You are on page 1of 44

030605-09-0182

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji adalah bagi mengkaji resam pemakanan harian dalam
kalangan masyarakat majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Objektif kajian
ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan harian dan adalah bagi
mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman masyarakat
majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Kampung Melayu, Padang Besar
(U), Perlis dipilih untuk dijadikan sebagai lokasi kajian kerana pengkaji turut tinggal di lokasi
berkenaan dan mengenali orang sekeliling lalu ianya dapat lebih memudahkan pengkaji untuk
melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah memilih seramai 30 orang penduduk kampung untuk
dijadikan sebagai responden bagi kajian ini dan seramai 3 orang responden turut ditemu bual.
Kaedah soal selidik, temu bual, permehatian dan rujukan telah dilaksanakan oleh pengkaji
bagi mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk serta
untuk mendapatkan maklumat berkenaan faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu
kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Pengkaji memaparkan data yang
dianalisiskan secara kuantitatif sahaja. Dapatan utama yang diperoleh pengkaji ialah kerabu
maggi merupakan jenis makanan harian masyarakat majmuk dan faktor makanan tersebut
menjadi suatu kelaziman adalah faktor lokasi yang berhampiran negara sempadan iaitu
Thailand merupakan data tertinggi yang dikumpul oleh pengkaji. Kesimpulannya, pengkaji
dapat melihat dan merumuskan bahawa pemakanan masyarakat majmuk di lokasi kajian
mengalami kepelbagaian serta menyatukan pelbagai kaum.

1
030605-09-0182

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN
Abstrak 1
Senarai kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-6
2.0 Objektif kajian 7
3.0 Lokasi kajian 8-9
4.0 Metodologi
4.1 Pendahuluan 10
4.2 Reka bentuk kajian 10
4.3 Instrumen kajian 11 - 12
4.4 Sampel kajian 13
4.5 Cara pengumpulan data 13 - 14
4.6 Cara analisis data 15
5.0 Dapatan kajian dan Perbincangan
5.1 Demografi responden 16 - 18
5.2 Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk 19 - 27
di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis
5.3 Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi 28 - 34

suatu kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis


5.4 Temu bual 35 - 38

5.5 Pemerhatian 39

6.0 Kesimpulan 40 - 41
7.0 Rujukan 42
8.0 Lampiran 43

2
030605-09-0182

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran
sekolah SMK Derma, terutamanya pengetua SMK Derma, Puan Fauziah binti Abdul Hamid
dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Hazriyana binti Hashim kerana memberi kelulusan
dan dorongan kepada saya bagi melaksanakan dan menyempurnakan kajian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah ini bagi subjek pengajian Am (900/4) kerja kursus ini.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor
Arpidah binti Ismail iaitu guru pengajian am saya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada beliau kerana telah banyak meluangkan masa dan mengorbankan tenaga
untuk memberikan tunjuk ajar malah membimbing saya bagi menyiapkan kajian ini dengan
sempurna.

Selain itu, tidak lupa tentang ibu bapa saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada mereka kerana sentiasa memberikan sokongan yang padu dan sentiasa membantu dari
segi kewangan seperti menanggung kos peralatan dan bahan yang diperlukan sepanjang
kajian saya dijalankan.

Penghargaan turut diberikan juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan


pertolongan sekiranya saya menghadapi kesulitan dalam melaksanakan kajian ini dan
membantu dalam menjalankan kajian dengan sokongan moral. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua responden kerana sudi meluangkan masa mereka untuk
menjawab pautan soal selidik yang telah diedarkan dan terima kasih juga kepada responden
yang ditemu bual kerana sudi meluangkan masa dan sudi berkongsi padangan mereka sebagai
penduduk yang menetap di lokasi kajian dan memberi kerjasama yang baik semasa
menjalankan kajian di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyempurnakan dan
menjayakan kajian projek serta terima masih kepada kurniaan-Nya atas kesihatan yang
diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Dengan itu, saya dapat menyiapkan kerja
kursus Pengajian Am kerta 4 (900/4) pada tahun 2021 yang bertajuk “Resam Pemakanan
Harian dalam Kalangan Masyarakat Majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis”
dalam masa yang telah ditetapkan.

3
030605-09-0182

1.0 PENGENALAN

Pemakanan harian adalah penting bagi setiap individu dalam meneruskan kelangsungan
kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Sudah pasti setiap daripada kita menggemari
pelbagai jenis makanan yang sesuai dengan citarasa tersendiri. Lebih- lebih lagi pada era ini
pelbagai jenis makanan telah divariasikan menjadi sesuatu yang lebih menarik dan lebih
menepati citarasa orang ramai. Hal ini berlaku kerana terdapat individu-individu yang kreatif
serta bersungguh dalam mencari punca pendapatan. Oleh itu, variasi makanan yang telah
tular terutamanya di media sosial akan sering dicari-cari oleh orang ramai .tidak hairanlah
perkara ini berlaku kerana masyarakat kini mempunyai keinginan yang tinggi dalam mencuba
sesuatu yang baharu. Secara umumnya , masyarakat Malaysia sering dipengaruhi budaya
pemakanan negara luar. Dalam kajian ini, budaya pemakanan negara sempadan kita iaitu
Thailand telah diserap masuk dan menjadi sebati dengan masyarakat di lokasi kajian. Hal ini
menjadi lebih menarik apabila masyarakat yang berada di lokasi kajian adalah masyarakat
majmuk dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India. Walaupun begitu, bukan sahaja
masyarakat kaum Siam malah masyarakat kaum lain turut lebih meminati dan menggemari
makanan dari negara Thailand malah telah menjadi makanan harian dan menjadi suatu
kebiasaan. Perkara ini dapat dilihat melalui tajuk berita kosmo pada 11 Mei 2022 , ‘tukang
masak Siam masuk, kedai tomyam kembali bernyawa’ yang telah disediakan oleh penulis
Rasdan Ahmad.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , resam didefinisikan sebagai adat kebiasaan serta
pembawaan, kebiasaan, sifat dan tabiat. Maka hal ini adalah bersesuaian untuk digunakan
dalam kajian ini yang menunjukkan bahawa makanan yang diamalkan telah menjadi suatu
kebiasaan harian oleh masyarakat serta merupakan suatu resam. Masyarakat majmuk di
lokasi kejadian sering membeli makanan-makanan ini pada setiap hari di gerai-gerai
berhampiran rumah mereka untuk dijadikan sebagai sarapan, makan tengahari atau makan
malam. Malah jumlah gerai- gerai yang menawarkan makanan berunsurkan makanan dari
negara sempadan itu turut meningkat dari semasa ke semasa. Namun begitu, bagi suri rumah
yang lebih berkelapangan dan cenderung untuk memasak akan mencari bahan dan memasak
makanan itu dengan sendirinya agar lebih menepati citarasa seisi keluarga. Di lokasi kajian
kita kerap kali menemui suri rumah yang hebat memasak makanan dari negara sempadan

4
030605-09-0182

bagi memenuhi citarasa seisi keluarga. Hal ini menjadi kebiasaan kerana anggota keluarga
sudah kerap memakan makanan tersebut di luar menjadi sebati dengan makanan yang
diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa kepelbagaian pemakanan harian ini telah menjadi suatu
resam terhadap masyarakat majmuk di lokasi kajian. Jelaslah terdapat juga budaya
pengambilan makanan yang dipadankan bila berlaku pertembungan dengan pengaruh-
pengaruh luar sama ada bagi mengisi kekosongan atau sebagai alternatif bagi
menokoknambah kepada sedia ada, kerana itu berlakulah perubahan budaya pengambilan
makanan dalam masyarakat hingga ke hari ini. Petikan ini telah ditulis dalam kajian lepas
oleh Che Wan Jasimah Bt. Wan Mohamed Radzi.

