You are on page 1of 18

INSTITUT

PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK KAJIAN
PENGGUNAAN KAEDAH BAHAN MAUJUD DAN KAEDAH
BIASA (CONVENTIONAL) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENAMBAH
PELAJAR-PELAJAR TAHAP I.

OLEH:
SUKRI BERAWI
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SEMAWANG
SARIKEI
DAN
VICTOR JIBSON
SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK ASSAM
PAKAN, SARIKEI

09 11 OKTOBER 2006
Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah Biasa (Conventional) Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-pelajar Tahap I.
Oleh:
Sukri Berawi (SK Nanga Semawang)
Victor Jibson (SK Lubok Assam)
ABSTRAK
Penyelidikan ini mengkaji tentang Penggunaan Bahan Maujud dan Kaedah Biasa
(conventional) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajarpelajar Tahap I. Di dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai
alat bantu mengajar dibanding dengan kaedah konvesional (iaitu menggunakan papan
hitam dan kapur). Dua kumpulan respondan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun
Dua dan Tahun Tiga dipilih dengan sebab mereka telah mempunyai pengalaman sedia
ada tentang kemahiran menambah. Pelajar Tahun Satu tidak diambil memandangkan
mereka belum diajar lagi kemahiran ini. Kesemua respondan diberi satu minggu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut,
ujian pra ditadbirkan dan pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan markah daripada ujian pra yang mana setiap kumpulan terdiri daripada
pelajar-pelajar pada aras kebolehan cerdas, sederhana dan lemah. Sesi amali
menggunakan bahan maujud untuk Kumpulan Bahan Maujud dan kaedah biasa untuk
Kumpulan Conventional menyusuli. Selepas satu minggu hands-on, ujian pasca
diberi. Markah ujian pra dan pasca kedua-dua kumpulan dianalisa dengan instrumen
statistik Levenes Test for Equality of Variances dan t-Test for Equality of Means.
Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dari
segi pencapaian respondans tentang kefahaman kemahiran menambah yang diuji. Ini
bermaksud bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah dengan
menggunakan bahan maujud adalah sama berkesan dengan kaedah konvesional. Tahap
kebolehan murid dalam setiap kumpulan mempunyai perbezaan signifikan. Ini
menunjukkan sama ada pembelajaran dalam kaedah konvensional ataupun
menggunakan kaedah bahan maujud murid pada aras kebolehan masing-masing masih
menunjukkan prestasi yang sama. Jadi kita boleh cadangkan bahawa penggunaan bahan
maujud merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menambah pelajar tahap I. Pelajar tahap 1 boleh berinteraksi


dan berasa lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan.

PENGHARGAAN
Kami amat bersyukur kajian ini diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Dr. Lau Heng Soon di atas
segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah diberikan.
Penghargaan juga dirakamkan kepada En. Mat Kamal bin Abd Majid , En. Lu Cheng
Soon dan En. Mohd Zaki yang mencurahkan tunjuk ajar dan bimbingan yang membina.
Ditujukan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar dua
sekolah yang terlibat dalam kajian ini secara lansung iaitu Sk Lubok Assam dan Sk
Nangga Semayang yang memberikan peluang menyertai kursus ini dan memantapkan
lagi pemahaman mengenai penyelidikan kajian tindakan.
Tidak ketinggalan juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Pejabat
Pendidikan Bahagian Sarikei yang memberikan peluang kepada kami untuk menyertai
kursus ini dan memberikan sokongan padu terhadap kursus ini.

