You are on page 1of 24

1.

0 Latar Belakang Pendidikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupan berkait
rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan pendidikan
sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat
menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara
ini.
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem
pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba
dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara.
Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih
menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini,
Dasar Pendidikan Kebangsaan kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci.
Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai dasar
pendidikan kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam
tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalam pendahuluan akta
pelajaran 1961: BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya...
Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan
ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran
yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan sosial,
ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplin serta mematuhi dan
menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi
pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien
1

dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Ketiga pula ialah
memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan
perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai
bahasa pengantar yang utama.
Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara.
Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan
tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis
panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak
Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan
memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada
kemakmuran negara.
Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Untuk
mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara
penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah dan teknik
pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Terdapat
berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah atau teknik
pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses penyampaian
maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran ini ada kelebihan
dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan
sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977) memberikan beberapa faktor
yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru. Faktor
tersebut ialah:
1. Objektif pengajaran.
Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaranpembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini, guru
perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif-objektif
tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat, tetapi kaedah tersebut

mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yang menarik tetapi objektifobjektif pengajaran dicapai agak lambat.

2. Bahan pengajaran dan pembelajaran


Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang
digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran mendengar dan bertutur
dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat
mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu
mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan teknik yang dipilih. Alat bantu
mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih. Misalnya, penggunaan papan tulis
atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat tersebut perlu
diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha, atau akhir pengajaran.
3. Jangka masa pengajaran
Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau 60
hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka
masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa
tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak melebihi masa yang
diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan dalam bentuk
perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa
menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang
sepatutnya.
4. Latar belakang dan jumlah pelajar
Kaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara
yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar.
Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari
penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di peringkat rendah. Jumlah pelajar
dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan.
3

Kelas yang agak ramai jumlah pelajar, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas
dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar
jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih
teknik permainan, pelajar boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan
menjalankan aktiviti masing-masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal.
Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar
atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,
pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik
dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru
perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap
berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan
kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru
boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang
sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan
dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak
kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan
kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru
untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian
sesuatu subjek atau modul.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang
demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya
cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara
mudah dan berkesan.
2.0 Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek
Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru
dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai
model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan
gabungan antara disiplin ilmu.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya
kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar
bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu dan
pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan kreativiti,
malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu
dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.
5

Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih
luas oleh seseorang pelajar.
Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan
akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga dikenal
pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini membuka
peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli
kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus membuat
tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar berkomunikasi di
antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

3.0 Amalan Pengajaran Berasaskan Projek


Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999 sebagai susulan
daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia (Murphy, 2003). Ini
menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam pembelajaran di Singapura telah lama
ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan
ekonomi dan masyarakat negara tersebut.
Manakala di Negara Malaysia kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalam dalam sistem
pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas
pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan
kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih
berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan
pendidikan negara. Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif
RECSAM SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan
pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi, Matematik dan
Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia
dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000). Dalam sukatan
matapelajaran di sekolah banyak unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan
komponen kerja kursus oleh pelajar.
6

Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Bersaskan Projek ini memang telah lama diamalkan dan
merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks
demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk
meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi
kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia
memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan
berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.

4.0 Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek


Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998)

menyatakan strategi ialah prosedur-

prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai
sesuatu tujuan.
Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah
yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat
kembali dan penggunaan maklumat.
Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang
teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk
menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh dibuat
berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru.
Kementerian pelajaran Malaysia melalui Handbook, project Based Learning menekankan
kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar
daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah
melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih pendekatan, kaedah
7

dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai dalam jangka
panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk
pemilihan bahan, masa dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja atau
aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian terperinci
tentang sesuatu bidang atau subjek.
Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi
menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan kecenderungan
orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama tempoh masa yang
lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari sahaja, bergantung kepada
minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya akan
dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan dalam bilik kuliah atau
diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil yang praktik juga
digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek membolehkan pelajar
menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri.
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk Prinsip dan
Amalan Pengajaran, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu
untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan
teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid
dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan
menguasainya secara berkesan.
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan
kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai
hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur
yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran
mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru
8

mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan
cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid, merupakan satu seni yang paling
berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guruguru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna. Kebolehan menggunakan
kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya
satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem
aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan
dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu
yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan
lain-lain yang berkenaan dengannya).
Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku
yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini
menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan
pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang
dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia harus
dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan semua
perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan
pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku
akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran.
Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini
dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik.
Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,
meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,
membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud penyiasatan
untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh individu.
Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian kepada sesuatu
masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja yang berfaedah

boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu
mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang dikehendakinya pada masa itu.
Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat dan
pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses ini
berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,
pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang
akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,
kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan
mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku,
dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.
Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan
kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif
pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satusatu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain,
strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah dan
teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Di dalam bidang
pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar
pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi berasaskan projek dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
5.0 Definisi Pengajaran Berasaskan Projek
.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek
sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta
amalan penerokaan oleh murid.

10

Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh
membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan
berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami
sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama dalam
istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran berasaskan
projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan

pelajar yang melibatkan pelajar

menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru
dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan persekitaran
pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara (Craft, 2000).
Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa lama dan jadual
waktu anjal (Moursund, 2003).
Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan

kreativiti

pelajar

dengan

membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal


(hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan
penemuan.
Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari kepentingan
kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana pemupukan kreativiti
memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan kurikulum dan pedagogi
yang disarankan.
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu
bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan
kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka.
Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi
pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu
(Johnson dan Johnson, 1999).

