You are on page 1of 9

Pengurangan ketidaksamaan gender dapat diperkuatkan melalui pendidikan asas: Asia

Timur/Pasifik

BANGKOK, 5 Julai 2007 – Di kawasan Asia Timur dan Pasifik, ketidaksamaan gender di dalam pendidikan asas masih
berterusan. Ini memberi halangan kepada peningkatan kadar kemasukan kanak-kanak, ia juga membawa kepada
pemberhentian sekolah di peringkat awal, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak perempuan, dan ia juga membantu
meningkatkan kemiskinan.

Realiti ini merupakan fokus bagi sekumpulan pakar pendidikan daripada pelbagai benua yang telah bertemu untuk
membincang tentang pelbagai bentuk diskriminasi gender di dalam bilik darjah dan juga perlunya laluan kepada pendidikan
dipertingkatkan dan diperluaskan untuk kanak-kanak yang terpinggir, termasuklah mereka yang hidup di dalam kemiskinan,
mereka yang kurang upaya, kanak-kanak yang menjadi buruh, dan juga kumpulan etnik yang minoriti.

Inisiatif Pendidikan untuk Anak-Anak Gadis oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia Timur dan Pasifik (UNGEI) akan
menganjurkan Persidangan Meja Bulat berdasarkan Gender di dalam Pendidikan di mana ia akan mengetengahkan cabaran-
cabaran dan juga penyelesaian-penyelesaian, serta pada masa yang sama memanggil untuk tindakan. Di dunia yang
memerlukan pendidikan asas yang mencukupi sebagai suatu kemestian untuk mendapatkan pekerjaan, ataupun sebagai
suatu jalan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, kesan-kesan yang dibawa oleh layanan yang tidak adil serta
diskriminasi yang berdasarkan gender boleh dilihat sebagai sesuatu yang amat tragik.

Sekumpulan panel pakar akan berdebat tentang isu-isu gender yang penting ketika berlangsungnya perbincangan meja bulat
tersebut, di mana ia dikendalikan oleh 13 buah rakan-rakan UNGEI daripada pelbagai benua.* Dianggarkan lebih kurang
tujuh puluh delegasi-delegasi daripada pihak-pihak kerajaan, dan juga daripada bidang-bidang kemanusiaan dan sosial yang
akan melibatkan diri di dalam perjumpaan ini, bersama-sama dengan para aktivis yang berjuang untuk hak-hak pendidikan
bagi anak-anak gadis.

Kawasan ini telah berkembang maju secara konsisten untuk mencapai pendidikan asas yang universal dan kini sedang
menuju kearah Matlamat Pembangunan Milenium, iaitu menjelang tahun 2015, semua pelajar perempuan dan lelaki dapat
menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah. Di Aisa Timur dan Pasifik, bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang
berdaftar di peringkat sekolah rendah adalah sama: pelajar perempuan merangkumi 48 peratus daripada 206.2 juga orang
kanak-kanak yang berdafter di sekolah rendah.

Walaubagaimanapun, di sesetengan negara, masih terdapat jurang gender yang ketara. Di Laos, 81 peratus daripada kanak-
kanak perempuan yang mendaftar di peringkat sekolah rendah, terdapat 86 peratus pendaftaran bagi kanak-kanak lelaki.
Dan perbezaan ini kelihatan lebih ketara di peringkat sekolah menengah di mana terdapat 19 peratus pelajar perempuan
berbanding dengan 30 peratus pelajar lelaki, manakalau di Papua New Guinea, bilangannya adalah 21 peratus berbanding
dengan 27 peratus. Di Viet Nam, di mana pendaftaran kemasukan pelajar adalah tinggi bagi kedua-dua jantina, kanak-kanak
perempuan daripada kumpulan minoriti adalah sebahagian daripada kumpulan yang lemah dan terdedah. Hak-hak mereka
terhadap pendidikan telah dinafikan berbanding dengan lelaki daripada kumpulan etnik yang minoriti dan juga kadar berhenti
sekolah bagi kanak-kanak perempuan, lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman, di mana bilangannya adalah lebih tinggi.

