You are on page 1of 20

Kefahaman Antara Etnik

UTA 1062
HUBUNGAN ETNIK

Nama :
Siti Hawa Binti Basarai @ Basri

Program

No Matrik :
1102463

: Sarjana Muda Pendidikan


( Pendidikan Islam Sekolah Rendah ) dengan kepujian

Semester : Semester 11

2011

Pensyarah : Dr Zainudin Bin Abu Bakar

UTA1062

Isi Kandungan

Penghargaan
Pendahuluan
Erti Etnik
Ciri-ciri Etnik
Masyarakat Pelbagai di Malaysia
a) Aspek Ekonomi
b) Aspek Politik
c) Aspek Sosial
Aktiviti Masyarakat Pelbagai di Malaysia
a) Aktiviti Ekonomi
b) Aktiviti Politik
c) Aktiviti Sosial
Pendidikan di Tanah Melayu
Pendidikan Zaman Penjajah British
a) Pendidikan orang Melayu
b) Pendidikan orang Cina
c) Pendidikan orang India
Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka
Penutup
Bibliografi

Muka surat

3
4
5
5
6
6
7
7
8
8
10
11
14
15
15
16
17
17
19
20

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaannya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi matapelajaran Hubungan Etnik (UTA 1062) ini.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya
sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Justeru itu, saya juga
telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi
berkaitan tugasan ini iaitu Kefahaman Antara Etnik .
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
saya iaitu, Dr Zainudin Bin Abu Bakar kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu
saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak
memberi sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima
kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang mempunyai keunikan tersendiri dan
negara yang kecil di peta dunia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
antara satu sama lain menambahkan lagi keunikan yang ada di Malaysia. Kepelbagaian
ini menjadi aset yang amat penting kepada negara dan rakyatnya. Kepelbagaian yang
wujud tidak menjadi batu penghalang kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan
menghargai keamanan serta berkongsi kekayaan dan kemakmuran.
Suasana harmoni kehidupan rakyat di Malaysia adalah sentiasa dipelihara dan
suasana ini bertepatan denagn suruhan dan ajaran agama serta amalan kaum masingmasing. Setiap agama menyuruh dan mengamalkan perkara-perkara yang baik dalam
hubungan sesama manusia. Ajaran yang baik ini boleh dilihat dalam ajaran Islam, Hindu,
Kristian, buddha dan lain-lain agama. Agama Islam sebagai contoh seperti dijelaskan
dalam Al-Quran bahawa Allah swt telah mencipta manusia itu berbangsa-bangsa supaya
antara mereka itu boleh hidup dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain. Sesuatu
bangsa mempunyai kelebihan dan kemahiran yang berbeza dengan bangsa-bangsa yang
lain. Kelebihan dan kemahiran yang berbeza ini dikongsi bersama dan akhirnya berfungsi
saling melengkapi dalam kehidupan. Sifat-sifat mulia dalam ajaran setiap Agama seperti
bekerjasama, tolong-menolong, ziarah-menziarahi keluarga atau jiran yang berlainan
agama boleh mewujudkan suasana pemuafakatan antara kaum. ( Paimah Atoma: 2011)
Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik
yang mempunyai latar belakang budaya, bahasa dan agama yang berbeza.

ERTI ETNIK

Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai
ikatan, kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional makanan
dan mempunyai hubungan sosial antara mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan
identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan
kumpulan etnik yang berbeza.

CIRI ETNIK

Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada
warisan sosio budaya seseorang. Antara ciri konsep etnik ialah budaya, adat, bahasa,
agama, negara asal dan lain-lain. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang ahlinya
mempunyai satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri.
Melvin Tumin (1964 : 243) mentakrifkan kumpulan etnik sebagai satu kumpulan
sosial yang wujud dalam satu sistem sosial dan kebudayaan yang besar dengan menuntut
atau diperakui dengan status istimewa dari segi satu ciri etnik yang kompleks yang
ditonjolkan atau dipercayai ada memilikinya.
Menurut J. Milton Yinger ( 1994 ), pada satu kumpulan wujud dalam erti kata
sebenar apabila satu segmen dari masyarakat besar dilihat oleh orang lain sebagai
berbeza dengan beberapa kombinasi dalam ciri-ciri berikut seperti bahasa, agama, ras dan
negara nenek moyang bersama adat dan kebudayaan yang berkaitan. Ahli-ahli kumpulan
ini pun melihat diri mereka sedemikian dan mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang
dikongsi bersama berdasarkan asal keturunan atau kebudayaan yang sama ( sebenarnya
atau buatan ).