Victor Jibson
SK Lubok Assam
Sukri Berawi

SK Nangga Semawang

Pengenalan
Pada masa kini, kerajaan menganggap pendidikan penting untuk menghadapi era
globalisasi dan juga mencapai wawasan 2020. Banyak pelaburan telah dikeluarkan untuk
meningkatkan pendidikan di negara kita. Matematik merupakan salah satu matapelajaran
teras yang penting dalam sains dan teknologi. Memahami dan menggunakan matematik
kian penting kepada kebolehan individu untuk berfungsi di dalam masyarakat dan berjaya
dalam alam pekerjaan. Tetapi matematik sering di anggap salah satu matapelajaran yang
sukar bagi murid-murid. Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lain
kerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami
sebelum dapat di gunakan oleh murid.
Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu untuk
meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan muridmurid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981). Guru haruslah
memilih alat bantu mengajar dari pelbagai sumber dan mengintegrasikannya mengikut
keperluan dan kebolehan murid-murid. Mat Nor Hussein & Abd. Rahman Rashid,1989
turut menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri bagi meningkatkan daya
komunikatif sesuatu alat bantu mengajar tersebut. Hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai daya komunikatif yang tinggi mampu membantu murid-murid memperolehi
pengalaman belajar yang berfaedah bagi memperkembangkan sikap ilmiah, sosial,
kemantapan emosi dan daya penghargaan mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai juga turut membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas yang ada
dalam sesuatu matapelajaran. Dalam matapelajaran metematik, kemahiran asas yang
ditekankan ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
Walaubagaimanapun, murid sering didapati menghadapi masalah dalam membina
kefahaman untuk simbol matematik yang sering di gunakan. Menurut Hiebert &
Carpenter, 1992 ;Elif Yetkin 2003, murid sering membina kefahaman dengan mengaitkan
simbol dengan persembahan yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasa
ibunda. Sebagai contohnya + hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu
cerita mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan
murid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan konsep-konsep matematik
yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan,
murid-murid mestilah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa kepada
konsep matematik yang abstrak dan manipulasi.

Objektif Kajian
Suatu keistimewaan teknik pengajaran matematik KBSR adalah penggunaan alat-alat
matematik secara meluas untuk menolong murid-murid mempelajari konsep matematik
dan memperolehi kemahiran matematik. Pihak Pejabat Pelajaran telah membekalkan
banyak alat bantu mengajar yang boleh digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sejak dari dulu lagi. Pada masa dahulu, alat bantu mengajar hanya menjadi
alat pengajaran guru sahaja, tetapi pada masa kini, alat-alat tersebut juga merupakan salah
satu bahan pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran matematik di mana murid-murid
berkonunikasi secara langsung dengan alat tersebut (Mok Soon Sang,1986). Pandangan
ini sedikit sebanyak akan dapat memberi penerangan umum tentang keberkesanan
penggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran asas matematik murid-murid. Penggunaan bahan maujud sememangnya telah
lama dilaksanakan oleh para guru semasa sesi pembelajaran matematik tetapi belum
pernah dilihat dari segi perbandingan dengan kaedah konvensional khasnya.
Penyelidikan ini bertujuan untuk:
i)
membandingkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menambah pelajar tahap I melalui penggunaan bahan maujud dan keadah
konvensional.
ii)
mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan
pelajar iaitu cerdas, sederhana dan lemah dengan menggunakan bahan
maujud.
iii)
mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar
iaitu cerdas, sederhana dan lemah dengan kaedah konvensional.

Persoalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan soalan kajian seperti berikut:
1) Adakah penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menambah lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional?
2) Apakah perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas,
sederhana dan lemah dengan menggunakan bahan maujud?
3) Apakah perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas,
sederhana dan lemah dengan menggunakan kaedah konvensional?

Definisi Terminologi
a) Keadah penggunaan bahan maujud ialah penggunaan bahan konkrit yang boleh
disentuh atau dimanipulasikan sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah
menambah yang diberikan dalam bentuk ayat matematik. Contoh bahan konkrit yang
boleh digunakan ialah cuisenaire rod, straw, abakus dan sticks.
b) Kaedah konvensional ialah penggunaan cara bertulis di papan hitam yang biasa
digunakan oleh para guru dan murid-murid dalam menyelesaikan masalah iaitu
menggunakan cara bentuk lazim.
Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini tertakluk kepada beberapa batasan di mana pemilihan
responden dan fokus kajian hanya terhad kepada murid-murid Tahap I iaitu murid-murid
Tahun 2 dan Tahun 3 sahaja, di dua buah Sekolah Rendah Kebangsaan di luar daerah
Julau. Ia tidak melibatkan murid-murid Tahap I ,Tahun 1 kerana mereka belum lagi
diajar kemahiran ini memandangkan tidak memasuki prasekolah sebelum memasuki ke
Tahun 1.
Penggunaan Bahan Maujud Dalam Matematik.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran yang berkesan, guru matematik harus memahami teknik-teknik menggunakan
alat-alat, sama ada untuk menerangkan konsep matematik pada peringkat konkrit atau
digunakan oleh murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran matematik.Menurut Mok
Soon Sang,1986, pengajaran matematik dalam sekolah rendah haruslah mengikut turutan
pengajaran dari pengalaman konkrit/bahan maujud seterusnya melibatkan penggunaan
gambar barulah ke peringkat abstark. Untuk membekalkan murid dengan pengalaman
konkrit, alat bantu mengajar memainkan peranan yang amat penting. Dalam hubungan
ini, penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid-murid membina konsep
matematik secara sendiri yang selaras dengan konsep inkuiri penemuan di samping
mengurangkan kesempatan memaksa diri untuk menghafal bahan-bahan pelajaran
mereka secara membuta tuli.
Sejak permulaan abad ke-20, ramai ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli pendidikan
seperti Jean Piaget, Z.P. Dienes, R.M. Gagne, J. Bruner, R. Skemp dan lain-lain telah
memikirkan apakah proses pendidikan yang baik dan bagaimanakah pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pada khususnya, penyelidikan
tentang perkembangan intelek seseorang individu dan kesediaannya untuk menerima
pengajaran telah banyak mempengaruhi pemikiran tentang bagaimana seorang kanakkanak belajar matematik (Jemaah Nazir Sekolah, 1989). Dalam Teori Perkembangan