Kanak-kanak perempuan tidak semestinya berada di dalam keadaan yang tidak berupaya. Bilangan pelajar lelaki yang pergi
ke bersekolah adalah lebih sedikit berbanding dengan pelajar perempuan – terutama sekali di peringkat sekolah menengah –
di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia. Antara sebab mengapa ini berlaku adalah kerana budak-budak lelaki ingin bekerja
sepenuh masa untuk mendapatkan wang, dan berhenti daripada pendidikan formal mereka. Di Filipina, 65 peratus daripada
kanak-kanak perempuan menghadiri sekolah menengah, berbanding hanya 54 peratus pelajar lelaki.

Walaupun di negara-negara di mana pelajar-pelajar perempuan dan lelaki mendapat peluang pendidikan yang sama rata,
pelajar lelaki masih lebih perkasa berbanding dengan pelajar perempuan yang seringkali terpinggir. Ketidaksamaan gender di
sekolah dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk, termasuklah: rasa tidak selamat, lebih-lebih lagi bagi pelajar perempuan,
ketika pergi ke sekolah, di mana reka bentuk sekolah tersebut tidak mempunyai bilik air yang berasingan untuk pelajar lelaki
dan perempuan, buku-buku teks bahan-bahan pelajaran yang selalunya tidak adil dengan menunjukkan perempuan berada
di persekitaran dalam rumah dengan kemahiran yang terhad, dan pemikiran guru-guru yang stereotaip terhadap peranan-
peranan gender di dalam masyarakat. Ini seringkali menjadi faktor utama yang memaksa anak-anak gadis berhenti daripada
sekolah rendah, dan jika mereka dapat menamatkan persekolahan mereka, mereka seringkali terpaksa menghadapi lebih
banyak cabaran berbanding dengan lelaki untuk meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah menengah.

Untuk para guru, ketidaksamaan juga berlaku di tempat-tempat kerja. Guru-guru wanita dan lelaki terpaksa mendapati
terdapat perbezaan di dalam penglibatan mereka terhadap keputusan-keputusan pentadbiran sekolah dan juga di dalam
persekitaran tempat kerja mereka. Di kebanyakan negara, lelaki mendominasi jawatan-jawatan pendidikan yang tinggi. Di
Kemboja, di peringkat sekolah rendah, 41% adalah guru-guru wanita, di mana pada peringkat sekolah menengah pula,
hanya 27%.

Perbincangan Meja Bulat ini akan membawa strategi-strategi berkesan yang akan membenteras ketidak samaan gender dan
juga memperbaiki laluan kepada pendidikan untuk kanak-kanak yang terpinggir. Sebagai contoh: Projek pendidikan yang
unik di kawasan Gansu, iaitu salah sebuah kawasan yang termiskin di negara China, telah berjaya meningkatkan pendaftaran
kemasukan kanak-kanak perempuan ke sekolah lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak perempuan daripada kumpulan minority,
dengan memberikan mereka sokongan di dalam bentuk kewangan dan juga tajaan untuk pelajar, melatih para guru, dengan
memastikan penglibatan masyarakat di dalam perancangan sekolah dan memperbaiki kualiti pendidikan dengan bahan-bahan
yang baru serta rekabentuk kurikulum yang inovatif. Projek ini merupakan salah satu daripada beberapa projek yang
dipaparkan melalui penerbitan UNGEI, Ke Arah Peluang yang Sama Rata untuk Semua: Memperkasa Anak-Anak Gadis Melalui
Perkongsian di dalam Pendidikan yang akan dilancarkan ketika berlangsungnya Perbincangan ini.
****************************************

Nota kepada Pengarang:


Inisiatif Pendidikan untuk Anak-Anak Gadis oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia Timur dan Pasifik (UNGEI)
merupakan gerakan untuk menurunkan jurang gender di dalam pendidikan sekolah rendah dan menengan untuk anak-anak
gadis. UNGEI bekerja melalui perkongsian untuk memastikan menjelang tahun 2015, semua kanak-kanak, baik lelaki
mahupun perempuan, akan dapat menamatkan pendidikan sekolah rendah mereka dan diharapkan pada tahun tersebut,
kanak-kanak perempuan dan lelaki akan mendapat laluan yang sama kepada semua peringkat pendidikan.
Laman web UNGEI: http://www.ungei.org/*

