You are on page 1of 38

PENUBUHAN SEKOLAH SATU ALIRAN Cadangan penubuhan sekolah satu aliran telah dicetuskan oleh Prof.

Emeritus Tan Sri Dr. Khoo. Kay Kim selaras unyuk merealisasikan matlamat 1Malaysia. Walau bagaimanapun kerajaan tidak akan menghalang dasar sekolah pelbagai aliran sekarang diubah kepada satu aliran jika itu yang rakyat mahukan dan mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum. Rakyat terutamanya kaum India dan Cina tidak harus bimbang dengan cadangan ini kerana kerajaan akan mendengar suara rakyat sebelum memutuskan sesuatu. Jika sistem satu lairan dilaksanakan, kerajaan akan memastikan hak dan kebudayan setiap kaum terjaga dan terpelihara melalui sistem satu aliran. Cadangan ini perlu diperjelaskan kepada rakyat berkenaan situasi yang dihadapi oleh ke kerajaan untuk membantu rakyat memahami punca situasi yang melanda dan kesan-kesannya melalui aktiviti bersemuka dan blog-blog jabatan.

Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan. Beliau berkata perubahan kepada sistem satu aliran memerlukan anjakan besar daripada segi dasar dan ia juga menimbulkan persoalan sama ada masyarakat negara ini bersedia untuk menafikan hak memilih jenis pendidikan. "Saya fikir perkara ini belum ada kata putus dalam masyarakat, ada yang fikir baik diadakan sekolah satu aliran malah ada yang fikir bahawa mereka nak

juga hak untuk memilih. "Jadi selagi kita (kerajaan) tidak putuskan mengenai perkara ini, saya tidak mahu berlaku perbalahan dalam masyarakat kerana soal pendidikan ini amat sensitif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan perdana menteri bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB di ibunegara hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan beberapa anggota parlimen yang mahukan kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran selepas cadangan itu ditimbulkan oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas. Khoo dilaporkan berkata sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu. Najib berkata terdapat pelbagai pendapat dalam soal pendidikan. "Soal pendidikan ini ada macam-macam pendapat. Kita sudah bermula dengan satu kedudukan di mana kita memberi setiap warga Malaysia, kumpulan etnik dan komuniti hak untuk memilih jenis pendidikan. "Kita hanya akan mengubah dasar berdasarkan kepada kehendak masyarakat, kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan kita akan ubah, selagi masyarakat tak bersedia kita akan kekalkan seperti mana sedia ada," katanya. Najib berkata tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran sekiranya keputusan tersebut boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial kerana menurutnya sebarang keputusan kerajaan adalah untuk membawa perpaduan kepada semua.

"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya.

Kewajaran satu aliran Oleh:AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN) BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini. Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan. Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat. Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum.

Ketika sebahagian orang Melayu nampaknya bersetuju diwujudkan sekolah satu aliran, Gerakan pula mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad supaya tidak termakan dengan cara pemikiran Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kelemahan sistem pendidikan negara untuk menjamin perpaduan antara kaum. Tetapi mereka lupa bahawa Lee Kuan Yew adalah seorang Cina, dan beliau melihat ada halangan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum. Nada dan reaksi pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina dan India ini nampaknya lebih menjurus kepada sikap perkauman dan bukan untuk membina satu bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri. Sekiranya reaksi mereka dijadikan landasan, maka tersangat jelas bahawa mereka sebagai pemimpin turut memainkan peranan yang besar dalam menguat dan memperkukuhkan lagi syak wasangka antara kaum di negara ini. Bukan itu sahaja, dengan mempersoal dan mempertikai cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum itu meragui keikhlasan dan kejujuran kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka juga turut menjadi anggota pentingnya. Atau mungkinkah bantahan yang dikemukakan sebenarnya hanya untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin politik masyarakat masingmasing? Kita harap tidak. Selagi para pemimpin kaum terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik. Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Untuk ini, sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum.

Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan pengalaman pada masa-masa lalu, isu dalam sistem pendidikan yang melibatkan kaum amat sensitif. Pada tahun-tahun 80-an kuasa Menteri Pendidikan yang membenarkannya memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina ataupun Tamil sudah dihapuskan. Kes sekolah SRJK di Damansara pula menggambarkan suasana tidak harmoni dalam hubungan antara kaum apabila segelintir ibu bapa menentang usaha pihak Kementerian Pendidikan hendak memindah murid ke sekolah yang baru. Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor. Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum. Memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai. Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum. Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

Ada pemerhati berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan, tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil dan tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, belum tentu dapat memastikan perpaduan kaum akan terjalin di kalangan semua murid. Ini kerana dalam konsep tersebut, pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India. Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai. Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain. Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki sekolah bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina diri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali. Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat. Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam. Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk

memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan Sekolah Wawasan. Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan. Dalam hal ini, kena pada masanya pihak kementerian memikirkan pula penyesuaian Sekolah Wawasan menerapkan konsep sekolah satu aliran. Kaedahnya tidak berbeza dengan agenda Sekolah Wawasan iaitu bagi menangani perasaan syak wasangka antara kaum daripada merebak dan berbahaya kepada perpaduan negara. Kejayaan negara kita banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang dapat diwujudkan berasaskan perasaan muhibah dalam kehidupan seharian. Kita sedar keperluan dan kepentingan Sekolah Wawasan, tetapi ada baiknya jika dikaji juga penubuhan sekolah satu aliran. Hubungan rapuh antara kaum akibat suasana sosial, ekonomi dan politik yang tidak begitu baik boleh menjadi satu bom jangka yang berbahaya.

Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran A Kadir Jasin [Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.] SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa,

status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama. Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda. Ini bukan impian atau mimpi. Keunggulan ini sudah pun difikirkan dan dijelmakan dalam bentuk laporan serta perakuan sejak sebelum merdeka lagi. Tetapi malang seribu malang, akibat sentimen perkauman, cauvinisme, kepentingan politik jangka pendek dan penafian sejarah, keunggulan ini tenggelam. Yang lahir adalah polarisasi dan pertelingkahan yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, dikutuk dan dituduh menghasut oleh pelbagai pihak apabila beliau menyarankan penyatuan sistem persekolahan menjadi satu sistem tunggal. [Memandangkan keunikan tajuk ini, saya memohon kerjasama semua pembahas agar berhujah dengan berhemah, rasional dan tanpa emosi perkauman yang keterlaluan.Ulasan menggunakan anonymous tidak akan disiarkan.] Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya. Hatta pembesar-pembesar Umno sendiri seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, mengherdik beliau serta menolak cadangan itu tanpa sebarang artikulasi bernas. Ini tidak langsung menghairankan saya. Mohd Najib terkenal dengan politik main selamat manakala sepupunya Hishammudin pula tidak mahu dituduh memihak dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan menyokong cadangan

Mukhriz. Mukhriz, Khairi Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda) dan Dr Mohd Khir Toyo (Ketua Pembangkang DUN Selangor) adalah calon Ketua Pemuda. Benar kata pepatah, hanya mutu mengenal manikam. Manakala pembesar politik pelbagai kaum yang cauvinis atau pengecut mengecam saranan Mukhriz itu, cendekiawan dan sejarawan menerimanya sebagai satu kebetulan. Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950). Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berpendapat cadangan itu bukan sesuatu yang baru dan pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum. Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956, katanya. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli politik negara ini. Dalam banyak hal, sistem sekolah kebangsaan ada hasil laporan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Laporan itu memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya pada waktu itu diubah menjadi sekolah kebangsaan, dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris. Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam rencana bertajuk One Hundred Years of of Language Planning in Malaysia Looking Ahead to the Future antara lain, menulis: As such, the Barnes' Report (1950) made a radical recommendation that all existing schools should be transformed into national schools in which

children of the various ethnic groups would be taught through the medium of Malay and English.
Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa cadangan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi batu asas dasar pendidikan moden Malaysia adalah jauh lebih lemah daripada cadangan Jawatankuasa Barnes sepanjang mengenai integrasi dan status bahasa Melayu. Mungkin masanya sudah tiba bagi pendidik dan cendekiawan sekali lagi mengambil alih agenda pendidikan dan bahasa ini seperti yang dilakukan oleh pejuang bahasa pada tahun 1960-an. Tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan. Saya yakin sistem satu aliran ini boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya daripada sistem yang ada sekarang jika kita memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu kerana walaupun bahasa Melayu semakin luas digunakan, mutunya semakin buruk; 2. Untuk menjadi bahasa pengantara tunggal, penguasaan bahasa itu di kalangan guru dan pensyarah wajib dipertingkatkan; 3. Semua guru dan pensyarah wajib mahir bahasa Melayu dan Inggeris. Latihan guru dan penganugerahan diploma pendidikan wajib atas dasar dwibahasa; 4. Semua guru wajib boleh mengajar dalam dua bahasa Melayu dan Inggeris; 5. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil supaya boleh menjadi bahasa ibunda yang mantap bagi pelajar Cina dan India, serta bahasa pilihan bagi murid Bumiputera; 6. Membuka semua institusi pengajian kepada semua kaum, sama ada secara penuh atau melalui kuota; dan