Kognitif Jean Piaget, beliau telah membahagikan perkembangan intelek kanak-kanak


kepada empat peringkat. Salah satu peringkat tersebut ialah Peringkat Operasi Konkrit
yang melibatkan kanak-kanak berumur dari 7 hingga 11 tahun. Bagi peringkat ini, kanakkanak yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Bagi Jean Piaget,
kanak-kanak pada peringkat ini hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang
melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit dan tidak dapat menyelesaikan masalah
yang abstrak atau berbentuk hipotesis. Berdasarkan teori tersebut, guru-guru hendaklah
menyampaikan konsep-konsep asas matematik secara pengalaman konkrit/bahan maujud.
Kepentingan Kemahiran Menambah
Oleh kerana matematik adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya mempunyai
hierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi sangatlah penting dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran. Dalam Tahap I KBSR, penguasaan asas kemahiran
nombor dan operasi (fakta asas) oleh murid merupakan satu usaha yang wajib diberi
perhatian yang sepenuhnya.Dalam hal ini, pihak sekolah hendaklah memastikan bahawa
guru berusaha memahirkan muridnya dalam penguasaan fakta asas matematik. Bagi
menghasilkan pembelajaran yang berkesan, murid perlu juga diajar bahasa matematik,
khasnya perbendeharaan kata pembelajaran yang khusus bagi matematik seperti
pengertian simbol dan rumus-rumus. Perhatian berat patut ditumpukan kepada sama ada
murid memahami sesuatu istilah matematik buat pertama kali dipakai ataupun
perkataan /simbol biasa yang telah digunakan dalam konteks matematik. Di sini,
penekanan diberikan kepada penekanan simbol tambah memandangkan skop kajian
adalah hanya untuk kemahiran menambah.
Guru matematik sekolah rendah harus sedar bahawa murid-murid yang dapat
menyelesaikan masalah menambah tidak semestinya memahami konsep menambah yang
sebenar. Jika seorang murid tahu membaca simbol matematik tanpa memahami ertinya,
nescaya simbol matematik itu tidak berguna langsung kerana murid tersebut tidak akan
dapat menyelesaikan masalah tanpa memahami erti simbol tersebut. Jadi, guru haruslah
mengajar murid-murid memahami konsep sesuatu kemahiran terlebih dahulu. Dalam
peringkat pemahaman konsep, penggunaan bahan maujud merupakan media yang paling
sesuai untuk membantu mencapai objektif ini. Mok Son Sang,1986 ada menyatakan
bahawa konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama
ialah peringkat konkrit diikuti oleh peringkat gambar kemudian peringkat separa konkrti
dan barulah peringkat abstrak.
Pembelajaran matematik haruslah dikembangkan secara sistematik iaitu daripada konsep
atau kemahiran asas kepada konsep atau kemahiran yang kompleks/abstrak. Berdasarkan
kepada prinsip ini, pembelajaran operasi tambah hendaklah dibahagikan kepada empat
peringkat. Peringkat pertama ialah permulaan untuk membina konsep asas penambahan
yang membolehkan murid-murid menambah nombor dua digit dengan dua digit tanpa
mengumpul semula. Manakala pada peringkat kedua memerlukan murid-murid
menambah dua nombor dengan mengumpul semula. Seterusnya, murid-murid akan

