You are on page 1of 8

1.

TEORI KEMAHIRAN SET INDUKSI

Definisi Set Induksi

Set induksi ialah satu set pendedahan untuk membuka minda dan menggerakkan struktur kognitif pelajar untuk membolehkan mereka mengikuti proses pembelajaran dengan mudah. Pada peringkat ini, guru akan memperkenalkan Advance Organizer bagi menarik perhatian pelajar. Advance organizer adalah pendedahan awal yang dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar ke arah proses pengajaran yang akan dilaksanakan. Ia bertindak sebagai pembuka jalan dan menghubungkan pengetahuan dan pengalaman lalu pelajar dengan pengalaman-pengalaman baru yang bakal dipelajari (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Set induksi dapat dilakukan melalui pelbagai cara dan tujuan, antaranya ialah menarik perhatian pelajar terhadap perkara yang hendak disampaikan, menyatakan secara langsung atau tidak langsung had tugas yang akan dijalankan, memperkenalkan satu garis panduan sebelum sesuatu pengajaran disampaikan, memberi makna kepada sesuatu konsep atau prinsip baru dan menimbulkan minat dan menggalakkan penyertaan murid-murid (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Dalam erti kata lain, set induksi merupakan satu pendekatan dalam kaedah pengajaran yang berfungsi untuk menarik dan memupuk minat pelajar dalam mempelajari sesuatu subjek.

Set induksi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, pelaksanaan dan penutup. Dalam bahagian pengenalan, guru memfokuskan minda pelajar untuk memberi tumpuan kepada subjek pengajaran. Minda pelajar dibawa daripada perkara-perkara yang sedia ada dalam minda mereka, dan diubah kepada hanya satu perkara, iaitu perkara yang guru ingin pelajar memberikan tumpuan. Dalam bahagian pelaksanaan, guru mengemukakan soalan-soalan kepada pelajar untuk dijawab dan jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin diajar dan di sinilah ketikanya prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu dari yang diketahui oleh pelajar kepada yang belum mereka ketahui, dari yang dekat kepada pelajar kepada yang jauh dan dari yang sedia dialami oleh pelajar kepada yang belum dialami. Dalam bahagian penutup, setelah guru memberitahu pelajar apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari, guru hendaklah menyatakan kepada pelajar apakah objektif yang telah disediakan, supaya pelajar mengetahui daripada awal lagi sebelumnya pelajaran tamat dan menjadi garis panduan di minda pelajar supaya mereka boleh mengetahui apakah yang dikehendaki guru hasil daripada pengajaran dan pembelajaran itu. (Sumber daripada 1

http://cikguonline.com/index.php?

showtopic=258).

Pernyataan

tersebut

menekankan

pengaplikasian tiga bahagian dalam sesi penggunaan set induksi oleh guru di dalam kelas. Pengenalan pengajaran yang baik akan hanya diperoleh jika mematuhi prinsip-prinsip seperti berikut iaitu permulaan pengajaran hendaklah bermakna kepada pelajar. Ini biasanya ditegaskan daripada segi umur, kebolehan, minat dan pengalaman. Permulaan pengajaran hendaklah mempunyai hubungan dengan isi dan objektif pengajaran. Selain itu, permulaan mestilah berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Permulaan harus disampaikan dengan suara jelas dan menarik dan dilakukan dalam keadaan pelajar telah cukup bersedia (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).

Kepentingan dan Fungsi Set Induksi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Fungsi penggunaan set induksi dalam bilik darjah ialah untuk menyediakan pelajar untuk aktiviti seterusnya (Sumber daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn.pnp/pro

transisi/ptgp_unit4b.pdf). Ini disebabkan set induksi berperanan menarik minat pelajar dan seterusnya mengekalkan minat pelajar untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang seterusnya oleh guru. Set induksi mampu mencetuskan minat dan sifat ingin tahu pelajar terhadap apa yang bakal diajar oleh guru.

Terdapat beberapa cara untuk membina aliran pemikiran pelajar dalam set induksi iaitu melalui penggunaan kiasan dan soalan-soalan yang mencabar (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Kemahiran generik juga diterapkan dalam set induksi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) seperti menganalisis maklumat dan kecerdasan pelbagai seperti kecerdasan interpersonal diaplikasikan (Sumber daripada Portal Pendidikan Utusan). Penggunaan set induksi membantu pelajar menganalisis maklumat yang cuba disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Salah satu fungsi utama set induksi ialah untuk menarik perhatian pelajar. Oleh sebab itu sekiranya guru ingin menggunakan media pengajaran seperti peralatan, carta atau gambar rajah, guru diharap dapat memastikan bahan dapat menarik perhatian pelajar. Ini bererti guru mestilah menyediakan sesuatu yang dapat mengejutkan mereka, seperti sesuatu yang sebelum ini mereka tak pernah lihat bergantung kepada kreativiti guru (Sumber daripada http://cikguonline.com/index.php? showtopic=258). Pernyataan tersebut jelas membuktikan fungsi utama penggunaan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran. 2

Kesimpulan

Peranan utama set induksi telah dibuktikan bahawa ia mampu menarik perhatian pelajar dan menggerakkan struktur kognitif pelajar. Ia adalah sesuai diaplikasikan sebagai salah satu strategi pengajaran yang berkesan dan mampu mempengaruhi pencapaian pelajar sekiranya diaplikasikan dengan kaedah yang betul. Ini dibuktikan melalui set induksi membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik iaitu pelajar memperoleh prestasi yang lebih baik. Hasil daripada kajian mendapati pembelajaran menggunakan set induksi menunjukkan kesan yang positif iaitu terdapat peningkatan pencapaian pelajar Tingkatan 4 pada kemahiran berfikir aras tinggi.

