You are on page 1of 12

Journal of Science and Mathematics Education, volume 6 June 2012, Pages 14-25/ISSN:2231-7368

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK ELEKTROKIMIA BERDASARKAN PENDEKATAN INKUIRI
Noraffandy Bin Yahaya 1 & Fatimah Binti Hishamuddin Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia1

Abstrak: Perkembangan teknologi multimedia kian pesat dalam dunia pendidikan pada masa kini. Persekitaran pembelajaran yang interaktif banyak membantu guru-guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Penggunaan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan kesan yang efektif. Oleh itu, tujuan kajian ini di jalankan ialah untuk membangunkan sebuah perisian multimedia yang boleh membantu pelajar dalam topik elektrokimia, mendapatkan maklum balas pelajar tentang pembelajaran menggunakan koswer dan mendapatkan pandangan guru kimia terhadap penggunaan koswer di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor Bahru dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah melalui soal selidik dan temubual bersama guru kimia. Data yang diperolehi adalah secara kuantitatif dan kualitatif. Data secara kuantitatif dianalisis dengan mendapatkan min dan peratus manakala kualitatif dianilisis dengan menghasilkan kesimpulan bagi setiap soalan temubual. Bagi mendapatkan data kuantitatif, item-item telah dibahagikan kepada lima konstruk iaitu persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer, kesesuaian rekabentuk antaramuka, kesusaian rekabentuk interaksi, koswer membantu dalam mempelajari topik dan keselesaan dan kesenangan penggunaan koswer. Persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer memperolehi min 3.73, kesesuaian rekabentuk antaramuka dengan min 3.85, kesesuaian rekabentuk interaksi dengan min 3.95, koswer membantu dalam mempelajari topik dengan min 3.74 dan keselesaan dan kesenangan penggunaan koswer dengan min 4.02. Berdasarkan keseluruhan min yang diperolehi, ia menunjukkan pelajar memberikan persepsi yang psositif semasa menggunakan koswer ElectroChem.
Kata Kunci: Koswer Multimedia, Elektrokimia, Pendekatan Inkuiri

Abstract: Growth of multimedia technology is getting high in our education system. The interactive learning enviroment hepls teacher to enhance their teaching and learning process. Use of multimedia courseware as a teaching aids help to make the teaching and learning process more efective. Hence, the objectives of this study are to develop a multimedia courseware for helping students in electrochemistry, to get students feedback on the learning using courseware and feedback from chemistry eachers feedback on the use of multimedia courseware among students. 50 form 4 students from Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor Bahru are chosen randomly as sample in this study. The instument used are questionnaire and interview with chemistry teacher. Both, qualitative and quantitative data were collected in this study. Quantitative data is analyzed by getting the mean and percentage while qualitative is by producing the conclusion from the interview. For qualitative data, the items were divided into five construct which are students perception towards motivation in using the courseware,

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

suitability of the interface design, suitability of the interaction design, courseware helps in learning of the topic and comfort and convenience in using the courseware. The mean for students perception towards motivation in sung the courseware is 3.73, suitability of the interface design is 3.85, suitability in interaction design is 3.95, courseware helps in learning of the topic is 3.74 and the comfort and convenience in using the courseware is 4.02. Based on the overall mean, students gave a positive perception in using the ElectroChem courseware.
Keywords: Multimedia Courseware, ElectroChem, Interactive Learning

1.0

PENDAHULUAN

Matlamat kurikulum kimia ialah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Antara objektif kurikulum kimia ialah membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. Untuk mencapai objektif tersebut, pembelajaran yang dicadangkan perlu mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong pelajar untuk berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikaskan pengetahuan sains dan teknologi. Dengan kata lain, pembelajaran aktif sangat digalakkan. Teori dan pendekatan pembelajaran merupakan salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan untuk membangunkan sebuah koswer pembelajaran. Pendekatan pembelajaran yang bermakna boleh memberikan satu suasana pembelajaran yang efektif kepada pelajar. Pendekatan inkuiri merupakan salah satu pendekatan yang digalakkan diterapkan dalam matapelajaran sains dan matematik. Inkuiri melibatkan pembelajaran tidak langsung yang merangkumi penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti penyoalan dan penyelesaian masalah merupakan asas kepada pendekatan inkuiri. Melalui aktiviti tersebut, pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman bermakna dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka. Kemahiran saintifik yang digariskan oleh KPM melibatkan kemahiran proses sains dan kemahiran manupulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Antara contoh kemahiran proses sains ialah membuat inferens, menyatakan hipotesis, mentafsir data, mengawal pemboleh ubah, mendefinisikan secara operasi dan membuat kesimpulan. Pendekatan inkuiri membolehkan kemahiran saintifik diterapkan dalam diri pelajar secara berkesan. Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran.

