You are on page 1of 47

020305-12-0694

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM (PTEM) SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KIMANIS (SEMANIS) TERHADAP
PERKHIDMATAN MAKANAN KAFETERIA D’BAYU SEKTOR SUMBER
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP), PENAMPANG

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tentang persepsi pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam (PTEM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kimanis (SEMANIS) terhadap perkhidmatan
makanan kafeteria D’Bayu Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Penampang.
Objektif kajian ini ialah mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan kafeteria
D’Bayu SSTP, Penampang. Selain itu, mengkaji tahap kepuasan pelajar-pelajar PTEM
SEMANIS terhadap perkhidmatan makanan kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang. Kaedah
kajian yang digunakan ialah soal selidik, rujukan dan pemerhatian. Seramai 41 orang pelajar
PTEM SEMANIS telah menjadi responden bagi kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa
terdapat kemudahan yang telah disediakan oleh pengendali kafeteria seperti kemudahan meja
dan kerusi serta tahap kepuasan pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap kafeteria adalah
memuaskan. Kesimpulannya, pelajar-pelajar PTEM SEMANIS percaya bahawa dengan
adanya kemudahan yang disediakan di kafeteria dapat memberikan keselesaan yang cukup
kepada pelajar-pelajar.

(114 Patah Perkataan)

I
020305-12-0694

SENARAI KANDUNGAN
BUTIRAN MUKA SURAT
l
ABSTRAK
ll
SENARAI KANDUNGAN
lll
PENGHARGAAN
1-4
1.0 PENGENALAN
5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
6-8
3.0 LOKASI KAJIAN
9-15
4.0 METODOLOGI KAJIAN
16-26
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN
PERBINCANGAN
27-29
6.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
DAN PERBINCANGAN
30
7.0 KESIMPULAN KAJIAN DAN
CADANGAN
31-32
8.0 RUJUKAN
33-35
LAMPIRAN 1: SURAT KEBENARAN
MEMBUAT KAJIAN
36-39
LAMPIRAN 2: BORANG SOAL
SELIDIK
40-43
LAMPIRAN 3: FOTO-FOTO KAJIAN

II
020305-12-0694

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian ini
telah dapat disempurnakan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Cikgu Mohd Sura Bin Othman yang telah banyak membimbing saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar PTEM
SEMANIS yang telah memberikan kerjasama semasa saya membuat kajian di kawasan
tersebut. Jutaan terima kasih kepada Puan Zainab Binti Datuk Haji Ahmad selaku
pengetua SMKA Kimanis, Papar dan Teacher Florinta Edward selaku Penolong kanan
Tingkatan 6 kerana telah menyokong kajian ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menjadi
tulang belakang kejayaan saya dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu dalam memberikan semangat
dan berkongsi idea bagi bersama-sama menjayakan kajian ini dari segi fizikal ataupun
moral.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan buat semua yang memberi sumbangan
secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kajian ini.
Semoga segala usaha yang diberikan akan dirahmati dan diberkati.

III
020305-12-0694

1.0 PENGENALAN

Kertas projek ini merupakan tugasan penting bagi setiap pelajar Tingkatan Enam Atas.
Tugasan ini diambil kira dalam tema Agama dan Kepercayaan, dan Sosial dan Budaya iaitu
fokus kepada Modal Insan. Manakala pengkhususan yang dipilih ialah tema Kepercayaan
terhadap ‘Kesetiaan ( selain produk)’, maka isu ini akan diberi perhatian. Oleh itu, pengkaji
telah memilih tajuk “Persepsi Pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap Perkhidmatan
Makanan Kafeteria D’Bayu di SSTP, Penampang.”

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu (2020), kepercayaan secara umumnya membawa


maksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya seseorang yang menaruh
kepercayaan ke atas sesebuah perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau kepastian
terhadap perkara yang berkenaan. Kepercayan dalam konteks psikologi pula adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak
(propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian
daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai
Akidah ataupun Iman. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak kerana ia kebiasaannya melibatkan penekanan, penuntutan dan
jangkaan daripada seseorang individu mengenai kebenaran sesuatu perkara. Kebenaran yang
dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah
sahih.

Merujuk kamus Bahasa Melayu (2019), perkataan persepsi bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu perkara yang menjadi tanggapan dan
pegangan dalam diri seseorang. Persepsi adalah cara untuk memahami seseorang atau sesuatu
perkara. Ia juga mentafsir lima deria manusia iaitu deria sentuhan, deria penglihatan, deria
bau, deria rasa dan deria bunyi. Walaubagaimanapun persepsi boleh diwarnai oleh
pengalaman , perasaan dan pemikiran yang telah berlalu. Menurut pandangan psikologi pula,
persepsi bermaksud bagaimana seseorang memberi tindak balas terhadap segala maklumat
yang kita terima. Persepsi merupakan satu proses penerimaan maklumat daripada pelbagai
sumber bagi tujuan berinteraksi dengan persekitaran sekeliling. Oleh itu, sekiranya seseorang
itu menerima maklumat yang salah maka sampai bila pun mereka akan terdedah kepada
membuat persepsi yang salah.

1
020305-12-0694

Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kafeteria ataupun kantin merupakan tempat utama
di mana pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan ataupun luar
persekolahan bagi pelajar yang mentap di asrama. Oleh itu, semua pihak sekolah perlulah
menjaga kebersihan dan keselamatan kafeteria mahupun kantin sekolah. Sebagaimana
tumpuan kepada sesi pembelajaran dan pengajaran, tumpuan kepada kafeteria juga harus
diberikan. Hal ini adalah kerana perkhidmatan kafeteria ini bukan sahaja tempat makan, tetapi
juga sebagai tempat di mana pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan mendapat
bekalan makanan yang bersih, selamat dan berkhasiat. Oleh itu, perkhidmatan makanan di
sekolah haruslah menyediakan makanan yang bersih dan sihat. Cleland et.al (2014) pernah
menyatakan bahawa makanan yang dijual di kantin sekolah ataupun di kafeteria memainkan
peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Layanan kantin atau kafeteria merupakan salah satu bentuk layanan khusus di sekolah yang
menyediakan makanan dan minuman yang diperlukan oleh pelajar-pelajar sekolah.

