You are on page 1of 54

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK : MENGENAL BUDAYA ETNIK CINA MENGUKUHKAN


PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

KOD KURSUS UQU 10202

NAMA KURSUS HUBUNGAN ETNIK

1. ANDI UMMU SYAFIQAH WADI’AH BINTI


RIJAL (DB170091)
2. DIANA HAZWANEE BINTI AWALUDDIN
(CE160004)
NAMA PELAJAR 3. NUR ATIKAH BINTI AMINUDDIN (DB170058)
4. NURUL KAUSAR BINTI TALIB ( DB170031)
5. NUR SYAHIRAH BINTI ISMAIL (DB170084)
6. LEE YEE CHING ( AP170184)
7.YOONG YING XIAN ( AP170243)
NO. KUMPULAN 2
SEKSYEN 3
SEMESTER 2
NAMA PENSYARAH DR.SITI SARAWATI BINTI JOHAR
TARIKH HANTAR 19/11/2018

MARKAH
TUGASAN
PENGHARGAAN

Assalamuaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniahNya, kami telah berjaya
menyiapkan tugasan kajian kami dengan jayanya. Tugasan kajian ini juga takkan berjaya
tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak yang telah membantu
kami. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami
iaitu, Dr. Siti Sarawati Binti Johari kerana telah membimbing kami dan telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga tugasan kajian ini selesai dan selalu berkongsi
maklumat untuk penambaikkan tugasan projek ini. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Puan Lee Mong Lian, Puan Lim Ai dan Pemilik Dabo Gong
Temple, Batu Pahat yang telah sudi menerima kedatangan kami dan sudi memberi kerjasama
dalam membantu sesi temu bual untuk kami mengenali lagi budaya etnik cina dan
memudahkan kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Bukan itu sahaja, tidak kurang juga kepada responden-responden yang membantu dalam
menjawab soal selidik yang diberikan dan diedarkan oleh kami. Tambahan itu, tidak lupa
juga kepada kedua-dua ibu-bapa yang telah memberi sokongan dan dorangan dalam
menyiapkan tugasan. Jasa kedua-dua ibu-bapa yang membantu dalam pelbagai aspek telah
menjadikan penguat kepada semangat kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka
kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama menyelesaikan tugasan kajian ini sehingga
selesai tanpa merungut. Setiap kerjasama yang diberikan telah membuah hasil. Oleh itu,
harapnya dengan tugasan kajian ini diterima dan memberi kebaikkan kepada orang lain dan
khususnya kepada negara Malaysia dalam mengukhkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

2
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 2

ISI KANDUNGAN 3

BIODATA PELAJAR 4-10

ABSTRAK 11

BAB 1 : PENGENALAN 12-15

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN 16-31

2.0 Pengenalan

2.1 Agama dan Kepercayan Etnik Cina

2.2 Budaya untuk digunakan oleh Etnik Cina di Malaysia

2.3 Adat Resam Etnik Cina

BAB 3 : METODOLOGI 33-34

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Kaedah Pengumpulan Data

3.2 Kaedah Mengumpul Data

3.3 Kaedah Menganalisis dan Mempersembahkan Data

BAB 4 : ANALISIS DATA 35-51

BAB 5 : CADANGAN 52-53

BAB 6 : KESIMPULAN 54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN 56-57

3
1. BIODATA PELAJAR

BIODATA PELAJAR 1

1. NAMA PENUH : ANDI UMMU SYAFIQAH WADI’AH BINTI RIJAL

2. NO MATRIK : DB170091

3. NO.TELEFON PELAJAR : 011-31660312

4. NO.TELEFON KAWAN KARIB : 014-9266607

5. FAKULTI : Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasianal (FPTV)

6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK:Ts. En. Mohd Fairuz Bin Marian

7. NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK: 012-735 1314

4
BIODATA PELAJAR 2

1. NAMA PENUH : DIANA HAZWANEE BINTI AWALUDDIN


2. NO MATRIK : CE160004
3. NO. TELEFON PELAJAR : 018-3857622
4. NO. TELEFON KAWAN KARIB : 012-7834248
5. FAKULTI : Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Puan Wan Nur Hafsha Binti Wan Kairuddin
7.NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK: 012-4341317

5
BIODATA PELAJAR 3

1. NAMA PENUH : NUR ATIKAH BINTI AMINUDDIN

2. NO MATRIK : DB170058

3 NO .TELEFON PELAJAR: 014 – 2152961

4. NO.TELEFON KAWAN KARIB: 01126908486

5. FAKULTI: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasianal (FPTV)

6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Ts. En. Mohd Fairuz Bin Marian

7. NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK: 012-735 1314

6
BIODATA PELAJAR 4

1. NAMA PENUH : NURUL KAUSAR BINTI TALIB


2. NO MATRIK : DB170058
3. NO .TELEFON PELAJAR : 010-2432425
4. NO.TELEFON KAWAN KARIB : 013-5796004
5. FAKULTI: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasianal (FPTV)
6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Ts. En. Mohd Fairuz Bin Marian
7. NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK : 012-735 1314

7
BIODATA PELAJAR 5

1. NAMA PENUH : NUR SYAHIRAH BINTI ISMAIL

2. NO MATRIK : DB170084

3. NO .TELEFON PELAJAR: 019-9927535

4. NO.TELEFON KAWAN KARIB: 014 – 2152961

5. FAKULTI: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasianal (FPTV)

6. . NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Ts. En. Mohd Fairuz Bin Marian

7. NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK : 012-735 1314

8
BIODATA PELAJAR 6

1. NAMA PENUH : LEE YEE CHING

2. NO MATRIK : AP170184

3. NO. TELEFON PELAJAR : 011-18987123

4. NO. TELEFON KAWAN KARIB : 019-5403316

5. FAKULTI : Fakulti Pengurusan Teknologi Pengajian ( FPTP)

6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Dr. Ali

7.NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK: 016-8754140

BIODATA PELAJAR 7
9
1. NAMA PENUH : YOONG YING XIAN

2. NO MATRIK : AP170243

3. NO. TELEFON PELAJAR : 016-2845221

4. NO. TELEFON KAWAN KARIB : 011-18987123

5. FAKULTI : Fakulti Pengurusan Teknologi Pengajian ( FPTP)

6. NAMA PENASIHAT AKADEMIK: Dr. Juliana Binti Abdul Halip

7.NO TELEFON PENASIHAT AKADEMIK: 013-2229130

10
ABSTRAK

Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai kaum dan budaya.
Salah satu kaum yang di negara ini ialah kaum etnik Cina. Kaum Etnik Cina dikenali
mempunyai budaya yang tersendiri, akan tetapi tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahu
mengenai budaya etnik Cina. Alangkah bagusnya jika rakyat Malaysia, sama-sama mengenali
budaya kaum etnik Cina. Hal ini kerana, untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di
Malaysia ini. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenal pasti sejauh manakah
kepekaan rakyat Malaysia terhadap budaya etnik Cina. Selain itu, mengenal pasti warisan
dam keseniaan etnik Cina dan makanan tradisional etnik Cina, amalan pantang larang
terhadap masyarakat Cina, memahami sumbangan masyarakat Cina terhadap negara
Malaysia. Permasalahan kajian ini ialah terhadap bahasa dan dialek yang digunakan oleh
etnik Cina, agama yang di anuti oleh etnik Cina, sumbangan fungsi budaya etnik cina
terhadap kearah perpaduan pelbagai bangsa di Malaysia. Tambahan itu, sumbangan etnik
Cina terhadap ekonomi negara dan sumbangan masyarakat Cina di Malaysia dalam sektor
pendidikan. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes. Oleh itu, data dan maklumat kajian
dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, pengedaran soal selidik dan
borang pemerhatian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa 81 %
responden sangat bersetuju mengetahui tentang budaya etnik Cina di Malaysia. Akhir sekali,
sebagai cadangan untuk mengukuhkan lagi kajian ini ialah membuat kajian menggunakan
pelbagai kaedah seperti kaedah pemerhatian dalam mendapatkan maklumat-maklumat ini
dengan memerhatikan pergerakan dan kehidupan etnik Cina dengan lebih mendalam.

11
BAB 1 : PENGENALAN

Budaya didefinisikan sebagai satu sistem pemahaman dan kelakuan yang diwarisi
daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Budaya meliputi semua adat, nilai dan
tradisi yang dipelajari daripada persekitarannya. Dalam setiap budaya, masyarakatnya
berkongsi nilai adat, tabiat dan ritual yang sama merangkumi sistem penglabelan, dan
penilaian; sikap sosial; persepsi berkenaan kemanusiaan, alam semula jadi, hubungan antara
perseorangan, simbol, kesenian dan artifak yang sama. Oleh itu, budaya memainkan peranan
sebagai pengaruh penggabungan yang dapat menggabungkan aspek-aspek kehidupan yang
berbeza untuk membentuk satu kehidupan yang logik dan meenyeluruh.

Budaya sentiasa berubah dan saling bergantung kepada persekitarannya. Oleh itu, tiada
satu budaya yang tidak berubah. Tambahan pula, budaya ialah sau fenomena yang dipelajari,
individu dan kumpulan boleh mengubah identiti etnik atau budaya mereka melalui pelbagai
proses seperti migrasi, konversi, asimilasi atau melalui agen-agen perubahan yang lain. Bagi
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses
pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.

Perkara yang penting untuk difahami mengenai budaya adalah kelakuan sosial seseorang
berasal daripada budayanya. Oleh itu, budaya dapat memberikan identiti kepada sesuatu
kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Terdapat dua peranan utama bagi
pembentukan sesuatu budaya. Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian serta identiti dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Manusia sendiri membentuk
budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu budaya perlu dipelajari, dikongsi, bersifat
sejagat, diwarisi, burubah, mempunyai unsur simbolik dan adanya pandagan semesta.

12
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan
China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada
zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada
ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman
Dinasti Manchu (1644 – 1911) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas
kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan
memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

Dalam satu masyarakat pelbagai budaya seperti Malaysia, interaksi antara budaya
biasanya menjadi faktor pengubah. Sebagai contoh, cara masakan etnik Cina di Malaysia
adalah agak berbeza dengan cara masakan etnik Cina di Tanah Besar China. Etnik Cina di
Malaysia menggunakan lebih banyak cili dan rempah dalam masakan mreka berbanding
dengan etnik Cina di Tanah Besar China. Ini kerana budaya pemakanan etnik Cina di
Malaysia telah berubah akibat interaksi dan asimilasi dengan budaya pemakanan etnik
Melayu dan India di Malaysia.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan
tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi
gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke
Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung
membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka. Agama yang dipegang oleh masyarakat
Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfusianisme dan Taoisme juga
penting kepada masyarakat Cina.

Tema utama dalam ajaran Konfusianisme ialah “preservatuon of the state and the
preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada
beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu perayaan Ching Meng. Oleh
kerana dalam ajaran Konfusianisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak
adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan
supaya mendapat anak secara sah.

13
Taosime merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan
kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”. Dalam ajaran
Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati
mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

Agama Buddha pula dibawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha,
kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah
dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan
dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai
Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat
demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga
ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Permasalahan kajian kita iaitu bahasa dan dialek yang digunakan oleh etnik Cina.
Sebagai contoh, Kantonis, Hokkien, Hakka dan Teochew. Selain itu, pemasalahan kajian
yang lain iaitu agama yang dianuti oleh etnik Cina seperti Buddha dan Taoisme. Sumbangan
fungsi budaya etnik Cina ke arah perpaduan yang pelbagai bangsa di Malaysia merupakan
permasalahan kajian kita. Permasalahan kajian seterusnya iaitu sumbangan etnik Cina di
Malaysia terhadap ekonomi negara. Di samping itu, sumbangan masyarakat Cina di Malaysia
dalam sektor pendidikan juga merupakan permasalahan kajian kita.

Objektif pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut iaitu mengenal pasti sejauh
manakah kepekaan terhadap budaya etnik Cina untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia.
Mengetahui budaya etnik Cina, mengenalpasti warisan dan kesenian etnik Cina, mengenali
makanan-makanan tradisional Cina, amalan pantang larang dalam kalangan masyarakat Cina,
mengetahui kepentingan amalan pantang larang terhadap masyarakat Cina, memahami
sumbangan masyarakat Cina terhadap negara Malaysia merupakan objektif untuk
melaksanakan kajian ini.

Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian tugasan ini untuk memperoleh maklumat.
Kaedah-kaedah tersebut termasuklah kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah
rujukan. Borang soal selidik yang terdapat 26 soalan telah diberi dan dibuat oleh seramai 66
orang terdiri daripada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kaedah soal selidik
mengandungi dua bahagian. Bahagian A ialah demografi iaitu tentang latar belakang
responden manakala bahagian B menggunakan skala likert dengan bertanya soalan berkaitan
budaya etnik Cina di Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia.
14
Soalan dalam borang soal selidik adalah berkaitan dengan budaya etnik Cina di
Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Selain itu, kaedah temu bual telah
dijalankan. Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul maklumat kajian tinjauan. Cara
pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan direkod oleh
penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Kaedah seterusnya iaitu kaedah
rujukan sumber dari internet dan buku telah didapatkan dan dirujuk dalam tugasan ini.
Sumber tentang sejarah Malaysia dan subjek hubungan etnik adalah digunakan untuk
mengkaji objektif kajian yang dinyatakan.

Kajian ini dijalankan atas dasar dapat mengenalpasti budaya etnik Cina di Malaysia.
Kajian ini juga dapat menunjukkan budaya etnik Cina dapat membentuk perpaduan kaum di
Malaysia.

