You are on page 1of 66

KAJIAN TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN

DI KANTIN SMJK YU HUA, KAJANG

ABSTRAK

Kertas kursus bertajuk kajian terhadap perkhidmatan makanan di kantin SMJK Yu


Hua, Kajang. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis kemudahan
yang disediakan di kantin SMJK Yu Hua dan mengkaji tahap kepuasan pelajar
terhadap kantin SMJK Yu Hua. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan rujukan arkib. Instrumen borang soal selidik dibentuk
berdasarkan objektif kajian. Seramai 50 orang pelajar pagi telah menjadi responden
dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti
frekuensi untuk melihat peratusan dan purata. Pemerhatian telah dilakukan dalam
masa beberapa hari seperti memerhatikan aspek persekitaran, kemudahan, makanan
dan pekerja dalam kantin sekolah. Kajian internet adalah seperti mendapatkan
maklumat mengenai kantin sekolah dan lokasi kajian. Kesimpulannya, hasil kajian
dianalisis menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap kantin SMJK Yu Hua
berdasarkan persekitaran, kemudahan, makanan dan pekerja adalah sederhana sahaja.

1
ISI KANDUNGAN
Butiran Muka surat
Abstrak 1
Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 5
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Lokasi Kajian 8
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk Kajian 13
4.2 Kaedah Kajian 13
4.3 Persampel Kajian 14
4.4 Instrumen Kajian 14
4.5 Cara Pengumpulan data 16
4.6 Cara Analisis Data 16
4.7 Cara Persembahan Data 17
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
5.1 Data Demografi Responden 18
5.2 Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di 21
kantin SMJK Yu Hua
5.3 Mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kantin
SMJK Yu Hua
5.3.1 Persekitaran 24
5.3.2 Kemudahan 29
5.3.3 Makanan 33
5.3.4 Pekerja 38
5.4 Kaedah Temu Bual 42
5.5 Kaedah Pemerhatian 45
5.6 Dokumentasi 46

2
Butiran Muka surat
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 49
7.0 Rujukan 51
8.0 Lampiran 54

3
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengetua SMJK YU HUA,


Puan Low Lai Khun dan Penolong Kanan Tingkatan enam, Puan Dayang Setiah yang
telah memberi kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian
Am saya, Encik Balaramal Letchumanan yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar hingga saya dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan di sekolah saya, iaitu Chong Kar Yan,
Wong Eexin Emily, Yip Poh Yee dan Wong Kah Fai yang banyak memberikan
komen membina dan bersama-sama mencari bahan untuk tajuk kajian saya.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan, dan
bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

4
1.0 PENGENALAN

Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana


pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, pihak
sekolah tidak boleh mengabaikan kebersihan dan keselamatan kantin. Sebagaimana
tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan
juga harus diberikan kepada kantinnya. Ini kerana kantin bukan sekadar tempat
makan, tetapi sebagai tempat di mana pelanggan harus mendapat apa yang dihajati
dan berpuas hati dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar da n
mengenyangkan (Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004). Oleh itu, perkhidmatan
makanan di sekolah perlu menyediakan makanan yang selamat, sesuai dan berkhasiat
(Neill, 1980). Pernyataan ini disokong oleh Cleland et al (2004), menyatakan bahawa
makanan yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam
memastikan pelajar mendapat makanan yang seimbang, berkhasiat, bersih serta
selamat. Jeannies (2002), juga mengatakan bahawa kebersihan dan keselamatan
makanan merupakan perkara penting dalam menyediakan makanan yang sesuai,
selamat dan berkhasiat kepada pelajar sekolah.

Good (1959) dalam bukunya Dictionary of Education mengatakan bahwa:


“cafetaria a room or building in which public school pupils or college student select
prepared food and serve themselves”.Kantin adalah suatu ruang atau bangunan yang
berada di sekolah maupun perguruan tinggi, di mana menyediakan makanan
pilihan/sehat untuk siswa yang dilayani oleh petugas kantin. Layanan kantin atau
kafetaria merupakan salah satu bentuk layanan khusus di sekolah yang berusaha
menyediakan makanan dan minuman yang dibutuhkan siswa atau personil sekolah.

Makanan merupakan keperluan asas yang penting untuk menjamin taraf


kesihatan yang baik disamping dapat memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti
kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain dan beriadah. Makanan juga
merupakan pembekal nutrien yang penting kepada tubuh badan manusia. Ia
membantu memberikan manusia kecerdasan untuk berfikir dan membantu manusia
menjalankan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Makanan yang mempunyai
kandungan tenaga dan serat yang tinggi dapat menjamin tenaga kita kekal seharian
(Berita Minggu, 9 September 2007)
5
William H. Roe dalam bukunya School Business Management menyebutkan
beberapa tujuan yang dapat dicapai melalui penyediaan layanan kantin di
sekolah.Tujuan pertama adalah memberikan kesempatan kepada murid untuk belajar
memilih makanan yang baik atau sehat. Tujuan kedua adalah memberikan bantuan
dalam mengajarkan ilmu gizi secara nyata.Tujuan ketiga adalah menganjurkan
kebersihan dan kesehatan. Tujuan keempat adalah menekankan kesopanan dalam
masyarakat, dalam bekerja, dan kehidupan bersama.Tujuan kelima adalah
menekankan penggunaan tata krama yang benar dan sesuai dengan yang berlaku di
masyarakat.

Menurut majalah sekolah SMJK YU HUA 2008, sekolah telah diduduki oleh
tentera jepun dan semua kelengkapan sekolah dimusnahkan pada tahun 1941. Kantin
sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1946 sejak sekolah ini dibuka semula. Usia
kantin sekolah SMJK YU HUA sudah mececah selama 70 tahun. Dari segi waktu
pembukaan kantin ini ialah pada waktu rehat pelajar pagi iaitu selama 35 minit yang
bermula dari pukul 9.55 hingga pukul 10.30 bagi pelajar tingkatan 3 dan 6 manakala
dari pukul 10.15 hingga 10.50 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Selepas waktu tersebut,
pelajar tidak dibenarkan membeli kerana waktu pembukaan kantin sekolah ini
tertakluk di bawah pentadbiran sekolah.

Rasional kajian pertama adalah mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang


disediakan di kantin SMJK Yu Hua dalam kajian ini untuk menyenaraikan dengan
sebarapa terperinci, kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tandas, kawasan
basuh tangan , sistem pengudaraan yang baik.

Rasional kedua adalah mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kantin SMJK
Yu Hua untuk meneliti perkaitan di tahap kualiti persekitaran, kemudahan, makanan
dan layanan pekerja yang disediakan di kantin SMJK Yu Hua.

6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini,di penyelidik menggariskan dua objektif yang mampu dijadikan
landasan dan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian adalah:

1. Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin SMJK Yu


Hua

2. Mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kantin SMJK Yu Hua

7
3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 :Peta Hulu Langat


Sumber: Laman Web Google Map
Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daerah daripada 9 daerah yang terdapat di
negeri Selangor, Malaysia. Hulu Langat merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri
Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan
dengan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat
laut, daerah Petaling di sebelah barat, daerah Sepang di sebelah barat daya, negeri
Pahang di sebelah timur laut dan Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.
Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 826km² .

8
Peta 2: Peta Bandar Kajang
Sumber: Laman Web Google Map
Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan
mukim Ampang. Keluasan Kajang adalah sebanyak 93.4 km². Kajang terletak lebih
kurang 21km di sebelah tanggara Kuala Lumpur. Kajang juga dapat dihubungkan
dengan pusat pentadiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Bandar
Puchong ,Batu 3 dan Klang pula terletak di sebelah barat Kajang.

9
Peta 3: Peta SMJK YU HUA Kajang
Sumber: Laman Web Google Map
SMJK YU HUA berada di Jalan Low Ti Kok, Kajang, Selangor. Kantin
sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1946 sejak sekolah ini dibuka semula. Usia
kantin sekolah SMJK YU HUA sudah mececah selama 70 tahun.

Foto 1 merupakan kawasan sekolah SMJK YU HUA Kajang. Foto 2 menunjukkan


pintu masuk kantin.Alamat SMJK YU HUA ialah Jalan Low Ti Kok, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. Foto 3 dan foto 4 merupakan dalaman kantin SMJK YU
HUA.Pelajar sering mengunjungi kantin ini semasa waktu rehat.Displin dalam kantin
terkawal.

10
Foto 1: SMJK YU HUA
Sumber: Laman Web SMJK YU HUA Kajang

Foto 2: Pintu masuk SMJK YU HUA Kajang


Sumber: Kajian lapangan 2016

11
Foto 3: Dalaman kantin SMJK YU HUA Kajang
Sumber: Kajian lapangan 2016

Foto 4:Pelajar menjamu selera di kantin SMJK YU HUA Kajang


Sumber: Kajian lapangan 2016

12
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan satu pendekatan saintifik yang digunakan untuk
mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji.
Pengkaji dapat menerangkan kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu
masalah melalui metodologi kajian. Metodologi kajian meliputi teknik mereka
bentuk,kaedah kajian, menyampelkan kajian, instrumen kajian digunakan dan cara
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti untuk meyokong
sesuatu kesimpulan. Antara kaedah yang digunakan ole h pengkaji ialah data
numerikal dan Kajian Lapangan.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan, kajian pemerhatian berstruktur dan kajian
rujukan maklumat sekunder dan dokumentasi. Kajian tinjuaan ialah kaedah
mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel
individu yang dipilih daripada satu populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marican,
2009). Kajian pemerhatian berstruktur ialah kaedah penglihatan tepat dan penulisan
sesuatu fenomena yang wujud secara semula jad i dengan memberikan perhatian
terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang saling berkait (Shelley Anand, 2002).
Kajian rujukan maklumat sekunder dan dukumetasi ialah kaedah menggunakan
dukumen seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari dan rekod kes klinikal
sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian ( Bogdan dan Biklen,
1998). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang
disediakan di kantin SMJK YU HUA, mengkaji tahap kepuasan palajar terhadap
kantin SMJK YU HUA.
4.2 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merujuk kepada sesuatu pendekatan yang digunakan untuk mencari
jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji.( R. Kuberan
etal, 2016). Kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini.
Kuantitatif bertujuan ‘bagaimana’.Kuantitatif mengklasifikasikan ciri,cara mengira
ciri, dan membina model statistik dalam usaha untuk menjelaskan apa yang
deperhatikan.Kuantitatif menggunakan alat seperti soal selidik untuk mengumpul data
berangka. Indikator kuantitatif ialah peratus, nisbah, min dan kadar.( R. Kuberan etal,
2016) Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini merupakan data numerikal.
Obejektif kaedah kuantutatif adalah untuk menunjukkan perbezaan dan menerangkan
kejadian secara statistik .
13
Kualitatif bertujuan ‘ mengapa’. Pengkaji ialah instrumen pengumpulan data.
Kualitatif memberatkan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan.
Pemerhatian kualitatif bukan numerical ,iaitu tidak bergantung kepada statistik atau
nombor. Indikator kuanlitatif ialah komen lisan, penyataan , pendapat dan persepsi.(
R. Kuberan etal, 2016). Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini merupakan
kajian lapangan. Objektif kaedah kualitatif adalah untuk menjelaskan sesuatu kejadian
secara verbal .
4.3 PERSAMPEL KAJIAN
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah dengan memberi
arahan kepada responden untuk menjawab boring soal selidik yang disediakan oleh
pengkaji ( sila rujuk kepada Lampiran untuk mendapat contoh boring soal selidik ).
Seramai 50 responden telah dipilih secara rawak dari kantin SMJK YU HUA untuk
mengisi boring soal selidik. Bilangan sampel bersesuanian dengan kajian kuantitatif
yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang d ikaji
(R. Kuberan etal, 2014).
Antara ciri yang penting semasa proses pemilihan responden:
(a) Responden merupakan pelajar pagi dari SMJK YU HUA Kajang.
(b) Responden berumur antara 13-19 tahun

