You are on page 1of 16

Penghargaan

Saya berasa sungguh gembira dan lega hati serta bersyukur kepada Tuhan kerana
akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk
merakamkan ribuan terima kasih atas bantuan daripada semua pihak.
Pihak yang ingin saya ucapkan ribuan terima kasih adalah pensyarah saya, iaitu Puan
Zaitun Yahya kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sudi berkongsi ilmu
dengan saya supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang banyak kepada ibu bapa
yang dikasihi. Mereka bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada saya malahan
mereka juga menolong saya dari segi kewangan.
Di samping itu, saya juga tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
abang-abang senior dan kakak-kakak senior serta rakan-rakan saya yang bukan sahaja
memberikan maklumat kepada saya, tetapi juga memberi sokongan moral kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini.

SENARAI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

1.

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.

KONSEP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

3.

KONSEP SET INDUKSI

4.

TUJUAN SET INDUKSI

5.

OBJEKTIF SET INDUKSI

6.

PRINSIP-PRINSIP SET INDUKSI

7.

KOMPONEN-KOMPENEN SET INDUKSI

8.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

9.

SET INDUKSI

10.

RUJUKAN

11.

REFLEKSI

MUKA SURAT

1.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan
para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran
yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru
lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu
adalah kaedah.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak
dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam

setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu
ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam
tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah
mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan kaedah, iaitu satu jalan untuk
mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang
terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus
berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru haruslah pandai
memilih kaedah yang baik, sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang
memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan
memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan
lebih lama. Dalam dunia pendidikan, guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Menurut Roestiyah N.K. (1998) cara mengajar yang paling tradisional dan telah lama
dijalankan dalam sejarah pendidikan ialah cara mengajar dengan ceramah. Sejak dahulu lagi,
guru menyalurkan pengetahuannya pada pelajar dengan secara lisan atau ceramah. Model
pembelajaran yang banyak digunakan oleh guru masa kini adalah model pembelajaran
konvensional. Model ini sebenarnya sudah tidak layak lagi kita gunakan sepenuhnya dalam
suatu proses pengajaran. Tapi untuk mengubah model pembelajaran ini sangat susah bagi guru
kerana guru harus memiliki kemampuan dan keterampilan menggunakan model pembelajaran
lainnya.
Menurut Djamarah (1996) kaedah pembelajaran konvensional adalah kaedah
pembelajaran tradisional atau disebut juga dengan kaedah ceramah kerana sejak dulu kaedah
ini telah dipergunakan sebagai alat komunikasi lisan antara guru dengan anak didik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sejarah pembelajaran kaedah konvensional
ditandai dengan ceramah yang diiringi dengan penjelasan serta pembahagian tugas dan
latihan. Jadi kegiatan guru yang utama adalah menerangkan dan pelajar mendengar atau
mencatat apa yang disampaikan guru.
Subiyanto (1988) menjelaskan bahawa, kelas dengan pembelajaran secara biasa
mempunyai ciri-ciri sebagai berikut iaitu pembelajaran secara klasik, dengan pelajarnya tidak
mengetahui apa tujuan mereka belajar dan hanya menerima isi pengajaran yang disampaikan

guru tanpa banyak menyoal. Perkara ini akan menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar.
Dalam masa yang sama ilmu yang diterima tidak akan kekal lama. Bagi membantu menghadapi
masalah yang timbul hasil daripada kelemahan pembelajaran konvensional ini, maka
diperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran berasaskan
masalah. Kaedah ini adalah satu kaedah yang melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat
keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Ia merupakan satu proses pembelajaran
dan pengajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif.
Penyelesaian masalah ialah sebagai satu pembangunan kurikulum dan sistem
pendidikan yang serentak membangunkan kedua-dua strategi penyelesaian masalah dan
pengetahuan disiplin asas dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah (Finkle dan Torp
1955). Ini bermakna melalui proses ini pelajar-pelajar dapat menggerakkan minda mereka
secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka.

