You are on page 1of 14

Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar

bandar

Bagi sesetengah guru terutamanya yang tidak biasa dengan keadaan dan
persekitaran pedalaman atau luar bandar yang serba kekurangan,
ditugaskan mengajar di kawasan itu, bagaikan mimpi ngeri bagi mereka.
Ini kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi antaranya kekurangan
bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan kemudahan telefon dan
jaringan komunikasi seperti internet.
Namun demikian bagi Jaismon Majamih, 33, salah seorang guru yang
berjaya mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di
Open Universiti Malaysia (OUM) melalui Program Pensiswazahan Guru,
semua kekurangan itu tidak menjadi masalah besar untuk meneruskan
khidmat sebagai pendidik di sekolah luar bandar.
Beliau yang berasal dari Tandek Kota Marudu, mengajar di SK Malubang
Pitas sejak tahun 1999 sehingga kini selepas menamatkan kursus Diploma
Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.
Katanya, sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dia pernah mengikuti
pengajian dalam bidang Sains Sukan di OUM tetapi hanya bertahan selama
setahun kerana tidak mampu dan tidak sanggup berulang alik menaiki bot
setiap hujung minggu dari sekolah ke pekan Pitas.
Sekolah tempat saya mengajar dan pekan Pitas sebelum ini hanya
boleh dihubungi menggunakan bot tetapi tahun lalu sudah ada jalan raya
dan kini boleh dilalui kereta pacuan empat roda, katanya.
Jaismon yang mengajar mata pelajaran Sains, berterima kasih kepada
kerajaan atas keprihatinan membina jalan raya di kawasan itu.
Berkenaan dengan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang
ditaja oleh kerajaan, beliau berkata: Saya amat gembira kerana
kerajaan membiayai pengajian guru-guru melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi.
Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk memiliki segulung ijazah
yang saya diimpi-impikannya selama ini, katanya.
Sementara itu Jumaidin Salihudin, 28, dari Kampung Randagong Ranau
berkata, kekuatan mental dan fizikal perlu ada dalam diri seorang guru
yang ditugaskan di sekolah luar bandar.
Katanya, antara cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di kawasan
pedalaman ialah kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
Bagaimanapun katanya, berbakalkan semangat dan komitmen yang tinggi

untuk mendidik anak bangsa, menjadikan dia lebih tabah untuk terus
berkhidmat di SK Pinangkau Beluran, walaupun terpaksa berjalan kaki
selama dua jam dari sekolah itu ke simpang jalan utama.
Jumaidin yang juga mengajar mata pelajaran Sains turut berterima kasih
kepada kerajaan kerana memberikan peluang kepada guru-guru sekolah
luar bandar mengikuti Program Pensiswazahan Guru.
Saya berharap dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan untuk terus
mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berilmu dan
berpengetahuan, katanya yang mula bertugas di sekolah itu sejak tahun
2005.
Beliau yang mengajar murid Tahun 1, 2, 3, 5, dan 6, sebelum ini mengikuti
kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.
Matseh Leman, 29, dari Papar yang bertugas di SK Solob Sipitang lebih
kurang 60 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang amat
bersyukur kerana berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru yang
ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Tanpa tajaan kerajaan seperti ini mungkin sukar bagi saya untuk
mengambil ijazah kerana kos pengajian yang tinggi dan kos sara hidup
keluarga yang semakin meningkat, katanya yang sebelum ini mengajar
di SK Pulau Bait Semporna.
Ketika ditanya cabaran mengajar di kawasan luar bandar Matseh berkata,
tahap pemahaman dan penerimaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran
antara masalah yang dihadapinya.
Kadang-kadang ada murid yang tidak kenal huruf, jadi kita terpaksa
mengajar mereka membaca walaupun kita ajar mata pelajaran lain,
katanya yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani.
Selain guru lelaki, cabaran guru wanita di kawasan luar bandar juga tidak
kurang hebatnya.
Zora Chong, 28, dari Inanam, yang kini mengajar di SRK Lodung Kudat,
lebih kurang 55 kilometer dari pekan Kudat berkata, kemudahan di
kawasan luar bandar tidak banyak seperti di bandar-bandar atau pinggi
bandar.
Selain masalah keadaan jalan raya, bekalan elektrik, air dan
kemudahan internet atau talian telefon, masalah banjir adalah antara yang
sering dihadapi oleh guru-guru di sekolah tempat saya mengajar.
Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali sekolah kami dilanda banjir.
Keadaan ini juga sedikit sebanyak menganggu pembelajaran para pelajar,
kerana kami terpaksa membersihkan sekolah. Dari segi bekalan elektrik,
tahun 2008 baru ada bekalan elektrik, katanya.

