You are on page 1of 14

Sejarah Pendidikan Di Malaysia

KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA


PENGENALAN
Pendidikan bermakna memelihara atau mengasuh anak. Walaubagaimanapun ramai ahli pendidik
tidak menghadkan proses ini kepada kanak- kanak, tetapi memikirkannya sebagai proses
pemeliharaan.
Kidd J.R (1973) mengatakan bahawa, pendidikan ialah perkembangan dan penyuburan fikiran
dan kuasa- kuasa semula jadi yang sistematik. Hal ini bermula ketika prasekolah berterusan di
sekolah dan juga berlangsung seumur hidup. Perkataan sistematik di dalam definisi ini
membawa andaian bahawa pembelajaran telah dirancang dan meliputi pendidikan formal dan
pendidikan bukan formal.
Comb dan Ahmad M. (1974) pendidikan formal ialah pendidikan yang sangat diinstitusikan,
berperingkat- peringkat mengikut umur dan berstruktur, mengikut hierarki yang berlangsung dari
sekolah rendah hingga ke kemuncak universiti, manakala pendidikan bukan formal adalah
aktiviti pendidikan yang berorganisasi dan sistematik yang berlaku di luar system formal untuk
memberikan jenis- jenis pembelajaran yang terpilih kepada kumpulan kecil tertentu untuk orang
dewasa dan juga kanak- kanak.
Berdasarkan definisi di atas pembelajaran bukan formal ialah contohnya, merangkumi
pendidikan pertanian dan rancangan melatih petani- petani, rancangan membaca dan menulis
melalui kelas- kelas dewasa, latihan bekerja yang diberikan di luar system pendidikan formal,
aktiviti kelab belia, yang menganjurkan kursus- kursus kemahiran, rancangan pengajaran untuk
masyarakat tentang hal kesihatan, pemakanan, perancangan keluarga dan sebagainya.

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)


Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal.
Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,
pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah
pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolahsekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan
Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang
bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (17861956)


TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)


Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negerinegeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolahsekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun
1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah
menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858
hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang
dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah


Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan
bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya
For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang
terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam
kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya
sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class,
di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Sekolah- sekolah Melayu ini adalah percuma dan terbuka kepada semua kanak-kanak dari semua
kaum sejak awal abad ke 19. Bahasa perantaraan adalah bahasa melayu tetapi mendapat kurang
sambutan dari kaum lain. Pulau Pinang dan Melaka merupakan negeri yang pertama
menawarkan sekolah rendah jenis ini, pendidikan rendah dirancangkan untuk kanak- kanak yang
berumur dari enam hingga dua belas tahun.
Semenjak tahun 1951, sebanyak 227 buah sekolah melayu baru didirikan dan sekarang terdapat
sebanyak 1,931 buah sekolah jenis ini diseluruh semenanjung Malaysia. Sekolah rakyat di bina
dan ianya dibiayai oleh orang kampong. Ini merupakan petanda keazaman orang- orang melayu
untuk melihat bahasa dan sastera mereka standing dengan pembelajaran lain dan mereka tidak
akan mengabaikannya.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina


Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun
1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah
mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara
China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.

Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya
menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil


Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa
sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil
untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah
cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada
peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah
sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah
Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan
tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris


Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh
Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa
matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;


7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria
Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal
kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah
sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu
peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka


Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman
ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula.
Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal.
Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951,
Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan
kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di
sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik
serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Laporan Barnes 1951


Pada tahun 1950, kerajaan british menerima cadangan pemimpin Melayu supaya mengkaji
masalah pendidikan dalam sekolah vernakular melayu dan seterusnya mencadangkan langkahlangkah untuk memperbaiki kelemahannya. Sebuah jawatankuasa diketuai oleh L.J Barnes
dibentuk untuk menjalankan tugasan beliau. Antara cadangan laporan ini adalah pemindahan
bahasa penghantar kepada bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi semua sekolah di persekutuan
tanah melayu. Bahasa cina dan bahasa tamil akan diajar sebagai mata pelajaran di sekolah
sahaja. Ia bertujuan untuk mencapai objektif integrasi sosial dan perpaduan di kalangan kanakkanak berbilang kaum. Dalam keadaan ini, jawatankuasa barnes berpendapat adalah tidak mudah
bagi Negara untuk mencapai objektif perpaduan kebangsaan. Cadangan cadangan yang lain
dalam Laporan Barnes ialah:
1. Mendirikan sekolah menengah vokasional moden.
2. Rombakan kepada kurikulum asal dengan mengutamakan pengajaran mata pelajaran
sains,seni perusahaan dan sains rumahtangga.
3. Mendirikan Maktab Perguruan berasrama untuk melatih guru yang memegang suil
persekolahan.
4. Menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.
5. Menubuhkan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk menolong perkembangan pendidikan
sekolah rendah dengan memberikan bantuan kewangan.
6. Semua sekolah rendah kebangsaan akan diberikan pendidikan percuma kepada kanakkanak dari darjah satu hingga darjah enam.
7. Setelah tamat belajar di sekolah rendah kebangsaan, murid- murid boleh meneruskan
pelajaran mereka ke sekolah menengah dengan penggunaan bahasa inggeris sebagai
bahasa penghantar.