Melalui carian , telah menyatakan bahawa masyarakat negara jiran iaitu Thailand
menjadikan makanan tradisi sebagai hidangan yang benar-benar dihayati dan dijadikan
sumber pendapatan di setiap pelosok negeri. Katanya lagi, persembahan makanan, bekas
menghidang dan cara pembungkusan mereka lebih maju berbanding di negara kita. Malah
inovasi makanan begitu hebat dan terkini. (Dr Noriza Ishak, 2019). Maka dengan itu tidak
hairanlah ianya diminati dan digemari ramai dari setiap peringkat umur samada kanak-kanak,
remaja dan lebih-lebih lagi warga tua. Dalam pada itu, masyarakat etnik lain seperti Cina dan
India masih mengamalkan pemakanan budaya masing-masing di kawasan mereka
terutamanya ketika musim perayaan. Oleh itu , kehidupan masyarakat yang tinggal bersama
ini telah membenarkan mereka berkongsi citarasa yang sama dengan hadirnya kepelbagaian
dalam makanan harian mereka. Jelaslah , budaya pemakanan mampu menyatukan bangsa di
negara kita. Hal ini sedikit sebanyak telah menjadi pemangkin perpaduan yang
mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail turut berpandangan, kemampuan sesuatu
makanan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan agama adalah tidak dinafikan, petikan dipetik daripada wartawan Sinar Harian , 3
September 2019.

5
030605-09-0182

Lokasi kajian merupakan sebuah kampong kecil yang terdiri daripada penduduk
bermasyarakat majmuk. Penduduk- penduduk tersebut terdiri daripada pelbagai kaum yang
tinggal bersama iaitu kaum Melayu, Cina, India dan Siam. Lokasi kajian ini amatlah
berhampiran dengan negara sempadan iaitu Thailand . Jaraknya dari negara sempadan adalah
kira-kira kurang daripada 5km. Oleh sebab jaraknya yang begitu dekat, budaya pemakanan
dari negara tersebut diserap masuk dan diamalkan oleh penduduk di kampung ini hamper
secara menyuluruh. Hal ini telah menyebabkan terlahirnya makanan yang pelbagai di lokasi
ini. Sikap masyarakat majmuk yang tidak kekok berkongsi meja dalam menjamu makanan
bersama-sama juga menjadi asbab mereka mudah sebati dan menerima makanan dari budaya
yang berlainan. Penularan Covid-19 yang melanda negara kita sebelum ini telah
menyebabkan pintu sempadan ditutup. Pembukaan semula pintu sempadan baru-baru ini
memperlihatkan berpusu-pusu masyarakat di lokasi kajian masuk ke negara tersebut semata-
mata hanya untuk membeli makanan. Hal ini menunjukkkan betapa mereka merindui dan
menanti untuk menjamah makanan dari negara itu. Kenikmatan masakan di gerai-gerai
makan sekitar lokasi kajian turut kian terasa apabila tukang-tukang masak dari negara
Thailand mula memasuki Malaysia untuk bekerja.

Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita menggambarkan tradisi makanan
di Malaysia. Negara kita mempunyai budaya makanan yang agak unik. Dalam kajian ini,
gabungan makanan daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Siam berjaya
menyatukan pelbagai hidangan menjadi hidangan yang resam di lokasi kajian. Tidak
dinafikan, setiap daripada masyarakat majmuk ini mempunyai budaya makanan dengan
keistimewaan yang tersendiri. Makanan-makanan ini sering disajikan ketika musim perayaan
semasa mengadakan rumah terbuka. Besarlah harapan pengkaji agar masyarakat majmuk ini
dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan supaya isu perkauman tidak timbul. Secara
keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa makanan sesuatu kaum itu dapat membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di lokasi kajian serta di negara ini. Semoga
perkongsian budaya pemakanan yang pelbagai ini terus dipraktikkan di masa-masa akan
datang oleh generasi seterusnya.

6
030605-09-0182

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung Melayu


Padang Besar (U), Perlis.

2. Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung


Melayu Padang Besar (U), Perlis.

7
030605-09-0182

3.0 LOKASI KAJIAN


PETA NEGERI PERLIS

Peta 1 : Negeri Perlis


Sumber: https://www.Go2TravelMalaysia.com/figure/Map-of-Perlis

Perlis turut dikenali dengan gelaran kehormatnya Perlis Indera Kayangan. Perlis merupakan
negeri terkecil di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Hal ini dapat dilihat mengikut
keluasa kawasan dan bilangan penduduk yang terdapat di negeri ini. Perlis juga terletak di
pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan ia adalah bersempadan dengan wilayah Thai
Satun dan Songkhla di utara dan negeri Kedah di selatan. Setakat bancian 2010, Perlis
mempunyai penduduk seramai 227,025 orang. Keluasan wilayahnya adalah 819 km² Perlis
telah menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melatik Raja Syed Hussain
Jamalullail sebagai Raja Perlis. Ibu kota Perlis adalah Kangar. Dari segi ekonomi, industri
utama di Perlis ialah industri pembuatan gula dan pembuatan simen.

8
030605-09-0182

Peta Kawasan Kajian : Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Peta 2 : Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis


Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Perlis/PadangBesar/KampungMelayu

Kampung Melayu merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Padang Besar, dalam
negeri Perlis Indera Kayangan, iaitu negeri paling utara di Malaysia dan bersempadan dengan
negara Thailand. Poskod bagi Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ialah 02100.
Kampung ini terletak berhampiran salah satu kawasan tumpuan dalam sektor perlancongan
iaitu Arked Niaga yang sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh negara kita. Majoriti
penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ini, bekerja
dan memperoleh punca pendapatan di Arked Niaga. Hal ini disebabkan oleh, Arked Niaga
menawarkan peluang pekerjaan yang luas dan memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi
melangsungkan perniagaan dengan lebih lancar. Penduduk Kampung Melayu terdiri daripada
pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan Siam.