Komuniti Antarabangsa Baha’i; Pusat Perkembangan Pendidikan (EDC); Persatuan Burh Antarabangsa (ILO) bagi
Pejabat untuk Benua Asia dan Pasifik; Oxfam Great Britain; Pejabat Perancangan Benua Asia; Save the Children Sweden;
Pejabat untuk Benua Asia Tenggara dan Pasifik; Sekretariat Persatuan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO);
Program Kerjasama PBB terhadap HIV/AIDS (UNAIDS) Pasukan Sokongan Benua bagi Asia Pasifik; Suruhanjaya Ekonomi dan
Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP); Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Biro Pendidikan
untuk Benua Asia-Pasifik; Tabung Penduduk PBB (UNFPA); Tabung untuk Kanak-Kanak PBB (UNICEF) Pejabat untuk Benua
Asia Timur dan Pasifik; dan World Vision Foundation of Thailand.

keluarga

ARKIB : 29/12/2003
Diskriminasi gender, peluang wanita lebih sempit
Menyebut perkataan diskriminasi gender, pasti kita terbayang perlakuan yang tidak adil terhadap
wanita.
Tidak kira sama ada layanan ibu bapa terhadap anak-anak, majikan kepada pekerja atau masyarakat
keseluruhan terhadap kaum Hawa.
Hakikatnya, istilah gender itu sebenarnya merujuk kepada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
Jika jantina jenis kelamin yang ditentukan oleh Allah taala, gender pula ditentukan oleh sosial dan
budaya masyarakat setempat.
Sebagai contoh, wanita dilabelkan sebagai orang dapur, manakala lelaki pula orang anjung.
Perunding Pembangunan keluarga, Dr. Husna Sulaiman menegaskan, isu gender timbul apabila
wujudnya diskriminasi seperti gaji dan peluang mendapat kerja atau kenaikan pangkat yang berbeza
berdasarkan jantina.
Perkara ini boleh dilihat berdasarkan jumlah wanita yang dipilih menjadi pemimpin politik,
pengurusan peringkat atas sama ada dalam agensi kerajaan mahu pun swasta.
Sebagai contoh, daripada 46 peratus jumlah tenaga kerja wanita dalam perkhidmatan awam, hanya
15 peratus daripada mereka yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
``Ketidaksamaan yang wujud hari ini ialah status sosial dan politik, peluang-peluang pendidikan dan
latihan serta pekerjaan. Begitu juga akses kepada sumber.
``Lelaki dan wanita tidak mempunyai keupayaan yang sama untuk mendapatkan sumber, malah
lelaki juga lebih tinggi darjat dan berkuasa untuk membuat keputusan, begitu juga dalam menikmati
manfaat atau faedah daripada sesuatu,''jelasnya.
Beliau menekankan perkara tersebut pada Seminar Pembangunan dari Perspektif Gender anjuran
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Petaling Jaya,
baru-baru ini.
Tidak dapat dinafikan, wanita dan lelaki adalah dua makhluk berbeza yang mana mustahil untuk
kedua-duanya bertukar jantina.
Sehubungan itu, pembangunan yang ada perlu mengambil kira keperluan yang berbeza antara lelaki
dan wanita
Misalnya, jika isteri boleh berpindah tempat kerja dengan alasan mengikut suami, tidak ada salahnya
jika suami dibenarkan berbuat demikian atas sebab yang sama.
Semua itu tidak memberi wanita darjat yang lebih tinggi daripada lelaki, sebaliknya kesenangan dan
keselesaan untuk kedua-dua pihak.
Begitu juga masalah majikan yang kurang senang apabila kakitangan wanita hamil kerana mereka
pastinya akan bercuti dua bulan.
Hakikatnya, cuti tersebut bukan satu kelebihan berbanding lelaki, tetapi ia dibuat untuk
menyesuaikan diri dengan keperluan wanita.
Perubahan itu perlu dilakukan dengan mengambil kira situasi semasa yang mana wanita hari ini
tidak hanya berperanan untuk keluarga atau terperap di dapur sahaja.
Sebaliknya, mereka adalah penyumbang besar kepada pembangunan serta ekonomi negara kerana
mereka juga berpendidikan serta berkemahiran.
Ini jelas dapat dilihat dengan pertambahan wanita di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mahu
pun di dalam sektor pekerjaan.
Jika wanita selalunya dikaitkan dengan tugas sebagai kerani, jurutaip, guru dan jururawat, ia tidak
lagi relevan dengan kelahiran graduan wanita yang melebihi lelaki.
Sepatutnya, setiap yang berkelulusan serta berkemahiran dalam sesuatu bidang perlu diberi peluang
yang adil dan saksama tanpa mengambil kira jenis jantinanya.
Begitu juga amalan keluarga yang lebih mengutamakan anak lelaki serta lebih menekankan peranan
ibu berbanding bapa.
Bagi Dr. Husna, budaya gender yang progresif dan positif dapat mengikis segala rintangan dalam
memastikan pembangunan potensi diri setiap individu tercapai.
Malah, hidup lebih harmoni apabila wanita dan lelaki diberi peluang yang sama rata beserta layanan
yang adil dan sesuai mengikut keperluan.
``Kesaksamaan gender bukan dari segi layanan kerana keperluan mereka berbeza, sebaliknya
wanita dan lelaki diberi peluang yang sama untuk merebut kemudahan.
``Begitu juga dalam tujuan membangun dan memajukan diri sebagai sumber manusia yang
berkualiti untuk negara,''ujarnya.
Meneliti situasi ini, Dr. Husna berpendapat ketidaksamaan gender berlaku kerana tingkah laku itu
dipelajari daripada budaya dan jangkaan dalam masyarakat.
Ini kerana budaya kita yang menetapkan peranan wanita dan lelaki yang menyebabkan stereotaip
gender, membawa kepada prejudis gender dan akhirnya menimbulkan diskriminasi gender.
Lebih menakutkan, walau lelaki dianggap sebagai ketua yang bakal memikul tanggungjawab
memimpin, membimbing dan membuat keputusan dalam sebuah keluarga, mereka tidak pula dilatih
dari kecil.
Tidak hairanlah jika lebih ramai lelaki di tempatkan di pusat serenti sedangkan wanita membanjiri
IPT kerana mereka tidak diajar bertanggungjawab paling kurang terhadap diri sendiri sejak kecil.
``Pandangan masyarakat, lelaki bukan setakat pemimpin, pembimbing dan pendidik, tetapi juga
pelindung kepada kaum wanita yang lemah.
``Tetapi, kenapa keganasan rumah tangga berlaku kerana kedudukan tidak setaraf antara lelaki dan
wanita yang mana isteri dianggap pasif dan lemah, manakala suami dominan, agresif dan
berkuasa,'' katanya lagi