BAB 2 KAJIAN LITERATURE

2.0 PENGENALAN

15
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
rakyat yang berbilang kaum yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Walaupun
mempunyai rakyat yang berbilang kaum, Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan
makmur serta harmoni dek kerana sikap toleransi rakyat Malaysia. Etnik cina merupakan
etnik kedua terbesar di Malaysia di mana majoritinya adalah etnik Melayu. Bagi kajian ini ia
akan hanya berpandukan kepada maklumat – maklumat yang diperolehi melalui kajian
literatur yang terdahulu dan informasi – informasi sekunder yang berbentuk data,soalan
selidik dan temu bual. Rujukan melalui kajian – kajian literatur adalah dari kajian – kajian
tempatan . Di antara sub topik yang akan di bincangkan di dalam bab ini adalah seperti
berikut:

1) Agama Dan Kepercayaan Etnik Cina

2) Bahasa Yang Digunakan Oleh Etnik Cina Di Malaysia

3) Warisan Dan Kesenian Masyarakat Cina

4) Adat Resam Etnik Cina

2.1) AGAMA DAN KEPERCAYAAN ETNIK CINA

2.1.1 BUDDHA

 Sejarah
16
Sebuah agama yang diasaskan oleh Siddharta Gautama, mulai dari abad ke-6 SM dan
merupakan salah satu agama tertua yang masih dianut di dunia. Sepanjang masa ini,
unsur kebudayaan India ditambah dengan unsur-unsur kebudayaan Yunani, Asia
Tengah, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Dalam proses perkembangannya ini, agama
ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Sejarah agama Buddha juga
ditandai dengan perkembangan banyak aliran dan mazhab, serta perpecahan-
perpecahan. Yang utama di antaranya adalah aliran tradisional Theravada , Mahayana,
dan Vajrayana (Bajrayana) yang sejarahnya ditandai dengan masa pasang dan surut.

 Kepercayaan dan Ajaran Agama Buddha

Empat kebenaran luhur atau Catur Arya Sentani terdiri dari:

1. Dukha

Penderitaan, maksudnya hidup di dunia adalah penderitaan. Sepanjang hidupnya


manusia mengalami penderitaan, Ajaran Buddha ditunjukan untuk membantu
manusia mengerti makna penderitaan dan mengatasinya.

2. Samudaya,

Bermaksud sebab penderitaan. Penyebab penderitaan adalah keinginan manusia


yang kuat, kesenangan, dan harta benda.

3. Nirodha

Bermaksud pemadaman. Pemadaman di sini maksudnya adalah menghilangkan


penderitaan itu dengan jalan menyingkirkan keinginan kuat.

4. Margha

Jalan untuk menghilangkan keinginan kuat nafsu duniawi. Jalan yang


dimaksudkan adalah jalan tengah antara aksese dan hedonisme, Satu-satunya jalan
untuk menghilangkan keinginan kuat itu. Untuk menghilangkan keinginan kuat
kehidupan duniawi, manusia harus menempuh delapan jalan tengah atau disebut
Astha Arya Margha, yaitu:

17
2.1.2 KONFUSIANISME

 Sejarah

Aliran konfusianisme merupakan aliran besar yang menjadi kepercayaan masyarakat


Cina. Pada asalnya ,konfusianisme merupakan aliran bukan agama secara mutlak
tetapi merupakan aliran falsafah. Sistem pemikiran yang diasaskan oleh Kung Fu Tze,
tokoh peradaban Cina. Bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak)
manusia. Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat pemujaan
terhadap beliau, dan mucul upacara dan ritual keagamaan. Antara negara yang
mempunyai penganut konfusianisme hari ini ialah negara Cina, Korean Selatan dan
Utara, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan lain-lain.

Kung Fu Tze dilahirkan di Kg Chang Ping daerah Lu, Duchy pada 551 SM. Kini
dikenali sebagai Wilayah Shandong atau Shantung. Nama sebenarnya ialah Kong Qiu
atau Kong Chiu. Bapanya, Shu-LianHeih dan ibunya Yuan Zhenf. Berasal dari
keturunan keluarga bangsawan tradisional. Namun menjadi miskin akibat perang dan
huru hara.

KONSEP AJARAN KONFUSIANISME

Falsafah Konfucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan


hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Falsafahnya mempengaruhi masyarakat
cina di seluruh dunia. Konfucianisme juga dikenali sebagai Ru Jia. Ajarannya
terkandung di dalam buku Lun. Konfucius menekankan lima hubungan antara
manusia (wulun) yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat, iaitu:

a. Hubungan antara suami dengan isteri, iaitu hubungan mesra harus dijalin
antara suami dan isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus
patuh kepada suami.

b.Hubungan antara bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik terhadap
anak dan anak harus betanggungjawab terhadap orang tua.

C. Hubungan antara raja dengan pegawai, iaitu raja harus berperikemanusiaan


dan pengawai harus menunjukkan taat setia.

18
d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik), iaitu
saudara tua harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh
dan hormat.

e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran.

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni


yang membentuk masyarakat agar hidup saling membantu dan bekerjasama tanpa
mengira bangsa. Nilai murni yang ditekankan oleh Konfusianisme boleh dibahagikan
kepada:

a. Wu Chang (Four Virtues) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang
terdiri daripada:

i. Ren

 membawa maksud perikemanusiaan, iaitu manusia perlu memiliji sifat-sifat


kemanusiaan, kasih sayang sesama manusia.

ii. Yi

 Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan
patutu dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

iii. Zhi - Zhi

 bererti kebijaksaan, iaitu seseorang harus mempunyai pengetahuan dalam


pelbagai aspek.

iv. Xin - Xin

 bermaksud kebolehpercayaan, iaitu kita harus berpegang kepada janji dan


menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan.

b. Ba De atau lapan nilai murni:

i. Xiao
19
 bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua. Anak harus
bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua.

ii. Ti

 Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik- beradik.
Mengikut Konfusianisme, hubungan yang baik antara adik-beradik harus
dijalin untuk mengelakkan konflik.

iii. Zhong

 Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyat haruslah


menunjukkan taat setia kepada negara, komuniti, pekerjaan masing-masing.

iv. Xin

 bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah. Sebagai manusia


yang bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak boleh
menipu orang lain. Mengikut Konfucius, Konsep Xin harus ditekankan untuk
mengelakkan penipuan dan penyelewengan.

v. Li

 Yang meliputi nilai bersopan santun, berbudi bahasa, kelakuan, uapacara amal
dan istiadat bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain, mematuhi
segala undang-undang dan peraturan .

2.1.3 TAOSIME

 Sejarah

Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada
masa yang sama ia juga dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam
masyarakat Cina. Dengan itu wujud apa yang dikatakan sebagai agama

20
dao(Bahasa Cina: Daojiao 道教), yakni taoisme dari segi agama; dan juga mazhab
dao (bahasa Cina: daojia 道家) ,yakni taoisme dari segi falsafah.

Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao” yang
diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina “Dao” (道) yang erti hurufiahnya
bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna budaya perkataan "Dao"
sebenarnya sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah.

