You are on page 1of 6

Berdasarkan petikan yang telah diberikan, petikan tersebut telah memberi gambaran tentang apa

kesan daripada campur tangan pihak British dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Menurut
petikan Ibrahim Saad (1986), dasar pendidikan terutamanya sistem persekolahan ketika zaman
penjajahan British tidak memberi impak yang baik lebih-lebih lagi dari segi perpaduan dan
keberkesanannya kerana mereka mementingkan kemajuan ekonomi dan kedudukan mereka sahaja.
Telah jelas dinyatakan bahawa kerana mereka memikirkan keuntungan untuk diri mereka, rakyat
yang berada di Tanah Melayu diperjudikan. Dasar mereka itu benar dan kelihatan baik di mata orang
di Tanah Melayu ketika itu, hakikatnya mereka cuba untuk memecah belahkan kaum dengan
membuat jurang melalui sistem persekolahan dimana wujud sekolah vernakular yang memang jelas
berbeza mengikut kaum masing-masing serta permisahan tempat tinggal yang amat ketara
populariti kaum di sesebuah tempat.

Terdapat beberapa sekolah yang telah diwujudkan ketika zaman penjajahan Brirish di Tanah Melayu
iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil, sekolah Inggeris dan sekolah agama madrasah. Dasar
yang digunakan dalam bidang pendidikan yang digunakan oleh pihak Inggeris ketika itu merupakan
dasar laissez-faire di mana sekolah-sekolah ini mempunyai cara-cara dan struktur sendiri dalam
pengajaran dan pembelajaran tanpa campur tangan dari mana-mana pihak kecuali yang berkenaan.

Sekolah vernakular Melayu diperkenalkan iaitu sekolah-sekolah telah di bina di Bayan Lepas dan
Teluk Belanga. Sekolah vernakular Melayu mengfokuskan kurikulum berasaskan kurikulum
vokasional di mana orang Melayu boleh belajar dalam bentuk kemahiran seperti bertani, ilmu
memasak, membuat bakul dan lain-lain. Oleh kerana pihak British amat menegaskan bahawa hidup
orang Melayu seharusnya tidak diganggu, maka orang Melayu hendaklah kekal berada di kampung
mereka dan teruskan hidup mereka dengan bercucuk tanam, bertukang atau menjadi nelayan. Pihak
British juga sebolehnya akan memastikan orang Melayu tidak berpindah ke kawasan perlombongan
atau ladang supaya perpaduan tidak dapat dipupuk dan bagi memastikan orang Melayu hanya
sekadar bijak dalam kemahiran tertentu sahaja supaya tidak bangkit menuntut hak mereka
kemudian hari. Seterusnya pula, sekolah vernakular cina juga diwujudkan bertujuan untuk
memelihara warisan budaya dan bahasa mereka di negara yang bukan negara mereka. Mereka telah
dibekalkan buku-buku teks serta guru-guru yang datang dari negara China. Di sekolah ini, tidak
seperti orang Melayu, orang Cina diajarkan bahan-bahan berteraskan budaya mereka secara
hafalan, mengira dengan cepua dan belajar menulis tulisan Cina dan orang Cina telah menjadikan
sekolah-sekolah ini sebagai tempat menyebarkan antikerajaan British. Sekolah vernakular yang
ketiga merupakan sekolah vernakular Tamil di mana sekolah vernakular Tamil hanya menyediakan
sukatan pembelajaran yang dibawa msuk dari India. Bahasa pengantar yang telah digunakan di
sekolah tersebut merupakan bahasa Tamil dan ditubuhkan di kawasan-kawasan ladang dan sekolah
ini hanya menyediakan sukatan pelajaran pendidikan rendah sahaja.