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
MASYARAKAT PELBAGAI DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat pelbagai ialah masyarakat yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang
besar dalam kalangan mereka. Masyarakat Malaysia pada hari ini lebih dikenali sebagai
masyarakat pelbagai kerana penglibatan menyeluruh pelbagai etnik dalam aktiviti
kehidupan. Kepelbagaian masyarakat ini semakin ketara setelah kemasukan Sabah dan
Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Di Sabah sahaja mempunyai
lebih daripada tiga puluh (30) suku kaum manakala situasi yang sama terdapat di
Sarawak yang mempunyai lebih daripada dua puluh tujuh (27) suku kaum. Masingmasing kaum samada di Sabah mahupun di Sarawak mempunyai bahasa, agama dan
budaya yang berbeza antara satu sama lain.
Aktiviti-aktiviti kehidupan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia dapat
dibahagikan kepada tiga aspek ;
a. EKONOMI
-

Bidang perniagaan dan perdagangan kini tidak lagi dimonopoli oleh kaum Cina
sahaja tetapi telah dicerobohi oleh orang Melayu, India dan lain-lain kaum.

Pengkhususan pekerjaan mengikut garis etnik semakin kabur kerana setiap bidang
pekerjaan telah diceburi oleh pelbagai etnik.

Sektor swasta berperanan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia


tanpa mengira kaum.

b. POLITIK

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
-

Terdapat pakatan politik yang disertai oleh semua kaum melalui parti Barisan
Nasional iaitu sebagai Parti pemerintah.

Parti-parti pembangkang juga dianggotai oleh pelbagai kaum walaupun ada parti
pembangkang yang khusus dianggotai oleh satu kaum, namun perpaduan masih
terus dapat dikekalkan.

c. SOSIAL
-

Pelbagai kaum tinggal disesebuah taman perumahan dan saling bekerjasama


dalam aktiviti sosial yang dianjurkan.

Interaksi antara kaum adalah akrab iaitu tidak terhad kepada aktiviti jual beli atau
pertemuan di pasar sahaja.

Pertubuhan-pertubuhan induk di peringkat kebangsaan seperti sukan, pekerjaan,


kesihatan, kebajikan dan seumpamanya dianggotai oleh semua kaum.

Sistem pendidikan bermula daripada peringkat rendah hingga ke Institusi


Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan silabus yang sama.

Mewujudkan sekolah wawasan dengan tujuan menyemai semangat perpaduan


dalam kalangan semua kaum bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Sambutan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas
dijadikan sambutan di peringkat nasional yang dihadiri oleh pelbagai kaum.

AKTIVITI MASYARAKAT PELBAGAI DI MALAYSIA

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
a) AKTIVITI EKONOMI

Pembangunan ekonomi negara dalam konteks hubungan etnik di Malaysia


bermula daripada era pra penjajah sehingga kini. Tumpuan diberikan kepada dasar-sasar
pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN) iaitu usaha-usaha kearah
pembangunan ekonomi moden. Dasar-dasar ekonomi tersebut bukanlah hanya tertumpu
kepada pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi memastikan matlamatnya iaitu
memberikan keadilan sosial kepada semua kaum dan mencapai status negara maju
menjadi kenyataan.
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada usaha-usaha dan pencapaian yang telah
diperolehi oleh sesebuah negara dan menjadi pra syarat kepada pembangunan ekonomi
dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara dari perspektif ekonomi.
Pembangunan ekonomi yang dirancang dan dijalankan oleh kerajaan sejak
merdeka telah membawa hasil yang sangat positif. Pihak kerajaan berusaha menangani
permasalahan ekonomi yang tidak seimbang kesan daripada dasar ekonomi penjajah.
Ekonomi yang dahulunya semata-mata berasaskan pertanian telah berubah kepada
ekonomi yang berorientasikan industri, eksport, teknologi maklumat dan K-Ekonomi.
Kadar pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat mencatatkan peningkatan positif
adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Disamping itu, pembangunan
ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. Proses
urbanisasi yang berlangsung secara seiring dengan proses pembangunan ekonomi telah
menyebabkan proses perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan. Sesungguhnya

