You are on page 1of 13

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB 6012: PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH: PROF. DR. ZAMRI BIN MAHAMOD

NAMA DAN NO MATRIK PELAJAR:


1. MARTIN MELING ANAK BELON
(GP03457)
2. REGINA INTAN ANAK PAKUN
(GP03484)
3. CHUA SIOK NUI
(GP03420)
4. HARIYATI BINTI AHMAT
(GP03435)
5. MOHD ZAILAN AZMEL BIN ZAINAL ARIPIN (GP03464)
6. MUHAMAD FAIZ BIN KHIR
(GP03465)
7. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU
(GP03467)

PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1: KUCHING

TAJUK KERTAS KONSEP:


PENGENALAN PLC DAPAT MENINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KEYAKINAN
GURU MENGAJAR DI SEKOLAH PEDALAMAN

1.0

PENGENALAN

Dewasa ini, sekolah memerlukan idea-idea yang baik dan bernas bagi menyokong pihak
sekolah untuk menghasilkan modal insan (murid-murid) yang berketrampilan dalam
kepimpinan, pelajaran dan mempunyai sasiah yang tinggi seperti yang dituntut oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Pengenalan

Profesional Learning Communities (PLC) atau

Komuniti Pembelajaran Profesional oleh Kementerian Pendidikan diharap dapat menyokong


langkah pihak kementerian bagi merealisasikan Falsah Pendidikan Kebangsaan serta
meningkatkan keberkesanan dan keyakinan guru mengajar di sekolah khasnya sekolah di
kawasanpedalaman.

PLC diperkenalkan oleh kerajaan melalui program Tranformasi

Kerajaan atau GTP untuk meningkatkan kualiti guru berdasarkan perkembangan pendidikan
di negara-negara yang lebih maju. Peningkatan kualiti guru dari segi ilmu pedagogi dan
profesionalisme diharap akan membawa kesan domino iaitu peningkatan pula hasil
pembelajaran dan prestasi murid-murid khasnya kawasan pedalaman supaya seiring dengan
murid-murid sebaya mereka di kawasan bandar.
Secara umumnya PLC ialah inisiatif sekumpulan pendidik yang bekerjasama secara
kolaboratif bagi memajukan dan meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Menurut buku
model Peningkatan Profesional Guru Sejarah Sekolah Rendah, (2015), sekolah di kawasan
bandar atau luar bandar boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke
dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum. Pihak
berkepentingan adalah komuniti pendidik yang terdiri daripada anggota sekolah berkenaan
atau bersama dengan guru-guru dari sekolah lain, pensyarah dan golongan yang terlibat
dengan pendidikan secara langsung atau tidak langsung bersama-sama memantapkan
penyampaian pengajaran guru bagi meningkatkan profesionalisme guru.

Mereka ini

bersama-sama terlibat bagi memantapkan penyampaian pendidikan bagi mempertingkatkan


penyampaiaan murid di sekolah di kawasan komuniti itu.
PLC memberi peluang kepada guru-guru untuk bersama-sama duduk berbincang bagi
menambah-baik pengajaran guru-guru yang memerlukan bimbingan daripada rakan sebaya
mereka. Contohnya penggunaan Lesson Study dalam PLC membantu guru-guru mencari
kekuatan dan kelemahan rancangan pelajaran dan penyampaian guru-guru berkenaan. Ini
kerana PLC berfungsi berteraskan tiga prinsip utama iaitu ;
1

