You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG

IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR.

Penulisan Esei
NAME : NUR ANITH AQILAH BINTI MOHD
RANI
I/C : 990805035098
KOD KURSUS : EDUP3073
OPSYEN : SAINS 2 (SK)
AMBILAN : JUN 2018
PENSYARAH : PUAN HAWA BINTI ABDULLAHIBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: NUR ANITH AQILAH BINTI MOHD RANI Angka Giliran Pelajar: 2018122340082

Tajuk Tugasan: PENULISAN ESEI

Pensyarah: PUAN HAWA BINTI ABDULLAH IBRAHIM Kursus/ Mata Pelajaran:EDUP3073

Tarikh Hantar: Tarikh Diterima:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ________________________________ Tarikh: _______________


(NUR ANITH AQILAH BINTI MOHD RANI)

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas yang diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: Tarikh:

1.0 Pengenalan

Menurut Lee (2011), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan
guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk
menggalakkan pembelajaran serta peraturan bilik pembelajaran dapat dikekalkan. Pengurusan
bilik pembelajaran merangkumi aspek seperti iklim dan persekitaran bilik darjah, Oleh yang
demikian, stategi pengurusan bilik darjah amat penting bagi seseorang guru bagi memastikan
komunikasi murid, pengurusan disiplin murid dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah dapat dikawal. Bagi membentuk sikap perpaduan dan cinta akan negara
dalam diri setiap warga sekolah, strategi pengajaran yang berkesan juga menjadi foktor utama
dalam penerapan nilai trsebut. Menurut Mok Soon Sang (2008), perpaduan ialah penyatuan
yang dipamerkan dalam sesebuah masyarakat, jiran ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Oleh yang demikian, dengan startegi
pengurusan bilik darjah yang efektif dan mampu menggalakkan penglibatan aktif akan
menjadikan perpaduan antara murid, guru dan warga sekolah menjadi utuh. Secara tidak
langsung, hal ini mampu melahirkan semangat cinta akan negara jika masyarakat saling
bersatu padu. Terdapat pelbagai aspek penting dalam strategi pengurusan bilik darjah
termasuklah aspek fizikal, emosi sosial dan sosiolinguisik. Semua aspek ini perlu dititikberatkan
supaya dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mudah
memperolehi ilmu yang disampaikan.

2.0 Aspek-aspek mempengaruhi pengurusan bilik darjah

2.1 Aspek fizikal

Aspek fizikal merujuk kepada susunan peralatan dan kemudahan seperti kerusi-meja,
buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya memberi kesan
kepada proses pembelajaran pelajar. Pengurusan persekitaran fizikal merupakan salah satu
faktor yang akan mempengaruhi murid dan suasana PdP dalam bilik darjah. Seseorang guru
perlu memastikan bahawa unsur fizikal ini dapat disusun dengan efektif dan kreatif.
Penyusunan yang baik akan memudahkan interaksi antara pelajar dan guru. Sesebuah kelas
tidak boleh diduduki dengan jumlah pelajar yang ramai ini akan menyebabkan guru kurang
dapat fokus terhadap pelajar disamping sukar untuk mengawal kelas tersebut. Oleh yang
demikian, guru perlu memastikan susunan yang dibuat menggalakkan atau tidak menghalang
sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, bilik darjah yang disusun  mejanya
mengikut  susunan Pembelajaran  Abad ke 21 (PAKK). Apabila mengaplikasikan susunan
tersebut, murid akan mudah untuk berinteraksi dan membuat perbincangan antara ahli
kumpulan.

Guru hendaklah menyusun atur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Contohnya di dalam setiap kumpulan meja itu, terdapat murid
dari kaum Melayu, Cina dan India. Menerusi susunan ini, murid akan bersikap terbuka dan
bekerjasama antara satu sama lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Secara tidak langsung perkara ini akan mewujudkan persefahaman antara murid
pelbagai kaum melalui aktiviti tersebut. Malah murid akan lebih bersikap terbuka apabila
berhadapan dengan masyrakat luar yang berbeza etnik. Justeru, hal ini dapat melahirkan
semangat cinta akan negara dalam diri murid sekaligus mewujudkan perpaduan dalam
kalangan warga sekolah bermula daripada pengaplikasian murid tentang apa yang dipelajari.