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
pembangunan ekonomi mempunyai kaitan yang rapat dengan kesejahteraan sosial dan
kestabilan politik.
Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang dirancang oleh pihak
kerajaan mempunyai matlamat yang utama iaitu mewujudkan perpaduan nasional dengan
mengambil kira pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka agar semua kumpulan
etnik dapat menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai
perpaduan negara. Perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu dapat
dikurangkan. Merapatkan jurang pendapatan antara kaum didalam sektor bandar dan luar
bandar samada didalam bidang pertanian dan industri. Kemiskinan tanpa mengira kaum
juga dapat dikurangkan. Perancangan dan pembangunan negara yang seimbang antara
negeri-negeri di semenanjung dengan Sabah dan Sarawak juga dapat diwujudkan.
Penyusunan semula masyarakat di Malaysia dengan mengikut etnik masing-masing.
Kaum-kaum tidak lagi dikenali mengikut sektor pekerjaan tetapi mereka bekerja dalam
sektor yang sama. Pelbagai dasar ekonomi yang dirangka mempunyai objektif yang jelas
iaitu perpaduan negara akan terus menjadi matlamat akhir. Masyarakat yang bersatu padu
adalah penting untuk mengukuhkan kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan.

b) AKTIVITI POLITIK

Politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang tidak kurang pentingnya


untuk difahami kerana dasar penjajahan British yang lalu dan latar belakang etnik yang
berbeza telah mempengaruhi corak pembangunannya. Parti-parti yang wujud di Tanah

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

UTA1062
Melayu dalam era untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1950-an dan setelah Sabah
dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963 adalah bercorak perkauman.
Kesungguhan pihak kerajaan untuk mewujudkan kerjasama politik yang erat antara etnik
yang dilakukan secara berterusan adalah bertujuan untuk memupuk semangat
permuafakatan bagi menentukan kestabilan dan keberkesanan pentadbiran negara.
Perkembangan politik di Tanah Melayu telah membuktikan wujud suasana ke
arah perpaduan yang dianjurkan bagi mewujudkan kerjasama parti-parti perkauman
Melayu, Cina dan India. Hasil daripada kerjasama parti-parti perkauman Melayu, Cina
dan India ialah kemenangan yang telah berpihak kepada Parti Perikatan yang
membolehkan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1957. Kemenangan ini juga memperlihatkan toleransi yang cukup tinggi oleh
orang Melayu terhadap orang bukan Melayu yang telah memberikan ruang kepada
mereka untuk bekerjasama dan bersatu dalam parti politik yang memerintah negara.
Perkembangan politik di Malaysia dalam konteks hubungan etnik memperlihatkan
usaha setiap kaum untuk mencapai persefahaman, toleransi seterusnya memupuk
semangat perpaduan walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Kerajaan yang dipilih
rakyat pada hari ini perlu bekerja lebih keras melaksanakan sistem pentadbiran dan
pemerintahan dengan adil, bijaksana dan berkesan berdasarkan prinsip dan semangat
perlembagaan Malaysia yang dikongsi bersama. Perjuangan setiap parti politik pula
bukan sahaja melihat kepada perjuangan dan kepentingan parti masing-masing yang
bersifat etnisiti, tetapi mesti disesuaikan dengan keperluan nasional. Malaysia sebagai
sebuah negara berbilang etnik tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan
sendiri kecuai melalui kerjasama antara pelbagai etnik. Kerjasama antara semua etnik

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

10

UTA1062
utama juga penting supaya tiada kelompok dianiaya semata-mata kerana percaturan kuasa
dan politik sempit.

c) AKTIVITI SOSIAL

Pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sangat penting bagi memastikan


segala perancangan kearah perpaduan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat
pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anggota masyarakat bagi memastikan
keharmonian terjalin erat dikalangan mereka. Antaranya ialah melalui aktiviti Rukun
Tetangga yang anggotanya terdiri daripada pelbagai kaum di sesebuah kawasan
penempatan. Rukun Tetangga yang diperkenalkan pada tahun 1975 bertujuan untuk
memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional
sejajar dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip
Rukun Negara. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk
dan harta benda mereka disamping meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan dan
persefahaman antara kaum bersesuaian dengan konsep integrasi nasional.
Selain daripada sama-sama menjaga keselamatan penduduk setempat, aktiviti
yang dijalankan oleh ahli-ahli Rukun Tetangga ialah mengamalkan budaya kunjungmengunjung semasa musim perayaan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai, Pesta Keamatan dan juga mengadakan Hari Keluarga.
Pada tahun 2000 kerajaan telah memutuskan sebanyak 6 perayaan kaum atau
agama dijadikan sebagai perayaan utama negara. Perayaan itu dikenali sebagai Rumah
Terbuka Malaysia dan diraikan diperingkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

