You are on page 1of 8

Stesen gerak kerja Sudut bacaan Sudut ICT

Rajah 1

Petunjuk

Keterangan Kerusi Meja Papan Tulis Rak Fail Pelajar Tong Sampah LCD

Petunjuk

Keterangan Papan Maklumat Papan pembacaan dan gambar aktiviti murid Rak Buku Aquarium Skrin Mudah Urus LCD

Jadual 1.1 : Jadual Petunjuk

Pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya.

Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah memilih pelan lantai bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelah lantai tersebut murid dapat duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama. Proses sosialisasi ini sangat penting dalam membangunkan modal insan yang berguna dan mewujudkan negara yang maju tanpa ada permsuhan antara kaum.

Selain itu, pelan lantai ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut maklumat dan ICT, kemudahan LCD dan perpustakaan kelas dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu sama laindan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Sudut ruang kerja membolehkan murid bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan. Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian serta tahap keterlibatan serta

pencapaian setiap diri seorang murid. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka. Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam mewujukan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menjaga disiplin serta bergaul mesra sesame sendiri dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan lantai perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana iannya mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.

Rumusan Bidang pendidikan adalah salah satu cara yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan budaya. Kita sedia maklum bahawa Malaysia ialah sebuah negara majmuk yang penduduknya berlainan agama dan bangsa. Oleh itu, dengan adalanya institusi pendidikan khususnya sekolah, dapat menyatupadukan rakyat dengan menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari kecil lagi. . Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut (Banks dan McGee,1997). Kepelbagaian budaya memberi kesan secara langsung kepada gaya

pembelajaran murid, kepimpinan dan komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru perlu bijak dalam memilih teknik dan gaya pengajaran agar murid dapat belajar dengan selesa dan sempurna. Banyak teori pembelajaran boleh diaplikasikan oleh guru dalam menjayakan usaha pengajaran yang berkesan. Salah satunya ialah Teori Kecerdasan Howard Gardner. Selain itu, peranan guru dalam melatih dan mengaplikasikan bahasa kebangsaan terutamanya dalam kalangan murid bukan melayu. Sesetengah murid yang kaumnya merupakan minoriti dalam kelas tersebut akan bersikap pasif dan guru perlu menangani masalah ini agar pembelajaran murid serta proses sosialisasi yang baik boleh terhasil. Sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab utama untuk mengkaji dan memahami budaya setiap kaum dan etnik murid yang ada di dalam kelasnya. Ini adalah perkara pokok yang guru perlu dititikberatkan oleh seorang guru dalam menjayakan konsep 1 Malaysia yang selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Selain peranan guru, kajian ini turut membincangkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya memainkan peranan yang penting dalam memastikan

pembelajaran setiap murid tanpa mengira kaum dan etnik berjaya. Salah satu perkara yang diberi perhatian adalah pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yakni pelan sesebuah kelas.

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi, Tuhan Pencipta Sekelian Alam kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat juga saya dan rakan sepasukan,Abdul Muhaimin B. Zubaidi dan Muhammad Hafiz B. Suhaili berjaya menyiapkan tugasan projek bagi kursus EDU 3016, Budaya dan Pembelajaran ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada Puan Radiah selaku pensyarah subjek ini yang banyak memberi tujuk ajar dan panduan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Penulisan refleksi berpandukan pengalaman saya semasa membuat

keseluruhan kerja kursus, aktiviti pameran dan forum yang akan diadakan pada 15 Mac nanti. Terdapat banyak model yang digunakan dalam menulis refleksi. Saya menggunakan model Schon (1978) sebagai rujukan untuk menulis refleksi ini. Model ini sesuai kerana mengikut Schon (1987), refleksi boleh berlaku ketika kita berada dalam situasi berkenaan atau mengingat kembali situasi yang telah berlaku. Ini bersesuaian dengan tugasan saya yang melibatkan masa yang agak lama dan penulisan refleksi ini juga melibatkan forum yang telah dirancang dan pameran yang telah pun diadakan. Antara pengalaman yang dapat saya garap sepanjang menyiapkan tugasan projek ini ialah saya dapat menambah ilmu dan pengalaman mengenai kepelbagaian budaya yang wujud di Negara kita, Malaysia. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang melakukan tugasan ini dapat digunakan sekiranya saya berhadapan dengan situasi di mana saya terpaksa mengajar di sekolah yang muridnya berbilang kaum. Saya tidak akan mudah berasa panik dan mudah melatah kerana saya telah mempelajari teori-teorinya di dalam kelas di samping menyiapkan kerja kursus ini. Pengetahuan mengenai budaya lain amat berguna dan patut diketahui oleh setiap orang bakal guru dan masyarakat di negara kita ini.