9
030605-09-0182

4.0 METODOLOGI

4.1 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, cetakan kedua 2007, halaman 1030, metodologi
bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan, disiplin dan sebagainya. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya,
ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau
disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.
Secara jelasnya, metodologi ini merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
melaksanakan tugas atau kajian tertentu mengikut disiplin iaitu dengan teratur. Tujuan
penggunaannya adalah bagi menghasilkan kajian yang baik dan jelas untuk difahami. Oleh
yang demikian, pengkaji akan menggunakan pelbagai kaedah metodologi dan memanfaatkan
teori penyelidikan ini dalam penghasilan kerja ini. Hal ini demikian kerana, metodologi
kajian akan membantu pengkaji memperoleh maklumat yang lebih jelas daripada responden
secara terperinci sesuai dengan kehendak dan keperluan pengkaji bagi menjayakan
pelaksanaan kertas kerja. Dalam pada itu, melalui metodologi kajian juga, pengkaji dapat
mempersembahkan data dengan lebih tepat. Dengan itu, objektif pelaksanaan kertas kerja
dapat dicapai dengan baik berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan menceritakan dan membincangkan tentang
reka bentuk kajian, instrumen kajian, sampel kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang dikehendaki oleh pengkaji untuk mencapai objektif

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan
merupakan satu rangka rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
persampelan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan deskriptif akan menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku secara langsung. Dengan itu, kejadian tertentu akan
digambarkan semasa penyelidikan dijalakan. Dalam pada itu juga, segala pemboleh ubah
dapat dimanipulasi bagi membuat sesuatu kesimpulan. Bagi kajian ini, jenis-jenis makanan
harian yang diamalkan oleh masyarakat majmuk akan dikenal pasti serta turut mengkaji
faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman dalam kalangan
masyarakat majmuk di kawasan lokasi kajian.

10
030605-09-0182

4.3 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian merupakan satu alat atau cara yang digunakan oleh pengkaji bagi
menjalankan sesuatu kajian atau penyelidikan. Melalui instrumen kajian, proses menyediakan
alat pengumpulan data menerusi konsep berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan
latar belakang dapat dilakukan. Dengan itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah
kaedah soal selidik, kaedah temu bual, kaedah rujukan dan kaedah pemerhatian. Seramai 30
orang responden dipilih secara rawak bagi menjalankan kaedah soal selidik manakala hanya 3
orang dipilih dengan teliti bagi menjalankan kaedah temu bual dengan lebih berkesan.
Instrumen yang digunakan bagi memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan
kualitatif.

Jadual 1 : Kaedah Instrumen Kajian

Kaedah Instrumen
Kuantitatif -Soal selidik
-Temu bual
Kualitatif -Rujukan
-Pemerhatian

4.3.1 SOAL SELIDIK


Instrumen soal selidik adalah kaedah yang sering digunakan dalam menjalankan sesuatu
kajian tinjauan. Penyediaan borang soal selidik akan dilakukan oleh pengkaji. Borang ini
akan disertakan dengan soalan dan ruang jawapan mengikut maklumat yang diperlukan oleh
pengkaji. Borang ini akan diedarkan kepada responden sasaran secara rawak. Borang ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C dengan
menggunakan dua skala likert di bahagian A dan tiga skala likert di bahagian B. Borang ini
mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami oleh respoden.

11
030605-09-0182

4.3.2 TEMU BUAL


Terdapat dua peringkat instrumen temu bual iaitu peringkat formal dan tidak formal. Kaedah
temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan dengan bantuan
komputer. Instrumen temu bual dijalankan dengan melibatkan dua atau lebih individu.
Melalui instrumen ini, pengkaji akan mengajukan beberapa soalan yang telah disediakan
kepada responden bagi memenuhi objektif kajian. Sementara itu, pengkaji akan mencatat dan
mengumpulkan data berkaitan kajian yang diolah dan disampaikan oleh responden. Oleh itu,
pengkaji dapat memperoleh maklumat yang lebih tepat dan jelas daripada responden.

4.3.3 RUJUKAN
Instrumen rujukan utama yang diperolehi pengkaji adalah daripada jurnal, kamus dan buku-
buku ilmiah daripada laman sesawang dan perpustakaan. Terdapat pelbagai maklumat yang
berkaitan diperoleh pengkaji daripada beberapa buah buku bagi menambahkan lagi maklumat
tentang kajian tersebut. Selain itu, kaedah ini dijalankan dengan merujuk Kamus Dewan lalu
pengkaji turut dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada. Seterusnya, pengkaji
menyempurnakan kajian ini dengan melayari internet. Hal ini banyak membantu pengkaji
dalam menyiapkan kajian yang dipilih dengan mendapatkan maklumat daripada laman
sesawang.

4.3.4 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian dijalankan secara langsung. Kaedah ini merupakan suatu kaedah
penyelidikan yang digunakan pengkaji untuk mengukur sebarang pemboleh ubah dengan
lebih jelas dan nyata. Pemerhatian juga adalah suatu alternatif yang dapat digunakan oleh
pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data secara terperinci. Kaedah ini akan membantu
pengkaji mengetahui lebih banyak maklumat apabila dapat menggunakan pancaindera
sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

12
030605-09-0182

4.4 SAMPEL KAJIAN


Persampelan ialah kumpualan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang menjadi sumber
informasi kepada pengkaji mengikut keperluannya dalam melaksanakan kajian.
Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan ini adalah secara rawak. Melalui prosedur
persampelan rawak mudah, setiap daripada penduduk di kawasan kajian mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sebagai responden. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang
penduduk dari kawasan Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.responden terbatas
daripada penduduk yang menetap di kawasan Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis
sahaja. Dengan itu, sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk dan 30 helai borang
soal selidik akan diedarkan secara rawak oleh pengkaji kepada mereka agar memperolehi
data yang lebih tepat. Dalam pada itu, tiga orang penduduk sasaran akan dipilih oleh pengkaji
untuk menjalankan kaedah temu bual.

4.5 CARA PENGUMPULAN DATA


Pengumpulan data dan maklumat bagi menjayakan kajian ini dilakukan dengan pelbagai cara
seperti melalui soal selidik, temubual, rujukan dan pemerhatian.

4.5.1 SOAL SELIDIK


Borang soal selidik yang sesuai disediakan oleh pengkaji dengan soalan yang jelas bertepatan
dengan objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Dengan itu, pengkaji dapat mengumpul
maklumat dan data dengan lebih tepat dan jelas. Borang soal selidik diedarkan secara rawak
kepada responden iaitu penduduk Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Borang soal
selidik terdiri daripada tiga bahagian yang terdiri daripada Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Bahagian A akan menunjukkan mengenai maklumat diri responden, Bahagian B
akan mengemukakan jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung Melayu,
Padang Besar (U), Perlis manakala Bahagian C akan membantu pengkaji menentukan faktor-
faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung Melayu, Padang
Besar(U), Perlis. Kajian ini menggunakan skala likert dua aras dan skala likert tiga aras.

13
030605-09-0182

4.5.2 TEMU BUAL


Pengkaji menemu bual tiga orang penduduk di kawasan kajian yang merangkap responden
untuk menjawab dan menerangkan beberapa soalan berkaitan kajian ini serta memberikan
pandangan yang bernas sebagai jawapan terhadap persoalan yang telah diajukan. Pengkaji
akan menemu bual responden yang dipilih tersebut mengenai jenis-jenis makanan harian
masyarakat majmuk serta faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman
di Kampung Melayu, Padang Besar(U), Perlis. Beberapa soalan lain akan turut disediakan
oleh pengkaji dengan terlebih dahulu. Tujuan temu bual ini dilaksanakan adalah bagi
memperoleh maklumat mengenai kajian dengan lebih terperinci dan mendalam.