menggunakan hukum tukar tertib dan hukum sekutuan untuk mencari jawapan dalam
peringkat ketiga menambah. Dengan menggunakan hukum-hukum tersebut, murid-murid
dapat menyelesaikan operasi tambah yang mengandungi tiga atau lebih angka dengan
lebih cepat dan mudah. Bagi peringkat keempat pula, murid-murid akan menyelesaikan
matematik bermasalah dengan kemahiran yang telah dikuasai pada ketiga-tiga peringkat
sebelumnya. Dalam peringkat ini, murid-murid dikehendaki mengaitkan masalah
kehidupan dengan simbol-simbol matematik dan seterusnya menterjemahkan maklumatmaklumat yang diperolehi ke dalam ayat matematik seterusnya menyelesaikannya dalam
bentuk lazim.
Penguasaan kemahiran asas, menambah khasnya bagi murid-murid tahap I adalah sangat
penting kerana apabila memasuki Tahap II dan seterusnya ke peringkat pendidikan yang
lebih tinggi, kemahiran ini sentiasa dipergunakan untuk menyeleasikan masalah. Salah
satu ciri-ciri KBSR Matematik ialah murid-murid mestilah menguasai keempat-empat
operasi dalam kemahiran asas matematik semasa Tahap I kerana dalam Tahap II
menekankan tentang penggunaan keempat-empat operasi asas tersebut untuk
penyelesaian masalah. Ini dibuktikan oleh R.M. Gagne dalam Hierarki Gagnenya yang
menyatakan bahawa murid-murid haruslah menguasai kemahiran prasyarat sebelum satusatu kemahiran yang baru dapat dipelajari.
Menurut Jerome Bruner pula, murid belajar dengan cara menemui struktur konsepkonsep yang di pelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan bendabenda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Persekitaran dapat memberi
pertolongan dan pengetahuan sedia ada dapat membaikinya. Beliau menyatakan
pembelajaran Matematik lebih berkesan dan mudah dengan penggunaan simbol untuk
mewakili konsep-konsep abstrak seperti tambah dan lain-lain. Menurut beliau lagi
pembelajaran matematik dapat dimudahkan dengan mengaitkan antara satu sama lain
contohnya pengajaran tambah di ajar sebelum tolak dan pengajaran bahagi di ajar selepas
darab(Mok Soon Sang, Siew Fong Cheong,1986).
Walaubagaimanapun, teori yang di hasilkan oleh David Ausubel bertentangan dengan
teori Jerome Bruner. Menurut David Ausubel, murid- murid haruslah di dedahkan dengan
pengetahuan umum contohnya dalam pembelajaran Matematik sebelum mengaitkan
dengan konsep yang lebih spesifik. Dalam pembelajaran Matematik, murid- murid
hendaklah di kaitkan dengan bahan-bahan lama sebelum memulakan pembelajaran baru
tersebut (Mok Song Sang, Siew Fong Cheong,1986).
Jenis Penyelidikan
Strategi utama dalam penyelidikan ini adalah perbandingan antara dua kaedah untuk
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah pelajar Tahap I iaitu dengan
menggunakan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar dan dengan keadah
konvensional. Dua kumpulan sampelan ditubuhkan. Satu kumpulan terdiri daripada