Di samping itu wujudanya juag sekolah Inggeris dimana sekolah ini mengguna bahasa pengantarnya
bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekolah ini selalunya berada di bandar-bandar utama di Negeri Selat
dan Negeri Melayu Bersekutu. Ketika itu, kerajaan sebolehnya tidak mahu pendidkan Inggeris deiber
secara berlebihan kepada sama ada orang Melayu, Cina mahupun India tetpi orang Melayu memilih
untuk menghantar anak anak ke sekolah-sekolah Inggeris jika nak dibandingkan ke sekolah
vernakular Melayu terutamanya mereka yang berketurunan bangsawan sehinggalah pihak British
memulakan dasar terbuka dimana anak-anak Melayu tidak mengira status dibenarkan bersekolah di
sekolah Inggeris. Tambahan pula, terdapat satu jenis sekolah yang telah diwujudkan yang
berfokuskan pengajaran dan pembelajaran agama Islam yang digelar sebagai sekolah agama
madrasah. Memandangkan ada sesetengah pihak beranggapan bahawa sekolah vernakular Melayu
dan sekolah Inggeris merupakan platform penyebaran ideologi sekularisme maka Kaum Muda yang
merupakan sebuah persatuan gerakan telah mewujudkan sekolah-sekolah agama madrasah yang
bersifat lebih kini di serata Tanah Melayu. mereka telah memberi tumpuan terhadap organisasi
supaya menjadi lebih sistematik namun hasrat membina masyarakat Islam yang moden, rasional dan
progresif tidak tercapai atas beberapa faktor yang tidak ditekankan sepanjang sekolah-sekolah ini
beroperasi. Beralih pula, kearah Sabah dan Sarawak, tedapat sekolah-sekolah vernakular
diwujudkan, namun tidak diberi perhatian sepenuhnya hal ini oleh kerajaan British. Walaupun
begitu, usaha menubuhkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman masih ada dan telah pun
dijalankan oleh pendakwah Kristian.

Terdapat beberapa faktor yang dapat diulas dalam perbincangan ini iaitu yang pertamanya
merupakan faktor politik. Umum mengetahui bahawa kewujudan sekolah vernakular di Tanah
Melayu semuanya bermula dari penjajahan pihak British ketika itu. Ia bermula ketika British mulakan
gerakan mereka dengan campur tangan Inggeris pada tahun 1786 iaitu bermula dengan penaklukan
Pulau Pinang, diikuti Singapura pada tahun1819 dan Melaka pada tahun1824. Oleh kerana pihak
British mempunyai matlamat yang besar untuk memperluaskan kuasanya juga tidak mahu
memperuntukkan wang untuk perkembangan sistem pendidikan, maka bermulalah campur tangan
pentadbiran di negeri Perak pada tahun1874 serta sebahagian Kepulauan Borneo Utara dan Sarawak
(1888) serta seluruh Semenanjung Tanah Melayu (1914) membawa satu tujuan yang pasti iaitu demi
menguasai perdagangan emas, timah, penerokaan kawasan ladang kopi dan getah serta
memonopoli laluan perdagangan Timur-Barat.

Faktor kedua yang boleh dikatakan merupakan faktor ekonomi. Ketika itu kerajaan British telah
mengambil kira pelbagai aspek demi menstabilkan ekonomi mereka. Bermulanya dengan kemasukan
orang Cina ke Tanah Melayu secara kelompok kecil dan mereka ini telah bekerja dalam sektor
perlombongan milik pembesar Melayu serta berniaga. Pada pertengahan abad ke 19, kemasukan
orang Cina secara beramai-ramai telah dilancarkan demi peluang pekerjaan yang mereka idami.
Mereka juga diberikan kelonggaran untuk membuka sekolah menengah dan sekolah rendah sendiri
manakala masyarakat India seperti peniaga-peniaga rempah dan buruh-buruh pula mula memasuki
Tanah Melayu. Tidak seperti masyarakat Cina, masyarakat India tidak berminat untuk menubuhkan
sendiri sekolah-sekolah Tamil dan akhirnya sekolah-sekolah vernakular Tamil ditubuhkan atas usaha
pemilik-pemilik ladang berbangsa Inggeris. Bukan itu sahaja, kerajaan British telah mewujudkan Free
Schools dan terbuka kepada murid pelbagai bangsa bagi memenuhi kekosongan keperluan mereka
mencari kerani dan pegawai-pegawai pentadbir rendah. Tidak dilupakan bahawa penjajah-penjajah
British ini mempunyai sikap kapitalisme dimana mereka bukan sahaja menginginkan kestabilan
ekonomi dicapai, mereka juga menginginkan peraihan sumber-sumber ekonomi dengan segera. Oleh
itu kemasukan bangsa Cina dan India ketika itu amat penting bagi memastikan hasrat mereka
tercapai kerana masing-masing mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri.

