You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.


Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal
berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun
1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos
19571.

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dan menjadi punca


kepada semua undang-undang. Selain itu, di Negara kita Malaysia tidak ada sebarang
institusi yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan ini dan semua undang-
undang ini tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan. Mahkamah mempunyai kuasa
membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan
Perlembagaan2. Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda
juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan


yang adil dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah3. Tambahan pula, bagi
mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat serta perlembagaan ini akan menjadi alat untuk
menyelesaikan masalah di Negara kita. Seterusnya, perlembagaan boleh menjamin riwayat
negara bangsa dan menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek


pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian4. Contoh lima bahagian ialah,
pertamanya, negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi persekutuan. Makna bagi
bahagian ini ialah, Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri
dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-
undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut
Perlembagaan adalah tidak sah.

Keduanya, kebebasan asasi iaitu kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki, hak untuk
hidup dan kebebasan dan kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan.
Selain itu, kesamarataan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, bercakap, berhimpun

1
Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia, Arah Publication, Shah Alam, 2008, hlm.31.
2
Ibid, hlm.33.
3
Ibid.
4
Ibid, hlm.7

1
dan bersekutu. Tambahan pula, kebebasan agama, hak untuk berpendidikan dan hak untuk
memiliki harta. Perlembagaan yang ketiga ialah, kewarganegaraan iaitu seseorang itu
menjadi warganegara Malaysia dengan cara dilahirkan di Malaysia, berkahwin dengan
seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara
Malaysia5. Selain itu, tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang
ditetapkan.

Keempatnya, perlembagaan persekutuan iaitu ketua utama persekutuan adalah Yang


di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja
dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-
negeri yang tidak mempunyai Raja. Perlembagaan ini juga mewujudkan Kabinet dan
Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.

Akhir sekali, perlembagaan negeri-negeri iaitu, setiap negeri mempunyai


perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan
Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-
masing. Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri, bahagian ini menyatakan
pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang
membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang
membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara
tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang6.

Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah, untuk menjamin kesinambungan


pentadbiran dan kestabilan politik. Perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk
pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur
dan adil. Justeru, dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Perlembagaan dapat
menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan
bercakap, memiliki harta dan beragama7. Kepentingan perlembagaan apabila ia dapat
menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan
pentadbiran berjalan dengan lancar. Kepentingan perlembagaan juga dapat memupuk unsur
taat setia kepada negara. Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan
Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain.

5
Ibid, hlm.51.
6
Ibid.
7
Ibid, hlm.123.

2
Kepentingan perlembagaan juga apabila dapat memastikan wujudnya keadilan sosial
antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya
persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta
Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya
kejadian yang tidak diingini. Kepentingan perlembagaan juga supaya hak keistimewaan
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana
yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.
Perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi
proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Akhir sekali,
perlembagaan juga menjadi penting sebagai panduan pemerintahan kerajaan negeri.

Secara rumusannya, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil mempunyai sebuah
perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci. Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan
Agong yang dipilih memerintah selima lima tahun, Sembilan orang Sultan yang memerintah
seumur hidup, empat orang Yang Dipertua Negeri yang dilantik, 14 buah kerajaan negeri
dan 14 buah badan perundang serta banyak lagi badan yang ditubuhkan oleh
Perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan
perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana ia mungkin dapat dijalankan. Apa yang
nyata ialah keadaan yang wujud sekarang ini tidak wujud dalam kekosongan, tetapi lahir
pada zaman silam.

Apabila kita melihat sejarah Negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan
menyedari mengapa perlembagaan kita merupakan satu dokumen yang panjang. Hal ini
kerana tiap-tiap negeri dan pihak yang berkepentingan mendesak supaya jaminan hak
masing-masing dimaktubkan dalam perlembagaan. Desakan itu agak wajar. Sehingga hari
ini ternyata bahawa perlembagaan Negara ini kekal utuh dan memandu Negara ini kearah
kemajuan dan kemakmuran. Maka menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan
kedaulatan perlembagaannya.