sebanyak lapan belas orang murid iaitu Kumpulan Konvensional dan satu lagi kumpulan
juga dengan jumlah lapan belas orang murid ialah Kumpulan Bahan Maujud.
Sebelum dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, murid-murid ini diberikan satu
ujian diagnostik iaitu Pra Ujian bagi mengenal pasti tahap kebolehan mereka dalam
kemahiran menambah. Selepas markah ujian diperolehi, mereka akan dibahagikan
kepada kumpulan masing-masing secara sekata yang mana ahli-ahli setiap kumpulan
terdiri daripada tiga tahap kebolehan murid iaitu murid cergas, murid sederhana dan
murid lemah. Kedua-dua kumpulan akan menjalani satu set ujian yang sama dan markah
ujian tersebut digunakan untuk membandingkan pencapaian mereka selepas
menggunakan bahan maujud.
Seterusnya, Kumpulan Konvensional akan diajar kemahiran menambah yang melibatkan
nombor 3 hingga 4 digit dengan cara biasa iaitu penerangan tentang menambah yang
turut melibatkan kemahiran mengumpul semula di papan hitam dalam bentuk lazim tanpa
menggunakan alat bantu mengajar. Kumpulan Bahan Maujud pula turut diajar kemahiran
menambah yang melibatkan nombor 3 hingga 4 digit yang melibatkan kemahiran
mengumpul semula dengan menggunakan bahan maujud. Bahan maujud yang digunakan
ialah Cuisenaire Rod yang terdiri daripada kiub kecil yang mewakili nilai sa, batang rod
yang mewakili nilai puluh, papan yang mewakili nilai ratus dan kiub besar yang mewakili
nilai ribu. Murid-murid juga dikehendaki untuk membuat bentuk lazim sebagai langkah
kerja. Tempoh masa satu minggu diberikan kepada murid-murid untuk menguasai
penggunaan cuisenaire rod tersebut kerana mereka telah mempunyai pengetahuan sedia
ada tentang komahiran menambah.
Setelah itu, kedua-dua kumpulan akan diberikan satu ujian iaitu PascaUjian. Kumpulan
Conventional akan menyelesaikan ujian tersebut dengan cara biasa manakala Kumpulan
Bahan Maujud akan menyelesaikan ujian tersebut dengan menggunakan cuisenaire rod.
Markah ujian tersebut juga akan diambil kemudian dibandingkan dengan menggunakan
Independent T-Test dan Crosstabs.
Sampel Kajian
Sampel kajian adalah dipilih daripada murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga SK Ng.
Semawang dan SK Lubok Assam, Julau. Kesemua pelajar adalah sebanyak tiga puluh
enam orang. Walaupun terdapat perbandingan dari segi jantina murid-murid, ini tidak
banyak mempengaruhi keputusan penyelidikan memandangkan setiap pelajar telah
dibahagikan secara sama rata mengikut tahap kebolehan mereka melalui Ujian Pra yang
telah dijalankan ke dalam kumpulan masing-masing. Kesemua responden telah pun
mempunyai pengalaman sedia ada tentang kemahiran menambah termasuk yang
melibatkan pengumpulan semula sehingga nombor dua digit. Setakat ini,murid-murid
tahun dua telah belajar kemahiran menambah dengan hasil tambah sehingga seratus
manakala pelajar tahun tiga telah belajar kemahiran menambah dengan hasil tambah
sehingga seribu.

10

Instrumen Kajian
Instrumen yang telah digunakan dalam penyelidikan ini ialah Pra Ujian dan Pasca Ujian.
Setiap ujian terdiri daripada tiga puluh soalan. Dalam Ujian Pra, soalan-soalan tersebut
dibahagikan kepada lima peringkat iaitu soalan satu hingga lima ialah menambah nombor
dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula manakala soalan enam hingga
sepuluh pula melibatkan penambahan nombor dua digit dengan satu digit dengan
mengumpul semula. Bagi soalan sebelas hingga lima belas pula ialah penambahan
nombor tiga digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula seterusnya penambahan
nombor tiga digit dengan dua digit dengan mengumpul semula bagi soalan enam belas
hingga dua puluh. Soalan dua puluh satu pula melibatkan kemahiran menambah nombor
tiga digit dengan tiga digit tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula
untuk soalan dua puluh enam hingga tiga puluh.
Untuk Ujian Pasca pula, jumlah soalan ialah empat puluh soalan melibatkan semua
kemahiran dalam ujian pra dan juga ada sepuluh soalan yang melibatkan nombor
sehingga empat digit dengan kemahiran mengumpul semula. Kesahan instrumen
penyelidikan ini dilihat dari dua sudut. Sudut pertama ialah skop soalan. Setiap soalan
diteliti supaya ianya boleh menilai setiap kemahiran dalam tajuk menambah nombor
bulat yang juga melibatkan kemahiran tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul
semula. Sudut kedua adalah tentang peringkatan kesukaran soalan. Untuk menjamin
wujudnya pemeringkatan kesukaran soalan di dalam kertas ujian, Taksonomi Bloom
diambil kira sebagai panduan semasa Jadual Penentuan Ujian dibina.
Pelaksanaan Instrumen
Kertas ujian ditadbirkan kepada semua responden sebagai Ujian Pra dan Pasca. Ujian Pra
dilaksanakan selepas kesemua responden telah didedahkan kepada satu jam sesi
pengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran menambah tanpa mengumpul semula
dan dengan mengumpul semula secara keadah konvensional. Satu jam sesi pengajaran
dan pembelajaran berkenaan diberikan untuk memastikan tahap kefahaman kemahiran
menambah murid-murid bukan sifar dan pada peringkat yang sama dan boleh diukur
dengan melalui Pra Ujian. Selepas Pra Ujian dilaksanakan, responden diberikan latihan
yang berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan Konvensional
menyelesaikan masalah dengan cara biasa iaitu tanpa alat bantu mengajar dan pengiraan
dalam bentuk lazim manakala Kumpulan Bahan Maujud menyelesaikan masalah
menggunakan cuisenaire rod dan diingatkan untuk membina bentuk lazim sebagai
langkah kerja. Selepas satu minggu, semua responden diberikan Ujian Pasca. Ujian Pasca
dijalankan serentak bagi kedua-dua kumpulan.

