You are on page 1of 8

3.0 Sistem pendidikan di Malaysia sejak awal 1900 hingga penyata Razak.

Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Razak) tidak terdapat satu
pun Sistem Pendidikan Nasional di Tanah Melayu pada ketika itu. System pendidikan
tidak selaras dan hanya menumpukan kepada kaum masing-masing. Di Tanah Melayu
sebelum wujud penyata Razak hanya empat system sekolah yang berlainan di Tanah
Melayu iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina,Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.

Poul Chang Ming Phang menyatakan sistem sekolah berbilang bangsa di Tanah
Melayu yang wujud adalah disebabkan tiga factor iaitu struktur penduduk yang
berbilang bangsa yang terdiri dari Melayu, cina, dan india. Seterusnya ialah usaha-
usaha individu-individu dan badan-badan mubaigh yang menubuhkan tempat
pendidikan untuk penduduk. Factor ke tiga ialah ketiadaan satu dasar pendidikan yang
sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang
bangsa dan bahasa ini telah menyulitkan proses Nation Building iaitu pembinaan
bangsa selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

3.1 Pendidikan Melayu

Pendidikan melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke 19. Sebelum
itu pendidikan melayu umumnya berbentuk agama. Dalam pendidikan agama, murid-
murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa
pengantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam masjid.
Pada waktu ini bahasa melayu tidak dititikberatkan kerana pada waktu ini ibu bapa lebih
mementingkan pendidikan agama islam. Pada tahun 1821 sebuah sekolah melayu
dibuka di Gelugor sebagai cawangan Penang Free School( Sekolah Aliran Inggeris)
yang diasaskan oleh R.S.Hutchings pada tahun 1816. Seterusnya sekolah-sekolah
melayu ini berkembang di negeri-negeri selat dan seterusnya di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Bilangan sekolah pendidikan
Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menigkat kepada 266 buah pada
tahun1907.

Mengikut Dr Awang Had Salleh, pendidikan secular Melayu anjuran British mempunyai
empat tujuan besar, iaitu pertama mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi
pelajaran yang berlebihan, kedua mengekalkan status quo dengan memastikan orang
Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi, ketiga ialah
menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi,
nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah dan yang keempat ialah
menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat
berbilang bangsa. Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942
kurang member peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang
sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup
trasional orang Melayu.

Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu
yang lebih besar menyediakan pelajaran pelajaran hingga ke Darjah Enam. Taraf
pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917 pengajaran utama yang
diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta
kerangan. Sejak tahun 1917, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan
tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan
sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah
yangsesuai.

Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada


peringkat awal adalah lembap oleh kerana sebab-sebab berikut iaitu pertama ialah ibu
bapa cemburukan kehilangan tenaga anak-anak mereka yang diperlukan bagi kerja di
rumah, keduanya ialah syak wasangka terhadap pendidikan secular yang tidak
menitikberatkan pelajaran Quran dan ketiga ialah ibu bapa lebih suka anak-anak
perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad kedua puluh
pendidikan Melayu mula erkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan
British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan
beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara
7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal
dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah
menggalakkan perkembangan pendidikan secular Melayu di Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai
pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-
sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memeperkenalkan tulisan Rumi
yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga
bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat
orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah
menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu
pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1878 Maktab Melayuj Singapura
telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada
tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian dalam tahun
1913, sebuah lagi maktab perguruan dibuka di Matang, Perak. Maktab perguruan
Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka
pada tahun 1922 di Tanjun Malim, Perak. Pada tahun 1924 sebuah Biro Terjemahan
telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Inggeris ke
bahasa Melayu. Pada tahun 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di
Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu serta Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

3.2 Pendidikan Cina

Pendidikan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian.


Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada
bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan
diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854 sebuah sekolah Cina
telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura. Di antara tahun-tahun
1854-84 lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tnah Melayu. Sekolah-
sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-
murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan
capua. Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad kedua puluh akibat
pengaruh pemimpin-pemimpin politik Negara Cina seperti Kang Yu-wei dan Sun Yat-
sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik di kalangan orang Cina
seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains
moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Di antara tahun-tahun
1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru
dan buku teks dibawa dari Negara China. Di setengah-setengah sekolah,
perkembangan politik di Negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.

Mulai tahun 1920 bahasa Mandarin (kuo-yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di
kebanyakan sekolah Cina. Ini adalah selaras dengan perkembangan di Negara China di
mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal Kerajaan British
membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan bebas. British tidak
membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian pada tahun 1920
Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawasi
sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana sekolah-sekolah Cina telah mula dipengaruhi
oleh politik Negara Cina. Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan
sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan . Kerajaan British mula member
bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina pada tahun 1923. Kerajaan British
telah melantik seorang Nazir Sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah-sekolah
Cina. Sekolah Cina memp[unyai pelajaran rendah selama 6 tahun, menengah rendah
selama 3 tahun dan menengah atas selama 3 tahun. Sekolah0sekolah menengah
menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke university-universiti di
Negara China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran
sekolah-sekolah Melayu kerajaan dan sekolah-sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari,
peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang
tahun 1938.