Sejarah Taoisme bermula sejak adanya kitab Dao De Jing (abad ke-3 atau 4
S.M.),yang menjadi pegangan bagi Taosime. Seterusnys Taoisme telah
dimantapkan oleh Zhang Daoling (abad ke-2 masihi), dan juga Shangching dan
Lingbao pada abad ke-4 masihi.

 Ajaran Taoisme

Taoisme memiliki empat ajaran iaitu:

1. Dao

Dao adalah dari ajaran Taoisme, yang bermaksud tidak berbentuk, tidak terlihat,
tapi merupakan proses kejadian dari semua benda hidup dan segala benda-benda
yang ada di alam semesta. Dao yang wujud dalam bentuk benda hidup dan
kebendaan lainnya adalah De. Gabungan Dao dengan De dikenal sebagai Taoisme
yang merupakan landasan kealamian. Keabadian manusia terwujud disaat
seseorang mencapai kesadaran Dao, dan orang tersebut akan menjadi dewa.
Penganut-penganut Taoisme mengaplikasikan Dao untuk mencapai kesadaran
Dao, dan menjadi seorang dewa.

2. Yin dan Yang

Dao melahirkan sesuatu, yang disebut dengan Yin (Positif) dan Yang (Negatif),
Yin dan Yang saling melengkapi untuk menghasilkan tenaga atau kekuatan.
Kekuatan tersebut bersumber dari jutaan benda di dunia. Setiap benda di alam

21
semesta yang berupa benda hidup ataupun benda mati mengandungi Yin dan
Yang yang saling melengkapi untuk mencapai keseimbangan.

Gambar menunjukkan Lambang Yin dan Yang

Yin : kegelapan, kejahatan, pasif, wanita,

Yang : cahaya terang, kebaikan aktif, positif, lelaki

3. Pandangan tentang Manusia

Manusia yang sombong dan melakukan hal di luar kemampuannya, maka dia akan
mendapat penghinaan yang membuatnya berduka atau menderita kerana, seorang
bijaksana yang mengenal Dao dan hukum alam akan memilih mengundurkan diri
dan menolak segala penghargaan yang diberikan padanya. Ia memilih untuk tidak
menonjolkan dirinya. Meskipun demikian, Taoisme tidak mengajar seseorang
harus menyingkirkan seluruh harta benda yang dimiliki untuk mencapai
ketentraman batin.

4. Etika

Dalam menjalani kehidupan, manusia mengarah pada kehidupan yang alamiah


tanpa adanya proses ikut campur. Kehidupan inilah yang menjadi suatu kebajikan
dasar yang memacu munculnya tiga buah kebajikan lain yang membawa manusia
dalam kehidupannya, iaitu lemah lembut, rendah hati, dan menyangkal diri.

22
Kelemah-lembutan merupakan teman dari kehidupan, sebaliknya, kekerasan dan
kekakuan adalah teman dari kematian. Rendah hati adalah sikap mampu
membatasi diri dengan berbuat seperlunya saja. Di dalam kitab Daode Ching
dikatakan, “Tidak ada kutuk yang lebih besar daripada merasa kurang puas. Tidak
ada dosa yang lebih besar daripada selalu ingin memiliki. Kemudian menyangkal
diri adalah sikap menganggap diri dan hidup manusia hanyalah sebagai pinjaman
dari alam semesta kepada manusia. Oleh karena itu, manusia yang bijaksana dan
menginginkan hidup tenang dan tenteram akan mempercayakan seluruh hidupnya
kepada Dao atau alam semesta.

2.2 BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH ETNIK CINA DI MALAYSIA

Bahasa-bahasa yang digunakan oleh etnik Cina di Malaysia boleh dikategorikan


kepada 2 kelompok besar, iaitu bahasa-bahasa dari wilayah Fujian dan dari wilayah
Guangdong.

23
Dalam kumpulan bahasa dari wilayah Fujian, adalah bahasa-bahasa berikut:

1. Bahasa Hokkien

2. Bahasa Foochow

3. Bahasa Teochew

Manakala bahasa-bahasa dari wilayah Guangdong pula adalah:

1. Bahasa Kantonis

2. Bahasa Hakka

Terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua kumpulan bahasa. Kumpulan-kumpulan


bahasa wilayah Fujian lebih hampir antara satu sama lain. Manakala bahasa dari
wilayah Guangdong mirip satu sama lain.

Bahasa yang dituturkan oleh Cina Hainan pula saya tak pasti sebab kurang
pendedahan kepada bahasa Hainan.

Taburan bahasa-bahasa ini pula seperti berikut.

1. Dialek Hokkien

Terdapat dua variasi kepada dialek Hokkien yang dituturkan di Malaysia iaitu
Hokkien Pulau Pinang dan Hokkien Selatan Malaysia. Hokkien Pulau Pinang berasal
dari bandar Zhangzhou di China dan menyelitkan penggunaan perkataan Melayu dan
Inggeris. Hokkien Selatan Malaysia pula berasaskan sebuah dialek yang dituturkan
oleh orang-orang di bandar Quanzhou di China. Kebanyakan daripada perkataan dari

24
Hokkien Pulau Pinang dan Hokkien Selatan Malaysia mempunyai persamaan antara
satu sama lain, dan disebabkan itu, kedua-dua dialek kerap dirujuk sebagai Hokkien
sahaja.

Hokkien Pulau Pinang kebanyakkannya digunakan oleh orang Cina Malaysia yang
tinggal di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, seperti Pulau Pinang, Kedah,
Perlis, Kelantan, Terengganu dan bandar Taiping, Perak. Mereka yang tinggal di
bahagian selatan Semenanjung Malaysia, seperti di bandar-bandar di Kalang, Melaka,
Johor dan Kuching, mereka biasanya bertutur dalam dialek Hokkien Selatan
Malaysia.

2. Dialek Kantonis

Dialek Kantonis merupakan bahasa kepada bahasa China yang berasal dari wilaya
Guangzhou di tenggara China. Kantonis digunakan oleh kaum Cina Malaysia yng
tinggal di kawasan tengah Semenanjung Malaysia, di bandar-bandar seperti Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Seremban, Ipoh, Kampar dan Kuantan. Di
samping itu, dialek Kantonis juga biasa ditutur di Daerah Sandakan di Sabah dan
Daerah Mersing di Johor.

3. Dialek Hakka dan Teochew

Dialek Hakka agak serupa dengan bahasa Gan berbanding dengan bahasa Mandarin.
Hakka ditutur oleh kaum Cina Malaysia yang tinggal di daerah-daerah utama di
Sabah, seperti Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Marudu, Kuna, Lahad Datu,
Semporna dan banyak lagi. Sebaliknya, Teochew adalah dialek yang berasal dari
timur Guandong, dan diturutkan oleh kaum Cina Malaysia yang tinggal di ibu negeri
Johor, Johor Bahru.

2.3 WARISAN DAN KESENIAN MASYARAKAT CINA

I. Seni Kalirafi

Masyarakat cina sangat terkenal dengan kemahiran seni kaligrafi yang cantik. Bagi
etnik cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga suka
menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar (水墨画)seperti gambar feng-shui,
bunga- bungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar
kaligrafi dilukis pada kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil
25
Zhuan Zhi. Oleh kerana kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja,
maka berkembanglah seni lukisan yang lain yang berwarna-warni dengan
menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan lain-lain.