7. Memperbanyakkan program perpaduan serta disiplin seperti Khidmat Negara bagi membolehkan pelajar dan remaja pelbagai kaum bergaul dengan lebih berkesan. Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional. Cauvinisme dan pertimbangan jangka pendek politik tidak boleh menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang bersatu padu. RELEVENKAH SEKOLAH SATU ALIRAN? Posted by Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff under isu semasa [2] Comments Bismilahirrahmanirrahim ALHAMDULLILAH. . Sempat saya bersembang dengan kakak yang kedua sambil melihat beliau menanda kertas kimia, SPM 08 bagi negeri Johor mengenai sekolah satu aliran. Berada dalam keluarga yang terdiri daripada dua profesion antara 2 doktor dan 2 cikgu, menjadikan keluarga kami meriah. Yang selalunya isu pendidikan menjadi juara. Memandangkan isu perubatan tidak pula terjejas sistemnya seperti pendidikan.

Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum mendapat pandangan dari pelbagai pihak. Jujur saya katakan, isu sekolah satu aliran bersifat isu partisan.

Memandangkan keadaan politik semasa yang mana akan diadakan pilihanraya kecil, pemilihan jawatan-jawatan penting dalam parti komponen barisan nasional, ketuanan melayu, saya tidak menolak ianya antara faktor tercetusnya idea sekolah satu aliran. Ini merupakan faktor politik semasa. Setiap kali berubahnya kerajaan, setiap kali juga sistem pendidikan akan berubah. Hakikatnya, guru dan pelajar akan menerima impak yang maksimum. Saya merasakan kewajaran kerajaan memperkasakan sistem pengajian sekolah kebangsaan yang telah ada di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.Banyak lagi penelitian dan penambahbaikan yang perlu dibuat. Ini bukan masanya untuk menukar sistem. Ini bukan masanya untuk membuat eksperimen. Sama-sama kita Fikirkan!

BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini.

Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.

Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang

menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.

Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum.

Ketika sebahagian orang Melayu nampaknya bersetuju diwujudkan sekolah satu aliran, Gerakan pula mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad supaya tidak termakan dengan cara pemikiran Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kelemahan sistem pendidikan negara untuk menjamin perpaduan antara kaum. Tetapi mereka lupa bahawa Lee Kuan Yew adalah seorang Cina, dan beliau melihat ada halangan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum.

Nada dan reaksi pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina dan India ini nampaknya lebih menjurus kepada sikap perkauman dan bukan untuk membina satu bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri.

Sekiranya reaksi mereka dijadikan landasan, maka tersangat jelas bahawa mereka sebagai pemimpin turut memainkan peranan yang besar dalam menguat dan memperkukuhkan lagi syak wasangka antara kaum di negara ini.

Bukan itu sahaja, dengan mempersoal dan mempertikai cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum itu meragui keikhlasan dan kejujuran kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka juga turut menjadi anggota pentingnya.

Atau mungkinkah bantahan yang dikemukakan sebenarnya hanya untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin politik masyarakat masingmasing? Kita harap tidak.

Selagi para pemimpin kaum terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik.

Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik.

Untuk ini, sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum.

Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

Berdasarkan pengalaman pada masa-masa lalu, isu dalam sistem pendidikan yang melibatkan kaum amat sensitif. Pada tahun-tahun 80-an kuasa Menteri Pendidikan yang membenarkannya memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina ataupun Tamil sudah dihapuskan.

Kes sekolah SRJK di Damansara pula menggambarkan suasana tidak harmoni dalam hubungan antara kaum apabila segelintir ibu bapa menentang usaha pihak Kementerian Pendidikan hendak memindah murid ke sekolah yang baru.

Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor.

Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum.

Memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai.

Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum.

Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.

Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.

``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

Ada pemerhati berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan, tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil dan tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, belum tentu dapat memastikan perpaduan kaum akan terjalin di kalangan semua murid.

Ini kerana dalam konsep tersebut, pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India.

Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai.

Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain.

Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki sekolah bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina diri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.

Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.

Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam.

Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan Sekolah Wawasan. Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Dalam hal ini, kena pada masanya pihak kementerian memikirkan pula penyesuaian Sekolah Wawasan menerapkan konsep sekolah satu aliran.

Kaedahnya tidak berbeza dengan agenda Sekolah Wawasan iaitu bagi menangani perasaan syak wasangka antara kaum daripada merebak dan berbahaya kepada perpaduan negara.

Kejayaan negara kita banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang dapat diwujudkan berasaskan perasaan muhibah dalam kehidupan seharian.

Kita sedar keperluan dan kepentingan Sekolah Wawasan, tetapi ada baiknya jika dikaji juga penubuhan sekolah satu aliran. Hubungan rapuh antara kaum akibat suasana sosial, ekonomi dan politik yang tidak begitu baik boleh menjadi satu bom jangka yang berbahaya.

Topik tentang sistem pendidikan negara sentiasa mengundang pelbagai pandangan daripada semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Saya telah diminta memberikan komen berhubung perkara ini pada Sabtu lalu. Walaupun saya telah pun memberikan jawapan saya, namun saya merasakan ada kaitannya bagi saya untuk menjelaskannya sekali lagi, dan barangkali mengundang lebih banyak perbincangan tentangnya dalam blog saya ini.

Walau bagaimanapun, ke mana sahaja arah perbahasan ini, kenyataannya adalah: rangka tindakan pendidikan kita telah digubal dari sudut pandangan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendidikan mereka di negara ini. Ia merupakan satu harapan rakyat berikutan dengan Kemerdekaan negara, dan kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung hasrat itu.

Sejak sekian lama dan hampir dalam setiap keadaan, isu berkaitan dengan sistem pendidikan yang ideal sentiasa dipolitikkan. Sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa kita semua mesti mencari keseimbangan. Marilah kita sama-sama beringat bahawa pada akhirnya, isunya adalah untuk memastikan supaya masa hadapan generasi kita, kepimpinan masa hadapan kita, berupaya mendapat pendidikan yang terbaik. Kita harus meneroka ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Inilah antara sebabnya kenapa saya mengumumkan semasa membentangkan belanjawan baru-baru ini, Biasiswa Nasional akan dianugerahkan kepada 30

pelajar SPM yang mendapat keputusan terbaik berdasarkan merit sematamata.

Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih

perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersamasama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu?

Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan yang bertentangan dan agak keberatan untuk membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yng timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini. Malah hasrat yang paling murni pun boleh menjadi tidak bermakna langsung jika kita tidak bersedia untuk menerima dan mengamalnya. Kita akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila kita telah bersedia dan hanya jika inilah yang dikehendaki oleh "rakyat".

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" PM: Sekolah satu aliran dilaksana jika dipersetuju rakyat Okt 31, 09 3:33pm

Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Beliau berkata perubahan kepada sistem satu aliran memerlukan anjakan besar daripada segi dasar dan ia juga menimbulkan persoalan sama ada

masyarakat negara ini bersedia untuk menafikan hak memilih jenis pendidikan.

"Saya fikir perkara ini belum ada kata putus dalam masyarakat, ada yang fikir baik diadakan sekolah satu aliran malah ada yang fikir bahawa mereka nak juga hak untuk memilih.

"Jadi selagi kita (kerajaan) tidak putuskan mengenai perkara ini, saya tidak mahu berlaku perbalahan dalam masyarakat kerana soal pendidikan ini amat sensitif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan perdana menteri bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan beberapa anggota parlimen yang mahukan kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran selepas cadangan itu ditimbulkan oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas.

Khoo dilaporkan berkata sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Najib berkata terdapat pelbagai pendapat dalam soal pendidikan.

"Soal pendidikan ini ada macam-macam pendapat. Kita sudah bermula dengan satu kedudukan di mana kita memberi setiap warga Malaysia, kumpulan etnik dan komuniti hak untuk memilih jenis pendidikan.

"Kita hanya akan mengubah dasar berdasarkan kepada kehendak masyarakat, kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan kita akan ubah, selagi masyarakat tak bersedia kita akan kekalkan seperti mana sedia ada," katanya.

Najib berkata tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran sekiranya keputusan tersebut boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial kerana menurutnya sebarang keputusan kerajaan adalah untuk membawa perpaduan kepada semua.

