policy and Administration: A History ofLabour in the Rubber
Plantation Industri in Malaya 1910-1941. New York: J. J. Augustin, him. 118.
33
Ibid., hlm. 140.
34
J. N. Parmer. Colonial Labour Policy and Administration, hlm. 133.
35
Ibid, hlm. 134.

116
di estet. Awal tahun 1921 misalnya, terdapat kekurangan bilangan pegawai perubatan

Eropah sepertimana yang berlaku dalam tahun sebelumnya. Sehingga Dr. A. L. Hoops

(State Surgeon) balik dari cuti pada Oktober 1920, Dr. Smart merupakan satu-satunya

pegawai Eropah yang bertugas di negeri Kedah dan beliau dibantu oleh Dr. Nicholas.

Setelah beliau ditukarkan, jawatan beliau diganti oleh Dr. Fox (Ketua Pegawai Perubatan)

untuk tahun-tahun yang berikutnya. Di samping itu, penempatan pegawai-pegawai secara

sementara telah dibuat di daerah Kulim dan Sungai Petani. 36 Walau bagaimanapun,

) penubuhan Cawangan Kesihatan dalam Sahagian Perubatan di bawah pengawasan

Pegawai Eksekutif Utama (Senior Exercutive Officer) pada tahun 1911 telah membawa
,.
kepada kemajuan dalam kemudahan dan kakitangan. Penempatan Dr. Fox telah membawa

peningkatan dalam pengawasan serta bilangan hospital, sama ada Hospital Berasingan

ataupun Hospital Berkelompok. 37 Bagi tahun 1924, langkah-langkah pemulihan kesihatan

tergendala kerana tidak mempunyai Pegawai Kesihatan atau "Inspector" yang

berkelayakan penuh. Dengan kata lain, sepertimana yang telah dibincangkan di atas

kekurangan tenaga keija perubatan yang berkelayakan masih merupakan satu halangan

besar dalam usaha-usaha pemulihan tarafkesihatan di estet-estet di negeri Kedah. 38

Seterusnya dalam hal kesihatan di estet, walaupun Enakmen Buruh menggariskan

tugas pembinaan hospital sebagai tanggungjawab pihak estet, namwi dalam kebanyakan

keadaan estet terlalu kecil untuk menanggung bebanan tersebut. Mereka lebih bergantung

36
SUK/K 331/40 Annual Report ofthe Medical Department for the year 1921, hlm. 6.
37
Ibid
38
CO 716 The Annual Medical Report ofthe Medical and Health Departments, Kedahfor the year 1342 A.
H. (141h August, 1923- Jst August, 1924) by Dr. D. Bridges. 1925. A/or Setar: Kedah Government Press.
Lihat juga, SUK/K 38011347 Report ofCentral Kedah Hospitals Visiting Board on Sungai Petani and Kuala
Keti/ Hospitals for the year 1928. Bilangan kakitangan hospital tidak mencukupi untuk menguruskan pesakit
yang semakin bertambah. Manakala, kemudahan di wad wanita dan kanak-kanak didapati serba kekurangan
dan keadaan wad agak sesak. Lihat juga, SUKIK 1157/1342 Report of Board of Visitors on Sungai Petani
Hospital for the year 1923. Menurut laporan ini, seorang pegawai perubatan diharapkan melakukan kesemua
kerja-kerja Lembaga Kesihatan di Sungai Petani, Kuala Ketil dan Baling pada masa yang sama. Hal ini akan
menjejaskan kualiti perkhidmatan yang dapat disediakan kepada pesakit.

117
kepada Hospital Berkelompok untuk menguruskan buruh-buruh yang sakit. Malangnya,

kemudahan hospital yang ditawarkan hanya dapat menampung sebanyak 2% daripada

buruh, di mana hanya terdapat lima katil untuk 250 buruh. Lagipun, lokasi Hospital

Berkelompok selalunya terletak agak jauh dari estet dan hal ini menyukarkan buruh di

estet. Dalam kebanyakan keadaan pihak hospital terpaksa menguruskan pesakit yang ramai

sehingga berlakunya kesesakan. Manakala, kelayakan pegawai perubatan yang merawat

pesakit pula masih boleh dipersoalkan. 39 Pegawai Kesihatan (Health Officer) yang

J sepatutnya menjaga keadaan keija, kehidupan, serta kesihatan supaya mematuhi peraturan

kerajaan selalunya tidak berbuat sedemikian. Seterusnya, Pegawai Kerajaan yang

r ditugaskan untuk melindungi kepentingan buruh pula selalunya tidak mengambil tahu

keterbelakangan sosioekonomi mereka. 40

Selain itu, kelewatan dalam melaporkan sesuatu kes di hospital disebabkan jarak

yang jauh di antara hospital dengan keluarga dan saudara mara juga menjadi halangan

dalam usaha memantapkan kesihatan di estet. Dalam hal ini, hospital milik peladang Asia

tidak mempunyai peraturan yang menuntut mereka menghantar buruh yang sakit ke

hospital. Sedangkan di estet milik Eropah majikan terikat kepada peraturan yang

digariskan oleh Lembaga Kesihatan dan Jabatan Buruh agar kebajikan buruh diberi

keutamaan. 41 Sekiranya terdapat buruh yang sakit, majikan dikehendaki merujuk pesakit

berkenaan ke hospital yang terdekat. Akan tetapi, dalam kebanyakan keadaan pesakit

dihantar ke hospital dalam keadaan yang kronik. 42 Buruh dari estet-estet yang terletak agak

jauh dari hospital kerajaan terutamanya dari Kedah Selatan mengalami kesukaran untuk
39
Lenore Manderson. 1996. Sickness and the State. New York: Cambridge Universiti Press, him. 144-145.
40
Gunawan, Basuki and Rabeendra Raghavan. Plight ofthe Plantation Workers in West Malaysia, With
Sfecial Reference to Indian Labour. Amsterdam: University Van Amsterdam, hlm. 26.
4
Sungguhpun demikian, masih terdapat kes-kes di mana pihak majikan mengabaikan tanggungjawab
mereka sehingga terdapat aduan-aduan daripada pekerja. Lihat, SUKIK 380/1347 Report of Central Kedah
Hospitals Visiting Board on Sungai Petani and Kuala Ketil Hospitals for the year 1928, him. 2.
42
CO 71711499 Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of the State Kedah 1931-
1936 by: J.D. Hall; CO 717 50120041 Report ofMedical and Health Department for the year 1925, him. 30.

118
43
mendapatk:an perkhidmatan perubatan. Hal ini kerana jarak perjalanan yang jauh serta

kos perjalanan yang agak mahal. Justeru itu, wujud kes-kes pesakit yang tidak dilaporkan

kecuali mereka dimasukkan ke hospital. 44 Sebilangan besar pesakit meninggal dunia di luar
45
hospital. Dalam kebanyakan kes, punca kematian tidak dikenalpasti secara profesional.

Ramai majikan, terutamanya daripada estet-estet kecil tidak menghantar laporan tentang

rekod-rekod kematian, kecederaan dan sebagainya. Pegawai-pegawai perubatan yang

mengadakan lawatan ke estet mendapati data-data yang sedia ada tidak menggambarkan

~~ keadaan sebenar tentang kejadian penyakit.46 Di samping itu, amalan kepercayaan karut

dalam mengubati sesuatu penyakit dengan ubatan tradisional masih berleluasa di kalangan

masyarakat India di estet. Mereka tidak begitu yakin dengan langkah-langkah kesihatan

barat. Adakalanya, pemilik atau pengurus estet enggan merawat pesakit kerana menelan

kos yang tinggi. Hal ini adalah bertentangan dengan matlamat pihak penjajah, iaitu

mengaut keuntungan maksimum dengan kos pengeluaran yang paling minimum. Justeru

itu, apabila seseorang pekerja itu didapati sakit dan tidak produktif, kerajaan kolonial

memutuskan untuk menghantar pulang ke India. 47 Situasi ini membawa kepada kadar

kematian yang tinggi di estet.

43
SUKIK 331140 Annual Report ofthe Medical Department for the year 1921, him. 6.
44
J. N. Panner. "Estate Workers Health in the Federated Malay States in the 1920s". Dim. Peter J. Rimmer
and Lisa M. Allen. The Underside of Malaysian History, him. 181.
45
CO 717 50120041 Annual Report ofMedical and Health Department for the year 1925, hlm. 29.
46
Ibid
47
J. N. Panner. "Estate Workers Health in the Federated Malay States in the I 920s", him. 149. Di samping
buruh yang sakit, golongan tua yang tidak mampu bekerja turut menjadi sasaran pihak pengurus estet.