1. Memastikan pembelajaran murid


2. Budaya kolaboratif
3. Fokus kepada pencapaian.

2.0

PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES ATAU PLC

2.1

Konsep PLC

Komuniti Pembelajaran Profesional ( PLC ) merujuk kepada satu kumpulan pendidik yang
komited yang bekerjasama secara kolaboratif dan berterusan dalam membuat inkuiri atau
kajian tindakan bagi meningkatkan prestasi murid-murid mereka. ( Dufour, Eaker dan Many
2006:224 ). PLC telah digunakan seawall 1960-an.
Roseholfz 1989 dalam kajian yang melibatkan 78 buah sekolah mendapati
peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara
individu. Little dan MacLaughlin ( 1993 ) turut melaporkan dalam kajian mereka bahawa
sekolah yang paling berkesan dan jabatan yang paling berkesan dalam sekolah mempunyai
komuniti pembelajaran yang mantap.
Guru sebagai komuniti pembelajaran professional sekolah akan terlibat dalam inkuiri
kolektif membincang dengan mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik. Mereka turut mengkaji tentang realiti semasa, amalan mereka dan tahap pencapaian
murid. Para guru juga diharapkan terus belajar agar berlaku perubahan sikap dan amalan
yang dapat menyumbang kepada pembentukan budaya sekolah yang positif.
Dalam PLC, guru adalah action oriented. Mereka mampu bertindak pantas kerana
memahami bahawa pembelajaran murid adalah hasil tindakan yang diambil. Hal ini selaras
dengan pendapat Dufour, Eaker dan Many ( 2006:224) yang menyatakan bahawa PLC harus
mengelakkan kelumpuhan dengan mengenal pasti masalah, dan mengatasi kemalasan dengan
tindakan.
Dalam PLC juga, tumpuan diberikan kepada pendekatan yang paling untuk mencapai
sesuatu matlamat berbanding dengan pendekatan sedia ada. Ke arah ini, setiap ahli komuniti
terlibat secara sistematik dalam melakukan sesuatu inisiatif seperti rajah di bawah.
2

Langkah-langkah Tindakan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme:


Mengumpul bukti mengenai tahap pembelajaran semasa murid.

Menjana strategi dan idea untuk memantapkan kekuatan dan


menangani kelemahan dalam pembelajaran murid.

Melaksanakan strageti dan idea tersebut.

Menganalisis kesan perubahan-perubahan untuk mengenal pasti sama


ada intervensi yang dilakukan berkesan atau tidak.

Menggunakan pengetahuan baru untuk tujuan penambahbaikan


berterusan dan kitaran selanjutnya.

Rajah 1: Tindakan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)


2.1.1

Elemen kritikal dan strategi dalam pembentukan Komuniti Pembelajaran


Professional :

Terdapat beberapa elemen kritikal dalam pembentukan Komuniti Pembelajaran


Professional yang mantap di sekolah. Menurut Kruse, Seashore dan Byrte ( 1994 ), antara
elemen yang kritikal adalah seperti berikut ;

Dialog reflektif,
Penswastaan amalan,
Fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid,
Kolaborasi,
Norma serta nilai yang dikongsi bersama.

Dialog reflektif merujuk kepada guru-guru sekolah yang sentiasa berbincang hal-hal situasi
cabaran spesifik yang dihadapi bersama.

Melalui dialog reflektif, mereka membina set

norma, kepercayaan dan nilai yang dikongsi bersama menggunakan hasil perbincangan ini
untuk tujuan mengkritik amalan sendiri atau amalan sekolah tempat mereka bertugas.
Kritikan boleh memfokus kepada kandungan mata pelajaran atau kaedah penyampaian
pengajaran kepada murid.
Peswastaan amalan pula merujuk kepada usaha guru untuk berkongsi, memerhati dan
berbincang sesama sendiri tentang kaedah, cabaran, isu dan perkara-perkara lain dalam
prosespengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, usaha bimbingan ( coaching ) dan
mentoring rakan sekerja, memberi peluang kepada guru untuk membincangkan perkaraperkara yang dilakukan serta mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan guru.
Manakala fokus secara kolektifterhadap pembelajaran murid, merujuk kepada
kepercayaan dan keyakinan para guru bahawa semua murid mereka boleh berjaya dan guru
dapat membantu walaupun murid mungkin menghadapi cabaran di luar sekolah. Untuk
mencapai objektif ini, para guru akan berusaha secara kolektif untuk mengenal pasti cara-cara
meningkatkan pemahaman dan pembelajaran murid.
Kolaborasi pula merujuk kepada usaha menggalakkan guru untuk bekerjasama dengan
memahami murid, kurikulum dan dasar semasa berkaitan dengan pengajaran dan penghasilan
bahan dan alat-alat yang dapat memantapkan pengajaran, pentaksiran atau pendedahan
pendekatan baru dalam usaha pembangunan profesional di sekolah.
Akhir sekali ialah Norma serta nilai yang dikongsi bersama pula merupakan usaha
mendapatkan persetujuan bersama guru-guru yang terlibat dalam Komuniti Pembelajaran
Profesional darihal beberapa nilai atas berkaitan pendidikan dan pembelajaran murid.Nilainilai yang dipegang dan dikongsi bersama itu menjadi asas panduan tindakan guru dalam
mewujudkan peluang, ruang dan masa untuk membantu murid yang menghadapi masalah
dalam pembelajaran mereka.