4.5.3 RUJUKAN
Secara dasarnya, kajian ini telah dimulakan dengan kaedah merujuk bahan bahan ilmiah iaitu
buku-buku berkaitan, jurnal dan bahan-bahan bertulis lain daripada sumber internet bagi
mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian iaitu resam pemakanan harian masyarakat
majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar(U), Perlis.

4.5.4 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian ini dijalankan selama tiga hari di sekitar kawasan kajian iaitu di
Kampung Melayu, Padang Besar(U), Perlis. Dengan itu, pengkaji dapat meneliti dan melihat
sendiri keadaan pemakanan di sekitar kawasan kajian. Hal ini sedikit sebanyak telah
membantu pengkaji menghurai kajian ini dengan lebih jelas.

14
030605-09-0182

4.6 CARA MENGANALISIS DATA


Pada peringkat akhir kajian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan untuk menganalisis
data daripada borang soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dan penilaian untuk
menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh daripada analisis ini dapat ditafsirkan
menggunakan kekerapan,peratusan, jadual, graf dan carta. Selain daripada itu, pengkaji juga
boleh menganalisis data mengenai pertanyaan menggunakan skala likert 3 aras seperti yang
berikut :

Jadual 1.1 : Bahagian B – skala likert 2 aras


SKALA TANDA ( / )

YA

TIDAK

Jadual 1.2 : Bahagian C- skala likert 3 aras


SKALA TANDA ( / )

SETUJU

TIDAK PASTI

TIDAK SETUJU

15
030605-09-0182

5.0 DAPATAN KAJIAN / PERBINCANGAN


Bahagian ini pengkaji akan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak
balas responden melalui soal selidik yang telah dijalankan. Soalan yang dikemukakan adalah
berkaitan tentang jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk dan faktor-faktor makanan-
makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.
Pelaksanaan analisis data ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang tepat
berkaitan kajian yang dijalankan.

5.1 BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN


5.1.1 Demografi Jantina
Jantina Bilangan ( orang) Peratusan (%)
Lelaki 14 46.67
Perempuan 16 53.33

Jadual 1 : Demografi responden berdasarkan jantina

46.67%
53.33%

Lelaki Perempuan

Carta 1 : Demografi responden berdasarkan jantina


Sumber : Kajian Lapangan 2022
Jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada penduduk
yang menetap di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Seramai 14 orang responden
adalah terdiri daripada penduduk lelaki yang bersamaan dengan 46.67% manakala responden
daripada kalangan penduduk perempuan pula adalah seramai 16 orang yang telah menjawab
borang soal selidik tersebut. Hal ini telah menunjukkan, penduduk yang merupakan jantina
perempuan lebih mempengaruhi kajian ini.

16
030605-09-0182

5.1.2 Demografi Umur


Umur Bilangan (orang ) Peratusan (%)
15-25 tahun 10 33.33

25-35 tahun 8 26.67

35 tahun ke atas 12 40

Jadual 2 : Demografi responden berdasarkan umur

33.33%
40.00%

26.67%

15-25 tahun 25-35 tahun 35 tahun ke atas

Carta 2 : Demografi responden berdasarkan umur


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta 2, dapatan menunjukkan responden terdiri daripada pelbagai kategori


umur. Penduduk yang telah menjawab borang soal selidik ini yang berumur antara 15 hingga
25 tahun adalah sebanyak 10 orang bersamaan 33.33% manakala responden yang berumur
antara 25 hingga 35 tahun adalah seramai 8 orang iaitu bersamaan 26.67% dan seterusnya
penduduk yang berumur 35 tahun ke atas adalah seramai 12 orang iaitu bersamaan 40%
daripada jumlah keseluruhannya. Hal ini menunjukkan bahawa bilangan penduduk berumur
35 tahun ke atas yang terlibat dalam kajian ini adalah lebih tinggi berbanding dari yang lain.

17
030605-09-0182

5.1.3 Demografi Bangsa


Bangsa Bilangan (orang) Peratusan (%)
Melayu 16 53.33
Cina 4 13.33
India 2 6.67
Siam 7 23.33
Lain-lain 1 3.33

Jadual 3 : Demografi responden berdasarkan bangsa

3.33%

23.33%

53.33%
6.67%

13.33%

Melayu Cina India Siam Lain-lain

Carta 3 : Demografi responden berdasarkan bangsa


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta 3, demografi responden telah dikategorikan mengikut bangsa.


Penduduk berbangsa melayu yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 16 orang
bersamaan 53.33%, seterusnya adalah bangsa Cina seramai 4 orang iaitu bersamaan 13.33% ,
responden berbangsa India 2 orang bersamaan 6.67% dan responden berbangsa Siam seramai
7 orang iaitu bersamaan 23.33%. Selain itu, terdapat seorang responden yang merupakan
bangsa lain-lain. Hal ini telah menunjukkan bahawa kajian in amat dipengaruhi oleh
penduduk Melayu di kawasan kajian tersebut.

18
030605-09-0182

5.2 BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI JENIS-JENIS MAKANAN HARIAN


MASYARAKAT MAJMUK DI KAMPUNG MELAYU, PADANG BESAR (U), PERLIS.

Bil. Jenis-jenis makanan harian Ya Tidak


masyarakat majmuk di Kampung Jumlah Peratus(%) Jumlah Peratus(%)
Melayu, Padang Besar (U), Perlis
1. Kerabu maggi 29 96.67 1 3.33
2. Miang pla paw 21 70 9 30
3. Nasi kerabu 20 66.67 10 33.33
4. Pulut ayam 29 96.67 1 3.33
5. Khengsom 20 66.67 10 33.33
6. Daging bakar 20 66.67 10 33.33
7. Masakan kari 12 40 18 60
8. Kerabu kaki ayam 27 90 3 10

Jadual 4 : Jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung Melayu, Padang


Besar (U), Perlis.

30

25

20

15

10

0
Kerabu Miang pla Nasi Pulut ayam Khengsom Daging Masakan Kerabu kaki
maggi paw kerabu bakar kari ayam

Ya Tidak

Carta 4 : Jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar
(U), Perlis
Sumber : Kajian Lapangan 2022
Berdasarkan jadual di atas, adalah dapatan kajian pengkaji bagi mengenal pasti jenis-jenis
makanan harian masyarakat majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Dengan
itu, setiap maklumat dapat dilihat dengan lebih terperinci dan tepat setelah seramai 30 orang
penduduk menjawab soalan yang disediakan pada borang soal selidik yang diberi.

19
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 1 : Kerabu maggi

KERABU MAGGI
3.33%

96.67%

Ya Tidak

Carta 5 : Kerabu maggi


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta 5, dapatan hasil kajian menunjukkan majoriti responden yang


menjawab borang soal selidik ini telah memilih dan menyetujui kerabu maggi sebagai pilihan
makanan harian mereka. Seramai 29 daripada 30 orang memilih ‘Ya’ iaitu bersamaan
96.67%. Hal ini disebabkan oleh, makanan ini mempunyai rasanya tersendiri yang memenuhi
citarasa orang ramai. Dalam pada itu, makanan ini sangat mudah didapati di sekitar lokasi
kajian serta dijual dengan harga yang berpatutan. Namun begitu, terdapat seorang responden
iaitu 3.33% memilih ‘Tidak’ yang berkemungkinan mempunyai sebabnya yang tersendiri
secara peribadi.