4.4 INSTRUMEN KAJIAN


Kajian ini menggunakan instrument soal selidik, analisis dokumen dan pemerhatian.
4.4.1 SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan kaedah yang palig sesuai untuk mengumpul data mengikut
pandangan Miles dan Huberman (1984) yang menyatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam
suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Prinsip yang
digunakan semasa merangka soal selidik merupakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu setiap item dalam soal selidik sewajarnya ditulis secara r ingkas (R.
Kuberan etal, 2016). Soal selidik yang dilakukan ke atas responden adalah untuk
mengenal pasti jenis-jenis kumudahan yang disediakan di kantin dan mengkaji tahap
kepuasan responden terhadap kantin SMJK YU HUA Kajang. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini adalah tertutup,iaitu soalan yang berstruktur telah
dibentuk dan responden hanya memilih jawapan yang disediakan supaya responden
mudah menjawab dan jawapan mudah dianalisis.

14
Soal selidik berbentuk skala Thustorne telah digunakan dalam bahagian B soal selidik
untuk mengenal pasti jenis-jenis kemudahans yang disediakan di kantin SMJK YU
HUA Kajang. Responden hanya menekankan dua pilihan iaitu ‘Ya’ atau ‘Tidak’
dalam bahagian B soal selidik.
Soal selidik berbentuk skala Likert yang disaskan pada Rensis Likert pada tahun 1932
(R Kuberan etal, 2016) pula digunakan dalam bahagian C soal selidik untuk mengkaji
tahap kepuasan para plajar terhadap kantin SMJK YU HUA Kajang. Item yang
menunjukkan indicator secara positif (sangat setuju, setuju dan memuaskan) dan
indicator secara negatif (sangat tidak setuju dan tidak setuju) .
Pengkaji menyatakan bahawa hasil soal selidik ini adalah rahsia dan digunakan untuk
tujuan kajian serta meminta kerjasama daripada pelajar untuk mengisi borang soal
selidik. Pada tarikh dan masa yang ditetapkan, pengkaji mengedarkan borang soal
selidik kepada pelajar untuk menjawab. Responden diberikan 20 minit untuk mengisis
soal selidik.
Soal selidik pengkaji terdiri daripada 3 bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan
bahagian C. Bahagian A menyoalkan demografi dan maklumat responden. Bahagian
B menyoalkan soalan yang berkaitan dengan objektif kajian pertama pengkaji iaitu
mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin SMJK YU HUA
Kajang. Bahagian C menyoalkan soalan yang berkaitan dengan objektif kajian kedua
pengkaji iaitu tahap kepuasan responden terhadap kantin SMJK YU HUA Kajang.
4.4.2 PEMERHATIAN
Pemerhatian merupakan kaedah seorang pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas
tingkah laku, objek atau peristiwa. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapat
gambaran sebenar atau secara langsung ke stas perkara- perkara yang sedang dikaji (R
Kuberan etal, 2016)
Pengkaji melakukan beberapa sesi pemerhatian semasa waktu rehat pada 15 dan 16
Februari 2016 dari pukul 9.55 pagi hingga 10.30 pagi untuk memerhati penggunaan
kemudahan oleh pengguna di kantin SMJK YU HUA Kajang. Pengkaji telah
mengambil gambar sebagai bukti dan hasil pemerhatian (sila rujuk kepada Lampiran).
4.4.3 ANALISIS DOKUMEN
Dokumen ditulis dalam pelbagai bentuk termasuk buku, nata, rekod, surat dan
sebagainya. Analisis terhadap dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan
penyelidikan. Analisis dilakukan sama ada pada tahap mengenal pasti tajuk
penyelidikan, permasalahan, metodologi dan sebagainya.(R. Kuberan etal, 2016)
15
Pengkaji telah melayari internet untuk menganalisis sejarah kantin di seluruh
dunia.Pengkaji juga telah mencari buku-buku yang berkaitan dengan sejarah untuk
menganalisis kebangunan kantin. Pengkaji telah mengunjungi perpustakaan SMJK
YU HUA dan melayari laman web sekolah SMJK YU HUA untuk mencari
maklumat tentang sejarah kantin SMJK YU HUA. Perbandingan telah dibuat antara
maklumat sejarah kantin SMJK YU HUA yang diperoleh melalui internat dan buku-
buku dan pengkaji telah menganalisis maklumat tersebut untuk mendapat maklumat
yang paling tepat.
Pengkaji juga melayari laman web “google” untuk mendapatkan peta dan gambar
lokasi kajian.

4.5 CARA PENGUMPULAN DATA


4.5.1 SUMBER PRIMER
Sumber primer merupakan sumber yang diperoleh secara langsung daripada pihak
pertama. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data-data yang
dikehendaki oleh pengkaji di kantin SMJK YU HUA. Kaedah pemerhatian juga
dilaksanakan untuk memerhatikan kekerapakn penggunaan kantin oleh pelajar SMJK
YU HUA.
4.5.2 SUMBER SEKUNDER
Sumber sekunder merupakan sumber yang diperoleh daripada pembacaan bahan
bertulis yang dicatat di tempat lain. Sumber peta dan gambar telah diperoleh dari
laman web “google”.
4.5.3 ANALISIS DOKUMEN
Pengkaji telah menganalisis data yang terdapat dalam pelbagai bentuk seperti buku
rujukan dan internet untuk mendapat maklumat yang dikehendaki.

4.6 CARA ANALISIS DATA


Analisis data secara statistik telah dijalankan untuk menganalisis data soal selidik.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan bilangan, peratusan dan min. Bagi
pernyataan yang menggunakan skala likert, poin diberi seperti berikut:

16
SKALA POIN
Sangat setuju 5
Setuju 4
Memuaskan 3
Tidak setuju 2
Sangat tidak setuju 1

Analisis secara tertutup telah dijalankan terhadap hasil kaedah pemerhatian. Andaian
telah dibuat berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa berada di SMJK YU HUA.
Andaian juga dibuat ke atas jadual statistik .
Analisis deduktif telah digunakan ke atas hasil kaedah analisis dokumen. Pengkaji
telah membaca dokumen yang dapat dicari dalam internet dan perpustakaan dan
mengaplikasikan cara analisis deduktif ke atas malumat dan data.
4.7 CARA PERSEMBAHAN DATA
Pengkaji telah mencari 50 orang responden untuk menjawab soalan dalam borang soal
selidik. Melalui kaedah kiraan bilangan, peratusan, min, jadual, graf dan carta,
pengkaji dapat mengetahui demografi responden dan mengenal pasti jenis-jenis
kemudahan yang disediakan di kantin SMJK Yu Hua serta tahap kepuasan pelajar
terhadap kantin SMJK Yu Hua. Cartai pai sesuai digunakan untuk menggambarkan
saiz komponen bagi sesuatu jumlah. Graf merupakan cara grafik bagi
mempersembahkan maklumat dan data. Selain mudah dibaca dan ditafsir, rupa graf
adalah menarik.

17
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada beberapa kaedah kajian. Data yang telah dimasukkan
telah diproses bagi mendapatkan statistik.
5.1 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 50 orang responden telah disoal selidik, iaitu pelajar SMJK Yu Hua.
Maklumat Demografi Bilangan (orang) Peratus (%)
JANTINA:
Lelaki 25 50.00
Perempuan 25 50.00
BANGSA:
Melayu 15 30.00
Cina 21 42.00
India 14 28.00
AGAMA:
Islam 15 30.00
Buddha 17 34.00
Hindu 12 24.00
Kristian 6 12.00
TINGKATAN:
Tingkatan 3 10 20.00
Tingkatan 4 12 24.00
Tingkatan 5 13 26.00
Tingkatan 6 15 30.00
Jadual 1: Demografi Responden
Sumber: Kajian lapangan 2016

18
5.1.1 JANTINA

Jantina

50%
50%
Lelaki
Perempuan

Graf 1: Jantina Responden


Sumber: Kajian lapangan 2016
Berdasarkan hasil kajian, daripada 50 orang responden yang disoalselidik,
seramai 25 orang (50%) ialah responden perempuan, manakala sebanyak 25 orang
(50%) ialah responden lelaki.
5.1.2 BANGSA

Bangsa

28% 30%
Melayu
Cina
42% India

Graf 2: Bangsa Responden


Sumber: Kajian lapangan 2016
Terdapat 50 orang responden yang terlibat dalam soal selidik ini. Kebanyakan
responden adalah terdiri daripada kaum Cina, iaitu 21 orang (42%) manakala kaum
Melayu sebanyak 15 orang (30%) dan kaum India sebayak 14 orang (28%).

