You are on page 1of 11

PROFESSIONAL LEARNING CONUNITY (PLC)

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONNAL


.
Fullan (2001) menegaskan keberkesanan amalan KPP berpunca daripada proses pelaksanaan yang sistematik. Bermula daripada amalan
kolaborasi dalam kalangan guru sehingga mengguna pakai data yang dikutip untuk mengawal pelaksanaan KPP. Namun, penyumbang utama
keberkesanan pelaksanaan KPP adalah guru (DuFour 2004). Mereka berkongsi sesuatu pengetahuan dan kemahiran baru selepas
mempelajari dan mengamalkannya dalam diri sendiri (Fleming 2002). Selanjutnya, setelah proses amalan KPP dipatuhi dengan cekap dan
berkesan, hasilan utama dalam amalan tersebut adalah murid dan sekolah. DuFour (2004) menjelaskan hal tersebut dengan berpendapat
bahawa hasilan akhir dalam amalan KPP adalah kejayaan pembelajaran murid yang menyebabkan pencapaian sekolah meningkat. Islam
sangat menganjurkan umatnya agar mengamalkan ilmu yang telah dipelajari dengan menjelaskan kebaikan dan keburukan yang akan
diperoleh daripada amalan tersebut.
Kesimpulannya, asas keberkesanan KPP adalah memenuhi hak murid untuk belajar, warga sekolah bekerja secara kolaborasi dan pihak
sekolah perlu memberikan tumpuan kepada hasilan KPP bagi mengenal pasti kedudukan semasa keberkesanan KPP

a) Idea Pertama: Memastikan murid belajar


Konsep KPP mengandaikan murid bukan sahaja mempunyai hak untuk menghadiri sesi pengajaran guru, malah mereka turut
berhak untuk belajar. Pihak sekolah perlu melakukan perubahan dengan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran
(Fullan 2002). Justeru, motto Pembelajaran Untuk Semua bagi sesetengah sekolah perlu dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan.
Selanjutnya, setelah murid diberikan hak untuk belajar, pihak sekolah seharusnya menjawab soalan berikut iaitu:
(i)
(ii)

Apakah yang kita hendak untuk murid belajar?;


Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti murid yang telah mempelajari sesuatu pengetahuan?; dan

(iii) Bagaimanakah kita menghadapi murid yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan? Untuk menjawab soalan ketiga,
sekolah yang melaksanakan KPP seharusnya menghadapi jenis murid tersebut dengan mematuhi cadangan Marzano
(2003) seperti mana berikut.

Segera mengatasi fenomena dengan mengenal pasti murid yang memerlukan waktu dan motivasi tambahan;
Tumpuan kepada tindakan pencegahan segera berbanding menunggu murid untuk ditempatkan dalam kursus pemulihan
ketika cuti sekolah; dan
Arahan segera kepada murid yang mempunyai tahap kecerdasan berlainan untuk mereka meluangkan waktu tambahan
dan menerima bimbingan sehingga mereka menguasai sesuatu pengetahuan.

(b) Idea Kedua: Budaya kolaborasi


Sesebuah sekolah yang mengamalkan KPP seharusnya menyedari kepentingan bekerja secara berpasukan. Justeru, pihak
sekolah perlu mewujudkan budaya kolaborasi. Namun, sesetengah sekolah kurang menggalakkan guru untuk mewujudkan
budaya kolaborasi (Boyd & Hord 2012).
Misalnya, guru bekerja secara berasingan. Pihak sekolah menggalakkan guru melaksanakan amalan kolaborasi tetapi
keupayaan guru untuk melaksanakan adalah terhad.
Terdapat juga sesebuah sekolah yang melaksanakan aktiviti sekolah secara berasingan misalnya penubuhan jawatankuasa
disiplin dan teknologi serta tiada dialog profesional antara mereka.
Hakikatnya, sebuah kolaborasi yang mantap dalam KPP memerlukan suatu proses yang sistematik melibatkan guru bekerja
dalam satu pasukan untuk menganalisis dan menambah baik amalan dalam bilik darjah (McLaughlin & Talbert 2001).
Dengan kata lain, guru perlu bekerja dalam satu pasukan yang berterusan sehingga mewujudkan sebuah pasukan
pembelajaran. Implikasinya, usaha tersebut menghasilkan peningkatan dalam pencapaian murid (Fullan 2001
Di samping itu juga, dalam usaha mewujudkan keberkesanan budaya kolaborasi dalam kalangan guru, sesetengah amalan
perlu ditamatkan bagi kepentingan murid (DuFour 2004).

