You are on page 1of 21

GCI 1022

Ahli Kumpulan : Ivy Ling Zhe Yun


Grace Tiong Lik Ying

Pensyarah : ENCIK MANI RAJAN A/L ELLAPPAN


Ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang
hangat diperbincangkan dan telah banyak merangsang
kajian tentang kesan sekolah , impak status sosioekonomi
terhadap pencapaian dan ketaksamaan ras serta etnik
dalam pencapaian akademik.
Ketaksamman Peluang Pendidikan

Konsep Ketaksamaan Unsur-unsur Pewujudan


Peluang Pendidikan Ketaksamaan Peluang
Pendidikan

Pendidikan tidak sama rata


untuk semua penduduk

Kumpulan Kumpulan Murid


Kelas Sosial Jantina Minoriti Berkeperluan Khas
Konsep ketaksamaan peluang pendidikan

 Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada akses kepada


pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana factor-
faktor tertentu .

 Dalam konteks Malaysia,ketaksamaan pendidikan mungkin


disebabkan oleh beberapa factor seperti kedudukan sekolah , latar
belakang pelajar , status sosioekonomi , pencapaian akademik ,
minat pelajar , peluang hidup , sosialisasi dan perbezaan bahasa.
A. Kelas Sosial

 Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok


masyarakat .

 Kelas sosial wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai


kedudukan yang sama dari segi kuasa , politik , kekayaan ,
pendapatan , martabat , pekerjaan atau hubungan dengan punca-
punca pegeluaran.
 Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam
masyarakat , di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi
latar belakang keluarga , peringkat pendidikan , pekerjaan , ras dan sikap
terhadap isu-isu sosial.

 Meighan(1986) menjelaskan bahawa walau apa cara definisi kelas sosial ,


ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam
sesuatu bangsa yang sama.

 Kelas sosial wujud disebabkan perbezaan dari segi penghormatan dan


status sosial

 Berdasarkan Unit Perancang ekonomi (2001) , golongan rakyat Malaysia


berpendapatan rendah ialah mereka yang berpendapatan di bawah
RM1500.00.
 Mereka yang berpendapatan pertengahan memperoleh pendapatan
antara RM1500 hingga RM3500 , manakala mereka yang
berpendapatan tinggi berpendapatan RM3500 ke atas.

 Berdasarkan kelas sosial sebegini , ketaksamaan peluang


pendidikan wujud kerana golongan atasan yang berpendapatan
tinggi mempunyai kewangan untuk menikmati akses kepada
pelbagai pilihan dan peluang pendidikan yang sedia ada sama ada
dalam atau luar negara.

 Manakala akses kepada peluang pendidikan agak terhad kepada


golongan bawahan kerana mereka tidak mempunyai asas kewangan
yang kukuh untuk membiayai pendidikan anak mereka ke luar
negara.
B. Jantina

 Kebanyakan negara , jurang jantina masih wujud dengan ketara.

 Hampir 81% perempuan mendaftar di sekolah rendah berbanding


dengan 86% lelaki. Perbezaan lebih ketara di sekolah menengah

 Di Malaysia, bilangan pelajar lelaki kurang berbanding perempuan


yang pergi ke sekolah menengah

 Salah satu sebab ialah lelaki sering kali menamatkan pengajian


formal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan
keluarga
 Di negara yang mana perempuan dan lelaki yang menikmati peluang
pendidikan , penurunan kuasa agak berat sebelah , iaitu perempuan
sentiasa diabaikan.

 Ketaksamaan jantina di sekolah boleh dilihat daripada pelbagai


aspek – ketiadaan keselamatan dalam kalangan perempuan , ulang
alik ke sekolah , bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran .

 Guru sering menstereotaipkan peranan kedua-dua jatina dalam


masyarakat.

 Faktor ini menjadi punca perempuan meninggalkan sekolah pada


peringkat sekolah rendah dan jika mereka menyempurnakan
kursus,mereka harus menghadapi cabaran sengit berbanding
dengan lelaki untuk malanjutkan pelajaran.
 Ketaksamaan jantina sudah lama wujud dalam bidang perguruan.
Bilangan wanita lebih ramai berbanding kumpulan lelaki .

 Di sekolah, guru lelaki dan wanita kerap menghadapi perbezaan dari


segi penglibatan dalam membuat keputusan pengurusan bilik darjah
serta suasana bekerja, status , latihan dan sumber.

 Bagi mengimbangkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam


kalangan lelaki dan perempuan,amalan pedagogi harus berubah.

 Perubahan proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku


dengan berkesan dan reflex keperluan/sensitiviti terhadap jantina di
dalam bilik darjah .
 Walaupun ada usaha untuk penambahbaikan dalam kualiti
persekolahan , ketaksamaan jantina dalam P&P masih wujud secara
serius.