11

Jenis Analisis
Dalam penyelidikan ini, varians dan min untuk hasil data Pra Ujian dan Pasca Ujian perlu
diambil kira bagi membuat perbandingan antara kedua-dua ujian tersebut. Jadi, instrumen
statistik yang digunakan untuk menguji data hasil Ujian Pra ialah Independent T-Test
dan Crosstabs. Instrumen statistik berkenaan dipilih kerana ianya bersesuaian dengan
kajian ini dimana ujian Independent T-Test diperlukan untuk perbandingan antara dua
kumpulan sampelan yang berbeza iaitu kumpulan bahan maujud dan kumpulan
konvensional manakala ujian Crosstabs pula diperlukan untuk membandingkan prestasi
pelajar mengikut aras kebolehan dalam kumpulan masing-masing. Ujian Pasca juga
menggunakan statistik yang sama. .
Markah Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Konvensional
Ujian Pra
Ujian Pasca

70
67
66
80

66
57
80
67

20
0
15
60

80
13
82
0

50
63
46
17

26
90
20
73

53
90
73
83

33
97
23
83

27
73
33
80

Taburan Markah Pra Dan Pasca Kumpulan Konvensional

Markah Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Bahan Maujud


Ujian Pra
Ujian Pasca

100
73
100
80

66
53
88
57

35
57
45
40

56
0
70
0

12

88
27
100
30

40
60
60
67

33
73
47
77

13
90
7
97

53
97
63
77

Taburan Markah Pra Dan Pasca Kumpulan Bahan Maujud

Pra Ujian (t-Test)


Hasil ujian pra boleh dirujuk pada laporan Rajah 1a dan Rajah 1b. Bagi Kumpulan
Konvensional, skor min ialah 56.3333 manakala kumpulan menggunakan bahan maujud
mempunyai skor min 54.1667. Perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan ini ialah 2.1666.
Walaubagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan (P = 0.820) dari segi keupayan atau kefahaman menyelesaikan masalah
matamatik dalam topik penambahan yang diajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa
kedua-dua kumpulan ini berada pada kebolehan yang sama dalam topik yang akan diajar.
Kami juga membincangkan tentang Levenes Test for Equality of Variances, iaitu skor
F. Skor F 0.087 dengan skor Signifikan 0.769 menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Hasil daripada analisis ujian pra ini telah
membuktikan bahawa tiada perbezaan yang ketara bagi setiap kumpulan dan kedua-dua
kumpulan adalah homogenous iaitu mereka berada pada tahap kefahaman yang sama
tentang topik penambahan yang telah diajar.
Rajah 1a
Ujian Pra