2.0 KONSEP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran
dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam
bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid
sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang
Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Elemen Merentas Kurikulum seperti

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan
ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Mata

pelajaran

ini

juga

digubal

ke

arah

membekalkan

tenaga

kerja

yang

berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan
sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa
dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam
zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.
Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di
sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang
berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan
masa akan datang.

3.0 KONSEP SET INDUKSI


Apakh itu set induksi? Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan
sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi
menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Omardin Ashaari (1997)
mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang
dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) pula menyatakan set induksi
ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti
sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Manakala, Mok Song Sang (2001) menyatakan
set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta
menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan
mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu. Tempoh masa bagi setiap set
induksi ini adalah 5minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas. Salah satu cara
adalah dengan menayangkan video yang menarik seperti 'bangau oh bangau' atau tayangan
video lain, dimana tayangan berkenaan mempunyai kaitan dengan isi pembelajaran pada hari
berkenaan.
Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh seorang guru bagi menarik
perhatian pelajar. terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi sesi set induksi ini.

4.0 TUJUAN SET INDUKSI


Terdapat beberapa kepentingan set induksi dilaksanakan oleh guru ke atas pelajar
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kepentingan set induksi antaranya
bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul
minat murid untuk mengetahun pelajaran yang akan disampaikan selepas itu. Set Induksi juga
digunakan bertujuan mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada.
Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik dengan yang dapat menarik perhatian
daripada

pelajar

kepada

pengajaran

yang

hendak

disampaikan

dan

menggalakkan

pembelajaran. Jangka masa yang baik set induksi adalah antara 3 hingga 5 minit.

Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar kepada pelajaran yang
baru , ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar.
Ini bermakna sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, khususnya pelajaran yang
baru perlu menjalankan proses tersebut bagi menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar
tehadap pelajaran yang akan disampaikan. Ransangan ini difikirkan perlu bagi memberikan
keseronokkan serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan disampaikan juga memberi
ruang kesediaan bagi pelajar meneruskan pelajaran.
Set induksi turut berperanan mengubah dan membina aliran serta tumpuan ffikiran
pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru. Ini bermakna pelajar bersedia untuk
menerima perubahan isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada
pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan, kemungkinan tumpuan fikiran
pelajar sedikit sebanyak akan terganggu berbanding jika dilaksanakan aktiviti ini. Justeru, set
induksi dilakukan bertujuan supaya pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan
pelajaran yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya dengan tumpuan
yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.
Seterusnya, set induksi bertujuan member ruang kepada guru melaksanakan sesuatu
tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada perkaitan dengan langkah-langkah
pelajaran yang seterusnya. Setiap aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu
saling berkait bedasarkan pengajarn yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Malah, set
induksi difikirkan penting kerana ia berkemampuan untuk mengaitkan isi pelajaran baru dengan
isi pelajaran lepas serta perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini penting
kerana set induksi berada pada paras yang bosan untuk menerima pelajaran seterusnya yang
akhirnya tumpuan pelajar kepada pengajaran guru turut terjejas.
5.0 OBJEKTIF SET INDUKSI

Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:


i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.

6.0 PRINSIP-PRINSIP SET INDUKSI


Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan
pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i)Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman,
kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

7.0 KOMPONEN-KOMPENEN SET INDUKSI


Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian,
mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.
i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,
menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan
bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya
boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).
iii) Perkaitan Kognitif

Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid
akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang
mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga
terlebih dahulu.
iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara
menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini
setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti.

8.0 KESAN PENGAPLIKASIAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh
guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran
baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana
pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

9.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4

Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

Tahun

4 Cempaka (10 Tahun)

Tarikh

1 APRIL 2015 (Isnin)

Masa

9.00 pagi 10.00 pagi (60 minit)

Bilangan Murid

30 orang (18 lelaki 12 perempuan)

Bidang

Reka Bentuk dan Teknologi

Unit Pembelajaran

Keselamatan dan Organisasi Bengkel

Tajuk Pembelajaran

Peraturan keselamatan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:


a)

Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan

b)

keselamatan diri di bengkel dengan tepat.


Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel.