20
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 2 : Miang pla paw

MIANG PLA PAW

30%

70%

Ya Tidak

Carta 6 : Miang pla paw


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan dapatan kajian ini, keputusan menunjukkan sebanyak 70% responden


iaitu seramai 21 orang penduduk telah bersetuju bahawa makanan dapat dijadikan sebagai
makanan harian mereka. Kajian ini telah mendapati bahawa makanan ini dihidangkan dengan
nutrisi yang baik iaitu ikan,sayur dan mihun. Hal ini telah menyebabkan golongan yang agak
berumur menggemari hidangan ini sebagai makanan harian mereka. Seterusnya, responden
selebihnya iaitu sebanyak 9 orang telah memilih ‘Tidak’ bagi miang pla paw sebagai
makanan harian. Mereka berpendapat bahawa hidangan ini kurang dari segi rasa kerana ianya
agak tawar dan perlu dimakan bersama sosnya supaya lebih menyelerakan. Namun, bagi
individu yang tidak dapat menahan kepedasan sesuatu hidangan mereka tidak dapat
menggunakan sos tersebut bagi melengkapi rasa miang pla paw ini.

21
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 3 : Nasi kerabu

NASI KERABU

33.33%

66.67%

Ya Tidak

Carta 7 : Nasi kerabu


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Carta 7 menunjukkan bilangan responden yang memilih ‘Ya’ adalah seramai 20


orang iaitu bersamaan dengan 66.67%. Bilangan ini cukup menunjukkan nasi kerabu juga
sering dijadikan sebagai makanan harian penduduk di lokasi kajian terutamanya penduduk
yang berasal dari negeri luar yang menetap di kawasan ini seperti anggota polis yang
berkhidmat di sempadan negara kita. Nasi kerabu ini juga mempunyai keunikannya kerana
dimakan bersama budu yang mana digemari oleh orang ramai. Dalam pada itu, terdapat 10
orang responden iaitu 33.33% daripada jumlah keseluruhan telah memilih ‘Tidak’ bagi jenis
makanan ini kerana ianya tidak memenuhi citarasa mereka.

22
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 4 : Pulut ayam

PULUT AYAM
3.33%

96.67%

Ya Tidak

Carta 8 : Pulut ayam


Sumber : Kajian Lapangan

Melalui dapatan kajian di dalam carta 8, hampir kesemua responden memilih ‘Ya’
bagi jenis makanan pulut ayam sebagai jenis hidangan makanan harian. Seramai 29
responden bersamaan 96.67% menyetujui dan meminati makanan ini. Majoriti berpendapat
bahawa hidangan ini amat mengenyangkan serta enak dimakan bagi setiap lapisan umur serta
sesuai dengan citarasa setiap individu daripada pelbagai bangsa. Namun begitu seorang
responden iaitu 3.33% tidak menyetujui pulut ayam sebagai makanan harian masyarakat.
Responden tersebut menyatakan bahawa terdapat individu-individu yang menjaga pemakanan
mereka kerana bimbang akan kandungan kolestrol yang tinggi. Dalam pada itu, bagi yang
ingin memasak kurang menjadikan menu ini sebagai juadah adalah kerana bahan mentahnya
yang agak tinggi akibat harga ayam yang semakin meningkat mengikut peredaran masa.

23
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 5 : Khengsom

KHENGSOM

33.33%

66.67%

Ya Tidak

Carta 9 : Khengsom
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil dapatan yang dapat dilihat daripada carta 9, hidangan makanan
khengsom mendapat persetujuan sejumlah 20 orang responden bersamaan 66.67%. Hal ini
demikian kerana, khengsom merupakan makanan kegemaran yang amat disukai dan
memenuhi citarasa kebanyakkan individu terutamanya yang berkaum Siam dan merupakan
lauk utama mereka untuk dihidangkan bersama nasi seperti lauk khengsom ikan siakap.
Walaupun begitu, segelintir 33.33% responden iaitu aeramai 10 orang tidak meminati
hidangan ini kerana ianya agak pedas dan tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

24
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 6 : Daging bakar

DAGING BAKAR

33.33%

66.67%

Ya Tidak

Carta 10 : Daging bakar


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Hasil statistik carta 10 telah menunjukkan bilangan responden terhadap makanan


daging bakar sebagai makanan harian mereka adalah sama dan menyerupai jenis makanan
nasi kerabu dan khengsom iaitu seramai 20 orang bersamaan 66.67% memilih ‘Ya’ dan 10
orang bersamaan 33.33% telah mimilih ‘Tidak’. Responden yang menyetujui jenis hidangan
ini berpendapat bahawa hidangan ini amat menyelerakan kerana perapan daging sebelum
dibakar menghadirkan rasa yang unik serta ianya boleh dimakan bersama sos thai yang
merupakan pilihan orang ramai berbanding sos cili biasa. Namun, selebihnya tidak bersetuju
jenis makanan ini sebagai makanan harian kerana berpendapat ianya agak mahal dan
memerlukan kos harian yang tinggi lebih-lebih lagi apabila mempunyai isi rumah yang ramai.
Selain itu, kadang kala daging bakar yang dijual di kedai berhampiran agak liat kerana tidak
melalui proses penyediaan daging yang betul.

25
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 7 : Masakan kari

MASAKAN KARI

40%

60%

Ya Tidak

Carta 11 : Masakan kari


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, jenis makanan masakan kari adalah satu-
satunya hidangan yang kurang diminati oleh responden yang merupakan penduduk di
kawasan kajian. Hanya terdapat seramai 12 orang responden memilih ‘Ya’ iaitu bersamaan
40% daripada 30 orang responden terhadap masakan kari ini. Kajian mendapati masakan kari
ini hanya digemari oleh penduduk yang agak berumur dan yang berbangsa India. Masakan
kari juga sering dijadikan masakan harian mereka untuk dimakan bersama nasi atau dicicah
bersama roti contohnya seperti kari ikan dan kari ayam. Malahan itu, terdapat 18 orang
responden tidak memilih masakan kari sebagai jenis makanan harian masyarakat. Mereka ini
berpendapat ianya tidak memenuhi citarasa mereka kerana sifatnya yang agak berminyak
lebih-lebih lagi bagi golongan muda.

26
030605-09-0182

Bahagian B : Mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Soalan 8 : Kerabu kaki ayam

KERABU KAKI AYAM

10%

90%

Ya Tidak

Carta 12 : Kerabu kaki ayam


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Menurut hasil dapatan kajian, statistik di carta 12 telah menunjukkan jenis


makanan kerabu kaki ayam telah mendapat sambutan tinggi sebagai makanan harian
masyarakat majmuk di kawasan kajian. Terdapat majoriti responden yang berjumlah 27 orang
telah memilih ‘Ya’ iaitu bersamaan 90% manakala seramai 3 orang responden iaitu sebanyak
10% daripada jumlah keseluruhan telah memilih ‘Tidak’. Hal ini telah menunjukkan
makanan ini menjadi pilihan dalam kalangan mereka kerana dapat dijadikan sebagai
hidangan sampingan serta ianya sukar dijumpai di daerah lain apatah lagi di negeri luar.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak menyetujui dan tidak meminati hidangan ini
menyatakan bahawa mereka kurang yakin akan kebersihan kaki ayam tersebut sama ada
ianya telah dicuci dengan sempurna atau sebaliknya.