119
I
I
Tambahan pula, perkhidmatan perubatan yang serba kekurangan48 di estet

menyebabkan sesetengah peketja terpaksa mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada

hospital kerajaan atau klinik swasta yang berdekatan. Namun, dalam kebanyakan keadaan

estet ( MAPA49 dan bukan MAPA) terletak agak jauh dari hospital kerajaan dan klinik

swasta, iaitu antara 10-19 km dan adakalanya lebihjauh sehingga 20 km hingga 50 km. Di

sini, walaupun Rump Labour Code 1933 mensyaratkan supaya majikan menyediakan

perkhidmatan pengangkutan dan membayar kos perubatan buruh, namun secara realiti

majikan tidak berbuat demikian. Hal ini menyukarkan buruh di estet untuk mendapatkan

rawatan perubatan. 50 Di sini, buruh yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di luar

kawasan perladangan pula tidak dibayar upah untuk hari yang berkenaan. Jikalau ingin

menuntut upah mereka perlu mendapat pengesahan daripada pihak pengurus estet

berkenaan. Sikap majikan yang sedemikian rupa menghalang peketja daripada

mendapatkan perkhidmatan perubatan walaupun mengalami kesakitan. 51

Manakala, kaum ibu India yang menjadi buruh di estet pula menghadapi kesukaran

untuk mendapatkan perkhidmatan pre-natal dan ante-natal klinik kerajaan yang

berdekatan memandangkan klinik terse but hanya dibuka pada waktu pagi. 52 Justeru itu,

48
Lihat, SUKIK 1157/1342 Report oh Board of Visitors on Sungai Petani Hospital for the year 1923.
Menurut laporan ini wad yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah.
Terdapat pesakit yang baring di bantai tanpa kelambu. Manakala, wad wanita pula didapati terlalu sesak.
Hasil lawatan Pegawai Perubatan didapati bahawa pesakit phthysis, kelamin, disentri dan kes-kes bersalin
berada dalam wad yang sama. Manakala, dalam beberapa kes tiga orang pesakit berkongsi katil yang sama.
Selain itu, dalam wad malaria juga masih terdapat pesakit_yang baring di simen kerana kemudahan katil tidak
mencukupi. Lihat juga, SUKIK 118511347 Report of Boardfor Visiting Hospitals, North Kedah on A/or Star
Hospital. Terdapat aduan dari pesakit Tamil tentang makanan yang tidak mencukupi. Peraliran udara di bilik
bedah tidak mencukupi serta kelambu di wad penyakit beljangkit berada dalam keadaan yang tidak
memuaskan.
49
Estet-estet yang menjadi ahli kepada Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (Malaysian Agricultural
Producers Association) dan bukan ahli.
50
Selvakumaran Ramachandran. 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala Lumpur: Abdul Majid
Publication, him. 178.
51
Ibid. Lihat juga, SUKIK 38011347 Report of Central Kedah Hospitals Visiting Board on Sungai Petani
and Kuala Ketil Hospitals for the year 1928, him. 2. Sebilangan besar daripada buruh India dan Cina
menunjukkan bahawa kebanyakan majikan tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya.
52
Ibid., him. 179-180.

120
perkhidmatan ante-natal di Hospital Kerajaan hanya dapat dimanfaatkan oleh penduduk

estet yang terdekat. Manakala, wanita dari estet-estet di kawasan pendalaman tidak dapat

menikmati kemudahan yang sedemikian. Justeru itu, ibu yang dimasukkan ke wad

seringkali didapati menghidapi komplikasi yang berhubung dengan anak dalam

kandungan. Malahan, wanita mengandung juga seringkali mengalami sembelit, jangkitan

cacing dan permasalahan yang lebih serius. 53

Selain itu, keadaan hospital yang serba kekurangan turut menjadi halangan dalam

meningkatkan tahap kesihatan buruh di estet. Keadaan wad disentri di Hospital Kuala Ketil

di Kedah misalnya didapati kurang memuaskan. Di mana keadaannya agak kotor dan

gelap, bekalan air tidak mencukupi, serta keperluan memperbaharui kelambu agak terdesak

di sesetengah tempat. Selain itu, bilangan kakitangan hospital juga tidak mencukupi untuk

menangani pesakit yang semakin bertambah. Bagi kes penyakit betjangkit pula tiada wad

yang berasingan. Malahan, terdapat aduan daripada pesakit India dan Cina mengenru.

majikan yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka. 54 Ini termasuklah mengenai

makanan yang disediakan serta layanan yang diberi oleh kakitangan hospital. Seterusnya,

kekurangan kemudahan seperti katil pesakit di Hospital Alor Star menyebabkan sebilangan

buruh terlantar di atas lantai. 55 Manakala, sesetengah estet pula hanya mempunyai

bangunan sahaja tanpa kakitangan. 56 Dalam kebanyakan keadaan, dresar merupakan

kakitangan perubatan yang kerap ditemui di estet. Beliau mendiagnosis jenis penyakit serta

memberikan ubat. Semasa ketiadaan doktor, beliau memutuskan sama ada seseorang

pesakit itu perlu dihantar ke hospital kerajaan ataupun tidak. Seringkali beliau dianggap

53
CO 716 Report of the Kedah Medical and Health Departments, Kedah and Per/is 1348 (9 June to 31
Disember 1929) by: J. l Baeza, hlm.5.
54
SUK/K 38011347 Report of the Central Kedah Hospital Visiting Board on Sungai Petani and Kuala Ketil
Hospitalfortheyear 1928, him. 2-3.
55
SUK/K 118511347 Report ofBoardfor Visiting Hospital, North Kedahfor the year 1928
56
Ibid.

121
sebagai tulang belakang kepada perubatan di estet. Pada tahun 1924, dilaporkan hampir

50% daripada dresar tidak menjalani sebarang latihan. Pengetahuan mereka tentang

penyakit dan ubat-ubatan jauh daripada pengalaman beliau. Kebanyakan mereka juga

didapati gagal dalam peperiksaan yang dianjurkan oleh kerajaan. 57 Dalam kebanyakan

keadaan, dresar yang diupah tidak berkelayakan dan hanya mampu merawat kecederaan

yang kecil. Manakala, kes-kes yang kronik pula terpaksa merujuk kepada hospital kerajaan

yang selalunya terletak jauh dari estet. 58 Di sesetengah estet beliau turut menjalankan

~ tugas-tugas lain seperti konduktor dan kerani pada masa yang sama. Keadaan ini

menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. Pada masa yang

Sa{Ila, terdapat juga estet-estet yang gagal mengupah dresar. 59

Selain itu, ketiadaan rancangan khas untuk melindungi buruh estet juga merupakan

satu halangan dalam menangani hal kesihatan di estet di Kedah. 60 Perangkaan mengenai

kesihatan estet bagi tahun 1925 misalnya, dikira berdasarkan laporan daripada 251 estet

secara teratur. Estet yang diurus oleh orang Eropah beijwnlah 70 buah dan kebanyakan

buruh terdiri daripada orang IndiaY Manakala, kebanyakan buruh di estet milik orang

tempatan terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Hasil laporan mengenai keadaan buruh

dihantar kepada Jabatan Buruh dan bukannya Lembaga Kesihatan. Hasil laporan telah

membuktikan bahawa kadar kematian buruh Cina dan Melayu di estet lebih rendah jika

dibandingkan dengan buruh India. Di sini, daerah-daerah yang mempunyai populasi India

yang tinggi merekodkan kadar kematian yang tinggi berbanding dengan daerah lain. 62

Dalam hal ini, syarikat-syarikat perladangan tidak sanggup mengupah pegawai perubatan
57
Ibid
58
J. N. Parmer. "Estate Workers Health in the Federated Malay States in the 1920s", him. 146.
59
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint ofReport on the Conditions ofIndian Labour in Malaya, him. 10.
6
61
° CO 717 5012004I Annual Report of Medical and Health Department for the year 1925, him, 30.
Kebanyakan estet milik Eropah terletak di bahagian Tengah (40) dan Selatan (34) Kedah berbanding
dengan bahagian utara (9). Lihat, CO 7I 614 Annual Report of the Medical Department of Kedah and Per/is
for the year 1937 by: J. Portelly.
62
SUKJK 29661I 350 Returns ofBirths and deaths in Kedah for the year I 932.

122
..; swasta sehingga mereka pasti dengan keduduk:an mereka. Pada tahun 1925 misalnya,

hanya sebanyak 12 estet sahaja diletak di bawah pengawasan seorang pegawai swasta, iaitu
63
Dr. Clarke. Ekoran daripada ketiadaan sebarang rancangan kesihatan yang berasingan

bagi menjaga kesihatan buruh di estet serta kekurangan pengawasan perubatan di estet,

sebilangan besar darlpada kematian berlaku dalam 48 jam kemasuk:an ke hospital untuk

tahun tersebut. 64

Dalam membincangkan hal kesihatan di estet, kekurangan kemudahan asas

menambahburuk:kan lagi masalah kemiskinan pekerja estet. Hal ini turut menjadi halangan

dalam meningkatkan tahap kesihatan di estet. Kemudahan-kemudahan asas walaupun

wujud, namun pada kadar yang paling minimum sah£Ya. Kemudahan perumahan misalnya

tidak sepadan dengan ahli keluarga yang ramai, iaitu secara purata enam orang dalam

sebuah keluarga. Di samping itu, kemudal1an sekolah pula hanya terdapat di sebilangan

kecil estet. Dalam kebanyakan keadaan, kemudahan persekolahan seperti bilik darjah,

peralatan serta persekitaran sekolah kurang memuaskan. Pencapaian akademik yang

rendah menyebabkan kadar keciciran yang tinggi di kalangan murid-murid. Keadaan ini

menjadi halangan kepada mobiliti sosioekonomi pekerja India di estet. 65 Darl segi

pemakanan pula, kemampuan kewangan yang rendah mempengaruhi diet harlan mereka.