Misalnya, pihak sekolah perlu mengutamakan kurikulum yang telah diubah suai oleh sekolah berdasarkan tahap kecergasan
murid berbanding melaksanakan kurikulum piawai yang dibentuk oleh kerajaan dan meningkatkan keciciran dalam kalangan
murid (Marzano 2003).
Dengan kata lain, pihak sekolah perlu menjawab soalan berikut, apa yang dijangkakan oleh pihak sekolah untuk mengajar
murid? dan bagaimanakah pihak sekolah mengetahui setiap murid telah menguasai asas pembelajaran?
Justeru, warga sekolah seharusnya berhenti daripada memberikan alasan negatif untuk melaksanakan kolaborasi dengan
jayanya. Kenyataan tersebut disokong oleh Barth (1991) seperti mana berikut. Adakah guru dan pihak pentadbiran
berkemampuan untuk menerima kenyataan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada masalah?... Tuhan tidak
mewujudkan bilik darjah dan lima puluh minit waktu pengajaran dan pengajaran yang dilaksanakan secara berasingan.
Sebenarnya, kita (guru dan pihak pentadbiran) yang melaksanakan hal tersebut kerana kita berasa selesa dengan bekerja
seorang diri, malah, lebih berkesan hasilannya jika dilaksanakan dalam satu pasukan 43 Komuniti Pembelajaran Profesional
Menurut Perspektif Islam
(c) Idea Ketiga: Tumpuan kepada Hasilan
Keberkesanan KPP adalah berdasarkan hasilannya. Untuk mencapai hasrat tersebut, bekerja dalam satu pasukan merupakan
satu kemestian bagi warga sekolah. Mereka seharusnya bekerja secara berterusan untuk mengenal pasti pencapaian semasa
murid dan seterusnya menyediakan laporan secara berkala (McLaughlin & Talbert 2001).
Dengan kata lain, konsep Kaya Data dan Kurang Maklumat tidak seharusnya berlaku di sekolah. Justeru, pihak sekolah bukan
sahaja mengalu-alukan guru menyediakan data tetapi mengguna pakai data tersebut untuk ditukar menjadi maklumat berguna
dan berkaitan dengan usaha meningkatkan pencapaian murid (Fleming 2002).
Dalam hal ini, guru perlu menilai pencapaian murid secara formatif dengan menggabungkan segala aspek berikut bersamasama rakan mereka iaitu idea, bahan bantu mengajar, strategi dan bakat (Barth 1991).
alah, guru tidak seharusnya mengehadkan usaha sekolah untuk melaksanakan proses penambahbaikan dengan masalah
disiplin murid, kekangan masa yang dimiliki guru dan pelbagai pekeliling kerajaan yang membebankan mereka (Fleming 2002).

Mereka seharusnya mengutamakan matlamat terpenting sekolah iaitu meningkatkan pencapaian murid. Selanjutnya,
melaksanakan matlamat tersebut secara berpasukan (Marzano 2003) serta bersungguh-sungguh untuk mengekalkan
pelaksanaan KPP (DuFour 2004).
Dalam mencapai matlamat tersebut, warga sekolah perlu memberikan tumpuan kepada pembelajaran berbanding pengajaran,
bekerja dalam satu pasukan khususnya mengenai pembelajaran dan menumpukan hasilan bagi mengetahui kedudukan
semasa untuk melaksanakan proses penambahbaikan selanjutnya (Barth 1991).
Kesimpulannya, asas keberkesanan KPP adalah memenuhi hak murid untuk belajar, warga sekolah bekerja secara kolaborasi
dan pihak sekolah perlu memberikan tumpuan kepada hasilan KPP bagi mengenal pasti kedudukan semasa keberkesanan KPP

Menurut Eaker, DuFour dan DuFour (2002) pula, KPP adalah satu proses membina kapasiti dalam kalangan profesional sekolah
bagi menghadapi cabaran berkaitan peningkatan pembelajaran murid. Usaha tersebut dilaksanakan menerusi penyediaan
persekitaran pembelajaran dalam kalangan staf sekolah secara berterusan.
Selanjutnya, Fleming (2001) menyatakan KPP merupakan satu aktiviti yang melibatkan pentadbir dan guru sekolah dalam
mengumpulkan maklumat, membuat keputusan dan melaksanakan keputusan tersebut. Mereka aktif dengan aktiviti pembelajaran
dan bersedia untuk menerima idea baru.
Ringkasnya, KPPmerupakan salah satu aktiviti penambahbaikan sekolah. KPP juga melibatkan pentadbir dan guru untuk
meningkatkan profesionalisme mereka menerusi aktiviti pembelajaran dan mengamalkan pengetahuan tersebut secara kolaboratif.
Hasilan KPP adalah meningkatkan pencapaian murid menerusi aktiviti pembelajaran

Kesimpulannya, asas keberkesanan KPP adalah memenuhi hak murid untuk belajar, warga sekolah bekerja secara kolaborasi dan
pihak sekolah perlu memberikan tumpuan kepada hasilan KPP bagi mengenal pasti kedudukan semasa keberkesanan KPP

Komuniti Pembelajaran Profesional

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak
Pengurusan Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat yang
sepatutnya dirasai oleh para guru.
Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru
berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.

APA ITU PLC?


Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolahsekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC


memastikan pembelajaran murid
budaya kolaborasi
fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC


Kongsi kepimpinan
kongsi nilai dan visi
pembelajaran kolektif dan aplikasi
kongsi amalan peribadi
struktur
hubungan

STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti
berikut:

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi

Lesson Study
Peer Coaching
Learning Walk
Teacher Sharing Session
Video Critique

Fail Penyelaras PLC Sekolah


Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah


1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
- Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2

- Pelaporan PLC setiap Panitia


6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
- Tool kit (Borang)
- Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah


Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat

Sumber.
Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu

Fail untuk Lesson Study Sahaja.


Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak
semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai
sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah
lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang
mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan


1.
Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique)
yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

You might also like