You are on page 1of 2

2. a) Apakah unit bukan piawai seragam?

Beri dua contoh unit bukan piawai


seragam.

Unit bukan piawai ukuran panjang ialah sebarang ukuran panjang unit
sebarangan yang digunakan sebagai unit asas. Contohnya, klip kertas dan paper
roll boleh digunakan sebagai unit bukan piawai ukuran panjang.

3.a) Jelaskan dua sebab mengapa unit bukan piawai penting untuk
menggalakkan kefahaman konseptual ukuran panjang dalam kalangan murid
sekolah rendah.

Unit bukan piawai digunakan untuk memperkenalkan konsep sukatan


tanpa kanak-kanak membaca sebarang skala. Hal ini demikian kerana membaca
skala adalah kemahiran yang mencabar kepada kanak-kanak. Oleh itu, idea
mengguna unit bukan piawai adalah untuk menfokuskan kanak-kanak kepada
konsep lebih pendek dan lebih panjang sebelum mereka mengukur
menggunakan unit piawai.

b) Aktivit PdP untuk membimbing murid sekolah rendah mempelajari konsep


menganggar dan mengukur panjang dalam unit bukan piawai.

Guru menyediakan 5 batang pensel yang mempunyai ukuran panjang


yang berbeza kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid menunjukkan
yang manakah pensel yang paling panjang dan yang manakah pensel yang
paling pendek. Guru meyediakan pelbagai objek yang boleh digunakan sebagai
unit bukan piawai seperti klip kertas, paper roll, lidi, pemadam dan sebagainya.
Bagi tugasan untuk menganggar dan mengukur panjang pensel dengan
menggunakan objek yang disediakan. Selepas itu, murid mesti merekodkan
keputusan yang didapat dalam jadual. Dengan itu, murid dapat memahami
konsep tentang definisi panjang, iaitu panjang merupakan ukuran jarak satu
dimensi untuk mana-mana objek. Dengan itu, pembelajaran melalui pengalaman
berlaku.

You might also like