2.0 RUKUN NEGARA

Pada tahun 1969, Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi
beberapa prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan
perundangan8. Penggubalan Rukun Negara cetusan daripada peristiwa 13 Mei 1969 di
mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan, keharmonian dan keutuhan
negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan, mengembalikan
8
Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia, Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur, 2005, hlm.90.

3
keamanan, mendirikan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni
serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. Kerajaan Inggeris telah
menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan
estet serta berniaga di bandar9.

Kerajaan Kolonial Inggeris memisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan.
Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang
Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan
bekerja di estet-estet, manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar.
Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan
mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang
sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.

Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah berdasarkan kepada keperluan
menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia. Rukun Negara
yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan difikirkan boleh mengeratkan perpaduan kaum
memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Di
antara prinsip-prinsip Rukun Negara ialah, kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada
raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan
dan kesusilaan.

Secara umumnya, kelima-lima prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara


Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik,
liberal dan progresif, Berdasarkan prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di
mana semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain.
Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan
panduan keseluruhan umat manusia. Walau bagaimanapun, agama-agama lain boleh
dianuti oleh rakyat10. Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran
agamanya mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan
imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum.
Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai
sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.

9
Ibid, hlm.91.
10
Ibid.

4
Prinsip kedua yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara meletakkan
Yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita. Dalam konteks
perhubungan rakyat dan Raja, rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja
manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada negara dan
seluruh rakyat jelata11. Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang boleh
menyatupadukan rakyat semua. Keluhuran Perlembagaan mengkehendaki setiap rakyat
menghormati dan mematuhi Perlembagaan.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap


warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman
dan damai. Dalam konteks ini, tidak ada individu yang terkecuali daripada mematuhi
Perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin
kemakmuran dan perpaduan negara. Sebagai contoh, seseorang tidak boleh
mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum. Pada
hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi
manusia secara keseluruhannya.

Prinsip Kedaulatan Undang-undang bertujuan menjamin keadilan dalam negara


Malaysia. Husin Mohd Tap (2007) menegaskan undang-undang dapat menjamin keadilan
serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada perlaksanaan undang-undang. Dengan
kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar
undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Di Malaysia,
undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung
masalah seperti jenayah, penipuan, penindasan dan sebagainya.

Prinsip kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa
dan berkelakuan baik. Pengamalan prinsp Kesopanan dan kesusilaan ini boleh membawa
kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun
dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu12. Prinsip ini sangat
penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan
kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus
menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak
menyinggung perasaan orang lain.

11
Ibid,hlm.92.
12
Ibid.

5
Aspek utama Rukun Negara diperkenalkan bagi mewujudkan perpaduan kaum adalah
untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan dalam bentuk berbangsa-bangsa, berkaum-
kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenarnya untuk
menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak
ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan antara satu sama lain untuk
mencetuskan konflik yang berbahaya13.

Secara umumnya, prinsip Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia bagi
mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
Negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak
mengidentitikan hak milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina
lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tatasusila, mengendalikan,
dan memberi panduan kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan seperti sosial,
ekonomi, dan politik.

Selain itu, Rukun Negara juga dibentuk bagi menentukan bahawa masyarakat Malaysia
perlu bersatu agar dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Ini ditunjukkan melalui sikap
taat dan setia serta bangga kepada negara. Seterusnya, Malaysia adalah sebuah negara
demokratik. Rukun Negara juga menekankan hal yang penting iaitu rakyat diberi kebebasan
memilih kerajaan yang memerintah untuk kepentingan dan kebaikan mereka serta negara.

Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum ataupun agama serta bersikap saling menghormati antara satu sama
lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.

13
Ibid.

6
( Gambar 1: rencana akhbar Utusan Malaysia (Rabu, 1 September 2006) menunjukan
bahawa program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk menjayakan Rukun Negara)

UMP menubuhkan Sekretariat Rukun Negara yang memanfaatkan mahasiswa IPTA


untuk mengikuti prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka. Ini akan membantu
kerajaan untuk memmupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum.

