You are on page 1of 8

TUGASAN 5 : PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Noriati A. Rashid et.al (2012), konsep melahirkan modal insan seimbang
melalui pendidikan ini merupakan salah satu aspirasi yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara
untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Antara inisiatif yang dijalankan
adalah melalui pelaksanaan program komuniti pembelajaran professional (PLC)
kepada guru-guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia setanding dengan negara
maju yang lain seperti Jepun.

2.0 APA ITU KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

PLC ialah singkatan kepada program ‘Professional Learning Communities’ yang


juga dikenali sebagai komuniti pembelajaran professional yang mana dapat
mempertingkatkan cara pengajaran guru di samping meningkatkan kemahiran
pengetahuan mendidik. Professional Learning Community (PLC) telah menjadi
perkara biasa untuk diperbahaskan dalam masyarakat. Istilah tersebut diguna pakai
untuk menggambarkan sesuatu amalan yang dilaksanakan secara berterusan.
Misalnya, melanjutkan amalan dalam bilik darjah ke dalam komuniti, membawa
anggota komuniti ke sekolah untuk menyokong sekolah dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid, serta melibatkan murid, guru dan pengurusan sekolah secara
kolaborasi dalam pembelajaran (Boyer, 2010).

3.0 STRATEGI LESSON STUDY

Antara strategi PLC yang boleh digunakan oleh guru untuk mereka cipta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah adalah Lesson
Study. Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran
guru dalam bilik darjah (Bahagian Pendidikan Guru, 2013). Strategi ini merupakan
satu model perkembangan profesional guru yang diadaptasi dari negara Jepun yang
telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di sekolah-
sekolah rendah.

Terdapat lima langkah dalam pelaksanaan Lesson Study yang perlu dilaksanakan
untuk memastikan guru-guru mendapat impak yang sepenuhnya. Langkah pertama
adalah kumpulan Lesson Study perlu dibentuk dan matlamat yang hendak dicapai
ditetapkan. Dalam pembentukan kumpulan tersebut, seorang ketua kumpulan perlu
dilantik dalam kalangan ahli kumpulan untuk mengetuai perbincangan tersebut.
Matlamat kurikulum dan sukatan serta masalah pembelajaran murid perlu dikaji dan
dibincangkan sebelum matlamat atau goal yang hendak dicapai ditetapkan. Menurut
Abdul Salam et.al (2009), matlamat yang ditetapkan mestilah berdasarkan kepada
kebolehan dan keupayaan murid. Matlamat yang ingin dicapai pula mestilah logik
dan relevan dengan keadaan dan situasi pendidikan masa kini.

Langkah kedua dalam pelaksanaan Lesson study adalah semua ahli kumpulan
perlu bersama-sama merancang dan membina rancangan pengajaran harian (RPH).
Tajuk, topik, tema dan unit yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran perlu
dipilih. Setelah tema dipilih maka, segala masalah pembelajaran murid berkaitan
dengan tajuk pengajaran perlu dikaji dan dibincangkan bersama. Setelah mengenal
pasti masalah pembelajaran murid, maka pembinaan RPH perlu dijalankan. Dalam
pembinaan RPH, sumber pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai perlu
difikirkan semasa membina RPH. Respon murid bagi setiap fasa dalam pengajaran
perlu diambil perhatian. Seterusnya, RPH yang telah dibina perlu dibentang semula
dan strategi pengajaran yang telah dirancang dibincangkan dengan lebih teliti agar
RPH yang dibina betul betul berkualiti, menarik dan berfungsi sebagai panduan
untuk guru menyampaikan maklumat.

Langkah ketiga dalam melaksanakan strategi Lesson Study adalah pelaksanaan


pengajaran. Semasa melaksanakan pengajaran seorang pakar rujuk dijemput
sebagai pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah
penambaikan dalam RPH. Sebelum itu, ketua kumpulan perlu memberi taklimat
ringkas kepasa pakar rujuk berkenaa skop pengajaran yang akan dilaksanakan.
Dalam langkah tiga juga, seorang atau lebih guru dalam ahli kumpulan perlu
melaksanakan pengajaran kepada kelas tertentu seperti yang terdapat dalam RPH
yang telah disediakan secara kolaboratif. Ahli kumpulan yang lain perlu hadir
sebagai pemerhati dan mengumpulkan data-data atau maklumat sepanjang sesi
pengajaran tersebut. Data yang dikumpulkan adalah interaksi antara guru-murid dan
hasil pembelajaran murid. Fokus utama dalam langkah ini adalah untuk melihat
respon, tingkah laku dan pembelajaran murid. Refleksi kendiri perlu sentiasa dibuat
sepanjang pemerhatian agar kekurangan yang dilihat dapat dibincangkan dalam sesi
refleksi.

