You are on page 1of 10

Masalah Pembelajaran Sejarah

Satu kajian terhadap pelajar Tingkatan 3 di SMK Tambulion Kota Belud

Abstrak
Sebahagian besar daripada murid kelas Tingkatan 3 Crossandra tidak dapat menguasai fakta
sejarah dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang diperolehi
kurang memuaskan.Terdapat seramai 33 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil daripada
tinjauan awal mendapati majoriti murid kelas ini gagal dalam mata pelajaran sejarah. Masalah ini
berlaku kerana tiada penguasaan fakta yang kukuh. Lebih-lebih lagi kelas ini merupakan kelas
terakhir bagi tingkatan tiga di SMK Tambulion. Rata-rata murid kelas ini mengatakan masalah
utama mereka ialah tidak ingat isi penting ataupun fakta. Jadi tidak hairanlah ada yang tidak
menjawab langsung soalan peperiksaan. Oleh itu jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu
diwujudkan satu program bagi murid kelas ini ke arah memperkasakan ingatan. Kajian tindakan
ini berfokus kepada usaha meningkatkan penguasaan fakta sejarah oleh murid. Justeru, murid
telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara berkumpulan sebagai usaha
meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan perbandingan ujian peringkat pra dan
ujian pasca dan pemerhatian sikap murid, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana terdapat
peningkatan peratus lulus. Murid juga lebih bersemangat menghadapi P&P dan tekun
menyampaikan maklumat kepada rakan dalam kumpulan masing-masing.

Justeru itu kajian ini akan memfokuskan usaha meningkatkan ingatan terhadap fakta agar murid
mendapat satu cara berkesan belajar sejarah.

1.1

Pengenalan
Subjek Sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bermatlamat

untuk menimbulkan kesedaran dan mencetuskan daya juang yang tinggi bagi meneruskan
pembangunan negara ke arah yang lebih gemilang dan cemerlang. Para pelajar diajar dan dididik
supaya sentiasa mengambil iktibar daripada sejarah dengan prinsip yang baik dijadikan tauladan
dan buruk dijadikan sempadan. Kurikulum dan sukatan pelajaran Sejarah sedia ada sudah cukup
menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Antara
matlamat utama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah adalah untuk melahirkan
insan yang mantap jati diri, setia kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan
matlamat utama subjek Sejarah sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda.
Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara. Secara tidak langsung
akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta. Penekanan juga diberikan
kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional
berteraskan kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah.
Justeru, makalah ini akan cuba mengungkap kaedah kemahiran pelestarian
pemikiran dalam pendidikan sejarah. Pendidikan sejarah sering dikaitkan dengan menghafal
segala lambakan fakta. Pelajar yang gagal mengingati fakta akan dianggap gagal dalam
subjek ini. Hakikatnya dalam pendidikan sejarah, proses melestarikan pemikiran sangat
penting untuk seseorang pelajar itu menilai kembali sejarah. Moga diambil iktibar supaya
peristiwa yang buruk atau yang tidak menguntungkan tidak kembali berulang. Melestarikan
pemikiran pelajar berdasarkan ilmu sejarah akan dapat menghasilkan pelajar yang bukan
semata-mata lulus peperiksaan tetapi juga memiliki minda yang sihat, dapat berfikir secara

rasional dan seterusnya mampu menghadapi pelbagai cabaran yang berlaku dalam
persekitaran negara. Kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah tidak
semata-mata melahirkan pelajar yang menghafal fakta tetapi juga bijak menilai dan memikirkan
andaian berasaskan fakta dan seterusnya mengambil iktibar daripada sesuatu
peristiwa sejarah kerana sejarah merupakan peristiwa yang sering berulang.
Kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah memerlukan pelajar
menilai atau membandingkan fakta atau maklumat yang diterima dan bukannya hanya
menerima sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ini bukanlah bermaksud pelajar
perlu mempertikaikan semua perkara yang disampaikan oleh guru tetapi memadai jika
pelajar berkenaan mampu memberi sedikit pandangan atau pendapat terhadap sesuatu isu
sejarah. Misalnya guru boleh meminta pelajar memberi pandangan terhadap sejarah
perjuangan golongan kiri atau radikal ketika menuntut kemerdekaan. Adakah golongan ini
perlu diiktiraf dalam perjuangan kemerdekaan ataupun sebaliknya. Sekiranya pelajar hanya
bertindak secara pasif dan tidak mahu menggunakan mindanya untuk sama-sama berfikir,
maka dibimbangi mereka tidak akan terasah mindanya dan hanya mengikut sahaja apa-apa
yang dinyatakan oleh orang lain terutamanya fakta sejarah orientalis Barat. menganalis fakta
secara kritis. Mereka dapat membezakan fakta dan tafsiran fakta, dapat
Pembelajaran adalah satu perubahan tingkahlaku.Ini bermaksud pembelajaran sudah berlaku
apabila