 Masalah ini berlaku kerana strategi untuk kesedaran jantina dalam


tingkah laku guru , pelajar dan ibu bapa masih kurang mendalam
untuk mengubah persepsi masyarakat.

 Sikap guru terhadap pelajar perempuan harus lebih terbuka . Guru


perlu memastikan tidak wujudnya sikap memihak kepada lelaki
secara berterusan . Pelajar perempuan boleh memberi respons
seperti lelaki di dalam nilik darjah.
Tayangan Video
C. Kumpulan Minoriti
• Kumpulan minoriti merujuk kepada golongan kecil orang yang sama
keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah
tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan
sebagainya(Kamus Dewan 2007).

• Orang Asli atau penduduk peribumi merujuk kepada masyarakat


peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah
ataupun tempat.

• Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi di Sabah dan


Sarawak juga menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat
daripada lokasi tempat tinggal mereka di pedalaman, perhubungan dan
pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah.
• Sebab utama ketidakhadiran orang asli ke sekolah adalah sikap tidak
ambil berat ibu bapa mereka akibat ibu bapa mereka tidak sedar
kepentingan pendidikan.

• Golongan orang Asli yang berprestasi tinggi amat kurang dalam


kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalam
masyarakat orang Asli.

• Kekurangan minat belajar mungkin mempunyai kaitan dengan ciri-ciri


umum golongan orang Asli.
• Golongan orang Asli didapati kurang berdaya tahan secara mental dan
mempunyai ingatan yang singkat menyebabkan mereka cepat berasa
jemu dan hilang minat belajar.

• Dari segi persekolahan, orang Asli mengikuti kurikulum yang sama


seperti aliran perdana. Pelajaran diajar dalam bahasa kebangsaan dan
bukan dalam bahasa ibunda mereka. Ini menyebabkan mereka sukar
memahami pelajaran yang disampaikan.

• Jarak tempat tinggal yang jauh dari sekolah merupakan antara punca
murid orang Asli jauh ketinggalan dalam pendidikan. Masalah sistem
pengangkutan serta persekitaran belajar yang tidak selesa juga
menyumbang kepada factor keciciran tersebut.
• Faktor tersebut menyumbang kepada kadar keciciran yang tinggi,
jurang pencapaian murid adalah besar berbanding dengan kumpulan
minoriti dan jurang digital dalam kalangan murid dan guru juga terlalu
luas.

• Kumpulan minoriti juga berlaku di kawasan setempat, iaitu di sekolah


tertentu.

• Orang Melayu sebagai kumpulan minoriti di SJK Cina dan SJK Tamil
dan sebaliknya.

• Justeru, pihak sekolah perlu peka dan prihatin supaya kumpulan


minoriti tidak terpinggir dalam peluang pendidikan yang diberikan.
D. Kumpulan Berkeperluan Khas
• Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa
(luar biasa dari segi intelek, jasmani, social atau emosi).

• Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down,


masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy,
kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan
tingkah laku dan lain-lain.

• Kumpulan ini memerlukan pendidikan khas.


• Wujud kekurangan peluang pendidikan bagi kategori kumpulan
berkeperluan khas.

• Noraini Salleh (1995) menyatakan sebelum tahun 1960, komuniti


murid berkeperluan khas di negara kita hanya disediakan dengan
peluang pendidikan pada peringkat rendah sahaja.

• Namun, pada tahun 1962, kumpulan ini diberikan pendidikan


menengah melalui rancangan pencantuman.

• Akta Pendidikan 1991 dinyatakan bahawa kerajaan mengakui kanak-


kanak berkeperluan khas mempunyai hak untuk menghadiri
persekolahan formal.
• Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan banyak perubahan
dilakukan terhadap perkembangan pendidikan di negara ini.
Antaranya, semua kanak-kanak berkeperluan khas perlu disediakan
dengan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
sama rata seperti di sekolah formal.

• Kini, Sekolah Pendidikan Khas (SPK) disediakan supaya murid


berkeperluan khas boleh berdikari dan memberikan sumbangan
kepada negara.

• KPM juga mengintegrasikan program Pendidikan Khas Integrasi dalam


sekolah aliran perdana serta pendekatan inklusif dalam sekolah biasa
sebagai satu usaha merapatkan jurang ketaksamaan peluang
pendidikan kumpulan berkeperluan khas.
Kesimpulan
• Ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang telah memberi
impak terhadap sekolah, status sosiaekonomi terhadap pencapaian
dan ketaksamaan etnik dalam pencapaian akademik.

• KPM telah berusaha untuk merapatkan jurang pencapaian digital dan


ketaksamaan peluang melalui beberapa inisiatif seperti peningkatan
dalam kadar penyertaan murid peringkat sekolah rendah tanpa
mengira lokasi dan peningkatan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran melalui pengintegrasian TMK. Oleh itu, usaha
pembestarian sekolah berlaku secara berperingkat.
TERIMA KASIH

You might also like