BBM / Bahan Aktiviti

Slaid power point, dan pemain muzik.

Pengalaman Sedia

i) Murid pernah memasuki bengkel dan


menggunakan alatan dan bahan di dalam
bengkel.
ii) Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan
yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.

Nilai

Kemahiran Berfikir

Kerajinan, kerjasama, berusaha dan berdaya saing.


Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik.

Pendekatan Pengajaran

Langka
h
Set
Induksi
(7
minit)

Pembelajaran secara konstruktivisme.

Isi kandungan

i. Murid didedahkan dengan

peraturan am dan peraturan


keselematan diri semasa
berada di dalam bengkel.

ii. Guru menerangkan


kepentingan mematuhi
keselamatan bengkel.

Langka
h1
(18
minit)

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Peraturan keselamatan
Peratura
n
Keselam
atan Am
Peratura
n
Keselam
atan Diri
Pakaian yang sesuai di
dalam bengkel.
Kotak pertolongan
cemas.

Guru menayangkan video


mengenai:
Perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan semasa berada
di dalam bengkel.
Peraturan yang perlu dipatuhi
oleh murid semasa berada di
dalam bengkel.
Kecelakaan yang akan berlaku
sekiranya tidak mematuhi
peraturan di dalam bengkel.

Guru bersoal jawab dengan


murid mengenai kepentingan
keselamatan di bengkel.

Guru memperkenalkan tajuk


pembelajaran.

Guru menarik perhatian murid


dengan bertanyakan apakah
peraturan yang telah ditetapkan
oleh ibubapa mereka di rumah.

Murid memberi pelbagai


jawapan berkenaan peraturan
yang mereka amalkan di
rumah.

Guru menerangkan peraturan


keselamatan am dan peraturan
keselamatan diri menggunakan
slaid power point dan model
kotak pertolongan cemas.

Guru memberikan lembaran


kerja (Lampiran 1) kepada
murid-murid untuk menguji
tahap kefahaman mereka.

Secara berpasangan, murid


dikehendaki menyenaraikan

Catatan / Nilai /
Kaedah
ABM/Bahan :
Tayangan video.
Nilai :
Kerajinan
Kaedah :
Penerangan.

ABM/Bahan:
Slide power point,
model kotak
pertolongan cemas
dan lembaran
kerja(Lampiran 1).
Nilai : Kerjasama.
Kaedah :
Penerangan dan
perbincangan.
KB : Menaakul,
menjana idea.

sekurang-kurangnya tiga
peraturan keselamatan am dan
tiga peraturan keselamatan diri.

Langka
h2
(15
minit)

Cara menyimpan
alatan dan bahan di
dalam bengkel.
o Panel alatan
tangan.
o Kotak alatan.
o Bahan-bahan di
dalam almari.

Guru meminta beberapa


pasangan murid
membentangkan hasil kerja
mereka di hadapan kelas.

Guru memberikan pujian


kepada pasangan murid yang
dapat melaksanakan tugasan
dengan baik dan kata-kata
semangat kepada pasangan
murid yang kurang berjaya.

Guru menerangkan cara yang


betul menyimpan alatan dan
bahan untuk mengelakkan
kemalangan.

Murid dibahagikan kepada 6


kumpulan untuk melaksanakan
aktiviti melengkapkan panel
alatan tangan.

Guru akan memainkan muzik


dan murid dikehendaki
bergerak dalam bentuk bulatan
secara berkumpulan sambil
memegang kotak ajaib secara
bergilir-gilir.

Apabila muzik diberhentikan,


murid terakhir yang memegang
kotak ajaib di dalam setiap
kumpulan dikehendaki
melengkapkan panel alatan
dengan alatan yang betul.

Setiap wakil kumpulan yang


berjaya meletakkan alatan
pada panel dengan betul akan
diberikan 10 markah dan
kumpulan yang berjaya
memperoleh markah tertinggi
akan menerima hadiah.

ABM/Bahan :
Slaid power point,
model panel alatan
tangan,muzik, kotak
ajaib.
Nilai :
Kerjasama, kerajinan
dan berdaya saing.
Kaedah :
Perbincangan dan
permainan.
KB : Berfikir secara
logik.