Amalan makanan secara sihat merupakan salah salah satu elemen yang sangat penting
dalam membentuk masyarakat yang sihat dan dapat menyumbang kepada produktiviti negara.
Oleh itu, kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk mempromosikan makanan yang
bertujuan untuk mendidik masyarakat mempraktikkan amalan makanan yang sihat.
Kekurangan premis makanan yang menawarkan pilihan makanan yang sihat, bersih dan
selamat merupakan salah satu faktor yang menghalang masyarakat untuk mengamalkan
pengambilan makanan secara sihat. Oleh itu, penubuhan Kafeteria Sihat merupakan salah satu
inisiatif kerajaan untuk mengekalkan kesihatan masyarakatnya.

Makanan merupakan keperluan asas yang penting untuk menjamin taraf kesihatan yang
baik disamping dapat memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti kehidupan seharian seperti
bekerja, belajar, bermain dan beriadah. Makanan juga merupakan pembekal nutrien yang
penting kepada tubuh badan manusia. Ia membantu memberikan manusia kecerdasan untuk
berfikir dan membantu manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Makanan
yang mempunyai kandungan tenaga dan serat yang tinggi dapat menjamin tenaga kita kekal
seharian (Berita Minggu, 9 September 2007).

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu (2021), kafeteria ini boleh didefinisikan sebagai
restoran layan diri dan juga boleh dipanggil sebagai kantin yang mana semua lapisan
masyarakat boleh mendapat makanan. Kafe dan kafeteria mempunyai perbezaan yang sangat

2
020305-12-0694

ketara. Salah satu perbezaan yang ketara ialah dari segi perkataan iaitu kafe dan kafeteria.
Kafe adalah perkataan yang merujuk kepada tempat yang menawarkan minuman seperti
kopi, teh dan minuman panas yang lain. Manakala kafeteria adalah tempat di mana terdapat
sedikit kakitangan dan kebanyakannya kafeteria mempunyai perkhidmatan layan diri.
Kafeteria ini kebisaannya dijumpai di tempat-tempat seperti sekolah, kolej dan bangunan
pejabat. Manakala kafe kebiasaannya dijumpai di kawasan-kawasan yang ramai orang. Jika
kita mengatakan kafe maka apa yang terbayangkan adalah sebuah kafe atau kedai kopi yang
sempurna, ia akan merangkumi kerusi, meja, sofa, televisyen, rak buku, dan kaunter
pembayaran. Tempat ini juga menawarkan makanan ringan yang boleh minum bersama kopi
dan teh seperti sandwich, biskut, bungkusan makanan dan lain-lain. Sesetengah kafe ada
menawarkan minuman beralkohol tetapi bergantung kepada di mana ia mendirikan bangunan
kafe tersebut. Kafeteria pula adalah tempat yang mana mempunyai sedikit kakitangan dan
kebanyakannya mempunyai kaunter perkhidmatan diri. Tempat-tempat didirikan bangunan
kafeteria ini adalah di kawasan sekolah, kolej dan bangunan pejabat. Tempat ini kebiasaannya
dipenuhi dengan meja-meja kecil, kerusi dan kaunter makanan. Kebiasaannya kafeteria ini
sama seperti pusat beli belah kerana mempunyai aneka makanan dan barang-barang keperluan
peribadi seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain.

Istilah kafeteria ini adalah disesuaikan dengan perkataan Sepanyol ‘cafeteria’ Amerika
(1893) yang bermaksud “rumah kopi”. Walaubagaimanpun, dalam penggunaan bahasa
Inggeris, istilah kafeteria dikhaskan untuk institusi-institusi ini, manakala ‘kafe’ dikhaskan
untuk rumah-rumah kopi. Selain itu, perbezaan kafe dan kafeteria ini adalah dari segi
penyediaan makanan. Kafe mempunyai pilihan makanan yang terhad, manakala kafeteria
mempunyai banyak pilihan makanan seperti makanan tradisional ataupun pilihan makanan
yang terhad mengikut peraturan sekolah yang dibenarkan.

Dalam konteks ini, persoalan kajian yang menarik minat pengkaji untuk mengkaji
perkara ini adalah pertama apakah kemudahan yang disediakan kafeteria D’Bayu SSTP,
Penampang. Seterusnya, persoalan kajian yang kedua ialah sejauhmanakah tahap kepuasan
pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap perkhidmatan kafeteria D’Bayu SSTP,
Penampang.

Dalam konteks ini, rasional kajian yang menarik minat pengkaji untuk mengkaji
perkara ini adalah pertama untuk mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan

3
020305-12-0694

kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang. Kajian ini ingin menyenaraikan dengan terperinci
kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tandas, kawasan membasuh tangan dan meja
makan. Selain itu, rasional yang kedua adalah mengkaji tahap kepuasan pelajar PTEM
SEMANIS terhadap kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang untuk meneliti perkaitan di tahap
kualiti persekitaran, kemudahan makanan dan perkhidmatan yang disediakan di kafeteria
D’Bayu SSTP, Penampang.

Selain itu, melalui kajian ini pengkaji dapat mengenalpasti beberapa usaha yang
dilakukan oleh pihak kafeteria dalam meningkatkan lagi tahap kecekapan pekerja,
meningkatkan lagi tahap kebersihan kafeteria, meningkatkan tahap keceriaan kafeteria dan
mempelbagaikan lagi aneka makanan agar para pelajar dapat meningkatkan persepsi terhadap
kafeteria. Usaha-usaha ini telah dilakukan dari tahun 2019 sehinggalah kini.

Akhir sekali, melalui kajian ini juga pengkaji turut dapat mengkaji tahap keberkesanan
usaha yang dilakukan oleh pihak kafeteria dalam membantu meningkatkan tahap kecekapan
pekerja, tahap kebersihan kafeteria dan tahap keceriaan kafeteria tersebut. Pengkaji ingin
mengkaji usaha yang telah dilakukan oleh pihak kafeteria pada tahun-tahun sebelumnya. Hal
ini menunjukkan keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan bagi membantu
meningkatkan prestasi keceriaan kafeteria D’Bayu SSTP itu.

4
020305-12-0694

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

i. Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan perkhidmatan yang disediakan Kafeteria


D’Bayu SSTP, Penampang.

ii. Mengkaji tahap kepuasan pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap perkhidmatan


makanan Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang.