"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya. Bernama

Kenapa sekolah satu aliran jadi perhatian? Abdul Aziz Ismail

NOV 1 Isu sistem sekolah satu aliran tiba-tiba menjadi perhatian. Sebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan dipertikai hebat oleh banyak pihak terutama pemimpin bukan Melayu.

Mereka menuduh beliau rasis dan Umno cuba mengalih perhatian kepada tajuk lain setelah BN kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu. Menurut beberapa pemimpin MCA, sistem itu sudah berjalan lama, sudah menjadi tradisi dan telah diterima sebagai sistem persekolahan yang harus dikekalkan.

Namun apabila gagasan itu disaran semula oleh seorang tokoh akedemik dan pakar sejarah bukan Melayu yang berpengaruh, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, isu itu tiba-tiba mendapat sambutan di luar jangkaan dari ahli Parlimen BN termasuk pemimpin bukan Melayu daripada Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat sistem satu aliran boleh merapatkan perhubungan antara kaum dari peringat bawah lagi dan boleh menjadi landasan untuk mengwujudkan perpaduan pada jangka waktu panjang.

Beliau mencadangkan sistem itu harus bermula di peringkat sekolah menengah dan bukan sekolah rendah, ketika itu semua murid sudah bersedia dan faham latar belakang bahasa dan budaya masing-masing semasa di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, kalau boleh pelajar Melayu pintar di Maktab Sains Mara diserapkan ke semua sekolah menengah untuk membolehkan mereka bergaul

dengan semua murid dari pelbagai kaum bagi melahirkan segera konsep perpaduan.

Isu itu menjadi lebih menarik semua pihak setelah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyahut seruan itu untuk kebaikan bersama bagi

melahirakan bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang dipromosi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Malah, beliau mahu isu itu diperdebatkan kepada umum bagi mendapat maklum balas adakah gagasan itu wajar dan seharusnya dilaksanakan segera atau sebaliknya.

Mengapakah isu itu begitu signifikan dan mendapat sokongan kuat setelah ia dicetuskan semula oleh orang bukan Melayu? Kenapakah ada pemimpin mendokong gagasan idea itu padahal sebelumnya parti mereka menentang keras idea itu?

Dalam perkembangan terbaru, Najib tidak menolak idea itu diperdebatkan dalam kalangan rakyat walaupun sukar dilaksanakan kerana terpaksa melihat pendapat majorit terutama kaum bukan Melayu yang sudah sebati dengan sistem pelbagai aliran seperti yang diamalkan sekarang. Menurut beliau, dasar itu boleh direalisasikan jika itulah kehendak rakyat terbanyak.

Rakyat yang harus membuat keputusan sama ada menyokong atau menolak idea itu yang pada pertimbangan rasional situasi bangsa dan kehendak jangka panjang negara, cadangan ini amat praktikal dilaksanakan demi membentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Pertukaran pendirian dan pandangan oleh pemimpin bukan Melayu terhadap isu itu menimbulkan tanda tanya. Mungkinkah perubahan itu sudah dikaitkan dengan konsep gagasan 1 Malaysia oleh perdana menteri yang dikatakan mula mendapat sambutan orang bukan Melayu daripada BN dan PR?

Adakah gagasan Najib itu sudah melunakkan pendirian tegar sebilangan pemimpin bukan Melayu yang selama ini skeptikal terhadap dasar Umno dan BN? Adakah mereka fikir gagasan Najib itu sudah menyahut kehendak mereka selama ini yang mahukan Umno berlaku adil kepada semua kaum tidak kira keturunan sesuai dengan moto rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Persoalan itu bakal ditentukan oleh tindakan selanjutnya kalangan mereka, dasar konsisten kerajaan ke arah itu dan mungkin sikap orang Melayu sendiri dalam merealisasikan gagasan itu menjadi realiti atau sebaliknya. Harakah Daily

Sokong sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.

Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.

Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama, katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.

Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini, katanya.

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah, katanya.