Selain itu, bagi membina suasana bilik darjah yang merangsang pelbagai deria bagi
murid, guru boleh menghias bilik pembelajaran dengan carta topik pembelajaran, gambar dan
alat bantu mengajar. Dengan ini, hiasan bukan hanya sekadar hiasan lagi, namun pelajar dapat
memahami dan menambahkan ilmu pengetahuan dengan menampal sejarah-sejarah
penubuhan negara. Dengan adanya sudut ilmu yang dipenuhi maklumat itu mampu memberi
banyak impak kepada murid. Guru seharusnya menyediakan bahan bacaan yang mengandungi
nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini secara tidak langsung
akan mendorong murid untuk menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada sudut
bacaan tersebut dalam konteks kehidupan seharian bagi mewujudkan mesra budaya antara
etnik. Sebagai contoh, apabila murid membaca sejarah tentang negara, murid akan mengetahui
pentingnya perpaduan bagi mendapatkan kemerdekaan negara. Murid juga akan lebih cinta
dan sayang akan negara. Hal ini bukan sahaja menjadikan murid belajar dan menghafal ilmu
tersebut malah mampu menerapkan nilai-nilai murni pada pelajar sekaligus dicontohi oleh
warga sekolah.
Aspek fizikal yang seterusnya ialah iklim bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif
penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan. Dengan adanya suasana yang kondusif
seperti kebersihan bilik darjah dijaga, pencahayaan dan pengudaraan yang baik dapat
memupuk semangat kerjasama antara pelajar yang mempunyai pelbagai latar sosiobudaya
kerana mereka mendapat keperluan yang sama rata dan selesa iaitu tidak wujud jurang
perkauman, sosioekonomi dan sebagainya. Oleh itu jelaslah bahawa dengan mengambil kira
aspek fizikal dapat memupuk perpaduan dan semangat cinta akan Negara dalam kalangan
warga sekolah yang pelbagai sosiobudaya

2.2 Aspek emosi

Emosi merupakan satu perasaan dan gerak hati yang dialami oleh seseorang individu
yang terpapar melalui tindak balas fisiologi apabila berlakunya rangsangan terhadap emosi
dalam suatu keadaan (Noriati et.al, 2017). Bilik darjah mesra budaya memerlukan kepada
persekitaran emosi yang baik yang bertujuan menjadi perangsang bagi membangkit dan
mengekalkan minat murid dalam PdP. Guru perlu memastikan bilik darjah dalam keadaan yang
ceria dimana dapat meningkatkan semangat pelajar untk belajar kerana pembelajaran
berpusatkan pelajar. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititiberatkan dalam menjamin
suasana emosi di dalam bilik darjah, iaitu, suara, kelucuan, kemesraan, style, penggunaan
pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah serta kepimpinan dan keadah mengajar.

Seperti yang sedia maklum, di sekolah masih terdapat segelintir murid yang berasa
takut terhadap guru dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti PdP. Hal ini berlaku
disebabkan oleh murid tidak mendapat layanan yang adil dan mesra daripada guru dan faktor
sikap guru yang kurang peka terhadap sosiobudaya murid. Untuk membendung hubungan
negatif ini, guru mestilah tidak terlalu taksub terhadap tahap pencapaian pembelajaran dan latar
belakang murid. Contohnya, guru hendaklah memberikan layanan adil dan mesra kepada
setiap murid. Setiap murid adalah berbeza-beza. Hal ini bertepatan dengan pendapat Haliza &
Joy (2009) dalam buku Teknik Pengurusan Bilik Darjah. Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi
Salleh (2016), menyatakan bahawa setiap guru hendaklah tidak mengamalkan sikap pilih kasih
di dalam bilik darjah dan menerima baik dan buruk murid. Melalui layanan yang adil dan mesra,
guru akan mudah didekati oleh murid. Hubungan baik antara guru-murid akan memberi kesan
dalam usaha membentuk pembelajaran bermakna kepada murid sekaligus memupuk semangat
kekitaan dalam diri murid.

2.3 Aspek sosial

Suasana sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam
masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah
bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.sehubungan
ini bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Mok Song Sang (2008), berpendapat sosial bermaksud kemasyarakatan. Guru


bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
Hal ini kerana suatu hubungan dan sifat saling menerima bermula dengan proses interaksi. Ini
bertepatan dengan pandangan Noriati et.al, (2017) yang menyatakan bahawa interaksi sosial
merupakan keadaan dimana seseorang melakukan hubungan dengan saling berinteraksi
dengan orang lain. Bagi melahirkan kerjasama dan memastikan murid-murid bergaul antara
satu sama lain terutamanya dengan kaum yang berlainan jenis, guru hendaklah mengadakan
aktiviti pembelajaran yang mendedahkan murid untuk saling bekerjasama dan menghargai
antara satu sama lain. Contohnya dengan melaksanakan pembelajaran koperatif. Murid
hendaklah diberi pengalaman bercampur gaul dengan rakan yang berbeza kaum supaya
wujudnya hubungan yang harmoni antara mereka. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif yang
boleh dilaksnakan adalah aktiviti “jigsaw”, “fan and pick” dan “idea rush”. Melalui akitviti
tersebut, Al-Hurwitz & Michael (2016) berpendapat ia akan dapat menanam sikap tolak ansur
dan saling menghormati terhadap kaum lain dalam setiap diri murid. Malah pengajaran guru
akan menjadi lebih efektif dan pembelajaran bermakna akan terhasil. Oleh itu, jelaslah bahawa
pemilihan strategi yang berkesan dapat mewujudkan interaksi antara murid pelbagai
sosiobudaya dan dapat menerima serta menghargai antara satu sama lain sekaligus dapat
menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah.