19
5.1.3 AGAMA

Agama
12%
30% Islam
24% Buddha
Hindu
24%
Kristian

Graf 3: Bangsa Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2016
Terdapat 50 orang responden yang terlibat dalam soal selidik ini. Kebanyakan
responden adalah terdiri daripada agama Buddha, iaitu 17 orang (34%) manakala
agama Islam sebanyak 15 orang (30%). Agama Hindu sebanyak 12 orang (24%) dan
agama Kristian pula sebanyak 6 orang (12%).
5.1.4 TINGKATAN

Tingkatan
30% 20%
Tingkatan 3

24% Tingkatan 4
26% Tingkatan 5
Tingkatan 6

Graf 4: Tingkatan
Sumber: Kajian lapangan 2016
Berdasarkan hasil kajian, daripada 50 responden yang disoalselidik, seramai
10 orang (20%) ialah responden tingkatan 3 manakala responden tingkatan 4
sebanyak 12 orang (24%) .Responden tingkatan 5 seramai 13 orang (26%) dan
responden tingkatan 6 seramai 15 orang (30%).

20
5.2 MENGENAL PASTI JENIS-JENIS KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
DI KANTIN SMJK YU HUA
Bil Pernyataan Kekerapan (orang) Min

Ya Tidak
1. Adakah kemudahan tandas disediakan? 48 2 4.8
(96.00%) (4.00%)

2. Adakah kerusi dan meja disediakan ? 50 0 5.0


(100%) (0%)
3. Adakah besen letak pinggan disediakan? 50 0 5.0
(100%) (0%)
4. Adakah kipas disediakan? 50 0 5.0
(100%) (0%)
5. Adakah tong kitar semula disediakan? 50 0 5.0
(100%) (0%)

6. Adakah tong sampah disediakan? 50 0 5.0


(100%) (0%)

7. Adakah kawasan membasuh tangan 50 0 5.0


disediakan? (100%) (0%)

8. Adakah makanan segera disediakan? 50 0 5.0


(100%) (0%)

Jadual 2: Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin SMJK Yu


Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016

21
Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang
disediakan di kantin SMJK YU HUA

100%
80%
60%
40%
20%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Ya Tidak

Graf 5: Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin SMJK Yu


Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016
Bagi soalan 1, seramai 48 responden (96%) bersetuju bahawa kemudahan
tandas disediakan di kantin SMJK Yu Hua manakala seramai 2 responden (4%) tidak
setuju pernyataan tersebut. Tandas disediakan berdekatan pintu masuk kantin. 48
orang mengetahui kewujudan tandas dan 2 orang tidak mengetahui kewujudan tandas
tersebut mungkin disebabkan responden itu berkunjung ke kantin secara tergesa-gesa .
Bagi soalan 2, semua responden (100%) bersetuju bahawa kerusi dan meja
dalam keadaan bersih di kantin SMJK Yu Hua. Meja dan kerusi merupakan
kemudahan yang paling asas yang terdapat di perpustakaan. Pelajar munggunakan
meja dan kerusi semasa menikmati makanan.Kerusi dan meja yang mencukupi telah
disediakan supaya tiada perebutan tempat duduk antara pelajar untuk menjamu selera.
Bagi soalan 3, semua responden (100%) bersetuju bahawa besen letak pinggan
disediakan di kantin SMJK Yu Hua.Terdapat banyak besen letak pinggan di tepi
kantin supaya pekerja mudah mengutip pinggan mangkuk untuk membersihkannya.
Bagi soalan 4, semua responden (100%) bersetuju bahawa kipas disediakan di
kantin SMJK Yu Hua.Katin telah menyediakan kapis yang mencukupi supaya supaya
pengguna kantin tidak akan diganggu oleh cuaca yang panas dan dapat menikmayi
makanan dalam keadaan yang selesa.

22
Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang
disediakan di kantin SMJK YU HUA

100%
80%
60%
40%
20%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Ya Tidak

Graf 6: Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin SMJK Yu


Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016
Bagi soalan 5, semua responden (100%) bersetuju bahawa tong kitar semula
disediakan di kantin SMJK Yu Hua.Tong kitar semula disediakan berdekatan pintu
masuk kantin untuk memudahkan pelajar mengitar semula sampah sarap berdasarkan
aluminium,plastik dan kertas.
Bagi soalan 6, semua responden (100%) bersetuju bahawa tong sampah
disediakan di kantin SMJK Yu Hua.Tong sampah telah disediakan di sekeliling kantin
supaya pelajar tidak membuang sampah dengan sesuka hati.
Bagi soalan 7, semua responden (100%) bersetuju bahawa kawasan
membasuh tangan disediakan di kantin SMJK Yu Hua.Selepas pelajar menikmati
makanan, pelajar akan mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih di kawasan
membasuh tangan.
Bagi soalan 8, semua responden (100%) bersetuju bahawa makanan segera
disediakan di kantin SMJK Yu Hua.Makanan segera seperti bebola, nuget dan sosej
telah disediakan di kantin SMJK Yu Hua untuk menaikkan selera pelajar ketika
makan di kantin.

23
5.3 MENGKAJI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KANTIN
SMJK YU HUA
5.3.1 PERSEKITARAN
Bil. Pernyataan Sangat Sutuju Memuaskan Tidak Sangat
setuju setuju tidak
setuju
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)
1. Saya berpuas hati dengan 8 16 1 2 12 24 29 58 0 0
keceriaan di kantin
sekolah
2. Saya berpuas hati dengan 11 22 24 48 15 30 0 0 0 0
ruangan yang disediakan
untuk pelajar beratur
ketika membeli makanan
3. Saya berpuas hati dengan 11 22 27 54 12 24 0 0 0 0
suasana persekitaran
sekeliling kantin
4. Saya berpuas hati dengan 16 32 25 50 9 18 0 0 0 0
kebersihan persekitaran
sekeliling kantin
5. Saya berpuas hati dengan 7 14 28 56 15 30 0 0 0 0
keselesaan yang wujud
ketika membeli mahupun
menjamu selera

Jadual 3: Tahap kepuasan pelajar terhadap persekitaran kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

24
Pernyataan Min Min purata
1.Saya berpuas hati dengan keceriaan di kantin sekolah 2.76 3.728
2.Saya berpuas hati dengan ruangan yang disediakan 3.92
untuk pelajar beratur ketika membeli makanan
3.Saya berpuas hati dengan suasana persekitaran 3.98
sekeliling kantin
4.Saya berpuas hati dengan kebersihan persekitaran 4.14
sekeliling kantin
5.Saya berpuas hati dengan keselesaan yang wujud 3.84
ketika membeli mahupun menjamu selera
Jadual 4: Tahap kepuasan pelajar terhadap persekitaran kantin SMJK Yu Hua
Sumber: Lapangan kajian 2016

Persekitaran
70.00%
60.00%
50.00% Sangat Tidak Setuju
40.00% Tidak Setuju

30.00% Memuaskan

20.00% Setuju

10.00% Sangat Setuju

0.00%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Graf 7: tahap kepuasan pelajar terhadap persekitaran kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

Berdasarkan jadual 4, min purata bagi kelima- lima soalan ini ialah 3.728.
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap
persekitaran adalah sederhana sahaja.
Bagi soalan 1,sebanyak 29 orang responden yang tidak setuju (58%), 12 orang
yang berasa memuaskan(24%), 1 orang yang setuju (2%) dan 8 orang (16%) yang
sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan keceriaan di kantin sekolah. Tiada

25
responden memilih sangat tidak setuju sebagai jawapan mereka. Peratus bagi kategori
positif adalah lebih tinggi daripada peratus bagi kategori negatif. Menurut
pemerhatian pengkaji, kantin sekolah memerlukan lebih banyak bahan kecerian untuk
mewujudkan iklim yang sihat. Menurut Kamus Dewan (2005), menceriakan
bermaksud menjadikan sesuatu ruang atau kawasan tertentu kelihatan ceria, bersih,
dan cantik dengan mengindahkannya, memurnikan, menyucikan serta mendidik dan
memelihara. Budaya sekolah yang sentiasa mementingkan keceriaan dalam semua
aspek dapat membantu situasi sekolah yang sentiasa indah, ceria dan teratur dan
kondusif untuk semua warganya. Menurut Deal dan Peterson (1999) dan John (2010)
budaya ialah entiti keseluruhan yang kompleks. Budaya merangkumi aspek-aspek
seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat
resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh
dan diaplikasi di dalam kehidupan. Terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih
baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin,
2008).Oleh itu, kantin sekolah seharusnya mengamalkan budaya yang mementingkan
keceriaan agar amalam tersebut kekal menjadi amalan hidup masyarakat sekolah.Min
telah mencatat 2.76. Min tersebut menunjukkan bahawa keceriaan kantin pada tahap
kurang memuaskan. Menurut hasil temu bual, informen bercadang pihak sekolah
mengadakan program menceriakan sekolah seperti melukis mural sekolah, menanam
pokok bunga sepanjang laluan utama.

Manakala bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan ruangan yang


disediakan untuk pelajar beratur ketika membeli makanan, responden yang menjawab
memuaskan ,setuju dan sangat setuju ialah 12 orang (24%),27 orang (54%) dan 11
orang (22%) masing- masing. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan tidak
setuju sebagai jawapan mereka. Keadaaan ini menunjukkan bahawa pelajar ini
bersetuju bahawa dengan rungan beratur yang disediakan adalah luas. Melalui
pemerhatian pengkaji, kantin sekolah jarang berlaku tolak menolak antara pelajar
yang boleh menyebabkan pengaduhan.Menurut hasil temu bual,kebanyakan pelajar
bersabar ketika beratur membeli makanan.Min telah mencatat 3.92. Min tersebut
menunjukkan ruangan yang disediakan pada tahap kurang memuaskan.