Langkah keempat pula adalah sesi refleksi pengajaran. Dalam langkah ini, ketua
kumpulan mengetuai sesi refleksi tersebut dan sesi dimulakan dengan melihat
semula matlamat atau goal Lesson Study. Guru yang mengajar diberikan peluang
terlebih dahulu untuk memberikan pendapat berkenaan pembelajaran yang telah
dijalankan dan diikuti dengan guru-guru yang lain. Kelemahan dan kekuatan setiap
item yang dibincangkan dalam sesi tersebut perlu dicatat dan disimpan untuk
rujukan pada masa yang akan datang. Ketua kumpulan dan pakar rujuk perlu
memainkan peranan untuk memastikan guru-guru sentiasa aktif dan berfikir secara
mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.
Akhir sekali, dalam langkah kelima adalah penambahbaikan RPH dan pengajaran
semula. Satu sesi perbincangan perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan
RPH berdasarkan hasil yang diperoleh daripada sesi refleksi. Sesi ini dijalankan
secara kolaboratif antara guru dan ketua Sekiranya pengajaran dilaksanakan,
proses dalam langkah 3 dan 4 perlu diulang semula. Laporan kitaran Lesson Study
perlu didokumenkan untuk rujukan dan panduan masa akan datang (Esmadi, 2015).
Rajah dibawah menunjukkan langkah tiga dalam RPH yang perlu ditambahbaik.

4.0 CADANGAN AKTIVITI


Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran murid adalah guru boleh membuat satu aktivti menggunakan kaedah
gallery walks/learning walks dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan(pdpc)
hasil daripada perbincangan dalam Lesson Study. Menurut Norsiah dan Rosnah
(2009), gallery walks bermaksud setiap kumpulan murid perlu menampal tugasan
mereka yang telah siap di mana-mana dinding kelas. Salah seorang ahli kumpulan
perlu berada pada galeri mereka dan aktiviti berjalan dalam kumpulan akan
dilakukan. Hal ini bermaksud murid perlu berjalan dalam kumpulan ke galeri
kumpulan lain sambil mendengar penerangan isi pelajaran dari salah seorang ahli
yang menetap di galeri itu. Jadi seorang ahli kumpulan perlu bersedia untuk
menerangkan isi pelajaran yang telah dilakukan kepada kumpulan lain. Dengan lebih
spesifik lagi, sebagai contoh kumpulan A perlu ke galeri kumpulan B mana kumpulan
B perlu ke kumpulan A untuk mendengar dan mengambil pengetahuan tentang isi
pelajaran yang telah dilakukan. Jadi gallery walks ini akan menjimatkan masa dalam
menyampaikan pengajaran dan lebih efektif kerana pengajaran seperti ini memberi
kesan yang positif dalam diri murid contohnya membina kebolehan murid dalam
menyampaikan sesuatu melalui komunikasi. Komunikasi juga merupakan salah satu
perkara yang penting kerana melalui komunikasi ini akan meningkatkan interaksi
sosial murid dengan masyarakat. Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). turut
menyokong bahawa kepentingan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar. Mereka
ada menyatakan bahawa bagi memastikan sesebuah organisasi terus maju
kehadapan, kemahiran insaniah amat dititik beratkan. Kajian Masa Depan (KMD)
juga dapat dikenalpasti oleh guru melaui gallery walks jadi kaedah yang sangat
sesuai dilakukan dalam proses pengajaran dan pemudahcaran (pdpc) selaras
dengan abad ke-21.

5.0KESIMPULAN

Kesimpulannya, strategi belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian


(Lesson Study) yang terdapat dalam Penswastaan Amalan (DePrivatization of
Practice) merupakan salah satu strategi yang sesuai diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Hal ini kerana strategi ini selaras dengan
pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran abad ke-21 merupakan suatu tunjang
utama kearah kecemerlangan pelajaran pada era globalisasi yang sedia
membangun ini. Maka transformasi pdpc yang mencakupi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial perlu diperkukuh agar dapat melahirkan warganegara yang
mampan serta mampu bersaing di peringkat global (Zuraidah Abdullah, 2016).
RUJUKAN

Abdul Salam Yussof, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nasruddin Yunos dan
Hamdzun Haron. (2009). Meningkatkan Kreativiti Pelajar Melalui Kaedah Simulasi.
Seminar Pendidikan Sains Sosial: UKM 2009. Tidak diterbitkan.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Komuniti


Pembelajaran Profesional (PLC) Strategi 2: Amalan Penswastaan. Tidak diterbitkan.

Esmandi, M. (2015). PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional.


Cikguesmandi.blogspot.my. Retrieved 10 February 2018, from
http://cikguesmandi.blogspot.my/2015/05/plc-
komuniti-pembelajaran-profesional.html

Hailmi. (2014). Pembudayaan PLC : Professional Learning Communities.


Cikguhailmi.com.
Retrieved 10 February 2018, from http://www.cikguhailmi.com/2014/04/professional-
learning-communities-plc.html

Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2012).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Zuraidah Abdullah. (2016). Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia. Kuala


Lumpur: University of Malaya Press,.

You might also like