2.4 Aspek sosiolinguistik

Sosiolinguistik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap keharmonian dan


keamanan negara. Maksud sosiolinguistik adalah ilmu yang membahas aspek-aspek
kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang
berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula
menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan
struktur dan sikap masyarakat. Di malaysia terdapat pelbagai murid di serata negeri
menggunakan dialek mengikut negeri masing-masing untuk berkomunikasi. Bagi negeri yang
mempunyai dialek tersendiri, murid-murid tidak menggunakan bahasa yang sama ketika waktu
PdP berlangsung. Terdapat murid yang menggunakan loghat dan bahasa yang berbeza-beza
antara satu sama lain seperti bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa kadazandusun. Murid
menggunakan bahasa tersebut kerana berkait rapat dengan latar belakang dan budaya murid
dibesarkan. Penggunaan bahasa yang berbeza ini menyebabkan murid tidak bersefahaman
dan sukar untuk guru melaksanakan pengajaran yang efektif.

Oleh itu, cadangan penambahbaikannya adalah guru mestilah menyelaraskan


penggunaan bahasa sewaktu PdP berlangsung. Contohnya murid hanya dibenarkan untuk
menggunakan bahasa kebangsaan sahaja sepanjang PdP berlangsung. Cadangan ini disokong
oleh Hasfarina Abas (2012) yang berpendapat bahawa ia akan dapat mewujudkan
kesefahaman antara murid yang berbeza etnik dan memudahkan kerja guru dalam mengurus
PdP. Murid akan mendapat pembelajaran bermakna dengan lancar dan mudah. Malah bahasa
kebangsaan akan dikuasai dan dimartabatkan oleh murid pelbagai etnik. Disamping itu, guru
tidak boleh mengabaikan warisan budaya murid demi kelancaran aktiviti PdP (Muhammad
Suhaimi, 2012). Guru bolehlah menyelitkan unsur-unsur warisan budaya setiap etnik dengan
menggunakannya sebagai sumber PdP. Contohnya menggunakan cerita rakyat seperti cerita
kaum iban, kaum kadazandusun di dalam bilik darjah. Kesannya, murid dari setiap etnik akan
dapat mengetahui dan memahami tentang etnik yang lain. Mereka akan menjadi lebih peka
terhadap isu sensitif setiap etnik.

3.0 Kesimpulan

Strategi pengurusan bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting
dalam menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran serta memaikan peranan
penting dalam menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid. Seseorang
guru haruslah bijak dalam mengatur aspek-aspek pengurusan dalam bilik darjah. Ini bukan
sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga
untuk memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dan interaksi antara pelajar dan pelajar
dalam usaha mewujudkan perpaduan. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik
pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa.
Rujukan

Al-Hurwitz, & Michael, D. (2016). Children And Their Art. USA: Harcourt Collage Publisher.

Haliza & Joy Nesamalar (2009) dalam Teknik Pengurusan Bilik Darjah. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Hasfarina Abas (2012). Slide Share. Diakses pada 27 Februari 2020 daripada
http://www.Slideshare.com/aplikasi-penggunaan-bahasa-dalam-pdp

Lee W. M., (2011), Strategi Pengurusan Bilik Darjah. Diakses pada 27 Februari 2020 di
https://www.scribd.com/document/86625589/Mewujudkan-Iklim-Bilik
DarjahYangKondusif

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2016),Change Learning Culture For Human
Capital Development. The Star (8 Mei, 2016) dilaporkan oleh Clara Chooi diakses
pada 27 Feb 2020 di https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/05/06/nazrin-change
learning-culture-forhuman-capital-growth/

Mok S. S., (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.

Muhammad Suhaimi, (2012). School Curriculum-Hidden Curriculum, diakses pada 27 Feb 2020
daripada http://education.stateuniversity.com/pages/2010/Curriculum-School-HIDDEN-
CURRICULUM.html#ixzzovcu17LpB

Noriati A. Rashid, Boon, P. P., Sharifah Fakhirah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like