5
020305-12-0694

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Negeri Sabah

Sabah ialah salah satu negeri yang terdapat di Malaysia yang terletak di bahagian utara
Pulau Borneo, di Malaysia Timur. Ibu Negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya
dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai ‘Negeri di Bawah Bayu’ kerana
kedudukan negeri tersebut sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah
dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah terkenal dengan
Gunung Kinabalu yang telah menjadi simbol utama negeri ini. Asal Usul Negeri Sabah pula
adalah berasal daripada buah pisang yang dikenali sebagai pisang “SABA” oleh masyarakat
tempatan yang sangat popular. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah
sebagai sumber makanan. Pisang Saba juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat Bajau di
negara tersebut. Nama Sabah pertama digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang
mengembara di anatara Kepulaun Borneo Utara hingga ke Kepulauan Suluk di Selatan
Filipina. Nama Sabah telah ditukar kepada Borneo Utara secara rasmi pada tahun 1881,
walaubagaimanapun, nama Sabah kembali digunakan pada tahun1963 ketika pembentukan
Malaysia

Peta 1: Peta Sabah

(Sumber: Google Maps Image)

6
020305-12-0694

3.2 Daerah Penampang

Penampang ialah sebuah daerah yang terkenal di negeri Sabah. Daerah ini terletak di
residensi pantai Timur iaitu 2 kilometer (KM) dari pusat bandaraya Kota Kinabalu dan
berkeluasan 466 198 KM2 iaitu dari sekitar kawasan Moyong hiingga ke kawasan Petagas.
Pada asalnya daerah ini dipanggil Putatan kerana sebelum tahun 1925, pentadbiran daerah
adalah pentadbiran Putatan. Perkataan Putatan diambil sempena nama ‘Putat’ iaitu sejenis
buah yang boleh dimakan. Pada tahun 1925, pentadbiran daerah ditukar kepada ‘Penampang’
yang sehingga kini digunakan oleh daerah ini. ‘Penampang’ berasal daripada perkataan
‘Pampang’ yang bermaksud ‘Batu’ dalam bahasa Kadazan.

Peta 2: Peta Daerah Penampang

(Sumber: Google Maps Image)

7
020305-12-0694

3.3 Lokasi Kajian Dijalankan

Kajian yang dijalankan ini terletak di kafeteria D’Bayu Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan (SSTP), Penampang, Sabah. Nama asal Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
ialah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
(SSTP) ini merupakan sebuah penempatan untuk guru-guru dan pegawai-pegawai yang
melakukan kursus. Namun, pada masa ini Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) ini
dijadikan tempat sementara waktu pelajar Tingkatan Enam SMK Agama Kimanis. Hal ini
berlaku kerana asrama dan Fakulti SMK Agama Kimanis sedang dibaik pulih.

Foto 1: Bangunan Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

8
020305-12-0694

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan disiplin.
Metodologi kajian merupakan teknik menganalisis data supaya dapat menyokong sesuatu
kajian. Metodologi juga membawa maksud lain iaitu kaedah, jalan, teknik atau sistem. Selain
itu, metodologi juga bermaksud ilmu yang dipanggil metod dan disiplin yang digunakan
semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian
merupakan kaedah yang paling sesuai digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian dan
penyelidikan bagi menjawab permasalahan kajian.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan tentang reka bentuk,
instrument kajian, persampelan, kaedah mengumpul data, kaedah analisis, Skala Likert dan
kaedah pemprosesan data. Melalui kaedah ini pengkaji akan lebih mudah untuk mencapai
objektif kajian dengan tepat dan tersusun.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Dr. Kamarul Shukri Mat Teh (2015), reka bentuk kajian merupakan satu tatacara
pengolahan data yang didapati berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap
konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat
dalam sesuatu kajian. Reka bentuk kajian ini juga merujuk kepada cara penyelidik
mengendali kajian dan prosedur atau teknik yang digunakan untuk menjawab persoalan
kajian. Tujuan utama reka bentuk kajian ini adalah bertujuan untuk mengawal punca-punca
yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984). Oleh itu, melalui
kajian ini ianya bertujuan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak
kafeteria untuk meningkatkan lagi prestasi kafeteria dalam meningkatkan tahap keceriaan,
kebersihan dan kecantikan kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang.

9
020305-12-0694

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah alat, cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpul data
kajian. Instrument kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu melalui kaedah kuantitatif dan
kulitatif. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan borang soal
selidik dan bahan rujukan.

Jadual 1: Instrumen Kajian


Kaedah Instrumen Kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Bahan rujukan dan pemerhatian

4.2.1 Borang Soal Selidik

Menurut Intan Juita binti Menan (2014), soal selidik merupakan satu set soalan
atau item dalam bentuk tulisan. Ia adalah merupakan satu cara untuk mengumpul data
bagi tujuan menganalisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik
yang dilakukan oleh pengkaji merangkumi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B,
dan Bahagian C.

Kaedah soal selidik telah dijayakan untuk mendapat maklumat yang tepat.
Borang soal selidik telah dibina berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan dan
berlandaskan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Untuk mendapat data
yang tepat, pengkaji telah memilih keseluruhan pelajar PTEM SEMANIS untuk
dijadikan sebagai responden.

4.2.2 Rujukan

Kaedah merupakan kajian kuantitatif iaitu kajian yang tidak dapat diukur.
Pengkaji mendapat maklumat mengenai objektif kajian melalui beberapa sumber
seperti sumber perpustakaan iaitu majalah, buku ilmiah, surat khabar dan artikel.

4.2.3 Pemerhatian
10
020305-12-0694

Kaedah pemerhatian ini ialah kaedah yang memerlukan pengkaji untuk


membuat pemerhatian di lokasi yang terpilih untuk dibuat kajian. Pemerhatian ini juga
dikenali sebagai kaedah lapangan. Pengkaji mengambil foto di lokasi kajian iaitu
kafateria D’Bayu Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Penampang.

4.3 PENSAMPELAN KAJIAN

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas (2017), pensampelan kajian


merupakan data yang dikumpul atau dipilih daripada populasi statistik mengikut prosedur
yang telah ditetapkan. Tujuan pensampelan ini dilakukan adalah untuk memperolehi
maklumat daripad sampel. Selain itu, pensampelan ini juga dapat menjimatkan masa pengkaji
dalam mencari maklumat yang diingini berdasarkan suatu tempoh masa tertentu.

4.3.1 Populasi Kajian

Pengkaji perlu mengetahui populasi sampel kajian untuk memudahkan pengkaji


memproses data dengan mudah dan tepat. Populasi kajian ialah kumpulan sasaran
pengkaji iaitu populasi kepada siapa yang akan dikaji. Populasi kajian adalah penting
kerana dalam kajian ia akan memudahkan mengklasifikasikan data yang diperolehi
berdasarkan populasi. Pengkaji telah memilih populasi pelajar PTEM SEMANIS yang
terdiri daripada 49 orang pelajar.

