You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah sangat digalakkan pada masa
kini. Hal ini demikian kerana pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dapat
membekalkan suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kondusif serta
memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Hal ini disokong oleh Che
Nidzam (2014) dengan kenyataannya bahawa persekitaran pembelajaran
merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha kita untuk
meningkatkan hasil pembelajaran. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan
berkenaan langkah-langkah menyediakan bilik darjah mesra budaya dari aspek
fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik di sekolah-sekolah di Malaysia

2.0 Definisi pengurusan bilik darjah mesra budaya

Menurut James (2014), istilah pengurusan bilik darjah sering dikatkan dengan
usaha- usaha mengendalikan proses PdP dengan cekap dan berkesan di sekolah.
Manakala mesra pula menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan
(Hidayah Saufi, 2019). Seterusnya, Bosch (2013) berpendapat bahawa pengurusan
bilik darjah mesra budaya bermaksud cara guru dan murid menjalani proses PdP
atau cara pelaksanaan proses PdP. Secara rumusnya, berdasarkan pendapat-
pendapat yang dikemukakan, pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah cara
pelaksanaan PdP yang dijalankan oleh guru dan murid dengan menitikberatkan
suasana yang selesa dan ceria sekali gus menjamin keberkesanan PdP yang
dilaksanakan.

3.0 Langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya

Persekitaran bilik darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur


fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata, sebaliknya melibatkan
unsur- unsur seperti emosi dan hubungan kemanusiaan (Noriati et.al, 2016). Oleh
yang demikian, guru perlu bijak dalam merancang dan mengurus bilik darjah yang
mesra budaya. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa aspek yang
dititikberatkan dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya. Rajah di bawah
menunjukkan aspek- aspek dalam pengurusan bilik darjah.

Rajah 1 : Peta i-think aspek-aspek pengurusan bilik darjah mesra budaya


menggunakan aplikasi Canva 4

3.1 Aspek fizikal

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal menekankan
penggunaan ruang kelas yang selesa dan ceria. Bilik darjah yang mempunyai ciri
mesra budaya pasti akan dapat memberi kesan positif kepada pembelajaran murid.
Hal ini demikian kerana persekitaran pembelajaran adalah penentu utama dalam
proses pembelajaran pelajar (Che Nidzam et.al, 2014). Antara aspek fizikal yang
diambil kira untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya adalah susun atur
meja. Guru perlu menyusun meja dan kerusi murid seperti yang dituntut oleh
pembelajaran abad ke-21 penyusunan meja dan kerusi murid secara berkumpulan
(Afzalina Ilwani, 2020). Susunan meja abad ke-21 akan mampu meningkat
kolaborasi antara murid-murid seterusnya menjadikan suasana pembelajaran lebih
meriah. Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh susunan meja abad ke-21.
Rajah 2 : Susunan meja abad ke-21

Hiasan kelas juga memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan bilik
darjah mesra budaya. Bilik darjah boleh dihias dengan pelbagai hiasan bertema
kebudayaan seperti warna dinding yang terang, sudut budaya, sudut bacaan dan
sebagainya. Sudut-sudut ini secara tidak langsung dapat meningkatkan interaksi
sesama murid dan memupuk nilai toleransi antara murid (Zarith, 2020). Di samping
keceriaan kelas, kebersihan kelas dan susunan perabot juga perlu diambil kira. Bilik
darjah yang bersih dan mempunyai susunan perabot yang baik secara tidak
langsung mampu memberi ruang kepada guru dan murid untuk melaksanakan
aktiviti PdP dengan lancar. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan kelas
mesra budaya.
Rajah 3 : Susunan bilik darjah mesra budaya

3.2 Aspek emosi

Menurut Nordin Tahir (2015), emosi murid perlu diurus dengan kebijaksanaan
supaya mereka tidak merasai kebimbangan semasa berhadapan dengan guru di
dalam kelas. Emosi positif murid dapat ditingkatkan dengan melaksanakan kaedah
peneguhan positif seperti memberi pujian atau ganjaran terhadap sikap baik murid.
Penggunaan peneguhan positif mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang
mesra budaya kerana proses PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang ceria
dan menyeronokkan. Penerapan kata-kata pujian dan ganjaran sekaligus akan
menyebabkan murid menerima arahan serta berdisiplin kerana kanak-kanak lebih
cenderung untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada guru mereka
(Noor Rahayu, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2016).