murid-murid

mampu

melakukan

sesuatu

yang

baru

berbanding

dengan

sebelumnya.Pembelajaran memerlukan seseorang mengambil tindakan baru atau mengubahsuai


yang sedia ada.Oleh itu,pembelajaran dinilai berasaskan kemampuan murid-murid kita untuk
membaca,menulis,mengira atau melakukan sesuatu.

Dalam konteks pendidikan,pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkahlaku seseorang


akibat perolehan ilmu,kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan.Pembelajaran berlaku
apabila murid-murid berupaya untuk mengaplikasikan ilmu yang baru diperolehi dalam situasi
kehidupan seharian.Pembelajaran juga merupakan satu proses belajar yang terdiri daripada
guru,pelajar dan subjek yang diajar.Proses pembelajaran ini akan berkaitan dengan dengan
beberapa teori dan konsep di dalam ilmu pendidikan.
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di
mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan
membaca yang tidak sempurna. Masalah pembelajaran boleh wujud di sebabkan oleh beberapa
faktor,antaranya ialah perbezaan individu.Aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti fizikal,
emosi, mental, social, budaya, personaliti, bahasa, agama dan gaya kognitif. Melalui perbezaanperbezaan inilah berlakunya masalah pembelajaran dalam proses P & P. Menurut Atan Long
(1978), perbezaan individu memberi kesan besar terhadap pelbagai tingkah laku dalam dalam
kelas. Perbezaan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap gaya berfikir pelajar, objektif
pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti masalah ini
bagi memastikan P & P yang di ajar dapat disampaikan dengan berkesan. Di dalam ilmu
psikologi pendidikan telah dibahaskan beberapa kaedah dan teori pembelajaran bagi
menyelesaikan masalah-masalah ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tindakan ini bertujuan untuk:
1.
mengubah amalan pengajaran saya ke arah pendekatan yang membolehkan pelajar mudah
mengingat fakta Sejarah,
2.
memperkenalkan kaedah mneumonik kepada pelajar, dan

3.
membolehkan pelajar menggunakan kaedah mneumonik untuk membantu diri mereka sendiri
mengingat fakta Sejarah.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1.
Adakah kaedah mneumonik dapat membantu pelajar Tingkatan 1 Amanah meningkatkan
keupayaan mengingat fakta-fakta Sejarah?
2.
Bagaimanakah saya melaksanakan kaedah mneumonik kepada pelajar Tingkatan 1 Amanah?
3.
Sejauh manakah berkesan kaedah mneumonik terhadap pelajar Tingkatan 1 Amanah?

Pernyataan Masalah Kajian


Kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal bahawa mata pelajaran Sejarah ialah mata
pelajaran yang membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan
dan kurang bermotivasi untuk mempelajari Sejarah. Menurut Abdul Razak dan Ali (2000) dan
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009), mata pelajaran
Sejarah kurang diminati pelajar dan membosankan. Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah
(2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajarpelajar menganggap mata pelajaran Sejarah sebagai subjek sampingan yang tidak mendatangkan
faedah. Tanggapan ini dikaitkan dengan mata pelajaran Sejarah yang tidak memberikan jaminan
pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial (Sivachanlingam et al. 2008). Pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain. Dalam
pendidikan mata pelajaran Sejarah, pelajar tidak sahaja diajar mendapatkan maklumat atau
pengajaran dari peristiwa sejarah, malah apa yang lebih penting adalah untuk membentuk pelajar
yang faham makna sejarah dan

seterusnya dapat merealisasikan dalam keseterusnya dapat merealisasikan dalam kehidupan