Zora yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik berkata,
sebelum ini dia bertugas di SK Sungai Padas Sandakan.
Katanya, pengorbanan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman
dan luar bandar tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Mengenai peluang melanjutkan pengajian di OUM, Zora berkata: Saya
amat bersyukur dan bertuah kerana berjaya menjadi salah seorang
daripada ribuan pelajar mengikuti Program Pensiswazahan Guru sebab
bukan semua mendapat peluang seumpama ini.
Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap keperluan
guru-guru untuk memperolehi segulung ijazah, ia akan memudahkan kita
naik pangkat ke DG41, katanya.
Bagi Zamiah Abd Hamid, 41, yang berpengalaman luas mengajar di sekolah
luar bandar, seorang guru haruslah mempunyai tahap kesabaran yang
tinggi dan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para
pelajarnya.
Sebagai guru kita haruslah sabar dan prihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Kadang-kadang ada pelajar yang ponteng
sekolah kerana rumah mereka terlalu jauh daripada sekolah. Ibu bapa tidak
tahu anak mereka ponteng sekolah sebab awal pagi lagi mereka keluar
untuk menorah getah, katanya.
Bagi menangani masalah seperti ini, kita perlu memberikan motivasi
kepada pelajar berkenaan, katanya yang kini mengajar di SK Malangang
Baru Kiulu.
Sebelum ini Zamiah bertugas di beberapa sekolah iaitu di SK Barambangon,
SK Muhibah, SK Suang Paai dan SK Sikuati Kudat.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang
kepada guru-guru naik taraf sehingga peringkat ijazah.
Dengan peluang yang diberikan ini, saya berharap dapat
mempertingkatkan lagi cara pengajaran untuk mengharungi pelbagai
cabaran dalam mendidik murid-murid, katanya.
Chen Zyinhui, 27, dari Perlis turut berterima kasih kepada kerajaan atas
peluang yang diberikan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru.
Peluang ini memang bagus sebab dapat meningkatkan tahap
pendidikan guru-guru sekolah rendah dan menengah, katanya yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Cina di SJK (C) St.Peter Telipok.
Para pelajar yang mendaftar di OUM untuk mengikuti Sarjana Muda
Pengajaran dijadualkan mengikuti pengajian selama 12 semester dari Mac
2011 hingga Disember 2014.

Seramai 5,685 pelajar seluruh negara tajaan Bahagian Pendidikan Guru


mengikuti program Sarjana Muda Pengajaran diOUM bagi Semester Januari
2011. Daripada jumlah itu seramai 714 calon adalah guru-guru di Sabah
dan 62 dari Labuan.

Dunia pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada
membabitkan para guru dan para pelajar. Isu guru di pendalaman ini
semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Selain itu, isu mengenai
guru yang enggan bertugas di luar Bandar walaupun menyedari
tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu
persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran
mengajar di kawasan pendalaman. Selain faktor kedudukan sekolah yang
amat jauh, kebanyakkan mereka sukar menerima jika dihantar di luar
kawasan disebabkan alas an kemudahan terhadSelain masalah
kemudahan, keselamatan guru-guru juga di pertikaikan semasa berada di
pendalam. Lantaran itu, ada guru yang sanggup menganggur dan menukar
profesion daripada dihantar nun jauh di pedalaman. Walaubagaimanapun
tidak semua guru berfikiran sedemikian, mereka yang menedari
tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa akan menerima
tawaran mengajar walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan
kehidupan di bandar.
Sebab lain yang menjadi punca mengapa segelitir guru tidak mahu di
hantar ke sekolah pendalaman adalah masalah pengangkutan.
Kebanyakkan sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak tiada kemudahan
pegangkutan darat. Maka masalah ini akan menjadi mimpi ngeri bagi guruguru yang akan di hantar ke sekolah pendalaman. Terputusnya hubungan
dengan dunia luar juga merupakan punca ataupun sebab mengapa guru
sekarang tidak mahu di hantar ke sekolah pedalaman. Contohnya, guru
yang mengajar di sekolah pedalaman di Sarawak kebiasaannya akan
pulang bercuti pada cuti hujung tahun persekolahan sahaja.
Menurut Dr.Puad Zarkashi, memang tidak dapat dinafikan guru
guru yang berada di pedalaman menghadapi kesukaran bekalan makanan,
sebgai contohnya di Kinarut apabila guru keluar membeli barang di
Persiangan kadang-kadang guru yang keluar itu akan tersadai selama dua
hari apabila pemandu terlupa mengambil guru tersebut. Ini akan
menyebabkan guru tidak dapat mengajar manakala kos mereka untuk pergi
dan balik adalah lebih kurang RM500 dengan hanya menaiki bot.
Walaubagaimanapun masalah yang dhadapi oleh guru di
pedalaman, kerajaan tidak memandang ringan masalah yang mereka
hadapi ini . Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf kehidupan guru
dipendalaman dengan sebaik mungkin. Selain itu, Kuaters guru juga
semakin menjadi isu buat masa sekarang kerana dikatakan kuaters guru di
kawasan pedalaman amat usang dan tidak mempunyai kemudahan seperti
bekalan air dan bekalan elektrik. Begitu juga dengan bangunan yang tidak
kukuh.
Bagaimanapun terdapat masalah lain selain daripada masalah