II. Seni Bina

Di Malaysia, seni bina Cina terdiri daripada dua jenis 7 tradisional dan Baba Nyonya.
Seni bina tradisional Cina menekankan kepada simetri, ruangan terbuka yang
terlingkung, reka bentuk berdasarkan kepentingan tatatingkat, penegasan mendatar
dan mematuhi prinsip kosmologi. Sebuah bangunan tradisional Cina mengekalkan
simetri dan keseimbangan dengan menggabungkan ruang-ruang kosong yang
dilingkungi oleh bangunan-bangunan yang bersambung dengan satu sama lain, sama
ada secara terus atau menggunakan beranda. Tatatingkat juga penting dalam
kompleks bangunan tradisional Cina, dan ditunjukkan dengan peletakan sesebuah
bangunan dan kedudukan pintu-pintu.

Sebagai contoh, sebuah bangunan dengan pintu yang mengadap ke depan adalah lebih
penting berbanding sebuah bangunan dengan pintu di sebelah tepi. Di samping itu,
sebuah kompleks bangunan tradisional Cina mematuhi konsep kosmologi Cina seperti
feng shui dan Taoisme dengan menggunakan simbol-simbol kekayaan dan
kemakmuran, seperti buah-buahan dan haiwan seperti katak berkaki tiga. Berikut
adalah senarai beberapa bangunan yang mematuhi seni bina tradisional Cina di
Malaysia:

i. Tokong Thean Hou

 Tokong Thean Hou didedikasikan kepada dewi lautan Cina, Mazu, dan
terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tokong ini selesai pada tahun
1987, dan perasmiannya diadakan pada tahun 1989.

ii. Tokong Cheng Hoon Teng

26
 Tokong Cheng Hoon Teng atau ‘Tokong Awan Pengampun’ telah dibina pada
tahun 1646. Ia merupakan tokong Buddhis tertua di Malaysia dan
didedikasikan kepada Dewi Belas Kasihan atau Kuan Yin.

iii. Tokong Xian Si She Ye

 Tokong Xian Si She Ye telah dibina oleh Kapitan Yap Ah Loy pada tahun
1864. Tokong ini didedikasikan kepada Si Shi Ye dan Xian Shi Ye, dua
kedewaan yang dipercayai telah membantu Kapitan Yap Ah Loy semasa
Perang Saudara dan meningkatkan martabat dan status Kapitan tersebut.

iv. Seni bina Baba-Nyonya

 Merentasi beberapa abad, kebudayaan Peranakan telah menciptakan gaya seni


bina mereka sendiri yang unik. Salah satunya cirinya adalah penggunaan balai
menyambut tetamu, balai leluhur, bilik tidur biasa, bilik tidur pengantin, dan
dapur. Ciri-ciri unik yang lain adalah seperti lantai berwarna-warni, dan
halaman dalam di tengah-tengah rumah untuk memberikan peredaran udara
yang baik, membolehkan cahaya semula jadi masuk, dan menggalakkan
hubungan sosial antara ahli keluarga. Untuk memahami lebih lanjut tentang
gaya seni bina ini, yang dipanggil seni bina Baba-Nyonya, anda boleh
mengunjungi Muzium Warisan Baba dan Nyonya di Melaka. Bandaraya
Melaka sendiri telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO
pada tahun 2008.

III. Seni Tari

i. Tarian Singa

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian Singa


adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman purbakala,
hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang
27
mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Tarian ini
biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang
tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan
dentingan simbal.

ii. Tarian Naga

Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan,
kesuburan, kegigihan dan maruah dalam budaya Cina. Pada pemikiran orang
Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili
kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau ketika menyambut seorang dewa, bahkan
ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakantarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Biasanya apabila Tarian naga dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru
Cina, ia dikatakan dapat memberi nasib baik dan keuntungan kepada tahun
yang mendatang.

2.3 ADAT RESAM ETNIK CINA

Adat resam orang cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran
falsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana
itu, mereka kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu

28
mengikut perubahanmusim dan pelbagai kuasa tertentu. Terdapat beberapa aspek
yang masih menggunakan adat resam sebagai satu panduan kepada mereka.

1) KELAHIRAN

 Semasa mengandung

Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan


ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. -Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini
kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama
nenek moyang semasa mengandung.

Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri


bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang

Mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu


mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu . Memberi nama kepada
bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang
dalam masyarakat Cina

Wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut wanita
yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan
mangga serta tidak digalakkan makan banyak Untuk menentukan sama ada
kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk
perut wanita yang hamil, kandungan berusia empat bulan ke atas

 Selepas Melahirkan

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama


empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi
masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain
29
pada perutnya Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak
yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka.

Masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur
sebulan Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan
membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Kuih khas
yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau
su serta telur yang diwarnai merah.

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Perkataan kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik- beradik dan sanak-
saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri Sistem
nama yang baik perlu mengambil kira makna, unsur Yin dan Yang serta dibuat
mengikut perhitungan matematik Cina.

2) PERKAHWINAN

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu perkahwinan sivil dimana bakal pengantin itu
perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
Upacara minum teh, ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai
tanda pengenalan antara satu sama lain. Jamuan makan , pada jamuan ini semua
saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput. Pada kebiasaannya upacara
perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara
yang rapat sahaja.

3) KEMATIAN

Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu
pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat memakai baju berwarna
muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki
rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “duit kertas” dan lain –
lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang
berkemampuan. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar

30
kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu
persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si
mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang
merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna
merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba
mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.

31
BAB 3 : METODOLOGI

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan kaedah persampelan, kaedah mengumpul data, kaedah


menganalisis dan mempersembahkan data.

3.1 Kaedah Persampelan

Kajian ini berbentuk kajian kes. Kajian kes ialah kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada
populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marican,2009). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
budaya etnik cina di Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia.
Permilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan
66 orang responden di kawasan Parit Raja dan UTHM. Responden-responden adalah terdiri
daripada 3 kaum yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Dianggarkan terdapat 20 orang
Melayu, 37 orang Cina, 8 orang India dan 1 lain-lain. Bilangan sampel bersesuaian dengan
kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi
yang dikaji (R.Kuberan et al, 2013).

3.2 Kaedah Mengumpul Data


Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, pengedaran soal selidik dan borang pemerhatian.