Laporan Fenn-Wu
Pada mulanya tujuan penubuhan jawatankuasa barnes ialah untuk mengkaji pendidikan
vernakular melayu sahaja.tetapi cadangan cadangan Jawatankuasa Barnes telah melebihi
panduan rujukannya di mana hasil kajiannya bukan meliputi sistem pendidikan vernakular
melayu tetapi juga semua jenis sekolah di dalam Persekutuan. Laporan pendidikan Cina di
Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn iaitu Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China dan

Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengikut
Laporan Fenn- Wu:
1. Orang Cina sedia belajar tiga bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa
melayu, adil jika orang cina memilih system pendidikan yang melibatkan ketiga- tiga itu,
kerajaan british harus menggalakkannya.
2. Sistem pendidikan untuk persekutuan tanah melayu hendaklah disalurkan kepada
matlamat berbentuk identity kebangsaan dan matlamat sekolah iaitu menyediakan kanakkanak supaya menempuhi semua bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan
masyarakat mereka.
3. Sebarang tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya belajar satu atau dua
bahasa sahaja akan menjejaskan persefahaman dan perpaduan di antara kaum.
4. Kelemahan- kelemahan yang didapati dalam system pendidikan cina antaranya adalah
kekurangan guru terlatih dari kelengkapan sekolah yang sesuai. Kebanyakan ahli
lembaga pengurus sekolah kurang memahami prinsip pentadbiran sekolah mereka.
5. Penubuhan kolej latihan guru dan latihan dalam perkhidmatan di dalam hujung minggu
untuk sekolah cina adalah amat diperlukan untuk menampung kekurangan guru terlatih di
sekolah cina.
6. Kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.

Ordinan pelajaran 1952


Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu,
kerajaan British mencadangkan:
1. Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar
2. Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari
ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai relajar
3. Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu
akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris
Namun halangan dan masalah yang hadapi adalah :

1. Kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan


2. Tentangan dari kaum Cina dan India terhadap bahasa pengantar kerana mereka mahukan
bahasa ibunda mereka sendiri
3. Kekurangan kewangan bagi pembiayan rancangan
Oleh itu, Jawatankuasa Khas sekali lagi mencadangkan:
1.
2.
3.
4.

Pengunaan bahasa Melayu dan Inggeris dijalankan secara beransur-ansur


Pengunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur
Menghadkan bilangan murid masuk ke sekolah Inggeris
Penubuhan sekolah menengah vokasional

Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan
yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah:
1. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
2.
3.
4.
5.
6.
7.

sebagai
bahasa pengantar.
Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah.
Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.
Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Laporan razak 1956


1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).

2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan


Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah
a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah
b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
f.

Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan


progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem


pendidikan

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)


Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam
Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini
juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969


Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan
tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam
pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan
dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September
1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
Mengkaji

semula

matlamat

dan

berkesannya

sistem pelajaran

sekarang,

termasuk

kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan
bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
mahupun jangka panjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa system pelajaran itu
dapat memenuhi matlamat Negara kea rah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin
dan terlatih.
(Sumber: Education In Malaysia, 1980)
Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum,
kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang
menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta
mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa,
penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.

Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk
masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat
dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan
menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang


Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk
melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu
bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya
diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada
kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu


Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu,
dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek
mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal
mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu,
pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti
kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia
akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap
sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat
beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah
beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti
Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak
1956.

Pendidikan Zaman Sekarang


Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan
negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia
Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi
agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari
formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi
seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara.
Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan
vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang
kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang


Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek
pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad
kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi
ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah
juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan
dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah
berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang
mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran
berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian
teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para
pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya
untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang
telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali.
Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi

maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara
pada masa akan datang.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British
hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak
perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem
yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik
beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah
dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap
perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk
menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang
secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani
secara keseluruhan oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan
pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan
selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang
sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

RUJUKAN
1.Buku

Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia . (1980). Kuala Lumpur.:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gestwicki, C. (996). Home, School and Community Relations, . United States of America.:
Delmar Publishers.
Juriah Long, H. B. (1992). Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21,. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, .
Lebar, M. S. (1996). Kurikulum pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn
Bhd.
Lebar, M. S. (1996). Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala
Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (1993). Pendiidkan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2001). Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1.
perak: kumpulan budiman sdn bhd.
Shahril @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Internet
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/sejarah-pendidikan-di-malaysia.html

http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

You might also like