Faktor terakhir dapat dibincangkan dalam hal ini ialah faktor agama. Ia menjadi satu kejutan budaya
bagi orang yang di Tanah Melayu yang beragama Islam ketika itu apabila mereka didatangi oleh
pihak British. Terutamanya apabila wujudnya sekolah vernakular Melayu yang dianggap penyebar
ideologi sekularisme yang bertentangan dengan nilai-nilai konservatisme fundamentalisme.
Pendakwah Kristian mendapat sokongan daripada kerajaan untuk menubuhkan sekolah-sekolah
rendah dan di Negeri-negeri Selat dan di Negeri Melayu Bersekutu berorientasikan kurikulum barat
menyebabkan orang Melayu berasa bahawa ia merupakan satu ancaman kepada agama dan budaya
hidup mereka. Oleh yang demikian tokoh-tokoh ulama Islam menubuhkan Sekolah Agama Madrasah
untuk menyaingi sekolah-sekolah pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah vernakular Melayu
bantuan kerajaan Inggeris.

Lahirnya sekolah-sekolah vernakular ini telah memberi kesan terhadap masyarakat Melayu, India
dan Cina dimana mereka diasingkan mengikut kaum melalui sistem persekolahan membuatkan
sukar untuk berlakunya perpaduan antara kaum dan menjadi jurang diantara kaum. Benar, sekolah-
sekolah vernakular mempunyai kepentingan kaum tersendiri. Tetapi hal ini tidak boleh dipandang
benar sepenuhnya kerana kerajaan British tidak memberi layanan yang adil terutamanya dari segi
layanan sama rata kepada semua bangsa. Oleh yang demikian, pada tahun 1950, telah wujudnya
Laporan Barnes dimana ia merupakan titik perubahan kepada pendidikan orang Melayu kerana
ketika itu telah wujudnya satu kesedaran semangat nasionalisme sejurus tamatnya Perang Dunia II
yang berlaku pada tahun 1946. Laporan Barnes mengenengahkan isu bahawa sekolah vernakular
tidak menyumbang sebarang hasil ke arag perpaduan sebaliknya merenggangkan kaum antara satu
sama lain. Maka, Jawatankuasa Barnes membuat cadangan untuk membubarkan sekolah-sekolah
vernakular Melayu, Tamil dan Cina dan digantikan dengan sekolah yang terdiri dari pelabagai kaum
iaitu sekolah kebangsaan. Namun, cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina atas alasan bahwa
mereka merasakan kedudukan mereka tergugat. Hasil desakan masyarakat mereka, wujudlah
sebuah Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951 di mana ia mambawa tujuan untuk mempertahankan
pendidikan masyarakat Cina ketika itu. Oleh kerana perbezaan matlamat dan tentangan yang telah
berlaku hasil dari dua laporan yang dinyatakan maka wujudlah satu ordinan yang dinamakan
Ordinan Pelajaran 1952 kerana perubahan dalam sektor ini senitiasa perlu dilakukan demi
memenuhi kehendak rakyat bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Perubahan
pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin
perpaduan dan keharmonian negara. Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, hasil mengkaji hala
tuju Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat dan prinsip.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara memikirkan seribu


satu cara bagi memenuhi syarat dan keperluan negara untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada
ketika itu pemimpin dan rakyat merasakan pentingnya sesebuah negara yang berdaulat mempunyai
sistem pendidikan kebangsaan tanpa bergantung harap kepada sistem pendidikan penjajah dan
mereka merasakan bahawa langkah-langkah perlu diambil agar dapat menjadikan negara merdeka
yang dimpikan mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas kelak.

Mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan dasar tersendiri diberikan tumpuan khusus kerana ia
merupakan agenda para pemimpin dan rakyat terdahulu demi menuntut hak kemerdekaan. Oleh hal
yang demikian, satu jawatankuasa telah diwujudkan untuk mengkaji semula keperluan sistem
pendidikan yang dapat dilaksanakan setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan iaitu
Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak pada ketika itu dan mereka
berjaya merangka sebuah penyata yang digelar Laporan Razak 1956.