3.2.1 Data Primer


a) Borang Soal Selidik
Borang soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk
jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik
hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian.
Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberan et al,
2013). Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A adalah tentang latar belakang responden yang dibahagikan kepada jantina, kelas
umur, agama dan kaum. Bahagian B adalah tentang Mengkaji ahap pengetahuan etnik cina
terhadap kewujudan warisan dan kesenian dengan menggunakan skala likert, skor yang

32
merangkumi 5 peringkat iaitu sangat bersetuju, bersetuju, sederhana bersetuju, tidak bersetuju
dan sangat tidak bersetuju dalam 22 soalan yang disediakan .
Soalan dalam borang tersebut telah menggunakan skala likert 5 skor pilihan amat
bersetuju, bersetuju, sederhana bersetuju, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju. Kaedah
ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pengetahuan etnik cina terhadap
kewujudan warisan dan kesenian. Borang ini diberikan kepada responden yang sudi
bekerjasama. Mereka diberi masa lima ke sepuluh minit untuk menjawab semua soalan.
Jumlah soalan dalam borang adalah sebanyak 26 soalan termasuk latar belakang responden.

3.2.2 Data Sekunder


a) Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti kamus (kamus dewan), jurnal, tesis dan sumber daripada internet bagi
mendapat maklumat berkenaan tetang tahap pengetahuan etnik cina terhadap kewujudan
warisan dan kesenian.

3.3 Kaedah Menganalisis Dan Mempersembahkan Data


Pada peringkat akhir ini, telah dijalankan analisis untuk menganalisiskan data daripada soal
selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh
dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Bagi penyataan yang menggunakan
skala likert, skor yang merangkumi 5 peringkat iaitu sangat bersetuju, bersetuju, sederhana
bersetuju, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju, Skor bagi skala likert yang digunakan
dalam bahagian B adalah seperti berikut:

PERKARA SKOR
SANGAT BERSETUJU 5
BERSETUJU 4
SEDERHANA BERSETUJU 3
TIDAK BERSETUJU 2
SANGAT TIDAK BERSETUJU 1

BAB 4 : ANALISIS DATA


33
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data yang telah
dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden .

Bahagian pertama antaranya ialah:

i. Jantina responden
ii. Umur responden
iii. Agama responden
iv. Bangsa responden

Manakala borang soal selidik bahagian kedua iaitu:

i. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat cina di Malaysia


ii. Budaya etnik cina dapat mengukuhkan perpaduan kaum
iii. Warisan dan kesenian masyarakat cina
iv. Amalan pantang larang etnik cina
v. Adat resam masyarakat cina
vi. Bahasa yang digunakan oleh etnik cina

DEMOGRAFI RESPONDEN
34
Kajian dilakukan dengan mengaplikasikan “Google Form” untuk mengumpulkan pandangan
oleh 66 orang responden tentang mengenali budaya etnik cina di Malaysia. Untuk mengkaji
tentang kebudayaan masyarakat cina, seramai 66 orang yang terdiri daripada pelajar UTHM
terlibat dalam soal selidik ini. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek
jantina, umur, bangsa dan agama yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Carta 1: Jantina responden


JANTINA NILAI PERATUS

LELAKI 26 39.4

PEREMPUAN’ 40 60.6

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 66 orang responden, seramai 26 orang (39.4%)
terdiri daripada responden lelaki manakala bakinya sebanyak 40 orang (60.6%) adalah
responden perempuan. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada carta 1 di atas.

35
Carta 2: Umur Responden
UMUR NILAI PERATUS
18-20 17 25.8
21-23 39 59.1
24 ke atas 10 15.2

Berdasarkan hasil kajian, daripada 66 orang responden yang disoal selidik, seramai 17 orang
(25.8%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 18 hingga
20 tahun. Manakala responden yang berumur 21 hingga 23 tahun adalah terdiri daripada 39
orang (59.1%) diikuti dengan yang selebihnya yang berumur 24 tahun ke atas iaitu seramai
10 orang (15.2%) seperti yang ditunjukkan dalam carta 2 di atas. Responden yang berbeza
usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza

36
Carta 3: Agama Responden

AGAMA NILAI PERATUS


BUDDHA 30 45.5
KRISTIAN 7 10.6
ISLAM 19 28.8
HINDU 5 7.6

Majoriti 45.5% yang beragama Buddha, 28.8% beragama islam, 10.6% yang beragama
kristian dan yang paling sedikit adalah 7.6% yang beragama hindu.

Carta 4: Bangsa Responden

BANGSA NILAI PERATUS


MELAYU 20 30.3
CINA 37 56.1
INDIA 8 12.1

Majoriti yang terlibat dalam soal selidik adalah seramai 37 orang (56.1% )berbangsa cina,
30.3% berbangsa melayu dan 12.1% berbangsa india. Di sini terdapat pelbagai bangsa yang
37
terlibat dalam soal selidik ini kerana di pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
terdiri daripada pelbagai bangsa.

Berdasarkan data kajian, antara 66 orang responden,seramai 54 orang responden iaitu 81.9%
mengetahui tentang kebudayaan dan kepercayaan masyarakat cina di Malaysia

Selain itu, seramai 7 orang iaitu 10.6% kurang mengetahui tentang kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat cina di Malaysia

Tetapi, graf menunjukkan tiada responden yang langsung tidak mengetahui kebudayaan
masyarakat cina. Jelaslah di sini bahawa masyarakat di negara Malaysia masih mengambil
tahu tentang kebudayaan dan kepercayaan etnik lain.

38
Dalam persoalan soal selidik ini, seramai 52 orang iaitu 78.8% yang bersetuju bahawa
dengan mengenali budaya etnik cina ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara
kita. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan
bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi
kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara
rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing
untuk melabur di negara kita.

Namun begitu, 14 orang responden (21.2%) kurang bersetuju dengan mengenali budaya
etnik cina dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

Tiada responden yang tidak bersetuju dengan soal selidik tentang ini.

39
Seramai 49 orang iaitu 74.2% bersetuju bahawa masyarakat cina perlu tahu cara menulis
kaligrafi cina kerana ia merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi dalam masyarakat
cina

Manakala seramai 16 orang iaitu 24.2% kurang bersetuju tentang masyarakat cina perlu tahu
menulis kaligrafi cina

Hanya seorang iaitu 1.5% tidak bersetuju masyarakat perlu tahu menulis kaligrafi cina.

Rakyat Malaysia yang gemar akan makanan etnik cina adalah seramai 50 orang iaitu 75.8%.
Mereka suka bertukar selera dengan mencuba memakan makanan etnik cina. Selain itu,
mereka juga dapat memupuk perpaduan di antara kaum.

Seramai 13 orang responden iaitu 19.7% yang kurang gemar akan makanan etnik cina
manakala 3 orang iaitu 4.5% responden tidak gemar akan makanan etnik cina kerana
dikhuatiri tidak halal bagi orang melayu.

40
Seramai 59 orang responden iaitu 89.4% bersetuju bahawa etnik melayu dan india boleh
bergaul dengan masyarakat cina untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di Malaysia dan
juga dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Walaupun begitu, ada juga yang kurang bersetuju iaitu seramai 7 orang (10.6%) kerana
mereka beranggapan bahawa pergaulan di antara etnik yang berbeza tidak penting.

