You are on page 1of 12

PDPI 3133

KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN

ULASAN ARTIKEL

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD NAQIB BIN ISMAIL

(1953011)

DISEDIAKAN UNTUK :

ENCIK MUHD SALIHIN HAFIZI BIN MOHD FAUZI

PROGRAM
DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM

ES53 5A

TAHUN & SESI PENGAJIAN

SESI I 2021/2022

SEMESTER 5

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 BAHAGIAN A 3-4
(ULASAN MENYELURUH)
2 BAHAGIAN B 5-8
(PENDAPAT PENGULAS)
3 BAHAGIAN C 9 - 11
(RUMUSAN)
4 RUJUKAN 12

2
TAJUK ARTIKEL

Gaya pembelajaran dan persekitaran yang mempengaruhi murid sukar belajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan J-QAF: Satu kajian rintis

NAMA PENULIS

Mohd Razimi Bin Husin


Abd. Aziz Bin Shukor
Ahmad Jazimin Bin Jusoh

BAHAGIAN A
(ULASAN MENYELURUH)

Ringkasan artikel

Berdasarkan artikel yang diberi, terdapat dua objektif umum dalam kajian ini iaitu pertama,
untuk meneroka gaya pembelajaran yang paling berkesan terhadap murid Sukar Belajar Tahap
Tinggi (SBTT). Kedua, melihat lebih mendalam pengaruh-pengaruh lain yang memberi kesan
kepada gaya pembelajaran murid.

Dalam artikel ini, penulis sangat bijak dan berintelektual dimana penulis menggunakan
metadologi yang sistematik dalam melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat
bagi mencapai matlamat kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Hasil pemerhatian, temu bual dan data dokumen
dianalisis secara kualitatif. Selain itu, kajian kes yang dilakukan ini melibatkan kes murid sukar
belajar yang mempunyai tahap kefungsian yang tinggi. Murid yang dipilih adalah murid yang
boleh berinteraksi dengan baik, boleh menguruskan diri dan berfungsi dengan baik, boleh
bertindak berdasarkan kesan dan akibat serta mempunyai potensi untuk meningkatkan dan
mengembangkan diri mereka.

Dapatan dan hasil kajian menunjukkan terdapat lima ciri gaya pembelajaran utama wujud
pada murid-murid ini. Berasaskan stimulus persekitaran dalam unsur pola didapati kesemua
murid ini suka belajar di tempat formal yang mempunyai kerusi dan meja dan bukan

3
sebaliknya. Pada stimulus fisiologi dalam unsur persepsi pula murid-murid mula memberi
tumpuan apabila dipamirkan gambar sebuah tandas semasa permulaan pengajaran dan
pembelajaran pada 5 minit pertama. Dalam unsur yang sama juga murid kemudian didedahkan
dengan bacaan doa melalui paparan pada manila kad yang ditulis doa masuk tandas. Didapati
murid-murid ini dengan sukarela membaca doa tersebut. Mereka adalah murid sukar belajar
yang boleh membaca tulisan Arab yang berbaris. Pada stimulus psikologi unsur reflektif
mereka boleh mengikuti soal jawab dengan baik. Mereka mampu menjawab soalan-soalan
dengan tepat. Pada stimulus emosi unsur bertanggungjawab ini dilihat banyak pembabitan
berlaku untuk penilaian. Murid-murid mempunyai unsur bertanggungjawab untuk belajar
namun masih perlu bimbingan walaupun soalan pada aras rendah. Pada stimulus sosiologi
unsur berpasangan dengan rakan sebaya dilaksanakan. Semasa temu bual guru, didapati
bahawa selain proses PdanP berjalan dengan lancar, maklumat yang disampaikan diterima
dengan mudah sekiranya unsur berpasangan ini dilakukan. Ianya terbukti apabila guru
melakukan aktiviti kumpulan dengan mencantum puzzle. Murid-murid ini dapat bekerjasama
dengan baik dan berbincang sesama mereka.