Langka
h3
(15
minit)

Membuat penilaian
berkenaan :
Peratura
n
Keselam
atan Am
Peratura
n
Keselam
atan Diri
Cara menyimpan
alatan dan bahan

Penutu
p
(5 minit)

Membuat rumusan
1.
kepentingan mematuhi
peraturan di bengkel dan cara
menyimpan alat dan bahan
dengan betul dan sistematik.

Guru memberikan kuiz kepada


murid yang merangkumi ketigatiga perkara iaitu peraturan
keselamatan bengkel,
peraturan keselamatan diri dan
cara menyimpan alatan dan
bahan.
Secara berpasangan, murid
dikehendaki menyempurnakan
silang kata yang diedarkan oleh
guru dalam bentuk lembaran
kerja (Lampiran 2).

KB : Menjana idea.
Nilai : Kerjasama,
berusaha dan
berdaya saing.
Kaedah :
Perbincangan.

Guru membincangkan jawapan


silang kata bersama muridmurid dan membantu muridmurid yang masih kurang
faham.

Guru membantu murid membuat


rumusan berkenaan peraturan
keselamatan bengkel, peraturan
keselamatan diri dan cara menyimpan
alatan dan bahan.

ABM/Bahan :
Lembaran
kerja(Lampiran 2).

Guru bertanyakan beberapa


soalan kepada murid-murid:

Apakah perkara
yang dipelajari
pada hari ini?
Apakah
peraturan am
dan peraturan
keselamatan
diri?
Bagaimana cara
yang betul untuk
menyimpan
alatan dan
bahan?
Apakah
perasaan murid
pada hari ini?

KB : Menjana idea.
Nilai : Berusaha.
EQ : Ekspresi
perasaan.
Kaedah :
Perbincangan
Catatan:
Guru memberikan
pujian dan kata-kata
semangat kepada
murid-murid..

9.1 SET INDUKSI

Langkah

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Set
Induksi
(7 minit)

1.
i. Murid didedahkan
dengan peraturan am
dan peraturan
keselematan diri
semasa berada di dalam
bengkel.

Guru menayangkan video


mengenai:
Perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan semasa
berada di dalam bengkel.
Peraturan yang perlu dipatuhi
oleh murid semasa berada di
dalam bengkel.
Kecelakaan yang akan
berlaku sekiranya tidak
mematuhi peraturan di dalam
bengkel.

ii. Guru menerangkan


kepentingan mematuhi
keselamatan bengkel.

1. Guru bersoal jawab dengan


murid mengenai kepentingan
keselamatan di bengkel.
2. Guru memperkenalkan tajuk
pembelajaran.

Catatan /
Nilai / Kaedah
ABM/Bahan :
Tayangan
video.
Nilai :
Kerajinan
Kaedah :
Penerangan.

10.0 RUJUKAN
1. https://www.scribd.com/doc/17216720/Proses-Pengajaran-dan-PembelajaranBerkesan
2. http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

11.0 REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah karuniaNya, saya telah berjaya
menyiapkan

tugasan

ini.

Setelah

menghasilkan

tugasan

ini,

saya

telah

mampu

menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan membuat penilaian bagi subjek


Reka Bentuk dan Teknologi.
Selain itu, saya belajar apa itu pengurusan bengkel dan cara-cara megendalikan
bengkel berdasarkan tugasan 1. Melalui tugasan 1 juga saya belajar bagaimana menterjemah
keadaan bilik masakan yang asal ke dalam bentuk pelan. Saya juga belajar ciri-ciri
keselamatan dan pencegahan keselamatan di bengkel
Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana cara hendak mengendalikan set induksi
dengan baik. Melalui tugasan ini, saya juga belajar maksud set induksi dan mengetahui
kepentingan set induksi sebelum memulakan pelajaran.
Saya merasakan tugasan ini amat penting dalam kami menyediakan diri kami sebagai
seorang guru yang mengajar subjek Reka Bentu dan Teknologi kelak. Sekian, terima kasih.

You might also like