kuaters guru-gru dipendalam iaitu masalah dimana para guru yang terpaksa
merentasi kawasan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas setiap hari
untuk datang ke sekolah. Begitu juga guru yang harus mengharungi
beberapa anak sungai. Cabaran seperti inilah yang akan melemahkan
semangat guru-guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman. Namun
tanggungjawab kita sebagai pendidik haruslah diperjuangkan dan
jadikannya sebagai pengalaman hidup. Guru haruslah menyesuaikan diri
dan pastinya guru akan menjadi lebih matang dan gembira menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik walau dimana pun guru itu ditempatkan.
Tambahan pula, ada kawasan pedalaman tidak mempunyai
kemudahan klinik. Ini menyukarkan para guru untuuk memdapatkan
rawatan dan membeli ubat. Hanya membawa bekalan ubat yang dibeli di
farmasi. Jika hendak ke klinik akan mengambil masa yang panjang. Kecuali
keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga mengagahkan diri ke
bandar untuk mendapat rawatan.
Guru telah diberikan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik
dan mendidik anak bangsa, pastinya segala kesukaran dihadapi tidak harus
menjadi penghalang, sebalik anggap ia sebagai cabaran. Madah
menyebut, guru itu ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain
amat berasas kerana mereka langsung tidak menjadikan kekurangan
infrastruktur atau ketidakselesaan hidup di pedalaman

1.0

PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu
dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian
ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat
bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan
diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang
sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke
semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik
terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih
mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru
dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan
oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes,
menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat
dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal
selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas
daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi
dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru
dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di
Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar,
hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan
menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti
dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak
ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahanpermasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi,
perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka
daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou
dan Sutcliffe, 1978).
2.0
DEFINISI STRES
Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa
Inggeris; stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan,
usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah
suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji
melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan
menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang
berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang
untuk mengendali suatu situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres
dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan
bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi
akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau
juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :
Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
Gangguan fungsi kehidupan.
Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,
kekangan dan desakan hidup.
Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada
individu.
Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia
dalam tubuh.
3.0

FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini


dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;
Faktor diri.
Faktor interpersonal.
Faktor organisasi.
Faktor kekurangan sumber.
3.1

Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar
untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan
terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah,
dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali
profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion
professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini

menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini.
Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana
beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan
menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik
sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang
dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu
yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2

Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara
faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka
tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan
diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang
lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah
meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati
perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba
mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
3.3

Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres
dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam
selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi
ialah;
Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
Tugasan kerja berterusan (kronik).
Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam
profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan
Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas
boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban
tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah
kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4
Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi


masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru
sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini
menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap
stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang
dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali
memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah
mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran
dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan
guru di sekolah mencukupi.

4.0

MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru
seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi
dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara,
guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat
mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan
guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan
fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan
bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1
Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh
menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut
telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.
Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut
sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang
menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu
menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
4.2

Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada
orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3

Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang
guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya
menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan
pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada
penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai
aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan
bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan
suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan
teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan
pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan
yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan
mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di
kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4

Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang
serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani
stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu
pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru
seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari
pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancanganrancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka
lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.
Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress
dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut
dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya
meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada
masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan
dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca
kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang

tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru
tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan


lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut
ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan
seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan
keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan.
Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang
realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan
mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa
berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru
sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya
menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk
mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam
mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu
dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah
atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang
mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru
melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi
faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari
pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami
keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu
perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa
seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi
dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu
memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid
akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah
kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran

bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif


dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang
mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding
yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan
kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi
kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru
juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi
rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas
kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian
dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan
kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran
dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung
kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen
adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam
memperolehi kejayaan.

5.0

KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam


menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009)
menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu
mengatasi masalah stres dikalangan guru.
Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya
sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam
terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima
waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya
berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan aflaha atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah
berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh
khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan
juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju
kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu
ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan
dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan
kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri
seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang
ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama
bagi masalah stres.
Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan
menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka
yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam
surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu
menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis
riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu
atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca alQuran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam
mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres.
Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha
mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan alQuran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0

PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian


masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian
sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan
mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja
pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga
melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerjakerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu
berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan
stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa
bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia
pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan
kemajuan bidang pendidikan negara.

disediakan oleh : ahmad faiz bin Malek Sifulazan

You might also like