Selain daripada gaya di atas, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat murid yang
memerlukan masa senggang di mana bergendang, menyanyi dan menggerakkan badan
sebanyak lima kali dalam masa sejam yang menunjukkan mereka bosan dengan gaya tertentu
yang diterapkan oleh guru. Daripada gaya negatif yang ditunjukkan, penyelidik boleh
membuat penilaian untuk membuktikan bahawa gaya tertentu yang diterapkan guru tidak
sesuai dengan seseorang murid. Disamping itu, dapatan juga menunjukkan tiada dimensi baru
atau unsur baru yang wujud. Semua unsur gaya pembelajaran wujud sebagaimana dinyatakan
dalam modul Dunn dan Dunn.

Secara keseluruhannya apa yang saya boleh simpulkan adalah pendekatan menggunakan
gaya pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum adalah amat berguna
sekiranya guru-guru dapat mengamalkan strategi yang sepatutnya dan bila-bila masa bersedia
melaksanakan yang terbaik untuk murid mereka. Usaha yang lebih amat perlu untuk
mengamalkan pendekatan yang positif dalam pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan J-QAF yang melibatkan murid sukar belajar. Akhir sekali,
penyelidik berharap ada pendidik-pendidik dapat bekerjasama untuk menghasilkan satu model
yang sesuai untuk murid-murid sukar belajar (SB) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan
J-QAF sebagai panduan kepada guru-guru dan ibu bapa.

4
BAHAGIAN B

(PENDAPAT PENGULAS)

i) Apakah isu utama yang dibangkitkan oleh penulis?

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah sebahagian murid yang sukar belajar
tidak diserapkan dalam pendidikan inklusif atas sebab kekurangan yang masih ada pada mereka
terutamanya IQ yang lebih rendah berbanding murid normal. Namun pendekatan guru adalah
sama dengan murid aliran perdana walaupun sukatan pelajaran mereka berbeza dari segi
jumlah kandungan. Kaedah dan teknik PdP perlu bersesuaian dengan murid yang belajar. Guru
yang baik akan memastikan PdP dilaksanakan berlandaskan gaya pembelajaran murid.
Walaupun sebahagian besar murid berkeperluan khas kurang bertindak balas kepada strategi
PdP dan kurang berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran, namun
perlu diberi perhatian bahawa tidak semua murid Pendidikan Khas tidak dapat berinteraksi
dengan PdP secara berkesan. Walaupun mereka telah disahkan oleh pakar profesional sebagai
mangalami kecacatan, tetapi mereka mempunyai kategori mengikut tahap kefungsian mereka.
Sebahagian daripada mereka boleh menerima pelajaran dengan baik. Bezanya kajian tidak
dijalankan ke atas mereka.

Selain itu, antara masalah utama yang lain adalah kurangnya kajian-kajian tentang gaya
pembelajaran murid sukar belajar tahap tinggi (SBTT). Di Malaysia kajian tentang gaya
pembelajaran banyak dilaksanakan di institusi-institusi pengajian tinggi sahaja. Namun begitu
tidak banyak kajian tentang gaya pembelajaran murid sukar belajar tahap tinggi (SBTT)
dilaksanakan walaupun dapatan-dapatan menyatakan betapa penting gaya pembelajaran bagi
menghasilkan PdP yang berkesan. Kajian juga tidak dijalankan secara khusus dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan J-QAF. Kajian-kajian berdekad yang lalu sehingga sekarang
kebanyakkannya memfokuskan kepada murid sekolah rendah dan menengah aliran perdana.
Semenjak aliran Pendidikan Khas diperkenalkan di sekolah integrasi di seluruh Malaysia, tiada
kajian tentang gaya pembelajaran murid terbabit dilaksanakan. Kajian juga tidak dijalankan
secara khusus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan J-QAF.

5
ii) Adakah isu itu menarik? Mengapa?

Pada pendapat saya, isu yang dizahirkan oleh penulis amat menarik untuk dibaca dan mudah
untuk difahami konteksnya. Hal ini demikian kerana penulis telah menghuraikan setiap
maklumat mengenai isu tersebut secara terperinci, maka konteks hujahan penulis di dalam
artikel tersebut jelas dan tidak sulit untuk difahami. Ini kerana isu yang dikemukakan disertai
dengan cara penyelesaian yang sepatutnya dilakukan dan juga penerangan lanjut yang
disertakan dengan contah kesan yang tepat. Disamping itu, isu tersebut juga mampu
memberikan pengetahuan baru buat pembaca dengan penjelasan daripada sumber-sumber yang
sahih.