Ini menunjukkan penggunaan set induksi sangat sesuai bagi menggerakkan struktur kognitif pelajar dan berupaya meningkatkan pencapaian pelajar melalui hasil analisis ujian-t yang telah dijalankan. Ini menyokong pernyataan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah mencabar dan menggalakkan pelajar berfikir (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Guru yang kreatif dan inovatif diperlukan bagi menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui kepelbagaian penggunaan set induksi serta berupaya meningkatkan mutu pencapaian pelajar dalam akademik. Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa dengan penggunaan set induksi memberi kesan yang positif kepada pelajar dan guru kerana guru mampu memantapkan lagi strategi pengajaran di sekolah.

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : : : : : Jumaat 29 Februari 2014 2 Bestari Sejarah Bab 5 : Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Hari Tarikh Tingkatan Subjek Tajuk

Bil. Pelajar : Tahap Kebolehan Pelajar : Masa Set Induksi : Pengetahuan Sedia Ada :

45 orang Sederhana 10 minit 1. Penjajahan British di Tanah Melayu. 2. Pencerobohan Di Lahad Datu 1. Kepingan gambar digunakan untuk Set Induksi iaitu Gambar Kawasan kepentingan Syarikat Borneo Utara British (SBUB), Logo SBUB, Lembaga Pengarah SBUB dan gambar Sultan Jamalul Kiram III. 2. Video Set Induksi.

Bahan Bantu Mengajar

Penilaian Sikap Nilai

: :

Pemerhatian Keberanian, bekerjasama, patuh pada arahan. Perhatian, teliti, tekun. Meneroka bukti, membuat rasionalisasi, kemahiran berfikir secara kreatif. Komunikasi dua hala dan perbincangan kumpulan (Konstruktivisme).

KBKK

Pendekatan P&P

Langkah/ Masa

Isi Kandungan 1. Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menarik minat pelajar keatas tajuk yang akan di ajar.

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar 1. pelajar menjawap salam dan membaca doa bersamasama. 2. Pelajar mendengar dengan teliti arahan guru dan menyusun meja dan mengutip sampah.

Catatan

Set Induksi (10 minit)

1. Guru memberi salam dan bersama-sama membaca doa belajar bersama pelajar.

Strategi: Pemusatan guru dan pemusatan pelajar. Kaedah: Penerangan, soal jawab. ABM: Gambar 1,2,3, dan 4.

2. Guru meminta pelajar mengemaskan meja dan mengutip sampah dengan berpantun.

3. Guru menayangkan video klip

3. Pelajar melihat dengan tekun. 4. Pelajar cuba menjawap soalan yang diutarakan oleh guru.

4. Guru Bertanya beberapa soalan kepada pelajar berdasarkan video yang ditayang dengan menggunakan slide show dan beberapa keping gambar.(Lampiran 1,2,3,4,dan 5) 5. Guru memberitahu pelajar tajuk yang akan diajar. 6. Guru menerangkan beberapa objektif pembelajaran kepada pelajar.

KBKK: membentuk kefahaman, menjawab soalan. Nilai:

5. Pelajar mendengar dengan teliti. 6. Pelajar mendengar dengan teliti.

Perhatian, teliti, keberanian, tekun.

3.0

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang cuba dilaksanakan di dalam set induksi ini ialah guru memulakan dengan memberi salam kepada pelajar dan seterusnya pelajar menjawab salam dan membaca doa Penerang Hati, tujuannya di sini adalah untuk melatih pelajar supaya menghormati guru dengan menjawab salam dan mendidik rohani pelajar-pelajar dengan membaca doa. Seterusnya guru cuba untuk mendidik pelajar supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelas dengan meminta pelajar mengemaskan semula meja dan mengutip sampah yang berada di lantai, untuk menarik perhatian pelajar guru meminta dengan cara berpantun. Cikgu kacak idaman Semua, Bijak berbicara bagaikan raja, Cikgu lihat sudah tunggang langgang semua, Molek kiranya kita kemas sama-sama

Seterusnya guru menayangkan sebuah video klip yang telah disediakan oleh guru bagi tujuan set induksi kepada pelajar, video ini akan menyebabkan pelajar tertanya-tanya tajuk yang akan dipelajari oleh mereka kerana video ini membawa pelajar sedikit-sedikit memahami tajuk yang akan di ajar oleh guru. Di dalam video ini juga terdapat soalan-soalan yang menyebabkan pelajar berfikir untuk mengingat kembali pengetahuan sedia ada mereka. Guru akan mengeluarkan beberapa keping gambar yang sama di dalam video untuk memulakan soal jawab, jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar sebenarnya menjurus kepada tajuk yang akan diajarkan oleh guru. Setelah itu guru akan memberitahu tajuk pembelajaran pada hari tersebut kepada pelajar dan seterusnya menerangkan beberapa objektif pelajaran yang disediakan oleh guru.

Rujukan

Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

LAMPIRAN

Lampiran 1

Lampiran 2

Jamalul Kiram III : Keturunan Sultan Sulu Lampiran 3

Logo Syarikat Borneo Utara British

Lampiran 4

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Borneo Utara British.

Ketua Tempatan bersama-sama wakil Syarikat Borneo Utara British

Lampiran 5

Kawasan Berkepentingan Syarikat Borneo Utara Bristish

You might also like