You are on page 1of 2

Friday, 6 April 2012

Artikel 2
Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Oleh: Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi
From:http://eprints.utm.my/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembe
lajaran_Matematik.pdf

RINGKASAN
Artikel ini mengupas tentang kajian keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah
pengajaran.
Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri
dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Sampel kajian yang dipilih oleh penyelidik adalah terdiri
daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1 di Daerah Mersing. Pelajar yang terlibat adalah pelajar berprestasi
sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR 2008. Untuk kajian ini, penyelidik fokuskan
tajuk perimeter. Selepas tinjauan, penyelidik mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab
soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil daripada pemerhatian penyelidik semasa kajian dijalankan,
didapati pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses p&p, tidak memahami kehendak soalan dan tidak
memahami konsep perimeter.
Bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik, penyelidik mewujudkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimental yang
akan belajar dengan kaedah konstruktivisme, dan kumpulan kawalan yang belajar kaedah tradisional. Kajian
ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan ujian pra, ujian pos dan soal selidik
untuk mengumpul data kuantitatif. Manakala, untuk data kualitatif data didapati melalui sesi temubual bersama
responden dan guru matematik.
Hasil dari kajian ini, didapati bahawa pencapaian pelajar meningkat sebanyak 15 % dengan
pengaplikasian kaedah pembelajaran konstruktivism dalam kelas matematik. Penyelidik juga mendapati
bahawa pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana
pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang dilakukan.

Kritikan dan komen
Saya menyokong hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini. Kaedah konstruktivisme
sememangnya memberikan banyak perbezaan dari pelbagai segi kepada pelajar. Terutamanya dari segi
penglibatan pelajar, kemahiran berfikir, kemahiran social, keyakinan diri dan sebagainya. Semua kelebihan ini
tidak akan pelajar kecapi sekiranya amalan pengajaran secara tradisional diamalkan. Penglibatan pelajar
dalam aktiviti pembelajaran memberikan sumbangan besar terhadap tahap kefahaman mereka. Pelajar mudah
memahami sesuatu situasi sekiranya mereka sendiri mengalaminya.
Artikel ini menyediakan data-data termasuk data numerasi yang lengkap mengenai hasil kajian.
Huraian juga disokong dengan fakta-fakta hasil dari kajian lepas. Penyusunan ayat yang ringkas dan padat
membantu pembaca memahaminya dengan cepat. Gaya bahasa yang digunakan juga sesuai untuk penulisan
ilmiah ini.
http://kamipendidik2012.blogspot.com/2012/04/artikel-2.html

You might also like