Seterusnya, isu yang diutarakan oleh penulis menarik kerana isu yang dibahaskan adalah isu
yang sangat penting dalam pendidikan khususnya bidang pendidikan islam. Isu ini mampu
mecelikkan mata para guru dan warga pendidik bagaimana gaya pembelayaran yang perlu
diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid yang sukar belajar.
Sudah tentu hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka yang sukar belajar ini untuk
memahat nama di menara gading dan memperolehi keputusan yang cemerlang kembali
bersinar dan semakin cerah. Kajian ini juga menarik kerana ianya dapat membantu warga
pendidik dalam membina dan merangka strategi atau model pembelajaran yang efektif kepada
murid-murid yang sukar belajar dalam usaha memperkembangkan lagi strategi pembelajaran
dalam kalangan mereka.

iii) Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang
penyelidik?

Sebagai seorang penyelidik, kami berpendapat bahawa isu ini relevan dan perlu di
ketengahkan kerana ia merupakan isu yang penting. Sebenarnya, isu yang dibahaskan oleh
penulis ini bukan sahaja merupakan satu lontaran idea dan juga bertujuan untuk
memperkembangkan lagi strategi pembelajaran dalam kalangan murid sukar belajar namun
ianya sedikit sebanyak akan menjadi pembuka hijab warga pendidik yang alpa dengan apa yang
dihadapi secara tidak sedar ini. Hal ini kerana murid-murid yang sukar belajar ini seharusnya
tidak diabaikan begitu sahaja dengan menggunakan kaedah dan gaya pembelajaran yang sama
dengan murid-murid yang lain sewaktu pelaksanaan proses PdP, Guru-guru di dalam kelas
haruslah cakna terhadap murid-murid yang sukar belajar ini dengan mempraktikkan gaya

6
pembelajaran dan persekitaran serta strategi yang sesuai untuk menarik perhatian ketika
mengajar.

Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) juga seharusnya memainkan


peranan yang amat penting dalam mengatasi isu ini. Banyak langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan oleh pihak kementrian bersama-sama dengan para guru dalam merangka satu
formula dan strategi yang terbaik dalam memastikan kaedah atau gaya pembelajaran yang
diguna pakai ketika proses PdP mampu memberi impak yang positif dalam keputusan
peperiksaan pelajar khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan J-QAF.

iv) Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penulis sesuai dengan kajian yang
dijalankan?

Pada pendapat saya, metodologi kajian yang digunakan oleh penulis sangat sesuai dengan
kajian yang mereka jalankan. Metedologi kajian yang penyelidik gunakan adalah sistematik
dengan mengikuti prosedur penyelidikan yang betul serta bersesuaian dengan kajian yang
hendak mereka jalankan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes di mana data kajian
diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Selain itu, penyelidik juga
menggunakan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn untuk dijadikan panduan dalam
pemerhatian kerana model ini dikatakan paling sesuai diaplikasikan kepada murid-murid sukar
belajar.

Bagi peserta kajian yang dipilih untuk tujuan pengumpulan data adalah yang terdiri
daripada murid-murid cemerlang dan guru-guru dalam kelas Pendidikan Khas. Pelaksanaan
pengumpulan data adalah dalam situasi kelas yang sebenarnya. Bagi pelaksanaan kajian kes,
bilangan peserta kajian yang kecil adalah mencukupi, memandangkan tujuan utama kajian kes
adalah untuk membuat kajian secara embedded tentang gaya pembelajaran. Lagipun, dalam
kajian kes, persoalan sama ada kes-kes ini dapat mewakili sampel yang lebih besar atau tidak,
tidak dianggap berkait dengan kajian ini. Ini kerana, dalam sesebuah kajian kualitatif, tujuan
kajian adalah untuk memperolehi dapatan yang boleh memberikan gambaran holistik dan
bermakna, dan bukan berminat untuk memberi penemuan umum tentang sesuatu kajian. Selain
daripada murid dan guru, kajian ini melibatkan ibu bapa murid, rakan sebaya dan persekitaran
seperti masyarakat lain di sekolah dan masyarakat sekitar yang berdamping dengan murid
tersebut.