4.3.2 Sampel Kajian

Kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang


diperlukan melalui responden yang dipilih untuk menjawab borang soal selidik
tersebut. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas (2017),
pensampelan kajian merupakan data yang dikumpul melalui responden-responden
yang dipilih untuk mewakili suatu populasi. Oleh itu, pengkaji telah memilih pelajar
PTEM SEMANIS yang hanya melibatkan 41 orang sahaja sebagai responden.

11
020305-12-0694

4.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data telah dilakukan dengan kaedah borang soal selidik. Borang soal
selidik telah dirangka terlebih dahulu lalu diedarkan kepada kumpulan sasaran dan dikutip
semula untuk proses mengumpul data.

4.4.1 Data Primer

Data primer diperolehi secara langsung dari sumber asli atau pihak pertama
melalui pemerhatian kajian dan kajian lapangan. Metod yang digunakan dalam kajian
ini ialah borang soal selidik, rujukan dan pemerhatian.

a) Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada


responden yang telah dipilih iaitu pelajar PTEM SEMANIS. Melalui kaedah ini,
pengkaji telah menyediakan soalan borang soal selidik terlebih dahulu sebelum
mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Pengkaji telah mengedarkan
borang soal selidik kepada 41 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar PTEM
SEMANIS. Ini kerana, populasi kajian yang tedapat di PTEM SEMANIS itu
adalah seramai 49 orang pelajar. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk memilih
sebanyak 41 orang responden sahaja daripada 49 orang responden yang terdapat
di lokasi kajian tersebut.

b) Rujukan

Pengkaji mendapatkan maklumat mengenai objektif kajian melalui beberapa


sumber seperti sumber internet dan buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk
yang dikaji.

c) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini ialah kaedah yang proaktif dalam proses pengumpulan
data dan pengumpulan maklumat selain daripada kaedah temu bual dan kaedah

12
020305-12-0694

soal selidik. Ini bermaksud bahawa kaedah pemerhatian ini memerlukan tindakan
daripada diri pengkaji itu sendiri untuk melakukan tinjauan di lokasi kajian bagi
mendapatkan maklumat yang tepat. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini
adalah tidak boleh dimanipulasi oleh pengkaji agar maklumat tersebut ialah betul-
betul daripada tindakan populasi itu sendiri.

4.4.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang dianggap sebagai panduan untuk pengkaji
menyokong fakta-fakta yang diperolehi daripada responden. Kaedah ini adalah kaedah
yang efektif untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang cepat dan mudah. Hal ini
kerana kaedah ini dapat menjimatkan masa dan kos pengkaji.

4.5 KAEDAH ANALISIS

4.5.1 Skala Likert Yang Diubahsuai

Nama skala likert diambil daripada nama Rensis Likert (1932) yang
menerbitkan suatu laporan yang menjelaskan penggunaan melalui bukunya yang
bertajuk “A Technique for the Measurement of Attitudes” . Skala likert digunakan
untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang. Skala ini hanya
menggunakan skala sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju, dan sangat setuju.

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah


menganalisis data daripada soal selidik untuk menghasilakan laporan kajian. Data
yang diperolehi daripada analisis itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk graf,
peratusan dan jadual. Melalui cara ini, ianya boleh memudahkan pengkaji untuk
memahami sendiri data yang diperolehinya. Selain itu, berdasarkan Skala Likert, data
yang diperolehi akan dijelaskan melalui pemilihan tahap Skala Likert yang telah
diubahsuai iaitu 4 aras keseluruhannya.

SKALA LIKERT ARAS


Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3

13
020305-12-0694

Sangat Setuju (SS) 4

4.5.2 Skala Frekuensi/kekerapan

Menurut Kamus Bahasa Melayu (2013), skala kekerapan bermaksud skala


nombor dan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kekerapan yang banyak ke
kererapan sedikit. Kekerapan menunjukkan keadaan yang sering dilakukan oleh
seseorang. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah di dalam borang soal selidik
untuk memudahkan pengkaji mendapat maklumat dan megetahui kekerapan pelajar-
pelajar mengunjungi kafeteria.

BIL. KEKERAPAN MENGUNJUNGI KAFETERIA D’BAYU SSTP,


PENAMPANG
1 Sekali sehari
2 2 kali sehari
3 3 kali sehari
4 4 kali sehari

4.6 KAEDAH PEMPROSESAN DATA

Teknik pemprosesan data terbahagi kepada 2 bahagian iaitu secara kuantitatif dan
kualitatif.

a) Analisis Kuantitatif

Menurut Zen Shah (2013), kajian kuantitatif merupakan satu kajian yang secara
umumnya menggunakan analisis statistik iaitu bersifat objektif dan berorentasikan
kepada hasil. Kaedah kuantitatif ini dikaitakan dengan satu data yang tepat. Data yang
diperolehi daripada kaedah ini ialah memerlukan kepada data yang diperolehi daripada
kajian yang dilakukan. Oleh itu, melalui data yang diperolehi daripada kaedah soal
selidik akan ditukar dalam bentuk jadual yang dapat menunjukkan data mengenai

14
020305-12-0694

persepsi pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap kafeteria D’Bayu di SSTP,


Penampang Tahun 2021.

b) Analisis Kualitatif

Menurut Bodgan & Biklen (1982), analisis kualitatif merupakan usaha yang
dilakukan dengan bekerja dengan data, menganjurkannya kepada unit-unit yang
terkawal, mencari pola dan memutuskan apa yang akan diberitahu kepada orang lain.
Analisis ini adalah analisis yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil
dapatan kajian ke dalam bentuk yang mudah difahami. Oleh itu, melalui kaedah ini
pengkaji dapat menerangkan mengenai data yang terdapat dalam bahagian B dan C
dengan lebih mudah iaitu sama ada persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan
makanan itu baik ataupun tidak.

4.7 PERSEMBAHAN DATA

Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling sesuai digunakan untuk
memudahkan data dipaparkan dan mudah difahami. Data yang dipaparkan hendaklah data
yang tersusun serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Pesembahan data boleh
dilakukan dengan menggunakan lisan ataupun graf.

15
020305-12-0694

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan analisis data dan memaparkan hasil
penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada pelajar-pelajar PTEM SEMANIS yang dipilih secara rawak. Data yang diterima
akan diproses untuk mendapatkan statistik seperti nilai peratus, graf dan carta pai.

5.1 BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2020), demografi bermaksud analisis


yang merangkumi keseluruhan responden seperti seluruh masyarakat, populasi atau
kumpulan yang mempunyai kriteria tertentu.

Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah memilih responden secara rawak
daripada pelajar-pelajar PTEM SEMANIS iaitu seramai 41 orang responden untuk
menjawab borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Huraian analisis data
yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk carta pai.

5.1.1 Jantina Responden

Carta 1: Taburan Jantina

16
020305-12-0694

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Carta 1 menunjukkan 2 jantina responden yang berbeza yang telah dipilih


secara rawak bagi mendapatkan satu data yang menarik untuk dikaji. Berdasarkan
carta di atas seramai 13 orang responden adalah lelaki iaitu bersamaan dengan 31.7%.
Seterusnya seramai 28 orang responden adalah perempuan iaitu bersamaan dengan
68.3%.

5.1.2 Daerah Asal Responden

Carta 2: Taburan Daerah Asal

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Berdasarkan Carta 2 di atas, bilangan daerah yang paling tinggi adalah berasal
daripada daerah Papar iaitu seramai 18 orang bersamaan dengan 43.9%. Responden
yang berasal daripada daerah Keningau pula ialah seramai 9 orang responden iaitu
bersamaan dengan 22%. Selain itu, responden yang berasal daripada Beaufort pula
adalah seramai 6 orang iaitu bersamaan dengan 14.6%. Selebihnya, responden yang

17
020305-12-0694

berasal daripada daerah Sipitang pula ialah seramai 2 orang iaitu bersamaan dengan
4.9%. Responden yang berasal daripada daerah Mambakut ialah seramai 2 orang juga
bersamaan dengan 4.9%. Responden yang berasal daripada Kuala Penyu ialah seramai
2 orang iaitu bersamaan dengan 4.9%. Manakala responden yang berasal daripada
Sook dan Tenom ialah masing-masing seramai 1 orang iaitu bersamaan dengan 2.4%.

5.1.3 Kelas Responden

Carta 3: Taburan Kelas

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Carta 3 di atas menunjukkan bilangan responden yang menjawab borang soal


selidik daripada kelas yang berbeza iaitu kelas Usuluddin dan kelas Sejarah. Pengkaji
telah memilih responden daripada kelas yang berbeza untuk mendapatkan maklumat
yang menarik. Reponden yang menjawab borang soal selidik daripada kelas Sejarah
ialah seramai 22 orang iaitu bersamaan dengan 53.7%. Seterusnya, responden daripada
kelas Usuluddin ialah seramai 19 orang iaitu bersamaan dengan 46.3%. Data yang
ditunjukkan bilangan responden yang paling ramai menjawab borang soal selidik
adalah daripada kelas Sejarah.

18
020305-12-0694

5.1.4 Kekerapan Responden Mengunjungi Kafeteria

Carta 4: Taburan Kekerapan Mengunjungi Kafeteria

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Carta 4 di atas menunjukkan kekerapan responden mengunjungi kafeteria


D’Bayu SSTP, Penampang. Responden yang mengunjungi kafe sekali sehari adalah
bilangan yang paling rendah iaitu seramai 7 orang sahaja iaitu bersamaan dengan
17.1%. Seterusnya, bilangan responden yang mengunjungi kafe 2 kali sehari ialah
seramai 12 orang iaitu bersamaan dengan 19.3%. Selain itu, responden yang
mengunjungi kafe 3 kali sehari adalah seramai 10 orang iaitu bersamaan dengan
24.4%. Akhir sekali, responden yang mengunjungi kafe lebih daripada 4 kali sehari
adalah seramai 12 orang iaitu bersamaan dengan 29.3%.

5.1.5 Tujuan Responden Mengunjungi Kafeteria

Carta 5: Taburan Tujuan Mengunjungi Kafeteria

19
020305-12-0694

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Carta 5 di atas menunjukkan tujuan responden mengunjungi kafeteria. Tujuan


responden mengunjungi kafeteria yang paling tinggi adalah untuk membeli makanan
iaitu seramai 35 orang iaitu bersamaan dengan 85.4%. Selain itu, tujuan responden
untuk makan tengah hari adalah seramai 6 orang iaitu bersamaan dengan 14.6%.

5.1.6 Senarai Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Carta 6: Taburan Senarai Perkhimatan Yang Ditawarkan

(Sumber: Kajian Lapangan , 2021)

Carta di atas menunjukkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan di kafeteria


D’Bayu SSTP, Penampang. Senarai perkhidmatan yang paling tinggi dijawab oleh
responden ialah perkhidmatan meja dibersihkan oleh pekerja kafe iaitu seramai 19
orang bersamaan dengan 46.3%. Seterusnya, perkhidmatan penggunaan

20
020305-12-0694

pembungkusan makanan yang berkualiti dan material yang mesra alam dijawab
seramai 14 orang iaitu bersamaan dengan 34.1%. Selain itu, perkhimatan pesanan
diambil oleh pekerja kafe telah dijawab seramai 7 orang iaitu bersamaan dengan
17.1%. Akhir sekali, peratus responden yang menjawab makanan dihantar ke meja
makan pelajar merupakan peratus yang paling sedikit iaitu sebanyak 2.4% sahaja
bersamaan dengan 1 orang.

5.2 BAHAGIAN B: MENGENALPASTI JENIS-JENIS KEMUDAHAN YANG


DISEDIAKAN DI KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

Jadual 4: Jenis-jenis Kemudahan Yang Disediakan

Bil. Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju


Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus
(orang) (%) (orang) (%) (orang) (%) (orang) (%)
1 Kemudahan - 0 3 7.3 19 46.3 19 46.3
tandas
disediakan
2 Kerusi dan meja 0 - 0 14 34.1 27 65.8
disediakan -
3 Tong sampah 0 - 0 16 39 25 60.9
disediakan -
4 Kawasan 0 - 0 15 36.5 26 63.4
membasuh
tangan -
disediakan
5 Kipas angin 0 - 0 17 41.4 24 58.5
disediakan -
6 Kemudahan 1 2.4 6 14.6 25 60.9 9 21.9
televisyen/audio
disediakan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

21
020305-12-0694

GRAF 1: MENGENALPASTI JENIS-JENIS KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI


KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

Graf 1: Jenis-jenis Kemudahan Yang Disediakan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Berdasarkan Jadual 4 dan Graf 1 di atas, merujuk kepada jenis-jenis kemudahan yang
disediakan oleh pihak kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang seperti pernyataan kemudahan
tandas disediakan ialah seramai 3 orang responden telah memilih skala 2 iaitu tidak setuju
bagi pernyataan tersebut iaitu bersamaan dengan 7.3%. Seterusnya, responden yang memilih
skala setuju adalah seramai 19 orang iaitu bersamaan dengan 46.3%. Di samping itu,
responden yang memilih skala 4 iaitu sangat setuju adalah seramai 19 orang iaitu bersamaan
dengan 46.3%.