11

UTA1062
dan kerajaan negeri. Matlamat utama rumah terbuka ini ialah untuk memupuk perpaduan
didkalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana aman dan harmoni. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan Masyarakat Melayu yang beragama Islam. Perayaan
ini disambut setelah sebulan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.
Masyarakat Melayu saling bermaafan dan ziarah menziarahi semasa menyambut
perayaan ini. Masyarakat India yang beragama Hindu pula mereka merayakan Deepavali
iaitu dikenali juga dengan pesta cahaya. Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran
oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalender mereka. Masyarakat Kadazan Dusun di Sabah menyambut perayaan Tadau
Keamatan pada bulan Mei setiap tahun iaitu setelah selesai menuai padi. Manakala
masyarakat Dayak di Serawak merayakan Gawai Sarawak yang disambut oleh
Masyarakat Dayak pada 1 Jun setiap tahun.
Amalan mengadakan program Rumah Terbuka dapat mengeratkan perpaduan
dikalangan anggota masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Aktiviti ini memperlihatkan
penglibatan rakyat dan pemimpin negara dan secara tidak langsung rakyat berpeluang
bertemu pemimpin dengan lebih dekat. Disamping itu, masyarakat sendiri dapat
berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain daripada kaum yang berbeza. Keadaan
ini dapat membantu mereka mengenali dan memahami budaya kaum-kaum lain di
Malaysia. Selain daripada itu, pelancong asing yang berkunjung ke negara ini juga dapat
melihat, mengenali dan memahami keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
Malaysia sewaktu menyambut perayaan kaium masing-masing. Semua ini berlaku secara
semula jadi apabila terdapat interaksi sosial dalam masyarakat. Kebudayaan juga terjadi
melalui unsur kesenian dan keagamaan. Pada masa kini proses kebudayaan berlaku

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

12

UTA1062
dengan pantas kerana terdapat pelbagai kemudahan alat komunikasi dan sains teknologi
moden dan canggih.
Alat Komunikasi ini mampu menyebarkan maklumat dalam sekelip mata. Alat
komunikasi ini dapat menghubungkan manusia dari satu benua ke benua yang lain dalam
jarak dekat mahupun jarak jauh. Ini termasuklah melalui televisyen, radio, internet, emel,
telefon bimbit dan lain-lain.
Penglibatan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tidak hanya terbatas kepada
aktiviti menyambut perayaan keagamaan sahaja malah mereka juga terlibat dalam aktiviti
kesukanan seperti pertandingan bola sepak, badminton, sukan rakyat, sukan tradisional,
Tai Chi, ekspedisi kembara dan sebagainya. Disini dapat dilihat penyertaan pemain yang
terdiri daripada pelbagai etnik memeriahkan lagi kegiatan sukan bukan sahaja cemerlang
diperingkat negara tetapi juga mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Golongan remaja dan juga pelajar sekolah diberi pendedahan dengan aktiviti
kokurikulum di sekolah. Mereka juga terlibat dalam mewakili sekolah di peringkat
daerah, negeri, negara sehingga keperingkat antarabangsa. Perlawanan persahabatan
dalam acara sukan antara sekolah, universiti, Jabatan Kerajaan dan swasta juga kerap
diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Manakala dari segi kebajikan pula, banyak badan-badan amal yang dianggotai
oleh pelbagai kaum yang mengadakan lawatan ke rumah warga tua, melakukan kerjakerja amal, membantu mangsa banjir, kebakaran dan bencana alam, serta memberi
sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik yang hidup dalam keadaan daif.
Program pendidikan secara tidak formal bagi kaum ibu juga diadakan seperti program
kelas memasak, kelas jahitan, kursus motivasi ceramah agama dan ceramah penjagaan

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

13

UTA1062
kesihatan. Melalui aktiviti seperti ini, para ibu dapat berkenalan antara satu sama lain
daripada atnik yang berbeza seterusnya mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU

Aspek pendidikan mempunyai kaitan dengan sosiobudaya penduduk daripada


pelbagai kaum. Kewujudan sistem pendidikan itu pula menggambarkan pemikiran
sesebuah masyarakat itu sendiri. Orang melayu misalnya, telah mengalami sistem
pendidikan yang berasaskan agama berubah kepada keperluan zaman dan akhirnya turut
mengalami pendidikan sekular. Kesan yang paling ketara ialah pembentukan sekolah
vernakular iaitu sekolah-sekolah mengikut kaum-kaum tertentu dengan menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Sistem sekolah vernakular ini
masih kekal hingga hari ini walaupun semua sekolah telah mengguna pakai kurikulum
yang sama bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah
menengah (Abu Zahari : 1980 ).
Dasar pendidikan negara masa kini bertujuan untuk membentuk perpaduan
dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pembentukan
dasar pendidikan negara telah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu kesan penjajahan
barat dan keadaan masyarakat yang berbilang kaum.
Nilai patriotisme menjadi asas untuk mengembangkan semangat kebangsaan dan
semangat kenegaraan. Melalui nilai tersebut generasi muda mempunyai semangat
ketahanan yang baik berbangga dengan negara mereka dan mampu menghadapi

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

14

UTA1062
persaingan dalam dunia yang terus mengalami perubahan. Nilai patriotisme ini akan
memperkukuhkan perkembangan individu untuk membina semangat kesetiaan dan
perjuangan demi kepentingan dan kecintaan terhadap bangsa, agama dan negara. Nilainilai patriotisme di negara ini boleh disemai dengan meluas dalam sistem pendidikan dan
persekolahan.

PENDIDIKAN ZAMAN PENJAJAH BRITISH

a) PENDIDIKAN ORANG MELAYU

Pada peringkat awal pendidikan orang Melayu lebih banyak berorientasikan


Pendidikan Agama. Tumpuan diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.
Ini disebabkan Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan dan sumber ilmu
pengetahuan bagi orang Islam. Kaedah pendidikan yang digunakan begitu informal, yang
dijalankan di rumah, surau, madrasah dan masjid. Kemudiannya, terdapat sistem
pendidikan pondok sebagai pusat pembelajaran dan tempat kediaman pelajar (Awang
Had Salleh, 1977). Suasana pendidikan pondok begitu subur di Kelantan, Terengganu dan
Kedah. Pelajar-pelajar diajar kemahiran asas seperti kemahiran menulis, membaca dan
mengira. Ini membolehkan mereka berupaya membaca dan memahami isi kandungan AlQuran. Justeru itu, secara tidak langsung mereka juga mempelajari Bahasa Arab.

b) PENDIDIKAN ORANG CINA

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

15

UTA1062

Penubuhan sekolah Cina mempunyai kaitan dengan penghijrahan orang Cina ke


tanah Melayu secara besar-besaran khususnya pada abad ke-19. Walaupun kehadiran
mereka disebabkan oleh tujuan ekonomi, sistem pendidikan untuk masyarakat Cina juga
turut dibangunkan. Pada peringkat awal, kerajaan British membiarkan perjalanan dan
pengurusan sekolah Cina. Sekolah Cina dibangunkan dan ditadbir oleh individu
(golongan pedagang) atau persatuan-persatuan Cina. Sejak dari awal lagi, perkembangan
sekolah Cina bebas daripada campur tangan kerajaan British. Sehingga tahun 1920,
barulah kerajaan British mewujudkan peraturan dan undang-undang untuk mengawal dan
memeriksa sekolah-sekolah Cina yang bertujuan untuk mengelakkan penglibatan mereka
dengan kongsi gelap dan anasir Subversif. Pihak penjajah British memang tidak berminat
untuk membantu sekolah Cina terutamanya dari segi peruntukan kewangan. Minat
kerajaan British ialah untuk mengelakkan sekolah Cina bebas daripada sebarang
penyebaran ideologi khususnya komunisme. Ini mungkin dikaitkan dengan penubuhan
Parti Komunis China pada tahun 1921. Sehingga perang dunia kedua, autonomi dan
kebebasan sekolah Cina telah dikekalkan.

c) PENDIDIKAN ORANG INDIA

Perkembangan sekolah Tamil tidaklah begitu menggalakkan berbanding dengan


sekolah Cina. Ini boleh dilihat berdasarkan keadaan sekolah Tamil yang sangat tidak
memuaskan. Biasanya mereka menggunakan ruang-ruang yang sedia ada untuk dijadikan
sekolah. Hal ini disebabkan keengganan syarikat untuk melabur dalam sektor pendidikan.

