You are on page 1of 5

DENGGI

Apa itu Demam Denggi?


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama
kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis
demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan
punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi
dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?


Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara
rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus
denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi
menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur
pesakit.
Pemindahan penyakit:
o
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk
Aedes yang membawa virus denggi.
o

Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka


masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus


tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi


walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia,
monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum
dijangkiti.

Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat


menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat
dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti
membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan
kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu
digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka
bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan
kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3
dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi
sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama
virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes
Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?


1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat
makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang
terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh
kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin
pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar)
di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu
puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan
nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar
buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu
bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari
membiak.
kembali ke atas..

Nyamuk Aedes
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan
tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak
menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya
seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di

Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar
denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa
kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk aedes


1.
Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
2.
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
3.
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau
luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes


Dalam Rumah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Akuarium
Perangkap semut
Timba
Kolam (Kolah) mandi
Tempat air peti sejuk
Tempayan

Luar Rumah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Tayar buruk
Tempurung kelapa
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
Salur air hujan
Tempayan
Pokok pisang
Pokok keladi
Longkang yang tersekat
Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes


1.
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap
minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2.
Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali
dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah


nyamuk daripada bertelur
Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke
dalam tong sampah atau ditanam
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan
daun yang menyekat air daripada mengalir
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut
untuk mencegah pembiakan nyamuk
Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana
akan memakan jentik-jentik.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul)
ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?


Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
o

Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang
diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan
akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam.


Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk
melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan
suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia
diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi
mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan


segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan
elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:
Meningkatkan pengambilan cecair.
Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera
sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara
intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit
demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu
menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan
bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk
menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?


Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung
jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan
mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan.
Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
o
Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu
dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
o

Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes


supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik
rumah akan didenda.

Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya
perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah
penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia
mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

You might also like