You are on page 1of 9

1) jelaskan konsep bagi pembelajaran berasakan projek, penyelesaian masalah dan kajian kes.

2) berdasarkan tajuk rph yang telah diberikan, cipta satu isu dan selesaikan isu tersebut
dengan memilih salah satu daripada pembelajaran tersebut serta nyatakan dapatan kajian
anda.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang
kemahiran abad ke 21 murid yang membenarkan murid membina kemahiran dan
mendapatkan ilmu dalam menghasilkan hasil projek akhir secara koperatif dengan teknik
‘hands-on’ dan ‘minds- on’. Ia juga merupakan pendekatan jangka masa panjang yang
meraikan kebolehan, kemahiran berfikir (kognitif) serta bakat murid. Antara pembelajaran
berasakan projek ialah projek menghasilkan poster, alat pembasmi kuman, binaan rumah
kebal ribut taufan, pementasan drama dan banyak lagi. Pembelajaran berasaskan Projek ini
mempunyai tempoh tertentu yang menjangkau masa dalam kelas. PBP juga bersifat
kolaboratif dimana kerjasama antara murid dalam skala besar dan murid diberi pilihan
memilih kaedah mereka sendiri supaya dapat membantu murid lebih yakin, mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi, sentiasa bekerjasama, saling bantu membantu dan berinisiatif. Hal
ini kerana pembelajaran berlaku mengikut amalan bersesuaian perkembangan murid, lebih
konstekstual dan dapat meningkatkan pembelajaran yang lebih bermakna, autentik serta
bersifat holistik. Guru hanyalah sebagai pembimbing sahaja dan tidak menentukan kaedah
yang perlu digunakan.

Menurut Adenan & Khairuddin (2012) Pembelajaran berasaskan projek ditakrifkan sebagai
pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang dan sistematik dalam rangka masa
tertentu yang kebiasaannnya melibatkan kutipan, analisis data dan penyediaan laporan betul
dan tepat. Selain itu, PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran outside of the box, kreatif
dan inovatif, ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya
Pembelajaran Bestari iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada
pelajar bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar
memahirkan diri dalam aspek pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan,
pengurusan sumber, dan pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan
kemahiran abad ke-21. Justeru itu, PBP dilihat telah membawa inovasi dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran (PnP) bagi membantu negara mentransformasikan ekonomi
daripada berasaskan produk kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy)
melahirkan bakal pekerja yang berpengetahuan danberkemahiran, merealisasikan matlamat
pentaksiran berasaskan sekolah (school-based assessment), membangunkan modal insan dan
membina kemahiran yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan sebenar. (Md. Baharuddin &
Hairul Nizam, 2011).

RUJUKAN

Md. Baharuddin Abdul Rahman & Hairul Nizam Ismail. (2011). Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) @ Project Based Learning (PjBL). Diakses
daripada https://www.scribd.com/doc/49449994/Apa-Itu-Pembelajaran-Berasaskan-Projek

Nitce Isa Medina & Shihah Abduk. (2013).Pembelajaran Berasaskan Projek: Takrifan, Teori
dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Project Based Learning.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan


pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan
diberikan oleh guru kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan
dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk
menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri
bagi memudahkan para guru dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan
dan efektif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan
penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal
dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang
berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri,
gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan
gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan


peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah
iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah pengajaran secara
kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai
kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa,
2005).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar,
menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan
pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa,
2005). Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan
teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab pendidik untuk
menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.
Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang
merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan
pendekatan berpusatkan pelajar. Di mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk
mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan
menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu
pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat
terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk
kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

Sejarah PBL

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional


sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk
kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow.
Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun begitu, beliau menggunakan
kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di
kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para
pendidik yang lain untuk menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai
dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow
menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain
itu, Don Wood merupakan bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti
McMaster. (Boleh dijadikan sebagai sokongan kpda jwapan mngapa pilih kaedah ni)

Kelebihan PBL

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran
lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang
berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu.
Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus
belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih
selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007, menyatakan
keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri
dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan.
Pelajar yang melalui PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,
menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah
PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan teknikal pelajar.
Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik
pembelajaran kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa
depan mereka. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui
kerjasama dalam kumpulan yang diamalkan untuk subjek kejuruteraan.

Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar


menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan
dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara
amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi,
mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh
hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat
di bawah jagaannya.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan kemahiran
generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini
disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran Generik Dalam Kelas
Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL membantu pelajar dalam
memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar yang
menggunakan kaedah kuliah.
Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar


menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan
dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara
amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi,
mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh
hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat
di bawah jagaannya.

Rujukan

Ainon Mohd. (2003). ” Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja”.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang.

Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA: Mc


Graw Hill Education.

Berita Harian 25 Jan 2007. “Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan”. Oleh
Muhammad Amir.

Borrows, H.S., (1996). “Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief
Overview dalam Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning to
Higher Education: Theory and Practice”. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 3-12

De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). “ Interpersonal Skill in Organization”. USA: Mc Graw


Hill.
Edward, L., Monika, L. (1995). “Creative Problem Solving: Thinking Skill for A

Changing Wold”. USA: Mc Graw Hill

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan “Kemahiran
Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL) di Kalangan
Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO)”.

Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). “Thinking”. USA: Prentice Hall.

Koonts dan O’Donnel. (1976).”Management: A system and Contigency Analysis of


Managerial Functions”. Mc Graw Hill: New York, Vol 6.