7
Seterusnya, dalam kajian ini juga data-data diperolehi menggunakan alat-alat pengukuran
seperti senarai semak pemerhatian, soalan-soalan temu bual dan profil murid. Hasil
pemerhatian, temu bual dan data dokumen dianalisis secara kualitatif. Hasil temu bual
bertujuan mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan gaya pembelajaran murid.
Analisis kualitatif adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. Data-data gaya
pembelajaran Pendidikan Islam dianalisis menggunakan jadual pemerhatian bersistematik
berpandukan model gaya pembelajaran Dunn and Dunn. Analisis gaya pembelajaran murid ini
akan menentukan gaya pembelajaran mereka dan juga gaya pembelajaran yang tidak
berasaskan model Dunn dan Dunn.

Akhir sekali, sistem kod juga digunakan untuk mengelakkan pengulangan berlaku pada
data. Terdapat dua kategori kod iaitu kod major dan kod sub. Kod major adalah untuk
maklumat umum dan luas. Manakala kod sub adalah untuk maklumat yang membahagikan
kod major kepada beberapa bahagian. Kategori yang dikodkan akan di senaraikan dengan
meringkaskannya atau menggunakan nombor. Kemudian disenaraikan mengikut abjad atau
mengikut kesesuaian penyelidikan yang akan memudahkan untuk mengingatnya kembali.
Untuk kajian ini penyelidik telah menggunakan kod nombor mengikut urutan stimulus dan
menggunakan abjad untuk urutan unsur pada gaya pembelajaran model Dunn dan Dunn.

8
BAHAGIAN C

(RUMUSAN)

i) Apakah penemuan atau ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi
atau pelajari sebagai seorang bakal penyelidik?

Sebagai seorang bakal penyelidik, banyak penemuan baru yang diperolehi daripada artikel
ini. Antaranya ialah penggunaan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) sebagai
panduan dalam pemerhatian kajian kes ini. Ianya banyak memberi ilmu pengetahuan yang
meluas kepada saya bagaimana model gaya pembelajaran ini dipraktikkan dan diaplikasi.
Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ini menyatakan bahawa gaya pembelajaran
merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau
kemahiran yang baru dan sukar. Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada
lima stimulus iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologikal. Berdasarkan
artikel ini, dapatan kajian juga telahpon menunjukkan bahawa kelima-lima ciri gaya
pembelajaran utama wujud pada murid-murid di dalam kajian ini. Secara tidak langsung ianya
menguatkan lagi pemahaman saya berkenaan dengan kajian ini. Gaya pembelajaran ini didapati
bertindak balas dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan persekitaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan persekitaran yang disesuaikan dengan
gaya pembelajaran murid dapat mengoptimumkan proses pembelajaran dan prestasi belajar
murid-murid.

Selain itu, antara penemuan atau ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi adalah secara
tidak langsungnya saya dapat mengetahui penggunaan kaedah metodologi yang bersesuaian
dalam membuat kajian. Ilmu ini sangat penting kerana sebagai seorang penyelidik seharusnya
bijak dalam menentukan kaedah penyelidikan yang tepat mengikut prosedur yang sistematik.
Ianya bertujuan untuk memastikan penyelidikan yang dibuat mempunyai hasil dan kesan yang
tepat berasaskan sumber rujukan yang sahih dan relevan. Penggunaan kaedah metodologi yang
tidak bersesuaian akan memberi kesan kepada dapatan kajian dan timbulnya beberapa masalah
semasa kajian dijalankan.

9
ii) Apakah kekuatan dan kelemahan daripada artikel yang anda pelajari sebagai seorang
bakal penyelidik?

Penulisan artikel ini mempunyai banyak kekuatan antaranya adalah penulis banyak
berpegang kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah
yang diberikan. Ini membuatkan pembaca lebih lebih yakin akan perkara serta isu yang penulis
hendak sampaikan. Selain itu, penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada
pembaca tentang pentingnya gaya pembelajaran dan persekitaran dalam mempengaruhi murid
sukar belajar terutamanya dalam mata pelajaran pendidikan islam dan J-QAF.