Seterusnya, responden yang telah memilih skala 3 iaitu setuju bagi pernyataan kerusi dan
meja disediakan adalah seramai 14 orang iaitu bersamaan dengan 34.1%. Manakala, bagi
yang memilih skala 4 iaitu sangat setuju bagi pernyataan tersebut adalah seramai 27 orang
responden iaitu bersamaan dengan 65.8%. Bilangan yang memilih skala 4 itu merupakan
bilangan yang paling banyak.

Selain itu, bagi pernyataan kemudahan tong sampah disediakan, sebanyak 16 orang
responden telah memilih skala 3 iaitu setuju dengan pernyataan tersebut yang bersamaan

22
020305-12-0694

dengan 39%. Seterusnya, jumlah yang memilih skala 4 adalah jumlah yang paling tinggi
antara 4 skala tersebut iaitu seramai 25 orang responden telah memilih skala 4 iaitu sangat
setuju besamaan dengan 60.9%.

Di samping itu, bagi pernyataan kawasan membasuh tangan disediakan, seramai 15


orang responden telah memilih skala setuju iaitu bersamaan dengan 36.5%. Seterusnya,
seramai 26 orang responden telah memilih skala sangat setuju bagi pernyataan tersebut iaitu
bersamaan dengan 63.4%. Manakala skala sangat tidak setuju dan tidak setuju tidak diisi oleh
responden.

Bagi pernyataan kipas angin disediakan pula, seramai 17 orang responden telah memilih
skala setuju bagi pernyataan tersebut iaitu bersamaan dengan 41.4%. Berdasarkan data
tersebut skala 1 iaitu sangat tidak setuju adalah skala yang paling sedikit dipilih oleh
responden. Seterusnya, seramai 24 orang responden telah memilih skala sangat setuju bagi
pernyataan tersebut iaitu bersaaman dengan 58.5%.

Akhir sekali, bagi pernyataan kemudahan televisyen atau audio disediakan, bilangan
paling sedikit dipilih oleh responden ialah skala sangat tidak setuju iaitu hanya seorang yang
memilih skala tersebut iaitu bersamaan dengan 2.4%. Seterusnya, bagi skala tidak setuju,
terdapat 6 orang responden yang telah memilih skala tersebut iaitu bersamaan dengan 14.6%.
Selain itu, seramai 25 orang telah memilih skala setuju bagi pernyataan tersebut iaitu
bersamaan dengan 60.9%. Manakala, skala sangat setuju, hanya 9 orang responden yang
memilih untuk pernyataan tersebut iaitu bersamaan dengan 21.9%.

23
020305-12-0694

5.3 BAHAGIAN C: MENGKAJI TAHAP KEPUASAN PELAJAR-PELAJAR


TERHADAP KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

Jadual 5: Tahap Kepuasan Pelajar-pelajar Terhadap Kafeteria D’Bayu

Bil Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus


(orang) (%) (orang) (%) (orang) (%) (orang) (%)
1 Saya berpuas 0 0 9 21.9 32 75.6
hati dengan - -
suasana
persekitaran
sekeliling
kafeteria
2 Saya berpuas 0 1 2.4 12 29.2 28 65.8
hati dengan -
kebersihan
sekeliling
kafeteria
3 Saya berpuas 0 0 18 43.9 23 53.6
hati dengan - -
menu makanan
yang disediakan
oleh pihak
kafeteria
4 Saya berpuas 0 1 2.4 12 26.8 27 68.2
hati dengan
kebersihan meja -
dan kerusi di
kafeteria
5 Saya berpuas 0 0 14 34.1 27 63.4
hati dengan
- -
kebersihan
makann di
kafeteria

24
020305-12-0694

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Graf 2: Tahap Kepuasan Pelajar-pelajar Terhadap Kafeteria D’Bayu

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Jadual 5 dan Graf 2 di atas merupakan data yang diperolehi daripada responden iaitu
berkenaan dengan tahap kepuasan pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap kafeteria
D’Bayu SSTP, Penampang. Berdasarkan pernyataan saya berpuas hati dengan suasana
persekitaran sekeliling kafeteria, terdapat seramai 9 orang telah memilih skala setuju iaitu
bersamaan dengan 21.9%. Seterusnya, seramai 32 orang telah memilih skala sangat setuju
iaitu seramai 32 orang dan skala ini bersamaan dengan 78% bagi menyokong pernyataan
tersebut.

Seterusnya, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan kebersihan sekeliling kafeteria,
seramai seorang sahaja yang memilih skala tidak setuju iaitu bersamaan dengan 2.4%. Selain
itu, seramai 12 orang responden telah memilih skala setuju bagi pernyataan tersebut iaitu
bersamaan dengan 29.2%. Bilangan yang paling tinggi dipilih oleh responden ialah pada skala
sangat setuju bagi menyokong pernyataan tersebut iaitu seramai 28 orang responden
bersamaan dengan 68.2%.

25
020305-12-0694

Selain itu, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan menu makanan yang disediakan
oleh pihak kafeteria telah disokong oleh 23 orang responden pada skala sangat setuju iaitu
bersamaan dengan 56%. Seterusnya, bagi skala setuju seramai 18 orang telah memilih skala
tersebut bagi menyokong pernyataan berikut iaitu bersamaan dengan 43.9%

Di samping itu, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan kebersihan meja dan kerusi di
kafeteria pula, seramai 27 orang telah memilih skala sangat setuju iaitu bersamaan dengan
65.8%. Seterusnya, seramai 12 orang telah memilih skala setuju bagi menyokong pernyataan
tersebut iaitu bersamaan dengan 29.2%. Bagi skala tidak setuju, seorang responden telah
memilih skala tersebut kerana tidak menyokong pernyataan tersebut iaitu bersamaan dengan
2.4%.

Akhir sekali, bagi pernyataan yang terakhir iaitu saya berpuas hati dengan makanan di
kafeteria, seramai 14 orang telah memilih skala setuju untuk menyokong pernyataan tersebut
iaitu bersamaan dengan 34.1%. Manakala sebahagian lagi telah memilih skala sangat setuju
untuk menyokong pernyataan tersebut iaitu seramai 27 orang bersamaan dengan 65.8%.