15

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Matapelajaran kimia merupakan salah satu cabang dalam matapelajaran sains. Konsep kimia sama seperti sains iaitu sukar difahami tanpa melakukan eksperimen. Kaedah saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Menurutnya lagi pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sains atau penyelidik asal. Namun begitu, untuk melakukan eksperimen di sekolah pelajar memerlukan masa yang panjang dan kadang kala pelajar tidak dapat menyudahkan eksperimen mereka dan mendapatkan kesimpulan di akhir eksperimen. Kurikulum pendidikan kimia mengharapkan agar pelajar dapat menguasai sesuatu konsep kimia selaras dengan pandangan ahli sains (Freyberg & Osborne, 1981; Dawson, 1993). Menurut Abu Hasan (2003), guru cenderung membincangkan teori terlebih dahulu sebelum membenarkan pelajar melakukan eksperimen dengan mengikut resepi di dalam makmal, sebagaimana dalam pendekatan tradisi. Pendekatan tradisi ini tidak dapat memberikan peluang kepada pelajar bertindak seperti ahli sains dan menyebabkan mereka tidaka dapat menguasai konsep kimia. Dengan pendekatan inkuiri, pelajar lebih terdedah kepada penerokaan di samping memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada pelajar. Beberapa kajian menunjukkan topik elektrokimia merupakan antara topik yang menjadi kesukaran dalam subjek kimia. Kesukaran ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar malah di kalangan guru juga. Ini dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Finley, Stewart & Yaroch, 1982; John, 2000 yang telah menyatakan elektrokimia merupakan salah satu topik yang paling sukar dipelajari bagi pelajar dan guru. Kajian yang dijalankan oleh beberapa penyelidik (Finley et al, 1982; Butts and Smith, 1987) menyatakan elektrokimia merupakan topik yang sukar dan guru memberikan perhatian yang lebih terhadap topik ini. Guru perlu memberikan perhatian dalam topik elektrokimia untuk memperbetulkan salah konsep yang di hadapai oleh pelajar.

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Elektrokimia merupakan salah satu topik di dalam matapelajaran kimia yang agak sukar difahami oleh pelajar-pelajar. Ini dibuktikan berdasarkan kajian Butts and Smith (1987) yang menyatakan pelajar sekolah meletakkan topik elektrokimia sebagai satu topik yang paling mencabar kerana ia melibatkan pemahaman konsep . Pelajar mempunyai kesukaran dalam memahami konsep elektrokimia kerana banyak kekeliruan yang bermain dalam fikiran pelajar semasa mempelajari topik Elektrokimia. Topik elektokimia merupakan topik yang sangat sukar kepada pelajar, pembelajaran secara chalk and talk tidak dapat membantu pelajar memahami konsepnya yang sukar. Oleh yang demikian, bagi menggalakkan pelajar terdedah kepada pembelajaran berdasarkan pendekatan inkuiri yang menggunakan teknologi multimedia bagi topik elektrokimia, sebuah koswer ElectroChem akan dibangunkan. Ini bertujuan bagai mengatasi masalah pelajar dalam memahami dengan lebih jelas dan mendapat gambaran yang tepat tentang topik tersebut. Dengan adanya koswer ElectroChem, ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan 4 khususnya dan pelajar yang akan menduduki SPM umumnya.

16

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

4.0 1.

OBJEKTIF KAJIAN Merekabentuk dan membangunkan sebuah koswer ElectroChem berdasarkan: i. prinsip reka bentuk pengajaran ii. pendekatan inkuiri iii. eksperimen elekrokimia subjek kimia tingkatan 4. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap koswer multimedia berdasarkan jantina. SOROTAN KAJIAN Masalah Pembelajaran Elektrokimia