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2003&dt=1229&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz5J4gOecEv
© Utusan Melayu (M) Bhd

ketaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan berdasarkan
jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum wanita dibezakan
dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam
keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan feminisme. Terdapat beberapa faktor
menyebabkan berlakunya ketidaksamaan gender sehingga memberi kesan kepada kaum wanita.
Antara faktor-faktor berlakunya ketidaksamaan gender adalah disebabkan oleh adat dan budaya
yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Sejak azali lagi kaum wanita sentiasa dipandang rendah.
Wanita sentiasa dipinggirkan hak-hak dalam masyarakat. Sebagai contoh amalan Sati yang
diamalkan di India di mana setiap balu akan dibakar bersama mayat suaminya. Disebabkan amalan
ini, hak-hak wanita telah dinafikan dalam masyarakat India. Selain itu, sifat semula jadi wanita juga
adalah faktor ketidaksamaan gender. Wanita sering dikaitkan dengan sifat fizikal yang lemah dan
sopan-santun. Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Sebagai contoh,
berlakunya kes-kes kahwin paksa di mana seorang bapa yang berkuasa dalam keluarga dan tidak
memberi peluang kepada anak perempuan dalam membuat keputusan. Kesan ketidaksamaan
gender boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita. Ibu bapa memberi layanan yang berbeza
terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki dihantar ke sekolah manakala anak
perempuan berada di rumah menjalankan kerja-kerja rumah. Hal ini menyebabkan wanita kurang
mendapat pendidikan berbanding lelaki. Contohnya, wanita mencatatkan kadar buta huruf paling
tinggi berbanding lelaki seperti di Bangladesh. Selain itu, antara kesan lain ialah berlakunya
penderaan fizikal dan mental ke atas wanita. Sifat wanita yang lemah menyebabkan lelaki lebih suka
wanita berada di bawah penguasaannya. Kaum lelaki sering bertindak sesuka hati dan menjadikan
wanita sebagai tempat melepaskan geram. Sebagai contoh wanita sering menjadi mangsa rogol,
penderaan seksual dan sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata. Sebagai kesimpulannya,
ketidaksamaan gender perlu dihapuskan bagi memelihara hak-hak antara kaum lelaki dan wanita.
Pihak kerajaan dan badan-badan NGO berperanan dalam menghapuskan penindasan ke atas kaum
wanita. Kaum wanita perlu mendapat kedudukan yang sama seperti kaum lelaki.