Sejurus selepas negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengorak langkah untuk memulakan
perjalanan sebagai sebuah negara baru dengan memulakannya bermula dengan pengukuhan semula
pendidikan negara agar dapat membangun selari dengan matlamat perpaduan nasional. Laporan
Razak merupakan dasar pendidikan yang amat jelas iaitu demi menyatukan para pelajar darpada
pelbagai bangsa serata negara ini dengan menggunakan satu peraturan yang sama adil kepada
seluruh bangsa dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaran yang utama
secara beransur-ansur.
Laporan Razak pada tahun 1956 telah dijadikan asas rujukan kepada Ordinan Pelajaran 1957 telah
menjadi titik permulaan kepada pengukuhan sistem pendidikan di Malaysia dan telah wujudnya
sebuah jawatankuasa baru bertujuan untuk mengkaji Laporan Razak dan Ordinan Pelajaran yang
diguna pakai selepas kemerdekaan dan telah mengeluarkan sebuah laporan yang digelar sebagai
Laporan Rahman Talib 1960. Setelah itu wujudnya sebuah akta iaitu Akta Pendidikan 1961
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang mempunyai objektif dasar pendidikan
yang amat jelas dan nyata untuk memenuhi keperluan negara dengan sempurna.

Akta Pendidikan 1961 telah diguna pakai sehinggalah akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 digubal.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai pindaan dan cadangan telah dilakukan demi memastikan dasar
pendidikan negara selaras dengan pengedaran zaman. Jawatankuasa baharu iaitu Jawatankuasa
Kabinet sejak September tahun 1974 telah diwujudkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem
pendidikan negara bermula dari tahun 1961 dan ketika itu telah diketuai oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan membawa tujuan bahawa
tenaga kerja negara dapat dipenuhi dari segi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang
serta memastikan sistem pendidikan ini dapat memenuhi matlamat negara demi melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, disiplin dan terlatih.

Jawatankuasa Kabinet telah mengeluarkan laporan merek ayang dikenali sebagai Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Laporan ini
memberikan tumpuan yang lebih kepada keperluan pendidikan asas iaitu 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira serta pendidikan kerohanian dan kokurikulum berkonsepkan Malaysia. Kesan
daripada laporan tersebut telah mewujudkan banyak perkara baru seperti pada tahun 1982
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan serta Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1988 bagi menggantikan kurikulum yang lama yang tidak lagi
bertepatan dengan masa dan keadaan ketika itu. Kedua-dua KBSR dan KBSM mempunyai objektif
yang sama, iaitu sebagai pemangkin perpaduan kaum dan negara.

Sejurus setelah Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, telah wujudnya satu dasar baru yang
digelar sebagai Dasar Pembangunan Negara 1991-2000 yang pada ketika itu telah berlakunya
rancanga Malaysia ke-6 dan ke-7 di mana kerajaan telah menanam hasrat untuk sistem pendidikan
negara Malaysia sebagai sistem pendidkan bertaraf dunia. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran telah menjadi titik permulaan kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang telah digubal pada tahun 1988 secara bertulis yang berasaskan
pembangunan insan, pembangunan negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama dalam
mewujudkan satu bangsa yang Malaysia yang maju, mempunyai daya saing, serta jati diri yang
mantap meliputi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial secara seimbang berpandukan kepada
ketuhanan.

Walaupun sudah banyak dasar pendidikan yang telah ditukar ganti setelah bertahun Malaysia
menuntut kemerdekaan, dalam struktur sistem pendidikan negara kita masih lagi wujud jenis
sekolah vernakular yang kini digelar sebagai sekolah aliran jenis kebangsaan. Nyatanya di sini
bahawa sekolah aliran jenis kebangsaan mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri,
namun kerajaan Malaysia masih lagi mengambil kira kepentingan sekolah aliran jenis kebangsaan ini
terhadap kaum Cina dan India.

Pada pandangan saya, sejujurnya sekolah vernakular pada masa kini tidak lagi menjadi relevan sejak
mula kita meraih kemerdekaan kita dahulu. Hal ini kerana, kewujudan sekolah aliran jenis
kebangsaan tidak sejajar dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu juga dengan tujuan yang telah dinyatakan dalam
Laporan Razak 1956. Bagaimanakah ia boleh dikatakan sekolah aliran jenis kebangsaan atau sekolah
vernakular ini relevan sedangkan bahasa pengantar atau bahasa utama yang digunakan dalam
pendidikan mereka bukanlah bahasa kebangsaan negara? Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah
aliran jenis kebangsaan ini merupakan satu diskriminasi kerana hanya mengutamakan kaum tertentu
sahaja.