3.3 Pendidikan Tamil

Pada tahun 1821 sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School.
Pada tahun 1850 terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh Kerajaan di
mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian seperti dinyatakan oleh Paul
Chang, Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula
dengan perkembangan lading kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah. Mulai tahun 1870
sekolah-sekolah kecil tyelah dibuka di lading-ladang di mana penduduk India
memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan
hasil usaha persendirian. Kerajaan British pada masa itu tidak menganggapnya peru
bagi member pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada
tahun 1905 terdapat 13buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil
persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid
sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1923
Kerajaan British memperkenalkan Kanun Buruh yang memaksa pihak pengurusan
ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 oarang
anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai
oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-
sekolah Tamil ialh kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah
rendah. Sekolah-sekolah Tamil di lading hanya memberikan pelajaran rendah selama 4
tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan oaring India ada
menubuhkan beberapa sekolah Tamil di Bandar. Mutu sekolah-sekolah Tamil ini lebih
tinggi dari sekolah-sekolah di lading. Pada tahun 1920-an Kerajaan British mula
mengawal sekolah-sekolah Tamil. Seorang Nazir Sekolah-sekolah Tamil berbangsa
Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932 Kerajaan British mula member
bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil.

3.4 Pendidikan Inggeris

Kebanyakan sekolah bahasa Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan


badan-badan awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk
mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah-
sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Sekolah-sekolah Free dab
Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-Aid English Schools). Sekolah-sekolah Free
dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan Kerajaan. Sekolah-sekolah ini
seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah0sekolah Inggeris
Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan-persatuan mubaligh. Apabila telah
berkembang, sekolah-sekolah ini telah mendapat bantuan kewangan daripada
kerajaan.

Sekolah-sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-


mubaligh. Sekolah-sekolah ini dinamakan Sekolah-sekolah Free kerana ia menerima
murud-murid berbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di
Tanah Melayu) ialh Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. hutchings
pada tahun 1816. Sekolah-sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School (1834)
dan Malacca Free School (1826). Semenjak ditubuhkan sekolah-sekolah Free berada di
bawah naungan Kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan
sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah Free telah diambil alih oleh Kerajaan
sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai
penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh Kerajaan ialah Malacca
Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh Kerajaan pada
tahun 1920. Mulai tahun 1928 sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada
keseluruhannya.

Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh
Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Katholik, Kumpulan Mubaligh
Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah-seolah mubaligh terbuka
kepada kanak-kanak yang terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah-
sekolah tersebut ialah untuk member pendidikan am serta memperbaiki akhlak
berdasarkan agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75%
murid-murid lelaki yang memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan
Singapura adalah di sekolah-sekolah mubaligh. Persatuan-persatuan mubaligh telah
membuka sekolah-sekolah bagi murid-murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh
Kristian adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan
Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah-sekolah perempuan yang
ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur-1893, Sekolah
Convent, Kuala Lumpur-1899, Sekolah Perempuan Pudu, Kuala Lumpur-1914, dan
Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang. Menjelang tahun 1947 terdapat 33 buah
sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah
Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang
ditubuhksn oleh Kerajaan. Antara sekolah-sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi
murid-murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese, Pulau Pinang-1891, Sekolah Lelaki
Methodist, Kuala Lumpur-1897, dan Sekolah St. John-1904.
Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School
yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King
Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di
Kuala Lumpur. Pada tahun 1905 Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di
Kuala Kangsar yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak raja-raja dan pembesar-
pembesar Melayu.tujuan utama Maktab Melayu adalah untuk member pendidikan
kepada golongan atasan melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai
tadbir dalam perkhidmatan Awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919 terdapat
17 buah sekolah inggeris Kerajaan di Tanah Melayu.Sekolah-sekolah ini bertujuan
mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani.
Kebanyakan murid sekolah –sekolah tersebut terdiri daripada bangsa cina dan india.

Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah-
sekolah Inggeris. Sukatan pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya
peperiksaan-peperiksaan bagi memperolehi biasiswa Queen (1885) dan sijil Cambridge
(1891). Sekolah-sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah-sekolah rendah
dan sekolah-sekolah menengah. Sekolah-sekolah rendah meliputi pendidikan selama
tujuh tahun, iaitu sampai darjah lima. Sekolah-sekolah menengah pula meliputi
pendidikan selama empat tahun iaitu sehingga murid mencapai Sijil Persekolahan
Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, ilmu
alam,matematik asas, ilmu kesihatan,dan latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya
terdapat di sekolah-sekolah menengah yang besar di kawasan-kawasan Bandar.
Sukatan pelajaran sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan
kepada sekolah-sekolah menengah di Britain. Justeru itu,murid-murid sekolah inggeris
telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.

Satu sistem yang dinamakan normal class telah dimulakn pada tahun 1905 di Kuala
Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adlah
mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar waktu
pengajaran selama dua tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3tahun mulai
tahun 1925. Selepas perang dunia kedua, Sistem Normal Class telah digantikan
dengan Maktab-maktab perguruan berasrama. Maktab perguruan Kirby telah
ditubuhkan pada tahun 1951 berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan
Brinsford Lodge di wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.

Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di singapura pada tahun 1905.
Maktab ini menjadi sebuah university pada tahun1947. Maktab Raffles telah dibuka
pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran
sains dan sastera. Institusi-instusi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931) dan
Maktab Teknik. Maktab pertanian Serdang ke taraf Unversiti pada tahun 1972. Pada
tahun1949 Universiti Malaya (gabungan maktab Raffles dan King Edward VII) telah
dibuka di singapura. Pada tahun 1959 cawangan university Malaya telah dibuka di
Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang
ditubuhkan 1962. University asal di singapura mula dikenali dengan Universiti
Singapura.

You might also like