You are on page 1of 1

ISU UEC

Nilai murni
Permasalahan kajian
Gambar
Latar belakang.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior
(UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan
bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar
bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan
Perdagangan. Kesukaran UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa
Inggeris.
Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke
tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak
dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah,
sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar
dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah
pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di
Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki
peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML
lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi
persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera
bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM.
Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung
pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara
seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui
oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.
Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan
Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain
daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak
bantahan.
Isu tuntutan segelintir masyarakat Cina dalam meminta kerajaan mengiktiraf sijil
peperiksaan UEC kerap kali kedengaran, setiap kali wujud isu yang menimbulkan ketegangan
kaum. Walau bagaimanapun, isu tersebut selalunya tidak menemui jalan penyelesaian
berikutan kerajaan terdahulu dilihat tidak mahu menolak ataupun menerima tuntutan tersebut,
sebelum isu itu lenyap semula.

Ketika ini, isu tuntutan UEC ini kembali hangat berikutaan gesaan ramai pihak yang
mahukan solusi secepat mungkin, yakni pengiktirafan terhadap sijil tersebut diberikan
sepenuhnya oleh kerajaan baru Malaysia sekarang.

You might also like