26
020305-12-0694

6.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif kajian utama iaitu untuk mengenal pasti
jenis-jenis kemudahan perkhidmatan yang disediakan Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang
dan mengkaji tahap kepuasan pelajar-pelajar PTEM SEMANIS terhadap perkhidmatan
Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang.

Bagi mencapai dua objektif ini, seramai 41 orang responden yang terdiri daripada
pelajar-pelaja PTEM SEMANIS telah mengisi borang soal selidik bagi membantu pengkaji
untuk mencapai objektif kajian tersebut. Bahagian ini akan merumuskan berkenaan dengan
dapatan kajian.

6.1 Bahagian A: Demografi Responden

Terdapat 3 kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji iaitu melalui kaedah
soal selidik, rujukan dan pemerhatian. Melalui kaedah soal selidik, pengkaji telah
mengedarkan sebanyak 41 borang soal selidik yang telah disediakan lebih awal kepada
41 orang responden yang dipilih secara rawak. Hal ini untuk memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dengan lebih tepat. Selain
itu, bagi kaedah pemerhatian pengkaji telah melihat sendiri bangunan kafeteria
D’Bayu di SSTP, Penampang.

6.2 Bahagian B: Mengenal Pasti Jenis-jenis Kemudahan Yang Disediakan Di


Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang

Melalui kajian ini pengkaji dapat mengenal pasti beberapa jenis-jenis


kemudahan yang disediakan di kafeteria di SSTP, Penampang seperti kemudahan
tandas disediakan, kemudahan meja dan kerusi disediakan, kemudahan tong sampah
disediakan, kemudahan kawasan membasuh tangan disediakan dan kemudahan
televisyen atau audio disediakan.

27
020305-12-0694

Merujuk Graf 1, terdapat majoriti responden memilih skala setuju dan sangat
setuju bagi pernyataan kemudahan tandas disediakan namun terdapat juga sesetengah
responden yang memilih skala tidak setuju. Hal ini kerana kemudahan tandas
disediakan oleh pengendali kafeteria.

Seterusnya, bagi pernyataan kemudahan tong sampah disediakan sebahagian


responden memilih setuju dan sebahagian lagi memilih skala sangat setuju. Manakala
bagi pernyataan meja dan kerusi disediakan, majoriti responden memilih skala sangat
setuju (Lampiran 3, Foto 2 dan Foto 3).

Selain itu, bagi pernyataan kemudahan kawasan membasuh tangan disediakan


majoriti responden telah memilih skala sangat setuju manakala sebahagian sahaja yang
memilih skala setuju. Hal ini adalah kerana terdapat kawasan membasuh tangan
disediakan.

Di samping itu, bagi pernyataan kemudahan kipas angin disediakan majoriti


responden juga telah memilih skala sangat setuju manakala sebahagian kecil memilih
skala setuju sahaja. Bagi kemudahan televisyen atau audio disediakan majoriti
responden memilih skala setuju. Terdapat juga responden yang memilih skala sangat
tidak setuju dan tidak setuju.

Kesimpulannya, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kafeteria


telah memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar ketika mengunjungi kafeteria
D’Bayu di SSTP, Penampang.

6.3 Bahagian C: Mengkaji Tahap Kepuasan Pelajar-pelajar Terhadap Kafeteria


D’Bayu SSTP, Penampang

Merujuk Graf 2 di atas, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan suasana
persekitaran kafeteria majoriti telah memilih skala sangat setuju. Hal ini menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar PTEM SEMANIS amat berpuas hati dengan suasana sekeliling
di kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang (Lampiran 3, Foto 4 dan Foto 5).

28
020305-12-0694

Seterusnya, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan kebersihan sekeliling


kafeteria, majoriti memilih skala sangat setuju manakala sebahagian kecil memilih
skala setuju. Hal ini menujukkan bahawa kebersihan di sekeliling kafeteria amat
memuaskan.

Selain itu, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan menu makanan yang
disediakan oleh pihak kafeteria, sebahagian memilih skala setuju manakala sebahagian
lagi memilih skala sangat setuju. Keadaan ini menunjukkan bahawa menu makanan
yang disediakan oleh pihak kafeteria amat memuaskan pelajar-pelajar PTEM
SEMANIS (Lampiran 3, Foto 6).

Bagi pernyataan saya berpuas hati dengan kebersihan meja dan kerusi di
kafeteria, majoriti memilih skala sangat setuju. Hal ini menujukkan bahawa pelajar-
pelajar PTEM SEMANIS amat berpuas hati dengan kebersihan meja dan kerusi di
kafeteria.

Akhir sekali, bagi pernyataan saya berpuas hati dengan kebersihan makanan di
kafeteria majoriti memilih skala sangat setuju. Hal ini adalah kerana pihak kafeteria
amat menjaga kebersihan terhadap penyediaan makanan.

Kesimpulannya, kajian ini dapat mengkaji tahap kepuasan pelajar-pelajar terhadap


kafeteria. Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar PTEM SEMANIS
amat berpuas hati dengan suasana sekeliling kafeteria, kebersihan sekeliling kafeteria,
kebersihan meja dan kerusi di kafeteria, dan berpuas hati terhadap kebersihan
makanan di kafeteria.

29
020305-12-0694

7.0 KESIMPULAN KAJIAN DAN CADANGAN

Pada akhir kajian ini, pengkaji dapat mengetahui jenis-jenis kemudahan yang
disediakan oleh pihak kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang. Kemudahan-kemudahan yang
disediakan telah memudahkan pelajar-pelajar untuk membuat aktiviti di kafeteria
tersebut. Menurut kajian yang telah dilakukan kemudahan-kemudahan yang disediakan
telah memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar.

Seterusnya, pengkaji juga dapat mengetahui tahap kepuasan pelajar-pelajar


terhadap kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang. Tahap kepuasan pelajar-pelajar ini dapat
meningkatkan lagi prestasi kafeteria D’Bayu dan dapat menarik pelanggan dari luar untuk
berkunjung ke kafeteria D’Bayu. Menurut kajian yang telah dilakukan kekerapan paling
tinggi pelajar-pelajar mengunjungi kafeteria ialah lebih empat kali sehari. Hal ini dapat
meningkatkan lagi pendapatan pihak kafeteria kerana majoriti tujuan responden
mengunjungi kafeteria adalah untuk membeli makanan.

Di samping itu, pihak kafeteria juga boleh meningkatkan lagi tahap kebersihan di
sekeliling kafeteria, mempelbagaikan lagi menu makanan yang berkhasiat dan
meningkatkan kecerian kafeteria agar pelajar-pelajar sentiasa mengujungi kafeteria sekali
gus membantu menambah pendapatan pengendali kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang.