RESPONDAN
Kumpulan Bahan Maujud
Kumpulan Konvensional

Ujian Pra
Independent Sample Test

N
18
18

Rajah 1b
Levenes Test for
Equality of Variances
F
Sig.
t
.087
.769
-.229

13

Mean
54.1667
56.3333

Std. Deviation
28.55387
28.24265

t-Test for Equality of Means


df
34

Sig (2-tailed)
.820

Mean Differences
-2.16667

Pasca Ujian(t-Test)
Ujian pasca dilaksanakan selepas murid-murid menerima pengajaran menggunakan
bahan maujud dan konvensional dalam kumpulan masing-masing selama satu minggu.
Kumpulan konvensional menerima pengajaran yang menggunakan cara biasa iaitu chalk
and talk sementara kumpulan menggunakan bahan maujud menerima pengajaran
menggunakan bahan maujud.
Dengan merujuk kepada Rajah 2a dan Rajah 2b terutamanya pada lajur Levenes Test
for Equality of Variences, skor F didapati 0.246 dengan nilai significant 0.623. Ini
adalah lebih daripada 0.05 yang membawa maksud tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan terhadap dua kumpulan ini. Manakala pada lajur t-Test for Equality of
Means, nilai perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan ialah -6.8889.
Walaubagaimanapun, perbezaan tersebut tidak boleh diterima kerana skor t 0.713
mempunyai nilai2-tailed significant 0.481 iaitu melebihi paras 0.05. Secara amnya,
setelah menjalani ujian pasca, kedua-dua kumpulan ini tidak menunjukkan perbezaan
yang signifikan walaupun telah menerima pengajaran yang berlainan untuk kumpulan
tersebut. Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Bahan Maujud tidak semestinya lebih baik
daripada Kumpulan Konvensional.
Rajah 2a
Ujian Pasca

RESPONDAN
Kumpulan Bahan Maujud
Kumpulan Konvensional

Ujian Pasca
Independent Sample Test

N
18
18

Rajah 2b
Levenes Test for
Equality of Variances
F
Sig.
T
.246
.623
-.713

Mean
54.5000
61.3889

Std. Deviation
28.68541
29.27183

t-Test for Equality of Means


df
34

Sig (2-tailed)
.481

Mean Differences
-6.88889

Pasca Ujian(Chi-Square Tests)


Rajah 3a kumpulan kaedah bahan maujud
Gred
Kumpulan Mengikut Kebolehan
Bijaksana
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)
Sederhana
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)
Lemah
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)
P = 0.005

A
6
100
0
0
0
0

14

B
3
60
2
40
0
0

C
0
0
1
100
0
0

D
0
0
2
33.3
4
67.7

Rajah 3b kumpulan kaedah konvensional


Kumpulan Mengikut Kebolehan
Bijaksana
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)
Sederhana
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)
Lemah
Jumlah
Peratus dalam Gred (%)

A
5
100
0
0
0
0

Gred
B
4
66.7
2
33.3
0
0

C
1
25
2
50
1
25

D
0
0
0
0
3
100

P = 0.005

Bagi kumpulan bijaksana, sederhana dan lemah, terdapat perbezaan signifikan terhadap
tiga kumpulan ini kerana p <0.05. Dapat diperhatikan di rajah 3a dan 3b, Kumpulan yang
bijaksana akan tetap mempunyai perbezaan gred dengan kedua-dua kumpulan lain.
Begitu juga sebaliknya berlaku dengan kumpulan lain. Dapat dinyatakan di sini bahawa
kumpulan ini walaupun diajar dengan 2 kaedah yang berlainan akan tetap mencapai
prestasi yang sama sebelum diajar dengan keadah-kaedah tersebut. Setiap ahli kumpulan
akan mendapat markah yang sama berdasarkan aras kebolehan masing-masing. Ini
menunjukkan preastasi pelajar mengikut aras kebolehan adalah berbeza dan tidak
dipengaruhi oleh cara pengajaran konvensional mahupun bahan maujud.
Dapatan Hasil Analisis
Hasil kajian mendapati kumpulan konvensional menunjukkan peningkatan yang tinggi
setelah menggunakan kaedah konvensional manakala sebaliknya berlaku kepada
kumpulan menggunakan bahan maujud. Ini mungkin kerana masa yang tidak mencukupi
untuk murid membiasakan diri dengan bahan maujud untuk membuat pengiraan
berbanding pendedahan mereka yang telah biasa menggunakan kaedah konvensional
dalam pembelajaran Matematik sejak daripada tahun 1 lagi.
Berdasarkan skor T dan F bagi kedua- dua kumpulan tidak menunjukkan perbezaan
signifikasi antara kumpulan menggunakan kaedah konvensional dan kaedah bahan
maujud. Markah min untuk pra ujian dan pasca ujian untuk kumpulan bahan maujud
tidak menunjukkan peningkatan. Ini bermakna tahap kebolehan murid yang berada dalam
kumpulan kaedah bahan maujud meningkat dengan seimbang. Begitu juga yang brlaku
dengan kumpulan konvensional.
Bagi prestasi murid dalam aras kebolehan masing-masing menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Di dalam kedua-dua kumpulan bahan maujud dan konvensional, prestasi
murid di aras kebolehan masih menunjukkan perbezaaan yang ketara. Ini bermakna
walaupun menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan, murid yang berada pada aras
kebolehan masing-masing akan memperolehi markah yang lebih kurang sama.
Kajian ini merupakan satu kajian untuk melihat perbandingan menggunakan bahan
maujud dalam pengajaran berbanding dengan kaedah konvensional. Daripada dapatan
kajian, bahan maujud turut membantu dalam pengajaran Matematik. Murid-murid akan
15