seharian dan merancang kehidupan akan datang (Sivachanlingam et al. 2008).
Keberkesanan pengajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru
sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan
profesional menurut Zahara Aziz (2000). Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu
utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Corak pengajaran
Sejarah di sekolah masih bersifat konvensional dan membosankan pelajar. Berasaskan kajian
Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, menunjukkan pengajaran
mata pelajaran Sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti.
Malah mengikut Hariyono (1995) guru Sejarah jarang memerhatikan sama ada maklumat
tersebut dapat membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham
sejarah. Kenyataan ini telah disokong oleh Khoo Kay Kim (2008) yang menyatakan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah lazimnya dijalankan dalam bentuk hafalan. Pelajar
difokuskan dengan menitikberatkan dari aspek mengingati tarikh, fakta-fakta serta pergolakan
dunia yang telah terjadi beribu-ribu tahun yang lampau. Ini akan menyebabkan mereka
mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan masyarakat dan negara, malah
tidak memberi mereka peluang untuk berkomunikasi secara berkesan.
Oleh itu, ramai pelajar mendapati pelajaran Sejarah sangat menjemukan dan tidak merangsang
pelajar untuk berfikir dan berkeyakinan dalam memberi pendapat. Khoo Kay Kim (2008).
Menurut Zahara Aziz (2000) sekiranya guru mementingkan pengajaran yang memberi latihan
kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan
menjejak ke alam baharu, mereka akan berasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif
dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Tanggapan negatif pelajar

ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan inovatif, yang dapat melaksanakan proses
pengajaran dengan berkesan berserta dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih
berinteraksi sesama pelajar dan menimbulkan keseronokan di dalam kelas.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang mengajar
subjek Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 mendapati rata-rata pelajar mengatakan menghadapi
masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah kerana terlalu banyak fakta yang
perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi mereka
ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung dan
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi pasif..Saban tahun, inilah masalah
utama yang dihadapi oleh guru Sejarah di sekolah.
Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua
pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat
kita kerana negara kita juga memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah
diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya
kepentingan sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara
dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajarpelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang
mempunyai satu bahasa.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan
menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar,
khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan
diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat

dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk
membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami
konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk
faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung
kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut
diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu
dan rigid untuk berfikir.

Kerangka Konsep
Soalan Kajian
Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah antara pelajar yang menggunakan Pembelajaran Koperatif model STAD dengan pelajar
dalam kumpulan kawalan.
2. Mengenal pasti perbezaan sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah antara pelajar yang menggunakan Pembelajaran Koperatif model STAD dengan pelajar
dalam kumpulan kawalan.

Hipotesis Kajian
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan untuk sikap pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah antara pelajar yang menggunakan Pembelajaran Koperatif model STAD dengan pelajar
dalam kumpulan kawalan.

Ho 2:Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan untuk kemahiran berkomunikasi pelajar
dalam mata pelajaran Sejarah antara pelajar yang menggunakan Pembelajaran Koperatif model
STAD dengan pelajar dalam kumpulan kawalan.
Kepentingan Kajian
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan reka bentuk ujian
prapasca kumpulan-kumpulan tidak serupa (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group
Design). Reka bentuk ini dipilih kerana kajian ini menggunakan kelas-kelas yang sedia ada, iaitu
subjek kajian bagi Kumpulan Eksperimen dan Kawalan tidak boleh dipilih secara rawak kerana
terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Chua 2006; Lim 2007;
Wierma 2000; Johnson & Christensen 2000). Dalam reka bentuk ini, pengkaji menggunakan
pasangan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama iaitu responden dari
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan.
Selain daripada itu, kaedah kualitatif yang menggunakan temu bual dan pemerhatian juga
digunakan sebagai sokongan kepada hasil kajian yang diperoleh daripada analisis kuantitatif.
Malah mengikut Marohaini (2001) penggunaan teknik temu bual juga membolehkan penyelidik
mengumpul pendapat, pemikiran dan pandangan dalam bentuk pernyataan langsung daripada
peserta kajian sendiri. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang
mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji kerana banyak perkara tidak dapat
dijelaskan hanya merujuk kepada data numerika dalam penyelidikan kuantitatif sahaja
(Marohaini 2001, Chua 2006). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat
maklumat terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji (Chua 2006).
Batasan Kajian

Definisi Istilah
Masalah Pembelajaran
Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif
( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan
formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). Mereka ditempatkan di dalam Program
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.
Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA, 1997 ), Masalah Pembelajaran
didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang
melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana
masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak
sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada
ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi.
Menurut The Joint Committee On Learning Disabilities (NJCLD, 1990) pula, Masalah
Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran
yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian system saraf pusat dan
boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi
social mungkin wujud bersama-sama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan
menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud
seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan mental atau gangguan
emosi.

You might also like