Seramai 53 orang responden iaitu 80.3% mengetahui tentang sejarah pemakaian tradisional
masyarakat cina manakala 11 orang iaitu 18.1% kurang mengetahui sejarah pemakaian
tradisisonal masyarakat cina kerana mereka berpendapat pada zaman moden ini sesetengah
masyarakat lebih suka memakai pakaian yang mengikut peredaran zaman. Jadi mereka tidak
mengambil tahu dengan lebih mendalam berkaitan sejarah pemakaian tradisional.
41
Namun begitu, seorang sahaja yang langsung tidak mengetahui tentang sejarah pemakaian
tradisional masyarakat cina.

Seramai 48 orang responden iaitu 72.7% bersetuju bahawa amalan pantang larang semakin
diabaikan oleh generasi muda mahupun generasi tua.Responden berpendapat bahawa pantang
larang diabaikan pada masa kini adalah kerana ibu bapa tidak memainkan peranan yang
penting dalam mengamalkan pantang larang. Hal ini kerana mereka kurang percaya terhadap
pantang larang disebabkan ia tidak mempengaruhi kehidupan mereka pada zaman moden
kini.

Seramai 18 orang responden iaitu 27.3% yang kurang bersetuju amalan pantang larang
diabaikan oleh generasi muda mahupun generasi tua.

42
27 orang responden iaitu 40.9% yang bersetuju bahawa amalan pantang larang dapat
memainkan peranan dalam generasi muda pada masa kini manakala 28 orang responden
(57.6%) kurang bersetuju amalan pantang larang memainkan peranan dalam generasi muda
dan seorang sahaja yang tidak bersetuju tentang ini.

Majoriti responden bersetuju bahawa pantang larang perlu diaplikasikan sejak kecil lagi
dalam kehidupan seharian iaitu seramai 48 orang (72.7%). Kewujudan sesetengah pantang
larang adalah untuk memberikan kesedaran kebersihan kepada masyarakat dalam kehidupan
seharian. Kesedaran kebersihan ini penting kerana ia mampu menjejaskan kesihatan

43
seseorang. Penyakit akan tersebar jika kebersihan tidak dijaga. Ia juga membantu memupuk
sifat menjaga kebersihan sejak kecil dalam individu seseorang.

Seramai 16 orang responden (24.2%) kurang bersetuju amalan pantang larang perlu
diaplikasikan dalam kehidupan seharian sejak kecil lagi manakala hanya dua orang yang
tidak bersetuju akan hal ini.

Seramai 53 orang responden (80.3%) bersetuju bahawa ibu bapa perlu memupuk anak-anak
mereka mengamalkan pantang larang sejak kecil dan menyatakan kepada anak mereka
tentang kebaikan dan kepentingan amalan pantang larang ini. Kajian ini telah menjelaskan
bahawa peranan ibu bapa dan keluarga merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan
pantang larang dalam kalangan generasi muda kini.

12 orang responden iaitu 18.2% kurang bersetuju dan seorang sahaja yang tidak bersetuju
yang menyatakan ibu bapa perlu memupuk anak mereka untuk mengamalkan pantang larang
sejak kecil lagi.

44
Seramai 56 orang responden (84.9%) bersetuju bahawa masyarakat cina perlu menyediakan
makanan halal kepada etnik lain dalam majlis perkahwinan kerana sesetengah makanan oleh
etnik cina tidak halal bagi orang melayu.

Seramai 10 orang responden (15.1%) kurang bersetuju masyarakat cina perlu sediakan
makanan halal semasa majlis perkahwinan mereka.

Seramai 57 orang responden (86.4%) bersetuju rakyat Malaysia mempunyai sikap toleransi
antara satu sama lain. Maka seringlah kita dengar saranan agar rakyat Malaysia ini
mengamalkan sikap toleransi antara agama dan kaum untuk mewujudkan masyarakat
45
Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama hidup aman harmoni dalam satu
negara.

Hanya 9 orang responden (13.6%) yang kurang bersetuju rakyat Malaysia mempunyai sikap
tolenrasi antara satu sama lain.

Seramai 33 orang responden iaitu 52.4% yang bersetuju tentang ekonomi di Malaysia
majoritinya dipelopori oleh etnik cina. Manakala seramai 29 orang responden iaitu 46%
kurang bersetuju dan seorang sahaja yang tidak bersetuju akan hal ini.

46
Seramai 54 orang responden iaitu 85.7% bersetuju bahawa rakyat Malaysia tidak boleh
mewujudkan sikap prejudis terhadap etnik lain kerana hal ini akan membawa kepada masalah
perpaduan diantara kaum manakala seramai 9 orang responden iaitu 14.3% yang kurang
bersetuju rakyat Malaysia tidak boleh mewujudkan sikap prejudis terhadap etnik lain

Jelaslah di sini bahawa majoriti responden kurang bersetuju untuk menjadikan bahasa
mandarin sebagai bahasa yang penting dalam urusan jual beli di Malaysia.

Seramai 27 orang responden iaitu 42.9% yang bersetuju untuk menggunakan bahasa
mandarin dalam urusan jual beli di Malaysia kerana ini merupakan cara untuk mengenali
budaya etnik cina di Malaysia dengan lebih mendalam.

47
Walaupun begitu, seramai 6 orang iaitu 9.5% responden yang tidak bersetuju bahawa bahasa
mandarin sebagai bahasa yang penting dalam urusan jual beli.

Seramai 52 orang responden iaitu 82.5% yang bersetuju bahawa setiap perayaan boleh
diraikan bersama-sama etnik lain. Dengan cara ini,responden dapat merasakan ia dapat
memupuk perpaduan kaum di Malaysia

Hanya 11 orang yang tidak bersetuju setiap etnik boleh menyambut perayaan bersama-sama
dengan etnik lain.

BAB 5 : CADANGAN KAJIAN


48
Kajian penyelidikan ini menggunakan dua kaedah iaitu dengan menggunakan medium
menemu ramah dan borang soal selidik secara maya. Analisis dari hasil dapatan kajian
memberi dapatan yang konsisten dan baik.

Bagi menambah baik dan mengukukuhkan hasil dapatan kajian ini, kaedah lain
haruslah diambil kira. Dalam melaksana dan menjalankan kajian ini, penyelidik boleh
menggunakan beberapa kaedah sebagai instrumen kajian. Antaranya ialah kajian
perpustakaan. Kajian ini akan menggunakan sumber-sumber daripada bahan-bahan bercetak
iaitu buku-buku rujukan dan juga sumber-sumber daripada internet. Hasil kajian daripada
buku-buku yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan akan membuahkan lebih banyak
sumber informasi dan juga maklumat-maklumat tambahan yang boleh dijadikan sebagai
bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.