2.2

Definisi PLC

Menurut Fullan, 2007, PLC merujuk kepada budaya sekolah yang menggalakkan
pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah; budaya di mana mengajar bukan dianggap
kerja masing-masing, tetapi lebih tranparen untuk mendapatkan maklumbalas dan
melaksanakan penambahbaikan. Seterusnya, keberkesanan secara usaha kolektif staf dengan
menumpukan kepada menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru , membina hubungan
yang berkualiti, mempunyai program yang sangat berfokus, menggerakkan sumber-sumber
sedia ada dan berkongsi kepimpinan. Definisi PLC dapat dirumuskan sebagai kolaborasi
antara guru, pemimpin, ibu bapa dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk
mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk meningkatkan prestasi murid.

3.0

ISU-ISU DAN CABARAN

Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti


instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru
melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community (PLC) serta profesionalsime
guru yang lebih kontekstual. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai
sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang
sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka
pelajari. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dan cabaran yang wujud dalam
perlaksanaan PLC.
Cabaran bagi perlaksanaan PLC dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya
ialah peningkatan kualiti guru dari segi tugas utamanya sebagai seorang pendidik. PLC yang
dilaksanakan biasanya adalah penyampaian maklumat yang diterima dari pihak atasan kepada
guru tanpa memberi peluang kepada guru untuk mengutarakan idea sendiri dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi
seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam
melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara
amnya. Penyesuaian kemahiran keguruan untuk pendidikan abad ke-21 adalah perlu untuk
sistem pendidikan negara terus kekal relevan. Dunia pendidikan telah banyak berubah
mengikut arus pemodenan dan globalisasi. Kaedah serta alatan mengajar pada masa kini telah
5

menjadi semakin canggih yang menjadi keperluan untuk guru mengajar dengan berkesan.
Dunia tanpa sempadan menyaksikan informasi pendidikan di hujung jari di mana segala
bentuk pengetahuan terkini akan dapat diakses oleh ibu bapa dan murid. Perkara ini akan
membantu perkembangan sistem pendidikan Negara. Justeru itu, guru perlu memainan
peranan dengan menambah pengetahuan sedia ada dan bersedia untuk menerima arus
pemodenan bagi memastikan pendidikan dan pengajaran yang disampaikan tidak ketinggalan.
Dengan kata lain, satu anjakan paradigma baharu perlu digerakkan dalam kalangan guru bagi
mewujudkan semangat dan kesedaran untuk menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran
pedagogi terkini melalui PLC yang berkesan.
Anne Scott (2011), kualiti guru-guru pada masa kini dapat dipertingkatkan lagi untuk
melahirkan pelajar yang lebih bermutu. Adalah penting bagi memastikan guru-guru
memahami konsep PLC sebelum ianya dilaksanakan di sekolah. Guru-guru harus memahami
langkah-langkah tindakan PLC untuk memastikan PLC yang dijalankan meberi manfaat
sepenuhnya kepada guru-guru mahupun anak didik. Kandungan PLC haruslah fokus kepada
keperluan dan masalah pelajar. Guru-guru haruslah berusaha untuk memastikan
pembangunan modal insan dilaksanakan secara holistik daripada pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran intelektual, pemupukan sikap yang berasaskan nilai etika dan moral
yang tinggi. Pembangunan profesional guru bukan lagi suatu pilihan jika guru serius dalam
memartabatkan profesion mereka dan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. PLC yang
dilaksanakan di sekolah perlu dibuat penambahbaikan secara komprehensif bagi
menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan guru, komitmen guru,
mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari
bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method
pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan
tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut, selain kursu-kursus yang dianjurkan oleh KPM, PLC
merupada saluran yang terbaik untuk membantu guru meningkatkan profesionalisme dalam
bidang perguruan. Dengan ini, perlaksanaan PLC haruslah dirancang dengan baik di kalangan
guru.

