You are on page 1of 18

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat Membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

2
5 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG

Digubal bagi menggantikan pendidikan penjajah Inggeris

sistem

Sistem pendidikan warisan penjajah seperti aliran pendidikan Inggeris, sekolah Cina, India dan sekolah pondok yang berbeza-beza menyukarkan proses perpaduan dan tidak seragam / selari dengan kehendak negara

Berasaskan kepada:

Penyata Razak 1956 yg dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957


Penyata Rahman Talib 1960 yang dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. JK Kabinet (1974) ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan (laporan Jawatankuasa diterbitkan pada 1979)

4
Meningkatkan perpaduan kaum. Membentuk identiti negara semangat cinta akan negara. Memenuhi keperluan tenaga kerja. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan kesenian. /

5
Bahasa Kebangsaan pengantar. sebagai bahasa

Kurikulum yang sama & berorientasikan negara. Sistem peperiksaan yang sama. Menggalakkan kokurikulum. penglibatan dalam

Meluaskan pendidikan vokasional dan teknik.

6
Meluaskan peluang pendidikan. Penerapan pendidikan agama & moral. Meningkat mutu pendidikan. Mendemokrasikan sistem pendidikan.

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Melahirkan tenaga pengajar terlatih.

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Antaranya: 1) Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu 2) Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini.

3)

Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara.

Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. 2. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia.
1.

Penyelarasan sistem pendidikan untuk semua jenis sekolah, baik daripada segi kurikulumnya melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu walaupun mereka datang daripada latar belakang yang rencam.

Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuanuntuk mewujudkan keperibadian keban gsaan ke arah pembentukan perpaduan negara.
Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pulamerupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu.

sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara.

Pendidikan Kebangsaan juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar- pelajar haruslah sama atau seragam. Jelas, semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi.

Organisasi seperti kelab dan unit beruniform memberi peluang yang banyak untuk para pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka, melatih disiplin diri serta ketahanan mental dan fizikal seterusnya memupuk semangat perpaduan. Pelajar akan mempelajari banyak perkara baru yang menyeronokkan sambil berkenalan dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain.

Organisasi kokurikulum merupakan model berskala kecil kepada kehidupan bermasyarakat yang bersistem dan bersatu padu.
Para pelajar akan bekerjasamadengan ahliahli persatuan yang lain supaya isu-isu tersebut dapat ditangani dengan berkesan. Apabila para pelajar dewasa kelak, kerjasama antara mereka perlu dikekalkan supaya perpaduan antara masyarakat dapat dicapai.

Matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang intelek dari segi pembelajaran tetapi juga bersahsiah dan pekerti tinggi seterusnya rakyat Malaysia yang bersatu padu. mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral.

Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Apabila ramai pelajar seperti ini dapat dilahirkan, maka wujudlah rakyat yang saling menghormati kepercayaan dan budaya hidup antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan antara kaum majmuk di Malaysia dapat dicapai.

Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara.

You might also like