Kos pengangkutan ke hospital kerajaan yang selalunya terletak jauh daripada estet akan

menghadkan jumlah perbelanjaan untuk pemakanan harlan. Justeru itu, dalam kebanyakan

keadaan mereka terpaksa fikir dua kali untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

63
CO 717 50/20041 Report ofMedical and Health Department for the year 1925, him. 29-30.
64
CO 7I 7 50/I 5554 A Report ofHealth Department Kedah 1925. Alor Setar: Kedah Government Press.
65
J. N. Panner. Kertas kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and Economic History 1985",
him. 26.

123
Manakala, bekalan air yang disediakan pula kurang memuaskan dari seg1 kualiti dan

kekerapan penyediaan masih kurang memuaskan. 66

Mengikut Tee Ee Siong, masalah kemiskinan ini dapat ditinjau dari dimensi

kesihatan dan pemakanan. Kekurangan makanan berkhasiat dan malnutrisi adalah

disebabkan oleh masalah kemiskinan. Pendapatan rendah mempengaruhi perbelanjaan

untuk bahan makanan dan seterusnya mempengaruhi corak pemakanan dan kesihatan.

Malnutrisi67 ini berleluasa di kalangan buruh estet yang berpendapatan rendah dan

mempunyai hubungan erat dengan kesihatan, kekurangan daya tahan terhadap penyakit,

kadar kematian, produktiviti tenaga ketja serta status peketjaan yang rendah. 68 Sepertimana

yang telah dibincangkan sebelum ini, kadar upah yang rendah merupakan punca utama

kepada kemiskinan di estet. Kadar upah69 sebenar peketja estet didapati turun walaupun

daya pengeluaran sektor estet meningkat. Pulangan kepada buruh yang diupah semakin

kecil walaupun pada umumnya sektor estet mengaut keuntungan yang besar. Dalam hal

ini, pendapatan buruh tidak mempunyai kaitan langsung dengan turun-naik harga barangan

dan daya pengeluaran. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakpuasaan di kalangan buruh

di estet dan seterusnya telah membawa kepad.a penentangan terhadap majikan dalam

bentuk mogok, terutamanya di bahagian Tengah dan Selatan Kedah. 70 Menurut P.

Ramasamy,

66
Ibid
67
SUKIK /2441/353 Statistical Report on the Work Amongst Women and Children in A/or Star during 1353
by Lady Medical Officer, Kedah. /934. Secara umum tahap nutrisi buruh wanita dan isteri buruh kurang
memuaskan.
68
Tee Ee Siong. 1988. "Kemiskinan: Dimensi Kesihatan dan Pemakanan. Dim. Chamhuri Siwar dan Mohd.
Haflah Piei (edt.). Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 13. Menurut beliau, pemakanan dikatakan sebagai petunjuk
sosioekonomi yang mencerminkan darjah kemiskinan.
69
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar upah buruh India di estet, lihat bab 2, hlm. 38 dalam tesis ini.
70
Leong Yee Fong. 1999. Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya /930-1957: A Study ofthe Sosio-
Economic and Political Bases ofthe Malayan Labour Movement. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,
him. 165. Penentangan di estet-estet di Tengah dan Selatan Kedah bagi menuntut kenaikan upah dan keadaan
kerja yang lebih baik. Mogok di Harvard dan Dublin estet melibatkan 5,000 pekerja dan berlanjutan sehingga
6 minggu. Buruh menuntut kenaikan upah serta beras pasar gelap dengan kadar harga yang rendah. Mogok

124
•.•
'
'

"The Deputy Commissioner of Labour for Kedah and Per/is reported


that labour unrest in the two states arose from the fact that wages
were far below the UPAM rates." 71

Pada umumnya, mogok di estet milik Eropah bermula pada tahun 1946. Pada bulan

Jun mogok tersebar ke estet di Bahau, Batak Rabit, Sungai Siput, Klang and Telok Anson.

Pada bulan Julai tersebar ke Guala dan Dublin Estet dan pada Ogos tersebar ke Gedong.

Lebih daripada 4,000 pekeija bermogok di Kedah. Sesetengah daripada mogok ini

berterusan hampir dua hingga tiga bulan. Kebanyakan daripada belia di estet adalah ahli

Thondar Padai (Indian Youth Volunteers Corps). Sebaik sahaja Jepun berundur, Thondar

Padai telah menunjukkan minat terhadap soal kebajikan pekeija estet. Pergerakan ini

bermatlamat membawa perubahan dari segi pakaian, kehidupan, sanitasi dan amalan yang

lain. 72 Pejuang Thondar Padai berusaha mencapai keadaan kehidupan yang lebih baik serta

memperbaiki kedudukan masyarakat India di estet. Tumpuan khusus adalah masalah

minum todi yang dianggap sebagai salah satu punca kemiskinan di kalangan buruh India.

Belia India memainkan peranan aktif dalam menyekat amalan minum todi, memperbaiki

tahap kesihatan, menyelesaikan masalah perkahwinan serta masalah lain. 73 Pergerakan ini

kemudiannya berubah menjadi lebih militan dalam menuntut kenaikan upah bagi

menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. 74

bermula di estet Kuala Ketil, kemudian tersebar ke estet Henrietta, Pelam, Bukit Sembilan, Srukam, Sungai
Puntar dan Toh Pawang.
71
P. Ramasamy. 1994. Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular Malaysia. Kuala
Lumpur: Oxford University Press, hlm 69-70. Lihatjuga, Indian Daily Mail, 6, 10, dan 13 September 1947.
Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah penubuhan Jabatan Buruh dan perjuangan buruh menentang
majikan, lihat, J. Victor Morais. P. P. Narayanan: A World Trade Unionist (A Biography). Malaysia: Unik
Print Guide. P. P. Narayanan merupakan ketua Kesatuan Sekerja Asian dan Setiausaha Umum NUPW.
Manakala, latar belakang penubuhan Kesatuan Sekerja di Negara-negara luar pula dapat dilihat dalam, S. P.
S. Nathan. 1970. Nathan Kanda Nadugal (Negara-negara yang Pernah Dilawati Nathan). Malaysia:
Sangamani Acagam.
72
Charles Gamba. The Origins of Trade Unionism in Malaya, hlm. 283.
73
Selvakumaran Ramachandran. 1993. Trade Unionism in the Malaysian Plantation Industry. Australia:
University of New South Wales, hlm. I I- I2; M. R. Stenson. 1980. Class, Race and Colonialism in West
Malaysia: The Indian Case. Queensland: University of Queensland Press, hlm. 136; Sangamani, 5 Januari
1954).
74
Leong Yee Fong. Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya /930-1957, him. 32. Dalam
memperjuangkan kenaikan upah dan keadaan kerja yang lebih baik, Kesatuan India mendapat sokongan

125
Dalam hal ini, sungguhpun penubuhan Lembaga Kesihatan pada tahun 1922 75

bermatlamat untuk: meningkatkan tahap kesihatan buruh di estet, namun dari segi

pelaksanaan masih terdapat kelemahan. Sepertimana yang dikatakan oleh J. N. Parmer,

"The Health Board Enactment was an ambitious and praiseworthy but


poorly planned and badly conceived effort to cope with health problems on
estates and provide medical services systematically and comprehensively to
the whole country. " 76

Secara realiti, usaha memantapkan tahap kesihatan di estet sangat bergantung

kepadc. ?emerhatian dan simpati daripada pengurus estet. Sungguhpun pengurus estet sedar

tentang kepentingan mewujudkan tenaga buruh yang sihat namun pemeriksaan yang teratur

daripada Jabatan Buruh dan Lembaga Kesihatan adalah sangat penting bagi memastikan

kewujudan tenaga kerja yang sihat di estet. 77 Malangnya dari segi amalan,

" The role of the Secretary of State for colonies in the matter of Estate
Health Board<> Enactment and the Colonial Office's interest in the health of
estate workers generally appears minimaf'. 78

Walaupun sebilangan besar peladang Eropah dan Asia mengambil berat

permasalahan kesihatan serta berhasrat untuk memperbaiki tahap kesihatan namun, pada

asasnya mereka mengharapkan pihak kerajaan untuk: menggubal undang-undang yang

memberi penekanan kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Di sini, mereka

mengharapkan kerajaan untuk: menambah bilangan doktor dan kakitangan perubatan. 79

daripada FfU (Federation of Trade Union) Kedah yang didominasi oleh orang Cina. Lihat juga, Charles
Gamba. 1962. The Origins of Trade Unionism in Malaya. Singapore: Eastern Universities Press, him. 254;
Colin Barlow. 1986. Changes in the Economic Position of Workers on Rubber Estates and smallholdings in
Peninsular Malaysia, 1910-1985. Canberra: Australian National University, him. 9-14.
15
CO 717 30127824 The Annual Report of Medical Department of Kedahfor the year 1922 by: A. G. H
Smart, him. 25.
76
J. N. Panner. Kertas kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and Economic History 1985",
him. 67.
17
V. S. Srinivasa Sastri. Reprint ofReport on the Conditions of1ndian Labour in Malaya, him. 10.
78
J. N. Panner. Kertas kerja yang bertajuk "Colloquium on Malaysian Social and Economic History 1985",
him. 59.
79
Ibid., him. 66-67.