3.0 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum
di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu
sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Pada peringkat
permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum
negara ini ingin mencapai kemerdekaan14.

Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan
kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan
British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus
menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada
peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi15. Cadangan ini diharapkan
dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
14
Nik Asis Nik Pa, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia, Utusan Publication & Distributors,
Kuala Lumpur.
15
Ibid.

7
Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda
mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular
Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Terdapat beberapa usul-usul yang dikemukakan dalam Laporan Fenn-Wu 1952, yang
pertama ialah sekolah Cina patut dikekalkan. Malah, sukatan pelajarannya jug hendaklah
berasaskan kepada negara China tetapi bukannya Tanah Melayu 16. Usul ini diwujudkan
supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat bangsa orang Cina. Selain itu, sekolah
vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan
Tamil. Malah, bahasa kebangsaan juga diadakan.

Laporan Fenn-Wu 1952 juga menyatakan bahawa sekolah-sekolah aliran jenis


kebangsaan (Inggeris) harus dikekalkan. Maka, sekolah-sekolah vokasional pula terus
dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk
pembangunan negara.Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai
reaksi daripada banyak pihak. Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana
mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka17. Tetapi,
reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain. Sebuah jawatankuasa
khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji
laporan Fenn-Wu.

Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua


laporan di atas. Sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan.
Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai
sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa tamil dan bahasa cina cuma diajar sebagai
bahasa ketiga. Walau bagaimanapun, ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana tentangan
masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah
memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang
sama dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan
menyuburkan semangat perpaduan kaum.

Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta
mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

16
Ibid.
17
Ibid.

8
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan
persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat. Terdapat beberapa strategi yang
digunakan untuk mencapai perpaduan Negara ialah, yang pertamanya sistem persekolahan
yang sama bagi semua murid tanpa mengira kaum. Pada asasnya Laporan Razak
mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa utama
untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar
pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi matapelajaran utama di
semua peringkat sekolah.

Keduanya, bahasa kebangsaan menjadi sebagai bahasa pengantar utama. Strategi ini
ialah cara yang paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan
tanpa menimbulkan rasa curiga18. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
harmoni antara kaum di negara ini.

Ketiganya, kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Kurikulum ialah satu rancangan
pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-
nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal
dan emosi19. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan
rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan
Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
Negara.

Strategi kelimanya, sukatan pelajaran yang seragam untuk semua sekolah. Sukatan
pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan
perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat
pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan
dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum,

18
Ibid.
19
Ibid.

9
agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia
terhadap setiap kaum di Malaysia hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam
persefahaman.

Seterusnya, peperiksaan yang seragam juga menjadi salah satu strategi dalam Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-
sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong
proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini
menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk
perpaduan kaum. Dasar ini berjaya kerana ia membantu Negara kita untuk membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat
yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan
kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid
yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal
dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini
kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia
turut memuatkansemangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan.
Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar
mengenainya.Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan
negara.

10
(Gambar 2: rencana akhbar Berita Harian (Isnin, 14 Februari 2011) yang menunjukan
keberkesanan Bahasa Melayu)

Rencana akhbar ini menunjukan bahawa kebaikan penggunan Bahasa Melayu. Bahasa
Melayu berjaya membentuk masyarakat Malaysia yang berpatriotik dan bersatu padu. Oleh
itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan berjaya melaksanakan peranannya.

4.0 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada
tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971). Penggubalan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah Negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi
Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan
dunia antarabangsa20.

Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan


sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat
tamadundan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah
pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia21.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, mewujudkan


Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Prinsip yang
pertamanya ialah, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini. Selain itu, unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.

Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.


Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan
terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai
Dasar Kebudayaan Kebangsaan22. Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga

20
Abdul Rahman Abdul Aziz, Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad, 2014, hlm 143.
21
Ibid.
22
Ibid.

11
prinsip utama dalam usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara
penduduk pribumi dengankaum yang lain. Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan
teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Prinsip yang pertamanya ialah, kebudayaan rakyat asal rantau. Nusantara merangkumi
negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik sehingga Malagasi merupakan sebahagian
daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia merupakan pusat
pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman
berzaman23. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun
melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan
bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa dan juga dikenali sebagai
linguafranca. Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam
bidangbahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain daripada
faktor kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya.

Menurut prinsip ini, juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan Malaysia


hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. “Rantau” membawa
maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan. Kepulauan Melayu yang
sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban,
Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat
asal rantau ini24. Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan
asasukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu
rumpun bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini
secaratidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.

Prinsip yang kedua ialah, penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain. Kebudayaan


merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba dan Nyonya yang
telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat 25.
Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya
cina, india arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.

23
Ibid.
24
Ibid, hlm.144.
25
Ibid.

12
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak
wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan
kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada
agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan
agama rasmi Malaysia namun begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas
mengamalkan agama masing-masing. Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur
kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.

Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman.


Contohnya, masyarakat orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Kemasukan unsur-unsur ini
ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumitera jadi melalui pelbagai proses seperti
asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contohnya, proses asimilasi wujud hasil
daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa
dari negara China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit,
Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan.

Prinsip ketiganya ialah, islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. Institusi keagamaan merupakan institusi sosial yang banyak mempengaruhi
tindak tanduk sosial. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
pada mana-mana masyarakat. Ia mencorak dan membentuk keperibadian rakyat. Agama
Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. Di samping itu, Islam telah bertapak begitu lama di rantau ini dan nilai-nilai
Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat rantau ini juga mencirikan kebudayaan
kebangsaan itu.

Secara rumusannya, melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami
antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman,
toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan
Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan
rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.

Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan integrasi
nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi
Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk
mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-
mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.

13
Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama
orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
dikalangan rakyat.

(Gambar 3: rencana akhbar Berita Harian (Khamis, 25 Mei 2013) yang menunjukan
keberkesanan Dasar Kebudayaan Kebangsaan)

Rencana akhbar ini menunjukan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat


mempereratkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, dasar iti berjaya
melaksanakan peranannya.

5.0 RUMUSAN

Secara kesimpulan, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar
iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional
dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu
padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan
lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya.
Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya
tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di
kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan
hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan
asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu

14
dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan
memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita.

Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada
sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan
berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru
itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi
cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan
baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Oleh itu, usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah
suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa
yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Jika dilhat bidang
pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang paling penting dan sesuai untuk
mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan menyatupadukan serta mengintegrasikan
pelbagai kaum. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan
dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap
mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan
sesuatu dasar.

Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini
tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi
di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia, Arah Publication, Shah Alam, 2008.

Abdul Rahman Abdul Aziz, Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad, 2014.

Bagja Waluya, Sosiologi: Menyelami Fenomena Sosial di Masyarakat, PT Setia Purna Inves,
Bandung, 2007.

Graham E. Saunders, The Development Of a Plural Society In Malaya, Longman, California,


1977.

J.E.Goldthorphe, The Sociology Of The Thirdworld, Cambridge University Press, Australia,


1975.

15
Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin, Dasar Ekonomi Baru: Intipati, Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd, 2004.

Nik Asis Nik Pa, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia, Utusan Publication &
Distributors, Kuala Lumpur

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970,
Penerbitan Multimedia, 2012.

Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia, Utusan Publication & Distributors, Kuala
Lumpur, 2005

Universiti Malaya. Persatuan Antropologi & Sosiologi, Manusia dan masyarakat, Volumes 1-
6, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya, 1978.

Zainudin Maidin, Yang terbaik daripada Awang Selamat: koleksi pilihan 1987-1992, Utusan
Publicators & Distributors, the University of Michigan, 1994.

https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-
di-malaysia/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat+majmuk

LAMPIRAN

OBJEKTIF DPK FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

16
STRATEGI DASAR PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

RUKUN NEGARA MAKSUD RUKUN NEGARA

17

You might also like