You are on page 1of 2

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, pendidikan yang berasal dari kata dasar, “didik” membawa maksud

perihal atau perbuatan mendidik, pengetahuan mendidik, pengasuhan dan tarbiah. Istilah pendidikan
dalam bahasa Inggeris ialah education yang bermaksud pendidikan atau latihan. Imam al-Ghazali
menyatakan pendidikan ialah memperkembangkan bakat dengan cara menghindarkan segala
penghalang atau rintangan. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu yang akan dibincangkan oleh saya
bermula sebelum era penjajahan, ketika penjajahan, pra-kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.

Pendidikan Sebelum Era Penjajahan:


Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, pendidikan orang Melayu banyak dipengaruhi
oleh adat resam dan budaya masyarakat setempat yang dikenali sebagai pendidikan tradisional.
Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ibu bapa anak-anak atau ahli agama dalam membentuk
perkembangan mereka ketika itu. Selain itu, pendidikan pada zaman tersebut boleh dibahagikan kepada
lima iaitu: pendidikan agama, madrasah, pendidikan tidak formal, pendidikan istana dan penglipur lara.
Pendidikan mengenai agama banyak dilakukan di masjid dan surau yang mana kaedah pembelajaran
melalui guru agama dan penghafalan ayat-ayat Quran manakala sistem pendidikan di madrasah lebih
teratur dan moden.
Pendidikan tidak formal pula berlaku secara tidak langsung dalam kehidupan seharian seorang anak
melalui ibu bapa atau orang yang lebih tua iaitu kemahiran berkebun, bertukang dan seni
mempertahankan diri. Di samping itu, pendidikan istana menyediakan pendidikan agama Islam yang
pada awalnya hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Sultan akan menyediakan satu ruangan di
istana bagi membolehkan pengajaran agama disampaikan dan kebanyakan buku-buku agama dalam
bahasa Arab diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi untuk kegunaan
penduduk ketika itu. Manakala pendidikan secara penglipur lara pula adalah kaedah pembelajaran
melalui koleksi cerita yang diceritakan menggunakan kaedah lisan serta mengandungi pengajaran dan
nilai-nilai murni untuk mempengaruhi akhlak pendengarnya.

Pendidikan ketika era penjajahan


Malaysia yang merupakan Tanah Melayu suatu ketika dahulu telah dijajah oleh pihak British yang
menyebabkan institusi pendidikan dibahagikan mengikut kaum. Sistem pendidikan berasingan ini bukan
sahaja menghalang interaksi etnik dan masyarakat majmuk, malahan mobiliti sosial orang Melayu, iaitu
sebagai penduduk peribumi Tanah Melayu ketika itu. Penjajah British telah melaksanakan sistem
pendidikan berdasarkan bahasa Inggeris di mana semua sekolah perlu menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama. Hal ini membuatkan ramai orang Melayu ketika itu tergugat kerana tidak mahir
menggunakan bahasa Inggeris dan mereka disekat daripada memasuki ke sekolah Inggeris. Hanya
pelajar daripada golongan bangsawan dan atasan sahaja yang layak untuk belajar di sekolah Inggeris.
Ketika itu, sistem pendidikan tidak seimbang dan memberi kesan positif kepada para pelajar kerana
pihak British hanya mementingkan ekonomi dan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Di samping itu, sekolah vernakular yang telah ditubuhkan oleh pihak British telah memisahkah orang
Melayu, Cina dan India dan menyebabkan hubungan antara mereka semakin renggang. Sekolah
vernakular telah dibahagikan kepada kaum Melayu, Cina dan India mempunyai kepentingan tersendiri
yang mana sekolah vernakular hanyalah untuk sebuah kaum sahaja seperti sekolar vernakular Melayu
hanya untuk orang Melayu sahaja. Pihak British dianggap zalim ketika itu kerana hanya menyediakan
sekolah vernakular untuk Melayu dan India di tahap sekolah rendah sahaja manakala sekolah
vernakular untuk kaum Cina disediakan dari sekolah rendah ke tahap sekolah menengah. Lepasan
sekolah vernakular Melayu pula hanyalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di tahap paling
rendah.
Tanah Melayu juga tidak terlepas daripada penjajahan Jepun pada tahun 1941 hingga tahun 1956 yang
mana pendidikan untuk orang Melayu dan India ditambah lagi dengan bahasa Jepun. Pendidikan
mengikut kaedah pihak Jepun telah menggantikan sekolah vernakular Melayu dan Inggeris kepada
sekolah yang menekankan lagu klasik serta kebudayaan Jepun.

Pendidikan ketika Pra-Kemerdekaan


Laporan pendidikan yang pertama telah dihasilkan iaitu Laporan Barnes 1950. Laporan tersebut
mengemukakan cadangan agar sekolah kebangsaan diwujudkan demi menjamin keharmonian dan
perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Bagaimanapun kaum Cina merasa
tergugat dengan desakan tersebut lalu menerbitkan Laporan Fenn-Wu 1951 bagi menjamin kedudukan
kaum tersebut. Setelah itu, Ordinan Pelajaran 1952 diterbitkan hasil daripada Laporan Barnes 1950 dan
Laporan Fenn-Wu 1951 yang mana fungsinya adalah untuk mengkaji kedua-dua laporan pendidikan
tersebut.

Pendidikan Selepas Kemerdekaan


Selepas Tanah melayu mencapai kemerdekaan, pendidikan telah diberikan perhatian supaya dapat
mencapai matlamat utama kemederkaan iaitu perpaduan antara kaum. Penyata Razak 1956 yang telah
dimaktubkan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak setelah Parti Perikatan
mencapai kejayaan dalam pilihan raya pada tahun 1955 dengan inisiatif membawa perubahan dalam
sistem pendidikan ketika itu. Penyata Razak dilihat sebagai dokumen yang menjadi kayu ukur terhadap
kemajuan pendidikan kerana syor dan cadangan yang dibawa sangat menguntungkan kepada semua
pihak dari aspek pendidikan seperti peluang pelajaran diperluaskan sehingga ke peringkat lebih tinggi
serta aliran sekolah dipelbagaikan.
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran iaitu Laporan Rahman Talib telah ditubuhkan
untuk mengkaji semula polisi pendidikan serta kesan-kesan pelaksanaan sebagaimana yang termaktub
dalam Penyata Razak 1956. Selain itu, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
dikuatkuasa oleh pihak kerajaan melalui Akta Pelajaran 1961. Kedua-dua laporan pendidikan tersebut
telah menjadi perintis kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah serta
wujudnya sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan.

Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perkembangan dan perubahan


bermula dari zaman penjajahan sehingga selepas kemerdekaan. Perkembangan sistem pendidikan
dilihat seiring dengan perkembangan masyarakat yang saban hari mementingkan pendidikan dalam
memenuhi dasar negara yang ditambah baik untuk kepentingan rakyat. Perubahan dalam sektor
pendidikan mencerminkan perkembangan nilai ilmu pendidikan dalam sesebuah negara khususnya
Malaysia.

You might also like