26
Selain itu, sebanyak 12 orang yang berasa memuaskan (24%), 27 orang yang
setuju (54%), 11 orang (22%) yang sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan
suasana persekitaran sekeliling kantin. Tiada responden memilih sangat tidak setuju
dan tidak setuju sebagai jawapan mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, kantin
sekolah sentiasa menyediakan suasana yang aman dan tenteram. Menurut Shock dan
Stefaneli (1992), persekitaran merupakan lokasi, luas ruang yang sedia ada, suasana
persekitaran. Iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting
terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi
anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani, 2007). Oleh itu, suasana dan iklim
sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar dengan tenteram dan
selesa.Min telah mencatat 3.98.Min tersebut menunjukkan bahawa suasana
persekitaran sekeliling kantin pada tahap sederhana.
Selain itu, sebanyak 9 orang (18%)berasa memuaskan ,25 orang (50%) setuju
dan 16 orang (32%) sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan kebersihan
persekitaran sekeliling kantin. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan tidak
setuju sebagai jawapan mereka. Kebersihan bangunan memberi maksud seluruh
bangunan dan kawasan sekitarnya termasuklah lantai, longkang, dinding dan syiling
perlu dibersihkan manakala tempat makan juga perlu sentiasa bersih, teratur dan
selamat (Salleh et al, 2004 ). Lantai yang basah tidak selamat bagi laluan pengendali
makanan kerana permukaan yang licin akan menyebabkan kemalangan.Oleh itu,
lantai di premis jualan perlu sentiasa kering bagi mengelakkan kemalangan. Melalui
pemerhatian pengkaji, didapati lantai di premis atau tempat penyediaan makanan
adalah bersih dan kering.Keadaan ini menunjukkan amalan kebersihan premis atau
tempat penyediaan makanan diamalkan dan pekerja kantin mengambil berat tentang
aspek ini bagi memastikan tiada sebarang pencemaran atau kemalangan berlaku
semasa proses penyediaan dan penyajian makanan dilakukan. Jonathan (1995)
menyatakan bahawa lantai yang dibersihkan perlu dibersihkan dengan cara yang betul
dan sempurna. Pernyataan ini disokong oleh Betty (1993), menyatakan bahawa lantai
yang basah tidak selamat bagi laluan pengendali makanan kerana permukaannya yang
licin akan menyebabkan kemalangan.Min telah mencatat 4.14. Min tersebut
menunjukkan bahawa kebersihan kantin dalam tahap tinggi.

27
Sebanyak 15 orang yang berasa memuaskan (30%), 28 orang yang setuju (56%),
7 orang (14%) yang sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan keselesaan
yang wujud ketika membeli mahupun menjamu selera . Tiada responden memilih
sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai jawapan mereka. Menurut hasil temu
bual,informen menyatakan bahawa pelajar berasa selesa semasa menikmati makanan
di kantin sekolah kerana kantin sekolah tidak berbau busuk dan aman. Menurut Rande
(1996), jika restoran berbau pelanggan akan menganggap restoran tersebut tidak
bersih. Menurut Kazarian (1998), tempat makan yang selesa dapat menanam sikap
budaya makan yang baik. Min telah mencatat 3.84. Min tesebut menunjukan bahawa
keselesaan yang wujud ketika membeli mahupun menjamu selera dalam tahap
memuaskan.

28
5.3.2 KEMUDAHAN
Bil. Pernyataan Sangat Sutuju Memuaskan Tidak Sangat
setuju setuju tidak
setuju
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)
1. Saya berpuas hati terhadap 7 14 27 54 16 32 0 0 0 0
kebersihan kerusi dan
meja di kantin ini
2. Saya berpuas hati dengan 16 32 26 52 8 16 0 0 0 0
sistem pengudaraan di
kantin adalah baik
3. Saya berpuas hati dengan 12 24 23 46 15 30 0 0 0 0
kawasan basuh tangan
adalah sempurna
4. Saya berpuas hati dengan 12 24 27 54 11 22 0 0 0 0
besen letak pinggan
adalah mencukupi
5. Saya berpuas hati dengan 17 34 21 42 12 24 0 0 0 0
sistem pengurusan sampah
sarap di kantin adalah
sempurna

Jadual 5: Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

29
Pernyataan Min Min purata
1.Saya berpuas hati terhadap kebersihan kerusi dan meja 3.82 4.008
di kantin ini
2.Saya berpuas hati dengan sistem pengudaraan di 4.16
kantin adalah baik
3.Saya berpuas hati dengan kawasan basuh tangan 3.94
adalah sempurna
4.Saya berpuas hati dengan besen letak pinggan adalah 4.02
mencukupi
5.Saya berpuas hati dengan sistem pengurusan sampah 4.10
sarap di kantin adalah baik

Jadual 6: Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

Kemudahan
60.00%

50.00%
Sangat Tidak Setuju
40.00%
Tidak Setuju
30.00%
Memuaskan
20.00% Setuju
10.00% Sangat Setuju

0.00%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Graf 8: Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

Berdasarkan jadual 6, min purata bagi kelima- lima soalan ini ialah 4.008.
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap
kemudahan adalah tinggi.

Bagi soalan 1, 16 orang (32%) berasa memuaskan,27 orang (54%) setuju dan
7 orang (14%) sangat setuju bahawa mereka berpuas hati terhadap kebersihan kerusi
30
dan meja di kantin ini. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju
sebagai jawapan mereka. Menurut hasil temu bual, pekerja kantin sering
membersihkan meja dan kerusi dengan kain yang bersih. Menurut Shock dan
Stefaneli (1992), perkhidmatan makanan yang berkualiti di kantin perlu mempunyai
kebersihan meja dan kerusi, kemudahan membasuh tangan, sistem pembuangan
sampah dan kebersihan peralatan.Min telah mencatat 3.82. Keadaan ini menunjukkan
bahawa kebersihan meja dan kerusi kantin adalah pada tahap sederhana.

Sebanyak 8 orang yang berasa memuaskan (16%), 26 orang yang setuju (52%),
16 orang (32%) yang sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan sistem
pengudaraan di kantin adalah baik. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan
tidak setuju sebagai jawapan mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, kantin telah
menyediakan kipas yang mencukupi untuk menwujudkan sistem pengudaraan yang
baik dalam kantin. Pengudaraan adalah penting mengikut kegunaan dan keperluan
yang berbagai-bagai.Secara umum, tujuan pengudaraan adalah untuk mendapatakan
penyejukan, pengeringan serta peredaran udara yang bersih. Ma nusia juga
memerlukan pengudaraan untuk mendapatkan keselesaan, iaitu menghilangkan rasa
panas serta mendapatkan udara bersih. Min telah mencatat 4.16. Min tersebut
menunjukkan bahawa sistem pengudaraan kantin sekolah adalah pada tahap tinggi.

Manakala bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan kawasan basuh tangan
adalah sempurna, responden yang menjawab memuaskan,setuju dan sangat setuju
ialah 15 orang (30%) , 23 orang (46%) ,12 orang (24%) masing- masing. Tiada
responden memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai jawapan mereka.
Melalui hasil temu bual, kawasan basuh tangan telah menyediakan sabun bagi pelajar
untuk membersihkan tangan. Pelajar mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih
selepas makan bagi menjaga kebersihan tangan supaya dapat mengelakkan
berlakunya pencemaran. Kebiasaannya, tangan kita akan mengumpul kotoran dan
habuk, termasuk kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat (Kempen Hidup Sihat,
2002).Min telah mencatat 3.94.Min tersebut menunjukkan bahawa kawasan basuh
tangan kantin adalah pada tahap sederhana.

31
Selain itu, 11 orang (22%) berasa memuaskan , 27 orang (54%) setuju dan 12
orang (24%) sangat bersetuju bahawa mereka berpuas hati dengan besen letak
pinggan adalah mencukupi. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan tidak
setuju sebagai jawapan mereka. Menurut hasil temu bual, besen letak pinggan yang
mencukupi telah disediakan untuk memudahkan pekerja kantin membersihkan
pinggan mangkuk. Melalui pemerhatian pengkaji, pekerja kantin menyedari bahawa
mereka sentiasa membasuh peralatan makanan seperti pinggan,mangkuk dan susdu
yang digunakan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih bagi memastikan
kebersihan peralatan tersebut. Justeru, kebersihan peralatan perlu dititik beratkan dari
segi pembersihan dan penjagaannya (Jamal, 1998).Min telah mencatat 4.02. Min
tersebut menunjukkan besen letak pinggan di kantin sekolah adalah mencukupi.

Bagi soalan 5,12 orang (24%) berasa memuaskan,21 orang (42%) setuju dan 17
orang (34%) sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan sistem pengurusan
sampah sarap di kantin adalah baik. Tiada responden memilih sangat tidak setuju dan
tidak setuju sebagai jawapan mereka.Melalui pemerhatian pegkaji,bagi mengelakkan
berlakunya pencemaran, sampah basah sentiasa dibungkus di dalam beg plastik dan
disimpan di dalam tong sampah yang bertutup dan bersih untuk diangkat oleh pihak
Majlis Perbandaran. Pembuangan sampah basah dan sampah kering secara
bersaingan dan menjauhkan binatang daripada kawasan penyediaan makanan dapat
menjaga kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan. Hal ini demikian
kerana tempat penyediaan makanan merupakan tempat yang memerlukan kepada
tahap kebersihan yang berpanjangan. Kawasan pe ngendalian makanan yang bersih
dan selamat boleh mengelakkan pencemaran makanan dari mikroorganisma yang
boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makanan. Oleh itu,
sampah basah perlu dibuang secara berasingan daripada sampah kering bagi
mengelakkan berlakunya pencemaran makanan. Dapatan ini disokong oleh Aishah
(2003), bahawa sampah basah merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan lalat
dan tikus.Min telah mecatat 4.10.Min tersebut menunjukkan sistem pembuangan
sampah sarap baik di kantin sekolah adalah pada tahap tinggi.

32
5.3.3 MAKANAN

Bil. Pernyataan Sangat Sutuju Memuaskan Tidak Sangat


setuju setuju tidak
setuju
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)
1. Saya berpuas hati dengan 4 8 7 14 12 24 15 30 12 24
saiz hidangan makanan
yang disediakan
2. Saya berpuas hati dengan 22 44 11 22 17 34 0 0 0 0
harga yang ditawarkan
mengikut kesesuaian jenis
makanan
3. Saya berpuas hati terhadap 21 42 17 34 7 14 5 10 0 0
kepelbagaian menu
makanan yang disediakan
oleh pihak kantin
4. Saya berpuas hati dengan 15 30 16 32 19 38 0 0 0 0
kandungan nutrisi dalam
makanan yang disediakan
adalah mencukupi
5. Saya berpuas hati dengan 18 36 7 14 22 44 0 0 0 0
kebersihan makanan di
kantin sekolah

Jadual 7: Tahap kepuasan pelajar terhadap makanan kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

33
Pernyataan Min Min purata
1.Saya berpuas hati dengan saiz hidangan makanan yang 2.52 3.540
disediakan
2.Saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan 4.10
mengikut kesesuaian jenis makanan
3.Saya berpuas hati terhadap kepelbagaian menu 4.08
makanan yang disediakan oleh pihak kantin
4.Saya berpuas hati dengan kandungan nutrisi dalam 3.92
makanan yang disediakan adalah mencukupi
5.Saya berpuas hati dengan kebersihan makanan di 3.80
kantin sekolah
Jadual 8: Tahap kepuasan pelajar terhadap makanan kantin SMJK Yu Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016

Makanan
50.00%
45.00%
40.00%
35.00% Sangat Tidak Setuju
30.00% Tidak Setuju
25.00%
Memuaskan
20.00%
15.00% Setuju
10.00% Sangat Setuju
5.00%
0.00%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Graf 9 : Tahap kepuasan pelajar terhadap makanan kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

Berdasarkan jadual 8, min purata bagi kelima- lima soalan ini ialah 3.540.
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap makanan
adalah sederhana sahaja.