27
030605-09-0182

5.3 BAHAGIAN C : MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR MAKANAN-MAKANAN


TERSEBUT MENJADI SUATU KELAZIMAN DI KAMPUNG MELAYU, PADANG
BESAR (U), PERLIS.
Bil. Faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu Setuju Tidak Tidak
kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis pasti setuju
Jumlah
1. Lokasi berhampiran negara sempadan (Thailand) 30 0 0

2. Terdapat ramai warga Siam, Cina dan India 16 14 0


3. Terletak bersebelahan perkampungan Cina 9 17 4
4. Kemahiran memasak rakyat dari Thailand 29 1 0
5. Masyarakat sering ulang-alik ke negara sempadan 27 3 0
6. Masyarakat sering berkongsi makanan bersama jiran 16 10 4

Jadual 5 : Faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

30
20
10
0

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 13 : Faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung


Melayu, Padang Besar (U), Perlis.
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan jadual dan carta di atas, pengkaji dapat melihat dan mengkaji dengan
lebih jelas faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman dalam kalangan
penduduk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis setelah borang soal selidik dijawab
oleh 30 orang responden. Faktor lokasi berhampiran negara sempadan adalah yang paling
mempengaruhi responden berbanding faktor-faktor lain dan ianya dipersetujui oleh kesemua
responden dengan peratusannya sebanyak 100%.

28
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 1 : LOKASI BERHAMPIRAN NEGARA SEMPADAN (THAILAND)

35

30

25

20

15

10

0
Lokasi berhampiran negara sempadan (Thailand)

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 14 : Lokasi berhampiran negara sempadan (Thailand)


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan carta 14, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua 30 orang responden
bersamaan 100% responden yang terlibat telah bersetuju dengan faktor lokasi berhampiran
negara sempadan (Thailand) ini yang telah menyebabkan makanan-makanan yang
dibincangkan sebelumnya menjadi suatu kelaziman dalam kalangan penduduk di kawasan
kajian. Hal ini demikian kerana, penduduk di kawasan kajian dapat melihat dengan sangat
ketara bahawa kedudukan kampung ini amat berhampiran dengan negara sempadan iaitu
negara Thailand. Dengan itu, komuniti di kawasan kajian telah sebati dengan pemakanan
harian yang telah banyak divariasikan seperti negara sempadan itu.

29
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 2 : TERDAPAT RAMAI WARGA SIAM, CINA DAN INDIA

18

16

14

12

10

0
Terdapat ramai warga Siam, Cina dan India

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 15 : Terdapat ramai warga Siam, Cina dan India


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Hasil statistik yang dapat dilihat melalui carta 15 telah menunjukkan bahawa
seramai 16 orang bersamaan 53.33% telah bersetuju dengan faktor terdapat ramai warga
Siam, Cina dan India juga turut mempengaruhi kelaziman pemakanan penduduk di Kampung
Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Hal ini berlaku kerana terdapat sebilangan penduduk yang
telah berkahwin dengan bangsa yang berlainan terutamanya Cina dan Siam. Oleh itu ,
keturunan pelbagai warga ini telah meningkat dari semasa ke semasa. Namun begitu, terdapat
sejumlah 14 orang responden bersamaan 46.67% yang kurang pasti akan keadaan ini. Perkara
ini berkemungkinan kerana segelintir penduduk kurang bersosial dengan penduduk sekeliling
dan menyebabkan mereka kurang mengetahui kewujudan pelbagai etnik .

30
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 3 : TERLETAK BERSEBELAHAN PERKAMPUNGAN CINA

18

16

14

12

10

0
Terletak bersebelahan perkampungan Cina

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 16 : Terletak bersebelahan perkampungan Cina


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Melalui hasil dapatan kajian di carta 16, rajah memperlihatkan hanya terdapat
sebanyak 9 orang responden bersamaan 30% yang menyetujui akan faktor ini. Dalam pada
itu, seramai 17 orang responden yang memilih ‘kurang pasti’ bagi faktor ini iaitu sebanyak
56.67%. Seterusnya, terdapat juga 4 orang responden yang tidak setuju bahawa faktor ini
mempengaruhi kelaziman makanan-makanan tersebut dalam kalangan mereka. Keadaan ini
menunjukkan kurang daripada separuh bilangan responden yang peka akan kewujudan
perkampungan sebelah. Hal ini berkemungkinan disebabkan keadaan perkampungan cina
tersebut yang agak kecil dan terpencil.

31
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 4 : KEMAHIRAN MEMASAK RAKYAT DARI THAILAND

35

30

25

20

15

10

0
Kemahiran memasak rakyat dari Thailand

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 17 : Kemahiran memasak rakyat dari Thailand


Sumber : Kajian Lapangan

Berdasarkan dapatan kajian di carta 17, kajian menunjukkan sebanyak 29 orang


responden bersamaan 96.67% telah bersetuju terhadap faktor kemahiran memasak yang
dimiliki oleh rakyat dari Thailand turut mempengaruhi kelaziman makanan-makanan tersebut
sebagai makanan harian dalam kalangan penduduk di Kampung Melayu, Padang Besar (U),
Perlis. Hal ini berlaku demikian kerana hampir setiap kedai makan yang berhampiran dengan
kampung ini tukang masaknya adalah warga Siam dari Thailand kerana mereka memiliki
kemahiran memasak yang lebih tinggi dan masakan yang dihasilakan lebih enak, menarik dan
digemari oleh orang ramai. Namun, seorang responden iaitu 3.33% memilih ‘tidak pasti’
terhadap faktor ini. Pengkaji berpendapat bahawa responden tersebut kurang ke kedai makan
berhampiran untuk membeli sebarang masakan malah sering memasak dengan sendirinya.

32
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 5 : MASYARAKAT SERING ULANG-ALIK KE NEGARA SEMPADAN

30

25

20

15

10

0
Masyarakat sering ulang-alik ke negara sempadan

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 18 : Masyarakat sering ulang-alik ke negara sempadan


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Carta 18 menunjukkan dapatan hasil kajian seramai 27 orang responden bersamaan


90% daripada jumlah keseluruhan telah bersetuju terhadap faktoi ini. Hal ini adalah kerana
pintu sempadan yang dibuka bagi memasuki negara jiran adalah berhampiran dengan
kawasan kajian. Dalam pada itu , kebanyakkan penduduk kampung ini hanya memerlukan
‘border pass’dengan kos yang rendah sebagai pengesahan sebelum melintasi negara. Oleh
sebab itu, masyarakat sering kali ulang alik ke negara jiran dan ada juga yang kesana setiap
hari hanya untuk mendapatkan makanan. Terdapat juga antara mereka yang masuk ke sana
bagi membeli makanan dalam kuantiti yang banyak lalu menjualnya di sekitar kawasan
kajian. Namun, terdapat seramai 3 orang responden iaitu 10% telah memilih ‘tidak pasti’ bagi
faktor ini. Pengkaji berpendapat bahawa segelintir penduduk tidak pernah ke sana atas
alasan-alasan tertentu seperti kesibukkan kerja harian.