Selain daripada kaedah kajian perpustakaan, penyelidik juga boleh menggunakan


kaedah pemerhatian dalam mendapatkan maklumat-maklumat serta sumber-sumber
informasi. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini, penyelidik memerhatikan
pergerakan dan tingkah laku yang dilakukan oleh masyarakat cina dalam urusan harian atau
urusan rasmi dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam urusan harian, penyelidik
boleh memerhati cara masyarakat cina berinteraksi dalam pelbagai bahasa mengikut negeri-
negeri tertentu. Dalam urusan rasmi pula, penyelidik dapat memerhati secara langsung
bagaimana masyarakat etnik cina menyambut sesuatu perayaan mereka dengan lebih jelas.
Walaupun demikian, antara kelemahan daripada kaedah ini adalah kadangkala senarai
pemerhatian memaksa penyelidik untuk memerhati terlalu banyak perlakuan sehinggakan ia
tidak dapat melakukannya dengan tepat, atau memaksa penyelidik menilai terlalu ramai
responden pada satu-satu masa. Oleh itu, pemerhatian ini perlu dibuat secara ringkas supaya
ianya boleh dilakukan dengan sempurna.

Hasil dari kajian yang telah dilakukan, penyelidik mendapat beberapa informasi
berkenaan budaya dan warisan dalam etnik cina pada masa kini. Sebahagian etnik cina pada
masa kini sudah tidak mengikuti dan mengamalkan budaya dan warisan yang dibawa oleh
nenek moyang mereka pada masa dahulu.

Amalan, tradisi merupakan peninggalan zaman berzaman. Ia bukan sahaja


mempunyai nilai estetik sosial yang besar dan amat bermakna. Malah lebih penting, segala
warisan dan khazanah budaya ini berupaya menjadi petunjuk dan rujukan kepada salasilah
sesuatu bangsa. Justeru, sekalipun masyarakat asyik dengan segala pemodenan dan kemajuan
49
infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesejahteraan, masyarakat tidak
seharusnya melupakan aspek nilai budaya dan khazanah warisan bangsa.

Oleh itu, dalam pengekalan amalan dan budaya sesebuah etnik, setiap anggota
keluarga harus bertanggungjawab dalam merealiti hasrat tersebut. Antara langkah yang perlu
dilakukan ialah setiap ahli keluarga harus mengambil berat terhadap anggota keluarga lain
yang mengabaikan tradisi etnik dan budaya dengan mengamalkan tradisi seperti pulang ke
kampung halaman, mengadakan rumah terbuka serta sikap kunjung mengunjungi ke rumah
saudara-mara. Selain itu, setiap anggota keluarga perlu menjelaskan kepentingan
mengamalkan tradisi kepada anak cucu untuk mengelakkan kehilangan identiti etnik, supaya
tradisi turun temurun tidak pupus dan hubungan kekeluargaan menjadi erat.

Seterusnya, sebagai masyarakat haruslah mewariskan kelangsungan identiti pada


generasi masa hadapan. Sebagai generasi lama ini yang bertanggungjawab, kita bukan sahaja
mesti mewariskan kepada anak-anak kita dan semua generasi akan datang segala
kecanggihan infrastruktur yang lengkap dan bertaraf dunia, alam sekitar yang sihat,
pendidikan yang berkesan dan sistem sosial yang baik. Malah, lebih jauh dari itu, kita harus
memastikan yang kita turut menyediakan ruang dan peluang kepada anak-anak muda untuk
kembali menyelidik dan mengkaji asal usul mereka. Ruang dan peluang untuk mereka
kembali mengetahui tentang kekayaan budaya bangsanya dan untuk memahami mengapa
sesuatu amalan dan tradisi itu muncul dalam masyarakat dan mesti dipertahankan. Dengan
melakukan perkara ini, kita berharap akan wujud satu bentuk kesinambungan terhadap
identiti dan budaya bangsa serta sebagai generasi lama tidak akan ‘berhutang’ dengan
generasi masa hadapan.

BAB 6 : KESIMPULAN

50
Pada akhirnya, kumpulan kami dapat simpulkan daripada maklumat yang diperolehi
daripada temu ramah masyarakat cina untuk mengkaji budaya etnik cina di Malaysia untuk
mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Kumpulan kami memperolehi maklumat yang
berkenaan dengan membuat lawatan di tokong cina di batu pahat dan menemu ramah sebuah
keluarga cina di kluang melalui kaedah – kaedah yang disenaraikan dalam metodologi. Selain
itu, maklumat -maklumat ini juga telah memberi banyak manfaat kepada setiap ahli
kumpulan kami iaitu kami semua telah mengetahui dan memahami budaya etnik cina di
Malaysia. Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan, kumpulan kami mendapati masih
ramai orang tidak mengatahui budaya cina di Malaysia. Ini di sebabkan oleh kurangnya
hebahan budaya cina di media cetak dan elektronik tidak seperti budaya etnik melayu.
Seterusnya, ramai yang tidak menyelami dan memahami di sebalik budaya etnik cina, agama
yang di anuti dan tentang kewujudan warisan dan kesenian etnik cina di Malaysia walaupun
ada di antara mereka yang rapat dengan rakan – rakan dari etnik cina. Di samping itu,
kerugian yang mungkin akan berlaku ialah budaya, warisan dan kesenian etnik cina yang
mungkin akan semakin pudar dan melupai dek ditelan zaman kemodenan kini yang sudah
tidak lagi diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat cina di Malaysia. Demi mengekalkan
adat, budaya, warisan dan kesenian tersebut, generasi sekarang harus mengekalkan warisan
dan membudayakan setiap budaya cina agar dapat dibuktikan dan dipaparkan kepada
generasi yang akan datang.

Akhirnya, kumpulan kami mendapati setiap masyarakat cina berpusat dari ibu bapa
berperanan penting dalam memupuk semangat dan minat generasi muda untuk mengamalkan
dan mengekalkan adat budaya kaum cina. Bak kata pepatah “Seikat bagai sirih serumpun
bagai serai” Bersama sama mengharungi kesusahan untuk menjaga budaya masyarakat
masing masing dan jangan pula seperti pepatah “ gunting dalam lipatan” yang boleh
membinasakan sesuatu bangsa atau budaya. Oleh itu, kami mengharapkan agar budaya etnik
cina yang telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik ini di kekalkan
dan terus dijaga dengan baik, tidak mengira kaum agar ianya boleh meningkatkan lagi tahap
kesepaduan sosial di Malaysia.

51
RUJUKAN

BUKU

1. Hashim,W. (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Wangsa Maju, KL: Institut


Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

2. Lee, H. G. (2000). Ethnic relations in Penisular Malaysia: the cultural and economic
dimensions. Institute of Southean Asian Studies.

3. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua.
Pusat Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

INTERNET

1. Adat resam orang Cina. Didapati Oktober 25, 2018 daripada


https://www.slideshare.net/nurfara1/esei-kenegaraan.

2. Masyarakat Cina. Didapati Oktober 25, 2018 daripada


http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-cina-0.

52
LAMPIRAN

Rajah 1 : Sesi temu bual bersama Pemilik Temple di Batu Pahat.

Rajah 2 : Sesi temubual bersama kepada Puan Lee Mong Lian dan Puan Lim Ai di
kediamannya.

53
Rajah 3 : Sesi bergambar selepas selesai sesi temu bual.

Rajah 4 : Pelajar menunjukkan salah satu amalan yang di amalkan.

54

You might also like