11

Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi
projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar
mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih
sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini,
projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi
pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi
sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek
selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek
ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi
diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru
dikuasai.
Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran
murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan
aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal yang demikian,
kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja
praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviiti
pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk
mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.
Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik
yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti pembelajaran
selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid
melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran
dengan berkesan.

12

Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan kaedah
yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan
berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja
praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan
minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi
yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan.
Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk
yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara
mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai
pembimbing.

Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu


melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan
dan penanggapan secara berkesan.

6.0 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri.
Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang
merangkumi:

Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai


Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran
Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Menggunakan kaedah pengalaman hands-on
13

Memberi pemahaman yang tinggi


Boleh dirujuk oleh semua pelajar
Melibatkan pelbagai mod komunikasi
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri
Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang

baru dengan yang lama


Pembelajaran merentasi kurikulum
Guru sebagai fasilitator.

Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang
siap.

Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.

Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses.

Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat


dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

Sesuai dengan murid dan kurikulum.

Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

7.0 Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek


Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar
akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi
negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan
utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini
14

membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin
kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah.
alakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru
mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar.
Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang
membebankan.
Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong mereka
belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif
dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam
kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk.
Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif
dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan
projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri
maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti
pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar. Kebiasaannya
guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk
sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika
berhadapan dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran
15

psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi
peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini
juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi
peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan
menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam
berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea
mereka dihargai.
Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti yang
dijalankan bermakna dan berilmiah.
Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar
yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong
pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam
pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan
kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti,
menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan pelajar yang
mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia
memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu
objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa
kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara
berterusan dengan lebih tekun lagi.
Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek,
namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini memerlukan
banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih
banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah
projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal
16

ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan
projek ini.
Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah
mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara
berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia akan
memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang
diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini
kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap
kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman
setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak
menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk
menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang
diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam
memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan
setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap
kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.
Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula
melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan
perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat
projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna,
Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.
Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan
menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek.
Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik
tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini akan
menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak diiktiraf.
Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka
pada masa hadapan.

17

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak kebaikan


kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi

ini lebih menekankan kepada

penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua
belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran
akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding menggunakan cara
pengajaran seperti biasa.

8.0 Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu.
Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek
adalah seperti gambarajah di bawah.

y
n
re
h
a
jk
o
b
m
T
M
u
K
ilg
tsG
Y
p
D
,P
JU
d
A
S
c
B

18

Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek


Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru menyediakan
projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan
tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula
dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan
sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui
proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau
menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal
dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi
makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam
konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek,
murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti
Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Bahasa
Melayu itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana
menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.

Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru perlu
memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.
Perkara tersebut ialah:
19

1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan
kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.
Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul dan
dapat menilai pencapaian mereka.
2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap
kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.
3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan
penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.
4. Lazimnya kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang daripada satu atau dua
waktu pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang dan
menguruskan masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat
dalam bentuk kumpulan kecil wealaupun ada kalanya ia juga dilaksanakan secara
individu. Sama ada secara individua tau kumpulan kecil, murid masih perlu berkolaborasi
dengan orang lain untuk menghasilkan projek berkenaan.
5. Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguhsungguh dan secara mendalam tentang projek berkenaan kerana:
ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang membuatkan murid fokus
dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat,

merefleksi dan sebagainya.


ia membuatkan murid ingin tahu dan memahami konten serta menguasai kemahiran
murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek.
Proses inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat

interpretasi
murid perlu terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar
mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi

seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan)


murid perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan,

memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek
murid berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta

bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif)


melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran
berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau
sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang)

20

6. Apakah peranan guru?


Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan membentuk
persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada
peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat agar
murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk
memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk
menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat
dua jenis rubrik (analitik dan holistik) dan terpulanglah kepada guru, rubrik manakah
yang hendak digunakan berdasarkan kepada tujuan penilaian.
PENILAIAN PROJEK
Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid
mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-ciri
penilaian projek ialah:
-

Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)

Berbentuk jangka panjang

Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar

Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat


jawapan yang benar.

Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam
kumpulan secara koperatif.

Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan

Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan:


-

Kreativiti

kemahiran merancang

integrasi pengetahuan

kebolehan membuat tugasan bersama orang lain


21

pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu

melaksana dan menghasilkan sesuatu

pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

aktiviti yang bermakna

Dengan itu, penilaian projek ini dapat:


-

mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar

memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik

membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik


mungkin.

Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan projek
ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek, bersoaljawab
secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.
9.0 KESIMPULAN
Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan
pelajar

yang

melibatkan

pelajar

menerbitkan

atau

membangunkan

produk

dan

mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini, pelajar
akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktivitiaktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan,
kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya
menimbulkan minat dalam kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam
bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada secara berseorangan
ataupun berkumpulan.
Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah
berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna
kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru
22

memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya
berfokus kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan
projek yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang
dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana, melalui
pembelajaran berasaskan projek, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk dan
melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan dan
produk yang terhasil.

RUJUKAN
Atan Long Ph.D (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ibrahim Saad (1982), Isu Pendidikan Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann
Asia.
Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Henimann (Malaysia) Sdn Bhd
Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi
Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah Kaedah Dan
Strategi. Massa Enterprise.
Mok, Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal 269
Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi
kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 263.
23

Sulaiman Ngah Razali (2001). Pedagogi Teori dan Praktikal. Dewan Bahasa dan Pustaka
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication
& Distrib.
Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.
Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan
Multimedia
Noraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan Praktis.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Dewan Bahasa Dan Pustaka
http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf
http://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550

24

You might also like