Kesan dan implikasi

Di sini saya ingin merujuk dan membuat surat balas kepada Tuan Profesor mengenai sekolah satu aliran tidak merugikan sesiapa seperti yang telah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu pada 8 November yang lepas. Sebelum saya pergi lebih lanjut lagi, eloklah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya adalah Khu Eian Chun yang juga berasal dari Kelantan, iaitu negeri yang sama dengan Tuan Profesor. Sebelum ini pun saya suka membaca jurnal-jurnal penulisan Profesor terutamanya mengenai Cina Peranakan Kelantan kerana saya juga adalah salah seorang daripada itu. Saya bukan dari sekolah Cina SJK(C) dan saya juga tidak pandai berbahasa Mandarin, saya hanya pandai bertutur dalam bahasa Hokkein, itu pun Hokkien kampung yang bercampur dengan Melayu Kelantan. Saya adalah keturunan darah Siam. Tetapi saya mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga kaum saya!!. Itu adalah perbezaan saya beranding dengan Profesor. Sekarang ini saya hanya bekerja sebagai seorang guru di daerah Segamat. Sebenarnya saya cukup malu dengan artikel yang ditulis oleh Profesor. Berbalik kepada artikel yang ditulis oleh Tuan Profesor. Saya sebagai salah seorang Cina yang berpegang teguh kepada ajaran Buddha dan budaya Cina merasa amat terkilan dengan penulisan Tuan Profesor. Artikel tersebut yang menyokong penuh gagasan sekolah satu aliran sudah tentu sedikit sebanyak akan menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat kerana yang menulisnya ialah seorang ahli akademik yang berstatus Profesor di IPTA. Jikalau dilihat dari luaran dan difikir secara positif sudah tentu penubuhan sekolah satu aliran tidak merugikan sesiapa dan nampaknya memang cantik lagi molek. Jikalau tidak silap saya, idea penubuhan sekolah satu aliran tersebut adalah dicetuskan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim yang juga seorang berbangsa Cina. Walau bagaimanapun, sebab dan kenapa beliau boleh mencetuskan idea tersebut tiada siapa yang tahu dan mungkin juga adalah kerana desakan politik ataupun desakan 1Malaysia!. Walaupun ianya hanyalah di peringkat cadangan, saya takut juga ia akan menjadi kenyataan. Saya adalah salah seorang daripada jutaan bangsa Cina dan India di Malaysia yang takut dengan penubuhan sekolah tersebut. Kenapa saya takut? Nanti saya akan perjelaskan. Diringkaskan, dalam artikel yang ditulis oleh Tuan Profesor, secara keseluruhannya hanyalah menceritakan secara umum mengenai senario 3 kaum

utama di Malaysia yang tidak bersatu hati, budaya dan bahasa dan seterusnya menggagalkan usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan kaum. Walau bagaimanapun, artikel tersebut tidak menjelaskan mengenai proses ke arah tersebut, bagaimana ianya akan tercapai dan apakah jaminan yang perlu diberi oleh kerajaan kepada kaum Cina dan India dalam mempastikan identiti dan budaya mereka tidak terjejas? Berbalik kepada cerita kenapa saya takut? Paling saya takuti adalah gagasan sekolah satu aliran ini dicetuskan daripada hati politikus yang cuba memanipulasi sistem pendidikan negara atas nama perpaduan kaum dengan menyatukan semua murid atau pelajar di satu sekolah. Cuba bayangkan jika sekolah ini benar-benar berlaku dan siapakah yang akan memegang tali terajunya? Siapakah yang paling berkuasa ke atasnya? Siapakah yang paling berhak? Sudah tentulah jawapannya orang Melayu. Ini adalah kerana orang Melayu adalah majoriti, bumiputera dan pentadbir negara Malaysia. Bolehkah nanti mereka berjanji akan mempastikan kesamarataan pendidikan sekolah satu aliran antara ketiga-tiga kaum? Mungkin boleh untuk tempoh 3 atau 4 tahun, jikalau lebih daripada itu besar kemungkinan adalah tidak! Sebagai contoh terhampir adalah PPSMI juga telah dimanipulasi oleh orang-orang politik, dan kesudahannya kita semua pun sudah tahu. Mereka sanggup menipu data-data yang dikumpul oleh ahli-ahli akademik. Kasihan kepada Prof. Datin Dr. Juriah Long. Ahli politik itu cuba menidakkan kebenaran dapatan kajian oleh ahli panel yang mereka sendiri lantik. Jikalau mereka tidak hendak kesannya baik, maka dibaikkan laporannya. Dan ketika mereka mendapat desakan daripada pelbagai pihak, maka barulah ditunjukkan data-data yang sebenarnya. Saya tidak mahu perkara ini turut terjadi kepada sekolah satu aliran jika ianya benar-benar terlaksana nanti. Yang menanggung kesusahan di sebaliknya adalah pelajar, ibu bapa dan guru-guru sendiri. Mewujudkan sekolah satu aliran adalah bermakna mengubah dasar pendidikan negara umpama pokok yang ditukar akarnya. Perlu diingatkan bahawa falsafah pendidikan barat ada menyebut bahawa pendidikan adalah benteng pertahanan negara. Ini bermakna kekuatan tentera bukanlah benteng utama pertahanan negara, sebaliknya adalah pendidikan. Ada juga benarnya falsafah tersebut. Makaoleh sebab itu, sistem pendidikan negara tidak seharusnya dijadikan alat permainan dan alat untuk ujikaji sesuatu dasar ataupun cetusan