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

16

UTA1062
Keutamaan mereka ialah mengaut keuntungan semaksimum mungkin hasil daripada
sektor perladangan getah. Guru-guru sekolah Tamil juga tidak terlatih dan gaji mereka
adalah rendah. Kadang-kadang mereka yang bekerja sebagai guru terdiri daripada kerani
ladang, penyelia ladang, pembancuh ubat, kangani dan pekerja sendiri. Ini
menggambarkan tahap pendidikan sekolah Tamil yang begitu rendah. Sekolah Tamil juga
dijalankan diperingkat rendah sahaja. Justeru itu, selepas menamatkan persekolahan, para
pelajar tidak menikmati mobiliti sosial. Mereka akan terus bekerja di ladang untuk
membantu menyara hidup keluarga. Bagi mereka yang berkemampuan, anak-anak
mereka akan dihantar ke sekolah-sekolah Inggeris di bandar.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA

Era selepas kemerdekaan menunjukkan usaha-usaha untuk membangun dan


mengembangkan bidang pendidikan dalam negara namun begitu usaha tersebut bukanlah
dapat dicapai dengan begitu mudah. Dasar negara untuk membangunkan negara dan
memupuk perpaduan nasional. Dasar negara juga untuk mengembangkan sekolah
menengah dikalangan orang Melayu, disamping usaha untuk mengukuhkan pengajaran
bahasa dan kesusasteraan Melayu. Usaha pihak kerajaan yang paling penting adalah
untuk memupuk dan menyerapkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bercirikan ke
Tanah Melayuan. Sumbangan guru-guru Melayu yang menjadi tulang belakang dalam
perjuangan politik untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka merupakan golongan
intelektual Melayu yang berpengaruh terutama sekali diperingkat akar umbi. Mereka
merupakan golongan terpelajar, kukuh identiti dan jati diri serta mempunyai semangat

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

17

UTA1062
yang kuat untuk membangunkan bangsa Melayu dan negara (Isahak Harun, 1980). Hasil
perjuangan guru itu untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
meningkatkan didikan dari sekolah rendah kepada peringkat menengah dan pengajian
tinggi.

PENUTUP / KESIMPULAN
Kepelbagaian masyarakat yang mempunyai ciri-ciri budaya yang tersendiri
memanifestasikan keragaman budaya di kalangan masyarakat. Mereka hidup dengan
harmoni, mengekalkan adat istiadat, mengamalkan ajaran agama, saling hormatmenghormati dan bantu-membantu dalam menjalani kehidupan seharian.
Suasana kehidupan yang aman dan damai tidak akan dapat dinikmati oleh rakyat
Malaysia sekiranya tidak wujud kerjasama dan saling faham memahami antara satu sama

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

18

UTA1062
lain. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan masing-masing kaum
mempunyai latar belakang budaya, bahasa dan agama yang berbeza namun perbezaan
tersebut bukan penghalang bagi kita untuk terus hidup aman dan bekerjasama
membangunkan negara ke arah mencapai kemajuan.
Kelangsungan kehidupan sesebuah masyarakat pelbagai etnik bergantung kepada
moral dan peribadi yang baik dikalangan ahlinya yang akhirnya dapat menjamin
keutuhan sosial, budaya, ekonomi dan politik masyarakat berkenaan. Seterusnya keadaan
ini akan menjamin wujudnya perpaduan yang berpanjanan dikalangan mereka yang
berbeza latar belakang budaya, agama dan bahasa. Perkongsian hidup dalam sebuah
negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum seperti di Malaysia amat
memerlukan persefahaman dan sikap toleransi yang tinggi dikalangan mereka demi
kelangsungan co-existence ini berjalan dengan lancar pada masa akan datang. Menjadi
harapan kepada semua bahawa generasi masa kini dan akan datang mampu menjaga dan
mempertahankan hubungan unik yang sedia ada dan disamping itu pemimpin yang
berwibawa, adil dan saksama perlu memainkan peranan yang sewajarnya bagi
memastikan perpaduan dan keharmonian ini berkekalan.

BIBLIOGRAFI

1. Paimah Atoma, Mohd Azmir Mohd Nizah. (2011) . Hubungan Etnik. Bandar Baru
Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

19

UTA1062
2. Isahak Haron. (1980) . Perkembangan Bahasa Malaysia dan Sekolah-sekolah
Menengah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.
3. Abu Zahari Abu Bakar. ( 1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
4. Awang Had Salleh. (1977). Pendidikan Ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
5. Harlina Bt Halim. Asas Kefahaman Hubungan Etnik. Johor Bahru: Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITHO). www.scribd.com

Program Pengijazahan Guru TITAS S2 2010/2011


PUSAT PENGAJIAN TERAS USIM

20

You might also like