You are on page 1of 67

KONSEP DAN KAEDAH

PENYELIDIKAN
Sr Dr. Md Azree Othuman Mydin

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan


Univerisiti Sains Malaysia

1
KONSEP PENYELIDIKAN

Apakah yang anda faham


dengan Penyelidikan?

2
KONSEP PENYELIDIKAN
Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?

[1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah


menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan
universiti beliau dan memanggilnya satu kajian

[2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan
dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan
SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran

[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan
menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan
perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan
peserta bengkel yang lain

3
KONSEP PENYELIDIKAN
• Tiada satu pun contoh di atas yang
boleh diklasifikasikan sebagai
penyelidikan!!!!
MENGAPA ?
Anda akan tahu apabila anda faham
konsep “penyelidikan”

4
KONSEP PENYELIDIKAN
Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:

• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan


yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka
hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat
duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.
• Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang
tersebut.
• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan
(hipotesis).
• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan
maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta
• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat
interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan
kemudiannya membuat kesimpulan
5
KONSEP PENYELIDIKAN
• Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik
(pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu
susunan langkah yang teratur dan sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat
kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian
atau explorasi yang saintifik sebelum membuat
kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah
sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah
explorasi yang saintifik
6
DEFINISI PENYELIDIKAN

• Tuckman (1999)
Penyelidikan adalah kaedah
sistematik untuk mendapatkan
jawapan untuk sesuatu
persoalan atau permasalahan
7
DEFINISI PENYELIDIKAN

• Kelinger (1964)
Penyelidikan adalah penyiasatan
sistematik, terkawal, bercorak
empirikal dan kritikal mengenai
perhubungan di kalangan
fenomena
8
DEFINISI PENYELIDIKAN

• Ahmad Mahdzan (1992)


Penyelidikan didefinisikan sebagai
usaha-usaha bagi mencari
jawapan kepada soalan-soalan
khusus yang dikemukakan
berkenaan sesuatu permasalahan
9
DEFINISI PENYELIDIKAN

• Mencari fakta atau kebenaran mengenai


sesuatu perkara.
• Mengurus penyelidikan saintifik untuk
menyelesai masalah dan menguji
hipotesis
• Membina atau merekacipta produk yang
baru
10
APAKAH PENYELIDIKAN?

Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah


tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah:

1. Memahami masalah yang hendak dikaji dan


mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan
2. Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain
mendekati atau menguruskan masalah tersebut
3. Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya
dapat mencapai keputusan yang sah
4. Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji
5. Membuat kesimpulan dan generalisasi

11
Kenapa kita melakukan penyelidikan?

 Mendapatkan ijazah
 Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat
diselesaikan (masalah yang kompleks)
 Mendapatkan kepuasan intelektual
 Mendapatkan produk yang baru
 Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat
 Mendapat pengiktirafan (kehormatan)
 Untuk memperbaiki kehidupan sejagat
 TERPAKSA!!!!

12
PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI

• Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain


• Ia boleh direplikasi (duplicated)
• Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain
• Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang
logik dan terikat dengan teori
• Ia mampu untuk dilaksanakan!!!
• Ia menjana soalan baru
13
PENYELIDIKAN YANG BURUK

• Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.


• Plagiat kerja orang lain
• Memalsukan data untuk membuktikan
sesuatu.
• Maklumat disalahkan dan membawa
pembaca kepada maklumat yang
disalahertikan.
14
Soalan yang perlu ditanya (5w)

 What APA penyelidikan anda?


 Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?
 Who SIAPAKAH yang terlibat?

 Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?