34
Bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan saiz hidangan makanan yang
disediakan, responden yang menjawab sangant tidak setuju, tidak setuju, memuaskan,
setuju dan sangat setuju ialah 12 orang (24%) , 15 orang (30%) ,12 orang (24%) 7
orang (14%) dan 4 orang (8%) masing- masing. Keadaan ini menunjukkan saiz
hidangan makanan di kantin sekolah pada tahap kurang memuaskan.Menurut hasil
temu bual, informen menyatakan bahawa makanan yang disediakan oleh pihak kantin
bersaiz kecil dan tidak berpatutan dengan harga yang ditawarkan oleh pihak
pengusaha kepada pelajar-pelajar. Pihak pengusaha seharusnya peka bahawa
kebanyakan pelajar-pelajar tidak tergolong daripada kalangan keluarga yang senang
dan kaya Oleh itu, pihak pengusaha perlu bertimbang rasa dan cuba memenuhi
kepuasan pelajar. Menurut kirschaman dan kirschmann (1996), makanan bukan
sahaja merupakan keperluan asas malah kekurangan makanan juga mempengaruhi
sahsiah sesorang. Menurut teori maslow dalam hiraki keperlua n manusia,makanan
dan minuman merupakan makann keperluan yang paling asas. Oleh itu, saiz hidangan
yang mencukupi dapat memastikan pertumbuhan badan pelajar yang seimbang.Min
telah mencatat 2.52. Min tersebut menunjukkan bahawa saiz hidangan makanan di
kantin sekolah adalah pada tahap kurang memuaskan.

Sebanyak 17 orang yang berasa memuaskan (34%), 11 orang yang setuju


(22%), 22 orang (44%) yang sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan harga
yang ditawarkan mengikut kesesuaian jenis makanan.Tiada responden memilih sangat
tidak setuju dan tidak setuju sebagai jawapan mereka. Melalui pemerhatian pengkaji,
harga makanan yang dikenakan adalah sama dengan harga yang dipaparkan dan harga
yang dikenakan adalah lebih murah daripada restoran-restoran di luar sekolah.
Keadaan ini menunjukkan harga makanan yang dijual tidak membebankan pelajar
iaitu tidak terlalu mahal ataupun berpatutan. Hal ini demikin kerana pelajar terdiri
daripada golongan kaya dan miskin. Oleh itu, pihak pengusaha perkhidmatan
makanan di kantin sekolah perlu prihatin dan bertimbang rasa. Pelajar sekolah
sememangnya memerlukan sokongan semangat dan bantuan daripada mereka. Pihak
pentadbir sentiasa menyemak harga makanan untuk mengelakkan pengusaha
mengambil kesempatan ke atas pelajar. Pihak pentadbiran boleh menjalankan
penyelidikan untuk mendapatkan maklum balas, cadangan dan pendapat pelajar dan
guru. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), harga ialah nilai sesuatu barang
dengan kiraan wang manakala menurut Wikipedia pula, harga dalam konsep ekonomi
35
adalah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan dengan kiraan wang. Harga merupakan
satu pembolehubah penting dalam teori pembahagian sumber atau teori harga. Selain
itu, menurut Basu Swastha (2001), harga didefinisikan sebagai jumlah wang yang
diperlukan untuk mendapatkan sejumlah gabungan barang beserta pelayannya. Min
telah mencatat 4.10.Min tersebut menunjukkan bahawa pelajar berpuas hati dengan
harga yang ditawarkan mengikut kesesuaian oleh pihak kantin.

Bagi soalan 3, sebanyak 5 orang (10%) tidak setuju ,7 orang (14%)berasa


memuaskan ,17 orang (34%) setuju dan 21 orang (42%) sangat setuju bahawa mereka
berpuas hati terhadap kepelbagaian menu makanan yang disediakan oleh pihak kantin.
Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju sebagai jawapan mereka. Peratus
bagi kategori positif adalah lebih tinggi daripada peratus bagi kategori negatif.
Menurut hasil temu bual, informen menyatakan bahawa pelajar mempunyai banyak
pilihan untuk membeli makanan setiap hari. Sebagai contoh, bilangan daripada yang
disediakan sekarang seperti nasi lemak, bebola,bubur,Chee Cheong Fun dan
sebagainya.”Penambahan makanan segera seperti nuget,bebola, kuih- muih dan
sebagainya dapat menaikkan selera pelajar ketika makan di kantin. Oleh sebab kantin
mempunyai menu yang sama setiap hari,pihak pengusaha harus melakukan penukaran
menu sejurang-kurangnya setiap minggu agar pelajar tidak berasa jemu dengan
penyediaan menu yang sama setiap hari.Menurut Kerstin Bergstrom (2005)
menyatakan bahawa pembelian adalah kepada pertimbangan harga,mutu dan
perkhidmatan.Pengusaha makanan perlu mempelbagaikan menu setiap hari untuk
menarik minat pelajar menjamu selera di kantin sekolah.Min telah mencatat 4.08.Min
tersebut menunjukkan pelajar masih berpuas hati dengan kepelbagaian menu di kantin
sekolah.
Selain itu, 19 orang (38%) berasa memuaskan ,16 orang (32%) setuju dan 15 orang
(30%) sangat setuju bahawa mereka berpuas hati dengan kandungan nutrisi dalam
makanan yang disediakan adalah mencukupi.Tiada responden memilih sangat tidak
setuju dan tidak setuju sebagai jawapan mereka. Sesetengah pelajar juga
mementingkan kandungan nutrien makanan daripada harga yang ditawarkan. Mereka
sentiasa memastikan makanan yang dibeli mengandungi nutrien. Hal ini demikain
kerana makanan yang berkhasiat diperlukan bagi memastikan proses pembelajaran
mereka tidak terganggu.Pengambilan pelbagai jenis makanan merupakan makanan
yang berbeza membekalkan kombinasi tenaga dan nutrien (seperti karbohidrat,
36
protein , lemak , vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza (Modul makan Secara
Sihat, 2003). Peringkat remaja dan belia merupakan transisi daripada kanak-kanak ke
peringkat dewasa.Peringkat ini melibatkan satu ciri perubahan fizikal pertumbuhan.
Oleh itu,pengambilan makanan yang betul boleh meningkatakan kebolehan belajar
dan memberi kesan kepada tahap pencapaian mereka.(Frankle,1993). Selain itu, pihak
kantin sentiasa menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang lebih
tinggi dari segi nutrien.Min telah mencatat 3.92.Min tersebut menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar berpuas hati dengan kandungan nutrisi makanan yang disediakan
di kantin adalah mencukupi.
Manakala bagi pernyataan mereka berpuas hati kebersihan makanan di kantin
sekolah, responden yang menjawab memuaskan,setuju dan sangat setuju ialah 22
orang (44%) , 10 orang (20%) ,18 orang (36%) masing- masing. Tiada responden
memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai jawapan mereka.Hal ini
demikian kerana pengendalian kantin sentiasa memastikan barangan yang tamat luput
tidak dijual dan makanan yang dijual sentiasa ditutup.Dapatan ini bertepatan dengan
penyataan Jamal (1993), di mana tahap pengetahuan yang mencukupi mengenai
kebersihan makanan perlu ada bagi individu yang merancang untuk menceburi bidang
pengendalian makanan.Pengetahuan pengendalian makanan adalah amat penting
dalam menjamin mutu dan kebersihan makanan (Meftahuddin & Osman,
1996).Pekerja kantin sentiasa menyediakan makanan yang bersih, bermutu, berkhasiat
serta selamat untuk dimakan. Bagi menjamin kesegaran dan mutu bahan-bahan
tersebut, pekerja kantin mendapatkan bekalan bahan mentah pada setiap hari. Jamal
(1998) juga berpendapat, bahawa pengendali kantin atau pengusaha makanan yang
kurang pengetahuan biasanya kurang yakin dan tidak memikirkan kesan daripada
tindakan dan amalan buruk. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ilmu pengetahuan
tentang kebersihan makanan adalah merupakan faktor penting dalam meningkatkan
kesedaran serta keyakinan berkenaan bahaya yang boleh menyebabkan pencemaran
dan kerosakan makanan.Melalui hasil temu bual,informen berasa selamat semasa
menikmati makanan di kantin kerana makanan sentiasa ditutup dan kebersihan
makanan terjamin.Min telah mencatat 3.80.Min tersebut menunjukkan kebanyakan
pelajar bersetuju bahawa makanan yang disediakan di kantin adalah bersih.

37
5.3.4 PEKERJA
Bil. Pernyataan Sangat Sutuju Memuaskan Tidak Sangat
setuju setuju tidak
setuju
(F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%) (F) (%)
1. Saya berpuas hati dengan 12 22 23 46 15 30 0 0 0 0
layanan yang diberi oleh
pekerja kantin adalah
cepat dan responsif
2. Saya berpuas hati dengan 18 36 7 14 22 44 3 6 0 0
kebersihan diri setiap
pekerja kantin
3. Saya berpuas hati dengan 21 42 12 24 13 26 4 8 0 0
kemahiran pekerja kantin
adalah cekap sama rata
4. Saya berpuas hati dengan 16 32 26 52 8 16 0 0 0 0
bahasa yang digunakan
oleh pekerja kantin
sekolah adalah bersopan
5. Saya berpuas hati dengan 26 52 3 6 17 34 4 8 0 0
penjelasan pekerja kantin
adalah bersikap tepat

Jadual 9 : Tahap kepuasan pelajar terhadap pekerja kantin SMJK Yu Hua


Sumber: Kajian lapangan 2016

38
Pernyataan Min Min purata
1.Saya berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh 3.94 3.984
pekerja kantin adalah cepat dan responsif
2.Saya berpuas hati dengan kebersihan diri setiap 3.80
pekerja kantin
3.Saya berpuas hati dengan kemahiran pekerja kantin 4.00
adalah cekap sama rata
4.Saya berpuas hati dengan bahasa yang digunakan oleh 4.16
pekerja kantin sekolah adalah bersopan
5.Saya berpuas hati dengan penjelasan pekerja kantin 4.02
adalah bersikap tepat
Jadual 10: Tahap kepuasan pelajar terhadap pekerja kantin SMJK Yu Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016

Pekerja
60.00%

50.00%
Sangat Tidak Setuju
40.00%
Tidak Setuju
30.00%
Memuaskan
20.00% Setuju
10.00% Sangat Setuju

0.00%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Graf 10: Tahap kepuasan pelajar terhadap pekerja kantin SMJK Yu Hua
Sumber: Kajian lapangan 2016

Berdasarkan jadual 10, min purata bagi kelima- lima soalan ini ialah 3.984.
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap pekerja
adalah sederhana sahaja.

Bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekerja
kantin adalah responsif, responden yang menjawab memuaskan ,setuju dan sangat
39
setuju ialah 15 orang (30%) , 23 orang (46%) dan 12 orang (24%)masing- masing.
Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai jawapan
mereka. Menurut hasil temu bual, pengurusan pemberian makanan dan pembayaran di
kantin sekolah adalah cepat, kemas dan teratur. Hal ini demikian kerana terdapat
pelajar yang mereka tidak perlu beratur dalam susunan yang panjang.Informen
menyatakan bahawa pihak pengusaha seharusnya menambahkan lebih daripada satu
kaunter pembayaran dengan membahagikan kaunter pembayaran bagi pelajar lelaki
dan pelajar perempuan kerana pelajar perempuan merasa kurang selesa kerana
terpaksa berdekatan dengan pelajar lelaki sewaktu pembayaran dilakukan. Min telah
mencatat 3.94.Min tersebut menujukkan pelajar berpuas hati dengan layanan yang
diberi oleh pekerja kantin yang cepat dan responsif.

Manakala bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan kebersihan diri setiap
pekerja kantin, responden yang menjawab tidak setuju, memuaskan ,setuju dan sangat
setuju ialah 3 orang (6%) , 22 orang (44%) ,7 orang (14%) dan 18 orang (36%)
masing- masing. Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju sebagai jawapan
mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa pekerja memakai apron semasa proses
pembelian.Menurut hasil temu bual ,informen menyatakan bahawa majoriti pekerja
kantin telah mengamalkan kebersihan diri seperti menjaga kebersihan tangan dan
kebersihan rambut semasa penyediaan makanan.John B. Knigth & Lendal (1989),
menyatakan bahawa orang yang mengendalikan makanan perlu memegang nilai
kebersihan diri yang tinggi supaya tidak mengotorkan makanan. Tambahan pula,
kebersihan diri merupakan perkara penting dalam penyediaan makanan. Kebersihan
diri meliputi pelbagai aspek penjagaan yang boleh dikategorikan kepada beberapa
bahagian seperti rambut, kulit, tangan, telinga, hidung, mulut dan juga pakaian
(Zaharah, 1983). Hasil dapatan tersebut, menunjukkan mereka sedar bahawa potensi
pengendali kantin untuk mencemar makanan boleh berlaku pada semua bahagian
tubuh manusia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Justeru itu, tangan yang
bersih amat penting kerana ia dapat menjamin kebersihan semasa menyediakan
makanan. Manakala rambut yang kemas dan bersih boleh menghindarkan kuman atau
kutu rambut membiak di atas kepala. Shazmawati (2007), pula menyatakan bahawa
orang yang berpenyakit seharusnya dilarang mengendalikan makanan. Min telah
mencatat 3.80.Min tersebut menunjukkan kebanyakan pelajar berpuas hati dengan
kebersihan pekerja.
40
Selain itu, sebanyak 4 orang (12%) tidak setuju , 13 orang (26%) berasa
memuaskan,12 orang (24%) setuju dan 21 orang (42%) sangat setuju bahawa mereka
berpuas hati dengan kemahiran pekerja kantin adalah cekap sama rata. Tiada
responden yang memilih sangat tidak setuju sebagai jawapan mereka. Peratus bagi
kategori positif adalah lebih tinggi daripada peratus bagi kategori negatif. Menurut
pemerhantian pengkaji, pekerja kantin menyediakan makanan dengan cepat kerana
kemahiran yang cekap sama rata.Min bagi pernyataan ini ialah 4.00.Min tersebut
menunjukkan pekerja kantin mempunyai kemahiran yang cekap dan pengalaman yang
lama dalam menyediakan makanan.

Manakala bagi pernyataan mereka berpuas hati dengan bahasa yang digunakan
oleh pekerja kantin sekolah adalah bersopan , responden yang menjawab memuaskan,
setuju dan sangat setuju ialah 8 orang (16%) , 26 orang (52%) dan 16 orang (32%)
masing- masing. Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju
sebagai jawapan mereka. Menurut hasil temu bual,pekerja kantin sentiasa
menghormati pelajar dalam urusan niaga dan menggunakan bahasa yang sopan
kepada pelajar semasa dalam urus niaga.Layanan yang mesra dan penuh senyuman
yang diberikan oleh pekerja terhadap pelajar semasa proses jual beli berlaku
menyebabkan sesetengah pelajar tertarik untuk menggunakan perkhidmatan kantin
sekolah. Min bagi pernyataan ini ialah 4.16.Min tersebut menunjukkan kebanyakan
pelajar bersetuju bahawa bahasa yang digunakan oleh pekerja kantin adalah bersopan.
Bagi soalan 5,4 orang yang tidak setuju (8%), 17 orang yang berasa
memuaskan (34%), 3 orang (6%) yang setuju dan 26 orang (52%) sangat setuju
bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekerja kantin adalah
cepat dan responsif Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju sebagai
jawapan mereka. Menurut pemerhatian pengkaji, pekerja kantin menggunakan bahasa
Melayu atau bahasa Cina (bagi pelajar cina) supaya pelajar mudah memahami
penjelasan pekerja kantin.Perkhidmatan makanan di kantin bukan sahaja untuk
menari keuntungan semata- mata, tetapi pengendali kantin sentiasa peka dengan
keperluan dan kehendak pelajar dari aspek layanan. Min bagi pernyataan ini ialah
3.94.Min tersebut menunjukkan kebanyakan pelajar berpuas hati dengan penjelasan
pekerja adalah bersikap tepat.

41
5.4 KAEDAH TEMU BUAL
Seramai 3 orang informen terlibat dalam temu bual, iaitu 3 pelajar SMJK Yu
Hua.Menurut hasil temu bual,terdapat 3 cadangan didapati adalah mengadakan
program mencerikan kantin sekolah,menambahkan saiz hidangan makanan dan
menambahkan lebih daripada satu kaunter pembayaran dengan membahagikan
kaunter pembayaran bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Tarikh Informen Ulasan informen


12 Februari 2016 Informen A
Soalan 1: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Tidak, saya berasa kantin perlu
hati dengan aspek diceriakan dengan bahan hiasan
persekitaran dalam untuk mewujudkan kantin yang
kantin SMJK Yu Hua? ceria ”
Soalan 2: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya,meja kantin sentiasa bersih
hati dengan aspek kerana pekerja kantin sering
kemudahan dalam membersihkan meja dan kerusi
kantin SMJK Yu Hua? dengan kain yang bersih.”
Soalan 3: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya,saya berasa selamat semasa
hati dengan aspek menikmati makanan di kantin kerana
makanan dalam kantin makanan sentiasa ditutup dan
SMJK Yu Hua? kebersihan makanan terjamin.”
Soalan 4: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, saya berasa pengurusan
hati dengan aspek pemberian makanan dan pembayaran
pekerja dalam kantin di kantin sekolah adalah cepat, kemas
SMJK Yu Hua? dan teratur.”
Soalan 5: Ulasan:
Apakah candangan “Pihak sekolah harus mengadakan
anda untuk program menceriakan kantin sekolah
meningkatkan taraf seperti melukis mural sekolah,

42
kantin SMJK Yu Hua? menanam pokok bunga sepanjang
laluan utama.”

Tarikh Informen Ulasan informen


15 Februari 2016 Informen B
Soalan 1: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, saya berasa selesa semasa
hati dengan aspek menikmati makanan di kantin kerana
persekitaran dalam kantin tidak berbau busuk dan
kantin SMJK Yu Hua? aman.”
Soalan 2: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, besen letak pinggan yang
hati dengan aspek mencukupi telah disediakan untuk
kemudahan dalam memudahkan pekerja kantin
kantin SMJK Yu Hua? membersihkan pinggan mangkuk.”
Soalan 3: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Tidak, makanan yang disediakan
hati dengan aspek adalah bersaiz kecil dan tidak
makanan dalam kantin berpatutan dengan harga yang
SMJK Yu Hua? ditawarkan oleh pihak pengusaha
kepada pelajar-pelajar.”
Soalan 4: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya,mereka telah mengamalkan
hati dengan aspek kebersihan diri seperti menjaga
pekerja dalam kantin kebersihan tangan dan rambut
SMJK Yu Hua? semasa penyediaan makanan.”
Soalan 5: Ulasan:
Apakah candangan “Pengusaha kantin harus
anda untuk menambahkan saiz hidangan
meningkatkan taraf makanan dan berpatutan dengan
kantin SMJK Yu Hua? harga .”

43
Tarikh Informen Ulasan informen
16 Februari 2016 Informen C
Soalan 1: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya,kantin mempunyai ruangan
hati dengan aspek beratur yang luas dan pelajar
persekitaran dalam bersabar ketika beratur membeli
kantin SMJK Yu Hua? makanan.”
Soalan 2: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, kawasan basuh tangan telah
hati dengan aspek menyediakan sabun bagi pelajar
kemudahan dalam untuk membersihkan tangan.”
kantin SMJK Yu Hua?
Soalan 3: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, saya mempunyai banyak pilihan
hati dengan aspek untuk membeli makanan setiap hari
makanan dalam kantin seperti nasi lemak, bebola, bubur ,
SMJK Yu Hua? Chee Cheong Fun dan sebagainya.”
Soalan 4: Ulasan:
Adakah anda berpuas “Ya, sentiasa menghormati pelajar
hati dengan aspek dalam urusan niaga dan
pekerja dalam kantin menggunakan bahasa yang sopan
SMJK Yu Hua? kepada pelajar semasa dalam urus
niaga.”
Soalan 5: Ulasan:
Apakah candangan “Pihak pengusaha seharusnya
anda untuk menambahkan lebih daripada satu
meningkatkan taraf kaunter pembayaran dengan
kantin SMJK Yu Hua? membahagikan kaunter pembayaran
bagi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan kerana pelajar
perempuanmerasa kurang selesa
kerana terpaksa berdekatan dengan
pelajar lelaki sewaktu pembayaran

44
dilakukan.