4.0

CADANGAN PENYELESAIAN

Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional,


mempunyai persamaan dari segi konsep jaringan perkongsian maklumat dan ilmu dikalangan
guru-guru, guru-guru pakar subjek, pemimpin serta seluruh warga sekolah.

Dengan

berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran
professional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,
kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara
individu atau kumpulan secara keseluruhannya.
Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan
idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan. Ini
bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring
dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa
mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan
peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru. Penambahbaikan
secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen
penting dalam peningkatan prestasi pelajar. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan
ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya.
Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan
masalah pelajar. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah ketirisan pelaksanaan
PLC di sekolah seperti faktor kekurangan guru pakar dalam PLC, guru tidak pernah
menghadiri kursus yang berkesan untuk melaksanakan PLC, faktor guru tidak faham konsep
PLC itu sendiri dan kekangan masa untuk melaksanakanya. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa langkah-langkah cadangan yang boleh diikuti dalam penambahbaikan PLC di
sekolah.
Antara langkah-langkah cadangan itu ialah, langkah pertama ialah sesi pengenalan
oleh fasilitator. Peringkat ini merupakan permulaan perbincangan dalam kalangan guru.
Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada peringkat ini juga
dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini
berlangsung selama lebih kurang tiga minit.

Langkah kedua ialah sesi perbincangan analisis data, di mana peserta berbincang
tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada peringkat ini,
peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan.
Akhirnya selepas perbincangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan
semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga 15 minit.
Langkah ketiga ialah perbincangan strategi pengajaran, pada peringkat ini dilakukan
'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan masingmasing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan
selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
Langkah keempat ialah perbincangan pelan tindakan, pada peringkat ini dilakukan
perbincangan secara terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi
'brainstroming' bagimemilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan
selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajarsasaran, fokus aspek
yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan tarikh perjumpaan semula
untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 10 minit.
Langkah terakhir ialah sesi komen pemerhati, pada sesi ini, pemerhati yang boleh
terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai
Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut.
Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah
terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional (PLC) merupakan komponen penting di
dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan.

Peningkatan

dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk
melakukan penambah baikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek
pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang
reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita
bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

5.0

RUMUSAN PLC

Keberkesanan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) kepada guru


pedalaman ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah pedalaman yang
terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar,
mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di
pedalaman, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari.
Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan
teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk
sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka
menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional
dan pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara
bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah
sekolah di pedalaman.
Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru di pedalaman
dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar
pedalaman. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di
sekolah pedalaman tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. Seterusnya,
pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah
pelajar pedalaman.
Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah pedalaman secara
berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen
penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan.
Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan
untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru pedalaman itu
sendiri terutama dalam aspek pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua
pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu
menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
9

10

5.0

RUJUKAN

Anne

Scott.

(2011).

Australian

journal

of

teacher

http://ro.ecu.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1534&context=ajte.

10

education
September

2015
DuFour. R. 2004. What is a Profesional Learning Community? Educational Leadership,
61(8), 6-11.
Eaker, R., DuFour, R., & DuFour R. 2002. Getting started : Reculturing schools to become
professional learning communities. Bloomington, IN: National Educational Service.
Fullan, M, 2001. Leading in a culture of change. San Francisco : Jossey-Bass
Mc. Laughlin, M.,& Talbert, J. 2001. Profesional communities and the work of high school
teaching. Chicago: The University of Chicago Press.
Model Peningkatan Profesional Guru Sejarah sekolah Rendah, (2015) Kementerian
Pendidikan Malaysia.
SMK Telok Kerang. 2014. Komuniti Pembelajaran Profesional-Penambaikan Prestasi
Sekolah. http://smktelokkerang.blogspot.com/2014/11/komuniti- pembelajaranprofesional.html [25 Julai 2015].
Zulkifli Hashim. 2011. Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC). http://zulkiflihasim.blogspot.com/2011/11/penambahbaikanprestasi-sekolah- melalui.html [28 Julai 2015].

Zuraidah Abdullah*
Abdullah Z, Ghani M.F.A (2014). Professional Learning Community in Secondary
Schools Community in Malaysia. University of Malaya

11

12

You might also like