126
Sungguhpun kerajaan kolonial mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki tahap

kesihatan di estet melalui penggubalan Ordinan Buruh, Akta Perlindungan Kesihatan (di

Negeri-negeri Melayu Bersekutu), Suruhanjaya Siasatan ke atas penyakit malaria di estet

dan sebagainya, namun dalam kebanyakan keadaan peraturan-peraturan ini tidak diikuti

oleh pihak peladang. 80 Tambahan pula, didapati agak sukar untuk memujuk pengurus estet

supaya menghantar buruh yang sakit dengan kadar segera serta melaporkan kematian yang

berlaku dengan tepat. Dalam kes penyakit malaria misalnya, kematian akibat kemasukan

yang lewat ke hospital agak ketara di hospital daerah Kulim dan Serdang, di mana daripada

192 kes kematian sebanyak 29 kematian berlaku dalam masa dua puluh empat jam

kemasukan. 81 Di samping malaria, kematian akibat penyakit ankylostomiasis (jangkitan

cacing), 82 disentri 83 dan batuk kering juga agak ketara di estet. Lebih daripada separuh kes

ankylostomiasis dan hampir satu per tiga daripada kes disentri terdapat di Sungai Petani,

iaitu di Kedah Tengah yang merupakan kawasan penanamam getah yang utama. 84 Di sini,

hampir 50% daripada kematian akibat batuk kering (tuberculosis) adalah disebabkan

kelewatan kemasukan. Pesakit hanya dirujuk ke hospital pada tahap yang kronik dan

hampir tidak ada harapan untuk pulih. 85 Di samping itu, terdapat juga kes-kes kematian

80
Selvakumaran Ramachandran. Indian Plantation Labour in Malaysia, blm. 172.
81
CO 717 30/27824 The Annual Report of Medical Department of Kedahfor the year I922 by: A. G. H.
Smart.
82
Estate Health and Vision 2020 (proceedings). 1995. Organised by Malaysian Medical Association (26th
November 1995) School of Medicine. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 25. Jangkitan cacing yang
teruk menyebabkan kehilangan darah serta membawa kepada anaemia. Keadaan ini lebih ketara di kalangan
penduduk estet dengan tahap sosioekonomi yang rendah tanpa pemakanan yang seimbang. Umumnya,
keadaan ini lebih menonjol di kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan yang telab mencapai akil baligh
(kehilangan darab semasa datang haid memudaratkan lagi keadaan anaemia) berbanding dengan lelaki.
83
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments ofKedahyear 1926 by: Dr. Bridges.
Penang: Criterian Press, hlm. 17. Peningkatan kes disentri adalab disebabkan keadaan yang kurang bersih di
estet yang baru diteroka.
84
SUK/K 33J/40Annual Report on Medical Department for the year 1921, hlm. 4.
85
Ibid Walau bagaimanapun, kadar kematian akibat daripada penyakit-penyakit seperti ankylostomiasis,
tuberculosis, pneumonia dan disentri didapati menurun. Hal ini berkait rapat dengan penempatan Pegawai
Perubatan Eropah di Kedab. Terdapat juga Pegawai Perubatan yang bekerja lebih masa tanpa bayaran
tambahan. Untuk maklumat lanjut, lihat, CO 717 30127824 The Annual Report of Medical Department of
Kedahfortheyear 1922 by: A. G. H. Smart, hlm. 30.

127
yang berlaku di luar hospital. Dalam hal ini, 'Dispensari Bergerak' melakukan usaha ke

arah meningkatkan kesedaran ini di kalangan populasi estet. 86

Sungguhpun kerajaan kolonial bermatlamat mengaut keuntungan maksimum,

namun usaha-usaha menambah baik kesihatan di estet telah dijalankan ke arah

menghasilkan tenaga ketja yang sihat. Di sini, kesihatan tenaga kerja wanita turut

mendapat perhatian terutamanya selepas 1930-an ekoran daripada sekatan ke atas

?- kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Namun begitu, kejayaan penuh usaha-usaha

tersebut amat bergantung kepada ketjasama yang erat antara kerajaan dan pengurus estet. 87

Hal ini adalah sangat mustahak memandangkan bilangan estet di Kedah agak tinggi, iaitu

terdapat lebih 400 estet yang mempunyai saiz melebihi 25 ekar dan mempunyai kira-kira

50,000 buruh. 88

86
CO 716 The Annual Report of the Medical and Health Departments of Kedah year 1926 by: Dr. Bridges.
Penang: Criterian Press, him. 14.
87
CO 717 35131 966 Annual Health and Medical Reports ofKedahfor the year 1923.
88
HCO 28711921 British Adviser, Kedah. Creation of a new appointment of Health officer for Kedah, and
suggestion that Dr. Smart be appointed to fill the post.

128
BAB6

KESIMPULAN

Hasil kajian ini membuktikan bahawa sistem pengeluaran British yang

berorientasikan "keuntungan maksima dengan kos pengeluaran yang paling minima" telah

memiskinkan golongan buruh India di estet yang menjadi tulang belakang kepada

pengeluaran getah di negeri Kedah mahupun di Tanah Melayu. Keadaan ini lebih ketara di

estet-estet milik Eropah yang mengupah buruh India yang murah dari India Selatan

berbanding dengan estet-estet milik orang tempatan. Kadar upah yang rendah berserta

dengan kemudahan yang serba kekurangan di estet telah menyukarkan mereka dalam

banyak keadaan sehingga keperluan asas seperti makanan yang seimbang tidak dapat

dipenuhi. Sedangkan, pennasalahan ini tidak begitu ketara di estet milik orang tempatan,

di mana kebanyakan daripada buruh terdiri daripada orang Melayu dan Cina yang diambil

melalui Sistem Kontrak. Kadar upah yang dibayar kepada mereka pula jauh lebih baik

berbanding dengan buruh India. 1 Sepertimana yang dikatakan oleh M. N. Nair,

"Underpaid and underfed point out the chronic indebtedness of Indian


labourers and the greater sickness and mortality among them than among
the Chinese. " 2

Keadaan kemiskinan ini lebih menonjol selepas pengenalan Sistem Kangany. Di

bawah Sistem Kangany buruh India dikenakan pelbagai bayaran sehingga bebanan hutang

yang sedia ada bertambah teruk. Di samping Sistem Kangany, amalan minum todi di

kalangan buruh India di estet turut memudaratkan permasalahan kemiskinan di kalangan

buruh India di estet. Perbelanjaan yang berlebihan ke atas todi telah menghadkan

perbelanjaan ke atas makanan. Keadaan ini telah membuka ruang kepada masalahan

1
Untuk maklumat Janjut mengenai kadar upab, sila rujuk bab 2 dalam tesis ini.
2
M. N. Nair. 1937. Indians in Malaya. The Koduvayur Printing Works, him. 49; J. Rabindra Daniel. 1992.
Indian Christians in Peninsular Malaysia. Tamil Annual Conference (TAC), him. 49.

129
malnutrisi yang merupakan asas kepada pennasalahan kesihatan di estet di Kedah.

Tambahan pula, amalan minum todi ini telah membawa kepada pelbagai pennasalahan

sosial yang lain seperti keretakan rumah tangga, pergaduhan, membunuh diri dan

sebagainya. Dalam hal ini, kerajaan kolonial menyediakan kedai todi sebagai tempat

hiburan kepada buruh India yang telah letih bekeija sepanjang hari supaya berasa 'selesa'

dan tetap bekeija di estet berkenaan bagi menjamin kelangsungan ekonomi di Tanah

Melayu.

Seterusnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa di samping malaria, penyakit-

penyakit yang berkaitan dengan jangkitan cacing parasit seperti ankylostomiasis, disentri,

diarrhoea dan sebagainya juga agak tinggi di kalangan buruh estet. Hal ini amat signifikan

bekalan air dan tanah yang tercemar di estet di negeri Kedah. Di sini, amalan tidak

memakai kasut di kalangan buruh India di estet turut memudahkan jangkitan cacing.

Manakala, penyakit-penyakit seperti campak (measles), beguk (mumps), cacar air (chicken-

pox) dan batuk kering yang disebabkan oleh jangkitan virus juga lebih ketara di kalangan

buruh estet. Kawasan perumahan yang sesak dan kotor dengan peraliran udara yang terhad

di estet di Kedah memudahkan jangkitan virus di kalangan penduduk estet. Selain itu,

penyakit anaemia juga agak tinggi di kalangan buruh India di estet. Amalan pengambilan

makanan yang tidak seimbang di kalangan penduduk estet melemahkan daya tahan badan

serta memudahkan jangkitan penyakit-penyakit merbahaya. Justeru itu, kadar kematian

akibat daripada penyakit-penyakit ini lebih tinggi di estet milik Eropah berbanding dengan

estet milik orang tempatan. Hal ini kerana hampir 50% daripada penduduk di estet-estet

milik tempatan tidak tinggal di estet. 3 Mereka pulang ke kampung setelah tamat waktu

bekeija di estet. Dalam hal ini, keadaan fizikal buruh India dari India Selatan didapati

3
Untuk maklumat lanjut, sila lihat bab 3.

130
agak lemah semasa ketibaan di Tanah Melayu telah memudahkan jangkitan penyakit.4

Sebilangan besar daripada mereka didapati menghidapi penyakit-penyakit Tropika semasa

ketibaan. Apabila mereka ditempatkan di estet-estet penyakit berkenaan turut tersebar di

kalangan buruh-buruh yang lain.