Seterusnya, saya menyokong pandangan bahawa sekolah vernakular tidak lagi relevan dalam sistem
pendidikan yang kian berubah kerana sistem ini telah diamalkan sejak dahulu lagi yang telah
menyebabkan kita masih lagi tidak dapat membentuk identiti nasional kita bahawa masyarakat
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dengan masyarakatnya hidup secara majmuk dan
bertoleransi antara satu sama lain. Luaran mungkin benar, kita kelihatan begitu, hakikatnya, kita
masih lagi jauh dari apa yang kita idami. Bermula dari Laporan Barnes jelas membuktikan bahawa
satu cara untuk memastikan bahawa hidup bermasyarakat yang mempunyai perpaduan boleh
diwujudkan sekiranya sekolah vernakular dimansuhkan dan sekolah kebangsaan diwujudkan. Namun
disangkal keras oleh kaum Cina atas alasan ingin menjaga budaya dan warisan asal usul mereka dan
takut akan kedudukan mereka terjejas. Samalah juga seperti sekarang, pemimpin-pemimpin serta
ilmuan-ilmuan yang membangkitkan isu ini sentiasa melihat kekosongan identiti nasional negara kita
yang membuatkan hal ini terus menerus dibahas walaupun keputusan masih sama. Bagaimana mahu
wujud sebuah masyarakat yang bertoleransi antara satu sama lain dan harmoni sedangkan terdapat
pihak yang tidak mahu berkorban. Masing-masing ingin menjaga kaum masing-masing sedangkan
sudah berzaman telah hidup bersama-sama dalam satu komuniti.

Pada pandangan saya jalan terbaik adalah dengan hapuskan sekolah vernakular dan digantikan
dengan sekolah satu aliran. Sekolah yang menggunakan satu bahasa pengantar, sukatan
pembelajaran yang sama dan sistem pembelajaran yang sama. Saya percaya bahawa dengan
melakukan perkara sedemikian, barulah setiap kaum mengenali antara satu saman lain dan masing-
masing akan menjadi lebih fasih dalam menguasai bahasa kebangsaan dan mereka juga akan mula
mengenali erti taat setia terhadap negara kerana apa yang diterapkan bukanlah berprinsipkan
sesbuah kaum semata-mata. Walaupun begitu, saya tahu ia merupakan satu keputusan yang
bukanlah mudah untuk dibuat dan sekiranya pemimpin terdahulu juga berfikiran bahawa
pemansuhan sekolah vernakular boleh dilakukan atas faktor jurang perkauman, sudah pastinya
pemimpin terdahulu telah memansuhkan sekolah vernakular ini. Namun, kerana hal ini pernah
dibangkitkan dan terdapat kaum yang membangkang sekerasnya, hal ini masih tergantung dan
hangat diperdebatkan hingga hari ini.

Memikirkan hal seperti memelihara budaya dan warisan kaum masing-masing, mungkin setelah
pemansuhan sekolah vernakular dijalankan, kerajaan boleh mula memikirkan cara-cara untuk
memelihara budaya dan warisan masing-masing dan boleh dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Sebgai
contoh, kerajaan boleh mewujudkan sukatan pelajaran baru dimana terdapat subjek bahasa kaum-
kaum lain yang boleh diajar serta kebudayaan mereka juga boleh dijadikan sebagai satu silibus.
Sekiranya berbuat demikian, ia bukan sahaja dapat mememlihara budaya dan warisan sesebuah
kaum, malah ia juga dapat membantu para pelajar mengenali kaum-kaum lain dengan lebih
mendalam kerana ‘tak kenal maka tak cinta’ dan semua pelajar akan mempunyai sifat keterbukaan
dan memahami antara satu sama lain. Apa lagi yang dapat dilakukan untuk membentuk sebuah
perpaduan kaum sekiranya bukan dengan mengenali lebih mendalam antara satu sama lain.
Tuntasnya, saya percaya bahawa sekolah vernakular tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan
negara Malaysia dan pelbagai cara lagi yang dapat dilakukan demi menjaga kepentingan kaum
masing-masing. Adapun sekolah vernakular ini sepatutnya hanya bertujuan untuk mereka yang
berhijrah ke Tanah Melayu sementara sahaja membawa harapan bahawa suatu hari nanti mereka
boleh pulang ke negara mereka semula, warisan dan budaya mereka tidak menjadi asing dengan diri
mereka walaupun telah menetap di negara bukan negara mereka dan sememangnya tidak relevan
untuk diguna pakai lagi memandangkan yang kini ada disini merupakan warganegara Malaysia dan
bukan lagi imigran semata-mata. Akhirnya, punca perpaduan masih tidak tercapai kerana kaum
masing-masing pentingkan diri.

You might also like