You are on page 1of 3

1. Malaysia ada sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

Negara ini
telah maju dengan begitu baik dengan sistem pemerintahan demokrasi. Semua kaum
telah mendapat hak masing masing dalam melahirkan kehidupan yang aman dan
damai mengikut Prinsip Rukun Negara. Setiap bidang dalam negara ini mengamalkan
sistem demokrasi dan bebas bersuara di tanah air ini. Bidang pentadbiran, bidang
pendidikan, bidang keagamaan dan sebagainya. Dalam tugasan ini saya telah
diamanahkan untuk membuat satau tinjauan berkiatan dengan sistem kurikulum yang
sedia ada sekolah rendah (KSSR) dan sekolah menengah(KSSM) membantu
mempertingkatkan kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan Malaysia.

Mengikut tajuk yang saya meninjau, dalam sistem pendidikan Malaysia


pada masa kini mainkan peranaan yang amat penting dalam mewujudkan suasana
yang baik dalam mempertingkatkan kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar
disekolah. Mengikut kenyataan yang sedia ada KSSR dan KSSM membantu
mempertingkatkan kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Hal ini meruapakan sistem pendidikan di Malaysia menggunakan Kurikulum
Standard yang sama bagi semua sekolah. Merujuk Rukun Negara , melahirkan
murid murid yang mendukung cita cita negara dalam mewujudkan perpaduan dan
bersatu . Sistem pendidikan KSSR & KSSM memainkan peranaan dalam
mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum dalam kalangan pelajar. Perkara ini
melahirkan murid yang mahir dalam pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum.Kurikulum yang sama membolehkan murid murid memperolehi
pengetahuan, kemahiran sama pada akhir pembelajaran berdasarkan objektif,
matlamat yang sama. Kurikulum yang sama dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolongl bekerjasama dan
berfikiran optimis. Justeru semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk
membentuk dan menguatkan peribadt serta moral para pelajar.

Selain sistem pendidikan KSSR dan KSSM yang sedia ada, sistem pengajaran
dan pembelajaran juga perlu mendapat perubahan mengikut perubahan zaman berlaku
sekarang. Sekiranya kita masih menggunakan sistem macam dahulu yang hnaya
berpusatkan guru saja sistem pengajaran dan pembelajaran tidak akan mendapat
perubahan. Sistem pengajaran dan pembelajaran juga perlu diubah supaya murid
dapat lebih maklumat dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih
berkesan. Pada zaman sekarang penggunaan Ict merupakan elemen yang penting
dalam budaya pengaajaran dan pembelajaran. Lebih kepada sistem pendidikan
penggunaan ICT. Sekiranya masih menggunakan Chalk and Talk tak dapat
mempertingkatkan kepelbagaian dalam sistem pedidikan. Penggunaan komputer,
penggunaan Smart Board dan sebagainya. Mempelbagikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dapat melahirkan suasana yang kondusif dan baik. Proses ini tidak akan
membosankan murid dalam proses PDP.

Penyelarasan kurikulum dapat membantu pihak sekolah dalam usaha


mempelbagaikan budaya dalam kalangan murid. Dengan adakan sukatan yang selaras
dengan semua murid dapat mewujudkan kepelbagaian budaya dan sukatan seragam
dengan semua sekolah tidak kira bangsa atau kaum. Perkara ini akan mewujudkan
perasaan hormat menghormati dalam kalangan pelbagai kaum murid. Perkara ini
amat mainkan peranaan dalam kalangan murid sekolah menangah yang dimana murid
terdiri daripada kepelbagian kaum murid. Sukatan yang seragam ini akan
mewujudkan pandangan yang baik terhadap sistem pendidikan negara ini.

Murid juga terdedah dengan PAK- 21 yang dimana dinamakan Pembelajaran


Abad Ke 21 yang amat mainkan peranaan penting dalam meningkatkan kepelbagaian
budaya dalam sistem pendidikan kita. PAK 21 memainkan peranaan dalam semua
aspek yang dimana salah satunya adalah, persekiran bilik darjah yang kondusif dan
sistem susunan kerusi dalam kelas. Perkara ini amat penting dan perlu ambil berat
kerana, murid perlu duduk ikut campur kaum dan tidak berbelah. Dengan ini kita
dapat eratkan hubungan anatara murid yang berbilang kaum. Apabila mereka berada
dalam kumpulan yang berlainan kaum murid mereka akan bekerjasama antara satu
sama lain dan bersedia tolong menolong antara satu sama lain. Sistem PAK 21 ini
merupakan satu elemen yang penting dalam sistem pendidikan KSSR dan KSSM di
Malaysia.

Selaian itu, bilik yang kelas yang kondusif juga dapat memainkan peranaan
yang penting dalam usaha meningkatkan budaya dalam kalangan murid. Bilik yang
kondusif memainkan peranaan penting dalam usaha ini, murid akan mengikuti proses
PDP dengan suasana yang baik dan akan memberi ruang kepada mereka untuk saling
satu sama lain dan menolong satu sama lain. Elemen merentas kurikulum juga perlu
diperaktikan oleh guru dalm kelas. EMK adalah elemen yang penting dalam kerana
unsur nilai yang penting ini akan memainkan peranaan dalam usaha memastikan
pengajaran dan pembelajaran yang baik berlaku. Elemen ini memastikan murid
memahami nilai nilai murni seperti hormat menghormati,kerajasama, saling bantu
membantu.

Pendidikan Sivik juga perlu diperaktikan di sekolah supaya dapat melahirkan


murid dan insan yang baik dan bermoral. Pendidikan sivik juga dapat memberi
penekanan dalam litersi sivik dan amali sivik diintegrasikan melalui 4 nilai iaitu,kasih
sayang,hormat menghormati,bertanggungjawab dan kegembiraan. Perkara ini dapat
diperolehi melalui pendekatan bersepadu menerusi perhimpunan sekolah,aktiviti
kurikulum,kokurikulum dan program lain di sekolah. Melalui kurikulum, dalam
matapelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Pendidikan Moral,Sejarah dapat
menrapkan pendidikan Sivik. Pemahaman dan kesedaran sivik ini dapat
membolehkan murid berkomunikasi berkesan,berunding,menyelesaikan konflik, dan
hidup bersama-sama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Program kokurikulum juga memainkan peranaanyang penting dalam usaha


meningkatkan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid sekolah. Aktiviti
kokurikulum dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenal dan memahami
budaya rakan murid yang terdiri daripada berbilang kaum. Pihak sekolah dapat
memastikan murid yang berbilang kaum dapat berada dalam persatuan,badan
beruniform, dan permainan. Aktiviti ini mampu sikap kerjasama,bertolak
ansur,hormat menghormati. Aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk semengat
muhibah dalam kalangan murid berbilang kaum. Oleh itu aktiviti kokurikulum
merupakan satu cara yang amat berkesan dalam usaha meningkatkan kepelbagaian
budaya dalam kalangan murid.a

You might also like