idea yang ragu-ragu. Lebih elok jika dimantapkan terlebih dahulu sistem pendidikan yang sedia ada berbanding dengan mencetuskan idea dan gagal mengawalnya. Sebelum ini kerajaan pernah melahirkan sekolah wawasan ataupun sekolah integrasi. Pada saya lebih elok dimantapkan terlebih dahulu sekolah tersebut sebagai percubaan ke arah mewujudkan sekolah satu aliran. Mungkin suatu hari nanti sekolah satu aliran seperti di Singapura akan terlaksana juga di Malaysia tetapi tidak dalam tempoh 10 atau 20 tahun ini. Sekolah integrasi juga sudah senyap dan lenyap dari dunia pendidikan nampaknya memandangkan ianya tidak lagi diheboh-hebohkan di dalam akhbar, kaca televisyen dan mulut-mulut para menteri. Apa sudah jadi? Berjayakah ia? Tiada data-data tepat yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan melainkan dalam tesis-tesis atau kertas projek pelajar universiti. Sungguh mengecewakan. Kesan buruk yang seterusnya adalah penghapusan etnik dan budaya. Dari segi bahasa dan penulisan mungkin ianya akan kekal kerana sudah tentu itu akan menjadi komponen utama. Tetapi bagaimana pula dengan budaya? Ini gagal diperjelaskan oleh Tuan Profesor dalam artikel tersebut. Saya risau yang beberapa kelab kebudayaan Cina yang dari sekolah Cina ataupun Tamil sebelum ini akan dihadkan ataupun dilupakan terus. Maklumlah, apabila sekolah dan kaum telah bergabung, maka sudah tentu masa pun akan terhad dan ini akan mengehadkan segala-galanya kerana mereka terpaksa mencatumkan kebudayaan antara tiga kaum menjadi satu. Ini adalah ibarat kerja tanpa pengkhususan. "Tak kenal, maka tak cinta," pepatahnya memang manis didengar tetapi amat merisaukan saya sebenarnya. Dengan penubuhan sekolah satu aliran juga mungkin akan meningkatkan perkahwinan campur yang akan menguntungkan kaum Melayu sahaja! Apabila sudah kenal, maka mulalah cinta. Yang akan menanggung penderitaan paling dahsyat adalah ibu bapa. Inilah yang dikatakan Memelayukan dan mengIslamkan kaum Cina dan India dalam senyap. Mungkin kerajaan suka menggalakkan perkahwinan campur kerana suatu masa dahulu pun mereka menggalakkan perkahwinan campur. Maka tidak hairanlah dalam "Utusan Malaysia" juga ada dipaparkan artikel daripada Dr. Ridhuan Tee Abdullah, yang saya gelarkan sebagai Cina murtad, mengenai kebaikan

sekolah satu aliran ini. Kita tunggu pula artikel daripada Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, jikalau beliau juga sependapat dengan Tuan Profesor sendiri, dan Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Saya benar-benar kesal jikalau semuanya disuarakan oleh kaum Cina sendiri. Namun begitu hati saya sedikit lega apabila MCA dan MIC juga tidak menyokong dasar ini. Jikalau benar kita hendak menjadikan sekolah satu aliran sebagai realiti, kita sepatutnya memikirkan kesan dan masalahnya terlebih dahulu sebelum menceritakan mengenai kebaikannya. Bagi saya itu lebih elok berbanding dengan meceritakan kebaikan terlebih dahulu dan menanggung penderitaan di kemudian hari. Bak kata pepatah Karam Sigh Walia, "iindah khabar dari rupa" ataupun "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." Saya bukan racist terhadap sesuatu kaum, tetapi biarlah saksama dan adil. Fikir-fikirkanlah. Sekian.

You might also like