You are on page 1of 24

PERANCANGAN LANGKAH

PENGAJARAN
• PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
PENGENALAN
PERANCANGAN LANGKAH PENGAJARAN
• Kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana
ia merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar.
Guru akan menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat
(berpusatkan guru) atau pendekatan perubahan konsep (berpusatkan
pelajar).
• Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang
akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang
berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang
berlainan.
• Terbahagi kepada dua iaitu:
1. Pembelajaran berpusatkan guru
2. Pembelajaran berpusatkan murid
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• merupakan satu pendekatan pengajaran di mana aktiviti kelas
tertumpu hanya kepada guru. Guru mempunyai kuasa dan mengawal
sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka
sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mmpunyai lebih
pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau
pengalaman hidup mreka sendiri.
• Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan
perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika
luas pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas dan panjanglah
penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya.
• dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana kaedah
ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era
sebelum merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai
banyak pengetahuan sendiri dan mengharapkan guru menyampaikan
maklumat sepenuhnya.
• Keadaan capaian maklumat yang terhad kerana sumber yang
terhad, maka kaedah ini amat sesuai digunakan oleh guru. Begitu juga
jika ianya berlaku pada era selepas merdeka, masih terdapat sekolah
yang tidak mempunyai banyak kemudahan bagi capaian maklumat
seperti di pedalaman seperti televisyen dan internet, maka kaedah ini
lebih sesuai digunakan oleh guru.
• Ada waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan
guru, ini berdasarkan kepada ciri pelajar, suasana persekitaran dan isi
kandungan pelajaran.
• Ciri-ciri pendekatan berpusatkan guru:
1. Guru memainkan peranan penting.

2. Komunikasi sehala di mana guru yang banyak bercakap.

3. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai


murni atau perkembangan emosi.

4. Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran adalah


berbentuk mengingat isi pelajaran.
Strategi Pengajaran (Berpusatkan Guru)
• disebut sebagai strategi pengajaran langsung, Direct Instruction.
• guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif
atau boleh juga disebut sebagai komunikasi satu hala (guru sahaja
bercakap).
• guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu
pengetahuan. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi
mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka.
Murid hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa
yang telah diajarkan kepada mereka.
Kaedah pengajaran berpusatkan guru:
1. Demonstrasi – satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu
cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid.

2. Soal jawab – merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid
kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid mengingat
kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid.

3. Bercerita – guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan


objektif pembelajaran dan pengajaran.
• Daripada strategi-strategi tersebut, beberapa ahli akademik berpendapat
bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah:
Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum yang
membolehkan mereka berfikir secara kritikal
Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai
kejayaan akademik.
Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru
dalam proses perkembangan berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan
Motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian diberi kepada murid di
mana ia akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta
menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.
Segala hasil kerja murid akan dinilai sepenuhnya oleh guru.
• Sebelum strategi ini digunapakai dalam pengajaran, guru terlebih dahulu
harus memastikan murid-murid telah diajarkan perkara-perkara asas
sebelum masuk ke konsep yang baru. Sebagai contoh, sebelum guru masuk
ke tajuk tayammum, guru harus memastikan murid telahpun diajarkan
tajuk bersuci dan berwudhu supaya pelajar lebih dapat memahami konsep
tayammun dengan lebih tepat dan mendalam.
• Kaedah tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru
kerana ia didapati tidak berkesan dalam proses P&P bagi murid
generasi kini yang rata-rata lebih mendahului pengetahuan guru dan
mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid merasa
bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau
melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja. Tidak
dinafikan cara ini boleh menyebabkan mereka mudah bosan, mereka
lebih tahu banyak dan boleh mendorong mereka ponteng kerana bagi
mereka, sekolah adalah tempat yang bosan kerana semua topik telah
mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber lain selain
daripada guru.
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
• memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai
individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, tentang pengetahuan dan
apa yang ingin mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina
pengetahuan dan persekitaran positif.
• Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan
guru lebih banyak mendengar pandangan murid. Pelajar juga akan
melibatkan diri secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka
sendiri.
• pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia
ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup,
pemerhatian atau pembacaan daari sumber selain buku pelajaran.
• Dalam era pmbangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada
sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar ‘kosong’.
• Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih dahulu
akan menimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik
itu. Maklumat yang salah atau salah faham akan diperbetulkan
melalui perbincangan dan sumbang saran. Kaedah ini lebih mudah
digunakan jika guru mahu menegur sesuatu fakta yang negatif yang
sering disalah ertikan oleh pelajar yang masih belum matang
pemikirannya.
• Kaedah ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara
guru dan pelajar seterusnya dapat membina satu hubungan yang
erat antara guru dan pelajar. Guru lebih mudah mendekati pelajar
dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru mengenai perkara
yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka akan
sama dan tidak berlainan daripada logik akal biasa.
Strategi Pengajaran (Berpusatkan Murid)
• Strategi bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak
langsung. Strategi berpusatkan murid mengalih peranan guru daripada
tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator.
• Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif
dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus,
membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi
pembelajaran.
• Secara automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan
menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai asas (teknik
scaffholding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif
dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain. Penekanan tersebut
membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri dan
mengikut kadar kemampuan kendiri.
• Bagi melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan
beberapa perkara berikut:
Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep
Guru perlu mengambilkira tentang keperluan individu murid seperti tahap
intelektual dan emosi
Keperluan sosial murid: bolehkah mereka berkolaborasi, berkomunikasi
sesama mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam proses pembelajaran
mereka.
• Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada
pembelajaran yang akan memberikan pengalaman yang bermakna
kepada murid. Guru dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang
duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan pelajar aktif
melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi fasilitator dan
pembimbing yang aktif.
• Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid akan memperolehi
pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan
pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid.
• Pembelajaran berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab
ke atas pembelajarannya. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus
dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar
pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam.
• Kaedah ini juga melibatkan interaksi sosial yang tinggi menggunakan
sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber rujukan serta
menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
• Beberapa rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran
berpusatkan murid iaitu:
Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif
Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman lebih mendalam
Meningkatkan tanggungjawab murid
Meningkatkan autonomi murid
Saling bergantung antara guru dan murid
Saling menghormati antara guru dan murid
Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru dan murid.
PERBEZAAN DI ANTARA KAEDAH PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU DAN
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID.
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

 Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan  Guru sebagai fasilitator


bidang tertentu.  Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat
 Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan
sebagai sesuatu yang penting. mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan  Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu,
pembelajaran. kumpulan dan kelas.
 Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu  Melibatkan pelajar dalam membentuk proses
mengajar yang akan digunakan dalan P&P. pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan
 Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian kelemahan pelajar.
terhadap prestasi pelajar.  Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang
 Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
kelas.  Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
 Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira. bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
 Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara
guru dan pelajar.
 Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif
 Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan
pantauan dan panduan guru.
Sambungan…

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID


 Contoh kaedah yang digunakan oleh guru: Kuliah  Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas:
masteri, demonstrasi, dan bercerita, latih tubi Sumbang saran dan debat
 Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar  Main Peranan, kerja lapangan dan projek.
dan menyalin dalam buku  Pelbagai sumber rujukan – ensiklopedia, internet,
 Satu sumber rujukan – buku teks pemerhatian
 Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas  Lokasi pembelajaran yang pelbagai – makmal
 Penerangan dan membuat latihan komputer, padang sekolah, dewan
 Memberikan dan menyampaikan maklumat  Penerangan dan praktikal
 Mengajarkan prosedur (SOP)  Pengajaran oleh rakan sebaya
 Membina kemahiran langkah demi langkah  Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti
berkumpulan kecil
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
Pembelajaran Berpusatkan Guru
Kebaikan
• Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru,
ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan
yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru
menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia
tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba
diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia bagus untuk
meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut.
• Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan
murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan
agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat
sedia ada dan pengalaman lalu.
Kelemahan
• Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi
iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan
guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara
terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid
mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir
secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar
atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya
boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh
digunakan oleh guru ketika mengajar.
Pembelajaran berpusatkan murid
Kebaikan
• Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran
mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid
dan bukan dipaksakan oleh murid. Guru berperanan sebagai
pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya
kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran
menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan
berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan
luas.
Kelemahan
• Antara kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat
tumpuan pembelajaran. Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang
optimal akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan
dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu
berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya dan
kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di
kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi
semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Kesimpulan
• Pertikaian penggunaan kedua kaedah ini banyak dilakukan di kalangan
ahli-ahli akademik. Jika pencarian sumber pengajaran berpusatkan
guru, perlu diakui bahawa kaedah ini dianggap ketinggalan zaman dan
tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini. Walau bagaimanapun, bukan
semua mata pelajaran sesuai menggunakan sepenuhnya kaedah
pengajaran berpusatkan murid.
• Shamsina Shamsudin dalam blog perkongsian ilmunya, mencadangkan
bahawa gabungan kaedah antara keduanya (berpusatkan guru dan
berpusatkan murid) adalah lebih dominan bagi mencapai objektif domain
kognitif, afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang dicadangkan
adalah kaedah penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara (berpusatkan
guru), sumbangsaran (berpusatkan murid), amali (berpusatkan murid),
simulasi (berpusatkan murid), dan penyelesaian masalah (berpusatkan
murid).
• Penggabungan kedua kaedah ini menjadikan kedua pihak guru dan
murid dapat sama-sama memperkuat dan menambah pengetahuan
dan pengalaman yang baru setiap kali selesai pembelajaran.
Mahupun begitu jika diperhatikan guru-guru yang sudah
berpengelaman lama dalam P&P, dan merupakan seorang guru
cemerlang, mereka banyak menggunakan penggabungan kedua
kaedah ini. Meskipun begitu, secara amnya, pengajaran berpusatkan
murid lebih diiktiraf pada masa kini.
• Maka, guru seharusnya sedar dan bersedia dari segi pengetahuan,
kemahiran dan daya kreatif mereka bagi merealisasikan perbezaan
hasil yang diperolehi pelajar jika guru menggunakan kaedah
pengajaran berpusatkan murid bagi melahirkan murid yang benar-
benar berkualiti dan mencapai matamat Falsafah Pendidikan Negara.

You might also like