2. 5.0 5.1

Matapelajaran kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pada aras yang tinggi (Abu Hassan,2003). Pembelajaran kimia juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh. Maka, perlaksanaan proses pengajaran dan pemeblajaran kimia perlu mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian pelajar (Meor Ibrahim, 2001). Menurut Abu Hassan (2003), kurikulum kita pada masa kini yang berorientasikan peperiksaan mendorong kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Elektrokimia telah dibuktikan sebagai salah satu topik kimia yang sukar bagi pelajar dan guru (Finley, Stewart & Yarroch, 1982). Menurut Butts & Smith (1987), pelajar sekolah mempunyai masalah dalam mempelajari topik elektrokimia yang melibatkan sel elektrokimia dan elektrolisis kerana ia ia amat sukar difahami dan sangat mencabar. Beberapa penyelidik (Garnett & Treagust, 1992; Ogude & Bradley, 1994; Sanger & Greenbowe, 1997) telah menjalankan kajian tentang salah konsep pelajar di dalam topik elektrokimia. Beberapa salah konsep pelajar dapat dikenalpasti seperti arah aliran elektron, anod dan katod, elektrolit, dan anion dan kation di dalam elektrolit. Hasil kajian yang dijalankan oleh Garnett (1992) membuktikan pelajar berasa topik elektrokimia sangat sukar. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar masih lemah dalam menguasai konsep elektrokimia walaupun mereka dapat menghitung masalah berbentuk kuantitatif. Pelajar didapati mempunyai salah konsep yang ketara dalam aspek: (a) konsep penentuan anod dan katod dalam sel elektokimia, (b) konsep penentuan anod dan katod dalam sel elektrolisis, (c) konsep pengaliran arus dalam sel elektokimia dan (d) konsep cas anod dan katod dalam sel kimia (Micheal dan Thomas, 1996) 5.2 Keberkesanan Pembelajaran Penggunaan Elemen Multimedia Dalam Pengajaran dan

Multimedia secara amnya merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti teks, grafik,audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer (Baharuddin et al, 2002). Setiap elemen tersebut akan memberi kesan yang besar dalam suatu proses komunikasi atau penyaluran maklumat. Kajian yang telah dijalankan pelah Benjamin dan Angela (1998) menunjukkan animasi membantu pengguna membina peta mental bagi suatu informasi. Kajian ini memberikan kesan yang positif kepada pengguna dimana ia telah meningkatkan pemahaman pengguna dalam topic yang dikaji. 17

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Manuel Alfonseca, Juan de Lara (2000) telah menjalankan kajian tentang pengintegrasian simulasi dan elemen multimedia di dalam topik yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan dengan penambahan elemen multimedia, ia membolehkan pelajar meningkatkan pemahaman mereka tentang model simulasi yang di paparkan. Pengintegrasian elemen multimedia sangat membantu kerana elemen multimedia menerapkan banyak media seperti teks, grafik, audio dan video. Oleh itu, elemen multimedia ini menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik. Untuk memastikan pengguna akif dalam pembelajaran menggunakan perisian multimedia, elemen interaktiviti perlu diterapkan. Menurut Baharudin et al (2002), multimedia membenarkan pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti pada peringkat yang lebih meluas. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. 5.3 Teori Konstruktivisme dan Pendekatan Inkuiri

Kontsruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, setiap individu akan membina pengetahuan mereka sendiri secara aktif dimana mereka bukan hanya menerima pengetahuan tersebut secara pasif daripada orang lain. Pelajar membina pengetahuan dan konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Bagi pembangunan perisian berdasarkan teori konstuktivisme, iai menekankan perisian yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi dan juga akses kepada data membolehkan pelajar belajar dari pelbagai perspektif. Disamping itu, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan mereka untuk bebas memilih apa yang ingin dipelajari, menjana persoalan sendiri serta merancang pembelajaran masing-masing (Johari Surif dan Mohamad Yusof, 2003) Teori Konstruktivisme memberi penekanan kepada tingkah laku pelajar (hand on) serta menekankan aktiviti mental (minds on) pelajar. Koswer ElectroChem akan dibangunkan dan memberikan penekanan aktiviti hands on dan minds on. Berdasarkan koswer yang menerapkan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan membina reality mereka sendiri atau mentafsir reality berasaskan persepsi pengalaman mereka. Untuk mengintegrasikan pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran kimia, pengetahuan tidak boleh hanya disampaikan oleh guru kepada pelajar tetapi pelajar perlu membina pengetahuan daripada maklumat baru dan pengalaman pengetahuan sedia da mereka (Sanger, 1997). Pelajar perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memperkembangkan maklumar baru yang telah mereka perolehi. Jika pengetahuan baru yang diperoleh dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada mereka, pengetahuan tersebut dapat diasimilasikan. Namun begitu, jika maklumat baru tersebut adalah berbeza, maklumat tersebut akan perlu diubah untuk diakomodasikan dengan pengetahuan baru. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan, menerangkan kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi tentang apa yang

18

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

dipelajari (Thangevola et al, 2002). National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai: Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (Questioning and formulating solvable problems). Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (Reflecting on, and constructing knowledge from data). Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (Collaborating and exchanging information while seeking solutions). Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (Developing concepts and relationships from empirical data).