Kajian kes adalah satu kaedah penyelidikan yang bergantung pada satu kes dan bukannya
satu populasi atau sampel. Apabila penyelidik menumpukan pada satu kes, mereka boleh
membuat pemerhatian terperinci dalam tempoh masa yang panjang, sesuatu yang tidak dapat
dilakukan dengan sampel besar tanpa menelan banyak wang. Kajian kes juga berguna pada
peringkat awal penyelidikan apabila matlamatnya adalah untuk meneroka idea-idea, ujian dan
instrumen pengukur yang sempurna, dan untuk mempersiapkan kajian yang lebih besar.
Kaedah penyelidikan kajian kes adalah tidak hanya dalam bidang sosiologi, tetapi juga dalam
bidang antropologi, psikologi, pendidikan, sains politik, sains klinikal, kerja sosial, dan sains
pentadbiran.

Kajian kes adalah unik dalam sains sosial untuk tumpuan kajiannya pada entiti tunggal, yang
boleh menjadi orang, kumpulan atau organisasi, peristiwa, tindakan, atau keadaan. Ia juga
unik, sebagai tumpuan penyelidikan, kes dipilih untuk sebab-sebab tertentu, dan bukannya
secara rawak, seperti biasanya dilakukan semasa menjalankan kajian empirikal. Selalunya,
apabila penyelidik menggunakan kaedah kajian kes, mereka menumpukan pada kes yang luar
biasa dalam beberapa cara kerana mungkin untuk belajar banyak tentang hubungan sosial dan
daya sosial ketika mempelajari hal-hal yang menyimpang dari norma. Dengan demikian,
seorang penyelidik sering dapat, melalui kajian mereka, untuk menguji kesahihan teori sosial,
atau untuk membuat teori-teori baru menggunakan kaedah teori yang berasaskan. Kajian kes
pertama dalam sains sosial mungkin dilakukan oleh Pierre Guillaume Frédéric le Play, ahli
sosiologi dan ekonomi Perancis abad ke-19 yang mempelajari anggaran keluarga. Kaedah ini
telah digunakan dalam sosiologi, psikologi, dan antropologi sejak awal abad ke-20.

Objektif kajian kes dapat dikelaskan kepada tiga iaitu objektif penerokaan yang hasilnya
digunakan untuk merumuskan pertanyaan untuk memulai penyelidikan, objektif deskriptif
yang membantu untuk menjelaskan serta memahami kes tertentu dengan lebih baik dan
objektif penjelasan yang merupakan panduan untuk memudahkan penafsiran kes.

Kajian kes

Kajian kes ialah kajian mendalam tentang satu orang, kumpulan atau peristiwa. Dalam kajian
kes, hampir setiap aspek kehidupan dan sejarah subjek dianalisis untuk mencari corak dan
punca tingkah laku. Kajian kes boleh digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk psikologi,
perubatan, pendidikan, antropologi, sains politik dan kerja sosial. Walaupun kajian kes
memberi tumpuan kepada individu atau kumpulan tunggal, mereka mengikut format yang
serupa dengan jenis penulisan psikologi yang lain. Jika anda menulis kajian kes, adalah
penting untuk mengikuti peraturan format APA.

Faedah dan Had

Kajian kes boleh mempunyai kedua-dua kekuatan dan kelemahan. Penyelidik mesti
mempertimbangkan kebaikan dan keburukan ini sebelum memutuskan sama ada jenis kajian
ini sesuai untuk keperluan mereka.

Kebaikan

Salah satu kelebihan terbesar kajian kes ialah ia membolehkan penyelidik menyiasat perkara
yang selalunya sukar kepada mustahil untuk direplikasi dalam makmal. Beberapa faedah lain
kajian kes adalah membolehkan penyelidik mengumpul banyak maklumat, memberi peluang
kepada penyelidik untuk mengumpul maklumat mengenai kes yang jarang berlaku atau luar
biasa dan membenarkan penyelidik untuk membangunkan hipotesis yang boleh diterokai
dalam penyelidikan eksperimen. Dari segi negatifnya pula, ia tidak semestinya boleh
digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar, tidak boleh menunjukkan sebab dan
akibat dan boleh membawa kepada berat sebelah dalam membuat penyelidikan. Penyelidik
boleh memilih untuk melaksanakan kajian kes jika mereka berminat untuk meneroka
fenomena unik atau baru ditemui. Wawasan yang diperoleh daripada penyelidikan tersebut
boleh membantu penyelidik mengembangkan idea tambahan dan persoalan kajian yang
mungkin diterokai dalam kajian akan datang.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa cerapan yang diperoleh daripada
kajian kes tidak boleh digunakan untuk menentukan hubungan sebab dan akibat antara
pembolehubah. Walau bagaimanapun, kajian kes boleh digunakan untuk membangunkan
hipotesis yang kemudiannya boleh ditangani dalam penyelidikan eksperimen.

Sering kedengaran pembelajaran Sejarah yang berpusatkan guru kurang memberi kesan
sebagaimana yang diharapkan. Pengajaran guru yang bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif,
bercorak sehala, tidak mewujudkanpeluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal
inimenyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sejarah menjadi begitu kaku
danmembosankan pelajar. Guru masih mengekalkan kaedah tradisi di bilikdarjah. Guru
kurang mempunyai kepakaran dalam menyampaikanpedagogi terkini. Kaedah“chalk and
talk”yang menekankan interaksi sehala serta teknik hafalan terhadap sesuatu fakta telah
menyebabkan Sejarah dilihat sebagai“the dead man of curriculum”(Abdul Razaq,2009).
Sikap negatif guru menyebabkan mereka gagal mencerna mindapelajar supaya lebih bersifat
intelektual dan ini menyebabkan pelajarkurang memberi tumpuan semasa P & P dijalankan.

You might also like