You are on page 1of 9

INDIVIDUAL ASSIGNMENT

EBMY3123K KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU SEMESTER JULAI 2021

TAJUK : PENERAPAN MODEL KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN

NAMA PENSYARAH

SITTI SALEHA MD YUUSOF

DISEDIAKAN OLEH: NORFARAH ATIRA BINTI IBRAHIM

RCB191101013 (NO MATRIK)

TARIKH PENGHANTARAN: 30/09/2021


1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi konsep

Ragbir Kaur Joginder Singh (2013) mentakrifkan bahan bantu mengajar sebagai
kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam
bilik darjah. Dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan,
penggunaan bahan bantu mengajar amatlah penting untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan bantu mengajar
dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan membantu untuk
meningkatkan kualiti pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang
guru laksanakan. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar
memainkan peranan yang signifikan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang
diajarkan oleh guru.

Penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid


terhadap isi pelajaran yang guru sampaikan, malahan penggunaan bahan tersebut
dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan juga mampu
meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru. Menurut
Ragbir Kaur Joginder Singh (2013), bahan bantu mengajar dapat menimbulkan
minat dan kesungguhan dalam kalangan murid untuk terlibat secara langsung dalam
pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah.
1.2 OBJEKTIF BBM

Objektif Penggunaan Bahan Bantu Menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu
konsep Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar Menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal Pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri dikalangan pelajar, Mengajar Membina pemikiran yag berterusan
terutama melalui multimedia Membantu perkembangan dan perbendaharaan kata

2.0 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, perlu memastikan bahawa butir-butir


dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan
bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga
memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan
tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan
kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

1) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan
menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-
bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka,
mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

2) Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama


sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.
3) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan


objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat
dikuasai.

4) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal


membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di
samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

5) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan
belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para
pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan
yang baik.
3.0 TEKNIK PEMILIHAN DAN PENILAIAN BBM

. Pemilihan dan penilaian itu sendiri membawa maksud bahawa,dimana konsep


sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan
dengan mata pelajaran. Kata-kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami
oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan
bahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut:

a. Objektif dan matlamat pengajaran bahasa


b. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c. Keadaan pelajar
d. Suasana Pembelajaran
e. Minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan
matlamat pengajaran.

menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu


bahan.Dengan pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang
sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif tersebut.Bahan yang
dipilih hendaklah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga
bersesuaian.

Faktor seperti pengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian


ketika menyediakan bahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah
pelajar,isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula,
rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan
tingkah laku tertentu merupakan konsep yang penting.

Mencabar Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses
pembelajaran iaitu rangsangan pemikiran dan tingkahlaku. bahan-bahan yang
dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mampu mereka
untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar
pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mestilah bahan yang
mengandungi bahan-bahan yang boleh mencabar minda elajar.

Menepati Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan


bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan
pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek
kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran. Bahan Pengajaran
yang diperakui dan menarik
Reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah
disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan
memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi
berfungsi sebagai maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat
menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman

Ciri-ciri bahan yang Mencabar Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak
Bahan yang mudah kepada yang kompleks bahan khusus kepada umum Fakta
terasing kepada bersepadu Bahan kini kepada akan datang Bahan umum
kepada teori Bahan khusus kepada bahan umum Jimat dan Mudah Sekiranya
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidaksemestinya
mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru
contohnya menyediakan bahan yang bagus untuk pelajar. Hal ini akan
membolehkan penjimatan dan mudah di lakukan. Praktikal Bahan yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal
sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana
dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang menarik.

Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selain


daripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali. Mudah
Alih Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa
kemana-mana, dan tidak t erlalu berat atau besar.Pemilihan bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau
sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif
komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran.

Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.
Prinsip berikutnya adalah bahan yang telah dipilih dan diolah,yang mana difikir
sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaan bahan-bahan
pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan pengajaran,
banyak faktor yang harus difikirkan. dalam bahagian ini, aspek kandungan bahan
bahasa yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerna, kandungan yang baik mampu
mengahasilkan kerja yang baik. Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa,
ketepatan, kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai,
standard dan sesuatu yang mudah di dapati.
KESIMPULAN

Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media
dalam pengajaran Sebagai guru pemilihan khas, anda perlu kreatif dan inovatif
menghasilkan bahan bantu mengajar. Oleh hal yang demikian, bahan bantu
mengajar juga berbeza berdsarkan subjek yang di ajar agar ianya berkesan dalam
penggunaannya.

https://drive.google.com/file/d/1KpeKAS0Mo7QhznyViLnYmm65jae3lutW/view?
usp=sharing KREATIVITI VIDEO

https://docs.google.com/presentation/d/14I4fwSn69dtnIMnuXAsWoz4chFq4lQJz/
edit?usp=sharing&ouid=101862768087771339162&rtpof=true&sd=true KREATIVITI
SLAID
BLIBLIOGRAFI

Prinsip Pemilihan Bahan Bantu Mengajar. Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
(2014, July 25). Retrieved September 30, 2021, from
https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2014/07/prinsip-pemilihan-bahan-bantu-
mengajar.html.

Bahan Bantu Mengajar. BAHAN BANTU MENGAJAR ~. (n.d.). Retrieved September


30, 2021, from http://membacaberketerampilan.blogspot.com/2017/12/bahan-bantu-
mengajar_81.html.

Alat Bantu Mengajar ~. Alat Bantu Mengajar. (2012, February 10). Retrieved
September 30, 2021, from http://deeloof90.simplesite.com/.

You might also like