5.5 KAEDAH PEMERHATIAN


Bahagian ini telah dijalankan dengan memerhati sendiri di kawasan kajian.
Dengan ini, keadaan kantin SMJK Yu Hua telah dipemerhatikan.
Pemerhatian ini telah menunjukkan keadaan kantin SMJK Yu Hua yang
mempunyai kebersihan yang memuaskan . Selain itu, disiplin di kantin sekolah
terkawal.
Pengkaji telah mengamalkan kaedah pemerhatian pada 25 dan 26 februari 2016
daripada pukul 9.55 pagi hingga 10.30 pagi.
Pengkaji mendapati pelajar yang memasuki kantin semakin bertambah selepas
pukul 10.00 pagi, ini mungkin disebabkan pelajar akan pergi ke kantin untuk makan
pagi sebelum berkunjung ke perpustakaan. Dari segi waktu pembukaan kantin ini
ialah pada waktu rehat pelajar pagi iaitu selama 35 minit yang bermula dari pukul
9.55 hingga pukul 10.30 bagi pelajar tingkatan 3 dan 6 manakala dari pukul 10.15
hingga 10.50 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.
Pengkaji mendapati kerusi dan meja yang disediakan di kantin cukup dan bersih
kerana terdapat pekerja kantin membersihkan meja dan kerusi sepanjang tempoh
pemerhatian pengkaji. Tandas yang disediakan di kantin mempunyai kebersihan yang
memuaskan kerana jarang pelajar mengetahui kehadiran tandas tersebut.
Lantai di premis atau tempat penyediaan makanan adalah bersih dan kering.
Kantin telah menyediakan kipas yang mencukupi untuk menwujudkan sistem
pengudaraan yang baik dalam kantin. harga makanan yang dikenakan adalah sama
dengan harga yang di paparkan.
Kebersihan diri pekerja adalah dalam tahap memuaskan kerana mereka
memakai apron semasa proses pemberian makanan.Bahasa yang digunakan oleh
pekerja kantin sekolah adalah bersopan.Walaupun setiap gerai menyediakan menu
yang sama setiap hari,tetapi tedapat pelbagai pilihan dalam kantin sekolah seperti
bubur,nasi ayam,nasi lemak,nasi goreng,bihun sup, Chee Cheong Fun dan
sebagainya.Kantin sekolah juga menyediakan makanan segera seperti bebola,nugget
dan sebagainya.
Pengkaji telah mengambil gambar sebagai bukti pemerhatian (sila rujuk lampiran).

45
5.6 DOKUMENTASI

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai tahap kepuasan pelanggan
terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di institusi masing- masing.
Antara kajian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

5.6.1 KAJIAN OLEH AMINUDDIN YUSOF SHAMSARIZAL & ABD AZIZ,


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian ini dijalankan oleh oleh Aminuddin Yusof Shamsarizal & Abd Aziz daripada
Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah
untuk mengetahui kualiti perkhidmatan yangditawarkan, perbezaan yang wujud antara
fakulti dan jangkaan pelajar serta persepsi mereka terhadap kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan. Subjek terdiri daripada 109 orang pelajar iaitu36 lelaki dan 73 perempuan
daripada sebuah kolej matrikulasi. Subjek perlu menilai kualiti perkhidmatan
kemudahan sukan yang terdapat di kolej tersebut serta kepuasan mereka ketika
melakukanaktiviti sukan. Kepuasan dalam menjalankan aktiviti sukan diukur
menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubunganyang
signifikan di antara kualiti perkhidmatan dengan tahap kepuasa n pengguna. Ini
menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan bukan peramal kepada tahap kepuasan
dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi.

5.6.2 KAJIAN OLEH ABD RAHMAN BIN YAACOB DI POLITEKNIK


TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Kajian ini dibuat oleh Abd Rahman Bin Yaacob di Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar
terhdap kemudahan dan perkhidmatan makanan di pusat sumber Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin.

Kajian ini adalah berdasarkan kaedah persampelan “convenience” iaitu sampel


dipilih berdasarkan semua pelajar PTSS yang menggunakan kemudahan
danperkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber PTSS iaitu seramai 100 orang.

46
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar memberikan maklum balas pada tahap
sederhana kepada tandas, koleksibahan, sistem peminjaman buku dan sumber
media (internet). Manakala dapatan kajian kepada peralatan, lokerperkhidmatan
pelanggan dan waktu operasi menunjukkan tahap maklumbalas pelajar adalah sangat
setuju.

5.6.3 KAJIAN OLEH ALDRIDGE DANROWLEY (1998) DI UNITED


KINGDOM

Kajian ini dijalankan oleh Aldridge dan Rowley (1998) yang bertujuan
untuk mengetahui kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan dan kemudahan
infrastruktur yang ditawarkan di universiti tersebut. Kajian ini terdiri daripada
beberapa bahagian iaitu kajian soal selidik, kajian pandangan dan melalui prosedur
membuat aduan di universiti. Responden kajian yang digunakan adalah seramai 391
orang pelajar.

Hasil daripada kajian mendapati bahawa isu yang paling ketara dalam
mendapatkan perhatian pelajar adalah “keberkesanan sistemtutor yang diamalkan”
diikuti dengan “perkhidmatan makanan yang baik”
serta“harga yang berpatutan”, kepentingan pelajar dengan persatuan” dan“peruntukan
yang bersesuaian terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di universiti”.

5.6.4 KAJIAN OLEH ADEE ATHIYAMAN(1997)

Kajian yang telah dijalankan oleh Adee Athiyaman (1997) bertujuan


untuk membuat perbandingan konsep tual antara kualiti yang dirasai dan kepuasan
pelanggan dalam konteks pengajian di IPT. Instrumen yang digunakan adalah borang
soal selidik. Hasil kajian menunjukkan kualiti yang dirasai bergantung kepada
kepuasan.Implikasi yang penting daripada kajian iniialah setiap perkhidmatan
perludiuruskan dengan betul untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

47
5.6.5 KESIMPULAN DOKUMENTASI

Beberapa kajian yang telah diulas, terdapat persamaan di antara kajian-kajian


tersebut dengan kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik. Kajian-kajian lepas
mempunyai matlamat dan objektif kajian yang hampir sama iaitu bagi menilai tahap
kualiti dan kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan
di institusi masing- masing. Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan haruslah
memenuhi kepuasan pelanggan serta persepsi pelanggan.

Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa jika kualiti perkhidmatan


baik, maka kepuasan pelanggan akan meningkat.Namun begitu, kebanyakan kajian
yang telah dijalankan adalah di peringkat universiti dan politeknik. Justeru, keadaan
ini telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian seumpama di atas dengan
mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan makanan yang disediakan di
kantin SMJK Yu Hua.

48
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemudahan yang disediakan di kantin


SMJK Yu Hua. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini.
Kajian ini adalah meliputi objektif mengenal pasti kemudahan yang disediakan di
kantin SMJK Yu Hua dan objektif mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap
kantin SMJK Yu Hua. Penyelidik telah menjalankan kajian kepada 50 orang pelajar
daripada Tingkatan 6 atas yang belajar di SMJK Yu Hua.

Analisis data kajian di lakukan secara deskriptif dengan mengambil kira


kekerapan, peratusan dan min.Pelajar dan guru perlu berani untuk memperjuangkan
hak-hak mereka sebagai pengguna seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak
untuk membuat pilihan , hak mementingkan kesihatan dan keselamatan dan
sebagainya (Van Egmond, 1985).Oleh itu, pelajar perlulah memainkan peranan yang
penting sebagai pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.

Daripada aspek persekitaran, persekitaran kantin didapati berada pada tahap


sederhana. Kajian juga mendapati bahawa kantin sekolah memerlukan lebih banyak
bahan kecerian untuk mewujudkan iklim yang sihat. Pihak sekolah perlu mengadakan
program menceriakan sekolah seperti melukis mural sekolah, menanam pokok bunga
sepanjang laluan utama.

Dari aspek kemudahan, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan adalah


tinggi. Pengusaha kantin harus sentiasa mengamalkan peraturan sanitasi yang terurus
untuk memastikan kemudahan kantin dalam keadaan bersih dan sempurna.

Dari aspek makanan, hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar
terhadap makanan adalah sederhana sahaja. Hasil kajian mendapati bahawa
kebanyakan responden menyatakan kualiti makanan yang disediakan di kantin
sekolah memenuhi citarasa mereka. Pengendalian kantin perlu memastikan barangan
yang tamat luput tidak dijual dan makanan yang dijual mesti sentiasa ditutup. Selain
itu, pihak kantin perlu menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang
lebih tinggi dari segi nutrien.

49
Dari aspek pekerja, hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan respond en
menyatakan layanan yang diberikan oleh pekerja kantin adalah baik dan sentiasa
bersilat mesra dengan pelajar-pelajar. Perkhidmatan makanan di kantin bukan sahaja
untuk menari keuntungan semata- mata, tetapi pengendali kantin perlu peka dengan
keperluan dan kehendak pelajar dari aspek layanan. Selain itu, pekerja kantin perlu
menghormati, sentiasa senyum dalam urusan niaga, menggunakan bahasa yang sopan
dan menggunakan nada yang rendah kepada pelajar semasa dalam urus niaga.

Kesimpulannya, pengendali kantin sekolah mestilah memainkan peranan


yang penting sekaligus meningkatkan lagi kualiti persekitaran, kemudahan , makanan
dan layanan pekerja. Hal ini demikian kerana kantin tempat di mana pelajar membeli
pelbagai juadah pada setiap hari persekolahan dan ke untungan bagi pengendali kantin
juga boleh dicapai sekiranya menitikberatkan aspek-aspek tersebut pada masa akan
datang.

50
7.0 RUJUKAN

KARYA PENULIS
Abdullah Sani Yahaya , 2007.Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd

Aishah Hamzah , 2003. Teknologi dan Perkhidmatan Katering. KL: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Betty, C.H and Diane, R. ,1993. Food Poisoning and Food Hygiene. 6th ed. London:
Edward Arnold. Pp 311-388

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. ,2003. Qualitative research for education: An
introduction to theory and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Deal, T.E. and Peterson, K.D. ,1999. Shaping School Culture: The Heart Of
Leadership. San Francisco: Jossey-Bass

John B. Thompson, 2010.Merchant of Cultures. United Kingdom: Polity Press.

