You are on page 1of 15

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

1. Kesediaan Membaca
Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut; (a) perasaan murid (b) bahasa murid Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut; -Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka. -Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada. -Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya. Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah: -Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati. -Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal. -Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung. -Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur. Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut; -Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya? -Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya -Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain. -Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya? -Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik? -Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? -Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca 1. Keadaan fizikal penglihatan pendengaran pertuturan umur jantina 2. Pengalaman dan persekitaran pendedahan bahan bacaan di rumah 3. Emosi dan motivasi adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi? adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku? adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial? adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu? 4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif daya kecerdasan kebolehan mental secara keseluruhan adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar? adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan
Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya, Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan. Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

3. Aktiviti prabacaan
Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah; mengenal gambar yang berlainan mengenal bentuk yang berlainan. Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

4. Mekanis Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. Tujuan bacaan mekanis ialah; Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat. Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut; Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Contoh aktiviti Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah; Kad huruf Kad Huruf Kad Suku Kata Kad Suku Kata Kad Perkataan Kad Perkataan Kad Frasa Kad Frasa Kad Ayat Kad Ayat

5. Membaca dan Memahami


Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk; (a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca. (b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca. Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut; Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat. Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut; Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca. Kategori kefahaman bacaan Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal. 1. Kefahaman literal makna perkataan makna ayat huraian isi idea utama urutan idea perbandingan hubungan sebab dan akibat 2. Kefahaman inferensi membuat kesimpulan

mengeluarkan idea utama membuat perbandingan menunjukkan hubungan sebab dan akibat membuat jangkaan memahami dan menghuraikan bahasa kiasan 3. Kefahaman kritikal membezakan kenyataan daripada fantasi membezakan fakta daripada pendapat menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang menentukan tujuan penulis Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan mengulang. Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis. Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Pengenalan Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar Kemahiran paling asas Berlaku pada peringkat penerimaan Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar. Kemahiran bertutur Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi Peringkat penglahiran Perlu ditiru & diajuk Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik. KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR) Tujuan Kemahiran Lisan Menyebut perkataan / ayat dgn betul Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas. Kemahiran yang bOleh diperolehi murid: Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.

Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi. Penilaian Kemahiran Lisan bacaan kuat syarahan perbahasan bercerita perbincangan hafazan temu bual soal jawab nyanyian deklamasi sajak mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian Lisan membolehkan guru: mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. mengesan kelancaran dalam sebutan. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Cth : PLBS Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid. Konsep kemahiran mendengar Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat. Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak. Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.

Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar. Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif) Peringkat Kemahiran mendengar 1. mendengar deretan bunyi 2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar 3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar 4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar Mendengar pasif -Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan -Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran. Mendengar secara bertelau-telau -Berlaku pd pelajar bahasa ke-2 -Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut. Mendengar tanpa tindak balas -Mendengar tp tidak bertindak balas -Tidak beremosi dan tidak memahami Mendengar secara menebuk-nebuk -Berlaku pd pelajar bahasa ibunda -Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak Mendengar secara beremosi -Mendengar & mampu meransang emosi -Merasa sesuatu dan bertindak balas Mendengar secara berhati-hati -Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat) -Memahami ujaran dgn tepat Mendengar secara kritikal -Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis) -PnP KBKK Mendengar secara pengamatan -Murid sudah mampu berfikir kritikal

-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna) Mendengar secara kreatif -Mengulas, mengritik, menilai -Mencapai penguasaan bahasa yg baik Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh: Peringkat awal -Melakukan sesuatu yg disuruh -Bertindak terhadap soalan-soalan mudah -Mengecam, mengajuk & memilih bunyi Peringkat pertengahan -Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci) -Mengesan urutan -Mengenal sebab dan akibat Peringkat maju -Mengenal isi-isi penting -Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap -Mentafsir maksud -Memberitahu tekanan dan intonasi Konsep bertutur Gabungan bunyi-bunyi bahasa Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi. Aspek-aspek pertuturan a)Sebutan murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. b)Tekanan Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-

tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata. Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak. c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat) Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora. d) Kefasihan boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas. e) Laras bahasa kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya. Bertujuan untuk berkomunikasi. f) Tatabahasa merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan. g) Jeda jeda = persendian digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi merupakan bunyi yang menaik atau menurun. juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya. I)Nada nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. nada tidak bersifak fonemik. j) kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur. Gaya bahasa berdasarkan nada: Gaya yg sederhana -Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll. -Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. Gaya bahasa mulia & bertenaga -Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak -Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu. Gaya menengah -Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai. -Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu. -Cth situasi pesta dan rekreasi Faktoryang mempengaruhi pertuturan: - Kecerdasan kemampuan menghasilkan bahasa - Kesihatan kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu) - Fizikal alat artikulasi - Alam sekeliling sosioekonomi dan perhubungan keluarga - Jantina perempuan cepat, lelaki lambat

- Dwibahasa ekabahasa lebih cepat - Umur kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi. KEMAHIRAN BERTUTUR Konsep Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti Karangan Laporan projek/kerja kursus/folio Latihan dan ujian bertulis Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut : Kemahiran menulis Menyusun idea Penggunaan tanda baca Perbendaharaan kata Mengaplikasi Mentafsir Menilai Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira : Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Aras kesukaran soalan dipelbagaikan Skema pemarkahan disediakan Bentuk Item Soalan Bentuk Item Objektif (HYPERLINK) Bentuk Item Subjektif Tujuan Mengesan serta merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian

KEMAHIRAN MEMBACA Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya : Contoh teknik: SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll. Konsep membaca: Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis (WILLIAMS 1984). Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat. Tujuan: Mengetahui isi-isi penting. Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati. Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami. Cara Gaya Pembacaan: Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda. Persediaan yang cukup. Tumpukan perhatian, minat dan fikiran Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca. Peringkat bacaan: Kesediaan membaca Prabacaan Membaca mekanis Membaca mentalis Bacaan Intensif Bacaan Ekstensif Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca: Kadar kelajuan Pergerakan mata Mengenal pasti struktur ayat Membaca secara kuat Membaca secara aktif

Menunjuk Motivasi Gerak hati atau jangkaan Keadaan fizikal Peringkat Pemahaman: Peringkat Lateral Pengetahuan dan pemahaman murid Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami Interpretasi Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas Menentukan sebab petikan tersebut ditulis Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan Inferens Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan Menentukan sebab dan akibat Menilai Peringkat analisis dan sintesis Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom Mampu membezakan yang baik dan buruk. Mempunyai pendapat tersendiri. Teknik SQ3R: Diperkenalkan oleh Robinson (1961). -Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

S Survey (Kaji) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan. Q Question (Soal) Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q. R Recite (Lafazkan semula) Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca. R Review (Ulang) Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat. Kelebihan: Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar. Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.

You might also like