Di samping itu, penerapan unsur didik hibur juga amat bersesuaian bagi
mewujudkan bilik darjah mesra budaya kerana kaedah ini mampu menghasilkan
proses PdP yang menggembirakan (Ramlah et.al, 2016). Aktiviti PdP didik hibur
semestinya menyeronokkan seperti belajar sambil main, berdrama, menyanyi dan
sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan aktiviti drama yang
berkaitan dengan kisah budaya masyarakat Malaysia. Hal ini secara tidak langsung
mampu memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan budaya setiap kaum
di Malaysia. Oleh itu, untuk mewujudkan suasana pembelajaran mesra budaya, guru
perlu bijak dalam mengurus emosi para muridnya.

3.3 Aspek sosial

Dari segi aspek sosial, guru wajib memberi layanan yang sama rata kepada murid-
muridnya tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang kehidupan murid.
Hal ini disokong oleh Ahmad Firdaus et.al, (2016) yang menyatakan bahawa guru
perlu bersifat pemaaf, positif, penyayang serta adil dan saksama demi menjaga
hubungan baik dengan murid. Hubungan baik antara guru dan murid boleh
diwujudkan melalui interaksi dan komunikasi yang positif. Guru juga perlu
memastikan murid dapat bergaul dengan baik tanpa mengira kaum. Oleh yang
demikian, guru perlu melaksanakan strategi pengajaran murid secara berkumpulan
atau menyusun kedudukan murid-murid mengikut saranan strategi pengajaran abad
ke-21. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai unsur budaya dalam proses PdP.
Contohnya guru boleh melaksanakan pedagogi relevan budaya dan strategi
berpusatkan murid kerana cara ini mapu meningkatkan komunikasi antara murid
seterusnya membawa kepada pembinaan hubungan yang akrab.

3.4 Aspek sosiolinguistik

Aspek sosiolinguistik adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa di sekolah. Bagi


mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru dan murid perlu melaksanakan proses
PdP dengan menggunakan bahasa rasmi negara iaitu Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana penggunaan bahasa rasmi boleh difahami oleh semua kaum.
Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah boleh melaksanakan program aktiviti
bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa setiap kaum di sekolah. Contohnya, guru
boleh mengadakan pertandingan puisi pelbagai bahasa bagi membentuk jati diri
murid yang menghayati kepelbagaian bahasa dan budaya di samping menerapkan
nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya kaum lain (Zarith, 2020).
4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya amat penting bagi
seorang guru supaya dapat memberi pengalaman pembelajaran yang seronok dan
bermakna kepada murid-murid. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya juga
mampu memberi pendedahan kepada murid berkenaan kepelbagaian budaya di
Malaysia. Oleh itu, amat diharapkan supaya setiap guru dapat melaksanakan
pengurusan bilik darjah mesra budaya kerana hasilnya memberi pelbagai manfaat
yang baik kepada kedua-dua pihak guru dan murid.
Rujukan

Afzalina Ilwani. (2020). Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. Dimuat turun pada 5
April 2021 dari : https://pdfcoffee.com/pengurusan-bilik-darjah-mesra-budaya- pdf-
free.html

Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi & Khairunnisa. (2016). Pembinaan Hubungan antara
Guru dan Pelajar. Jurnal Sains Sosial dan Teknikal (TSSJ). Jilid 5(1), 138- 148.

Bosch, K. (2013). Planning Classroom Management : A Five-Step Process to


Creating a Positive Learning Environment. Corwin Press.

Che Nidzam, Noraini, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy. (2014). Pengaruh
Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan
Pembelajaran: Satu Kajian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hidayah Saufi. (2019). Pembelajaran Mesra Budaya. Dimuat turun pada 5 April
dari : https://www.academia.edu/14850407/Pembelajaran_Mesra_Budaya_KKPED
U3106

James, A. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti


Pembelajaran Berkesan. PTS Akademia.

Noor Rahayu, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar. (2016). Hukuman dan Kata Pujian
Mengatasi Masalah Disiplin dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi Murid
Masalah Pembelajaran. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas
(Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraida.
(2016). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar. Ramlah, Nor Afni & Siti Fathimah.
(2016).

You might also like