Ketika menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi dan kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik sehingga Berjaya menyiapkan tugasan projek dalam masa yang ditetapkan. Antara masalah yang kami hadapi ialah kekurangan sumber maklumat. Hal ini kerana setiap buku dan laman web menyajikan bahan yang hampir sama isinya. Saya yakin bahawa setiap pelatih akan menggunakan isi yang sama untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya berusaha memerah otak mencari idea dan mengolah isi untuk menghasilkan tugasan ini. Sumber seperti internet dan buku rujukan sangat penting dalam mendapatkan idea untuk diolah bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya mendapat kesedaran bahawa pentingnya mempelajari kursus Budaya dan Pembelajaran ini kerana ia merupakan satu mata pelajaran yang sangat berguna kepada bakal guru seperti saya. Kursus ini menyajikan kepada pelatih bagaimana cara untuk mengawal, mendidik dan menguasai murid yang lahir dengan pelbagai budaya bagi memastikan keberkesanan pengajaran. Antara kepentingan kursus ini ialah ia memberikan info lengkap mengenai cara mengawal dan berhadapan dengan murid dari pelbagai budaya. Seterusnya, tugasan ini dapat memupuk semangat bekerjasama di antara saya dan rakan sepasukan. Kami bersama-sama mencari idea dan maklumat dan berhubung melalui alam maya dan membuat perbincangan di kelas untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Contohnya dalam menyiapkan pelan kelas yang mesra budaya, saya bertanyakan pendapat ahli kumpulan saya yang lain mengenai susunan di dalam kelas tersebut. Alhamdulillah, saya dan rakan sepasukan tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerjasama. Bagi forum pula, saya berpendapat bahawa aktiviti forum yang akan didakan ini akan menjadi satu aktiviti yang menarik dengan penyertaan setiap kelas. Persaingan yang banyak ini akan dimeriahkan oleh penyokong kumpulan masing-masing yakni ahli kelas masing-masing. Penyertaan wakil pelajar daripada setiap kelas ini dipilih dengan baik kerana pelajar yang terpilih memang memiliki bakat dalam bidang forum ini. Selain pelajar yang terlibat menjadi ahli panel dan perantara dalam aktiviti ini, saya dan

pelajar-pelajar lain turut memberikan kerjasama dengan mencari isi teks untuk forum itu nanti dan memberi semangat serta galakan kepada rakan sekelas. Kedua, aktiviti ini dapat mengurangkan kebosanan pelatih dengan cara perbentangan yang sama pada setiap sesi tutorial. Aktiviti forum ini merupakan idea yang bernas untuk menghilangkan rasa mengantuk dan kurang fokus ketika berada di dalam kelas. Ketiga, aktiviti seperti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam diri pelatih. Secara sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang. Sekiranya aktiviti seperti ini tidak dijalankan, kita tidak dapat melihat dan mencari bakat-bakat baru dalam bidang forum ini. Hal ini kerana sekiranya perkara seperti ini tidak diwajibkan, pelatih sama sekali tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bagi aktiviti pameran pula, pada perspektif saya, aktiviti pameran ini dapat mengukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan pelatih. Hal ini kerana segala maklumat dan hiasan dewan dibuat bersama-sama tanpa tekanan dan stress. Semua orang dilihat berada dalam keadaan ceria dan seronok meskipun terpaksa bersengkang mata sehingga pukul 12 malam. Semua pelatih memberikan kerjasama dan tidak curi tulang dalam menyempurnakan aktiviti pameran ini. Bahan pameran yang dibuat oleh setiap kumpulan dalam kelas saya kesemuanya bermanfaat dan menarik. Walaupun agak masa agak singkat untuk untuk penyediaan bahan dan persiapan tempat, kami tetap berjaya melakukan pameran tersebut dengan sempurna. Aktiviti pameran ini juga menambahkan ilmu dan pengalaman saya tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia di mana saya dapat merasa makanan budaya dari etnik lain yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Saya juga dapat melihat kebudayaan mereka seperti tarian, pakaian, permainan dan sebagainya. Paling menarik ialah saya dapat mencuba pakaian dan mengambil gambar dengan pakaian dari etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti Murut, Bajau dan sebagainya.

Seterusnya, aktiviti pameran ini memantapkan kemahiran dalam menguruskan sesuatu aktiviti yang berlangsung. Kemahiran dan kecekapan ini sangat penting kepada kami sebagai pelatih guru yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah suatu hari nanti. Hal ini kerana banyak aktiviti dan majlis yang bakal dikelola oleh kami setibanya di sekolah nanti. Aktiviti pameran ini memberikan pengalaman awal kepada kami tentang cara menguruskan majlis seperti itu. Akhir sekali, setiap aktiviti dan tugasan yang diberikan melalui kursus Budaya dan Pembelajaran ini sangat bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan dan memberikan kami pelbagai input yang berguna bagi melahirkan seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan dan sya berharap kelas kami akan memasuki peringkat akhir pertandingan forum dan seterusnya menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

You might also like