You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BATU KAPOR Kod Sekolah: CBA7008

MOHD KHAIRI HADZWAN BIN JOHARI


1. Nama Guru

KEBERKESANAN KAEDAH
2. Judul MENTAL MATEMATIK DALAM 3. Bidang: MATEMATIK
PENCAPAIAN MURID DI SEBUAH
SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan May 2014 5. Masa:
Conference: ICTL 2014At: Syuen Hotel, Ipoh, Perak
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah mental matematik dalam
membantu meningkatkan skor pencapaian murid. Keberkesanan dalam konteks kajian ini merujuk
kepada peningkatan skor pencapaian murid dan penurunan tempoh masa menjawab soalan
matematik yang diberikan. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenalpasti hubungan antara minat
murid belajar Matematik dengan pencapaian skor murid. Seramai 20 orang murid Tahun 4 di
SJK(C) Jeram telah dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan
penyelidikan kuantitatif dan kualitatif (Mixed Method Research). Kajian ini menggunakan kaedah
eksperimen, kaedah pemerhatian dan set soal selidik untuk mendapatkan data. Dalam kaedah
eksperimen, murid-murid Tahun 4 dibahagi kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawai digunakan untuk menganalisis peratusan peningkatan skor murid dan peratusan
penurunan min tempoh masa menjawab murid selepas pengajaran kaedah mental matematik
dilaksanakan. Statistik inferensi iaitu analisis ujian-t sampel bebas digunakan untuk menganalisis
sama ada terdapat keberkesanan kaedah mental matematik dalam membantu murid menjawab
soalan matematik. Analisis korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara
minat murid belajar matematik dengan skor pencapaian murid selepas pengajaran mental
matematik dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan.
Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa menjawab
ujian pasca antara kumpulan kawalan dengan an kumpulan rawatan. Berdasarkan peningkatan
skor min ujian pasca dan penurunan min tempoh masa menjawab ujian pasca kumpulan rawatan
yang signifikan, disimpulkan bahawa terdapat keberkesanan kaedah mental matematik dalam
membantu murid menjawab soalan matematik. Sementara itu, analisis korelasi Pearson
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara minat murid belajar
Matematik dan skor pencapaian murid selepas pengajaran mental matematik, tetapi korelasi
antara minat murid belajar Matematik dan skor pencapaian murid selepas pengajaran mental
matematik adalah tidak signifikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Minat belajar yang tinggi akan menyokong kepada proses belajar mengajar matematik
secara langsung. Minat belajar mempunyai pengaruh yang besar terhadap proses
pembelajaran. Jika bahan bantu belajar yang dipelajari tidak sesuai dengan minat pelajar, pelajar
tersebut tidak akan belajar dengan baik dan berkesan, kerana pelajar tidak berminat untuk
belajar. Pelajar tersebut tidak memperoleh kepuasan daripada proses pembelajaran itu. Bahan
bantu belajar yang menarik, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga lebih
mudah difahami dan disimpan dalam ingatan pelajar. Ini adalah kerana minat belajar
menambahkan keinginan pelajar untuk belajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perlunya ada bahan bantu mengajar ketika proses pembelajaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD KHAIRI HADZWAN BIN JOHARI) ( )

You might also like