THURSDAY, 4 AUGUST 2011

Ketaksamaan Peluang Pendidikan ( Nota )

Pengenalan

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu
prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang
pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan
termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-
dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut
memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan
Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan
tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan
jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun
begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor


penyumbang masalah termasuklah:
- Kelas sosial
 - Jantina
 - Kumpulan minoriti
 - Murid berkeperluan khas
 - Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan
Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi membincangkan topik
ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina sebagai penanda aras.
Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di
Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki
hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat
resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua
lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar
besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada
dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan ‘pecah dan perintah’. Oleh
sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain
seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal
di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana
lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi
dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan
sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di
pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang
pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar
menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan
lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai
runcit dan sebagainya.

Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi
berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar
berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke
sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik
berbanding sekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di
Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan
pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana
setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka
mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik.
Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata kurang
berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum
tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi adalah
isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa bertutur dalam bahasa
ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan), mereka lebih senang
memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan
semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun,
peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis
kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di
Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran,
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok
etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan
prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah
semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT,
wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja.
Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara
keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini
melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita
mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina
sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala
perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini
jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-
dua jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya
sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus
kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat
keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus
yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari.

Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini.
Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006,
peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding
pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini
disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat
tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi
menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan
ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut
buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar
pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun
1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus
kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap
kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam
pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran,
ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas
kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan
wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki.
Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah
menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak
memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada
golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah
atau rendah.

Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat
yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah
dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan
sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah
daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan
penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum
asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk
sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor
‘scrambler’untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga
sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan
menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk
mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan yang
bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga
dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar
yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan.
Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak
masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus
diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama
rata dalam peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya,
pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal
seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang
dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang
memerlukan program pendidikan khas, iaitu:
 - Kerencatan mental
 - Bermasalah pembelajaran
 - Kecelaruan tingkah laku
 - Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
 - Cacat penglihatan
 - Cacat fizikal
 - Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu
mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah
pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak
langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan
atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i) Individu
Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar
tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya
seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah
lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi
pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus
pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu
di dada.

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana
individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin
membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-
kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga
Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan
peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang
sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan
pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di
dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan
teknologi.

(iii) Masyarakat
Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila
kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat
tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus
pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus
didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.

(iv) Negara
Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan
yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif
tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak
dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu
menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara
akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di
pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekeliling dan
individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang
perjuangan

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


Kepelbagaian kaum yang wujud di dalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran sebenar tentang kepelbagaian budaya
dan bahasa dalam masyarakat.
Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah.
Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi.
Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan
formal dan pendidikan bukan formal.
Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk
menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu
dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.
Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses
yang menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia.
Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan.
Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum.
Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan
dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

Faktor-Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia

FAKTOR KELAS SOSIAL


Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan
tahap kesihatan.
Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan,
kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat.
Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik.
Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan
dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.

FAKTOR JANTINA
—Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.
Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah
mereka.
—Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud
segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi
pengajian tinggi seperti di politeknik.

You might also like