33
030605-09-0182

Bahagian C : Mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

FAKTOR 6 : MASYARAKAT SERING BERKONGSI MAKANAN BERSAMA JIRAN

18

16

14

12

10

0
Masyarakat sering berkongki makanan bersama jiran

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Carta 19 : Masyarakat sering berkongsi makanan bersama jiran


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hadil dapatan kajian daripada carta 19, terdapat sebanyak 16 orang
responden bersamaan 53.33% daripada kalangan penduduk Kampung Melayu, Padang Besar
(U), Perlis telah menyetujui faktor ini. Hal ini demikian kerana mereka sering berkongsi
makanan yang dibeli atau dimasak bersama jiran berhampiran yang berkemungkinan
merupakan kenalan rapat atau mempunyai pertalian darah. Kesannya hubungan
peersaudaraan menjadi akrab serta semakin ramai penduduk akan dapat merasai keenakan
makanan-makanan tersebut. Dalam pada itu, seramai 10 orang responden bersamaan 33.33%
tidak pasti akan faktor ini kerana jarak rumahnya dengan rumah yang lain agak jauh dan
sukar untuk berkomunikasi dengan lebih rapat. Malahan, terdapat 4 orang responden yang
memilih tidak setuju bagi faktor berkongsi makanan ini. Dengan itu, pengkaji berpendapat
bahawa, segelintir penduduk tidak mahu bersosial dengan jiran-jiran lain dan hanya sibuk
bekerja sehingga pulang lewat malam.

34
030605-09-0182

5.4 TEMU BUAL

Pengkaji telah melaksanakan temu bual dalam kalangan penduduk Kampung Melayu,
Padang Besar (U), Perlis. Temu bual ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian projek yang dijalankan dengan lebih mendalam. Pengkaji juga melakukan sesi
temu bual bagi memantapkan lagi maklumat yang diperoleh daripada soal selidik. Temu bual
ini dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk serta
untuk mengkaji faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di
Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Pada bahagian ini, terdapat tiga soalan yang
telah dikemukakan oleh pengkaji semasa sesi temu bual. Jawapan yang diberikan oleh
responden dalam kalangan penduduk Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis telah
direkod dan kemudian ditransripkan oleh pengkaji. Berdasarkan transkripsi temu bual yang
telah dilaksanakan, pengkaji dapat mengukuhkan lagi objektif kajian projek ini sekaligus
membuktikan dengan lebih terperinci tentang dapatan kajian tersebut.

35
030605-09-0182

BORANG TEMU BUAL : RESPONDEN PERTAMA

Soalan temu bual 1: Apakah jenis-jenis makanan harian masyrakat majmuk di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Bagi saya, makanan harian masyarakat majmuk di kampung ini adalah makanan yang
mudah didapati di kedai-kedai berhampiran seperti kerabu maggi, pulut ayam dan
nasi kerabu. Makanan seperti pulut ayam, nasi khoumok , kuetiau sup dan lain-lain
amat disukai oleh setiap lapisan umur kerana rasanya yang enak. Kedai Kak Ta yang
agak terkenal di kampung ini ada menjual menu-menu sedemikian.
-

Soalan temu bual 2 : Apakah faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi


suatu kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Pada pendapat saya, disebabkan majoriti kedai-kedai makanan di sekitar kampung ini
adalah diusahakan oleh warga dari Thailand, ianya telah menyebabkan makanan-
makanan dari Thailand banyak dijual dan mudah didapati. Dengan itu, masyarakat
akan lebih menggemari masakan warga dari Thailand, kemahiran memasak yang
dimiliki mereka tidak dapat dinafikan. Sesekali, masyarakat di kampung ini akan
membeli makanan-makanan tersebut dengan kuantiti yang lebih dari yang diperlukan
untuk berkongsi bersama jiran.
-

Soalan temu bual 3 : Adakah masyarakat majmuk yang berada di Kampung Melayu,
Padang Besar (U), Perlis telah menyebabkan kepelbagaian dalam pemakanan harian ?

- Ya tentulah. Dengan adanya masyarakat berbilang kaum di kampung kita, makanan


yang dijual juga akan mengalami kepelbagaian. Hal ini kerana, sifat peniaga sudah
tentulah ingin memenuhi cita rasa setiap pelanggannya agar menjadi pilihan orang
ramai dalam pembelian makanan harian.

36
030605-09-0182

BORANG TEMU BUAL : RESPONDEN KEDUA

Soalan temu bual 1: Apakah jenis-jenis makanan harian masyrakat majmuk di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Bagi ahli masyarakat yang agak berumur seperti saya, saya sering memilih masakan
seperti kari, khengsom dan sup sebagai lauk harian. Hal ini kerana, saya perlu
menjaga pemakanan atas nasihat doktor bagi mengelakkan kadar kolestrol agar tidak
terus meningkat. Namun sudah pastinya saya juga kadang kala teringin lalu memakan
makanan-makanan siam seperti miang pla paw, kerabu kaki ayam serta pulut ayam.
-

Soalan temu bual 2 : Apakah faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu


kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Menurut saya, faktor lokasi kampung ini menjadi faktor yang paling dominan bagi
situasi ini. Disebabkan kedudukan kampung kita yang berhampiran negara jiran ini,
tidak hairanlah pemakanan harian kita adalah makanan yang berasal dari Siam.
Malahan itu, kampung ini juga diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa seperti
Melayu, Cina, India dan Siam. Oleh itu, pemakanan harian masyarakat majmuk di
kampung ini sudah pastilah akan mengalami variasi.
-

Soalan temu bual 3 : Adakah masyarakat majmuk yang berada di Kampung Melayu,
Padang Besar (U), Perlis telah menyebabkan kepelbagaian dalam pemakanan harian ?

- Saya amat setuju akan perkara tersebut. Sudah pastinya masyarakat dari pelbagai
kaum mempengaruhi pemakanan harian. Contohnya, masyarakat yang memasak
makanan tradisi mereka dapat berkongsi bersama jiran lalu membuatkan lebih ramai
masyarakat dapat merasainya. Sambutan dan permintaan ramai akan mencetuskan
idea kepada masyarakat untuk memulakan perniagaan makanan sekali gus
menyebabkan semakin banyak jenis makanan dijadikan makanan harian masyarakat
majmuk di kampung ini.

37
030605-09-0182

BORANG TEMU BUAL : RESPONDEN KETIGA

Soalan temu bual 1: Apakah jenis-jenis makanan harian masyrakat majmuk di


Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Saya agak meminati juadah daging untuk dijadikan lauk kepada keluarga. Khasiat
proteinnya juga tinggi dan sesuai untuk anak-anak. Contohnya, daging bakar, sup
daging atau daging masak asam. Lauk daging bakar amat mudah didapati dan banyak
dijual di kedai-kedai sekitar kampung walaupun harganya agak tinggi berbanding
ayam dan ikan. Selain itu, hidangan makan petang yang sangat digemar diamkan
adalah kerabu maggi dan kerabu kaki ayam.
-

Soalan temu bual 2 : Apakah faktor-faktor makanan-makanan tersebut menjadi suatu


kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis ?