Sedangkan penyakit kelamin pula, walaupun agak tinggi di peringkat awal, iaitu

sekitar 1920-an, namun kadar jangkitannya didapati menurun setelah kerajaan India

' mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan ketidakseimbangan jantina di kalangan

buruh India di estet dengan memperkenalkan undang-undang seperti 'Indian Immigration

Act 1922'5 di samping memberi insentiftambahan kepada kangany yang beijaya membawa

masuk buruh wanita. Dengan itu, kehidupan berkeluarga mula diberi tumpuan di estet di

Kedah. Selaras dengan itu, buruh wanita India mula diberi tumpuan pada tahun 1930-an,

iaitu ekoran daripada pengharaman kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Dengan.itu,

kesihatan buruh wanita dan kanak-kanak turut mendapat perhatian dalam rancangan

kesihatan pihak kolonial. Keperluan untuk memaksimakan tenaga ketja yang sedia ada di

estet telah membawa penyediaan wad-wad yang khusus untuk wanita, pemulihan dalam

perkhidmatan perbidanan, serta perkhidmatan pre-natal dan post-natal yang teratur. Selain

itu, hasil kajian ini juga telah membuktikan bahawa wanita mengandung di estet tidak

mendapat makanan berkhasiat serta penjagaan yang rapi semasa mengandung mahupun

selepas bersalin. Hal ini menjadi punca utama kepada kematian yang tinggi di kalangan

bayi yang baru lahir, di mana hampir 50% daripada kematian bayi India di estet berlaku

dalam tempoh sebulan dari kelahiran.

4
CO 717 301127824 The Annual Report of Medical Department ofKedahfor the year 1922 (by: A. G. H.
Smart). Buruh yang mtrrah dari India Selatan dihidapi pelbagai penyakit Tropika semasa kedatangan ke
Tanah Melayu dan mempunyai daya tahanan badan (imuniti) yang rendah terhadap penyakit.
s Mengikut akta ini, bagi setiap tiga orang lelaki India yang dibenarkan untuk berhijrah, dua orang wanita
hendaklah dibantu untuk berhijrah.Untuk maklumat lanjut, sila lihat bab 4 dalam tesis ini.

131
Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa di samping bekalan air yang kurang bersih

dan kemudahan perumahan yang serba kekurangan, perkhidmatan perubatan yang agak

terhad di estet turut mempengaruhi kadar kematian di kalangan buruh India di estet di

negeri Kedah. Kemudahan hospital dan klinik hanya terdapat di estet-estet besar.

Sedangkan, estet-estet yang bersaiz kecil hanya memiliki perkhidmatan dresar yang tidak

berkelayakan. Hal ini menyukarkan pesakit di estet untuk mendapatkan perkhidmatan

perubatan khususnya estet-estet di Selatan Kedah yang terletak jauh dari hospital kerajaan .

., Selain itu, sikap 'acuh tak acuh' di kalangan majikan turut memainkan peranan tersendiri

dalam mempengaruhi kadar kematian buruh India di estet. Dalam kebanyakan keadaan

majikan hanya merujuk pesakit ke hospital pada tahap yang kronik. Justeru itu, pesakit

hampir tidak ada harapan untuk dipulihkan. Pada masa yang sama terdapat juga kes-kes

kematian yang tidak dilaporkan.

Malah, kajian ini menunjukkan permasalahan kesihatan di kalangan buruh India di

estet lebih ketara semasa Kemelesetan Ekonomi (1928-1932) dan mencapai kemuncak

semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945). Kesempitan ekonomi membuka

ruang kepada masalah malnutrisi dan mendedahkan mercka kepada pelbagai penyakit

merbahaya (sepertimana yang telah dibincangkan dalam bah 3 dalam tesis ini). Hal ini

kerana Kemelesetan Ekonomi lebih menjejaskan go Iongan buruh India .dan Cina

berbanding dengan buruh tempatan. 6 Kejatuhan harga getah menyebabkan ramai buruh di

estet dibuang kerja dan dihantar pulang ke India. Manakala, buruh yang masih bekerja pula

dipotong gaji secara mendadak, iaitu hampir separuh daripada gaji asal. Keadaan ini

menyukarkan lagi perjuangan hidup di estet sehingga keperluan-keperluan yang asas

seperti makanan dan pakaian sukar dicapai. Malahan, usaha-usaha pengawalan penyakit

6
CO 717 /33/51901 Health Survey of the State ofKedah (With Special Reference to the Rice Field Malaria,
Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers and J. H Strahan, him. 33.

132
seperti malaria turut terhenti pada tempoh masa ini. Implikasinya, ramai buruh di estet

mengalami kebuluran dan kematian.

Keadaan ini lebih dahsyat lagi semasa pendudukan Jepun. Pembuangan kerja di

sektor perladangan getah berserta dengan berlakunya inflasi menyebabkan golongan buruh

yang berpendapatan rendah mengalami kesan langsung. Kekurangan bekalan makanan

merumitkan lagi kehidupan golongan buruh di estet dan seterusnya meningkatkan masalah

:') malnutrisi di kalangan buruh di estet. Malnutrisi ini membawa kepada peningkatan dalam

kadar jangkitan penyakit. Sedangkan kemudahan perubatan serta bekalan ubat sangat

terjejas pada tempoh masa ini. Keadaan ini bertambah teruk lagi apabila ramai buruh India

di estet dipaksa menyertai 'Jalan Keretapi Maut'. Justeru itu, kadar penyakit berjangkit dan

kadar kematian mencapai angka tertinggi semasa pendudukan Jepun.

Seterusnya, pada tahun 1950-an fragmentasi mengambil tempat. 7 Pemecahan

estet-estet kepada unit-unit kecil telah meningkatkan lagi masalah kesihatan di kalangan

buruh India di estet di negeri Kedah. 8 Pada tempoh masa ini hospital-hospital ditutup.

7
Untuk maklumat lanjut mengenai fragmentasi, lihat, Alex Josey. 1958. Trade Unionism in Malaya.
Singapore: Donald Moore, hlm.7. Lihatjuga, Ungku Aziz. 1963. Subdivision of Estate in Malaya 1957-1960.
Persekutuan Tanah Melayu. Vol. 2; P. Ramasamy. Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in
Peninsular Malaysia., him. 107; Bathumavatee Suppiah. 1996. "Kesan Pemindahan Hak Milik Estet Getah
ke atas Buruh-buruh Estet". Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan;
Rene Loewenson. Modern Plantation Agriculture, Corporate Wealth and Labour. Squalor, him. 96 dan
Abdul Aziz Abdul Rahman. 1994. "The Plantation Sector: Structural Issues and Long Term Prospects" Dim.
Malaysia Economic Outlook. Vol. 6. No.2, him. 36. Sejak Kemerdekaan, sektor perindustrian mula diberi
tumpuan. Ini menyebabkan sektor perladangan mengalami perubahan dari segi struktur. Kedudukan sektor
perladangan sebagai sektor terpenting telah merosot dan hanya berperanan sebagai sektor tambahan kepada
sektor perindustrian. Memandangkan usaha penanaman semula menelan kos yang banyak, maka ladang-
ladang telah dijual dan modal tersebut telah dilaburkan dalam sektor-sektor lain atau dibahagikan antara
pemegang-pemegang saham.
Apabila estet-estet dipecahkan kepada unit-unit kecil, kebanyakan daripada estet itu tidak dapat
menyediakan perkhidmatan perubatan sepertimana yang termaktub dalam 'Rump Labour Code 1933'. Di
Kedah, pembahagian ladang berlaku lebih ketara di daerah Kulim dan Sungai Petani. Di pihak pengurus estet
pula, usaha-usaha penyediaan kemudahan kesihatan dianggap tidak menguntungkan.

133
Malahan, pemeriksaan perubatan, bekalan ubat dan peralatan turut tetjejas. Hal 1m

menjejaskan tahap kesihatan buruh di estet di negeri Kedah. 9

Umumnya, sungguhpun kerajaan kolonial telah mengambil inisiatif untuk

menambahbaik taraf kesihatan penduduk di estet melalui penggubalan Ordinan Buruh,

Akta Perlindu..'lgan Kesihatan, dan sebagainya namun, keberkesanannya masih boleh

dipersoalkan. Dalam hal ini, di samping kekuranga.'l kakitangan perubatan, sikap majikan

:- yang mengharapkan kerajaan semata-mata dalam menguruskan masalah kesihatan buruh di

estet masih merupakan halangan terbesar dalam menangani permasalahan kesihatan buruh

India di estet di Kedah.