 When BILA anda akan melaksankan penyelidikan? 15
PROSES PENYELIDIKAN
 Mengenalpasti masalah
 Sorotan/ Kajian literatur
 Pembentukan masalah
 Merekabentuk kajian
 Pengumpulan data
 Pemprosesan data
 Interpretasi data
 Penulisan laporan
16
STRUKTUR TESIS/DISERTASI
ABSTRAK
PENGENALAN

KAJIAN LITERATUR

TEORI / METODOLOGI

ANALISIS DATA
DISKUSI / PERBINCANGAN

KESIMPULAN / PENUTUP

RUJUKAN / APPENDIK 17
ABSTRAK

 Abstrak ialah satu rumusan ringkas


kepada perkara yang termasuk
dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.
 Abstrak amat membantu kerana ia
pendek dan memasukkan idea utama
penyelidikan

18
ABSTRAK

 Abstrak
 Tujuan penyelidikan
 Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena
 Apakah keputusan utama yang diperolehi

19
SOROTAN LITERATUR

 Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang


telah diterbitkan atas topik yang tertentu
 Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal,
monograf, buku akademik, dan laporan
penyelidikan
 Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari
daripada pengalaman orang lain, di samping
memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh
penyelidik yang terdahulu daripadanya.

20
SOROTAN LITERATUR

 Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara


orang-orang terdahulu daripada kita
 Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus
diberikan kepada karya-karya yang dibuat di
kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang
sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada,
selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap
karya-karya di luas kawasan, dalam negara
yang sama.
 Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya
dari luar negeri
21
PERANAN KAJIAN LITERATUR

 Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang


beli diketahui berkenaan topik yang dipilih
 Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau
masalah yang dikaji
 Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam
kajian
 Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala
bercangkah
 Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang
sesuai
 Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan
22
CIRI-CIRI SOROTAN
LITERATUR YANG BAIK

1. Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang


anda hendak kaji dalam kajian anda.
2. Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir
tentang topik yang sama
3. Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat
berdasarkan angkubah yang pernah digunakan
oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti
pengarang demi pengarang.

23
samb. CIRI-CIRI SOROTAN
LITERATUR YANG BAIK

4. Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar


tadi
5. Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang
betul-betul relevan dengan topik anda.

24
MASALAH PENYELIDIKAN

 Situasi yang tidak dapat diselesaikan


dan memerlukan penyelidikan untuk
menyelesaikannya.
 Masalah yang menyebabkan seseorang
pengkaji ingin melakukan kajian
 Masalah yang hendak dikaji saharusnya
jitu, konkrit dan tidak direka

25
SUMBER-SUMBER MASALAH

 Media cetak dan elektronik


 Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan
 Pemerhatian terhadap persekitaran yang
penyelidik lalui
 Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji
 Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik
berdasarkan pengalamannya
 Pengalaman individu lain
 Perbincangan antara individu atau kumpulan
26
Pertimbangan dalam
memilih masalah kajian
 Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau
masa yg sesuai untuk diselesaikan?
 Adakah penyelidik mempunyai minat dalam
menjalankan kajian tersebut?
 Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai
nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan
sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?
 Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai
nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh
pengguna lain?
 Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-
bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang
diperolehi?
27
Kriteria Pembentukan
Masalah Penyelidikan

 Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan


 Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan
kpd masalah baru dan penyelesaian
 Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji
 Sesuai dengan seorang penyelidik
 Berkaitan dengan masalah terkini
 Dilakukan dengan etika yg sempurna

28
Makna Pernyataan Masalah

 Hubungan yang jelas dengan pemboleh


ubah
 Menerangkan dengan jelas perkara yg
kurang jelas, kabur atau abstrak
 Boleh diuji setiap pemboleh ubah

29
HIPOTESIS

 Satu ramalan terhadap kemungkinan


dapatan di dalam penyelidikan
 Dibentuk selepas objektif wujud

30
Ciri-ciri hipotesis

 Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah


 Dinyatakan secara logik, jelas dan terang
 Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau
disahkan
 Bersifat khusus bukan umum
 Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan
 Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika
 Secara konsepsi sahaja
 Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji
 Spesifik

31
JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
Penyelidi
kan Asas

Penyelidi JENIS Penyelidi


kan PENYELIDIKA kan
Penilaian N TINDAKAN gunaan

Penyelidi
kan
Tindakan 32
1. Penyelidikan Asas
(basic research)

 Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu


kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum
menjalankan kajian yang selanjutnya
 Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori
dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu
teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan
semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya
mengikut keadaan semasa.
 Mempunyai orientasi yang lebih umum
 Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam
disiplin tersebut
33
Contoh penyelidikan asas

 Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran


dalam persekitaran makmal
 Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang
kepada pengetahuan berkenaan cara
pembelajaran berlaku
 Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu
atau beberapa faktor yang terhad berkaitan
pembelajaran seperti perbezaan yang
berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran
dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan

34
2. Penyelidikan Gunaan
(applied research)

 Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh


penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini
 Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan
praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.
 Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang
strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
 Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke
atas sesuatu isu
 Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah
semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi

35
Contoh penyelidikan gunaan

 Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru


sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk
mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan
berkaitan beberapa program bacaan yang ada.
 Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa
kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin
dengan masalah memilih program bacaan atau bahan
yang hendak dibeli.
 Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting
untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

36
3. Penyelidikan Penilaian
(Assessment Research)

PROSE
Merancang
S
program

Menguruskan
pelaksanaan dan
kesannya.

37
Penyelidikan Penilaian

 Dibahagikan kepada dua jenis bergantung


kepada tujuan penilaian.
 Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk
mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai
bagaimana program itu boleh dibaiki, ia
dipanggil penilaian formatif.
 Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah
kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada
program itu efektif dan adakah ia patut
diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.
38
4. Penyelidikan Tindakan
(Action Research)

39
Penyelidikan Tindakan

 Penyelidikan Tindakan difokuskan


kepada penyelesaian masalah yang
spesifik dihadapi oleh pengamal lokal
(local practitioners)
 Ini adalah jenis penyelidikan gunaan

40
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Kajian
eksperimental

Kuasi
eksperimental
Kuantitatif
Kajian
tinjauan

Kajian
Reka bentuk kolerasi
penyelidikan
Kajian
etnografi

Kualitatif Kajian kes

Kajian sejarah
41
PENYELIDIKAN KUANTITATIF

42
PENYELIDIKAN KUANTITATIF

43
CONTOH REKABENTUK
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
Kajian
Eksperimen

Kajian
Kajian
Kuasi-
Korelasi
Eksperimen

Kajian
Tinjauan
44
i. Kajian Eksperimen
Kajian yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan sesuatu
rangsangan, rawatan atau intervensi ke atas pemboleh ubah bersandar

Dalam kajian eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar


dimanipulasikan; pemboleh ubah bersandar tidak berubah

Penyelidikan ini tidak digunakan dalam sains sosial kerana kesukaran untuk
mengawal perubahan yang berlaku dalam persekitaran

Ciri-ciri: terdapat kumpulan kawalan dan rawatan, boleh memanipulasi


kumpulan rawatan untuk melihat perubahan yang berlaku
45
ii. Kajian Kuasi-Eksperimen

Digunakan untuk menilai keberkesanan suatu


program apabila responden kajian tidak dapat
diagihkan secara rawak

Dua kumpulan responden yang dipilih


mestilah tidak seimbang dan tidak
mempunyai ciri-ciri yang sama

Kajian ini dilakukan ke atas individu yang


sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar
• Perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman
lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran
46
iii. Kajian Tinjauan (Survey)
Kaedah penyelidikan bukan 2 jenis reka bentuk kajian
berbentuk eksperimen tinjauan
yang paling popular • Cross-sectional (jangka masa
digunakan dalam pelbagai tertentu/ singkat)
bidang khusus – Sains • Longitudinal (jangka masa
panjang)
Sosial, pendidikan.

Kajian ini digunakan untuk


Kajian digunakan untuk
mendapatkan persepsi
mendapatkan maklumat
menyeluruh daripada satu
daripada responden yang
populasi (sampel dalam
ramai
sesuatu populasi)

47
iv. Kajian Korelasi
 Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau
hubungan sedia ada antara pembolehubah
 Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan
sesuatu fenomena
 MAKSUD penyelidikan yang cuba mencari
hubungkait atau perhubungan antara
pembolehubah dengan menggunakan kaedah
statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan
penyebabnya
 Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau
kaitan antara pembolehubah yang diselidik
48
PENYELIDIKAN KUALITATIF

DEFINISI:
Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu
untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta
mendalam