Pengajaran menggunakan inkuiri dapat menggalakkan pelajar banyak mempelajari sesuatu dan belajar dengan lebih mendalam. White et al (1999) telah menjalankan kajian ke atas pelajar yang mempelajari fizik mengunakan komputer dengan pendekatan inkuiri.Selain daripada menekankan fakta dan lebih mendalam, pembelajaran ini juga menekankan penyiasatan saintifik secara autentik. Ia member cabaran kepada pelajar untuk merancang pembelajaran mereka sendiri. Kesannya, pelajar yang menerima pengajaran berbentuk sebegini boleh mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan situasi sebenar.

6.0 6.1

METOD Model Reka Bentuk ADDIE

Secara umum, model yang digunakan dalam proses pembangunan perisian multimedia pendidikan berasal daripada teknik kejuruteraan. Terdapat pelbagai kaedah yang berbeza, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama (Baharudin et al,2001). Model yang telah dipilih oleh pembangun untuk membangunkan koswer ElectroChem ialah model rekabentuk ADDIE. Model rekabentuk ADDIE merupakan antara model rekabentuk instruksi. Model rekabentuk instruksi (Intsructional Design) merupakan satu konsep yang dibina bagi guru-guru dan perekabentuk professional untuk menghasilkan dan menjayakan satu produk akhir pembelajaran. Matlamat rekabentuk instruksi adalah lebih tertumpu kepada berpusatkan pelajar berbanding kepada pembelajaran tradisi berpusatkan guru bagi memperolehi pembelajaran yang lebih efektif. Oleh itu, setiap komponen mempunyai analisis bagi keperluan pelajar. Model ADDIE terbahagi kepada 5 fasa di mana setiap fasa memainkan peranana yang penting dalam proses merekabentuk instruksi. Perekabentuk instruksi perlu membuat keputusan secara kritikal untuk memastikan proses merekabentuk menjadi lebih efektif.

19

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Berikut merupakan proses pembangunan koswer ElectroChem berdasarkan model ADDIE: Analisis Pengguna Analisis 1. Pengguna 2. Pembangunan 1. Masalah dan keperluan pengguna 2. Kenalpasti objektif dan isi pelajaran Analisis Pembangunan 1. Keperluan Pembangunan 2. Sumber yang diperlukan

1. Pemilihan Objektif 2. Pemilihan antaramuka Rekabentuk 3. Rekabentuk Isi Pembelajaran (Konstruktivisme-Inkuiri) 4. Rekabentuk Koswer F O R M A T I F

Koswer-multimedia-hiperlink-antaramuka Pembangunan menggunakan model ARCS

Koswer multimedia ElectroChem digunakan Implementasi oleh pelajar

Penilaian sumatif akan dilaksanakan pada Penilaian akhir projek pembangunan dan selepas diimplementasikan kepada pelajar Rajah 1 Fasa-fasa model ADDIE bagi pembangunan koswer ElectroChem

20

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

6.2

Sampel Kajian

Teknik pemilihan sampel yang digunakan ialah persampelan bertujuan. Seramai 50 orang responden yang dipilih secara bertujuan iaitu pelajar tingkatan 4 yang sedang mengambil matapelajaran kimia kerana koswer ElectroChem merupakan koswer khusus bagi pelajar yang mengambil matapelajaran kimia sama ada tingkatan 4 atau 5. Responden bagi soal selidik penggunaan koswer merupakan responden yang sama bagi soal selidik analisis pengguna. Pengkaji memilih responden yang sama kerana ingin melihat kesan penggunaan koswer hasil daripada analisis yang dijalankan bersama pengguna. 6.3 Instrumen Kajian

Beberapa instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu set soal selidik analisis pengguna bagi mengenalpasti masalah dan keperluan pelajar dan set soal selidik selepas pelajar menggunakan koswer bagi mendapatkan pesrsepi pelajar tentang koswer yang telah dibangunkan berdasarkan lima konstruk iaitu motivasi semasa menggunakan koswer, rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi, koswer membantu dalam mempelajari topik elektrokimia dan keselesaan dan kesengangan penggunaan koswer. Penyelidik juga telah menyediakan satu set soalan temubual yang akan dijalankan bagi mendapatkan maklum balas guru kimia tentang penggunaan koswer ElectoChem di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

7.0 7.1 i.