Secara ringkas, disertasi ini telah membuktikan bahawa permasalahan kesihatan

buruh India di estet di negeri Kedah adalah berpunca daripada sistem pengeluaran kapitalis

itu sendiri yang bermatlamatkan keuntungan maksima dengan kos pengeluaran yang paling

minima. Demi mencapai matlamat tersebut, buruh-buruh India dari India Selatan telah

diperalatkan dengan bayaran upah yang rendah. Kadar upah yang rendah berserta dengan

Sistem Kangany dan amalan minum todi telah memiskinkan lagi buruh India di estet. Hal

ini kemudiaannya membuka ruang kepada malnutrisi yang merupakan punca utama kepada

daya imuniti yang rendah dan jangkitan penyakit-penyakit membahaya di kalangan buruh

India di estet. Dalam hal ini, sepertimana yang dikatakan oleh W. J. Vickers and J. H.

Strahan malaria, malnutrisi dan bekalan air yang kurang bersih merupakan tiga ancaman

°
terbesar kepada kesihatan buruh India di estet di Kedah. 1 Keadaan ini kemudiannya

menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi di kalangan buruh India di estet.

Manakala, usaha menangani permasalahan kesihatan di estet di Kedah pula hanyalah

9
Malay Mail, November 20, 1959.
10
Lihat, CO 717133151901 Health Survey ofthe State ofKedah by: W. J. Vickers and J. H. Strahan, him.
46.

134
sekadar 'melepaskan batuk di tangga', iaitu demi mencapai matlamat ekonomi dan politik

British di Tanah Melayu.

135
BffiLIOGRAFI

SUMBER PERTAMA

Annual Report of the Adviser to the Kedah Government for the year 1909, 1910, 1911,
1912, 1913, 1914, 1915, 1916, 1917.

Annual Report of Agent of Government of India in British Malaya. 1929.

BIB PP 214, Report ofExecutive ofthe General Labour Committee.

CO 717 The Annual Report ofthe Medical and Health Departments, Kedah & Perlis for
the year 1921, 1922, 1923, 1924, 1925, 1926, 1927, 1928, 1929, 1930, 1931,
1932, 1933, 1934, 1935, 1936, 1937, 1938, 1939, 1940, 1946, 1947, 1948.

CO 717 133151901 Health Survey of the State of Kedah (With Special Reference to the
Rice Field Malaria, Nutrition and Water Supply) by: W. J. Vickers and J. H.
Strahan.

CO 716/1499 Kedah Annual Report on the Social and Economic Progress ofthe People
ofthe State Kedah 1905-1921,1937-1939, 1936-1940.

Federated Malay States. 1930. Indian Immigration Committee Official Verbatim Report
of a Meeting of the Indian Immigration Committee held in Kuala Lumpur on 16th
July, 1930.

HCO 76l/l90l, Indian Immigration to the Federated Malay States. Kuala Lumpur:
Government Printing Office.

Indian Immigration to the Federated Malay States: Resolusion and Recommendation


(Appointed by the Acting Resident-General, F.M.S.). 1901. Kuala Lumpur:
Government Printing Office.

Malayan Union Annual Report of Labour Department 1946-1947.

PIBPP I, Interim Report of the Special Labour Committee on Matter Relating to Wages
for Indian Estate Labour 1928.

PIBPP I, Labour Department Annual Report , 1935.

P/PEG X, The Indian Contract Act 1872.

PIPER 2, Kedah I Perlis Medical Report, 1940.

P/PERU X, Institute for Medical Report 1940.

P/PERU X, Applied Nutrition in Malaya 1956.

136
PIKES, Memorandum on Medical Report 1940.

P/SUMU 3, Malayan Union Secretariat, Malayan Union No. 575, 1946.

Report on Indian Labour Emigrating to Ceylon and Malaya by: Marjoribanks, N. E. and
Ahmad Tambi Marakkayar, A. K. G. 1917. Madras: Government Press.

Report ofthe Indian Immigration Commission 1908.

Report ofthe Executive of General Labour Committee British Malaya on Indian Labour
and Laboures 1920.

( Republication of all Malaya Annual Reports on Education 1935.

Selangor Secretariat Files No 3656/1914 Report by: Clayton, L. H. The Indian


Immigration Fund and it's Working.

Straits Settlement Medical Research Committee Proceedings of the Committee


appointed by his Excelency The Governor and High Commissioner to Report on
the Question of Medical Research Throughout MalayaWinstedt Report. 1928.

Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK/ K)

1326-1329, 1330, 1332, 1333, 1334, 1335, 1336, 1337, 1338, 1339, 1340, 1341,
1342, 1343, 1344, 1345, 1346, 1347, 1348, 1349, 1350, 1351, 1352, 1353, 1354,
1355, 1356, 1357, 1358, 1360, 1368, 1369, 1370, 1371, 1372, 1373,2602.

Majalah/Akhbar

Jananayagam, 1940-an.

Labour, 1957

Malaya Nanban, Jun 1948-Jun 1952.

Malay Mail, 1959.

Malay Weekly Mail, 1935

Tamil Nesan, 1925-193 7, 1940-an.

Tamil Murasu, 1936-1956.

The Straits Echo, 1930, 1945-194 7.

137
The Straits Times, 14 June 1920, 8 September 1923,3 April1949.

The Planter, 1923: 57-58.

SUMBER KEDUA

Abdul Rahman Haji Ismail (penyelenggara). 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan
Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

CJ. Ainsworth, Leopold. 1985. The Confessions of Planter in Malaya: A Cronicle of Life
and Adventure in the Jungle. London: British Library.

Augustine, James F. 1996. Kedah Zaman Silam. Alor Setar: Muzium Negeri Kedah.

Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonart. Y. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Arasaratnam, S. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford


University Press.

Ampalavanar, Rajeswary. 1981. The Indian Minority and Political Change in Malaya
1945-1957. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Awberry, S. and Dalley, F. W. 1948. Labour and Trade Union Organisation in


Federation ofMalaya and Singapore. Kuala Lumpur: Government Press.

Boomgaard, Peter dan Brown, Ian. 2000. Weathering the Storm. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.

Butcher, John. G. 1979. The British in Malaya 1880-1940: The Social History of
European Community in Colonial Southeast Asia. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Cameron, Nigel and Russel, Jim. A Rubber Plantation in Malaya. Oxford University
Press.

Chai Hon-Chan. 1964. The Development of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah (editor). 1988. Isu Konsep dan Dimensi Kemiskinan
(Kumpulan Rencana tentang Kemiskinan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Chander, R (editor). 1975. The Population of Malaysia. C.I.C.R.E.D. SERJES.

138
Charles Gamba. 1962. The Origins of Trade Unionism in Malaya: A Study of Colonial
Labour Unrest. Singapore: Eastern Universities Press.

Cheah Boon Kheng. 1983. Red Star Over Malaya. Singapore: Singapore University
Press.

Chettur, S. K. 1948. Malayan Adventure. Mangalore: Basel Mission Press.

Colletta, N. J. 1987. The Ecologi of Child Development on Rubber Plantation. New


York: Cayuga Height Ithaca.

Del Tufo, M. V. 1949. Malaya: A Report on The 1947 of Population Census. London:
Crown Agents for the Colonies.

Daniel, J. R. 1981. "A General Survey on Education Amongst the Malaysian Indian
Plantation Community". Dim. Malaysia in History. No. 24.

_ _ _ _ _, 1987. "The Malaysian Indian Plantation Community." Dim.


Internasional Conference Seminar ofTamil Studies (6th: 15-19 November, 1987).

Durai Raja Singam. 1966. Langkasuka: Glimpses of Indian in Ancient Times Indian in
Early Malaysia. Kuala Lumpur: Printed at S. Lazar.

Drabble, H. 2000. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to


Modern Economic Growth. Canberra: The Australian National University.

Emerson, R. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.

Fumivall, J. S. 1956. Colonial Policy and Practice :A Comparative Study ofBurma and
Netherlands India. New York: University ofNew York Press.

Graham Saunders. 1977. The Development of a Plural Society in Malaya. Kuala


Lumpur: Percetakan Jiwa Baru.

Gunawan, Basuki and Rabeendra Raghavan. 1977. Plight of the Plantation Workers in
West Malaysia, With Special Reference to Indian Labour. Amsterdam:
University Van Amsterdam.

Jackson, R. N. 1961. Immigrant Labour and the Development of Malaya 1786-1920.


Kuala Lumpur.

Jain, R. K. 1970. South Indians on the Plantation Frontier in Malaya. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

Janakey Raman Manickam. 2006. Malaysia Indiyargalin Jkkattana Nilai (!he Malaysian
Indian Dilemma). Selangor: Ashwin Trading.

139
Jomo, K. S. 1984. Early Labour: Children at Work on Malaysian Plantation. Kuala
Lumpur: The Institute for Social Analysis (INSAN).

_ _ _ _ _, "Plantation Capital and Indian Labour in Colonial Malaya." Dim.


Sandhu, K. S. & Mani (editor). 1993. Indian Community in Southeast Asia.
Singapore: Times Academic Press.

Josey, Alex. 1958. Trade Unionism in Malaya. Singapore: Donald Moore.

_ _ _ _ _. 1988. Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

~ Kondapi, C. 1951. Indian Overseas 1838-1949. New Delhi: Indian Council of World
Affairs.

Kratoska, P. H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and


Economic History. Australia: Allen and Anwin.

Leong Yee Fong. 1999. Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya 1930-1957: A
Study of the Sosio-Economic and Political Bases of the Malayan Labour
Movement . Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Li Dun len. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. Kuala Lumpur: INSAN
(Institute Analisa Sosial).

