You are on page 1of 5

1.

Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

• Konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum

KONSEP

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." Pada
asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang
pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh menyediakan
pengalaman-pengalaman tertentu bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial serta rohani
mereka.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu berasaskan
kepada anggapan bahawa:
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan
sosial, jasmani dan rohani. Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan. Semua
murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat.
Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-
murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

MATLAMAT

Di antara matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah:


1) Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani
murid.
2) Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah.
3) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang diceburi serta perluasan
pengalaman murid dalam bidang tertentu.
4) Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan
pengalaman murid dalam bidang tertentu.
5) Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan
dan kesejahteraan diri.
6) Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras
dengan hasrat Rukun Negara.
7) Peningkatan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid.
8) Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan ibubapa serta
masyarakat setempat.

STRATEGI
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi perlaksanaannya
: 1) Memperseimbangkan gerak kerja ko-kurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam
bilik darjah. Kedua-duanya adalah proses pendidikan yang saling lengkap-melengkapi.
2) Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab / persatuan serta mempelbagai
gerak kerja ini termasuklah gerak kerja sukan bagi tujuan memberi peluang kepada semua murid
melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
3) Melibatkan murid atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.
4) Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG),
guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja.
5) Merancang gerak kerja kokurikulum yang teliti dengan menetapkan matlamat- matlamat yang
hendak dicapai.
6) Merekod dan menilai segala gerak kerja dan kemajuan yang dijalankan dan dicapai.
7) Mengadakan penilaian secara berterusan dan memberi penghargaan kepada murid dan pihak-pihak
lain dari semasa ke semasa.

- Komponen/Bidang gerak kerja kokurikulum

- Persatuan/Kelab

- Sukan

- Unit Beruniform

• Pengurusan gerak kerja kokurikulum

• Carta organisasi gerak kerja kokurikulum

- Perlantikan jawatankuasa dan bidang tugas jawatankuasa

• Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan Am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.

2. Penubuhan Unit-unit kokurikulum.

• Pendaftaran pertubuhan di sekolah

• Penubuhan unit yang mempunyai badan Induk.

• Perlembagaan dan peraturan.

3. Peranan Guru Penasihat.

• Strategi, pendekatan dan kaedah pelaksanaan.

- Berpusatkan murid.

- Pengelolaan oleh pelajar.

• Perbezaan pelaksanaan di antara guru penasihat, guru dan jurulatih.

• Persamaan gender semasa beraktiviti Sukan .

- Guru penasihat / jurulatih


- Sesama pelajar. (pendidikan seksualiti)

4. Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum

• Pengurusan kewangan

- Sumber kewangan

- Peraturan mengutip wang.

- Menyedia dan merekod buku stok.

- Integriti dalam pengurusan kewangan.

- Akta-akta berkaitan rasuah. (Human Governance)

• Pengunaan TMK dalam Pengurusan kokurikulum

- Produtiviti laporan seperti carta Gant,Graf, Rajah.

- Integrasi Microsof office seperti words, excel dan power point.

- Google classroom

5. Pentadbiran Mesyuarat.

• Jenis mesyuarat.

• Peranan dan Tanggungjawab pengerusi, setiausaha dan ahli.

• Agenda mesyuarat

• Pengendalian mesyuarat

• Minit mesyuarat

6. Sistem Fail dan surat menyurat

• Jenis-jenis fail

• Format dan prosedur surat rasmi.

• Sistem rujukan fail dan surat rasmi.

• Komunikasi rasmi melalui media elektronik.

7. Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan

• Jenis-jenis aktiviti
- Olahraga dan permainan

- Pengurusan projek persatuan

- Perkhemahan UB

• Perancangan dan Pengendalian

- Kertas kerja

- Surat menyurat

- Penubuhan AJK Pengelola

- Anggaran perbelanjaan

- Atur cara

- Buku program

• Sistem Pertandingan.

• Undang-undang dan peraturan.

• Pertandingan murid berkeperluan khas.

• SOP Keselamatan

• Penilaian dan Pelaporan

- Keberkesanan aktiviti

- Laporan aktiviti

- Mesyuarat pasca nilai

8. Majlis Rasmi – Protokol

• Konsep protokol dan etiket sosial

• Pengendalian majlis rasmi

- Penyediaan senarai jemputan

- Susunan keutamaan

- Susunan tempat duduk

- Tertib di meja makan

- Susunan bendera

• Peranan Pengerusi Majlis / Juru Acara

• Penyediaan Teks Ucapan /Kata Alu-aluan


- Majlis perasmian/penutupan

- Majlis perpisahan

- Majlis keraian

9. Penilaian

• Tujuan penilaian.

• Cara mengumpul data

• Ciri-ciri penilaian

• Bentuk laporan penilaian.

• Pelaporan dan rekod penilaian.

You might also like