berasa lebih seronok dalam pembelajaran kerana terdapat bahan yang konkrit untuk di
pegang oleh mereka. Pengajaran menggunakan bahan maujud juga boleh mewujudkan
dimensi yang berlainan berbeza dengan kaedah konvensional.
Pada masa kini terdapat pelbagai bahan maujud yang disediakan oleh kementerian
pendidikan dan juga pasaran bertujuan mengukuhkan pemahaman murid terhadap subjek
Matematik. Ini merupakan satu pilihan untuk murid-murid selain daripada menggunakan
kaedah konvensional untuk pembelajaran mereka.
Kesimpulan
Sebagai seorang pendidik , pengajaran yang diajar hendaklah mempunyai kelainan untuk
mengalakkan murid-murid. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan dua
kaedah pengajaran iaitu kaedah menggunakan bahan maujud dan bahan konvensional.
Responden yang di pilih adalah murid-murid yang terdiri dari dua sekolah yang
berlainan.
Instrumen kajian adalah berbentuk ujian yang dijalankan oleh pengkaji terdiri daripada 2
bahagian. Setiap bahagian mempunyai kepentingannya sendiri. Pra Ujian dijalankan
untuk mengetahui kebolehan setiap murid dan sebelum dibahagikan kepada 2 kumpulan
yang seimbang. Ujian pasca dijalankan selepas kedua-dua kumpulan diajar dengan 2
kaedah yang berlainan.
Perbandingan ini dianalisa dengan menggunakan Levenes Test for Equality of
Variences dan t-test for Equality of Means. Hasil analisa menunjukan kedua-dua
kumpulan menggunakan bahan maujud dan konvensional tidak menunjukkan perbezaan
yang signifikan. Ini bermaksud murid yang diajar dengan menggunakan bahan maujud
dan dengan kaedah konvensional tidak menunjukkan perbezaan daripada segi prestasi.
Masa yang terhad adalah satu faktor yang menyumbang kepada keputusan ini. Murid
mungkin telah lama telah didedahkan dengan kaedah konvensional dan ini menyukarkan
mereka untuk bertukar kepada kaedah yang berlainan.
Walaupun sedemikian, menggunakan bahan maujud adalah satu alternatif untuk
mempelbagaikan sumber pembelajaran. Kaedah hands-on ini dapat membantu murid
faham dengan lebih lanjut lagi tentang topik yang diajar. Prestasi murid mengikut
kebolehan menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan analisa yang
menggunakan Chi-Square Test. Hasil analisa ini menunjukkan murid yang berada pada
aras kebolehan masing-masing memperolehi markah yang lebih kurang sama berdasarkan
keupayaan masing-masing. Ini bermaksud walau apa pun kaedah yang digunakan murid
yang berada pada aras kebolehan masing-masing akan memperolehi yang lebih kurang
sama. Kaedah bahan maujud bolehlah diintegrasikan ke dalam pengajaran sebagai satu
aktiviti yang boleh meningkatkan pemahaman murid dengan melibatkan semua murid.
Murid yang berada pada aras kebolehan yang lebih tinggi boleh diasuh untuk membantu
murid pada aras yang yang lebih rendah.

16

Dapat disimpulkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah


menggunakan bahan maujud boleh dikatakan sama berkesan atau lebih berkesan dengan
kaedah konventional. Ini kerana selama ini kaedah yang konvensional boleh membuatkan
murid berasa bosan dan kaedah menggunakan bahan maujud boleh membantu murid
berasa seronok dalam pembelajaran mereka. Kaedah bahan maujud juga boleh
menceriakan suasana pembelajaran murid-murid dan mengelakkan mereka daripada
berasa bosan.

17

Bibliografi
Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mook Soon Sang, Siew Fook Cheng, (1986) . Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Noraziah Abd. Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa, Kertas
kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.
Nor Husin, Ab. Rahman Ab. Rashid, (1989) , Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa. Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wong Siew Ping et. al. (2005). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam
Kefahaman Konsep Asas Muzik Berpandukan Komputer, Jurnal MAPERA Jilid
16. Bintangor, Sarawak : Maktab Perguruan Rajang.

18
16

You might also like