Mahajani, Usha. 1973. The Role of Indian Minorities in Burma and Malaya,
Connecticut: Greenwood Press.

Mahani Musa. 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu 1881-1940. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Manderson, Lenore. 1996. Sickness and the State: Health and llness in Colonial
Malaya, 1870-1940. New York: Cambridge University Press.

Marimuthu, T. 1990. "The NEP: A Briefing and Conclusion on Human Resource


Development". Dim. Third Malaysian Indian Economic Congress. Kuala
Lumpur: MIC Headquarters.

Mary Turnbull, C. 1989. A History of Malaysia, Singapore and Brunei. London: Allen
& Unwin.

Macleod, Roy and Milton, Lewis (editor). 1988. Disease, Medicine, and Empire:
Perspectives on Western Medicine and the Experience of European Expansion.
London: Routledge.

Mohamad Isa Othman. J992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (l'umpuan
di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

140
_ _ _ _ _ _ _ _. 2001. Pengalaman Kedah dan Perlis Zaman Petifajahan British,
Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Mohd. Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Moorhead, F. J. 1963. A History of Malaya. (Vol. 2). Kuala Lumpur: Longmans.

Morais, J. Victor. Witness to History: Memoir of An Editor. Petaling Jaya: Percetakan


Abadi.

Muhinuddin Khan. 1989. Labour Administration: Profile on Malaysia. Bangkok:


International Labour Organization.

Nair, M. N. 1937.Indians in Malaya. The Koduvayur Printing Works.

Najundan, S. 1950. South Indian in Malayan Economy. New Delhi: Office of the
Economic Adviser to the Government of India.

Nathan, J. E. 1922. The Census of British Malaya 1921. London: Waterlow & Sons
Limited.

Netto, G. 1961. Indians in Malaya: Historical Facts and Figures. Singapore.

Neelakanda Aiyer, K. A. 1938. Indian Problem in Malaya. Kuala Lumpur.

Owen, Norman G. (editor). 1987. Death and Desease in South East Asia: Exploration
in Social, Medical and Demographic History. Singapore: Oxford University
Press.

Ooi Jin Bee. 1969. Land People and Economy in Malaya. London: Longmans.

Parmer, J. N. 1960. Colonial Labour Policy and Adminstration: A History of Labour in


the Rubber Plantation Industri in Malaya 1910-1941. New York: J. J. Augustin.

Pountney, A.M. 1911. The Census of the Federated Malay States. London: Darling &
Son.

Purcell, Victor. 1967. The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press.

Ramasamy Rajakrishnan and Rabinra, Daniel J. 1984. Indian in Peninsular Malaysia: A


Study and Bibliography. Kuala Lumpur: University of Malaya.

Ramasamy, P. 1994. Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular
Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

141
Ramachandran, Selvakumaran. 1994. Indian Plantation Labour in Malaysia. Kuala
Lumpur: Abdul Majid Publication and Co.

Raja Segaran, S. 1996. "Implementation of an Effective Health Policy in Plantation


Sector." Dim. Seminar and Workshop on Malaysian Health Policy and
Consumerism in the Next Decade (17 November, 1996). Paper 2.

Rimmer, P. J. and Allen L. M. (editor). 1990. The Underside of Malaysian History.


Singapore: Singapore University Press.

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

=t Santhiram, R. 1999. Education of Minorities: The Case ofIndian in Malaysia. Selangor:


CHILD (Child Information, Learning and Development Centre).

Scott, J. C. 1985. Weapon ofthe Weak: Every Day Forms of Resistence. New Haven:
Yale University Press.

Selvadurai, G. D. 1968. A Review of Health Status if Indians in Malaysia. Seri


Kembangan: Education, Welfare Research Foundation, Malaysia.

Sandhu, K. S .. 1969. Indian in Malaya: Some Aspects of their Immigration and


Settlement 1786-1957. London: Cambridge University Press.

Sandhu, K.S. and Mani, A. 1968. Indian Communities in Southeast Asia. Kuala
Lumpur: Times Academy Press.

Siwar, Chamhuri dan Mohd. Haflah Piei. 1988. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan
(Kumpulan rencana tentang kemiskinan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Smith, T. E. 1952. Population Growth in Malaya: An Analysis of Recent Trends.


London Royal Institute of International Affairs.

_____. 1962. Reports on The 1957 Census of Population of the Federated Malay
States. Kuala Lumpur: Government Printers.

Snograss, Donald R. 1980. Inequality and Economic Development in Malaysia. London:


Oxford University Press.

Srinivasa Sastri , V. S. 1937. Reprint of Report on the Conditions of Indian Labour in


Malaya. Kuala Lumpur: Federated Malay States Government Press.

Stenson, M. R. 1980. Class, Race and Colonialism in West Malaysia: The Indian Case.
Queensland: University of Queensland Press.

142
_ _ _ _ _ _ _ _ _.1970. Industrial Conflict in Malaya: Prelude to the Communist
Revolt of 1948. London: Oxford University Press.

Sucked Oranges: The Indian Poor in Malaysia. 1989. Kuala Lumpur: INSAN.

Thompson, Virginia dan Adloff, Richard. 1955. Minority Problem in Southeast Asia.
New York: Russell & Russell.

Tinker, H. 1974. A New System ofSlavery: The Export ofIndian Labour Overseas 1830-
1920, London: Oxford University Press.

Tregonning. 1968. Malaysia and Singapore. Melbourne: F. W. Cheshire.

_ _ _ _ _ _ _. 1993. Postmorterm on Malaya. Macmillan Reference.

Turnbull, C. Mary. 1989. A History of Malaysia, Singapore and Brunei. London: Allen
& Unwin.

Vlieland, C. A. 1911. Report On The Census of Kedah and Perlis A.H 1329 (A. D.
1911), Criterion Press.

-----------------.The Census of British Malaya 1931. London.

Wang Gungwu (editor). 1965. Malaysia: A Survey. London: Frederick A. Praeger.

Weihe, Paul D. dan Mariappan, S. 1978. Indian Malaysian: The View From The
Plantation. New Delhi: Manohar Publication.

Wilson, H. E. 1981. The Klang Strikes of 1941: Labour and Capital in Colonial Malaya.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Winstedt, R. 1962. Malaya and its History. London: Hutchinson University Library.

Yayasan Pelajaran, Kebajikan dan Penyelidikan Malaysia. 1987. Sekolah-sekolah Tamil:


Masalah dan Prospek.

Yoji Akashi. "The Japanese Occupation of Malaya: Interruption or Transformation?"


Dim. W. A. Me. Coy (editor). 1980. Southeast Asia Under Japanese Occupation.
New Heaven: Yale University Press.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (editor). 1970. Glimses of Malaysia History. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zawawi Ibrahim. 1998. The Malay Labourer: By the Window of Capitalism. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies.

143
Artikel

Abdul Wahab Hashim. 1990. Kedah During The Japanese Occupation (1942-1945).
Dim. Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil 18.

Amarjit Kaur. "Working On the Railway: Indian Workers in Malaya,1880-1957." Dim.


Peter J. Rimmer and Lisa Allen. 1990. The Underside of Malaysian History.
Singapore: Singapore University Press.

_ _ _ _ _."Changing Labour Relations". 2000. MBRAS, Vol. LXXIII, Part 1.

Arasaratnam, S. 1967. "Social Reform and Reformist Pressure Groups Among the
Indian of Malaya". JMBRAS, Jilid 40.

Blythe, W. L. 1953. "Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya". JMBRAS, Vol.


XX, Part. 1.

Brodie, Mable. 1937. "The Health of Women and Children in Malaya". Journal ofthe
Sanitary Institute. Vol. LVIII. No.5.

Chee Heng Leng. 1982. "Health Status and the Development of Health Services in
Colonial State: The Case of British Malaya." International Journal of Health
Services, Vol. 12.

Cheeseman, H. R. 1954. "Education in Malaya 1900-1941." Malayan Historical


Journal, Vol. 2.

Chen, S. T. 1977. "Prevalence of Protein-Calorie Malnutrition in a Group of Malaysian


School Children." Dim. Medical Journal Malaysia, Vol. XXXI, No. 4.

Colletta, N. J. 1980. "Malaysian Forgotten People: Education, Cultural Identity and


Socio-Economic Mobility Among South Indian Plantation Workers". New York:
Cayuga Heights Road Ithaca.

Colin Barlow. "Changes in the Economic Position of Workers on Rubber Estates and
Smallholdings in Peninsular Malaysia, 1910-1985." Dim. Peter J. Rimmer &
Lisa Allen. 1990. The Underside of Malaysian History: Pullers, Prostitutes,
Plantation Workers. Singapore: Singapore University Press.

Drabble J. H. 1967. "The Plantation Rubber Industry in Malaya up to 1922." MBRAS,


Vol. XL, Part. 1.

Estate Health and Vision 2020 (Proceedings). 26th November 1995, Malaysian Medical
Association.

Gilles, H. 1976. "Malaria". Medical Journal Malaysia, Vol. XXXI, No. I.

144
Gullick, J. M. 1995. "A Short Hist?ry of the Society." MBRAS, Vol. LXVIII, Part 2.

Journal of the Royal Sanitary Institute. 1937, Vol. LVIII, No.5.

