You are on page 1of 28

LM2020

SEMINAR SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA


SEMPENA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-46.

DIBENTANGKAN OLEH:
SHARIFAH AZWAH BT ABDULLAH -KOLEJ TUNKU KURSIAH, NEGERI SEMBILAN SITI MAIZATUL SALAMIN BT ZAINUDDIN. -MAKTAB SABAH, SABAH. SITI NOR HANANI BT MOHAMED HAMIM -SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB, PAHANG. ANJURAN PERSATUAN BAHASA DAN SEJARAH YANG DIKETUAI OLEH: PROFESOR MADYA DR. NURMA BT ABD KARIM.

ISI KANDUNGAN
Pendahuluan Perkembangan Sekolah Melayu Perkembangan Sekolah Inggeris Sekolah Mubaligh Perkembangan Sekolah Cina Perkembangan Sekolah Tamil Sistem Pendidikan Di Sarawak Sistem Pendidikan Di Sabah Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

PENDAHULUAN
Sistem ini telah wujud sejak dari zaman kegemilangan Empayar Melaka. Pendidikan pada zaman ini adalah berteraskan ajaran Islam dan dilaksanakan di surau-surau serta madrasah lalu melahirkan sistem sekolah pondok. Mata pelajaran yang disampaikan oleh guruguru agama adalah seperti ilmu Tauhid, Fiqh, Hadith, Nahu Saraf, Tasawuf, Bahasa Arab dan juga tulisan jawi.

Selepas Portugis menawan Melaka pada 1511, pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katholik telah diperkenalkan. Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda, pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Protestan. Kemudian selepas Tanah Melayu dikuasai oleh British, sistem pendidikan Inggeris pula telah diperkenalkan.

Pada zaman pemerintahan British, sistem pendidikan adalah tidak seimbang (laissezfaire) bersifat sekular dan perkauman. Empat jenis sistem persekolahan telah wujud pada waktu itu; -Sekolah Inggeris -Sekolah Melayu -Sekolah Cina -Sekolah Tamil

PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYU


Kebanyakan sekolah Melayu yang awal didirikan oleh orang perseorangan. Ciri-ciri utama; 1. Kemudahan sekolah tidak memuaskan. 2. Hanya pelajaran rendah disediakan dan pendidikan diberi selama 4 tahun. 3. Masa belajar; -Darjah 1,2&3- 2 jam sehari -Darjah 4 4 jam sehari cara hidup tradisional orang Melayu. 5. Pendidikan Melayu bertujuan memodenkan atau memajukan orang Melayu.
4.Pendidikan Melayu bertujuan memelihara

PERKEMBANGAN SEKOLAH INGGERIS


Ciri-ciri: -Mendapat perhatian kerajaan. -Memberi pendidikan rendah, menengah dan terbuka kepada semua kaum. -Bilangan pelajar Melayu, Cina, dan India tidak seimbang. Lebih banyak pelajar Cina belajar di sekolah Inggeris kerana mereka tinggal di bandar. Pelajar Melayu kurang kerana: - sekolah Inggeris jauh dari kawasan petempatan orang Melayu. - banyak sekolah Inggeris didirikan oleh Mubaligh Kristian. Pelajar India tidak ramai kerana mereka tinggal di

Pada mulanya sekolah Cina berkembang tanpa kawalan kerajaan British. Didirikan atas daya usaha orang Cina sendiri. Peluang persekolahan adalah peringkat rendah hingga menengah. Menggunakan dialek Kantonis, Hokkien dan Hailam sebagai bahasa pengantar. Buku teks dan guru dibawa dari negara China. Mengikut sistem persekolahan di China.

PERKEMBANGAN SEKOLAH CINA

Selepas Revolusi China 1911, kerajaan British mula mengawal perkembangan sekolah Cina1:-menguatkuasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina -memberikan bantuan buku teks, membina bilik darjah, tapak sekolah dan alat mengajar. Masyarakat Cina tidak suka campur tangan kerajaan dalam sistem persekolahan mereka.

PERKEMBANGAN SEKOLAH TAMIL


Banyak sekolah Tamil didirikan berikutan penguatkuasaan Enakmen Buruh 1912. Menurut enakmen tersebut, majikan hendaklah mendirikan sekolah diladang yang mempunyai lebih 10 orang kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan. Bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar. Buku teks dan guru dibawa dari India. Pendidikan Tamil tidak mendapat perhatian daripada kerajaan kerana sistem persekolahan India bertujuan untuk mengekalkan mereka bekerja di estet.

SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK


Sarawak mempunyai sistem pendidikan tradisional yang tersendiri sebelum diperintah oleh keluarga Brooke. Masyarakat pribumi Sarawak yang terdiri dari suku kaum Iban, Kelabit dan Melanau mempunyai pendidikan turun-temurun yang meliputi kemahiran bercucuk tanam, memburu, bertukang, kraftangan, dan adat resam.