ANALISIS DATA Analisis Tentang Maklumat Pengguna Jantina


Jadual 1 Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina
Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Frekuensi () 19 31 50 Peratus (%) 38 62 100

Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus responden berdasarkan jantina 4.1 menunjukkan peratus bagi responden lelaki dan perempuan. Merujuk jadual, perempuan adalah dominan berbanding responden lelaki iaitu daripada keseluruhan 50 orang, perempuan seramai 31 orang dan lelaki seramai 19 orang. Peratus bagi perempuan ialah 62% dan lelaki ialah 38%.

dan Rajah responden responden responden

21

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

ii.

Pengalaman Menggunakan Komputer

Jadual 2 Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Menggunakan Komputer


Pengalaman Menggunakan Komputer Tidak Pernah 1-5 Tahun 5-10 Tahun Jumlah Frekuensi () 3 21 26 50 Peratus (%) 6 48 52 100

Jadual 2 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus berdasarkan pengalaman responden menggunakan komputer dan rajah 4.3 menunjukkan peratus pengalaman responden menggunakan komputer. Merujuk jadual 4.3, hanya 3 iaitu 6% responden sahaja yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam menggunakan komputer. Seramai 26 responden iaitu 52% mempunyai pengalaman selama 5-10 tahun dan 21 responden siaitu 48% mempunyai pengalaman menggunakan komputer selama 1-5 tahun. 7.2 Keseluruhan Kajian
Jadual 3 Persepsi Pelajar Terhadap Koswer Multimedia
Konstruk No soalan Min Sisihan Piawai Persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer Persepsi pelajar terhadap kesesuaian rekabentuk antaramuka Persepsi pelajar terhadap kesesuaian rekabentuk interaksi Persepsi pelajar terhadap koswer membantu mempelajari topik elektrokimia Persepsi pelajar terhadap keselesaan dan kesenangan penggunaan Purata 3.86 0.624 1,14,15,19 4.02 0.668 3,4,5,17 3.74 0.577 7,13,16,18 3.95 0.637 9,10,11,12 3.85 0.628 2,6,8,20 3.73 0.610

Jadual 3 menunjukkan lima konstruk di dalam soal selidik untuk menilai koswer ElectroChem. Lima konstruk tersebut ialah persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer, kesesuaian rekabentuk antaramuka, kesesuaian rekabentuk interaksi, koswer membantu mempelajari topik elektrokimia dan keselesaan dan kesenangan penggunaan koswer ElectroChem. Persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer menunjukkan nilai 22

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

min sebanyak 3.73 dan sisihan piawai 0.610. Min bagi persepsi pelajar terhadap kesesuaian rekabentuk antaramuka ialah 3.73 dan sisihan piawai 0.628. Konstruk seterusnya iaitu persepsi pelajar terhadap kesesuaian rekabentuk interaksi memberikan nilai min 3.95 dan sisihan piawai 0.637. Bagi persepsi pelajar terhadap koswer membantu mempelajari topik elektrokimia, nilai min yang diperolehi ialah 3.74 dan sisihan piawai 0.577. Konstruk yang terakhir ialah persepsi pelajar terhadap keselesaan dan kesenangan penggunaan koswer menunjukkan min sebanyak 4.02 dan sisihan piawai 0.668. Secara keseluruhan, purata min yang diperolehi bagi ke semua konstruk ialah 3.86. 7.3 Persepsi Pelajar Terhadap Motivasi Semasa Penggunaan Koswer Berdasarkan Jantina
Jadual 4 Analisis Ujian-T bagi Persepsi pelajar Terhadap Motivasi Semasa Penggunaan Koswer Berdasarkan Jantina
Jantina Lelaki Perempuan N 19 31 Min 3.62 3.80 Sisihan Piawai 0.598 0.606 Sig. 0.557

Jadual 4 menunjukkan analisis ujian-t tidak bersandar bagi persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer berdasarkan jantina. Merujuk jadual 4, nilai p yang diperolehi ialah p=0.557 dan ia adalah lebih tinggi daripada aras signifikan, 0.05. Oleh itu, tiada perbezaan yang signifikan bagi persepsi pelajar terhadap motivasi semasa penggunaan koswer berdasarkan jantina. Bagi analisis secara deskriptif, nilai min bagi responden perempuan ialah 3.80 lebih tinggi daripada responden lelaki iaitu 3.62.

