You are on page 1of 6

3.

0 PENGENALAN

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan peperiksaan iaitu
pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari
pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan
yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa,
2005).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan
bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani,
mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengerak langkah bagi memperbaiki dan meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan perkembangan masa depan. Menjadi
tanggungjawab pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang
berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang
merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman, pembelajaran simulasi
dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Di mana dalam kaedah PBM, pelajar akan berusaha untuk mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir
secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

3.2 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBM adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan
pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif,
bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap
subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

3.2.1 Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)


Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut
ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan
masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan
dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan
masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses
mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga
dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan
jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan,
diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian
masalah tersebut.

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka
untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan
masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi


Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula
berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan
membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas


Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan
pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan
dalam kumpulan masing-masing.
Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah.
Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving
Skill in ICT and Multimedia Application” mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian
masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan
cekap.

3.2.2 Proses Menyelesaikan Masalah


Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan
dengannya;
b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan
penyelesaian;
c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah; dan
d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak
diselesaikan.
(Widad Othman, et al, 2003)

3.2.3 Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Masalah

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBS berbanding strategi pembelajaran lain yang
dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam
membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan
minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang
digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran
yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007, menyatakan keinginan
menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan
sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar yang melalui PBL dapat membina
kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003)
menyatakan bahawa kaedah PBS sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan teknikal
pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran
kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu,
kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan yang diamalkan
untuk subjek kejuruteraan.
Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBS) mampu untuk melahirkan
dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain
itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis
dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara
tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan
kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah PBS
dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBS mampu meningkatkan kemahiran generik para
pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan
Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBS)
di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBS
membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar
yang menggunakan kaedah kuliah.

3.3 PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

Teknik inkuiri bukan merupakan satu teknik baru yang dikenali dalam abad 21 ini. Ia merupakan satu
teknik, atau mungkin juga kaedah, yang telah lama diguna pakai. Bezanya dengan zaman Dewey dahulu ialah
kaedah ini pada masa kini adalah lebih berstruktur, setelah berlaku proses penambahbaikan yang dilakukan oleh
pakar-pakar pendidikan.

Sejak zaman Socrates lagi, soalan telah digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan jawapan.
Sebab itu dikatakan, ilmu sebenarnya bermula daripada soalan yang timbul dalam pemikiran individu.
Ironisnya, guru sekarang agak kurang menggunakan soalan atau melatih murid bagaimana menjana pelbagai
bentuk soalan. Guru memang banyak menyoal tetapi soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan-
soalan yang telah ada jawapannya dalam buku teks. Bagi murid, proses inkuiri mendalam tidak berlaku. Malah
murid juga tidak pandai untuk menjana soalan-soalan yang membolehkan mereka berfikir pada tahap tinggi.
Guru hanya menggunakan Taksonomi Bloom untuk membina soalan yang telah ada jawapannya. Keupayaan
untuk ‘think beyond’ kurang mendapat perhatian walhal ilmu yang kita perolehi pada hari ini, empat tahun
kehadapan, akan menjadi kolot, kuno atau ketinggalan.

Oleh itu, untuk menghadapi abad 21 ini, kaedah inkuiri perlu melibatkan daya pemikiran pada aras atau
tahap tinggi hingga membolehkan murid memikirkan ‘beyond’. Bertanyakan soalan merupakan jantung
pembelajaran berasaskan inkuiri. Matlamat guru bukan sesuka hati bertanyakan apa juga jenis soalan tetapi
soalan-soalan yang secara jujurnya amat diperlukan jawapannya oleh murid, untuk mereka menghadapi dunia
mereka pada ketika itu dan kemungkinan untuk masa hadapan yang terdekat. Peranan guru ialah membimbing
murid untuk mendapatkan jawapannya dan menggalakkan mereka bertanyakan soalan-soalan baru. Elakkan
daripada menyalahkan murid yang bertanyakan soalan dengan kenyataan seperti ‘banyak songe’ atau
‘mengada-ngada’. Komen seperti itu biasanya diberikan oleh orang yang tidak tahu jawapannya.

Lazimnya, proses inkuiri dilakukan dalam makmal khususnya untuk mata pelajaran sains. Scientiific
inquiries bukan dihalatujukan hanya untuk mata pelajaran sains tulen. Ia juga melibatkan sains sosial.Ia juga
boleh digunakan untuk bidang-bidang lain. Plato dan Socrates telah bertanyakan soalan-soalan yang lebih jauh
daripada sains tulen dan sains sosial. Mereka melanjutkan hingga ke bidang falsafah. Ahli konstruktivisme
(juga para penyelidik interpretivists) bertanyakan soalan untuk mendapatkan ‘makna’ sesuatu itu kepada dirinya
dan masyarakatnya.

3.3.1 Prinsip utama pembelajaran berasaskan inkuiri.

Terdapat pelbagai cara menggunakan soalan-soalan inkuiri untuk membina makna berbanding
pengumpulan longgokan isi kandungan. Oleh itu, kemahiran belajar (belajar cara belajar) sangat ditekankan.
Perlu diingat bahawa bukan semua pendokong konstruktivisme merupakan pengamal pembelajaran berasaskan
inkuiri dan pembelajaran berasaskan inkuiri bukan semuanya konstruktivism. Namun begitu, falsafahnya tetap
sama.

3.3.2 Proses pembelajaran berasaskan inkuiri.


Ainon Mohd. (2003). ” Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja”. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd: Pahang.
Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA: Mc Graw Hill Education.
Berita Harian 25 Jan 2007. “Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan”. Oleh Muhammad Amir.
Borrows, H.S., (1996). “Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief Overview dalam
Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning to Higher Education: Theory and
Practice”. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 3-12
De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). “ Interpersonal Skill in Organization”. USA: Mc Graw Hill.
http://nonasijuna.blogspot.my/2016/06/kurikulum-masa-yang-akan-datang.html
https://www.scribd.com/document/317948180/assignment-abad-21-full-doc
https://www.scribd.com/document/139241927/Pendidikan-Abad-Ke-21#

You might also like