PENGENALAN:
 dijalankan dalam satu kawasan yang kecil,
melibatkan individu dalam kawasan berkenaan
sahaja
 Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian
sejarah
49
PENYELIDIKAN KUALITITATIF

 Data dikutip melalui teknik pemerhatian,


temubual, penulisan diari dan analisis
dokumen
 Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan
bagaimana”.
 Penyelidikan ini menerangkan proses,
langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
 Data kajian kualitatif boleh membantu kajian
kuantitatif dengan memberi penjelasan
kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
50
PENYELIDIKAN KUALITITATIF

 Data dikutip melalui teknik pemerhatian,


temubual, penulisan diari dan analisis
dokumen
 Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan
bagaimana”.
 Penyelidikan ini menerangkan proses,
langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
 Data kajian kualitatif boleh membantu kajian
kuantitatif dengan memberi penjelasan
kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
51
CONTOH REKABENTUK
PENYELIDIKAN KUALITATIF

Kajian
Kes
Kajian Kajian
Etnografi Sejarah

CONTOH
KAJIAN

52
i. Kajian Etnografi

 Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli


sosiologi dan antropologi dalam sesuatu
masyarakat / komuniti
 Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek :
 Budaya

 Tingkah laku

 Corak interaksi sosial pemikiran

 Cara hidup masyarakat

53
i. Kajian Etnografi (samb.)
 Dilaksanakan dalam jangka masa
yang panjang
 Cara pengumpulan data :
 Pemerhatian
 Temu bual

 Kajian dilakukan sehingga pola


kehidupan dapat ditentukan
dengan jelas
54
ii. Kajian Kes

 Kajian ini tertumpu kepada individu atau


kumpulan dalam sesebuah sekolah, 2 buah
sekolah atau 3 buah sekolah yang terletak
dalam sesebuah kawasan
 Tujuan :
 Menjawab persoalan kajian “bila”,
“bagaimana” dan “mengapa”
 Fokus penghuraian yang holistik dan
menyeluruh
55
ii. Kajian Kes (samb.)

 Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada


sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam
(Yin, 1994)
 2 jenis kajian kes :
 penerokaan (exploratory)
 deskriptif (descriptive)
 Contoh kajian kes:
 kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan
pelajar yang cerdik dalam pembelajaran

56
iii. Kajian Sejarah

 Maklumat utama :
diperolehi daripada orang yang mengalami
situasi atau peristiwa tersebut

 Maklumat sekunder :
diperolehi daripada kajian literatur dan orang
yang terdekat dengan orang yang
mengalami sendiri dan yang berada di
tempat kejadian
57
iii. Kajian Sejarah (samb.)

 Dokumen-dokumen berkaitan :
 surat
 artikel
 minit mesyuarat
 teks dalam majalah
 rakaman video
 kaset
 foto
 tayangan gambar dsb

58
Kualitatif vs Kuantitatif

1. Tujuan/ Matlamat
Kuali: Untuk
memahami & mentafsir interaksi sosial .

Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat


kesan dan akibat dan membuat ramalan

59
Kualitatif vs Kuantitatif

2. Pendekatan
Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan
untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-
sebab yang mengawal tingkah laku itu

Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian


yang diasingkan daripada subjek atau perkara

60
Kualitatif vs Kuantitatif

3. Kumpulan yang dikaji


Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak

Kuanti: besar dan dipilih secara rawak

61
Kualitatif vs Kuantitatif

4. Pembolehubah (variables)
Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya
pembolehubah

Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji

62
Kualitatif vs Kuantitatif

5. Instrumen Pengumpulan Data


Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan
fokus, kandungan atau analisis dokumentari & peserta
pemerhatian

Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji


selidik dan medium lain untuk mengumpul data numerik atau
data yang boleh diukur

63
Kualitatif vs Kuantitatif

6. Jenis Data
Kuali: perkataan, imej dan objek

Kuanti: nombor dan statistik

64
Kualitatif vs Kuantitatif

7. Hasil
Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang
kurang generalisasi

Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi

65
Kualitatif vs Kuantitatif

8. Soalan yang ditanya


Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang
bagaimana?

Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa


kerap? Sejauh manakah?

66
Terima kasih…

67

You might also like