Kandiah, N. and Lim Ju Boo. 1977. "Nutritional Status in a Rural Estate Community."
Medical Journal Malaysia, Vol. XXXI, No. 4.

Khoo Kay Kim. 1998. "Malaysian Immigration". MBRAS, Vol. LXXI, Part 1.

Kratoska, Paul. 1988. "The Past 1945 Food Shortage in British Malaya". JSEAH, Vol.
XIX.

·~ Nadar~a, K. 1981. "The Thondar Padai Movement of Kedah, 1945-1947". Dim.


Malaysia in History, No. 24.

Research in Diseases ofthe Tropics. 1972. British Medical Bulletin, Vol. 28, No.1.

Selvaratnam, V. 1974. " The,The Poor and the Widening, Income Disparity: The
Dilemma of Economic Development in the Third World." Dim. Manusia
danMasyarakat (Keluaran Khas Pembangunan), No.3. KDN 8114.

Latihan llmiah

Anbalakan Kailasam. 2002. "Pembentukan Identiti di kalangan Masyarakat India di


Malaysia". Tesis Ph. D., Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ampalavanar, R. 1969. "Social and Political Development in the Indian Community of


Malaya, 1920-1941 ". Tesis M. A., University of Malaya.

Bathumavaty Suppiah. "Kesan Pemindahan Hak Milik Estet Getah ke atas Buruh-buruh
Estet". Tesis B. A., Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia.

Halinah Bamadhaj. 1975. "The Impact of Japanese Occupation of Malaya on Malay


Society and Politics (1941-1945)". Tesis Sarjana Sastera Sejarah, University of
Aucland.

Paramananthan Kayambu. 1974. "Report on the Drop-out Problem in Estate".


Rancangan Latihan Penuntut, National Union of Plantation Workers, Petaling
Jaya.

Nadar~a Kannan. 2002. "Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1933, Kesan Sosio-


Ekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu". Tesis Ph. D., Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.

145
Nisha Bhatt. 2000. "Sejarah Sosioekonomi Pekerja Estet Wanita India Di Tanah
Melayu, I 900-1957". Tesis M. A., Universiti Sains Malaysia.

Oorjitham, K. S. 1987. "Problem of Women Workers in the Plantation Sector in


Peninsular Malaysia". Ilmu Masyarakat (Julai-September).

_ _ _ _ _ _. 1979. "A Comparison of South Indian Working Class and


Commercial Class Families in Urban Penang". Latihan Ilmiah, Universiti Sains
Malaysia.

Ramachandran, G. P. 1970. "The Indian Independence Movement in Malaya". Tesis


M. A., University of Malaya.

Sarojini Devi Appathurai. 1971. "Socio-Economic Aspect of Women Plantation


Workers: A Case Study of Indian Women Workers ofLadang Tengah (Kelang)".
Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.

Selvaratnam, V. 1980. "Indian Plantation Workers in Peninsular Malaysia: Peasants or


Proletarians?" Bangi.

Soh Chiew Peng. I 973. "A Comparative Study of Selected Aspects Indian Labour in
Government Services and Indian Labour in Plantation Agriculture, I900-I920".
Tesis, Universiti Sains Malaysia.

Supemor, Dennis Earl. I 983. "Tamils in Malaysia: Problem of Socio-Economic


Development for an Immigrant minority Group". Thesis PH. D, Houston, Texas.

Suhaimi Razikin. I974. "Trends in Immigrant Indian Plantation Labour 1923-I937".


Tesis (Practicum on Local Historical Problems).

Tan Poo Chang . 1988. " A Study of Indian Women in the Estates in Peninsular
Malaysia: Social Mixing, Marriage and the Family". A Report Submitted to
National Population and Family Development Board (NDFDB) and United
Nations Fund for Population Activists, Kuala Lumpur.

Tai, Yuen. I973. "Labour Unrest in Malaya I934-I941". M. Phil. Dissertation,


University of Hong Kong.

Usman Haji Yaakob. 1995. "Pengaruh faktor-faktor Sosiobudaya ke atas Mortaliti Bayi:
Satu Kajian kes Mortaliti Bayi Melayu di negeri Kedah". Tesis Ph. D., Pusat
Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.

146
LAMPIRAN 1

Pengagihan Estet Getah di Kalangan Warganegara yang Berlainan di Malaya, 1938 (ekar)

Negeri Orang Orang Orang Lain-lain Jumlah


Eropah Cina India
(British)
F.M.S. 853,841 118,076 47,104 13,405 1,032,426

S.S. 132,165 61,011 12,036 1,646 206,858

U.M.S. 544,414 143,554 28,655 76,062 792,685

JUMLAH 1,530,420 322,641 87,795 91,113 2,031,969

Sumber: Li Dun Jen.l982. British Malaya : An Economic Analysis. Kuala Lumpur:


INSAN (Institute for Social Analysis), him. 86.

*Bilangan besar estet dimiliki oleh orang British. Manakala, satu per enam dimiliki
oleh orang Cina dan sebilangan kecil dimiliki oleh orang India. Sedangkan, orang
Melayu yang merupakan pribumi hanya memiliki bilangan yang sangat kecil. Estet- estet
besar dengan sedikit pengecualian dimiliki oleh orang Eropah.

147
LAMPIRAN2

Pemilik Estet Mengik:ut Kewarganegaraan, 1938


(mengikut keluasan estet)

Bilangan Estet

Pemilik 5000 ekar 1000-4999 500-999 100-499 Jumlah


Mengik:ut dan lebih ekar ekar Ekar
Kewarganegaraan
Eropah 47 467 237 245 996

Cina 1 47 94 911 1,053

India - 5 21 343 369

Lain-lain 5 13 10 63 91

Sumber: Li Dun Jen.1982. British Malaya: An Economic Analysis. Kuala Lumpur:


INSAN(Institute for Social Analysis), him. 86.

*Kebanyakan daripada estet yang keluasannya lebih daripada 500 ekar dikawal oleh
British. Manakala, kebanyakan estet yang dimiliki oleh orang Cina dan India bersaiz kecil,
umumnya antara 100 hingga 499 ekar. Sedangkan, orang Melayu memiliki sebilangan
besar daripada kebun kecil.

148
LAMPIRAN3

Kemasukan Buruh ke Hospital di Kedah

Tahun Eropean Eurosian Cina India Melayu Lain- Jumlah


lain
1930 19 6 6951 9463 1213 148 17,806

1931 14 1 5653 5346 1467 214 12,695

1932 13 6 5102 5365 1719 268 12,473

1933 15 12 5827 5746 1814 203 13,617

1934 11 12 6249 5754 1995 343 14,367

1935 15 9 7670 8242 2213 252 18,401

1936 10 12 7398 8179 2323 238 18,160

Sumber: W. J. Vickers and J. H. Strahan. A Health Survey ofthe State Kedah


(With Special Reference to Rice Field Malaria, Nutrition and Water Supply), hlm. 4.

149
LAMPIRAN 4

Kewarganegaraan dan Bilangan Kemasukkan Pesakit (Indoor Patients)


di Kedah bagi tahun 1925

Kewarganegaraan Bilangan Pesakit

Eropah 8

Eurosia 1

Cina 4,201

Melayu 1,082

India 11 '152

Java 8

Siam 20

Lain-lain 187

JUMLAH 16,659

Sumber: CO 717 50115554 A Report of Health Department Kedah


1925.

150
LAMPIRAN5

Bilangan Kematian Mengikut Kewarganegaraan di Kedah


bagi tahun 1924.

Kewarganegaraan Bilangan Kematian

Eropah 11

Erosia 1

Cina 3,622

Melayu 903

India 8,898

Java 39

Siam 22

Lain-lain 161

Sumber: CO 716 The Annual Medical Report of the Medical and Health Departments,
Kedah for the year 1342 A.H (141h August, 1923-F 1 August, 1924) by: Dr. D. Bridges.
1925. Alor Setar: Government Press.

151
LAMPIRAN6

Kadar Kelahiran dan Kematian Bayi di Estet Eropah di Kedah


bagi tahun 1936

Kewarganegaraan Populasi Kelahiran Kadar Kematian Kadar


Kelahiran Kematian
Melayu 3,742 67 17.90 9 134

India 30,913 1,337 13.25 256 191.4

Cina 1,177 13 11.05 7 538

Java 42 3 71.13 1 333

Lain-lain 142 - - 1 -
Jumlah 36,016 1,120 39.4 27.5 193

Sumber : CO 716 Report of the Medical Department of Kedah and Perlis for 1936 (by: J
Portelly), hlm. 25.

152
LAMPIRAN7

Ringkasan Kematian di Kedah Mengikut Kaum


Bagi Tahun 1940-1946

BILANGAN KEMATIAN

TAHUN MELAYU CINA INDIA EROPAH LAIN- illMLAH


LAIN
1940 7070 2146 1097 - 205 10518

1941 6982 1846 978 - 181 9987

1942 7163 2944 2966 - 207 13280

1943 10102 2877 2655 - 248 15882

1944 11111 3254 3680 - 255 18300

1945 12090 2979 4022 - 218 19309

1946 11964 2371 1447 4 278 16064

Sumber: SUKIK 37811947 Annual Report ofState Kedahfor the year 1946.

153

You might also like