8.0

KESIMPULAN

Sejak tahun 1990, lebih banyak kajian tentang keberkesanan pembelajaran menggunakan komputer telah dijalankan. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan positif pelajar terhadap pengalaman mereka menggunakan PBK. Kajian- kajian ini telah membuktikan PBK sangat membantu pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PBK boleh memberikan impak yang lebih efektif berbanding pengajaran secara tradisional. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, ia menunjukkan pelajar memerlukan satu alat bantu mengajar untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam satu subjek tertentu. Koswer multimedia merupakan salah satu pembelajaran berbantukan komputer yang sesuai digunakan sama ada di rumah atau di sekolah. Beberapa kajian telah dijalankan dan penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam subjek sains boleh meningkat pencapaian. Oleh itu, koswer multimedia bagi subjek kimia sangat sesuai dibangunkan. Ini kerana menurut Abu Hassan (2003) matapelajaran kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pada aras yang tinggi. Kajian juga menunjukkan simulasi komputer dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang fenomena sains yang berlaku (Trey, 2008). Kajian ini menunjukkan penggunaan koswer multimedia di dalam topik elektrokimia memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Respon-respon yang diberikan oleh pelajar 23

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

berdasarkan soal selidik menunjukkan mereka berminat menggunakan koswer multimedia sebagai bahan bantu mengajar di samping bahan-bahan rujukan yang lain. Daripada analisis dan dapatan kajian, penyelidik menyimpulkan koswer multimedia yang dibangunkan sangat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek kimia. Pelajar diberi kuasa untuk memilih pembelajaran mereka sendiri tetapi masih lagi memerlukan bimbingan guru.

REFERENCES Abu Hassan Kassim dan Rohana Hussin (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains dan Hubungannya dengan Pencapaian Kimia di kalangan Pelajar Tingkatan empat daerah Johor Bahru. Seminar Kebangsaan Pendidikan 2003. 19-21 Oktober. Hotel Puteri Pan Pacifik, Johor Bahru Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). Rekabentuk Perisian Multimedia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Butts ,B. and Smith, R., (1987) Aust. Sci. Teachers J.,1987, 32, 45. Benjamin B. Bederson, Angela Boltman (1998). Does Animation Help Users Build Mental Maps of Spatial Information? HCIL Technical Report No. 98-11 (September 1998) Dawson, C. (1993). Chemistry in Concept. Education in Chemistry, 73-76 F.N. Finley, J. Stewart and W.L. Yarroch (1998). Sci.Educ, 1982, 66, 531. Freyberg P. dan Osborne R.J (1981). Who structure the Curriculum, Teacher or Learner? SET Reasearch Information for Teachers 2, Item 6 Garnett, P.J dan Treagust, D.F (1992). Conceptual diffculties experienced by senior high school students of electrochemistry: electrochemical (galvanic) and electrolytic cells. Journal of Research in Science Teaching. 29 : 1079-1099. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Mohamad Yusof Arshad (2003). Pembangunan dan Keberkesanan Perisian Berdasarkan Teori Konstruktivisme dalam Mempelajari Konsep Traffic Sign. Pengajian Kejuruteraan Awam. Fakulti Pendidikan. UTM John Keller ( 2000). How to integrate learner motivation planning into lesson planning: The ARCS model approach. Florida State University. USA Manuel Alfonseca, Juan de Lara (2000). Integration of Simulation and Multimedia in Automatically Generated Internet Courses Dept. University of Madrid. Meor Ibrahim Kamaruddin ( 2001). Pembelajaran Sains dan Matematik. Tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Ogude A.N and Bradley J.D. ( 1994). Ionic conduction and electrical neutrality in operating electrochemical cells. Journal of Chemical Education. 71:29-34. Sanger M.J and Green Bowe T.J. (1997). Common student in misconceptions in Electrochemistry:Glalvanic, electrolytic and concentration cells. Journal of Research in Science of Teaching. 34:377-398. Thangavelo Marimuthu , Azman Jusoh dan Rodziah Ismail (2002). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim

24

Noraffandy & Fatimah / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Trey L. Khan S (2008). How Science Students can Learn About Unobservable Phenomena Using Computer Based-Analogies. Computers & Education, 51, 519-529 White, Barbara, Todd A. Shimoda, and John R. Frederiksen (1999). Enabling Students to Construct Theories of Collaborative Inquiry and Reflective Learning: Computer Support for Metacognitive Development. International Journal of Artificial Intelligence in Education 10: 151-182

25

You might also like