Dari segi kekurangan artikel ini pula, ianya dapat dilihat dari segi sasaran pembaca di mana
ianya ditujukan lebih kepada warga pendidik atau pihak yang berkaitan dalam bidang
pendidikan. Perkara ini boleh dilihat melalui penggunaan istilah dan cara penulisan yang telah
dinukilkan oleh penulis. Selain itu, perkara ini juga membawa kita kepada masalah penggunaan
istilah-istilah yang mungkin mengelirukan pembaca. Pembaca mungkin terkeliru dengan
penggunaan istilah seperti learning dispositions, kajian secara embedded dan lain-lain yang
mungkin tidak diketahui oleh sesetengah pembaca artikel ini. Ini berkemungkinan akan
menyebabkan pembaca hilang minat terhadap artikel tersebut dek kerana pembaca tidak
dilengkapi dengan ilmu-ilmu tersebut.

10
iii) Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang dibincangkan dalam artikel , apakah
ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiiti kajian?

Sekiranya saya melakukan kajian seperti ini, perkara yang ingin saya ubah bagi
meningkatkan kualiti kajian adalah saya sendiri akan berjumpa dengan murid-murid yang sukar
belajar ini dan bertanya mengenai aktiviti yang mereka gemar dan suka lakukan. Ianya
bertujuan kerana untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai kesahan yang tinggi,
penyelidik dan juga guru perlu mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang digemari secara
lisan dengan murid sukar belajar kerana mereka mampu menyatakan keinginan dan minat
mereka sendiri. Oleh yang demikian, penyelidik dan guru boleh menentukan selepas itu
dimensi dan unsur yang paling sesuai diterapkan kepada murid sukar belajar ini lantas memberi
impak yang maksima terhadap prestasi dan perkembangan pelajar menerusi kaedah dan gaya
pembelajaran yang di lakukan oleh guru-guru di dalam kelas.

Selain itu, antara penambahbaikan yang ingin saya lakukan bagi meningkatkan kualiti
kajian adalah saya akan menambah beberapa lagi model gaya pembelajaran sebagai panduan
dalam kajian ini. Ianya bertujuan supaya kajian ini lebih berkembang dengan mengaplikasikan
pelbagai contoh dan gaya pembelajaran yang menarik lantas dapat membantu murid-murid
sukar belajar. Antara contoh model gaya pembelajaran yang boleh dijadikan panduan adalah
model gaya pembelajaran Kolb (1984). Kolb melihat pembelajaran sebagai proses bersepadu
di mana setiap peringkat menyokong dan memupuk satu sama lain. Menurut Kolb, setiap orang
secara semula jadi lebih suka gaya pembelajaran yang berbeza. Pilihan gaya ini bergantung
kepada beberapa faktor, seperti persekitaran sosial, pengalaman pendidikan atau struktur
kognitif asas individu. Oleh yang demikian, dengan adanya beberapa cadangan dan
penambahbaikan yang dilakukan sememangnya mampu menjadikan artikel ini lebih menarik
dan hasil kajian yang lebih positif.

11
RUJUKAN

1) Buku :

Mohamad, B. , & Hashim, I. (2010). Gaya Pengajaran & Pembelajaran. Malaysia: PTS
Publishing House.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgraw Hill.

2) Jurnal :

Razimi Husin, Aziz Shukor, Jazimin Jusoh (2011) Gaya pembelajaran dan persekitaran yang
mempengaruhi murid sukar belajar dalam mata pelajaran pendidikan islam dan J-QAF: satu
kajian rintis. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 101-108

3) Laman web atau Internet :

Jazimin Jusoh. (2011, Januari). Gaya pembelajaran dan persekitaran yang mempengaruhi
murid sukar belajar dalam mata pelajaran pendidikan islam dan J-QAF. Dimuat turun
daripada https://www.researchgate.net/publication/279442030

Azyyati Amin. (2009, Mac). Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/mulan54/gaya-pembelajaran-model-dunn-dunn

12

You might also like