Kesimpulannya, pengendali kafeteria mestilah memainkan peranan yang penting


sekali gus meningkatkan lagi kualiti persekitaran, kemudahan dan makanan. Hal ini
demikian kerana kafeteria merupakan tempat di mana pelajar-pelajar membeli pelbagai
juadah pada setiap hari persekolahan dan keuntungan bagi pengendali kafeteria juga
boleh dicapai sekiranya menitikberatkan aspek-aspek tersebut pada masa akan datang.

30
020305-12-0694

8.0 BIBLIOGRAFI

Bahan Internet

Anis ibrahim (2014), Kaedah Pemerhatian. Dicapai pada 1 Julai 2021 dari
https://www.slideshre.net

Bodgan & Biklen (1982), Kajian Kualitatif. Dicapai pada 30 Jun 2021 dari https://scrip.org

Cleland et.al (2014), Definisi kafeteria. Dicapai pada 20 Jun 2021 dari https ://
wikipedia.orang

Contoh Kerja Kursus (2021), Instrumen Kajian. Dicapai pada 25 Jun 2021 dari
https://www.com

Dr. Kamarul Shukri Mat Teh (2015), Reka Bentuk Kajian. Dicapai pada 21 Jun 2021 dari
https://www.slideshare.org

Intan Juita binti Menan (2014), Soal Selidik. Dicapai pada 23 Jun 2021 dari
Intanjuita66449933.wordpress.com

Kamus Bahasa Melayu (2019), Definisi Persepsi. Dicapai pada 20 Jun 2021 dari
https://ms.wikipedia.org

Kamus Bahasa Melayu (2013), Definisi Kekerapan. Dicapai pada 27 Jun 2021 dari
https://ms.wikipedia.org

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), Metodologi Kajian. Dicapai pada 21 Jun 2021 dari
https://ms.wikipedia.org

Rensis likert (1932), Skala Likert. Dicapai pada 27 Ogos 2021 dari Press.http://p2k.um-
Surabaya.ac.id/id3/2-3045-2942/Portal:Wayang/Skala-Likert_20754_p2k-um-suranaya_html

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2020), Demografi Responden. Dicapai pada 3 Julai 2021
dari https://ms.wikipedia.org

Wikipedia Bahasa Melayu (2021), Definisi Kafeteria. Dicapai pada 20 Jun 2021 dari
https://ms.vvikipedia.com.wiki.cafeteria

Wikipedia Bahasa Melayu (2020), Definisi Kepercayaan. Dicapai pada 20 Jun 2021 dari
https://ms.wikipedia.org

Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas (2017), Pensampelan. Dicapai pada 25 Jun
2021 dari https://ms.wikipedia.org

31
020305-12-0694

Zen Shah (2013), Kajian Kuantitatif. Dicapai pada 30 Jun 2021 dari
https://www.slideshare.net

32
020305-12-0694

Lampiran 1

BORANG KEBENARAN PELAJAR KELUAR UNTUK MEMBUAT KERJA


KURSUS

33
020305-12-0694

34
020305-12-0694

35
020305-12-0694

Lampiran 2

TAJUK KAJIAN: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR PTEM SEMANIS TERHADAP


PERKHIDMATAN MAKANAN KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Sila tandakan(/) pada ruangan yang telah disediakan berdasarkan kategori yang
ditetapkan.

1.Jantina

Lelaki
Perempuan

2.Daerah asal

Papar
Beaufort
Sipitang
Keningau
Kuala Penyu
Mambakut
Lain-lain

3. Kelas

Sejarah
Usuluddin

4. Kekerapan mengunjungi kafe

Sekali sehari
2 kali sehari
3 kali sehari
Lebih 4 kali sehari

5. Tujuan mengunjungi kafe

Untuk membeli
makanan
Untuk bersembang
dengan rakan
Untuk makan tengah
hari

36
020305-12-0694

Untuk menghadiri
bacaan yaasin
Untuk belajar
bersendirian
Untuk menghadiri
pembelajaran secara
berkumpulan
Untuk menonton
televisyen

Tujuan lain sila nyatakan.......

6. Senarai perkhidmatan yang disediakan

Makanan dihantar ke
meja makan pelajar
Meja dibersihkan oleh
pekerja kafe
Pesanan makanan
diambil oleh pekerja
kafe
Penggunaan
pembungkus makanan
yang berkualiti dan
material yang mesra
alam

Lain-lain sila nyatakan.......

37
020305-12-0694

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI JENIS-JENIS KEMUDAHAN YANG


DISEDIAKAN KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT


SETUJU SETUJU
1 2 3 4

Sila tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan berdasarkan kategori yang
ditetapkan.

NO Perkara 1 2 3 4

1 Kemudahan tandas disediakan

2 Kerusi dan meja disediakan

3 Tong sampah disediakan

4 Kawasan membasuh tangan disediakan

5 Kipas disediakan

6 Kemudahan televisyen/audio muzik disediakan

38
020305-12-0694

BAHAGIAN C: MENGKAJI TAHAP KEPUASAN PELAJAR-PELAJAR TERHADAP


PERKHIDMATAN KAFETERIA D’BAYU SSTP, PENAMPANG

SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU


SETUJU
1 2 3 4

Sila tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan berdasarkan kategori yang
ditetapkan.

No. Perkara 1 2 3 4

1 Saya berpuas hati dengan suasana persekitaran sekeliling


kafeteria

2 Saya berpuas hati dengan kebersihan sekeliling kafeteria

3 Saya berpuas hati dengan pelbagai menu makanan yang


disediakan oleh pihak kafeteria

4 Saya berpuas hati dengan kebersihan meja dan kerusi di


kafeteria

5 Saya berpuas hati dengan kebersihan makanan di


kafeteria

39
020305-12-0694

Lampiran 3

Foto-foto Kajian Lapangan

Foto 2: Kemudahan Kerusi Dan Meja Disediakan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Foto 3: Kemudahan Kerusi Dan Meja Disediakan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

40
020305-12-0694

Foto 4: Suasana Sekeliling Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

Foto 5: Suasana Sekeliling Kafeteria D’Bayu SSTP, Penampang

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

41
020305-12-0694

Foto 6: Menu Makanan Yang Disediakan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

42
020305-12-0694

Foto 7: Majlis Bacaan Yaasin

(Sumber: Kajian Lapangan, 2021)

43
020305-12-0694

44

You might also like