- Pada pandangan saya, memandangkan pintu sempadan negara telah dibuka baru-baru
ini, ramai penduduk dari kampung ini sering dan kerap kali ke sana hanya bagi
mendapatkan makanan yang dimahukan. Bagi kebanyakan dari mereka melakukan
sedemikian kerana makanan di sana lebih sedap dan murah. Oleh itu, makanan-
makanan tersebut telah menjadi resam kepada masyarakat majmuk di kampung ini.
-

Soalan temu bual 3 : Adakah masyarakat majmuk yang berada di Kampung Melayu,
Padang Besar (U), Perlis telah menyebabkan kepelbagaian dalam pemakanan harian ?

- Saya kurang pasti kerana menurut saya, keadaan ini juga bergantung terhadap cita
rasa masyarakat juga. Hal ini demikian kerana, tidak semua makanan adalah sesuai
dengan tekak dan keperluan setiap individu. Ada daripada mereka hanya memakan
makanan tradisi kaum mereka sahaja contohnya dimsum, taufu fah dan mee wantan
bagi kaum Cina. Kaum india pula menyukai masakan kari dan tosai.

38
030605-09-0182

PEMERHATIAN

Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah ke tempat kajian bagi mengadakan lawatan
kajian. Pengkaji turut mengambil beberapa keping gambar sebagai bahan bukti bahawa
pengkaji telah melakukan pemerhatian di kawasan kajian iaitu di Kampung Melayu, Padang
Besar (U), Perlis. Pemerhatian pertama telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 11 Jun
2022. Pemerhatian kedua pula dilaksanakan pada hari Ahad, 19 Jun 2022. Dengan, pengkaji
dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci setiap maklumat yang dikehendakinya. Dalam
pada itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk mengetahui situasi di tempat kajian. Pengkaji
meluangkan masa selama sejam bagi menyelesaikan metodologi secara pemerhatian ini.

Kaedah pemerhatian ini dijalankan bagi melihat dengan sendirinya jenis-jenis makanan
harian yang menjadi kebiasaan dan diminati oleh penduduk kampung. Secara peribadinya,
pengkaji turut menggemari beberapa jenis makanan yang berada di kawasan kajian tersebut.
Kepelbagaian makanan yang telah divariasikan dibeli oleh masyarakat majmuk sebagai
pemakanan harian mereka.

39
030605-09-0182

6.0 KESIMPULAN

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai
resam pemakanan harian dalam kalangan masyarakat majmuk di Kampung Melayu, Padang
Besar (U), Perlis. Objektif pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah bagi mengenal pasti
jenis-jenis makanan harian masyarakat majmuk dan ingin mengkaji faktpr-faktor makanan-
makanan tersebut menjadi suatu kelaziman di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.
Oleh sebab itu, bagi menjayakan objektif kajian ini, pengkaji telah memilih sebanyak 30
orang penduduk Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis secara rawak untuk dijadikan
sebagai responden.

Pengkaji dapat menjelaskan bahawa daripada 30 orang responden yang dipilih, seramai
14 orang penduduk daripada kalangan lelaki lelaki dan 16 orang penduduk daripada kalangan
perempuan telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji. Pengedaran 30
helaian borang soal selidik dan sesi temu bual 3 orang penduduk telah membantu pengkaji
untuk menjayakan kajian mengenai resam pemakanan harian dalam kalangan masyarakat
majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis.

Pengkaji ingin merumuskan bahawa resam pemakanan harian masyarakat majmuk ini
turut mempengaruhi kepelbagaian makanan di sekitar kampung. Isu perpaduan juga dapat
disentuh dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana , pemakanan turut menjadi salah satu alat
yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum melalui perkongsian makanan
atau makan bersama-sama. Oleh sebab itu, makanan-makanan perlu sentiasa divariasikan
mengikut peredaran zaman serta memenuhi citarasa orang ramai. Hal ini dapat menggalakkan
masyarakat membuat pilihan dalam memenuhi keperluan pemakanan harian mereka dengan
adanya pelbagai aneka makanan. Dalam pada itu, makanan juga dapat menarik minat orang
ramai untuk mempelajari resepi bagi menu yang digemarinya. Dengan itu, masyarakat akan
lebih mahir sehinggakan mampu menjual masakan tersebut. Perkara ini akan meningkatkan
kepelbagaian makanan yang dijual di kedai-kedai sekitar kampung. Proses jual beli dalam
kalangan masyarakat majmuk juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesame
mereka melalui proses komunikasi yang dilakukan.

40
030605-09-0182

Oleh hal yang demikian, makanan-makanan ini dapat terus diwarisi dan dirasai oleh
generasi akan datang sekiranya ianya masih diprakktikan dari semasa ke semasa. Namun,
penularan Covid-19 yang melanda bukanlah penghalang bagi masyarakat majmuk di
Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis kerana mereka masih mempunyai kemahiran
tersendiri untuk memasak serta masih berpeluang membuat sebarang jual beli secara atas
talian. Walaupun begitu, negara kita telah mengalami fasa endemik dimana pintu sempadan
negara telahpun dibuka. Hal ini merancakkan lagi kepelbagaian dalam pemakanan harian
mereka memandangkan kedudukan kampung ini adalah sempadan dengan negara Thailand.

Tegasnya bahawa , terdapat variasi yang unik dalam resam pemakanan harian iaitu
daripada negara sempadan dan dari budaya masing-masing dalam kalangan masyarakat
majmuk di Kampung Melayu, Padang Besar (U), Perlis. Dalam pada itu, jelaslah di sini
bahawa sememangnya makanan juga dapat menyatukan pelbagai kaum.

41
030605-09-0182

7.0 RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Disusun Teuku Iskandar.
2. Che Wan Jasimah Bt. Wan Mohamed Radzi (2009). Kajian Budaya
Pemakanan Masyarakat. Dicapai pada 9 Disember 2009.
http://studentsrepo.um.edu.my/4342/8/Combine.pdf
3. Anita Anuar, Wartawan Sinar Harian (2019). Perpaduan Melalui Makanan
Warisan. Dicapai pada 3 September 2019.
https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS/Cerita-Merdeka/Per
paduan-melalui-makanan-warisan
4. Rasdan Ahmad, Kosmo (2022). Tukang Masak Siam. Dicapai pada 11 Mei
2022.https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS/Cerita-
Merdeka/Perpaduan-melalui-makanan-warisan
5. Farid Hamzah, Berita Harian Singapura (2019). Masakan Thai Penuhi
Selera Pelanggan. Dicapai pada 14 April 2019.
https://www.beritaharian.sg/gah/sediakan-makanan-thai-demi-penuhi-
selera-pelanggan
6. Khairunnisa Khalil (2018), Contoh Kerja Kursus. Dicapai pada 28 Mei
2019. https://khairunnisakhalil.blogspot.com/2018/05/contoh-kerja-kursus-
pengajian-am.html

42
030605-09-0182

8.0 LAMPIRAN

Foto 1 : Rujukan di perpustakaan

Foto 2 & 3 : Gerai makan sekitar kawasan kajian

43
030605-09-0182

44

You might also like