Manakala, masyarakat Melayu pula mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama di rumah dan sekolah-sekolah agama. Pada zaman pemerintahan Raja Brooke, sistem pendidikan di Sarawak telah di jalankan oleh tiga gologan ini; -Mubaligh Kristian -Kerajaan Brooke -Masyarakat Cina

1883, Mubaligh Kristian Katolik telah mendirikan sekolah di Kuching dan Kanowit. Manakala Mubaligh Angelican telah mendirikan sekolah di Sibu dan Kuching. Semua sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Kerajaan Brooke telah mendirikan sekolahsekolah di luar bandar Kuching dan telah menggunakan Bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina sebagai bahasa penghantarnya. Sekolah-sekolah Cina telah berkembang selepas Revolusi China pada 1911. Ianya telah dibiayai oleh pedagang-pedagang cina.

1924, kerajaan Sarawak telah menubuhkan Jabatan Pelajaran bagi mentadbir sistem pendidikan di Sarawak. Laporan Hammond telah mengemukakan satu cadangan untuk membentuk sekolah mengikut kaum. 1940, Sekolah Kerajaan pertama untuk Kaum Iban telah didirikan dan Pada awal 1941, sebuah Maktab Perguruan Melayu telah didirikan.

SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH


Masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik di Sabah mendapat pendidikan tidak formal sebelum Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) memerintah Sabah. Bagi masyarakat Islam, mereka diberi didikan agama seperti membaca alQuran serta menulis jawi. Selepas SBBU memerintah Sabah, sistem pendidikan mula berkembang pesat menerusi pembinaan sekolah-sekolah oleh mubaligh Kristian dari pelbagai mazhab.

1881, mubaligh Roman Katolik telah mendirikan sekolah di Papar. 1883, sebuah sekolah telah didirikan di Sandakan, iaitu sekolah St. Mary. Pada 1888, mubaligh Protestan pula mendirikan sekolah di Sandakan, iaitu Sekolah Lelaki St. Michael. Kebanyakan sekolah-sekolah yang didirikan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Disamping Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Dusun juga telah digunakan.

1921, sekolah-sekolah kerajaan telah dibina dan sekolah yang pertama adalah di Kota Belud. Sistem pendidikan Sekolah Kerajaan ini adalah peringkat rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Sekolah kebangsaan aliran Cina telah didirikan di Jesselton (Kota Kinabalu) pada 1941. Beberapa sekolah swasta juga turut didirikan dan kebanyakannya adalah sekolah Cina. Salah satunya di Ladang Getah, Tawau dan sekolah ini menggunakan Bahasa Jepun ebagai bahasa penghantar.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


DARI JAWATANKUASA BARNES (1950) SEHINGGA PENYATA RAZAK 1956 PENYATA BARNES(1950): - mengkaji sistem pendidikan sekolah rendah Melayu. -jawantankuasa Barnes telah ditubuhkan pada tahun 1950. -penyata ini dibentuk sebagai penyatuan sistem pendidikan.

Syor atau cadangan Penyata Barnes: - sekolah Cina dan Tamil digantikan dengan sekolah kebangsaan peringkat rendah. - pelajaran rendah percuma di sekolah kebangsaan. - Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-2 dan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama diajar di semua sekolah kebangsaan. - Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menengah.

PENYATA FENN WU 1951. -Mengkaji sistem sekolah vernekular cina -Sekolah vernekular cina dikekalkan kerana boleh berperanan untuk membina bangsa bersatu padu secara berasingan. -Bahasa Cina diajar sebagai bahasa ketiga kepada murid Cina selain bahasa Melayu dan Inggeris disekolah-sekolah lain. -Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. -Teras pendidikan sekolah Cina hendaklah berorientasikan Tanah Melayu.

PENYATA RAZAK 1956. -Matlamat utama: ~Mewujudkan satu dasar pelajaran yang seragam diseluruh negara. -Tugas-tugas: *Mengkaji dan membuat syor tentang pembentukan dasar pendidikan kebangsaan. *Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dikekalkan. *Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. *Mewujudkan sistem pendidikan yang dapat menyatupadukan pelajar yang berbilang kaum.

-Syor Penyata Razak.

1.-Penubuhan sekolah umum:bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. -sekolah jenis umum:Inggeris ,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. 2. Pelajaran bahasa Melayu wajib disemua sekolah rendah. 3.Sukatan pelajaran sama disemua sekolah. 4.Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris digunakan di sekolah menengah. 5.Pelajar mesti lulus Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah sebelum memasuki sekolah menengah. 6. Latihan diberikan kepada guru-guru disemua sekolah rendah. 7. Pelajaran teknik perlu diperluas.

PEMBENTANGAN SELESAI..

Bagi yang terlena sila bangun dari lena anda TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGAMBIL PERHATIAN SEKIAN

HABISAPA TUNGGU LAGI..

TEPUKLAH!

DISEDIAKAN OLEH.. SHARIFAH AZWAH BT ABDULLAH SITI MAIZATUL SALAMIN BT ZAINUDDIN SITI NOR HANANI BT MOHAMED HAMIM

You might also like