Kazarian, E.A , 1989. Foodservice Facilities Planning. Third Edition. New York :
International Thomson Publishing.

Knigth, J.B & Katschevar, L.H. , 1989 .Quality Food Production, Planning and
Management. Second Edition. New York: Van Nostrand Reihold Company Inc.

Miles, M. B., & Huberman, M. A. , 1994. An expanded sourcebook: Qualitative data


analysis (2nd ed). Thousand Oaks, CA: Sage.

R. Kuberan , 2016. Teks efektif STPM Pengajian Am 900/2. (Penggal 2).Selangor :


Penerbit Ilmu Bakti, 2015.

Rande, W.L. , 1996. Introduction To Profesional Foodservice. New York: Van


Nostrand Reinhold.
51
Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Prentice Hall.

Shock,P.J and Stefaneli, J.M, 1992 .Hotel Catering. Canada :John Wiley & Sons, Inc.

Van Egmond, P.D, 1990. School Foodservice Management. New York: Van Nostrand
Reinhold.

William H.Roe, 1961. School Business Management. Boston: Allyn and Bacon.

Zaharah Merican , 1983. Kebersihan dan Sanitasi Untuk Industri Makanan. Maklumat
Teknologi Makanan.

KAMUS DAN ENSAIKLOPEDIA


Dictionary of Education, 1959.New York: MC Graw-Hill Education

Noresah Baharom.(Ed.)., 2005 .Kamus Dewan(edisi ke-5).Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.

KARYA YANG DIUSAHAKAN OLEH BADAN,INSTITUSI ATAU


JAWATANKUASA

Kementerian Pelajaran Malaysia,2004.Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.Kuala


Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia,1989.Garis


Panduan Kantin Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003,


Modul makan secara sihat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

52
MAJALAH
“Catatan perkembangan SMJK Yu Hua” dlm. Majalah SMJK Yu Hua 2014, hlm. 26-
32, Okt 2014

JURNAL
Cleland et al , 2004. “What are grade 5 and 6 children buying from school canteens
and what do parents and teachers think about it”. Dlm. Nutrition & Dietetics: The
Journal of the Dieticians Association of Australia.

Meftahuddin Tarip, and Osman Ali, (2006) A study on food handling behaviours and
carrier status of bacterial food poisoning among food handlers in Dewan Bandaraya
Ipoh Operational Area, Kinta District , Perak , 1996. Dlm. Jurnal Kesihatan
Masyarakat, 12 (1). ISSN 1675-1663

SURAT KHABAR ATAU BULETIN


“tangani isu makanan tidak selamat dan meragukan.” dlm. Berita Harian, 9
September 2007

BAHAN INTERNET

Nor Aishah Binti Othman. Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap


Kemudahan Danperkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh.
http://www.scribd.com/doc/133128982/Mengenalpasti-Tahap-Kepuasan-Pelajar-
Terhadap-Kemudahan-Dan-Perkhidmatan-Yang-Disediakan-Di-Kolej-Komuniti-
Temerloh#scribd [diakses pada 17 Feb 2016]

Mohd Rizal B. Mohd Said & Nor Aini Binti Mohd Noor. Amalan Kebersihan
Makanan Dalam Kalangan Pengendalipengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai.
http://eprints.utm.my/10299/2/Nor_Aini_Binti_Mohd_Noor.pdf [diakses pada 17 Feb
2016]

53
8.0 LAMPIRAN
SMJK YU HUA

Soal Selidik Kerja Khusus


Pengajian Am: 2016
Arahan: Sila tandakan  pada petak yang berkenaan.
Bahagian A: Maklumat Peribadi
1. Jantina
 Lelaki  Perempuan
2. Bangsa
 Melayu  Cina  India
 Lain-lain, sila nyatakan_______________
3. Agama
 Islam  Buddha  Hindu
 Kristian  Lain-lain
4. Tingkatan
 Tingkatan 3
 Tingkatan 4
 Tingkatan 5
 Tingkatan 6

54
Bahagian B: Mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di kantin
SMJK Yu Hua , Kajang
Perkara Ya Tidak
1.Adakah kemudahan tandas disediakan?

2.Adakah kerusi dan meja disediakan ?

3.Adakah besen letak pinggan disediakan?

4.Adakah kipas disediakan?

5.Adakah tong kitar semula disediakan?

6.Adakah tong sampah disediakan?

7.Adakah kawasan membasuh tangan disediakan?

8.Adakah makanan segera disediakan?

Bahagian C: Mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan yang disediakan


di kantin SMJK Yu Hua , Kajang
Berdasarkan ukuran di bawah, tandakan tahap kepuasan anda terhadap kemudahan
yang disediakan di kantin SMJK Yu Hua dengan menanda [ / ] dalam ruang yang
disediakan.
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Memuaskan Setuju Sangat setuju
setuju

55
I:PERSEKITARAN 1 2 3 4 5
1.Saya berpuas hati dengan keceriaan di kantin sekolah
2.Saya berpuas hati dengan ruangan yang disediakan untuk pelajar
beratur ketika membeli makanan
3.Saya berpuas hati dengan suasana persekitaran sekeliling kantin
4.Saya berpuas hati dengan kebersihan persekitaran sekeliling
kantin
5.Saya berpuas hati dengan keselesaan yang wujud ketika membeli
mahupun menjamu selera

II:KEMUDAHAN 1 2 3 4 5
1.Saya berpuas hati terhadap kebersihan kerusi dan meja di kantin
ini
2.Saya berpuas hati dengan sistem pengudaraan di kantin adalah
baik
3.Saya berpuas hati dengan kawasan basuh tangan adalah sempurna
4.Saya berpuas hati dengan besen letak pinggan adalah mencukupi
5.Saya berpuas hati dengan sistem pengurusan sampah sarap di
kantin adalah sempurna

III:MAKANAN 1 2 3 4 5
1.Saya berpuas hati dengan saiz hidangan makanan yang
disediakan
2.Saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan mengikut
kesesuaian jenis makanan
3.Saya berpuas hati terhadap kepelbagaian menu makanan yang
disediakan oleh pihak kantin
4.Saya berpuas hati dengan kandungan nutrisi dalam makanan yang
disediakan adalah mencukupi
5.Saya berpuas hati dengan kebersihan makanan di kantin sekolah

56
IV:PEKERJA 1 2 3 4 5
1.Saya berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekerja kantin
adalah cepat dan responsif
2.Saya berpuas hati dengan kebersihan diri setiap pekerja kantin
3.Saya berpuas hati dengan kemahiran pekerja kantin adalah cekap
sama rata
4.Saya berpuas hati dengan bahasa yang digunakan oleh pekerja
kantin sekolah adalah bersopan
5.Saya berpuas hati dengan penjelasan pekerja kantin adalah
bersikap tepat

*Terima kasih atas sokongan anda*

57
LAMPIRAN
BORANG TEMUBUAL
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

Makluman kepada responden :


Temu bual ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan mengkaji
kemudahan di kantin SMJK Yu Hua Segala maklumat yang diberikan akan
dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

Arahan:
MAKLUMAT AM dan SOALAN-SOALAN TEMUBUAL ini dikemukakan kepada
responden secara lisan dan dirakam menggunakan digital recorder.

MAKLUMAT AM
PELAJAR SMJK YU HUA

Nama Penyelidik :

Nama Responden :

Tarikh Temu Bual :

Tempat Temu Bual :

58
SOALAN TEMUBUAL

1. Adakah anda berpuas hati dengan aspek persekitaran dalam kantin SMJK Yu
Hua?

2. Adakah anda berpuas hati dengan aspek kemudahan dalam kantin SMJK Yu
Hua?

3. Adakah anda berpuas hati dengan aspek makanan dalam kantin SMJK Yu
Hua?

4. Adakah anda berpuas hati dengan aspek pekerja dalam kantin SMJK Yu Hua?

5. Apakah candangan anda untuk meningkatkan taraf kantin SMJK Yu Hua?

59
LAMPIRAN
BORANG PEMERHATIAN
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

Nama Penyelidik :

Tarikh :

Masa :
Lokasi : SMJK Yu Hua

Item Pemerhatian Catatan

Keadaan persekitaran di
kantin SMJK Yu Hua

Keadaan kemudahan di
kantin SMJK Yu Hua

Keadaan makanan di kantin


SMJK Yu Hua

Layanan pekerja di kantin


SMJK Yu Hua

**Pemerhatian terhadap item disertai dengan rakaman foto pegun.

Tandatangan

……………………………………

( )

Tarikh :

60
LAMPIRAN

BUKTI PEMERHATIAN

Foto 1: Pintu masuk kantin Foto 2: Tong kitar semula di katin


Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

Foto 3: Keadaan tandas di kantin Foto 4: Keadaan tandas di kantin


Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

61
Foto 5: Tempet mencuci tangan di hadapan Foto 6: Kedai penjual buah-buahan
tandas Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Kawasan Kajian
Kawasan Kajian

Foto 7: Kedai penjual buah-buahan Foto 8: Kedai Nasi Lemak


Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

62
Foto 9: Kedai Chee Cheong Fun Foto 10: Kedai Nasi Goreng dan Mee Sup
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

Foto 11: Kedai Makanan Vegetarian Foto 12: Kedai Bubur dan Pau

Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di

Kawasan Kajian Kawasan Kajian

63
Foto 13: Kedai Roti dan minuman Foto 14: Pesekitaran Kantin
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

Foto 15: Tong Sampah di kantin SMJK Yu Foto 16: Besen letak pinggan mangkuk di
Hua kantin SMJK Yu Hua
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

64
Foto 17: Sabun basuh tangan disediakan di Foto 18: Kawasan basuh tangan di kantin
kantin SMJK Yu Hua SMJK Yu Hua
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian Kawasan Kajian

Foto 19: Kebersihan kawasan basuh tangan Foto 20: Pelajar membeli makanan
di kantin SMJK Yu Hua Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di Kawasan Kajian
Kawasan Kajian

65
Foto 21: Makanan di Kantin SMJK Yu Hua Foto 22: Pelajar menjamu selera di Kantin
Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di SMJK Yu Hua
Kawasan Kajian Sumber: Diambil Oleh Pengkaji Sendiri di
Kawasan Kajian

66

You might also like